Rabu, 14 September 2022
MAJLIS PEGUAM PERLU GURU
Majlis Peguam jangan kurang ajar pertikai kuasa pengampunan Agong – Zaid
KUALA LUMPUR – Majlis Peguam diingatkan supaya jangan bersikap melampau dan kurang ajar dalam mempersoalkan isu pengampunan diraja terhadap Najib Nazak.
Peguam, Zaid Ibrahim berkata, kenyataan Majlis Peguam semalam berhubung isu tersebut dianggap melampau, seolah-olah memberi tekanan kepada Yang di-Pertuan Agong agar tidak mengurniakan pengampunan.
“Ini sudah kurang ajar. Kita hormatlah. Tuanku tahulah nak ampun ke, tak nak ampun ke, pertimbangan baginda.
“Sebab itulah baginda Agong, baginda ketua negara. Kalau kita nak ajar baginda, satu hari nanti bila baginda buat satu-satu keputusan kita akan pertikaikan.
“Kalau raja-raja Melayu dipertikaikan sampai begitu sekali, apa nak jadi negara ini?” katanya daripada rakaman video yang dimuat naik dalam laman Facebook beliau, hari ini.
Beliau mengulas kenyataan Presiden Majlis Peguam, Karen Cheah semalam yang menyatakan, pengampunan diraja terhadap Najib akan dianggap sebagai tindakan mempersendakan prinsip keluhuran undang-undang dan sistem keadilan di negara ini.
Zaid turut mempersoalkan apa motif pihak tertentu yang melancarkan serangan bertubi-tubi sejak dua minggu lalu berhubung isu pengampunan diraja terhadap Najib.
Beliau sekali lagi mengingatkan bahawa prerogatif belas kasihan dan pengampunan adalah soal peribadi Yang di-Pertuan Agong dan raja-raja Melayu.
Pada masa yang sama, Zaid memberi perbandingan tentang situasi di negara lain di mana bekas Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump memberi pengampunan kepada 70 kontraktor Blackwater yang terlibat dalam pembunuhan kejam 17 rakyat Iraq termasuk kanak-kanak di Baghdad pada 2006.
“Tak ada orang kata sistem keadilan AS terjejas kerana mereka menghormati itulah kuasa pengampunan yang diberi kepada ketua negara.
“Yang saya sedih, tekanan yang dibuat kepada Agong sudah melampau, seolah-olah ini satu tekanan supaya pengampunan tidak diberi,” jelasnya.
Beliau turut meminta UMNO bertegas dalam isu pengampunan terhadap Najib agar parti itu tidak dilihat takut kepada Majlis Peguam dan bekas Peguam Negara, Tan Sri Tommy Thomas.
Zaid berkata, UMNO perlu bersikap demikian supaya tiada pihak yang bertindak melampau dalam mempertikatkan kuasa Yang di-Pertuan Agong dan Raja-Raja Melayu.
“Ini yang saya bimbang, budaya kurang ajar ini kalau kita tidak bendung, kalau UMNO dilihat lemah, saya tak tahu apa akhirnya akan berlaku,” katanya.
Sementara itu, beliau berharap Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin memastikan Najib diberi ubat yang bersesuaian dengan beliau.
“Takkanlah bekas Perdana Menteri tak boleh pakai ubat yang dia guna selalu. Tak usahlah beri ubat generik. Kalau kita beri sedikit keistimewaan kepada dia pun apa salahnya,” jelasnya.
Zaid berkata, pemberian ubat mengikut preskripsi kepada Najib tidak sepatutnya dianggap sebagai layanan luar biasa dan perkara itu di bawah budi bicara Menteri Kesihatan.
“Kalau kita pemimpin, kita tak tahu nak guna budi bicara, maka kita tak boleh jadi pemimpinlah.
“Kita perlu jadi bijaksana tetapi adil kepada semua termasuk banduan terutamanya bekas Perdana Menteri. Dia ada jasa juga kepada kita,” katanya.
