KOMENTAR TUKAR TIUB
kes kapal selam ini sedang berjalan di paris
hakim mahkamah paris sedang menjalankan siasatan
salah seorang dari tujuh orang yang akan dipanggil
ialah najib razak yang juga menteri pertahanan
ketika jual beli kapal selam ini dijalankan
adalah juga difahamkan
ayah kepada arwah altantuya
akan juga dipanggil oleh mahkamah
juga dipanggil sama ialah
p balasubramaniam mata mata gelap
yang diupah oleh razak baginda untuk menjag altantuya
NABI BANI MELAYU
najib baru sahaja di angkat oleh senatak ezam
najib kini diangkat sebagai nabi untuk bani melayu
kah kah kah
SAMM - SUARAM Jelajah
Negara Terang Isu Scorpene
Solidariti Anak Muda
Malaysia (SAMM) sebuah gerakan aktivis anak muda akan bekerjasama dengan Suara
Rakyat Malaysia (SUARAM) untuk menjelajah ke seluruh negara menerangkan Isu
Skandal Scorpene, iaitu pembelian Kapal Selam negara yang melibatkan bukan
sekadar kehilangan bilion wang negara tetapi turut melibatkan penjualan rahsia
ketenteraan negara.
Pembelian yang melibatkan
komisyen (rasuah) yang tinggi ini turut terkait dengan beberapa kes sensasi
negara yang lain. Pada masa itu Najib
Razak merupakan Menteri Pertahanan yang sudah tentu terlibat secara langsung
dalam pembelian alatan ketenteraan tersebut. Suaram telah membawa kes ini untuk
dibicarakan di Peranchis. Panik dengan perkembangan itu regim penguasa telah
menyerang Suaram kononya sebagai sebuah organisasi tidak berdaftar dan menerima
dana asing. Malah regim cuba membina persepsi dengan memberikan beberapa
maklumat mengelirukan untuk memberikan gambaran bahawa tidak ada apa yang
berlaku di Peranchis berkenaan tindakan perundangan berkaitan jenayah rasuah
pembelian kapal selam tersebut.
Media menjadi halangan
utama maka SAMM dan Suaram akan terus turun memberikan penerangan kepada
rakyat. Siri jelajah fasa pertama kali ini mensasarkan seluruh rakyat khususnya
di pinggir dan luar bandar memahami isu skandal ini yang sebenarnya bukan
sahaja merugikan tetapi membahayakan negara.
Risalah khas akan dilancar
untuk memberikan penerangan mudah kepada rakyat terbanyak sasarannya ialah
memberikan kesedaran kepada rakyat dan menjadikan isu Skandal Scorpene sebagai
isu utama ketika PRU yang bakal menjelang. Untuk itu semestinya perlu ramai
penceramah yang memahami dan mampu menyampaikan isu ini dengan baik.
Untuk itu aktiviti di
setiap siri jelajah akan ada Program Taklimat Tertutup yang akan mengumpulkan
penceramah tempatan terdiri dari Pimpinan PR dan NGO. Taklimat 2 jam ini akan
dikendalikan oleh team Peguam Scorpene yang akan membentangkan semua dokumen
dan fakta berkaitan Scorpene. Peserta juga akan dibekalkan dengan 'kit ceramah'
berkaitan Skandal Scorpene yang mengandungi dokumen - dokumen sulit bukti
penting skandal tersebut. Sesi soal jawab dijadualkan sejam untuk menjadikan
peserta yang terdiri dari penceramah tempatan benar - benar faham mengenai
skandal ini dan mampu menyampaikan dengan baik selepas itu. Sasaran kami ialah
250 penceramah dalam 3 siri fasa pertama ini.
Malamnya pula akan ada
'rapat umum' Ceramah Penerangan Skandal Scorpene yang akan menampilkan pasukan
peguam Scorpene termasuk Cynthia Gabriel sendiri selain nama - nama penceramah
besar yang lain. Akan dilancarkan risalah khas penerangan mudah mengenai
scorpene juga akan dipersembahkan juga tayangan layar besar yang akan
mempaparkan bukti-bukti bagi menjawab segala tuduhan dan menerangkan apa yang
sebenarnya berlaku.
Jelajah fasa pertama ini
akan dibuat dalam 3 zon utama di semenanjung Malaysia.
21 Oktober 2012
Taklimat Tertutup Skandal
Scorpene
12 tengahari - 2.30 petang
di Yayasan Aman, Penanti
*terbuka kepada semua
penceramah pimpinan parti politik dan NGO di Zon utara terhad 65 orang sahaja
dan siapa yang berminat sila email butiran nama penuh, jawatan parti / NGO, no
telefon kepada chegubard@gmail.com.
Ceramah Umum 'Pelancaran
Jelajah Skandal Scorpene'
9.00 mlm - 12.00 tgh
malam, di Padang Awam Teluk Air Tawar, Tasek Glugor
*lokasi ini dipilih kerana
diluar kawasan bandar dan signifikanya ia hampir kem tentera yang cukup rapat
dengan isu pembelian senjata ini. Semua dijemput hadir.
4 Nov 2012 - siri Zon
Selatan di Johor
10 Nov 2012 - siri Zon
Pantai Timur di Pahang
Mohon kerjasama pihak
media progresif dan semua untuk menyebarkan maklumat ini. Kita lawan mereka
dengan fakta dan hujah. Kita sedarkan rakyat keperluan bangkit menyelamatkan
negara. Tekad SAMM untuk membantu SUARAM melahirkan sebanyak mungkin penyampai
yang menguasai skandal scorpene dan mempersembahkan bukti dan fakta berkaitan
skandal scorpene kepada rakyat.
Sekian.
cheGuBard
Ketua Penyelaras
Solidariti Anak Muda
Malaysia (SAMM) Kebangsaan