Rabu, 8 Jun 2022

MAKAN MAKANAN KEBULURAN

 




MAKAN

MAKANAN

KEBULURAN

AMIN

KENAPA ROSMAH TAK MAHU KLIM RANTAI BERLIAN

 



Rosmah tak mahu tuntut rantai berlian AS$220,500, mahkamah diberitahu

ROSMAH Mansor hari ini menarik balik tuntutannya terhadap rantai tangan emas putih bertatahkan berlian bernilai AS$220,500 yang kini disimpan dalam bilik kebal Bank Negara Malaysia (BNM).

Perkara itu dimaklumkan peguamnya, Azamuddin Abd Aziz semasa pengurusan kes di hadapan Hakim Mahkamah Tinggi Muhammad Jamil Hussin.

“Anak guam kami tidak mahu lagi meneruskan tuntutan terhadap item (rantai tangan emas putih) tersebut,” kata peguam itu.

Peguam David Gurupatham, yang mewakili syarikat barang kemas Lubnan, Global Royalty Trading SAL turut mengesahkan bahawa isteri bekas perdana menteri Najib Razak itu tidak mahu menuntut rantai tangan tersebut.

Katanya dengan penarikan balik tuntutan oleh Rosmah, ia telah menjimatkan masa dan kos semua pihak-pihak yang terlibat dalam kes ini.

Selain Rosmah, Global Royalty turut membuat tuntutan terhadap rantai tangan berkenaan.

Barang kemas itu adalah antara pelbagai barangan yang dirampas polis dari premis milik Obyu Holdings Sdn Bhd di Pavilion Residences pada Mei 2018, yang didakwa ada kaitan dengan skandal kewangan 1Malaysia Development Berhad (1MDB).

Sementara itu, peguam Syazwani Mohd Zawawi yang mewakili Najib berkata pihaknya telah menghantar satu representasi kepada pihak pendakwaan pada 26 Mei lepas berhubung tuntutan Najib, selaku pihak ketiga terhadap tujuh utas jam tangan yang dituntut sebelum ini, namun masih belum menerima maklum balas berkenaan representasi tersebut. 

Timbalan Pendakwa Raya Faten Hadni Khairuddin berkata Jabatan Peguam Negara (AGC) telah menerima representasi itu dan ia masih dikaji selain akan memaklumkan kepada mahkamah sekiranya terdapat perkembangan berhubung perkara tersebut.

Terdahulu, Faten Hadni memohon untuk meminda senarai harta dalam notis usul pelucuthakan harta iaitu 2,436 unit barang kemas, tujuh utas jam tangan dan 29 unit beg tangan yang mana kesemua barangan itu disita di kondominium milik Obyu Holdings di Pavilion Residences pada 17 Mei 2018.

“Pihak kami menghujahkan bahawa permohonan meminda notis usul ini tidak memperjudiskan mana-mana pihak dan dibuat sejajar dengan peruntukan undang-undang,” katanya.

Muhammad Jamil membenarkan permohonan pindaan notis usul itu dan menetapkan 26 dan 27 September ini bagi pendengaran permohonan pihak pendakwaan untuk melucut hak harta-harta tersebut.

Pada 2019, pihak pendakwaan memfailkan permohonan pelucuthakan pelbagai barangan dirampas termasuk 11,991 barang kemas, 401 utas jam tangan dan 16 aksesori jam tangan, 234 pasang cermin mata dan 306 beg tangan serta wang tunai pelbagai denominasi berjumlah RM114,164,39. – Bernama, 8 Jun, 2022.

WOIT

LU TAHU APA

PASAI  BIK MAMA

TAK MAHU

RANTAI BERLIAN

AMIN

BIK MAMA

TAK MAHU KLIM

CINCIN INTAN

AMIN

KAH KAH KAH

PASAL LEHER

BIK MAMA DAH

BESAR TAK MUAT

NAK IKAT RANTAI

KAH KAH KAH

JARI BIK MAMA

JADI TEMBAM

CINCIN DAH

TAK BOLEH MASUK

KAH KAH KAH

BINCAT BIK MAMA

OPPS... BINCAT

NI APO ???

