PERANG
DINGIN
PASAK ASIA
SHANGHAI,
May 18 (Xinhua) -- Directors of both Chinese and Russian naval forces
taking part in the joint drill said Sunday that the exercise was
aimed at improving their capacity in coping with maritime security
threat. - dipetik dari XINHUA
The study found
that the UK has just 5.2 years of oil, 4.5 years of coal and three
years of gas before it completely runs out of fossil fuels, said the
researchers at the Institute based at Anglia Ruskin University, in
the East of England.... dipetik
dari RUSIA TODAY
Minggu
lalu lebih dari 20 orang telah terbunuh di Vietnam. Kematian ini
adalah akibat rusuhan anti-China yang telah merebak di Vietnam.
Kilang-kilang milik China telah dibakar dan buruh China pekerja
kilang telah diserang.
Sentimen
anti China ini berpunca apabila China membawa tentera laut ke Pulau
Spartly di Laut China Selatan untuk memulakan cari gali minyak. Telah
berlaku pergeseran antara kapal tentera laut China dengan kapal
tentera laut Vietnam.
Perebutan
kepulauan Spartly ini sedang menjadikan wilayah Spartly TITIK PANAS
di Asia Tenggara. Bukan sahaja Vietnam mahu memiliki wilayah ini –
Pilipina dan Malaysia juga secara resmi telah membuat klim yang sama.
Wilayah disekitar kepulauan ini dikatakan kaya dengan bahan bakar
petrolium dan gas.
Untuk
memahami apa yang sedang berlaku dibelakang rumah kita - adalah
wajib membaca dan melihat apa yang berlaku telah di Afghanistan, di
Libya, di Iran, di Iraq dan di Syria. Perang yang pecah diwilayah
ini adalah sebahagian dari Strateji Induk – Grand Strategy kuasa
imperialis Amerika untuk mengepong dan menawan telaga-telaga minyak
dinegara-negara ini.
Grand
Strategy – Strateji Induk ini telah dilakar oleh Zbigniew
Brzezinski Penasehat Keselamata Amerika 1977-1981. Orang Jahat ini
telah menulis beberapa buah buku untuk menyediakan asas idealoji dan
strateji militer demi mempertahan sistem imperial hegemony
Anglo-Amerika.
Jelas
– di Timur Tengah dan di Laut China Selatan - bahan bakar minyak
petrolium dan gas adalah punca perebutan ini. Sayugia diberi ingatan
bahawa bahan bakar petrolium ini adalah latar belakang dan punca
Perang Dunia Pertama dan Perang Dunia Kedua. Wajib sekali lagi saya
memberi tahu para pembaca bahawa tamadun kita hari ini adalah tamadun
bahan bakar minyak petrolium. Tanpa bahan bakar ini tamadun kita
yang wujud hari ini akan musnah.
Hari
ini kuasa imperial Anglo-Amerika sedang mencatur dan melakar kembali
peta dunia. Ini dilakukan satelah dua dekad berakhirnya PERANG
DINGIN. Untuk pembaca muda : Perang Dingin mungkin tidak memiliki
apa-apa makna. Untuk pemahaman kita - Perang Dingin adalah
pertempuaran dua idealoji – Kapitalis Amerika dan Sosialis Soviet
Union. Latar belakang Perang Dingin ini ialah gerakan nasionalisma
menuntut kemerdekaan rakyat Asia , Afrika dan Amerika Latin.
China
dan Soviet Union dibawah pimpinan Parti Komunis telah membantu
gerakan-gerakan nasionalis-pembebasan untuk menentang kuasa hegemoni
Anglo-Amerika. Justeru China dan Soviet Union dilihat sebagai musuh
oleh kaum kapitalis sedunia. Kaum kapitalis sedunia telah berpayung
dan dibantu oleh kuasa Anglo-Amerika. Kaum kapitalis antarabangsa
berakidah untuk menaklok dan memungah harta kekayaan dari
negara-negara Afrika, Asia dan Amerika Latin kini terpaksa menerima
hakikat bahawa menjajah dan menjarah akan mendapt tentangan
bersenjata dari rakyat Dunia Ketiga. Senjata datang dari Soviet Union
dan China.
