Jumaat, 8 Disember 2023

WAJIB TUNTUN - HATI DAN JIWA KEMANUSIAAN



PEMBACA 

TUKAR TIUB

YANG BAIK HATI

JIKA HATI DAN JIWA LU
TIDAK TERUSIK DENGAN BERITA INI
LU DAH HILANG JIWA KEMANUSIAAN

KEMBALIKAN
MARI KITA BERSAMA
MENYYOKONG PERJUANGAN
ADIL RAKYAT PALESTIN
AMIN

SE KILO DATUK BERAPA HARGA ?



6 termasuk presiden 

NGO ditahan, 

disyaki jual darjah 

kebesaran palsu
SURUHANJAYA Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menahan enam individu termasuk seorang presiden sebuah badan bukan kerajaan (NGO), yang disyaki terlibat dalam sindiket penjualan darjah kebesaran pingat persekutuan palsu, yang melibatkan bayaran kira-kira RM2 juta. 

Menurut sumber SPRM, empat lelaki termasuk presiden NGO berkenaan serta dua wanita yang berusia 30 hingga 50-an itu ditahan di lokasi berasingan iaitu Ibu Pejabat SPRM di Putrajaya dan Melaka antara 30 November dan Rabu lepas.

Semua mereka ditahan kerana disyaki terlibat dengan sindiket penjualan darjah kebesaran pingat persekutuan palsu yang membawa gelaran ‘Tan Sri’ dengan bayaran kira-kira RM2 juta, dan presiden NGO itu disyaki menjadi dalang utama.

“Presiden NGO itu disyaki menetapkan harga bagi calon yang berminat mendapatkan pingat kebesaran dan mengarahkan ahli sindiketnya iaitu seorang lelaki berusia 50-an menyamar sebagai Tengku.

“Ia bagi mendapatkan bayaran untuk menipu kira-kira enam individu lain yang ingin mendapatkan pingat kebesaran tanpa melalui prosedur biasa,” katanya.

“Sindiket ini dipercayai mula menjalankan kegiatan sejak 2020 dan telah memperdayakan beberapa mangsa membabitkan kerugian beratus ribu ringgit dengan menunjukkan gambar dan surat dokumen daripada sebuah agensi kerajaan bagi meyakinkan mangsa bahawa gelaran dan pingat yang diatur melalui pintu belakang ini adalah benar-benar tulen,” katanya.

Beliau berkata sindiket itu mengenakan bayaran berbeza mengikut darjah kebesaran misalnya gelaran Datuk bernilai kira-kira RM150,000, Datuk Seri RM250,000 manakala Tan Sri bernilai kira-kira RM2 juta.

Menurut sumber berkenaan, seorang mangsa lelaki berusia dalam lingkungan 50-an dipercayai telah membayar kira-kira RM1.2 juta untuk mendapatkan gelaran Tan Sri menerusi beberapa transaksi bank kepada sindiket berkenaan.

Difahamkan SPRM sedang berusaha mengesan lima lagi invididu yang turut menjadi mangsa.

Presiden NGO itu kini direman sehingga 11 Disember, manakala empat lagi individu direman sehingga hari ini manakala seorang telah dibebaskan dengan jaminan SPRM.  

Sementara itu, Pengarah Kanan Bahagian Siasatan SPRM Hishamuddin Hashim ketika dihubungi mengesahkan penahanan itu dan berkata siasatan dijalankan di bawah Seksyen 16(a)(A) Akta SPRM 2009.

“SPRM sedang berusaha mengesan beberapa lagi suspek yang dipercayai terlibat dengan sindiket ini,” katanya. – Bernama, 8 Disember, 2023.