KAH KAH KAH

BINCAT BIK MAMA

DAH TERJULUR

BESAR TELUNJUK

KAH KAH KAH

KHALAS

BERITA PELIK

 



Bekas diplomat, anak didakwa tanam 102 pokok ganja

SEORANG bekas diplomat dan anak lelakinya mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di Raub hari ini, atas pertuduhan menanam pokok ganja, bulan lepas.

Zainal Abidin Alias, 78, dan Mohamed Rizal, 53, membuat pengakuan itu selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Hakim Ahmad Faizadh Yahaya.

Dua beranak itu didakwa bersama-sama telah menanam sejumlah 102 pokok ganja di sebuah rumah di Kampung Sum-Sum Hilir, Janda Baik, Bentong pada 6.10 petang, 21 Mei lepas.

Pertuduhan dikemukakan mengikut Seksyen 6B Akta Dadah Berbahaya 1952 (Akta 234) dibaca bersama Seksyen 34 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara seumur hidup dan rotan tidak kurang enam kali, jika sabit kesalahan.

Pendakwaan dikendalikan Pengarah Pendakwaan Pahang Mohammad Khalid Ab Karim, Timbalan Pendakwa Raya Hayda Faridzal Abu Hassan dan Anisah Pisol manakala tertuduh diwakili peguam Rahmat Hazlan.

Pada prosiding itu, pihak pendakwaan memaklumkan tiada jaminan ditawarkan kepada kedua-dua tertuduh manakala Rahmat memberitahu pihaknya telah menghantar representasi kepada Jabatan Peguam Negara pada 2 Jun lepas berhubung pertuduhan terhadap anak guamnya.

Mahkamah menetapkan sebutan semula kes pada 22 Julai.

Pada Jumaat lepas, mereka dihadapkan ke Mahkamah Majistret Bentong atas pertuduhan mengedar 1,020 gram dadah jenis ganja dan menyimpan 60 mililiter minyak ganja dan bagi pertuduhan itu mereka didakwa mengikut Seksyen 39B akta sama yang boleh dijatuhkan hukuman gantung sampai mati jika sabit kesalahan.

Selain itu, Mohamed Rizal  juga berdepan pertuduhan menggunakan dadah jenis THC di pejabat narkotik, Ibu Pejabat Polis Daerah Bentong pada 8.40 malam, 23 Mei lepas. – Bernama, 8 Jun, 2022.


Penyanyi nasyid mengaku tidak bersalah tanam 17 pokok ganja


WOIT

YASIN TANAM

17 BATANG

KENA REMAN

MASIH DALAM

LOKAP

AMIN

DUA BERANAK

TANAM 102 BATANG

KENA REMAN JUGA

AMIN

TANAM TAK

KENA HUKUM

GANTUNG KE ?

AMIN

SAJE  TANYA

JANGAN MARAH

AMIN 

YANG KENA 

39B SAPA? 

KHALAS

KAH KAH KAH

HANTU RAYA HIDUP LAGI

 


HANTU RAYA HIDUP LAGI ?


Tamrin Tun Ghafar

Isnin - 06/06/2022
( 1 -  22 )



1.   Ingatkan 'Hantu Raya'  ini sudah tiada lagi  selepas lama bersembunyi menghilang dari umum

2.  Kerana  perangai dan sikap bodoh beliaulah yang menyebabkan  saya mula  menulis  sehingga  sekarang

3.  Apakah beliau menganggap mendiamkan diri maka umum akan lupa apa yang dilakukannya  ketika menjawat jawatan penting negara  dan menganggap  segala  kesalahan yang dilakukan dimaafkan ?

