Sabtu, 21 Mac 2020

MENGOCA MENIMBO







MENGOCA

MENIMBO

INGATAN TAK

HILANG HILANG






----------

PANDANGAN PORTAL MALAYSIAN INSIGHT



PANDANGAN

PORTAL

MALAYSIAN

INSIGHT 

Guna akal budi, bukan kerah tentera

SELEPAS tiga hari pentadbiran Muhyiddin Yassin merosakkan operasi mengawal pergerakan di seluruh Malaysia untuk membendung Covid-19, kini beliau mahu mengerahkan tentera ke lapangan.

Tindakan ini amat salah dan tidak perlu.

Polis hanya bertindak semalam untuk mengkuatkuasa Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang bermula 18 hingga 31 Mac bagi memutuskan rantaian jangkitan SARS-CoV-2 yang menyebabkan Covid-19.

Pihak berkuasa menyebut, hanya 60% rakyat mematuhi arahan tidak keluar rumah.

Tetapi tindakan mengerahkan tentera menunjukkan rakyat tidak mematuhi polis mahupun kerajaan dan hanya patuh kepada tentera. Benarkah begitu?

Polis sudahpun menjalankan tugas mereka, sepertimana pasukan perkhidmatan kesihatan sejak penyakit itu mula dikesan di Malaysia pada 24 Januari.

Apa yang perlu dibuat mudah – nyatakan penyakit ini membunuh dan tidak mendiskriminasi.

Satu-satunya orang yang dipercayai rakyat Malaysia waktu ini adalah Ketua Pengarah Kesihatan Dr Noor Hisham Abdullah.

Semua menteri kerajaan yang muncul di siaran televisyen dan membuat kenyataan merosakkan perkara yang perlu disampaikan.

Kerahan tentera tidak akan menjadikan keadaan lebih baik. Malaysia hanya memerlukan kerahan tentera sewaktu 13 Mei dan sebagai tindakan berjaga-jaga sewaktu ancaman pengganas Daesh.

Apa yang kita perlukan adalah akal budi.

Perkara ini amat kurang sewaktu pihak berkuasa mengarahkan semua universiti dan kolej ditutup tanpa memikirkan terdapat pelajar dari serata Malaysia dan dunia yang tiada tempat tujuan, atau yang mungkin membawa pulang virus itu kepada keluarga di kampung.

Kurang akal budi apabila meminta pengguna memohon permit di balai polis untuk perjalanan antara negeri.

Kurang akal budi apabila rakyat disekat daripada menjemput saudara yang merupakan doktor dan jururawat yang baharu menamatkan tugas berat memerangi jangkitan ini.

Rakyat Malaysia juga kurang akal budi kerana tidak dapat memahami betapa seriusnya wabak ini yang membunuh lebih 9,000 orang di seluruh dunia dan lebih ramai lagi jika sebarannya tidak diputuskan.

PKP sangat mudah. Duduk di rumah. Kekal sihat. Peluang untuk mati berkurangan.

Malaysia sudah ada dua kematian disebabkan Covid-19. Jumlah ini boleh naik dan setiap seorang daripada kita, termasuk polis di lapangan dan doktor, jururawat, juruteknik makmal yang memeriksa sampel serta kakitangan pasar raya dan kedai runcit dan peniaga pasar mungkin mati.

Biarlah tentera kekal di berek. Mereka menjadi barisan pertahanan terakhir sekiranya keadaan menjadi bertambah buruk.

Ahli politik yang tidak boleh berfikir dengan baik seelok-eloknya letak jawatan dan biarkan krisis ini ditangani pakar.

Biar polis jalankan tugas melindungi kita. Biar kakitangan kesihatan bertugas menyelamatkan kita.

Ahli politik boleh berkhidmat dengan tidak mengacau tugas ini dan tidak membuat keputusan terburu-buru. – 20 Mac, 2020.

* Jahabar Sadiq pengendali The Malaysian Insight.






-------------

LAGI SERANGAN KARONA








LAGI SERANGAN

KARONA

190 kru KD Mahawangsa dikuarantin

KIRA-KIRA 190 kru kapal termasuk 12 pegawai Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) daripada Kapal Diraja (KD) Mahawangsa dikuarantin selepas seorang anak kapal itu disyaki dijangkiti Covid-19.