WOIT

JUAL BELI DATUK

SATU PERNIAGAAN

LUMAYAN & HALAL

KAH KAH KAH

LU TAK CAYA

LU TANYA 

DATUK MELAKA

& DATUK PAHANG

JENG JENG JENG

HARGA SEKEPING

AGAK BERPATUTAN

KAH KAH KAH

JANGAN LUPA

ADA DATUK SULU

ADA DATUK KEMBOJA

HARGA AGAK

MURAH SIKIT

KAH KAH KAH

AMIN

KHALAS

NERAKA INI DI MANA ?



Ternyata kerjasama

 dengan UMNO 

tidak masuk neraka, 

sesat – Asyraf
KUALA LUMPUR – Kenyataan Pas yang manyatakan keinginan untuk bekerjasama semula dengan UMNO membuktikan dua perkara.

Perkara itu ialah sokong atau kerjasama dengan UMNO tidak masuk neraka dan tidak sesat atau kafir, kata Setiausaha Agung UMNO,  Asyraf Wajdi Dasuki.

Justeru, Setiausaha Agung UMNO itu menasihatkan semua pihak agar bersederhana dan berpada-padalah dalam berpolitik dan berparti.

Menurutnya, berbeza parti tidak wajar putus tali silaturrahim dan berlainan parti tidak harus pecah hubungan ukhuwwah sesama Muslim.

“Berbeza parti jangan sampai saling sesat-menyesat, memaki hamun, apatah lagi memugar semula fenomena kafir mengkafir yang memudaratkan.

“Sebab itulah Islam mengajar untuk sentiasa bersederhana dalam berkawan mahupun berlawan,” katanya.

Semalam, Pas berkata, parti itu tidak menolak untuk bekerjasama semula dengan UMNO di sebalik sejarah ‘pahit’ hubungan kedua-dua parti sebelum ini.

Bagaimanapun Tuan Ibrahim berkata, sebarang kerjasama dengan UMNO perlu melalui platform Perikatan Nasional (PN) yang turut dianggotai Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu).

“Pas tidak pernah mengenepikan agenda penyatuan ummah,” ujarnya. – 

INI BARU BETUL

TAK KAN HANYA

AHLI PAS SAJE

DAPAT ENTOT

BIDADARI

KAH KAH KAH

AHLI AMANAH

AHLI BERSATU

AHLI PKR

NAK JUGA

KAH KAH KAH

KHALAS

HAMAS MEROKET SELATAN ISRAEL



HAMAS MEROKET

SELATAN ISRAEL

KHALAS

BEBASKAN KETUM !!!



Lelaki tak serik edar ketum ditangkap kali kedua


SUNGAI PETANI: Seorang pengedar ketum ditahan buat kali kedua bersama 1,190 kilogram (kg) daun itu di Kilometer 80, Lebuhraya Utara Selatan berhampiran susur masuk Hentian Rehat dan Rawat Gurun di sini, malam tadi.

Suspek berusia 35 tahun ditahan bersama seorang rakannya yang juga berumur 35 tahun ketika membawa muatan daun ketum yang dianggarkan bernilai kira-kira RM23,800.

Ketua Polis Daerah Kuala Muda, Asisten Komisioner Zaidy Che Hassan berkata, lori dinaiki mereka ditahan kira-kira pukul 9.30 malam sebelum pemeriksaan menemukan 170 bakul berisi daun ketum yang dibawa dari Padang Terap untuk diedarkan ke kawasan barat Semenanjung.

“Kejayaan ini hasil risikan pegawai dan anggota Kompeni D, Batalion 1, Pasukan Gerakan Am (PGA) Bukit Kayu Hitam yang mengekori lori jenis Isuzu terbabit sebelum menahan kedua-dua suspek,” katanya ketika dihubungi hari ini.

Kenderaan dan daun ketum terbabit disita dan dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kuala Muda untuk tindakan lanjut.

“Siasatan awal mendapati dua suspek itu telah menjadi ‘runner’ kepada seorang lelaki tempatan berbangsa Siam sejak awal bulan ini.

“Mereka menerima upah sebanyak RM1,000 seorang untuk satu perjalanan mengedar daun ketum itu ke bahagian Barat Semenanjung Malaysia,” katanya.  