4.  Cakap - cakap bahawa 'Hantu Raya'  tidak bertuan  mungkin benar dan 'Hantu Raya'  juga akhirnya  akan makan tuan  pun ada kebenarannya

5.  Kemunculan 'Hantu Raya'  ini  secara tiba - tiba  dengan  menawarkan diri kepada mana - mana Parti  bagi bertanding dalam Piihanraya Umum akan datang  tak ubah seperti jalang  yang menawarkan diri  kepada  sesiapa yang kemaruk seks

6..  Baru - baru ini Dzulkifli Ahmad , mantan KP SPRM  yang dimaksudkan sebagai  'Hantu Raya'   menawarkan diri kepada  mana - mana parti  yang berkehendakan beliau  bertanding  di Kawasan Parlimen Tasek Gelugor ,  Pulau Pinang 

7.  Kepada saya hanya parti yang ketandusan calon sahaja seperti Parti Cinta Malaysia atau Parti Bangsa Malaysia  yang  akan menggambil orang yang tak siuman  ini bertanding

8.   Menyampaikan  bantuan tidak salah , malah  digalakan tetapi  janganlah  menggambil kesempatan  dengan bantuan  tersebut

9.  Dzulkifli Ahmad dipecat dari jawatan KP  SPRM  setelah melakukan beberapa perkara bodoh  yang  memakan diri

10.  Buat permulaan  perlantikan beliau kejawatan tersebut oleh Najib Tun Razak  ketika itu pun telah dipertikaikan

11.  Perlantikan tersebut  adalah 'hadiah istimewa'   setelah MEMBOCORKAN kandungan  Kertas Pertuduhan  Ghani Patail , Peguam Negara  terhadap Najib berkaitan kes 1MDB ( sila lihat lampiran ) 

12.  Najib yang  telah didapati  bersalah  mencuri wang Negara/Rakyat melalui 1MDB  oleh Mahkamah Tinggi dan Mahkamah Rayuan terdiri dari 3 orang Hakim  dan sedang berusaha keras bagi melepaskan diri di Mahkamah  Persekutuan ,  dari dulu hingga sekarang  masih  memerlukan  apa saja  bantuan yang  boleh  termasuk  dari SPRM

13.   Kertas Pertuduhan  adalah RAHSIA  NEGARA  jestru membocorkannya  adalah satu kesalahan  jenayah yang  masih boleh diambil tindakan bila - bila masa  namun  ianya tidak berlaku kerana  beliau  ketika itu  dilindungi  Perdana Menteri  Najib

14.   Selepas  dilantik  beliau mula mengganas  dengan menunjukan belang sebenar

15.  Jika masih ingat ada 2  tindakan bodoh dan tidak bermaruah  yang dilakukan  :

i.  Melanggar Aturan dan Peraturan Perkhidmatan Awam  dengan menyelar / menyerang  dasar  kerajaan   secara umum -  Ali Hamsa ,  Ketua Setiausaha  Negara  atau  KSN   ketika itu  takut menggambil  tindakan disiplin  kerana hubungan beliau dengan Najib  TERLALU  intim dan tidak menghairankan juga berkemungkinan telah 'dibeli'  kerana masa itu  'CASH  IS  KING'  

ii.   Mengheret kesana sini  Hazreen Hatta  yang sewaktu itu masih bersuami ,  termasuk ke Bali , Indonesia 

16.   Yang menjadi tanda tanya sehingga kini :

i.  Apakah Dzulkifi telah menyalahguna wang SPRM  berseronokan dengan Hazreen dengan diiringi oleh 2 orang pegawai SPRM  -  mengapa tidak ada sebarang siasatan oleh Kerajaan  dulu dan sekarang  walaupun beliau sudah bersara

ii.  Mengapa Hazreen yang MASIH  bersuami dan mempunyai anak ketika itu SANGGUP  membohongi dan melakukan maksiat  ;  apakah  beliau terlalu berahi sehingga tidak takut balasan ALLAH  SWT nanti

17.   Perangai dan perbuatan Dzulkifli telah menjadikan ikutan oleh beberapa pegawai  SPRM  yang memalukan  dan susah hendak dipercayai ( sila lihat klip video Zahrin Yassin  )

18.  SPRM  kini yang diketuai Azam Baki  kini  BERSELIPUT  dengan rasuah dan isu moral

19.  Walaupun beberapa pegawai dihadapkan ke Mahkamah namun banyak lagi kes melibatkan  rasuah dan salahguna kuasa oleh pegawai - pegawai tinggi SPRM  termasuk kes Azam Baki  ditutup atau disenyapkan sahaja ( sila lihat lampiran )