Menurut kenyataan Markas Pemerintahan Armada Barat, seorang anak kapal disyaki dijangkiti Covid-19 setelah isterinya merupakan kontak rapat dengan seorang individu yang juga disyaki dijangkiti virus itu.
“Semua kru terbabit dikuarantin di dalam KD Mahawangsa, manakala seluruh keluarga anggota yang diklasifikasikan sebagai pesakit dalam siasatan (PUI) menjalani kuarantin di rumah,” demikian menurut kenyataan Markas Pemerintahan Armada Barat hari ini. 

Menurut kenyataan itu, tindakan sama telah dilaksanakan ke atas kira-kira 150 anak kapal KD Lekiu selepas mengiringi Kapal Petronas Floating Liquified Natural Gas 2 (PFLNG 2) dari Korea Selatan pada 4 Mac lepas dan sehingga kini tiada yang positif Covid-19.

TLDM masih melaksanakan tugas dan tanggungjawab seperti biasa serta tidak terjejas dengan penularan Covid-19 dan sebarang keputusan rasmi berkaitan anggota yang dijangkiti hanya akan dikeluarkan oleh Majlis Keselamatan Negara dan Kementerian Kesihatan. – Bernama, 21 Mac, 2020.

-----------

SALUT - BERKORBAN UNTUK ANAK SEMUA BANGSA










SALUT

BERKORBAN

UNTUK ANAK

SEMUA BANGSA

BANGSA SEMUA

AGAMA


24 petugas kesihatan positif Covid-19


SERAMAI 24 petugas kesihatan diuji positif Covid-19 setakat ini dengan 19 daripadanya merupakan staf sektor kesihatan awam, kata Ketua Pengarah Kesihatan Dr Noor Hisham Abdullah.

Katanya kesemua 19 kes itu melibatkan staf kesihatan di bawah Kementerian Kesihatan yang dikaitkan dengan kluster tabligh manakala lima lagi kes merupakan petugas daripada fasiliti kesihatan swasta.

“Punca jangkitan semua 19 staf kementerian bukan disebabkan kecuaian ketika mengendalikan kes di kemudahan masing,” katanya pada sidang media petang ini.

“Siasatan mendapati kesemua mereka (staf kesihatan awam) merupakan kontak rapat dengan generasi pertama dan kedua kluster tabligh,” katanya.

Dua staf kesihatan kementerian itu kini ditempatkan di Unit Rawatan Rapi (ICU).

Setakat 14 Mac, sejumlah 337 staf Kementerian Kesihatan menjalani ujian saringan Covid-19 dengan 251 daripadanya disahkan negatif.

86 kes lagi masih menunggu keputusan ujian. – 21 Mac, 2020.



-------------

AL-FATIHAH - ANGKA NAIK







AL-FATIHAH

ANGKA NAIK

Malaysia catat kematian keempat, 153 kes baru Covid-19

Seorang lelaki dari kluster jemaah tabligh disahkan korban keempat Covid-19 yang meninggal dunia di Melaka hari ini, kata Ketua Pengarah Kesihatan Dr Noor Hisham Abdullah.

Katanya lelaki yang merupakan kes ke-238 itu meninggal dunia jam 1.30 pagi.

Lelaki itu dimasukkan ke Hospital Melaka pada 12 Mac selepas mengalami simptom kegagalan pernafasan, katanya.

“Beliau telah dimasukkan ke Hospital Melaka pada 12 Mac dengan gejala Severe Acute Respiratory Infection. Beliau telah diberikan bantuan mesin pernafasan pada hari kelima kemasukan di wad isolasi, dan ketika dalam penjagaan di ICU.

“Kesihatan beliau merosot hari demi hari sejak kemasukan dan telah disahkan meninggal dunia pada 21 Mac jam 1:30 pagi,” katanya pada sidang media harian berkaitan wabak itu di Kementerian Kesihatan di Putrajaya.

Kematian terbaharu hari ini merupakan yang kedua dalam tempoh 24 jam.

Dr Noor Hisham turut mengumumkan 153 kes baharu yang direkodkan hari ini, menjadikan jumlah keseluruhan 1,183 kes.

“Daripada 153 kes yang dilaporkan hari ini, 90 daripadanya merupakan dari kluster tabligh,” katanya merujuk kepada himpunan tabligh selama empat hari pada 27 Februari lalu di Masjid Sri Petaling.

