Ahad, 15 September 2024
MENGALIH LABON ORANG RAMAI
Tiba-tiba isu “kursus meliwat” menjadi besar; cerita Yusoff Rawther dan sijil halal tenggelam…
MINGGU lepas dua isu besar berlaku. Tetapi tiba-tiba, dua isu itu secara mengejut ditutupi dengan isu Global Ikhwan (GISB). Ia membabitkan isu yang cukup luar biasa iaitu isu meliwat dan “kursus meliwat” di kalangan kanak-kanak; ajaran sesat dan isu pengabaian kanak-kanak yang didakwa dilakukan pertubuhan itu.
Ketua Polis Negara yang juga kelihatan agak teruja turut membuat sidang akhbar secara siaran langsung.
Dua isu besar sebelum itu iaitu kes pembantu Anwar Ibrahim, Yusoff Rawther yang dikatakan “telah ditanam” di dalam keretanya dengan dadah dan dua pucuk pistol; serta isu pertikaian sijil halal oleh Ahli Parlimen DAP Seputeh, Teresa Kok — tiba-tiba hilang dari radar.
Benarkah isu GISB tiba-tiba ditimbulkan bagi menutup isu Yusoff dan Teresa Kok?
Itu adalah pandangan umum. Saya hanya mengangkat pandangan itu dalam tulisan ini. Namun, saya juga kehairanan?
Kehairanan dengan tuduhan ke atas Yusoff yang tiba-tiba hilang hangatnya. Berita susulan dan follow up ke atas isu itu juga hilang. Isu sijil halal Teresa yang dikatakan melanggar peraturan 3R, yang boleh menyebabkan umat Islam “terkilan”, juga hilang.
Seorang peguam terkenal, sahabat saya, juga terkejut dengan diversion dan lencongan itu. “Saya kehairanan isu yang besar seperti Yusoff Rawther, yang menghadapi pertuduhan serius 39B dan memiliki senjata api telah dialihkan ke isu GISB?”
Bagi saya yang turut memiliki ilmu dalam pengurusan krisis tidak hairan dengan taktik itu. Ia adalah satu diversion yang boleh dibuat bagi mengalihkan perhatian daripada isu yang boleh memudaratkan sesuatu pihak, kepada suatu isu yang lain.
Kita ikutilah apa perkembangan seterusnya. Yusoff yang sedang menghadapi dakwaannya terhadap Anwar atas tuduhan jenayah seksual — tiba-tiba ditemukan dadah yang cukup besar jumlahnya untuk ke tali gantung dan 2 pucuk pistol (bukan sepucuk), di dalam keretanya.
Yusoff menafikan barang-barang itu miliknya.
Terlalu banyak “tiba-tiba” atau sudden atau mengejut atau mendadak atau sekonyong-konyong di negara kita sekarang.
Entahlah…
ZAINI HASSAN
BEBAS NEWS
PISANG BANGLA
BAN NON
SUKA PISANG
BANGLA
AMIN
Unknown commented on
"CARI CARI
JUMPA BANGLA"
sebab bang non tak suka pisang cina dia suka pisang bangla... kah kah kah
PARTI MELAYU LAWAN PARTI CHINA
Saya tunggu LOD dari Teresa – Akmal
KUALA LUMPUR – Sehingga hari ini Ketua Pemuda UMNO, Dr Akmal Saleh masih belum menerima surat tuntutan (LOD) ganti rugi RM25 juta daripada Teresa Kok berhubung isu pensijilan halal.
“Saya masih menunggu LOD itu,” kata Akmal ketika ditemui media selepas menghadiri Majlis Perasmian Pavilion Melaka Dengan Pameran Malaysia Agriculture dan Agrotourism International Show (MAHA) 2024, di MAEPS Serdang, hari ini.
Mengulas lanjut tindakan oleh Ahli Parlimen Seputeh itu, Akmal berkata, beliau tidak ada masalah dengan tindakan saman itu.
“Bagi saya tiada masalah, RM25 juta itu bukan nilai perjuangan saya untuk mempertahankan agama, bangsa dan negara saya.
“Jadi, Teresa Kok, see you in court,” ujarnya.
Pada masa, Akmal menolak dakwaan Teresa yang menuduhnya memutarbelitkan kenyataan Naib Presiden DAP itu.
“Saya nak tanya, putar belit yang mana satu? Jadi nyatakan yang mana. Kalau tak boleh (nyatakan), kita jumpa di mahkamah,” tambah beliau lagi.
Semalam, Teresa memaklumkan beliau telah mengeluarkan LOD ganti rugi RM25 juta kepada Akmal.
Dalam notis yang dihantar oleh peguamnya, Sankara Nair and Partners, Teresa menuntut Akmal membayar semua kos guaman dan perbelanjaan berkaitan saman tersebut.