20.   Tidak salah malah saya bersetuju SPRM  siasat sahaja  TANPA  PILIH  KASIH  DAN BULU  termasuk Hakim Nazlan Ghazali  tetapi  dalam masa sama  SPRM  dan Kerajaan  'Keluarga Malaysia'   sepatutnya  menggambil tindakan juga terhadap Azam dan Pegawai yang rasuah dan tidak bermoral

21.  Semoga rakyat khususnya pengundi di Kawasan Parlimen Tasek Gelugor atau dimana - mana Kawasan  berhati - hati agar  TIDAK  TERTIPU  dengan 'Hantu Raya'  ini ; beliau akan lakukan apa sahaja  termasuk berketubah atau mendeklarasikan sajak

22.  INGAT  'HANTU RAYA'  INI  PANDAI  BERPURA - PURA


Wassalam
Terima Kasih

MALAYSIA MERDEKA



TOK PANGLIMO

LU SILAP

USA MERDEKA

4 JULAI

AMIN

7 JULAI

MALAYSIA 

MEREDEKA

DARI ROSMAH

KHAALAS

panglimo potaseh commented on 

"ADA APA 7 JULAI"

7 hb. Julai Amirika mirdika ..dari nigara koboi terus terpanchot jadi nigara paling maju dlm simua bidang ..kaum apa agak nye yg buat Amirika maju ..kahkahkah

LAKUKAN APA YANG MAMPU


PERSETANKAN

YG DILUAR

KAWALAN

AMIN

LAKUKAN APA

YG DIRI MAMPU

AMIN

KHALAS

Unknown commented on 

"HARI KE 30"

Bro mulakan dengan senyuman... gua mmg start dgn senyuman... tapi lepas senyum, musti gua geleng kepala dengan politik hari ini.. dah nampak stabil, ade je yg buat golak semula... hilang fokus negara la bro, dgn tangan2 dia org nie... hilang fokus masyarakat kita nie... semak kepala... biar je la pak mail urus diam-diam... yg lain mokak tu, sumbat je cepat2 dalam jail... takpun tarik je title Datuk Seri tu... dah tak beseri dah dia org dia org nie...

PAS MASUK SARAWAK PASTI SARAWAK CABUT


KALAU PARTI

ISLAM MASUK

SARAWAK JAMIN

SARAWAK AKAN

CABUT KELUAR

AMIN

KHALAS

panglimo potaseh commented on 

"KEMBALI NAMA. ASAL"

Gwa tingok Sarawak ni macam ada hal ..byk wakil dalam parlimen adalah cha ya nun alip ..Sang Pipit Kulop ni byk buat bising di Parlimin ..mrk mcm buat probokasi antara Semananjong Melayu dingan negara Dayak ..gwa tahu wakil2 ni mimang kaya kaya dan nak kaya lagi

BILA JADI KENG - TEBUS DOSA



BILA JADI KENG

SEMUA TEBUS

DOSA DLM 1MDB

AMIN

KHALAS

Unknown commented on 

"SEORANG LAGI JADI KENG"
Pasnie gua rasa mamat nie tak mahu balik kePekan lg.

mael54 commented on
 
'NAMANYA MAKAN GAJI BUTA"

Semua yg terima DUIT dari 1MDB tak buat kerja langsung..now apa nak buat penyamun dalam golong ahli pengarah

NAJIB AKAN JADIKAN KITA SRI MALAYSIA



NAJIB AKAN

JADIKAN KITA

SRI MALAYSIA

KHALAS

ADA APA 7 JULAI




JANGAN LUPA

LAGI 30 HARI

7 JULAI

AMIN

ADA APA

7 JULAI ?

AMIN

HARI ROSMAH

TURUN 

5 KILO 23 GRM

KAH KAH KAH

AYAM SIAM DI PADANG BESAR


AYAM SIAM 

DI PADANG BESAR


Malam itu di meja makan ketika aku minum air aku terasa ada  keganjilan. Aku merasa air yang aku minum agak lain rasanya dari air yang biasa aku minum di Jelebu. Aku tak berani bersuara di hadapan Mrs Ali  kerana aku dan Lee ini tamu - menumpang tidur dirumahnya.

