Bagini ceritanya:
Ketika itu piliharaya kecil di Lunas, ini lama dahulu. Saya ke sana untuk membantu kawan seorang wartawan BBC membuat laporan terus menerus – Lunas/London. Di Lunas kami bertemu.
Dia baru sahaja meninggalkan sekolah. Saya tidak tahu latar belakangnya. Tapi pastilah dari keluarga yang bukan berada. Ketika itu saya masih tidak memiliki talipon tangan. Jadi hilang bagitu sahaja pertemuan kami di Lunas.
Kemudian apabila saya memiliki talipon tangan - kami berhubung. Saya diberitahu yang dia kini sedang bekerja sebagai buruh di sebuah kilang di Pulau Pinang. Jauh juga perjalanan anak muda ini dari Kuala Muda ke Pulau Pinang.
Dia selalu meghantar nota-nota kecil tentang berita-berita ceramah di Kedah atau sebelah Utara. Kebelakangan ini di akhir nota pasti akan tertulis Takbir! Dari nota ini saya amat yakin yang kenalan saya ini telah menjadi ahli sebuah parti politik.
Dua tahun dahulu saya ke Kepala Batas untuk membuat sebuah dokumentri. Kami berjumpa lagi. Tetapi saya perhatikan dia agak kurang selesa dengan susuk dan siswa-siswa di sekeliling saya. Akhirnya kami putus hubungan kerana namanya perlu di keluarkan dari talipon cap ayam saya yang hanya sanggup menerima 100 nama.
Berapa bulan yang lalu dia menghantar nota kembali. Awalnya saya bertanya – ini siapa? Dia mengenalkan diri lagi. Saya amat segan kerana namanya telah ‘terdelete’. Selalunya orang akan memberi alasan yang taliponnya hilang, di curi, kad sim masuk air dan dan dan. Saya hanya nyatakan yang namanya tidak tersenarai lagi tapi di tulis dalm buku talipon. Ini jawapan jujur.
Semenjak dari itu saya selalu mendapat berita tentang ceramah-ceramah besar di Kedah dan sekitar. Anak muda ini cukup aktif datang mendengar ceramah. Rasa saya dia memiliki motorsikal untuk senang begerak.
Ketika PROTES di Kelana Jaya dahulu anak muda ini datang dengan bas rombongan. Dia datang ke gigi pentas tetapi kami tidak sempat berbual kerana saya sibuk dengan itu dan ini. Saya juga tidak tahu dimana dia menginap pada malam itu.
Apabila pilihanraya kecil P44 di umum dia menghantar nota bertanya khabar. Lalu kami berjanji akan berjumpa di Permatang Pauh. Bayangkan betapa susahnya untuk bertemu dengan kawan lama di Permatang Pauh. Saya ternanti-nanti tapi tidak ada berita darinya lagi. Saya tidak pula tahu dia berada di kawasan mana di Permatang Pauh.
Tiga hari kemudian dia menghantar nota kembali. Kami berjanji untuk bertemu di sebelah Masjid Kubang Semang sesudah saya mendengar ucapan Imam Romlang. Lewat malam, ketika dia sampai dengan kawanya , saya sedang berlabon santai dengan kumpulan anak-anak muda Pemantau dari KL.
Nasib baik kami mendapat meja dan kerusi. Lalu kami bersembang. Dia tidak menghubungi saya tiga hari dulu kerana kreditnya sudah habis. Baru saya sedar kenapa kami terputus hubungan.
Kemudian saya bertanya apakah dia di Ipoh minggu lalu. Tidak. Dia hanya ahli biasa sahaja. Bila saya tanya pandangan tentang Hadi hendak jadi PM , dia pun tidak tahu. Dia bukan ‘orang penting’ katanya. Dia hanya penyokong biasa.
Sekarang dia menggangur setelah bengkel bapa saudaranya jatuh muflis. Kawan sebayanya masih bernasib baik – dia memburuh sebagi kuli kontrek. Mereka tidak seperti saya menghisap rokok dari kotak. Mereka berdua berkongsi tembakau dan daun nipah. Saya juga tidak tahu sama ada motosikalnya ada cukai jalan atau tidak. Apa yang saya tahu dia hanya memasukan 10 ringgit tambahan untuk talipon agar dia dapat menghubungi saya.
Nah! Kenalan saya ini adalah orang-orang yang setia dengan perjuangan Reformasi. Mereka menaruh harapan kepada Anwar Ibrahim untuk membuat perubahan. Mereka tidak ambil kira sangat PKR atau PAS atau DAP. Mereka tidak ada pangkat atau kedudukan dalam parti. Mereka tidak ingin jadi ketua bahagian atau YB.
Mereka tidak pernah bermimpi untuk mendapat ‘pink form’ atau untuk mendapat kontrek untuk membuat lebuh raya. Apa yang pentng ialah satu perubahan berlaku dengan harapan hidup mereka akan lebih selesa.
Sebelum kami beredar kami berjanji untuk jumpa kembali. Tidak tahu dimana. Hanya berjanji. Kemudian saya tanya dia tentang intenet. ‘ Dulu ada – sekarang tak pernah tengok lagi..’
Inilah Cerita ‘dia’ saya tulis ini. Dia sendiri pun tidak akan tahu kerana kami ini hanya orang-orang biasa.
Khamis, 28 Ogos 2008
HOT ! MESYUARAT MT UMNO BATAL
KUALA LUMPUR: Mesyuarat Majlis Tertinggi (MT) Umno yang sepatutnya diadakan jam 8 malam ini telah dibatalkan. – Bernama
Kah kah kah….apa dah jadi wak oooi… nak meeting pun tak cukup orang …. kantoi mantoi…