BELUM MASUK SEBULAN
Najib masih di wad, perbicaraan 1MDB minggu ini ditangguh
MAHKAMAH Tinggi Kuala Lumpur telah menangguhkan perbicaraan kes 1Malaysia Development Berhad (1MDB) Najib Razak untuk minggu ini selepas bekas perdana menteri itu dimasukkan ke Hospital Kuala Lumpur (HKL).
Peguam utama Najib, Muhammad Shafee Abdullah berkata HKL telah mengeluarkan sijil sakit kepada Najib bermula hari ini hingga esok.
“Jabatan penjara beri kami sijil sakit melalui WhatsApp.
“Tetapi kami percaya ianya tulen kerana ditandatangani oleh doktor yang berkelayakan tinggi,” katanya. – 14 September, 2022.
WOIT
INI KES BERAT
AMAT BERAT
AMIN
BELUM SAMPAI
SEBULAN DLM
PENJARA DAH
SAKIT
AMIN
KALAU SETAHUN
MACAM MANA ?
AMIN
KALAU 10 TAHUN
APA AKAN JADI
AMIN
BOLEH KAH
NAJIB BERTAHAN
KAH KAH KAH
AMIN
KHALAS
APA JADI DENGAN RINGGIT ?
Ringgit susut berbanding dolar AS, paras terendah dalam tempoh 24 tahun
RINGGIT terus merosot kepada paras terendah baharu dalam tempoh 24 tahun berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) sewaktu dibuka pada hari ini, seiring dengan harga minyak yang rendah berikutan ramai pelabur beralih kepada mata wang selamat.
Pada 9.05 pagi, mata wang tempatan menyusut kepada 4.5200/5220 berbanding dolar AS daripada 4.5070/5085 sewaktu ditutup semalam.
Peniaga ActivTrades, Dyogenes Rodrigues Diniz berkata data Indeks Harga Pengguna (IHP) AS menunjukkan inflasi yang lebih tinggi daripada jangkaan pada 8.3% berbanding ramalan 8.1%.
“Bacaan yang lebih tinggi ini menyebabkan pelabur tertanya-tanya seberapa besar kenaikan kadar faedah yang boleh dilihat pada mesyuarat Rizab Persekutuan yang akan datang pada 21 September.
“Sebelum data IHP ini dikeluarkan, pasaran meramalkan kenaikan 0.5 - 0.75. Bagaimanapun, kini banyak pihak telah menaikkan ramalan mereka kepada 0.75-1.0%,” katanya.
Diniz berkata pasaran memberikan reaksi kukuh terhadap data itu, menyebabkan berlaku satu lagi kenaikan kukuh dolar AS berbanding mata wang lain.
Beliau berkata harga minyak mentah Brent yang menjadi penanda aras global merosot sebanyak 0.08% kepada AS$93.10 setong.
Semalam, Menteri Kewangan Tengku Zafrul Tengku Abdul Aziz berkata Malaysia tidak mengalami krisis ekonomi meskipun penurunan nilai ringgit berbanding dolar AS ketika ini.
Beliau berkata prestasi ringgit harus dilihat secara menyeluruh dan tidak hanya dibandingkan dengan dolar AS kerana mata wang tempatan itu juga meningkat berbanding banyak mata wang utama lain di dunia.
Sementara itu, ringgit diniagakan tinggi berbanding kumpulan mata wang utama.
Unit tempatan meningkat berbanding dolar Singapura kepada 3.2153/2174 berbanding 3.2320/2333 sewaktu ditutup semalam dan naik berbanding yen Jepun kepada 3.1282/1301 daripada 3.1690/1703.
Ia turut menokok berbanding pound Britain kepada 5.1989/2012 daripada 5.2768/2786 semalam dan naik berbanding euro kepada 4.5105/5125 daripada 4.5818/5833 sebelum ini. – Bernama, 14 September, 2022.
APA SUDAH
JADI ?
AMIN
NAK TAMBAT KE
TAK NAK ?
AMIN
NAK BIARKAN
JATUH LAGI
AMIN
YG NI SABRI
TAK FAHAM
AMIN
KHALAS
LUPAKAN NAJIB
LUPAKAN
NAJIB !!!