Agak tidak berbudi bahasa kalau tamu banyak songel di meja makan.

Selesai makan  ketika dalam bilik  aku, Lee dan Azahar duduk bersembang. 

‘ The water ... strange taste...’ Aku membuat kesimpulan di depan Azahar yang sedang berlunjur tersandar menghisap merokok.

‘ Laa.... air di sini payau..air dari bukit lime stone...’ Azahar beri penjelasan.

‘ Ooo.. sabun mandi pun takda buih.. air dari mana ..’ Lee Keong menambah.

Pertanyaan Lee tanpa mendapat jawapan

Lalu aku mengandaikan Kangar di kelilingi oleh sawah padi tapi tidak seluas Kedah. Masih kelihatan  bukit bukau gunung ganang yang mungkin  batu kapur. Mungkin dari  permulaan Banjaran Titiwangsa inilah tadahan air untuk Perlis.

‘ Kangar ada apa...’ Aku bertanya.

‘ Ada aku...’ Jawapan Azahar melawak. Kami sesama terbarai ketawa.

‘ Apa nak buat esok...’ Aku bertanya.

‘ Padang Besar... semua orang datang ke  Perlis bukan nak tengok Kangar... takda apa apa  kat sini.... semua nak masuk  Padang besar...’

Sebelum sampai ke Perlis aku tak pernah tahu pun Padang Besar. Malah tak ada dalam perancangan kami. Kami nak sampai Kangar kerana Kangar pekan terakhir sasaran kami. Juga nak melawat  Mrs Ali guru lama kami ada di Kangar. Selesai Kangar kami akan pulang ke Jelebu. 

‘ Pekan Siam... pergi tengok... naik bas..tak sampai  sejam... Klawang Seremban  lagi jauh...’ Azahar memberi bandingan betapa dekatnya Padang Besar.

‘  Lee... esok kita ke Padang Besar...’ Aku membuat keputusan kerana nama Padang  Besar ini disebut berkali-kali. Dari Kedah lagi aku telah mendengar nama Padang Besar.

Pagi itu kami bersarapan pagi bersama Mrs Ali dan Azahar. Mrs Ali ada pembantu rumah yang menyiapkan sarapan pagi kami. Mungkin anak gadis tempatan.

 Kemudian Azahar membawa kami ke perhentian bas Kangar.  Dia enggan bersama kami ke Padang Besar.

Kami  tak lama menunggu. Tiket bas hanya 65 sen. Makin jauh bas meninggalkan Kangar makin kurang sawah padi. Akhirnya masuk ke kawasan kampung-kampung Melayu.

Bas berhenti. Aku terperanjat melihat Padang Besar. Namanya padang yang besar. Tapi tidak ada pekan dengan bangunan batu seperti  pekan yang biasa kita lihat. Kuala Klawang pun lebih besar dari Padang Besar. Rumah-rumah  kedai papan yang tidak tersusun. Warung pun bukan kedai pun bukan.

Maka Pedang Besar  aku takrif sebagai  Pekan Koboi. 

Tak jauh dari pekan ialah  stesen kereta api Padang Besar. Gerabak-gerabak buruk kelihatan tersadai di landasan yang tidak digunakan.  Disebelah stesen aku lihat ramai orang berjalan kaki melintas landasan.

Pejalan kaki tak putus-putus melintasi jalan kereta api. Kami pun membuntuti sama.

Ha ha rupa-rupanya ini jalan gelap untuk nyeberang ke  sempadan. Aku tak nampak polis. Tak ada pengawal dari Malaysia atau Siam.

Apa yang aku nampak ialah pagar sempadan. Antara  8 kaki atau mungkin 10 kaki tinggi. Pagar sempadan ini  lebih tinggi dari pagar zaman darurat yang mengepong pekan Kuala Klawang. Bentuknya sama – bertiang  simen dan kawat berduri yang tebal.  