HOT HOT HOT
Setiap ahli parlimen Barisan National dari hari ini akan terus di ekori oleh SB.
Ini untuk memastikan mereka TIDAK akan meninggalkan ‘ kapal’ yang sedang hendak tenggelam.
Dalam masa yang sama langkah ini juga akan menyusah para YB kita yang kaki dangdut dan kaki ambil duit kopi. Ini mungkin menjadikan mereka lebih cepat hendak membantu penubuhan kerajaan baru Pakatan Rakyat.

HATI PENGUNDI ATAS PAGAR GAGAL DITAWAN: MOHD ALI RUSTAM
(Berita Hairan) Kegagalan di Permatang Pauh tak bermakna BN terus ditolak.
KUALA LUMPUR: Kegagalan Barisan Nasional (BN) memenangi pilihan raya kecil kerusi Parlimen Permatang Pauh kelmarin bukan bermakna pengundi di situ menolak terus parti berkenaan.
Naib Presiden Umno, Datuk Seri Mohd Ali Rustam, berkata sebaliknya ia dipengaruhi pelbagai faktor, termasuk kemungkinan sikap terlalu yakin jentera parti BN untuk menang.
Woit…. Nak buat lawak lagi ke …. ni lawak seram....menongeng aku ketawa… patah keretek aku…

KEPUTUAN PERMATANG PAUH TAK JEJAS BN: PM
Oleh Khirul Bahri Basaruddin – Berita Hairan
JOHOR BAHRU: Keputusan pilihan raya kecil Permatang Pauh yang dimenangi Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim kelmarin, tidak semestinya boleh berlaku di kawasan Parlimen lain, kata Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi.
Perdana Menteri berkata, kemenangan Anwar dalam pilihan raya kecil itu juga tidak merubah kerajaan sedia ada yang diterajui Barisan Nasional (BN).
"Keputusan itu hanya membabitkan satu pilihan raya kecil seperti pilihan raya kecil lain sebelum ini. Ia bukan perkara yang boleh melemahkan BN kerana kita tidak kehilangan 20 atau 30 kerusi.
Kah kah kah kah ….. mana hang pegi….. hang baru bangun tiduk kaaaa… kah kah kah

SATU ROMPAKAN KILAT
Berjaga-jaga satu gerombolan perompak baru sahaja berjaya merompak hampir 7 billion Ringgit.
Dibawah ini laporan penuh tentang rompakan kilat yang baru sahaja berlaku:
TMNet ( perancang rompakan awal ) telah hampir mendapat harta rompakan berjumlah Rm11.03 bilion. Rompakan ini melalui rancangan ‘Buat WiFi Untuk Lembah Klang’. ( Tender tarak buka – tu pasaal ini jadi kes rompak).
Tetiba satu gerombolan konsortium telah datang dengan pantas. Kali ini projek yang sama telah naik harga menjadi Rm18.00 bilion.
Mamat ini sedang jadi lanun besar kerana kapal hampir pecah. Awas. Kita mesti perhatikan dan jaga agar harta kita semua tidak di lanun.