AMIN
KHALAS
Unknown commented on
"MENUNGGU JAWAPAN AGONG"
patutnya najib belajar dengan anwar ibrahim bagaimana beliau duduk didalam penjara tak pernah keluar... sampaikan 27 orang peserta berhimpun dengan yakin nuar diracun arsenik termasuk lokman adam.. nuar masih hidup dan sihat didalam penjara.. begitulah kuat dan cekalnya anwar dipenjara walau diracun arsenik masih sihat wal afiat..
Unknown commented on
"MENUNGGU JAWAPAN AGONG"
Najib harus dilupakan, harus diforget terus, saja buat karenah nak tarik perhatian, hakikat satu pencurik harta rakyat, perasuah bukan dia seorang anak beranak bini sama perangai, orang macam ini perlu disisihkan ,jangan layan, biar sakit biat cirit biar penjara layan karenah dia kah kah kah tak faham lagi kah, kenapa layan seorang banduan, kah kah kah
DUIT KITO JATUH
BINCHAT APO
DUIT KITO JATUH ?
AMIN
KHALAS
panglimo potaseh commented on
"MENUNGGU
JAWAPAN AGONG"
Mael Bera kata tahong depang ekonomi kita chantek ..tapi ramai yang pichaya ..ramai yang Lokmang Adam. Duit kita dah chochah 5 hinggit manding dollar US ..tak mustahil akan chochah 10 hinggit. Nak tanyo Kadir Jasin ..bolanjo istano nogaro masih sojuta sohari ko ..dalam keadaan RM yang nazak ni bolanjo istano patot di panchotkan ko 2 juta sohari ..ampooong tuangkooo
AL-FATIHAH
Penyanyi Aman Shah meninggal dunia
Penyanyi dan pelakon terkenal era 1980-an, Aman Shah Abu Kassimmeninggal dunia akibat serangan jantung di Institut Jantung Negara (IJN).
Astro Awani melaporkan berita kematian tersebut disahkan anak sulung beliau.
Aman Shah dimasukkan ke IJN sejak seminggu lalu, dan jenazahnya dijangka akan dikebumikan hari ini.
AL- FATIHAH
AMIN
KAMI SAMA
BELAJAR
DI SMUJ
KUALA KLAWANG
AMIN
OBAMA MENALIPON
JANGAN PERCAYA
BERITA TULAR
MELAPORKAN
BEKAS PRESIDEN OBAMA
TELAH MENALIPON
SABRI
OBAMA RAKAN
MAIN GOLF NAJIB
DIKATAKAN MEMINTA AGAR
NAJIB DIBENARKAN
BERUBAT DI LUAR NEGARA
SILA AMBIL PERHATIAN
OBAMA TIDAK ADA
NUMBO TALIPON SABRI
JUSTERU
SEMUA INI HANYA
BERITA PALSU
HANGAT HANGAT
TAHIK AYAM
AMIN
JELEBU PASCA 13 MEI
JELEBU PASCA
13 MEI
Aku sampai kembali ke kampung. Di Kampung Chenor semua seperti aku tinggalkan tiga bulan dahulu. Pak Angah Aminuddin Manaf telah menang dalam PRU 3 untuk kali ke dua. Pak Ngah menjadi wakil rakyat untuk kawasan Simpang Pertang.
Tahun 1969 rumah aku di Kampung Chenor masih menggunakan pelita minyak gas dan air perigi.
Perigi batu depan rumah kini telah ada dinding papan. Perigi batu ini khusus untuk air minum. Walau pun dalam kawasan rumah keluarga kami tapi masih boleh di kongsi jiran sekampung.
Ini amalan budaya Melayu tradisional yang tidak wujud konsep swasta. Konsep milik peribadi ini amat baru. Di kampung semua di kongsi. Semua tolong menolong. Ke bukit sama di daki ke lurah sama di turuni.
Budaya ini masih kuat dalam kampung Melayu tradisional. Aku tak tahu bagaimana dengan budaya baru di Kampung FELDA atau di Kampung Tanah Rancangan yang dianggap moden.