Pagar ini menanda kan sempadan antara dua negara – Siam dan Malaysia. Sayangnya – ada sosok bijak lagi pandai  telah  menebuk lubang pada pagar ini. Malah ada juga tiang simen yang telah menyembah belukar.

‘ Oh... we just walk over.... sana tu Siam... ‘ Aku dengan berani mengajak Lee melintas  sempadan.

Ketika kami menapak kami berselisih dengan Mak Cik, Pak Cik , Abang dan Adik – semua bercita dan berniat nak melihat pekan Siam. Pekan Siam ini pun namanya Padang Besar. Jadi ada dua Padang Besar – yang dipisahkan oleh pagar kawat berduri yang dah runtuh.

Pekan Siam ini agak besar – besar lagi dari yang di Perlis. Aku hairan walau pun kedai-kedai agak kokak dari papan tapi barangan yang dijual kelihatan lumayan.  

Aku melihat sebuah kedai khusus menjual jam tangan dan arloji. Aku merapati dan melihat apa yang dipamerkan dalam peti kaca. Aduh ! Jam tangan berjenama – ada Rado, ada Rolex dan ada juga Timex.

Semua barang-barang  lumayan ini  aku hanya mampu lihat tak pernah mampu milik.

Ada sebuah kedai penuh dengan Mak Cik. Ini kedai pinggan mangkuk. Ada pinggan mangkuk tembikar. Dan aku lihat  dua orang Mak Cik dan seorang Kakak sedang membeli bukan pinggan tembikar tapi mangkuk aluminium dan kendi basuh tangan.

Baru aku tahu disini punca asal usul kendi aluminium ini. Lalu aku sedar  dari Siam bermulanya fesyen kendi basuh tangan yang penuh ukiran ini.

Tertiba aku terdengar: ‘ Abe.. abe ... abe..mari sini bbe....’  Aku menoleh  dan nampak  anak dara sunti sedang berbual dengan seorang pejalan kaki.

Berjalan ke hadapan sedikit aku ternampak kuil Buddha. Aku rasa  ini sudah di pinggir pekan lalu kami pusing ke belakang.. 

Aku perhatikan pekan ini ada pelbagai oleh-oleh untuk kenangan. Maka Lee dan aku masuk ke sebuah kedai yang penuh dengan patung Buddha. Ada yang tergantung ada yang terlekap di dinding. 

Cari punya cari aku terjumpa perahu tembikar kecil warna hijau. Harganya  8 bhat.  Aku tidak ada duit bhat tapi kedai itu boleh menukar. Malah tuan empunya kedai lebih suka mendapat ringgit  Malaysia. Tukaran 1 ringgit ketika itu ialah 11 bhat. Aku membeli perahu kecil itu dan dapat pulang duit siling 3 bhat.

Kami belum makan lagi. Kami tak tahu nak makan apa. Tertiba aku terdengar orang memanggil.

‘ Abe.. Abe..  mai kedai kito beh... ore Melayu niago sini beh...’ Suara  anak gadis menjemput kami  singgah di warung.

‘ Mu nak gapo ... mee ado.. tom yam do... suntam ado... ado belako...mee goreng.. mee rebus...ado belako...’ Anak gadis cantik molek jadi juru jual.  Perut yang lapar dengan ajakan gadis yang  cantik adalah kimia terbaik. Lalu kami singgah.

Aku minta mee goreng. Lee minta mee rebus. 

Bila selesai makan gadis itu bertanya lagi.. ‘ Nak gapo lagi..’

Aku hanya  tersenyum. Bila aku bertanya berapa yang wajib kami bayar. Dengan pantas dia menjawab.

‘ Seriyal... 2 kut... orang Malasia  kato.. 1 ringgit dua puluh sen... ‘  Aku membayar dengan  duit Malaysia.

Kami  menuju  kawat berlubang.  Di tengah jalan aku nampak  sekumpulan ayam jantan terikat.  Aku perhatikan ada penjaga. Jelas pada hemat aku  ayam-ayam jantan ini khusus dipelihara untuk berlaga. Memang gah, tinggi dan balungnya merah. Di Jelebu lagi aku pernah mendengar kehebatan ayam Siam ini. Berapa harga seekor aku tidak bertanya.