Dalam sekelip mata Rm 7 bilion duit kita semua telah di rompak.
Siapa ketua perompak ini ? Dari siasatan awal kepala perompak ini tidak lain dan tidak bukan ialah si Mamat yang main ‘TANGAN’ di piliahan raya kecil Sanggang.
Mamat ini sedang jadi lanun besar kerana kapal hampir pecah. Awas. Kita mesti perhatikan dan jaga agar harta kita semua tidak di lanun.
SPR - BODOH LAGI BANGANG
SPR SIASAT DAKWAAN KEHILANGAN LEBIH 900 NAMA PEMILIH BERDAFTAR
BUKIT MERTAJAM, 25 Ogos (Bernama) -- Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) akan menyiasat dakwaan Parti Keadilan Rakyat (PKR) mengenai kehilangan sebanyak 944 nama pengundi daripada daftar pemilih bagi pilihan raya kecil Parlimen Permatang Pauh.
Setiausaha SPR Datuk Kamaruzaman Mohd Noor berkata SPR akan menyiasat mengenai dakwaan itu daripada bahagian maklumat komputernya sebelum membuat sebarang ulasan mengenai perkara itu
Woit....!!! apa punya sewel SPR ni...... dak abis ngundi baru nak buat kerja. Dulu tiga ari sebelum pilihanraya batal dakwat. Ni udah mengundi baru nak cari....Apa ke jadahnya?

UTUSAN MALAYSIA NAK TIPU LAGI
PELIK TETAPI BENAR
Najib Razak ialah Pengarah Pilihanraya Kecil P44 untuk Permatang Pauh.
United Malays National Organisation kalah.
Tup.. tup… yang diminta letak jawatan ialah Dolah Badawai. Pelik tetapi benar.
DR. MAHATHIR SANGSI ANWAR BOLEH JADI PM
PUTRAJAYA 27 Ogos Tun Dr. Mahathir Mohamad sangsi yang Datuk Seri Anwar Ibrahim akan menjadi Perdana Menteri akan datang walaupun memenangi pilihan raya kecil Parlimen Permatang Pauh semalam.
Woit… gua lagi sangsi. Mahathir ini cicak ke anak berudu….
BPR GAGAL TEMUI NALAKURAPPAN
PUTRAJAYA 27 Ogos - Badan Pencegah Rasuah (BPR) masih gagal mendapatkan keterangan daripada Datuk S. Nallakarupan berhubung kenyataannya yang mendakwa Datuk Seri Anwar Ibrahim menerima RM60 juta daripada syarikat perjudian Magnum Corporation Berhad
Kah kah kah…. Dah lari kurap pan ini daaaa….
.
KEMENANGAN PKR SUDAH DIJANGKA
KUALA LUMPUR 27 Ogos - Kemenangan Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim pada pilihan raya kecil Parlimen Permatang Pauh semalam memang sudah dijangka oleh Barisan Nasional (BN) memandangkan kawasan itu sudah menjadi kubu kuat beliau.
La.. macam mana ni… cakap dulu nak tanamkan PKR hidup-hidup …
PENGUNDI TERLALU AGUNGKAN ANWAR
KOTA KINABALU 27 Ogos - Ahli Majlis Tertinggi (MT) UMNO, Datuk Noh Omar berkata, penduduk khususnya pengundi di Permatang Pauh jelas lebih mengagungkan Datuk Seri Anwar Ibrahim daripada memilih pembangunan yang akan dibawa Barisan Nasional (BN)
Woit nak bangunkan apa lagi …… apa jadi kes syabu tu….

PELAJAR UNIVERSITI KEBANGSAAN MULA BANGUN
Satu forum tentang pindaan Akta Kolej Universiti baru saja diadakan pagi ini di kampus UKM Bangi.
Tetapi puluhn mahasiswa telah di halang dari memasuki dewan untuk mendengar apakah yang akan di bincangkan oleh Timbalan Menteri Pengajian Tinggi yang menjadi anggota forum ini.
Beberapa mahasiswa telah pergi meminta kepada Menteri agar mereka di benarkan masuk tetapi siswa terperanjat besar dengan jawapan bodoh lagi bangang menteri ini.
Menteri menjawab " Saya bukan penganjur".
Siapakah beruk penganjur?
Tidak cukup dengan 'bodoh' ini beberapa mahasiswa telah dikasari oleh Pak Gard. Salah seorang yang di kasari ialah Sheikh Omar - Presiden Solidariti Mahasiswa.
Saifuddin Nasution ada serta dalam forum ini telah menyatakan rasa kecewanya melihat kebangangan Timbalan Menteri dan pihak hal ehwal pelajar UKM.

PROFESSOR KANG KUNG DAN KUNG KANG
Gua bosan dengar komen profesor dari ‘menara puding’ yang cuba memberi jawapan ‘ilmiah lagi akademiah’ - kenapa gerombolan United Malays National Organisation kalah di Permatang Pauh.
Professor-profesor Kang Kung ini dari sekolah mana ni? Ketua cawangan mana?
Apa punya professor yang bagi fakta HUJAN yang menyebabkan gerombolan United Malays National Organisation kalah. Ngok betul professor ni. Dia tidak tahu HUJAN ialah nama band cool lagi top yang akan bermain di Bau Bau Café Central Market lepas raya nanti.
Hairan macam mana Mamat ni boleh jadi professor?
Ada seorang lagi profesor Kang Kung yang berkata jenerasi muda a TIDAK berterima kaseh. Betul profesor ini Mat Kung Kang. Berterima kaseh buat apa. Kita bukan hendak berterima kasih. Kita nak balon depa kerana sudah 50 tahun kita semua dibodoh-bodohkan.
Apa punya tuuur… profesor ini.