Menurut Zaidy, semakan mendapati suspek mempunyai satu rekod kesalahan di bawah Seksyen 30(3) Akta Racun 1952, manakala rakannya tidak mempunyai rekod lampau dan keputusan saringan ujian air kencing mendapati kedua-dua suspek negatif.

“Kedua-dua mereka direman selama empat hari bermula hari ini hingga 11 Disember untuk membantu siasatan di bawah Seksyen 30(3) akta tersebut,” katanya. -
 

MASANYA DAH

SAMPAI UNTUK

BEBASKAN KETUM

DARI 

BAGINDA QUEEN

AMIN

KHALAS

TAULADANI POLIS GERAK KHAS


MALAYSIA JADI

INDAH PERMAI

JIKA SEMUA POLIS

TAULADANI POLIS

GERAK KHAS

KHALAS

Unknown commented on
 "BUKAN SEMUA POLIS TAK BAIK !!!"



PALING JUJUR
POLIS DALAM
DRAMA TV
AMAT BAIK

wah! kita dapat 1 lagi bidalan baru.
selama ini gwa hanya berpegang kepada:
MP ADUN yang baik hanyalah yang mampus keras.

boleh juga dioleh:
sejujur2 polis di luar
jujur lagi polis dalam drama gerak gerak gerak khassssssss

amin

SETAKAT HARI INI 413 SOLDADU ISRAEL TEWAS


SETAKAT HARI INI

413 SOLDADU ISRAEL

TEWAS

AMIN

IKUT SAMA OMBAK KEADILAN


IKUT SAMA

OMBAK

KEADILAN



RAKYAT MAKAN DI WARUNG



RAKYAT MAKAN

DI WARUNG

AMIN

MENTERI MAKAN

DENGAN JERUNG

KHALAS

Amier The Hero commented on 
"SOKONG PMX"

Bab warung kono bersih tu, den sokong la. Jgn la bagi gelas plastik berkarat dokek pelanggan, kombang tokak jadi eh. Rakyat perlu makan di warung dan restoran. Jangan makan dokek hotel limo bintang, mahal nak mampuih. Jadi eh.. kafe², kupi house dokek hotel 5 bintang buleh la di ponohi oleh mentoghi², ahlil² politaek sumo. Diorg ajo yg layak jojak kaki dokek hotel 5 bintang. 

Kok nak buek projek ulam ghajo pon, takdo rakyat yg nampak.. aman sikit idop diorg. Setakat mentoghi², ahlil² politaek yg poie, apo susah.. kan sesamo diorg cover buntot memasing. Janji rakyat takdo mkn dokek situ, selamat sikit diorg. Ok, sekian timo kasih daun kunyit. Jando lalu, tt konyit... Kah kah kah kah....

APA JADI DENGAN NEGARA ISLAM



APA JADI DGN

NEGARA ISLAM ?

AMIN



Panglimo Potaseh commented on
 "BERGOMOL"

Apa jadi dingan nigara Islam .. Islam gagah sehingga 600 tahong lepas wafat ye Rasulullah. Lepas tu moncol bermacam macam IMAM yang bawak teori Islam yang macam2 .. masing2 nak togakan kan Islam masing2 .. carik makan guno igamo.

Jam tu Eropah bebaskan diri dari Rajo dan Igama dan mula menjurus kearah idop yang lebey SAINGTIFIK. Sodang Roket Kapir luncur molinteh Bima Sakti .. kito masih carik teori pantek bidadari tu kotat ko tidak 

MASJID AL-AQSA AKAN DISERBU ?


PROVOKASI !!!

AMIN

MASJID AL- AQSA

AKAN DI SERBU ?