Beliau juga berkata 37 pesakit kini dirawat di ICU dengan 23 daripadanya memerlukan bantuan alat pernafasan.

Tambahnya seramai 27 orang telah pulih dan dibenarkan keluar hospital.

Setakat ini, seramai 114 kes pulih Covid-19 dicatatkan.

Selasa lalu, Menteri Kesihatan Dr Adham Baba memaklumkan dua kematian pertama akibat wabak Covid-19 di negara ini, melibatkan kes ke-178 dan ke-358, masing-masing di Johor dan Sarawak.– 21 Mac, 2020


--------

TAK SABAR SABAR








TAK SABAR SABAR

PANCUT CEPAT

TERUS MATI
ni lah bahananya bila celah-celah awalan krisis covid19, dibuatnya pula langkah sheraton. tak boleh sabar kejap ke? sekarang ni pulak tak habis-habis tuding jari salahkan kau aku. kerajaan dan pembangkang wajib gembeleng otak cari jalan penyelesaian. mana buah fikir dari pas?
mana buah fikir dari dap, pkr, umno dan lain-lain? mana azmin? mana lim guan eng? mana bekas menteri kereta terbang? semua senyap sunyi berkurung dalam rumah ke? 
on 
SAH - 
KES MAKIN BERAT
Publish | Delete | Spam
Anonymous
on 21/03/20

http





----------

BRO MINTA TOLONG







BRO YOU KENAL

BAIK AZMIN 

TEKKAN DIA

DEDAK GUA

TAK SAMPAI2
Hisham TT, angkat jubur tinggi-tinggi nampak, macam nak bagi Assmin tibai aje. Tak yah nak tulis buku lah..cerita ekonomi konon. Pirah lah mabuk! Mintak dedak aje dari Assmin. 
kah kah kah 
on
 APA DIA 
TEORI EKONOMI
 KEYNESIAN
Publish | Delete | Spam
Anonymous
on 21/03/20

ke




------------

GARIS EKONOMI BARU AKAN MUNCUL






GERILA KARONA

BERJAYA

MEMBOGELKAN

KEHODOHAN

KELEMAHAN

DAN MEMUKUL

SISTEM KAPITALIS

SATU JALUR 

KIRI BARU

AKAN MUNCUL
Zaman 97-an Ada seorang diehard Keynesian berpegang jawatan menteri kewangan. Menteri tu mmg dahsyat, semua projek dia luluskan. Expansionar mode, Keynesian mah. Kemudian Naik interest rate tiap Hari. Itu pun Keynesian mah Isham - Lu kenal mamat Tu. Keynesian atau socialism tak boleh pakai Di zaman ini.lu kena baca lagi bila lapang. Mungkin Lu sebar Ishamnomics, hahaha 
on 
APA DIA TEORI 
EKONOMI KEYNESIAN
Publish | Delete | Spam
Anonymous
on 21/03/20

kad




--------

TERIMA KASEH






TERIMA KASEH

BERSABAR

JANGAN RISAU

Semuga Hisham dapat petunjuk dan dapat hidayah umur Hisham dah lebih 69 tahun den lagi 10 hari....hari akhir PKP, JPJ tutup macam mana nak hidupkan lesen? Lesen tu tak sakit, tak kena viruspun tapi lesen tu mati tengah malam 31/3/2020 nak hidupkan tak boleh akibat dari virus covid19...hebat virus covid19 ni... 
on 
TERIMA KASEH
Publish | Delete | Spam
hamim
on 21/03/20

Eh



----------

PENYAMUN PENCURI DAH TAKUT







PENYAMUN

PENCURI MULA

TAKUT

TAPI ADA

PENYAMUN

YANG CARI

BINI BARU 

KETAT SENDAT

KAH KAH KAH


Pergerakan terhad, kadar jenayah di hampir semua negeri turun

PERINTAH kawalan pergerakan yang dikuatkuasakan oleh kerajaan pada Rabu lepas bukan sahaja mencegah orang awam untuk keluar dari rumah, bahkan kadar indeks jenayah turut menunjukkan penurunan di kebanyakan negeri.

