KENYATAAN MEDIA
TUAN EMPUNYA ANJING
Saya Hishamuddin Rais memelihara anjing. Malah dari zaman kanak-kanak lagi saya telah memelihara binatang. Saya ada pengalaman memelihara tupai, musang dan kura-kura.
Di rumah keluarga kami di Jelebu sentiasa ada kucing peliharaan. Arwah ayah saya - yang belajar di Sekolah Pondok Lebai Maadah Batu Kikir - ada juga memilihara anjing. Jadi memilihara anjing ini bukan satu yang asing dalam budaya suku Biduanda Negeri Sembilan.
Kelmarin saya terbaca berita tentang peguam Shafee Abdullah yang mewakili Najib Razak dalam kes pengalihan wang haram SRC (AMLA). Peguam telah patah tangan. Beliau diberitakan telah diserang atau hasil terkaman anjing. Yang menerkam ialah anjing peliharaan peguam Shafee sendiri.
Justeru kes SRC - pembicaraan Najib ditangguh.
Saya merasa pelik bin hairan. Ini kerana dalam sejarah pemeliharaan anjing, tidak pernah saya terbaca Tuan Anjing diserang oleh anjing peliharaannya sendiri. Dalam pengetahuan saya anjing ialah binatang peliharaan yang amat setia kepada tuannya.
Dunia akan terus mengingati Hachiko saekor anjing milik Profesor Hidesaburo Ueno dari Tokyo Imperial University. Setiap petang - hujan, panas atau bersalji - si Hachiko akan datang menunggu tuannya Profesor Ueno pulang dari Univeriti di stesen Shibuya Tokyo.
Hachiko dipelihara oleh Profesor Euno semenjak tahun 1924. Hubungan intim antara Profesor Ueno dengan Hachiko ini tamat pada 25 May 1925. Pada petang hari itu, Profesor Ueno yang dinanti oleh Hachiko tidak pulang pulang.
Profesor Ueno telah meninggal dunia ketika memberi kuliah di universiti.
Dari petang itu - setiap petang selama 9 tahun Si Hachiko akan datang menunggu kesampaian Prof Ueno. Akhirnya Hichoko sendiri mati dalam penungguan pada 8 Mac 1935.
Hari ini tugu Hachiko telah didirikan dihadapan stesen kereta api Shibuya Tokyo.
Hanya sekali dunia diperanjatkan dengan berita seorang tuan empunya anjing yang telah mati diserang oleh anjingnya sendiri.
Ini berlaku pada pada bulan September 2011 di Manado Indonesia. Tuan empunya anjing telah pergi bercuti selama dua minggu. Dia telah tidak meninggalkan makanan dan minuman untuk anjingnya yang terkurung dalam rumah.
Bila pulang dari becuti di diserang oleh anjing piliharan yang lapar dan dahaga.
Justeru saya menjadi hairan lagi pelik kenapa Tuan Peguam ini diserang oleh anjingnya sendiri. Atau diterkam dengan bagitu kasar hingga mengakibatkan tangan patah.
Berita peguam ini bertambah pelik apabila peguam Shafee Abdulah ini dapat pula hadir dalam satu kes yang lain pada hari yang sama.
Maka saya terfikir apakah Sang Peguam ini sedang melancarkan perang biologi.
Apa dia perang biologi ini?
Mahathir telah berumur 93 tahun. Najib Razak baru melintas 65 tahun. Dalam konteks biologi Najib masih muda.
Dalam perang biologi secara saintifik Mahathir Muhamad pasti akan tewas. Lagi cepat Mahathir tewas lagi baik. Apabila Mahathir tewas maka besar kemungkinan Najib boleh membuat ‘perjanjian baru’ dengan kerajaan baru yang dipimpin oleh sosok yang berkemungkinan bersimpati dengan Najib.
Justeru memperlambat kes Najib berjalan adalah sebahagian dari taktik perang biologi. Memperlambatkan Najib menerima hukuman adalah perang biologi. Lagi lambat Najib masuk penjara lagi baik.
Inilah yang saya takrifkan Perang Biologi.
Justeru saya sebagai pemelihara anjing marah dan merasa terkilan binatang yang paling setia kepada manusia telah dijadikan sebab untuk digunakan sebagai senjata perang biologi.
Terima Kaseh
Hishamuddin Rais
Tuan Ezi dan Tak Tak
---------------