Ahad, 21 Disember 2014

FORUM - DI JAY BEE





FORUM 

DI JAY BEE






Forum anjuran Diskusi Ujong Tanah & Sekolah Pemikiran Rakyat Johor

"Mampukah PR kekal sokongan 52% rakyat menjelang PRU-14"

Ahli panel : 

Wong Chin Huat (Penang Institute)
Liew Chin Tong (Ahli Parlimen Kluang)
Salahuddin Ayub (Naib Presiden PAS)
Nurul Izzah Anwar (Ahli Parlimen Lembah Pantai)

Tarikh: Jumaat, 2 Januari 2015
Masa : 8.00  malam
Tempat : Hotel Tropical Inn, Johor Bahru (dekat surau Arab, Jalan Wong Ah Fook)

Jemput like FB Diskusi Ujong Tanah /www.facebook.com/DiskusiUjongTanah




------------

TURUN TETAP TURUN





Pemuda PKR tetap protes walaupun dijamin minyak turun harga

Pemuda PKR akan tetap melaksanakan protes "Tuntut Harga Minyak RM1.90" di Dataran Merdeka pada malam ambang sambutan tahun baru meskipun Putrajaya memberi jaminan harga minyak RON95 akan turun di bawah paras RM2 penghujung tahun ini.

Pengarah Strategi Pemuda PKR, Akmal Nasir dalam satu kenyataan hari ini berkata, pihaknya melihat kenyataan yang dikeluarkan oleh Timbalan Menteri Kewangan Datuk Amad Maslan itu secara syak wasangka dan penuh berhati-hati.

KAH KAH KAH
turun tetap turun
demo tetap demo
kah kah kah



-----------

MENGAPA WAJIB BERDEMO






HARGA PASARAN RON95 DUA MINGGU PERTAMA DISEMBER 2014 DI BAWAH RM2 SELITER
 
Harga pasaran RON95 menggunakan formula yang diumumkan oleh Barisan Nasional bagi dua minggu pertama Disember 2014 menunjukkan bahawa RON95 telah jatuh di bawah paras RM2 seliter, seperti berikut:
 
 
 
 
Tarikh
Harga pasaran sebenar (RM/liter)
1-Dec-14
2.05
2-Dec-14
2.05
3-Dec-14
2.03
4-Dec-14
2.01
5-Dec-14
2.01
6-Dec-14
2.01
7-Dec-14
2.01
8-Dec-14
1.98
9-Dec-14
1.98
10-Dec-14
1.94
11-Dec-14
1.94
12-Dec-14
1.92
13-Dec-14
1.92
14-Dec-14
1.92
15-Dec-14
1.90
 
Barisan Nasional mengumumkan bahawa harga RON95 bagi sesuatu bulan ditetapkan berdasarkan harga purata harga pasaran RON95 seperti yang ditetapkan oleh formula. Bagi 15 hari pertama Disember 2014, harga purata ini (dikira berdasarkan harga pasaran harian seperti di atas) telah jatuh ke paras RM1.98 liter (tanpa subsidi). Jika subsidi 30 sen seliter dikembalikan seperti yang dituntut oleh KEADILAN, harga RON95 bagi dua minggu pertama secara purata telah jatuh ke paras RM1.68 seliter.
 
Dalam keadaan harga minyak mentah terus jatuh mendadak minggu ini dan dijangka terus jatuh sepanjang 2015, harga pasaran harian bagi tempoh 16 Disember 2014 hingga 31 Disember 2014 juga akan lebih rendah dari RM1.90 seliter (merujuk kepada harga pada 15 Disember 2014).
 
Oleh yang demikian, saya memberi amaran kepada Barisan Nasional supaya jangan berdolak dalih untuk segera menurunkan harga RON95 kepada RM1.90 serta merta. Sekiranya harga RON95 yang diumumkan pada 31 Disember 2014 kelak adalah lebih tinggi dari RM1.90 seliter, ini bermakna Barisan Nasional terus memanipulasi harga RON95 dan diesel untuk mendapatkan keuntungan melalui cukai minyak secara tersembunyi.
 
 
Sehingga kini, tidak ada seorang pemimpin Barisan Nasional pun yang berani menafikan kenyataan saya sebelum ini bahawa rakyat telah terlebih bayar harga minyak yang lebih tinggi yang dianggarkan RM274 juta dalam tempoh 45 hari sejak 1 November 2014. Mengikut amalan biasa, jumlah ini dikembalikan oleh syarikat-syarikat minyak kepada kerajaan sebagai cukai tersembunyi.
 
Selagi Barisan Nasional tidak menafikan perkara ini dan menjelaskan mekanisme sebenar siapa yang menyimpan jumlah RM274 juta yang dibayar lebih oleh rakyat ini, selagi itulah rakyat akan terus beranggapan bahawa mereka dicukai secara tersembunyi melalui harga RON95 dan diesel yang lebih tinggi.
 