Untuk perigi mandi kami perlu berjalan ke kawasan kampung di belakang rumah. Ada sebuah perigi mandi yang lumayan. Airnya sentiasa melimpah ruah. Letaknya di tepi paya pohon sagu di sebelah kolam ikan milik Mak Long Noriah dan Pak Long Mansor.
Satu hari aku telah terjumpa satu tin cat putih lebihan dari cat tingkap rumah. Tanpa di pengaruhi oleh sesiapa aku telah melakar logo – peace - dua huruf B terbalik di dinding papan perigi aku. Ini simbol ban the bomb – simbol anti perang. Logo ini aku lihat banyak diguna pakai oleh Hippie. Di sebelah logo anti perang ini aku tulis : Anti-Tunku.
Dua minggu kemudian tanpa aku sedar cakaran di dinding perigi ini telah dilihat oleh YB Aminuddin Manaf ketika dia lalu dengan keretanya.
Berita cakaran didinding ini telah menjadi perbualan waktu makan keluarga kami. Aku di fahamkan YB Aminuddin Manaf telah menegor adiknya Rais Manaf yang telah gagal memberi tunjuk ajar kepada Hishamuddin Rais.
YB Aminuddin Manaf agak marah kerana dirinya adalah Ketua Bahagian United Malays Natioanl Organisation Jelebu. Mankala Presidennya parti ini ialah Tunku.
Dan aku melakar di dinding perigi : Anti-Tunku.
Abah aku tidak pula meminta aku memadamkan cakaran itu. Apakah dia bersetuju dengan apa yang aku lakukan tidak pula aku tahu.
Cakaran ini dari tidak ada orang tahu kini menjadi buah mulut dan satu tarikan untuk orang kampung. Aku merasa bangga.
Ketika bercuti ini aku cari kembali kawan -kawan lama. Aku sempat berjumpa kawan bekas warga asrama SMUJ - Mat Sham dari Petasih dan Omar Razak dari Peradung. Kami berjumpa di Kuala Klawang. Mereka berdua masih merancang untuk menyambung belajar. Bila berjumpa kami berlabun tentang Mei 13 dan apa yang telah berlaku di Kuala Lumpur.
Kami ini macam Orang Buta menggambarkan gajah.
Mengikut mereka di Jelebu tidak ada apa apa kejadian berlaku. China Melayu India macam biasa. Warga India di Kaman Keling Kuala Klawang masih bekerja untuk PWD ( Public Works Department ). China dalam pekan Kuala Klawang dan Titi telah memilih wakil rakyat Mister Lim Kim Kee dari MCA ( Malaysian Chinese Association)
Di Jelebu Melayu tidak bergaduh dengan China. Getah keping dan getah buku masih di jual kepada Tok Peraih China di Kuala Klawang. Pasar sayur dan ikan masih di jalankan oleh penjual China.
Barang runcit masih dibeli dari kedai China. Malah keluarga aku sendiri masih berlanggan dan membeli bahan makanan sistem tulis di buku 555 dari kedai China Seng di Kuala Klawang
Mat Sham dan Omar yang tidak keluar dari kampung hanya mendengar khabar angin. Apa yang mereka dengar tidak jauh bezanya dari apa yang aku tahu.
Tapi peristiwa 13 Mei ini membuka banyak cerita dan kesah lama. Kami usik kembali kesah Tiga Bintang. Muncul kembali cerita selendang merah dan parang terbang.
Seperti di MCKK anak-anak muda di Jelebu juga ada kesedaran untuk kembali belajar bersilat. Dari Mat Sham aku dengar cerita gelanggang silat mula di buka di Petasih dan di Geylang.
Kesah Kiyai Salleh dan Selendang Merah aku dengar lagi. Aku tidak tahu siapa Kiyai Salleh ini. Mungkin dari Muar mungkin dari Batu Pahat. Aku tidak tahu buah butir sejarahnya.
Apa yang aku dengar ialah keperwiraan Kiyai Salleh melawan Bintang Tiga. Kiyai ini dikatakan telah menggunakan ilmu kebatinan Melayu yang menjadikan dirinya kebal.