KHALAS

EROPAH DAN PENGARUH ZIONIS


EROPAH DAN 

PENGARUH ZIONIS

 
Pada tahun 1993 saya telah pergi merayau ke Tanah Besar Eropah. Ketika itu saya warga pelarian politik. Awalnya  saya  menetap di Belgium kemudian berpindah ke London. Saya  telah berkali-kali merayau di Eropah Barat. Kali ini saya ingin melihat Eropah Timur satelah keruntuhan Soviet Union pada tahun 1989. 

Sasaran saya ialah Republik Czech, Poland dan Slovakia. Hampir sebulan saya merayau di Republik  Czech dan Slovakia. Kemudian saya naik kereta api melintas ke Poland. Bandar yang saya tuju ialah Krakow.

Saya ingat lagi pagi itu sesampai saya di luar stesen saya telah didatangi oleh beberapa pemandu  teksi dan pemandu pelancong.
‘ Sir... Auschwitz.... my car...visit  Auschwitz....’

Saya tahu apa ada di Auschwitz. Saya telah membaca tentangnya bekali-kali dari akhbar   kota London.

‘ What is there .... in Auschwitz....’ Saya membuat pertanyaan bodoh.

‘ Jews concentration camp... museum ...not far... one hour by my car... day trip...’ Pemandu pelancong anak muda warga Poland mengajak saya ke Auschwitz melawat bekas kem tahanan Yahudi. 

‘ Are they still burning the Jews...’ Saya buat lawak bodoh sambil menapak menuju ke alamat hostel  tempat menginap.

‘ Second world war... not today...’  Pemandu pelancong pasti menganggap orang kulit hitam ini bebal tidak tahu sejarah.

Saya tahu apa yang berlaku di Eropah dalam Perang Dunia Ke Dua. Hitler dan Nazi di German membantai Yahudi. Auschwitz adalah salah satu dari kem tahanan Yahudi.

 Pengetahuan saya tentang Yahudi, Zionis, Nazi  atau Hitler pada ketika itu – sebelum Lebai Google wujud -  tidak mendalam. Tapi mencukupi untuk menjadi latar memahami politik Eropah.

Malah di Jelebu ketika dalam sekolah menengah lagi saya telah  menuntun banyak filem “Perang German “.  Dari wayang yang saya tuntun saya berupaya membezakan topi besi German dan topi besi Amerika.

Hebat sungguh - dari zaman sekolah rendah  lagi saya  Sakai Biduanda   budak kampung dari Jelebu  boleh mengenal  topi askar jahat dengan topi askar baik. Ilmu pengetahuan ini datang dari Panggung Ruby. Filem  ‘ Perang  German “ mengajar saya.

Saya tidak sedar bahawa filem perang  yang saya tuntun adalah seni halus untuk mengolah persetujuan saya bahawa Amerika baik dan German jahat.

Antara baik dan jahat ini yang menjadi mangsa ialah Yahudi. Bani Israel ini terus menerus digambarkan dalam wayang ini sebagai mangsa Nazi. 

Malah saya mula  berkenalan dengan Yahudi pun melalui Panggung Ruby. Saya menuntun filem The Ten Commandments  - Sepuluh Rukun ( 1956 ). Ini  ketika saya dalam darjah dua - 1958. 

Satu  rombongan dari Sekolah Umum Ulu Klawang telah pergi ke Kuala Klawang untuk menuntun filem  Sepuluh Rukun. Towkay panggung datang dari sekolah ke sekolah menjual tiket berharga 40 sen.

Filem ini kesah Nabi Musa  yang membawa Bani Israel lari  dari Mesir ke Palestin. Mustahil saya akan melupakan adegan tongkat Nabi Musa yang membelah laut.