Saya mengulangi pendirian bahawa kerajaan wajib mengembalikan subsidi sekurang-kurangnya 30 sen seliter yang akan menyaksikan harga minyak RON95 dalam bulan Januari jatuh ke paras RM1.60 seliter. Penurunan begini selari dengan kejatuhan harga minyak mentah dunia dan harga petrol diesel yang lebih rendah yang dinikmati oleh negara-negara lain.
 
Saya juga menyeru supaya semua rakyat Malaysia turun ke Dataran Merdeka pada 31 Disember 2014 bermula 9 malam untuk #tuntut #turunhargaminyak kerana harga yang ada sekarang mengutip cukai secara tersembunyi dari rakyat. 
 
 
RAFIZI RAMLI
Naib Presiden/Setiausaha Agong KEADILAN
Ahli Parlimen Pandan
 
19 Disember 2014


----------

BERSIH -JANGAN TIPU




SPR tidak boleh mengenepikan rakyat dalam proses persempadanan semula dan mengambil alih kuasa Parlimen dalam penambahan kerusi

 

Gabungan Pilihanraya Bersih dan Adil (BERSIH 2.0) mengutuk keengganan Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya Abdul Aziz Mohd Yusof untuk bertemu dengan kami dan kumpulan masyarakat sivil yang lain tentang isu persempadanan semula dan penambahan kerusi parlimen, seperti yang dilaporkan oleh The Malaysian Insider semalam.
 
Perkara 114(2) dalam Perlembagaan Persekutuan secara jelas menyatakan kepentingan keyakinan orang ramai terhadap tugas SPR. Keyakinan ini begitu penting sehingga ia menjadi kriteria tunggal yang menentukan pelantikan keahlian SPR oleh Yang di-Pertuan Agong.
 
Keyakinan ini hanya dapat diperoleh melalui rundingan bersama masyarakat sivil. Kedegilan Abdul Aziz dalam isu penglibatan masyarakat sivil dapat dilihat dalam pengendalian proses persempadanan semula yang tidak telus dan tidak mempunyai kebertanggungjawaban, yang mengecualikan masyarakat sivil dan kerajaan negeri (Penang) tetapi berunding secara selektif dengan parti politik yang tertentu. Kedegilan inilah yang membuat BERSIH 2.0 berulang-kali menggesa beliau dan pesuruhjaya yang lain untuk meletakkan jawatan mereka.
BERSIH 2.0 ingin mengingatkan SPR tentang rekod dalam proses persempadanan pada tahun 2003 dan 2005 yang amat mengejutkan, di mana peruntukan perlembagaan dalam Jadual 13 tidak dipatuhi langsung dalam situasi yang melibatkan parti politik BN dan ahli politik yang tertentu.
 
Di sini, kami ringkaskan contoh yang dipetik daripada laporan persempadanan semula SPR untuk Semenanjung Malaysia,[1] yang dibentangkan dalam Dewan Rakyat pada 3 April 2003:
  • SPR telah menerima bantahan daripada individu bersendirian seperti pemimpin UMNO tempatan, walaupun Jadual 13 menyatakan bahawa pembantah hanya boleh terdiri daripada kerajaan negeri, majlis perbandaran tempatan atau kumpulan yang terdiri daripada sekurang-kurangnya 100 pengundi dari kawasan pilihanraya yang terlibat.
  • Di mana alasan bantahan adalah berdasarkan faktor politik—seperti kebarangkalian pengundi menyokong atau menolak parti BN—SPR akan menerima bantahan tersebut tetapi menunjukkan initiatif dalam menyediakan alasan yang serasi dengan Perlembagaan (Seksyen 2, Bahagian 1 dalam Jadual 13 menyatakan bahawa that proses persempadanan mesti mengambil kira ketersediaan kemudahan pentadbiran, mencapai pembahagian yang lebih kurang sama dan mengekalkan pertalian tempatan, yang bermaksud mengambil kira sempadan pentadbiran, fizikal, infrastruktur dan sosio-budaya-ekonomi. Peluang kemenangan parti yang berkuasa pada masa itu tidak pernah disebut sebagai pertimbangan yang sah.)
SPR tidak pernah meminta maaf atas pelanggaran peruntukan Perlembagaan Persekutuan mahupun berjanji bahawa salahlaku sebegini tidak akan diulangi.
 
BERSIH 2.0 menggesa Abdul Aziz supaya membetulkan kesalahan yang lepas dengan berunding secara giat dan profesional bersama semua pihak yang berkepentingan dalam persempadanan semula, mengemukakan maklumat terperinci tentang operasi proses bantahan dan pendengaran bantahan serta mengumumkan jadual proses. SPR tidak boleh menjadikan tarikh permulaan persempadanan semula sebagai satu permainan teka-teki—ia telah ditangguh dari tahun 2011 ke 2012, 2013, bulan Mac yang lalu hingga hujung tahun ini.
 