Sebelum sampai ke kawat berlubang betul-betul di tengah   jalan di bawah pokok rendang tempat laluan orang ramai ada seorang  Abang.   Dia mencangkung. Di hadapannya ada tiga cawan Teh Cina. Dia membuka dan menutup cawan ini. Dalam cawan ini ada sebiji  bola kecil. 

Aku dari Jelebu  dengan penuh kehairanan  berhenti untuk melihat mainan silap mata ini..

‘  Adik teka.. mana  bola... mana bola ni... ‘ Dia mengajak aku meneka dalam cawan mana bola itu. Tangan Abang ini cukup pantas mengalih-alih cawan dan bola kecil ini. Aku tak faham apa yang sedang berlaku.

Lee menarik tangan aku mengajak beredar.

‘ Itu judilaaa... itu tipu...’ Lee menerangkan untuk menyelamatkan aku budak kampung yang baru mengenal dunia.

Kami beredar dan menerbus  masuk  ke lubang kawat dan menapak di landasan kereta api. Aku terdengar bunyi hon kereta api dari arah Siam. Bunyi ini tanda kereta api hendak sampai.

Hah ! Tertiba di tepi landasan kereta api aku ternampak seorang  Amoi dari Jelebu. Dia  keseorangan berdiri. Aku kenal Amoi  ini kerana satu ketika dahulu dia pernah menoreh getah  di Kampung Batu Serambai.
“ Lee tengok budak tu...kenal tak...’ 

Lee memandang dan tak ambil peduli. Baru aku sedar Amoi ini dari Titi. Lee Keong dari Kuala Klawang. Mereka tak pernah bertemu.

‘ Buat apa di sini...’ aku bertanya.

‘ Macam lu laa... jalan jalan cari kawan...’ Amoi ini  menjawab.

Aku merasa gembira kerana di tempat yang begini jauh ada  juga sosok Orang Jelebu  yang aku kenali. 

Kemudian aku nampak ramai anak-anak muda berlari lari. Amoi dari Jelebu hilang dari pandangan. Anak-anak muda berkejar  mengikut  kereta api yang  bergerak perlahan  kerana hendak masuk  ke stesen Padang Besar. Aku hanya memerhati. Aku tidak tahu kenapa  ramai orang terlari-lari mengikut kereta api masuk stesen. 

Kemudian kereta api berhenti. Anak-anak muda tadi terus masuk ke bawah kereta api. Mereka mengambil bungkusan dari celah-celah perut kereta api. Aku tak tahu apa dalam buntil, dalam tong dan dalam karung yang mereka ambil.

Yang aku faham bungkusan ini dari Siam disorokkan  bawah perut  kereta api. Bila sampai ke stesen  Padang Besar maka akan ada orang mengambil.

Aku yang ingin tahu terus bertanya pada seorang Anak Muda yang  mencebet buntil kecil.

‘Apa dalam...’ Aku secara jujur bertanya.

‘ Mu nak beli..... beras Siam... molek... nak.... hargo muroh...’ Anak Muda ini menayangkan buntil beras Siam kepada aku.

Aku menggelengkan kepala. Anak muda itu berjalan ke hadapan. Rupa-rupanya telah ada Tok Peraih yang sedia menunggu untuk membeli beras Siam yang baru diseludup.

Maka dewasalah  kepala seorang budak kampung dari Jelebu yang dapat melihat bagaimana beras Siam diseludup masuk.

Sementara menunggu bas kami masuk merayau ke dalam pekan Padang Besar Perlis.. Ada juga kedai jam tangan yang berjenama dan jam dinding. Di belakang kedai-kedai ini aku ternampak Tok Peraih menimbang  beras kemudian  di masukan ke dalam guni. Dalam kedai telah ada beberapa guni  yang telah penuh berisi beras.

Bas membawa kami pulang. Lewat petang kami sampai ke Kangar. 