Zaman
sesudah Perang Dunia Kedua ini dipanggil era Perang Dingin. Zaman
ini berakhir dengan runtuhnya Tembok Berlin pada tahun 1989. Soviet
Union pecah dan menjadi Kesatuan Rusia. Manakala China dan juga
Rusia mula menerima beberapa bentuk dan ciri sistem ekonomi
kapitalis. Tetapi dua negara kuasa nuklear ini terus menolak kuasa
hegemoni Anglo-Amerika. Kaum pemodal tidak dapat sesuka hati
'berniaga dan menjarah' dinegara ini. Hakikatnya - Rusia dan China
gagal ditundukkan oleh Amerika.
Apabila
tamat Perang Dingin seharusnya dirayakan oleh warga dunia sebagai
zaman aman dan sentosa. Tapi dalam hukum kitab kapitalis keamanan dan
kemakmoran adalah mustahil. Selagi sistem ekonomi kapitalis wujud
maka perang dan bahaya perang akan terus mengancam penduduk dunia.
Ini hakikat kerana sistem ekonomi kapitalis bergantung kuat dengan
perang untuk mengaut keuntungan maksima. Tanpa perang modal kaum
kapitalis akan pupus.
Cuba
para pembaca renongkan – sesudah Amerika kalah dalam Perang Vietnam
pada tahun 1975, kalah di Afghanistan, kalah di Iraq, sedang kalah
di Syria – mengikut lojik akal - kuasa imperalis Anglo-Amerika akan
berhenti berperang. Puluhan ribu anak muda soldadu Amerika telah
gugur tewas. Berjuta rakyat dunia mati akibat perang. Dan
berjuta-juta lagi menjadi orang pelarian perang. Apakah kuasa
imperial Anglo-Amerika akan berhenti? Jawabya tidak.
Ekonomi
kapitalis Anglo-Amerika adalah ekonomi perang. Selain dari menjual
filem Holywwod, menjual kertas hijau yang dipanggil dolar – Amerika
adalah pejual senjata terbesar dalam dunia. Tiga benda ini menjadi
pasak utama ekonomi Amerika.
Hari
ini Tuan Empunya empunya Industri Senjata telah berjaya menaklok
Rumah Puteh. Amaran tentang bahaya meresapnya kuasa Industri
Senjata untuk menguasai politik Amerika ini telah dinyatakan secara
terbuka dalam ucapan Selamat Tinggal Amerika oleh Presiden Dwight D.
Eisenhower – 1963-1961. Ucapan ini telah memberikan amaran cukup
jelas. Presiden Eisenhower – bekas Jeneral Lima Bintang –
Panglima Perang Dunia Kedua - telah meramalkan – jika rakyat
Amerika tidak berhati-hati - satu ketika nanti kuasa Industri
Senjata akan menguasi semua politik Amerika. Ramalan Sang General ini
telah saheh berlaku.
Hari
ini Budak Itam Barack Hussein Obama yang mengakui dirinya sebagai
Presiden Amerika sebenarnya dimasukkan ke Rumah Puteh oleh Industri
Senjata. Politik Amerika berkait rapat dengan politiuk politik wang.
Demokrasi Amerika ialah demokrasi wang. Untuk mencalonkan diri
sebagai Presiden, sesorang itu memerlukan ratusan juta ringgit untuk
berkempen. Dana berkempen diperlu untuk membeli iklan, untuk melobi
sokongan media dan untuk memasang jaringan sokongan ke seluruh
negara. Jentera berkempen juga perlu mendapat dolar.
Kempen
Obama kali kedua - dari awal tahun 2011 hingga Jun 2012 - telah
membelanjakan 400 juta dolar. Ini laporan resmi dari SPR Amerika.