Kesah ini sama seperti yang telah aku dengar di Dorm Twenty. Kesah kekebalan Kiyai dan Tok Guru silat. Malah ada Tok Guru Silat yang berupaya mandi minyak panas yang menggelegak.
Tapi cerita dari Lee Keong agak berbeza. Dia bercerita bagaimana dalam pekan Kuala Klawang ramai anak muda Cina yang dulunya bekerja di Kuala Lumpur kini pulang kembali ke Kuala Klawang,
Mereka pulang secara tergesa-gesa.
Malah satu dua kaki busuk – samseng kampung - sempat melarikan diri dari Kuala Lumpur dan pulang mengenap di Jelebu.
Rondaan polis dan askar dengan peraturan Darurat menjadikan ramai samseng China di Kuala Lumpur jadi takut. Mengikut Lee Keong Kuala Lumpur menjadi wilayah bahaya untuk mereka.
Bila aku berlegar dekat pasar basah Kuala Klawang aku ternampak dua tiga orang yang kami kenali di Kuala Klawang sebagai kaki busuk sedang menjadi penjual sayur dan ikan.
Tahun 1969 Abah aku ketika ini bekerja di Seremban dan sekali sekala di Kuala Lumpur sebagai Pegawai Keselamatan. Abah aku juga membawa pulang kesah -kesah 13 Mei yang tidak sahih.
‘ Mayat terapung dalam Sungai Klang...’ Surah tidak sahih dan khabar angin dari Abah aku.
Abah aku juga berkisah tentang jumlah korban.
Cerita mulut khabar angin yang digaul dengan aji-no-moto menjadikan angka korban 13 Mei amat jauh bertingkah dari apa yang aku baca dari Utusan.
Abah aku juga bercerita tentang Sungai Buluh. Dari apa yang aku difahamkan Sungai Buluh di jadikan wilayah di mana mayat mangsa tragedi 13 Mei di kebumikan.
Kali pertama aku dengar mayat di tanam di Sungai Buluh aku terperanjat. Kenapa mayat dibawa ke Jelebu untuk di kebumikan.
Aku bertanya kerana di Jelebu juga ada kampung bernama Sungai Buluh. Terletak dalam daerah Durian Tipus bersempadan dengan Karak di Pahang. Aku tak sangka ada tempat lain yang namanya juga Sungai Buluh.
Bila diterangkan baru aku faham. Di Selangor juga ada Sungai Buluh. Dari apa yang aku dengar mayat di tanam di kawasan Hospital Penyakit Kusta Sungai Buluh. Kenapa ditanam di kawasan kusta hanya Guru Nanak yang tahu.
Emak aku Cik Gu Zaleha Sidek selalu ada mesyuarat. Kadang kala di sebelah petang lepas sekolah ada mesyuarat.
Dulu Emak aku sibuk dengan mesyuarat WI (Womem Institute). Ada belajar buat kuih cake Orang Outih atau membungkus kuih dan hadiah untuk pesakit di Hospital Petaling. Emak aku sentiasa aktif membuat kerja amal.
Kali ini agak berlainan.
‘ Meeting kek mano Mak.....’ Aku bertanya.
‘ Pejabat DO... OCPD pun ada sama... ‘ Emak aku menjawab.
Awalnya aku tidak faham apa tugas Cik Gu Zaleha bermesyuarat dengan Tuan DO dan Tuan OCPD.
Akhirnya baru aku di fahamkan emak aku ini telah dilantik sebagai salah seorang anggota jawatan kuasa MAGERAN untuk Daerah Jelebu.
MAGERAN Jelebu ini adalah jaringan dari MAGERAN di Kuala Lumpur yang di kepalai oleh Tun Razak.
Satu petang Mak Long Noriah aku datang ke rumah aku. Dia bercerita bagaimana dia merasa takut ketika berlaku 13 Mei. Dia teringatkan aku yang tidak berada di kampung.
‘ Mak Long risau.... Isam selamat ke tidak...’ Mak Long bercerita.
‘ Mak Long takut ekao naik kereto api... ekao selamat tak ....Mak Long donga cerito dalam kereto api pun ado kono bunuh...’ Mak Long bertanya sambil menyebar berita yang tidak sahih.