Teresa juga mendakwa Akmal memutar belit kenyataannya mengenai isu pensijilan halal.
“Kami menunggu jawapan anda tanpa berlengah-lengah. Jika pelanggan kami tidak menerima sebarang maklum balas yang memuaskan daripada anda dalam tempoh tujuh hari bekerja dari tarikh penerimaan notis ini, arahan kami adalah untuk memulakan tindakan undang-undang tanpa merujuk kepada anda lagi,” bunyi notis itu.
Akmal sebelum ini menempelak tindakan Teresa yang dilaporkan mendakwa cadangan mewajibkan perolehan sijil halal ke atas restoran dan syarikat makanan hanya menambah beban terhadap peniaga.
Menerusi satu hantaran video di Tik Tok sebelum ini, Akmal melabelkan Teresa sebagai ‘nyonya tua’ dan tidak sepatutnya mencampuri urusan agama Islam berkaitan pensijilan halal.-
WOIT
SAMAN JANGAN
TAK SAMAN
AMIN
GADUH JANGAN
TAK GADUH
AMIN
JADIKAN ISU INI
PARTI MELAYU
LAWAN
PARTI CHINA
KAH KAH KAH
BARU BETUL
BARU CUN
KHALAS
KUDUNG KAKI TANGAN AKIBAT PERANG
Hampir 4,000 penduduk Gaza kudung akibat perang 11 bulan
GENEVA: Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) melaporkan, 25 peratus daripada mangsa yang cedera dalam perang di Gaza, mengalami kehilangan upaya kekal yang akan menjejaskan kehidupan mereka di masa depan.
Wakil agensi itu, Rik Peeperkorn, berkata ada antara mangsa kudung kaki atau tangan, sementara sebahagian lagi terpaksa menjalani proses pemulihan yang lama.
Kata beliau, sekurang-kurangnya 22,500 daripada penduduk awam yang cedera di Gaza dalam tempoh 11 bulan sejak perang meletus perlu menjalani pemulihan yang akan mengambil masa bertahun-tahun.
Peeperkorn menyifatkan kenaikan mendadak dalam proses pemulihan mereka diperlukan ketika sistem kesihatan terjejas akibat konflik yang berterusan.
Merujuk kepada analisis terkini mengenai jenis kecederaan akibat konflik di Gaza, WHO mendedahkan, ribuan wanita dan kanak-kanak termasuk dalam golongan yang cedera teruk dan yang mengalami lebih daripada satu kecederaan.
Jelas analisis berkenaan, sebanyak 13,455 hingga 17,550 kecederaan anggota badan yang serius dilaporkan dengan antara 3,105 hingga 4,050 daripadanya hilang tangan atau kaki.
Kecederaan lain termasuk melibatkan saraf tunjang, kecederaan otak traumatik dan melecur teruk.
Pada masa sama, jelas WHO, hanya 17 daripada 36 hospital di Gaza kini berfungsi ketika perkhidmatan penjagaan kesihatan utama sering terjejas akibat perang yang berterusan.
Dalam perkembangan berkaitan, demonstrasi penunjuk perasaan Israel meneruskan tekanan untuk membebaskan tebusan yang diculik pejuang Hamas di Gaza Oktober lalu kini bertambah besar.
Puluhan ribu orang turun ke jalan raya di bandar-bandar utama Israel pada hujung minggu ini dalam usaha untuk meningkatkan tekanan ke atas kerajaan untuk mendapatkan pembebasan tebusan di Gaza, terutama di Tel Aviv dan Baitulmaqdis.
Daripada 251 tawanan yang dirampas semasa serangan Hamas pada 7 Oktober ke atas Israel selatan yang mencetuskan perang berterusan, 97 masih ditahan di Semenanjung Gaza termasuk 33 yang dikatakan tentera Israel telah mati.
Penganjur protes berkata jumlah orang ramai meningkat bulan ini selepas pengumuman pihak berkuasa Israel bahawa enam tebusan ditemui mati ditembak, dalam terowong di selatan Gaza.
Kerajaan Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu, menghadapi kemarahan yang semakin meningkat daripada pengkritik yang menuduhnya sengaja melengahkan perjanjian gencatan senjata bagi penukaran tebusan Israel dengan tahanan Palestin.
Rundingan yang ditengahkan oleh Amerika Syarikat (AS), Mesir dan Qatar untuk mencapai perjanjian antara Israel dan Hamas telah terbantut selama berbulan-bulan dan tidak menunjukkan sebarang perkembangan positif. - AGENSI
MASUK AKAL
KAH BILA
ANWAR IBRAHIM
JUAL 39
AIRPORT KITA
KEPADA BLACKROCK
SYARIKAT
ZIONIS YAHUDI
AMIN
KHALAS
DAPAT BIDADARI KE ?