Yang tidak resminya kita tidak tahu. Dari mana Budak Itam ini
mencekau duit sebanyak ini? Jawabnya dari pelobi Industri Senjata,
dari pelobi syarikat gergasi antarabangsa, dari tuan empunya bank dan
syarikat dana keewangan. Justeru Barack Hussein Obama menjadi Budak
Itam – budak suruhan kaum pemodal. Ini hakikat.
Tuan
empunya Industri Senjata telah melabor jutaan ringgit dalam kempen
Obama, justeru apabila Obama berjaya menjadi Presiden mereka mahu
kontrek persenjataan. Mereka mahu Rumah Puteh meluluskan bujet
pertahanan kepada Jabatan Pertahanan Amerika, kepada Pantagon, kepada
CIA dan dan dan. Pekara ini berlaku berulang-ulang. Justeru kerana
sistem inilah menjadikan Amerika Syarikat tidak pernah berhenti
berperang.
Pada
ketika ini kita melihat bagaimana Amerika sedang memasang jarum
mencucuk Rusia di Ukraine. Kita sedang melihat bagaimana Syria
menjadi mangsa Amerika dalam straterji Amerika untuk mengepong Iran
dan Rusia. Kita juga sedang melihat krisis di Laut China Selatan
minggu lalu adalah permulaan.
Jepun,
Korea Selatan dan Pilipina adalah tanah 'jajahan taklok' Amerika.
Jepun sesudah Perang Dunia Kedua TIDAK dibenarkan memiliki bala
tentera. Manakala Korea Selatan dan Pilipina adalah budak suruhan
Amerika yang paling setia di Asia.
Amerika
telah merancang - pada tahun 2025 tiga par empat dari jumlah bala
tentera Amerika Syarikat akan berpengkalan di Asia. Tentera laut,
darat dan udara Amerika akan berpindah ke Asia. Bala tentera Amerika
dalam NATO akan dikurangkan. Eropah Timur tidak dilihat sebagai
ancaman. Mengalih senjata ke Asia ini dinamakan PASAK ASIA – Pivot
Asia.
Strateji
Pasak Asia ini akan mentakrif China sebagai musuh. Pasak Asia ini
juga melihat Rusia yang juga di Asia sebagai sekutu yang akan
membantu China. Apa yang berlaku minggu lalu ialah rintik-rintik
permulaan Pasak Asia. Ketegangan perlu dicetuskan di Asia Tenggara.
Ketegangan ini diperlukan untuk dijadikan sebab musabab agar kuasa
imperial Anglo-Amerika akan dijemput datang kembali.
Selain
dari Kepulauan Spratly ada beberapa lagi wilayah yang berpontensi
untuk ' meledak' dan menjemput Amerika masuk. Di Pilipina – Tentera
Baru Rakyat dibawah Parti Komunis Pilipina sedang berkembang luas.
Jika kuasa Manila terancam maka tentera Amerika akan menjulur masuk.
Strateji
yang sama juga akan dilakukan diempat wilayah Selatan Siam.
Perjuangan Pembebasan Rakyat Patani sedang berkembang. Keadaan ini
juga berpotensi untuk meledak. Jika Gerakan Patani Merdeka ini
mengancam Siam dan Bangkok maka suasana ini akan menjemput kuasa
imperialis Anglo-Amerika.
Manila,
Seoul dan Bangkok akan siapa sedia untuk menjadi budak suruhan
Amerika. Ajen CIA dan jaringan CIA yang menyamar sebgai pejuang Islam
akan mengelodakkan wilayah ini apabila ianya diperlukan. War On
Terror dasar pertahanan Amerika yang telah berjalan semenjak 9/11
akan menjadi landasan Pasak Asia. Persolaannya dalam Pasak Asia ini
dimana peranan Malaysia? (TT)
NOTA
tulisan ini telah disiarkan
dalam SUARA KEADILAN
terbaru
---------