Jumaat, 30 Mac 2018

KITA KELUAR KE JALAN RAYA







 SEBELUM

PILIHANRAYA

KITA  TURUN

KE JALAN RAYA 


Dr M: Negara hancur jika Najib terus jadi PM


 Negara Malaysia sudah merdeka selama 60 tahun, tetapi nama baik Malaysia tidak pernah dicemar dengan begitu teruk seperti sejak Najib menjadi Perdana Menteri.

Ya, memang pun negara pernah dikecam kerana ISA. Memang pun ada rasuah yang berlaku dalam Kerajaan di bawah pimpinan Tunku Abdul Rahman, Tun Razak, Tun Hussein dan juga saya.

Tetapi perbuatan-perbuatan ini tidaklah sampai Malaysia digelar negara rasuah bersama dengan sepuluh buah negara di dunia yang amalan rasuah amat tinggi – tidaklah sampai digelar negara kleptokrasi pimpinan penjenayah, pencuri.

Tidak juga pernah ada tuduhan, bahkan dakwaan bahawa Perdana Menteri Malaysia sendiri adalah perasuah yang terlibat dengan penyelewengan berbilion duit kerajaan, dengan namanya disebut dalam kes-kes pembersihan wang berbillion yang dicuri dari syarikat 1MDB.

Laporan-laporan dalam akhbar dan televisyen di seluruh dunia jelas dan terbuka mendedah akan pembelian rumah mewah di London, New York dan Hollywood, pembelian pesawat jet, kapal layar gergasi, intan berlian berjuta ringgit untuk isteri Perdana Menteri, berjudi di Las Vegas, hadiah bermilion (dolar) kepada gadis cantik, sebagai cara untuk bersihkan wang yang dicuri dari dana 1MDB.

Dalam negeri pula berbillion wang Ringgit Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP), dana pencen dari Kumpulan Wang Persaraan (KWAP), wang dari gadaian ladang Felda dan Tabung Haji didakwa hilang begitu sahaja. Wang 42 billion Ringgit yang dipinjam oleh 1MDB hilang entah ke mana dan laporan audit 1MDB dari 2013 hingga 2017 tidak dibuat seperti dikehendaki oleh undang-undang.

Akhbar dan televisyen dalam negara tidak dibenar melaporkan berkenaan wang RM2.6 billion yang berada dalam akaun peribadi Najib. Demikian juga ahli BN, Umno dilarang bercakap berkenaan masalah-masalah ini.

Penyokong-penyokong Najib, terutama menteri dilarang bertemu dengan pemimpin parti lawan, walaupun mereka adalah kawan lama dan biasa bekerja dalam kerajaan dan parti yang sama.


Perlembagaan dan undang-undang tidak dihormati sehingga laporan kepada polis berhubung dakwaan salahguna kuasa oleh perdana menteri tidak disusuli dengan siasatan oleh polis.

Sebaliknya orang yang membuat laporan ditahan, disoal, dimasuk penjara dan dituduh sebagai pengganas.

Proses perlantikan dan penamatan khidmat pegawai tinggi kerajaan tidak dituruti, bahkan Yang Di-Pertuan Agong dibohongi kononnya pegawai berkenaan sakit dan perlu dihentikan. Pegawai ganti juga dilantik tanpa proses perlembagaan. Aturan serta peraturan untuk melanjutkan khidmat hakim tidak dipedulikan.

Polis, SPRM dan Lembaga Hasil Dalam Negeri diguna untuk mengugut dan menekan rakyat. Cukai tambahan dikenakan, dikira sehingga 10 tahun ke belakang walaupun tidak ada bukti cukai ini diperuntukkan dalam undang-undang.

Berita berkaitan : 'PM tak pernah arah saya ambil tindakan pada sesiapa'

SPRM menuduh peniaga telah melakukan pembersihan wang yang dicuri atau hasil daripada rasuah. Mereka ditahan dan di penjara. Ramai pemimpin parti lawan dituduh terlibat dengan rasuah dan lain-lain tanpa bukti dan didera dan diganggu.

Pendakwa raya tutup kes

Sebaliknya dakwaan berbillion ringgit yang ada dalam akaun perdana menteri yang tidak dapat disahkan puncanya selain daripada pengakuan perdana menteri yang ianya tidak bersalah ditutup kes oleh pendakwa raya dan laporan diletak dibawah undang-undang rahsia Kerajaan.

Dakwaan bahawa perdana menteri tidak melakukan apa-apa kesalahan tidak disertai dengan dokumen-dokumen walaupun segala urusan wang yang berbillion perlu dicatit dalam dokuman dan buku-buku akaun bank.