Saya ingat lagi watak jahat Firaun berkepala botak dimainkan oleh Yul Brynner (1920-1985).  Watak baik Nabi Musa seorang  Yahudi dimainkan oleh Charlton Heston  (1923 -2008)

Tahun 1986 saya berhujung minggu di rumah kenalan di Durtmund kota di bahagian selatan German yang bersempadan dengan Belanda dan Belgium.  Dari dalam  kereta api saya masih dapat melihat ‘gigi naga ‘ dipasang di wilayah sempadan. Gigi naga ini ialah busut-busut kecil berbucu tajam dari simen dan besi. Busut  batu didirikan di sempadan untuk menghalang kereta kebal masuk ke wilayah German dengan mudah.
Kawan saya menerangkan bahawa  setiap malam Ahad satu stesen TV German akan menayangkan filem Perang  Dunia Ke Dua  dari Hollywood. Ini arahan dari  kerajaan German. Ini sebahagian dari Perjanjian Damai Perang Dunia Ke Dua.

Mengikut surah kawan saya pada jam 9 Ahad malam air akan berkurangan diseluruh German. Ini kerana  ketika  filem perang ini  ditayangkan  di TV akan ada pengiklanan. Ketika iklan di tayang begitu ramai  warga German yang menuntun akan ke tandas sebentar. Ini menjadikan air kurang di pili kerana disedut ke tandas.

Bayangkan rakyat German dipaksa secara halus menuntun kejahatan  Datuk dan Bapak mereka dalam Perang Dunia Ke Dua.

Licik dan bijak jarum halus Zionis menjahit warga Eropah.  

Hari ini pemimpin Eropah seperti Macron, dari Perancis, Olaf  Scholz dari German, Sunak dari United Kingdom – telah bersetia kawan dengan Israel.  Ketiga pemimpin ini telah bertandang ke Tel Aviv sesudah 7 Oktober 2023. Mereka  berjumpa Perdana Menteri Netanyahu untuk menyatakan sokongan  mereka terhadap tindakan Israel.

Tiga negara ini mengecap Hamas sebagai gerakan pengganas.  Ini sama seperti dasar yang di pegang oleh Amerika Sereket.

Simpati pemimpin Eropah dan juga warga Eropah Barat dan Timur ini ada sejarahnya. Pada satu ketika dahulu – semenjak zaman berzaman – semenjak zaman Nabi Musa lagi Bani Israel ini tidak memilki negara. Suku kaum Yahudi ini tinggal menetap terpencar-pencar dalam negara-negara Arab.

Majoriti Bani Israel ini menetap aman damai di Palestin bersama dengan Arab Palestin. Islam dan Yahudi tidak bermasalah.

Wajib di ketahui di sini bahawa dari segi salasilah Arab  dan Yahudi  semuanya   dari suku kaum Semitik.

Semitik adalah juga bahasa  — termasuk Ibrani atau Hebrew dan Arab — serta orang yang secara tradisinya menggunakan bahasa ini. Semit berakar umbi dari nama Alkitab Shem, anak  Nabi Nuh, yang secara tradisinya dianggap sebagai nenek moyang  orang Yahudi dan Arab.

Maknanya Arab dan Yahudi adalah Semit. Sama seperti Orang Kelantan dengan Orang Jawa atau dengan Orang  Banjar – asal usul yang sama. Mereka semua  bani Melayu.

Justeru menuduh Arab sebagai anti-Semit adalah perkara yang tidak masuk  akal. Ini sama seperti Orang Jelebu benci dengan Orang  Minang.

Permusuhan terhadap orang Yahudi mungkin bermula hampir sejauh sejarah Yahudi. Dalam empayar purba Babylonia, Yunani, dan Rom, orang Yahudi—yang berasal dari kerajaan kuno Yudea—sering dikritik dan dianiaya. Ini kerana usaha mereka untuk kekal sebagai kumpulan budaya yang berasingan daripada menerima adat resam agama dan berasimilasi dengan Bumiputera.

Dengan kebangkitan agama Kristian, anti-Semitisme merebak ke seluruh Eropah. Orang Kristian awal memburukkan agama Yahudi dalam usaha untuk mendapatkan lebih ramai pemeluk agama Kristian. Mereka menuduh orang Yahudi melakukan perbuatan aneh seperti “minum darah”—penculikan dan pembunuhan kanak-kanak Kristian untuk menggunakan darah mereka untuk membuat roti dalam upacara sembahyang Paskah.