Bagi isu penambahan kerusi Parlimen, yang berlainan tetapi berkaitan dengan persempadanan semula, BERSIH 2.0 menekankan bahawa isu ini adalah di bawah bidang kuasa Parlimen dan SPR tidak boleh mengambil alih kuasa Parlimen dengan memasukkan cadangan penambahan kerusi ke dalam cadangan persempadanan semulanya, seperti yang telah dibuat pada tahun 2003 dan 2005. SPR tidak boleh terus menganggap penambahan kerusi sebagai sebahagian daripada tatacara biasa (standard operating procedure), seperti yang dibuatnya dalam nota taklimat yang diberi kepada parti-parti politik baru-baru ini. BERSIH 2.0 akan mencabar tindakan tersebut dari segi keserasiannya dengan Perlembagaan jika ia diulangi. SPR tidak mempunyai hak untuk mencadangkan penambahan kerusi.
 
Sebaliknya, penambahan kerusi merupakan bidang kuasa Jawatankuasa Pemilih Parlimen untuk meneliti fungsi badan perundangan, yang seterusnya menentukan saiz optimum dan agihan kerusi antara negeri untuk memastikan pembahagiannya adil dan serasi dengan Perlembagaan Persekutuan. Jawatankuasa inilah yang harus mengemukakan cadangan, sekiranya diperlukan, meminda Perkara 46 dalam Perlembagaan, yang telah menetapkan jumlah kerusi Parlimen pada masa kini pada 222. Hanya selepas pemindaan tersebut dibuat, barulah SPR boleh membuat proses persempadan semula berdasarkan jumlah baharu kerusi.
Jika Jawatankuasa Pemilih tidak didirikan, SPR hanya boleh menjalankan persempadanan semula berdasarkan 222 kerusi parlimen sekarang seperti yang tertakluk dalam Artikel 46.
 
Dikeluarkan oleh,
Jawatankuasa Pemandu BERSIH 2.0

---------

FORUM ANTI NUKLEAR




SELASA MALAM

23/12/14

Anak Malaysia Anti Nuklear (AMAN) bersama Pusat Kebudayaan LLG akan mengadakan FORUM Loji Nuklear 2015 - Mudarat Kekal.

Kami berharap Forum ini dapat mewujudkan kesedaran awam dan menyebarkan maklumat kepada umum mengenai rancangan kerajaan untuk membina dua loji Nuklear menjelang tahun hadapan seperti yang dimaktubkan dalam ETP: EPP 11.

Kami percaya rakyat dan semua stakeholders lain dalam masyarakat perlu maklum latar belakang dan implikasi Loji Nuklear jika dibina di Malaysia secara sepenuhnya dan beri balik padangan dan cadangan yang munafaat pada semua - kepada masyarakat dari semua aspek. AMAN juga akan dilancarkan ketika forum ini.

Butiran Forum seperti berikut:-

Tarikh dan Masa
23 Dis 2014 - 8.00pm

Panelis
Dato' Dr. Ronald McCoy
Prof Dr Tan Ka Kheng
Prof Ir. G. Lalchand

Moderator
Anas Alam Faizli

Alamat
Pusat Kebudayaan LLG, No 89 & 91, Jalan 

Maharajalela 50150 Kuala Lumpur
Dengan itu, kami berbesar hati menjemput anda ke forum ini. 

Jumpa di sana dan ribuan terima kasih kami ucapkan. Kehadiran boleh juga disahkan di 


-----------

GEMPUR GEMPUR






DEMO 31 DISEMBER
DBKL akan gempur Petaling Street... Datuk Bandar Datuk Seri Ahmad Phesal Talib berkata pasukannya akan bertindak terhadap gerai haram yang diusahakan oleh pendatang asing di Jalan Petaling. Tindakan akan dikenakan ke atas peniaga tempatan yang menjual atau menyewakan gerai tersebut, katanya. “Mereka dengan senangnya sewa kepada peniaga asing, contohnya sewa kepada warga Bangladesh dengan harga antara RM5,000 hingga RM8,000.

 “Saya difahamkan dari kajian sulit kita yang dibuat melalui kamera poket (tersembunyi), memang lebih daripada 100 unit gerai telahpun disewa dan dioperasi oleh (warga) Bangladesh dan Nepal.

 “Maka kami akan ambil tindakan secepat mungkin,” tegasnya ketika bercakap kepada pemberita selepas satu pertemuan dengan sembilan MP Pakatan Rakyat di Kuala Lumpur. kah kah kah ini satu lagi spesis dedak sama macam sardin cap ayam pelik msia ni woit sebelum nak kerja diumum dulu polis nak tangkap judi umum dulu imigresen nak tangkap pendatang umum dulu kastam nak tangkap on TURUN BERDEMO 31 DISEMBER
Publish | Delete | Spam
Anonymous
on 12/20/14



 
Anonymous
on 12/20/14

----------