SPR NGOK
Cuba kira kembali berapa peratus jumlah yang datang mengundi. Laaa ngapa ngok sangat – tidak boleh kira ke ?
Itu lah suruh pergi sekolah lari. Sekarang jadi barua.
BUKAN 65% yang datang mengundi. Apa punya tuur SPR ni.
1.Datuk Seri Anwar Ibrahim (KeADILan) 31,195 undi.
2.Hanafi Mamat (AKIM) 92 undi.
3.Datuk Arif Shah Omar Shah (BN)15,524 undi.
Jumlah mengundi: 47,258
Peratus keluar mengundi: 81 peratus - LAPAN PULUH SATU PERATUS (bodoh!)
Undi rosak: 447 undi
Majoriti: 15,671 undi

AKHIR NYA ANWAR BERSUMPAH JUGA
Esok Khamis 28hb Ogos 2008 , jam 10.00 pagi Anwar Ibrahim akan bersumpah.
Dia akan mengangkat sumpah untuk mewakili warga P44 Permatang Pauh di Parlimen.

SELAMAT JALAN YANG PANJANG
Jam 12.00 saya meninggalkan Sungai Petani dan mengarah kembali ke Permatang Pauh. Halangan polis di pintu tol telah tiada lagi.
Cuaca indah. Awan dan langit biru terbentang– lanskap yang amat susah dilihat untuk orang yang tinggal dalam ‘gaung’ Jelebu. Atau yang tinggal di celah-celah bangunan dalam kota.
Memasuki kembali ke Kubang Semang – simpang tiga – sebelah Masjid. Semua kosong dan lengang. Kedai Nasi Kandar Melayu hanya ada tiga empat orang. Bayangkan setiap hari – 24 jam sebelum ini kawasan ini ‘hot – hot – hot’.
Di simpang tiga inilah pada jam 2.00 pagi – beberapa jam sesudah Anwar menang - saya lihat kesibukankan nya. Anak anak muda, Kakak, Abang dan Mak Cik mengibar-ngibar bendera PKR sambil meluangkan REFORMASI. Satu ulang tanyang sama seperti di hadapan Sogo 10 tahun dahulu. Setiap kereta yang melintasi jalan ini akan dirapati dan bendera PKR akan dikibarkan.
Dalam seribu tahun pun tidak mungkin pesta ini akan berulang. Ambience dan suasana pasti akan berubah. Ianya macam malam lailaturkadar – datang hanya sekali.
Kedai Bundle – le maison du chic – di tutup. Tidak banyak kereta yang berselisih. Mat Motor pun tidak kelihatan. Mungkin belum bangun tidur lagi.
Akhirnya sampai ke tempat yang hendak saya tuju – Bangunan Ibu Pejabat United Malays National Organisation. Malam sesudah pengundian di tutup saya telah melintasinya tetapi tidak dapat melihat dengan lama kerana takut menggangu lalu lintas.
Sebenarnya saya ingin melakar ‘takziah’ kepada pintu kaca bangunan ini yang habis pecah. Kaca terbarai-barai. Dari apa yang saya difahamkan satu gerombolan United Malays National Organisation dari negeri Selatan telah ‘mengamuk’.
Duit soruuuu sudah mis beeb. Ada taiko sedah kemut. Bila mengundi selesai semua hilang.
Dari ‘risikan ‘ saya dapat tahu kaki kemut Belanjawan Kempen tidak lain dan tidak bukan ialah….. Mamat me no speeekin inglish… me no understand nuting.
Setelah menyampaikan ‘takziah’ saya sampai melintasi kembali kawasan yang dikatakan ada kentutan bom. Ini berhampiran dengan sarang gerombolan Puteri. Semua kelihatan senyap.Papan tanda yang gagal dipasang masih tercacak. Saya memerhati rapi mata tahu kalau-kalau ada kain merah atau kain merah jambu yang tertinggal boleh juga di pungut untuk alas tidur kucing saya. Gagal. Satu kain merah pun tidak nampak tersidai.
Sampai ke Bukit Mertajam semua sibuk kembali. Memesong ke kanan lalu mengambil jalan pulang ke Kuala Lumpur. Sepuluh minit di Lebuh Raya baru saya teringat. Kami tertinggal sesuatu. Gobala rupa-rupanya tertinggal dalam lokap di Seberang Jaya.

Langgan:
Catatan (Atom)