Sikap keagamaan ini dicerminkan dalam dasar ekonomi, sosial dan politik anti-Yahudi yang meresap ke Zaman Pertengahan Eropah.

Bani Yahudi menjadi imigran awal di Eropah. Dari  Palestin mereka merayau-rayau dan menetap di Eropah. Mereka enggan menerima budaya  di mana bumi dipijak di situ langit di junjung.  Justeru diskriminasi terhadap Yahudi di Eropah dijalankan oleh daulah. 

Bani Yahudi tidak dibenarkan memilik tanah. Bani Yahudi tidak bertani. Justeru  untuk mencari makan mereka berniaga dan berjual beli.

Sejarah menunjukkan bagaimana negara Kristian yang mengikut ajaran agama Kristian melarang riba.  Bani Yahudi tidak melarang riba. Maka mereka menjadi pemula sistem  pinjam meminjam duit. Justeru hingga hari ini Yahudi mendominasi sistem perniagaan mata wang, pinjam meminjam duit dan perniagaan bank.

Jelas kalau dikaji dan di selidiki akan di temui bahawa ekonomi adalah punca kebencian Bani Lain terhadap Bani Israel.

Ekonomi adalah punca  membuka pentas perang. Perebutan punca-punca ekonomi  menjadikan Si Polan A bergaduh dengan Si Polan B.  Untuk mendapat sokongan Si Polan A akan menggunakan kaum dan agama.  

Dari pergaduhan perebutan ekonomi individu menjadi pergaduhan negara. 

German marah pada Perancis kerana  kawasan subur Lembah Alsace - Lorriane dimiliki oleh Perancis. Perebutan punca ekonomi inilah yang membawa perang.

Bani Yahudi juga di benci kerana mereka mendominasi ekonomi. Maka dari perebutan ekonomi  inilah yang menjadikan Parti Nazi popular.  Sebelum Perang Dunia Ke Dua pecah Bani Yahudi mendominasi ekonomi German. Ini asas  kebencian Bani German terhadap Bani Yahudi.

Hitler ( 1889-1945) menang pilihan raya tahun 1932. Hitler berjaya menjadi  Canselor dan telah menjadi kan Yahudi musuh utama dalam kempen politik. Nasionalisma  dan kesedaran Bani German dibakar dan di olah oleh Parti Nazi. 

Bani  Yahudi dibantai untuk menyelamatkan ekonomi  warga  German dari terus di monopoli oleh Bani Yahudi.

Kita  tahu – kita  telah  membaca – kita telah menuntun filem “Perang German “. Kita tahu apa yang berlaku. Kita tidak perlu melawat muzium Auschwitz di Poland   untuk memahami pembunuhan ramai-ramai yang dilakukan oleh Hitler.

Dunia berkenalan dengan perkataan genocide. Perkataan ini berasal usul dari perkataan Yunani kuno – genos : bangsa atau suku dan cide dari perkataan Latin membawa makna bunuh. Genocide adalah pembunuhan suku kaum.

Dunia juga menerima  konsep Holocaust. Perkataan Holocaust berasal daripada holokauston  bahasa Yunani. Ini dari, terjemahan perkataan Hebrew  Ê¿olah, bermaksud korban yang dibakar untuk  dipersembahkan sepenuhnya kepada Tuhan.

Pemahaman kita tentang Holocaust hari ini adalah : penyembelihan besar-besaran orang awam Eropah dan terutamanya Yahudi oleh Nazi semasa Perang Dunia Ke Dua.

Dari filem, dari muzium, dari buku, dari gambar, dari perbualan harian dalam dunia hari ini kita akan mengakui bahawa Bani Yahudi telah menjadi mangsa. Mereka di diskriminasi, mereka di injak-injak, mereka dari zaman kuno hingga sekarang dibenci.