Ketika ini akhbar dan radio selalu memberi ingatan kepada semua orang agar jangan dengar khabar angin. Ini kerana pelbagai khabar angin tersebar tentang 13 Mei.
‘ Semua ok Mak Long.... dalam kereta api pun ada askar....’ Jawapan aku untuk menenteramkan hati Mak Long yang gusar.
Satu hari aku berjumpa dengan Mister Gamma Khan di kawasan sekolah. Aku datang untuk melihat zoo sekolah yang satu ketika dahulu aku juga aktif mengambil bahagian untuk mendirikannya.
Zoo sekolah ini bertujuan untuk mengenalkan arnab, ular, kucing hutan, biawak, tenggiling dan burung-burung kepada pelajar.
Zoo yang terletak di sebelah bilik makmal sains menjadi tarikan kepada pelajar yang berminat dalam ilmu biologi.
‘ Isham... how is MCKK ... ‘ Mister Gamma Khan bertanya.
‘ All good sir...’ Aku menjawab.
‘ You like the town... Kuala Kangsar... my town..’ Mister Gamma Khan menambah cerita.
‘ Let’s do a Durian Party......’ Mister Gamma Khan tertiba memberi usul.
Ketika ini musim durian sedang menjadi di Jelebu. Malah pasca 13 Mei musim durian menjadi-jadi di banyak negeri di Semenanjung.
Aku ada terbaca dalam akhbar tentang Muhibah Durian Parti yang diadakan di beberapa pekan di Semenanjung. Ini pesta makan durian.
Muhibah menjadi tema dengan tujuan mengumpulkan kembali persahabatan dan menyambung kembali sila tul rahim China Melayu dan India yang telah di rosakkan oleh 13 Mei. Justeru di kenali sebagai Muhibah Durian Parti.
Idea Muhibah Durian Parti ini merebak.
‘ Ok... let’s do it....’ Aku menyokong cadangan Mister Gamma Khan.
Esoknya kami berjumpa lagi. Aku ajak Lee Keong datang sama. Mister Gamma akan mengurus dana. Dia minta derma dari Guru SMUJ. Parti ini akan diadakan di kawasan sekolah SMUJ.
Aku ditugaskan menjemput kenalan Melayu. Lee Keong di tugas untuk menjemput warga China dari pekan Kuala Klawang.
Aku ingat lagi petang Sabtu itu ramai tamu datang ke kawasan sekolah SMUJ. Kami makan durian beramai-ramai di tanah lapang tempat perhimpunan resmi sekolah setiap pagi hari Senin.
Pak Itam Hashim aku datang dari Kampung Chenor. Berapa orang tua dari Kampung Sarin dan Kampung Tembun datang sama. Ramai warga China dari pekan Kuala Klawang datang bersama. Mereka kenal baik dengan Mister Gamam Khan. Juga turut sama pada petang itu adalah kawan-kawan budak sekolah SMUJ.
Mister Gamma Khan juga adalah ‘ stringer’ untuk akhbar Straits Times. Dia melaporkan berita Muhibah Durian Parti di Kuala Klawang. Dua hari kemudian keluar berita ini dalam akhbar Straits Times. Aku merasa puas hati dan bangga.
Cuti hampir habis. Ketika mengemas beg untuk pulang ke Kuala Kangsar aku terjumpa kartus ganja aku. Tanpa tembakau dan daun rokok. Aku gulung ganja dengan kertas buku.
Tanpa pengalaman, tanpa alat yang betul aku gagal menikmati ganja pada malam itu. Lebihan ganja itu aku berikan kepada Mat Zain jiran sebelah kampung aku.
Sebelum pulang ke Kuala Kangsar Mister Gamma Khan telah memberi aku seratus keping penanda buku dengan logo zoo SMUJ.
Mister Gamma Khan meminta aku menjual penanda buku ini di MCKK untuk mengumpul dana zoo sekolah lama aku.
Sabtu akhir cuti sekolah aku naik teksi ke Seremban. Dari Seremban aku naik bus Foh Hup ke Kuala Lumpur. Awal petang aku sampai ke stesen bas Pudu.