Penurunan kadar indeks jenayah itu dipercayai mempunyai kaitan dengan perintah kawalan pergerakan yang diumum kerajaan pada Isnin akibat penularan wabak Covid-19 yang pada ketika ini mencatat jumlah 1,030 kes positif jangkitan itu.

Tinjauan di seluruh negara mendapati selain keadaan trafik yang bergerak lancar, di kebanyakan jalan utama terutama di ibu negara dan ibu negeri yang selalunya sesak pada sebelah pagi, laporan berhubung kejadian jenayah juga berkurangan.

Malah, perintah kawalan itu juga menyebabkan sebahagian besar ketua polis negeri dan daerah sendiri turun padang untuk melihat keberkesanan perintah kawalan pergerakan selain menyampaikan mesej itu semasa sekatan jalan raya dan di kawasan tumpuan orang ramai, yang secara tidak langsung “menggerunkan” penjenayah.

Paling ketara menunjukkan penurunan kadar indeks harian jenayah di Sarawak dan Terengganu iaitu mengalami penurunan kira-kira 50% iaitu separuh daripada biasa. 

Ketua Polis Terengganu, Roslee Chik berkata sebelum ini laporan yang diterima di seluruh negeri mencecah kira-kira 200 hingga 250 kes sehari, tetapi sejak dua hari lepas ia hanya sekitar 100 kes sehari.

Sarawak pula hanya melaporkan lapan kes jenayah curi pada Rabu berbading 15 kes pada hari sebelumnya, tetapi meningkat semula kepada 14 kes semalam iaitu hari kedua perintah kawalan pergerakan, kata Pesuruhjaya Polis Sarawak, Aidi Ismail.

Selain dua negeri itu, Pulau Pinang yang biasanya mencatat purata 14 kes sehari turut menunjukkan penurunan ketara dengan hanya sembilan kes dilapor semalam.

Begitu juga di Pahang, Kedah, Kelantan, Perak, Johor, Melaka, Negeri Sembilan dan Selangor - semuanya mencatatkan penurunan kadar jenayah antara satu dan 10%.

Pun begitu, lain pula yang berlaku di Perlis apabila negeri berkenaan mencatat peningkatan sedikit bagi kejadian jenayah melibatkan curi dan pecah rumah.

“Jenayah terlibat adalah curi dan pecah rumah yang meningkat satu hingga dua kes, namun keadaan adalah terkawal,” kata Ketua Polis Perlis, Surina Saad. – Bernama, 20 Mac, 2020.


TAPI AWAS

LEPAS NI ADA

PENYAMUN BESAR

BANK

AKAN KLIM DUIT

DARI KERAJAAN

AWAS 

TUAN KILANG

AKAN MINTA

KERAJAAN 

GANTI RUGI

TAK CAYA 

TUNGGU 

TUKAR TIUB

TAK PERNAH

LEBONG
---------

SENYAP MENYERANG




REBUTAN KUASA

MACAM VIRUS

SENYAP 

MENYERANG
Masa krisis macam ni pun nak politik lagi ka PM.. mangkok ni ingat tukar setiausaha parti dia waktu macam ni dapat slow krisis virus ni.. ni semua pukimak.sembab ni dah melarat jadi lembab ka? on 
UNTUK 
KESELAMATAN SEMUA
Publish | Delete | Spam
Anonymous
on 20/03/20

M





---------

SILA NAIK LRT





SILA NAIK LRT

tt boleh dapat ro95 pada harga rm 1.50 harag pasaran us$30 se tong????? 
on 
HARI KE 3 
BERKHALWAT
Publish | Delete | Spam
Anonymous
on 20/03/20

Lu



---------

SAUDAGAR CERAMAH MERACHAU







SAUDAGAR 

CERAMAH MULA

MERACHAU

Dalam herot sesuatu malapetaka masih ramai yang ambil kesempatan. Bila PM kata kita diserang Corona dan akan ada operasi korintin ..perunchit mula tarik barang ..farmasi kata ubat Corona dah jumpa dan ada dijual ..
usTaT dah jumpo airdoa Corona ..org blk kg rizki bas, toke petrol, toll ..bila mesjid tutup Saudagar Ceramah merachau kata kiamat dah sampai ..tu lah dia rizki dari malapetaka ..gwa tak tau rizki ni BORAKAH tak TaT? 
on 
SIFAT MANUSIA
Publish | Delete | Spam
panglimo potaseh
on 20/03/20