Wayang Perang German memperlihatkan naratif bahawa  Yahudi menjadi mangsa dan beramai-ramai dibunuh dengan gas beracun. . Di umumkan, di hebohkan kepada dunia bahawa dalam Perang Dunia Ke Dua  seramai 6 juta Yahudi telah di bunuh dengan gas oleh Hitler.

Justeru Holocaust dan genocide adalah milik dan monopoli Bani Yahudi.

Betulkah 6 juta Bani Yahudi mati dalam Perang Dunia Ke Dua ?  Jumlah ini  tidak saya pertikai walau pun ada kumpulan pengkaji yang mempertikai jumlah ini.

Angka berapa ramai pun Yahudi mati kerana gas tidak perlu dipertikai. Yang perlu ialah kita berterima kasih kepada Lebai Google kerana hari ini naratif Bani Yahudi sebagai mangsa hampir terbarai.  Kewujudan Internet membolehkan kita membebaskan diri kita dari monopoli naratif taburan media  pro Zionis.

Saya berani  memberi tahu disini bahawa dalam Perang Dunia Ke Dua serami 20 juta warga Rusia telah gugur. Negara dan soldadu Rusialah yang paling ramai  berkorban melawan Nazi.

Bagaimana fakta  20 juta warga Rusia gugur tidak di heboh , tidak di jaja ke hulu ke hilir seperti Holocaust?  Pencerahan  minggu hadapan. Amin. (TT)


TULISAN INI DISIARKAN
JUDGA DALAM PORTAL
THE MALAYSIAN INSIGHT.COM
https://www.themalaysianinsight.com/bahasa/s/475323





 




SOKONG KEPIMPINAN ZAHID

Orang Melayu sokong PN kerana UMNO tidak berubah – Akmal

KUALA LUMPUR – Sokongan orang Melayu kini beralih kepada Perikatan Nasional (PN) kerana mereka merasakan UMNO tidak melakukan perubahan seperti yang dimahukan mereka.

Ketua Pergerakan Pemuda UMNO, Dr Akmal Saleh berkata, mereka tiada alternatif selain daripada memberi undi kepada PN untuk menunjukkan protes terhadap UMNO.

Beliau juga percaya, orang Melayu akan kembali semula kepada UMNO jika kepimpinan parti sedar tentang perubahan yang dikehendaki rakyat ketika ini dan berusaha untuk melakukannya.

“Kerana saya percaya, rata-rata orang Melayu masih sayangkan UMNO tetapi kepercayaan mereka terhadap UMNO berkurangan atas sebab-sebab yang perlu pemimpin UMNO berani untuk lakukan perubahan.

“Jika perubahan yang dilakukan kena pada kemahuan orang Melayu, insya-Allah UMNO akan mendapat kepercayaan seperti sebelum ini,” katanya dalam hantaran Facebook, hari ini.

Semalam, Mursyidul Am Pas,  Hashim Jasin dilaporkan berkata, Pas bersedia untuk menggantikan UMNO sebagai parti utama yang mendapat kepercayaan orang Melayu dan Islam.

Pada masa sama, Dr Akmal menyangkal dakwaan bahawa UMNO kini tidak langsung mempunyai tempat di hati orang Melayu.

Menurut beliau, hakikat itu dibuktikan melalui kemenangan Barisan Nasional (BN) pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Pelangai yang mana hampir 70 peratus pengundinya terdiri daripada orang Melayu.

“Pas juga pernah mengalami kekalahan teruk sebelum ini, tetapi kita tidak pernah menyatakan bahawa Pas umpama kanser.

“Adalah adat sesebuah parti politik, mesti ada naik dan turun,” jelasnya. – 

UNTUK

 SELAMATKAN

MALAYSIA

 ZAHID

WAJIB TERUS

JADI PRESIDEN

AMIN

KHALAS