BANGSA
JOHOR
BANGUN
MELAWAN
Anak MB Umno hambur soalan untuk Najib
Lagi suara melawan arus dari Johor, kali ini daripada anak Menteri Besar Khaled Nordin pula, Akmal Saufi.Akmal Saufi, yang juga pengarah Sukarelawan Pemuda BN (BNYV) membangkitkan pelbagai persoalan berkaitan derma RM2.6 bilion yang didakwa dimasukkan dalam akaun peribadi
“Bolehkah seorang menteri atau timbalan perdana menteri atau perdana menteri menerima derma apabila sedang memang jawatan di dalam kerajaan?
“Adakah perlu duit derma tersebut diisytihar kepada rakyat dan ahli kabinet yang lain?” soal anggota Parlimen Belia Johor itu.
Akmal, 28, menulis panjang di Facebook beliau hari ini berhubung pelbagai aspek berkaitan derma itu, termasuk buktinya dan sama ada pihak lain turut mengetahuinya.
Soalan-soalan dibangkitkan, termasuk:
- Ketika Najib menerima dana sejumlah RM2.6 bilion, adakah beliau maklum sejumlah wang telah memasuki akaunnya?
- Apakah bukti bahawa duit tersebut merupakan derma dan bukan duit berkaitan IMDB mahupun pihak yang mempunyai transaksi berkaitan IMDB?
- Adakah sumbangan tersebut merupakan sumbangan bagi kepada kerajaan, tujuan Umno atau tujuan peribadi?
- Jika duit tersebut adalah sumbangan buat Umno, adakah kepimpinan Umno terutamanya Majlis Tertinggi (MT) mengetahui tentang derma tersebut?
- Jika MT tidak mengetahui adakah ini bermaksud Umno tidak akan mengetahui kewujudannya jika Najib tidak memaklumkan kewujudannya?
- Bilakah Najib bercadang untuk maklumkan kepada MT?
- Andai kata derma tersebut derma peribadi, adakah Najib menerimanya ketika memegang jawatan sebagai salah seorang ahli jemaah menteri?
- Adakah gabenor Bank Negara dan cendekiawannya sedar akan pergerakan duit sejumlah RM2.6 bilion ke dalam negara?
- Adakah Lembaga Hasil Dalam Negeri sedar mengenai sejumlah duit yang telah diterima Najib?
- Jika ya, adakah Najib telah membayar sebarang cukai pendapatan berdasarkan nilai duit tersebut?
- Adakah seorang perdana menteri boleh mendapat pengecualian cukai?
- Jika Najib mendapat pengecualian cukai, adakah pengeculian tersebut adalah kepada gaji Najib atau apa saja derma yang diterima beliau?
- Jika derma tersebut adalah bagi tujuan kerajaan, mengapa Kementerian Kewangan tidak mengetahui kewujudannya?
KAH KAH KAH
woit
tanya soal selidik
duit bukan kecik anak
bukan juta juta bilion bilion
bangsa johor dah muak
bangsa johor dah muntah
bangsa johor jangan dihina
bangsa johor bukan bodoh
siapa yang bangang bagi duit
siapa yang bodoh derma
satu juta dua juta masuk akal
ini dua biliuon ringgit
BANGANG
--------------------