Har






------------

PAGI INI




PAGI INI 

SABTU 21 MARCH 2020
HARI KE EMPAT 
KITA BERKHALWAT

GUA BANGUN AWAL
LEBIH AWAL DARI TAK TAK
YANG BERLINGKAR
DI HUJUNG KAKI

KUALA LUMPUR SENYAP
SEMUA SENYAP

SAPERTI BIASA
GUA MASAK AIR
TUMBUK KUNYIT
PERAH LIMAU
SEBIJI TELOR
PERSEDIAAN  
UNTUK SARAPAN

JAM 7.44 PAGI 
GUA MASUK
KAWASAN KUBUR
EZI LESAP  ENTAH KEMANA
TAK TAK MENGEKOR
GUA BERJALAN
2 KM PAGI
2 KM PETANG
PUTAR PUTAR
JALAN BESAR
PUTAR PUTAR DAKI BUKIT
INI RUTIN
SEBELUM MUSIM 
BERKHALWAT
DAN
SEKARANG

HARI INI
KAWASAN KUBUR AGAK SIBUK
GUA TERNAMPAK JAUH
SEORANG MAMAT BERJALAN
PASTI 
BERSENAM BERJALAN PAGI

DUA MAMAT SEDANG
MEMBERSIH KUBUR
SEBUAH VAN MELINTAS
DUA KAPCHAI 
DENGAN PEMBOCENG
MEREKA PEKERJA
NAMPAKNYA
MAKIN RAMAI BERANI 
BEKERJA

SETIAP TAHUN
 HARI HARI AKHIR
BULAN TIGA
KUBURAN INI
SIBUK SIBUK
ORANG TIONGHUA
SEMBAHYANG KUBUR
PESTA JIN MING
TAPI TIDAK TAHUN INI

GUA TERSEREMPAK 
SATU MAMAT
INI KALI KEDUA BERTEMBUNG
MATANYA LIAR MEMERHATI 

' WHERE ARE YOUR DOGS'

TAK TAK KETINGGALAN
 DIBELAKANG
EZI DAH ILANG LESAP

'DONT WORRY.. JUST WALK..'


MELINTAS POKOK ARA
ADUH !
CUKUP BISING MACAM
PASAR IKAN DI CHOW KIT
MACAM MACAM 
UNGGAS  MEMBAWANG
SAMBIL MAKAN
BUAH ARA

ADA PURLING
ADA SERINDIT
ADA MERBAH
ADA BALAM
ADA TIONG
MURAI KAKI BISING
TAK SUDAH SUDAH
MENGUMPAT

DARI JAUH TEDENGAR
AYAM HUTAN BERAZAN

DERAMAN KERETA 
MAKIN SAYU
PAGI INI LANGIT 
KUALA LUMPUR MURAM
MACAM JEREBU
MACAM KABUS
YANG PASTI 
TIDAK MENCERIAKAN
KL TAK BERSERI

MATA HARI PAGI
SAPERTI BIASA 
MERAH MENYALA

MASUK HARI KE EMPAT
ANAK SEMUA BANGSA
BERKHALWAT

HATI TAK SELESA
HATI TAK SENANG
RISAU ADA
HATI TAK TENTERAM

BERAPA LAMA LAGI?












WATUNGSENT






-------

INI SISTEM EKONOMI KAPITALIS






INI SISTEM

EKONOMI 

KAPITALIS

Hahaha, Lu caya bank?! Hahaha, bank bantu?! Isham, Lu pi bank besul. Mintak pinjaman RM20!000 untuk leraikan Beban hidup akibat pandemik covid 19. 
Kalau bank kata - no no -, Lu Turun Kan angka 20,000 ke 10,000. Jikalau bank Masih reject, Lu Turun Kan angka Tu ke 5,000. Apamacam? Berita cam ni mmg sampah. 
on 
LANGKAH TEPAT
Publish | Delete | Spam
Anonymous
on 20/03/20