DAPAT
BIDADARI KE?
AMIN
Unknown commented on
"GULA"
Solat jumaat di mana TT. Jangan tinggalkan solat jumaat kalau nak kekal Islam.
SAYA ULANG
SAYA ULANG
BUKAK MULUT
MOHONG
KAH KAH KAH
SAYA ULANG
AMIN
Unknown commented on
"CONTOH PEMIMPIN RAKYAT"
Ini cakap sebelum, semua celoteh sebelum naik takhta, selepas naik takhta lain cerita, buka mulut mohong, buka mulut mohong, cakap naik gaji, beribu syarat, cakap turun harga minyak, beribu alasan, cakap PTPTN hapus, beribu berjuta-juta mohong, cakap nak selamatkan negara, berbillion mohong, cakap nak hapuskan rasuah, terus hilang 47 kes, cakap nak bangsa semua sama, mohong juga, apa lagi tak mohong? Jadi jangan percaya buka mulut, percaya kepada buat kerja, setakat ini apa pencapaian MB ini? Selain tambah cawangan nikmat?
Seluruh negeri masuk Penang setiap hari cari makan minum beriadah bersantai, ada juga ke utara sampai Siam, sama melepaskan apa yang patut, apa boleh buat? Kita nak ke syurga akhirat saja, buat masa ini terima sajalah apa yang ada, apapun syukur kita semua kah kah kah bukan sokong atau ampu mana-mana, biar kerja buktikan segala sebab lidah tidak bertulang woit
PEREBUTAN
PEREBUTAN
AHAD 15 SEPTEMBER 2024
HEBOH HEBOH HEBOH
MULA MULA HEBOH PASAL
SIJIL HALAL
KINI HEBOH PASAL
RUMAH KEBAJIKAN
SEMUA INI MANIFESTASI
PEREBUTAN NAK TUNJUK
SAPA LEBIH ISLAM
SEMUA NAK TUNJUK
SI POLAN INI LEBIH ISLAM
DARI SI POLAN ITU
DIA LEBIH BETUL
YANG LAIN AJARAN SESAT
DIA YANG SUCI
YANG LAIN KOTOR
KAH KAH KAH
DIA SAJA YANG BETUL
YANG LAIN AJARAN SESAT
SAYA ULANG
DIA SAJA YANG BETUL
YANG LAIN AJARAN SESAT
KAH KAH KAH
RUSIA - UKRAINE
LEBIH 100 TAWAWAN PERANG
BERTUKAR UNTUK
DI BEBASKAN
AMERIKA
BIDEN DAN STARMER
BELUM BUAT KEPUTUSAN
SAMA ADA NAK BERI UKRAINE
SENJATA JARAK JAUH
ISRAEL
SOLDADU ZIONIS
DI BERI ARAHAN OLEH SETANYAHU
UNTUK MENCARI
DAN MEMBUNUH
PEMIMPIN HAMAS
YAHYA SINWAR
MESIR
NEGARA MESIR DAPAT
BANTUAN SENJATA
DARI AMERIKA BERJUMLAH
5.16 BILION RINGGIT
SINGAPORE
POPE FRANCIS
SELESAI LAWATAN ASIA
PULANG KE ROME
SESUDAH MELAWAT
SINGAPURA
UK
MENTERI PERTAHANAN BARU
BERKATA STOK SENJATA UK
DAH KURANG KERANA
MEMBEKAL PADA UKRAINE
GAZA
LEBIH 4000 WARGA GAZA
KUDUNG
AKIBAT SETAHUN PERANG
INDONESIA
JOKOWI UMUM
TIDAK ADA PERUBAHAN
DASAR YANG BESAR
BILA DIA BERHENTI
DAN PRABOWO JADI PRESIDEN
HOKKIEN
PAGI INI BASAH SEJUK
KL & KL SENTRAL BERKABUS
RINTIK RINTIK MASIH DI RASA
LOPAK AIR DI SANA SINI
TERKUKUR BERLAGU
KELUAR MENCARI REZEKI
DI RUMPUT BASAH
TIONG BERTERBANGAN
LANGIT MASIH PUCAT
GUA BERHARAP MATAHARI
AKAN MUNCUL
GUA NAK KE PASAR
BRO
SENYUM
SENYUM
DI PAGI AHAD
BRO
APA SAJA YANG LU
DAPAT BAYANGKAN
ADA NYATA
BRO
SEMPADAN DALAM HIDUP INI
LU YANG DIRIKAN
SENDIRI
BRO
MILIKI CUKUP KEBERANIAN
UNTUK MEMULAKAN
MILIKI CUKUP HATI
UNTUK MENYELESAIKAN
AMIN
LAKUKAN SEKARANG
LAKUKAN HARI INI
SELAMAT BERCUTI
Langgan:
Catatan (Atom)