Aku menapak dan melintas Foch Avanue dan terus ke Stesen Kereta Api Kuala Lumpur. Di stesen kawan-kawan dari Johor Baru dan Gemas sudah sedia menunggu. Ghani, Hatta, Baharuddin, Rashid semua ada di stesen.
Kereta api dari Kuala Lumpur ke Butterworth bergerak jam 8.30 malam dan sampai ke Kuala Kangsar jam 1 pagi.
Malam ini aku merasa paling selamat dalam kereta api kerana beberapa gerabak di penuhi oleh askar Melayu. Mereka dalam perjalanan ke Utara. Mungkin ke sempadan Siam.
Apa yang menarik perhatian aku ialah para askar semunya memakai skarf terlilit di leher berwarna merah.
Lalu aku teringat akan selendang merah Kiyai Salleh. Apakah askar Melayu ini juga anak murid Kiyai Salleh. Pertanyaan yang aku tidak temui jawapan.
Bila wisel berbunyi kami masuk ke dalam koc. Bila kereta api bergerak aku budak Jelebu sekali lagi berubah untuk menjadi Budak Koleq. (TT)
TULISAN INI JUGA
DISIARKAN DALAM PORTAL
MALAYSIANOW.COM
https://www.malaysianow.com/my/opinion/2022/09/14/jelebu-pasca-13-mei
GEROMBOLAN PARTI RASUAH
SPRM reman bekas setiausaha, bendahari UMNO cawangan Pulau Pinang
GEORGE TOWN – Bekas setiausaha dan bendahari bahagian UMNO di Pulau Pinang direman selama tujuh hari bagi membantu siasatan berhubung dakwaan penyalahgunaan kuasa dengan mengeluarkan wang milik parti itu berjumlah RM600,364 untuk kegunaan peribadi.
Perintah tahanan reman terhadap lelaki berusia 49 dan 73 tahun itu dikeluarkan Majistret Mahkamah George Town, Rosnee Mohd Radzuan bermula hari ini hingga 19 September depan.
Ia bagi membolehkan siasatan lanjut mengikut Seksyen 23 (1) Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) 2009 dilakukan terhadap kedua-dua lelaki tersebut.
Mahkamah membenarkan kedua-dua lelaki itu direman tujuh hari bagi membantu siasatan.
Kedua-dua suspek diwakili peguam, Norhisham Shaidi.
Terdahulu, kedua-dua suspek tiba di pekarangan Mahkamah George Town, di sini, pada jam 10.15 pagi dengan memakai baju lokap SPRM.
Dua lelaki itu ditahan SPRM Pulau Pinang semalam selepas menerima aduan mengenai penyalahgunaan kuasa ketika mereka memegang jawatan tersebut pada tahun 2018.
Lelaki berusia 49 tahun itu yang juga setiausaha UMNO cawangan disyaki menyalahgunakan kuasa dan bersubahat bersama bendahari cawangan dengan membuat pengeluaran wang yang mencurigakan dari akaun bank parti itu dengan beberapa transaksi.
Kedua-dua suspek dibawa ke mahkamah pada jam 10.15 pagi bagi mendapatkan permohonan reman.
Mereka juga disyaki membuat pemindahan wang dari akaun bank sama kepada sebuah yayasan pendidikan dan kebajikan milik bersama untuk kepentingan peribadi yang mana mereka merupakan pengarah yayasan tersebut.
Difahamkan, secara keseluruhan siasatan SPRM mendapati jumlah pengeluaran itu bernilai RM600,364. –
WOIT
WAJIDI
KAH KAH KAH
INI LAGI BUKTI
UMNO PENUH
RASUAH
KAH KAH KAH
INI KES REMBAT
DUIT UMNO
KAH KAH KAH
NAJIB REMBAT
DUIT NEGARA
AMIN
MALAON INI
SAKAU DUIT PARTI
KAH KAH KAH
LU NAK CAKAP
APA
KAH KAH KAH
AMIN
Langgan:
Catatan (Atom)