------------

BERITA BAIK







BERITA BAIK

Pergerakan terhad, kadar jenayah di hampir semua negeri turun


BERITA MENYUSUL


------------

APA DIA TEORI EKONOMI KEYNESIAN






APA DIA TEORI

EKONOMI 

KEYNESIAN

Bila tt sebut Keynesian, maka tt adalah faham benar corak langkah ekonomi berjalan. Perlu habiskan 2 tahun kuliah bagi memahami Keynesian. 
Maka bagi orang orang banyak,pengikut baru atau lama, pembaca pencarut pembodek tt, punk tua ini sangat tajam fikiran. harapnya,punk tua ini boleh tuliskan buku buku lagi bagi dibaca,ditelaah,dihadam dan dibahas untuk pencerahan suluh hidup.
 on 
CONTOH KERAJAAN 
PRO RAKYAT
Publish | Delete | Spam
Anonymous
on 20/03/20

Haha







---------

SAH - KES MAKIN BERAT







SAH KES 

MAKIN BERAT

KERAJAAN WAJIB

BIJAK JANGAN

JADI 

MAT BANGANG

Pembekal dijangka kehabisan bekas pembungkus makanan

BEKALAN makanan mungkin terganggu minggu hadapan berikutan pengeluar akan kehabisan bungkusan untuk menghantar produk mereka, kata sumber.

Dua pengeluar makanan memberitahu The Malaysian Insight mereka akan kehabisan kotak, kotak kertas dan jenis pembungkusan lain apabila pembekal diarahkan untuk tidak bekerja.

“Pembuatan makanan hanya sebahagian dari operasi.

“Tetapi terdapat banyak komponen penting lain bagi memastikan produk dihasilkan kami sampai kepada pengguna,” kata sebuah eksekutif syarikat yang menghasilkan minuman ringan, kuih muih dan produk minuman lain.

Sumber berkata termasuk dalam bahagian itu adalah logistik, ramuan dan hampir semua jenis pembungkusan.

“Sekalipun kita dapat meneruskan pengeluaran barangan makanan, kita tidak boleh salurkan kepada peruncit, pengedar dan pasar raya serta kedai runcit jika kita tidak dapat membungkusnya di dalam kotak,” katanya.

Eksekutif berkata mereka dimaklumkan oleh pembekal pembungkusan pada Khamis bahawa mereka tidak dapat membekalkan bungkusan lebih banyak kerana pihak berkuasa memerintahkan untuk menutup operasi disebabkan oleh perintah kawalan pergerakan.

“Melainkan barang habis cepat, kami akan kehabisan kotak pada minggu depan,” katanya.

Satu salinan koresponden dari pengeluar pembungkusan kepada pekerja yang mereka terpaksa hentikan pengeluaran ditunjukkan kepada The Malaysian Insight.

Pada 18 Mac selepas perintah kawalan pergerakan dikuatkuasa, Majlis Keselamatan Negara mengeluarkan kenyataan bahawa pengecualian akan diberikan kepada pengeluar tertentu.

Selepas berunding dengan pelbagai pihak berkepentingan, kerajaan meluluskan dengan syarat pengeluar kritikal dibenar untuk terus beroperasi.

Antara syarat termasuk kapasiti operasi pada 50%, sistem peralihan bagi pekerja, senarai butiran pekerja, sistem untuk memeriksa suhu badan semua kakitangan, sanitari tangan yang mencukupi di premis kilang dan senarai produk serta pelanggan.

Antara yang berada dalam senarai kritikal pengeluar termasuk produk makanan, bahan pembersih, peralatan pelindung diri, farmaseutikal, bahan pembungkusan dan cetak, peranti perubatan dan pembedahan serta bahagian untuk alat perubatan seperti alat ventilator.

Bagaimanapun pada 19 Mac beberapa pengeluar pembungkusan diberitahu untuk memberhentikan operasi sementara menunggu permohonan mereka kepada Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI).

Sebuah pengeluar pembungkusan menunjukkan dokumen yang dihantar ke MITI pada 18 Mac seperti yang diminta pada hari sama.

“Tetapi kami belum menerima jawapan lagi. Kami diberitahu oleh pegawai majlis tempatan untuk menghentikan operasi,” katanya.

Pengeluar makanan pula memberitahu The Malaysian Insight bahawa syarikatnya juga perlu memberhentikan operasi bekerja minggu hadapan kerana kehabisan bungkusan.

“Kami hanya mempunyai kotak yang mencukupi sehingga Rabu depan,” katanya. – 21 Mac, 2020.



MEMERLUKAN

FIKRAH YANG

CEKAP BUKAN

LEMBAB
------------