Dalam  bilik Azahar nak tahu apa cerita kami bawa dari Padang.  Aku buka cerita taktik seludup beras di sempadan. Lee cerita  aku hampir kena tipu main judi. Aku juga cerita aku nampak Amoi Jelebu di stesen kereta api.

‘ Nampak ayam tak... Padang Besar banyak ayam Siam...’ Azahar bertanya.

‘ Ada  aku nampak...tepi jalan...tauke  pun ada ...’  Dengan penuh keyakinan aku menjawab.

‘ Cantik  tak...tak tanya harga....’ Azahar mendesak.

 ‘ Aku tak tanya harga ..cantik apa pulak... ayam laga.....’ Jawapan jujur dari aku.

Azahar terbarai ketawa. Lee dan aku hairan.

‘ Bukan ayam laga...ayam perempuan...ayam ajak berancuk....’ Azahar ketawa lagi.

Malam itu di atas bantal aku teringat tentang ayam. Lalu aku teringat kepada Amoi Jelebu. Kemudian aku teringat  tahun 1967 penari bogel tersohor  Rose Chan (1925-1987) berkahwin dengan pemain Sekseephone anak Jelebu. Cerita tersebar yang Rose Chan telah mengambil anak angkat dan  mula merekrut gadis Jelebu untuk menjadi penari. 

Dalam kepala aku : Apakah Amoi Jelebu itu anak didik Rose Chan. Aku ketuk kepala aku untuk memadamkan andaian jahat yang mula menjalar.
Esok pagi Mrs Ali dan Azahar menghantar kami keluar. Kami berjalan kali terakhir di Kangar. Kami mengucapkan  terima kasih kepada Mrs Ali. Kami berpisah berhampiran  Sekolah Darma.

Kami menapak terus menunggu kereta untuk pulang ke Jelebu. 

EPILOK 1 –  Tahun 1970 ketika aku belajar di MCKK – setiap Selasa aku ke Taiping untuk mandi ke Burma Pool.  Kolam renang di MCKK tak berair maka Kelab Renang MCKK datang ke Taiping.  

Aku cari kembali kedai kasut saudara Mister Tay. Aku gagal bertemu dengan Mister Tay.

EPILOK 2 – Mrs Ali aku temui kembali pada  2007. Ketika kami bertemu dia  menjadi Pengarah Yayasan Budi Penyayang di pejabat Yayasan di Equine Park Serdang.

Menurut Mrs  Ali beberapa kali dia dan Mister Ali telah ke London. Mereka  ada  cuba mencari aku tapai gagal. Hatinya masih lagi teringat dengan  Jelebu. 

Azahar anak buah Mister Ali kini berkeluarga dan  berada di seremban.

EPILOK 3 – Lee Keong dengan  aku putus hubungan semenjak 1974. Aku gagal datang ke hari perkahwinan  daia pada 25 Disember 1974.

Kami berjumpa  kembali  semenjak  aku pulang dari berkelana.  Lee telah beristeri dan beranak pinak. 

Lee Keong dan isteri kini tinggal di  Port Dickson satelah bersara  sebagai Pensyarah Perubatan di Pusat Perubatan Seremban.

Kami masih berhubung. Keluarganya masih ada di Jelebu.

Ketika aku merakam kembali kesah Hitch Hiking 1968 ini aku selalu berhubung melalui telefon. Lee Keong menjadi pakar rujuk aku. 

EPILOK 4 - Perahu tembikar yang aku beli di Padang Besar itu masih ada dalam simpanan aku di Jelebu.

EPILOK 5 -  Tanpa Lee Keong perjalanan saekor katak keluar dari tempurung -  dari Jelebu ke Padang Besar  tak mungkin berlaku. Perjalanan yang mendewasakan  sebuku hati budak kampung  tidak mungkin  berlaku seperti apa yang aku rakamkan tanpa kawan aku bernama Lee Keong. Amin.(TT)



TULISAN INI JUGA
DISIARKAN DALAM PORTAL
MALAYSIANOW.COM
https://www.malaysianow.com/wacana/2022/06/08/ayam-siam-di-padang-besar/