Berita berkaitan:  'Laporan PAC tak kata saya curi wang 1MDB'


Sesungguhnya Najib telah merosakkan kerajaan dan pentadbiran negara serta institusi-institusinya. Pemerintahan Najib tidak diasaskan kepada Perlembagaan dan undang-undang. Pengagihan kuasa antara pembuat undang-undang, pelaksana pemerintahan dan kehakiman sudah dihapuskan dan seluruh kuasa dibolot oleh Perdana Menteri.

Kewangan negara disalahguna untuk projek-projek yang amat merugikan. Pada masa yang sama Najib meminjam berbilion ringgit untuk projek yang tidak mampu memberi pulangan yang cukup untuk membayar balik hutang.

Beban hutang, warisan Najib

Rakyat dan anak cucu mereka akan menanggung beban hutang ini untuk berpuluh tahun. Inilah warisan peninggalan Najib. Jika ia dipilih oleh rakyat untuk terus menjadi perdana menteri, maka percayalah demokrasi tidak akan kembali kepada negara ini.

Sebaliknya pemerintahan kleptokrasi akan berterusan dan negara akan hancur kerana tidak ada pemerintahan mengikut undang-undang. Dengan itu keselamatan rakyat akan menjadi lebih teruk.

Ada yang berpendapat Pakatan Harapan (HARAPAN) tidak dapat berbuat apa-apa untuk memulihkan keadaan. Tetapi kehancuran negara tetap menjadi lebih teruk jika Najib dapat mengekalkan kleptokrasinya. Beban hutang akan bertambah dan wilayah-wilayah negara akan dijual.

Tidak mudah untuk HARAPAN memulihkan negara tetapi apabila kami memerintah Najib tidak akan dapat rosakkan negara lagi. Dan kami berkemahiran dalam menyelamat dan memulih ekonomi, kewangan dan sosio-politik negara. Ini kami yakin. Tolaklah kleptokrasi Najib.




--------------------------

Khamis, 29 Mac 2018

KELUAR KE SOGO




SILA LIHAT

HASUTAN 

KE  SOGO 

SABTU 14/4/18 

JAM 2.00 PTG


 HASUT LAWAN 

Hebat..hebat..ini lah hasutan yg benar2 menyentuh jiwa.. on 
BERSEDIA - TANGKAP JHO LOH.
Publish | Delete | Spam
BinWanTeh, Roslan

on 3/28/18


HANYA SATU JAWAPAN




 HANYA SATU

JAWAPAN

JALAN RAYA








----------------------

SIAM BUAT CILAKA




 SIAM KUTUK

PEMIMPIN ISLAM 

aku paling marah sebab dlm kartun tu najib pakai songkok dan baju melayu. pakaian rasmi kita melayu islam yg syumul ni telah dihina dina. ini sangat kurang hajar. mari kita boikot ayam siam...oops! silap.. mari kita boikot dan buat demo di kedutaan siam kah kah kah on
 CILAKA AKHBAR SIAM
Publish | Delete | Spam
Anonymous
on 3/28/18





-------------------

MAT SKOOTER KENDURI






 MAT SKOOTER

MULA KENDURI

DI PANTAI BALOK

JUMAAT ESOK 









------------------

SIAM CARI GADUH



 KOTE CABANG 

TIGA 
Mengapa mereka tak lukis Najib punya zakar cabang 3. Satu utk Rosmah, Altantuya dan ZianaZain. on 
CILAKA AKHBAR SIAM
Publish | Delete | Spam
Mohammad Azren
on 3/29/18



 SIAM CARI GADUH 
Haramkan beras siam, mee siam, mangga siam, durian siam.....tp jgn ganggu amoi2 siam. Nanti ada org kempunan kahkahkah on 
CILAKA AKHBAR SIAM
Publish | Delete | Spam
Anonymous
on 3/29/18





---------------

GERAKAN GULING NAJIB




 GERAKAN GULING NAJIB
TAJAAN
MEDIA LUAR NEGARA


Saya amat yakin ramai akan bertanya  bila gerakan guling Najib ini akan berakhir? Bila Najib akan dijatuhkan? Bila Najib berjaya digulingkan? Bila Najib akan berundur? Bila rakyat Malaysia - anak semua bangsa -  akan melihat punggung  Rosmah  kali terakhir apabila Rosmah lari naik kapal terbang?

Jawapannya cukup senang. Gerakan guling  Najib ini tidak akan berakhir. Ianya hanya akan berakhir apabila Najib berjaya disingkir. Pada ketika ini anak semua bangsa di Malaysia tidak ada pilihan - masih terpaksa melihat muka dan rambut palsu  Rosmah Mansor. Amin.

Saya amat sedar melihat muka Rosmah Mansor ini satu penyeksaan. Saya juga sedar anak semua bangsa di Malaysia ini telah muak dan mual bila sahaja mendengar Najib atau Rosmah membuka mulut.

Pengalaman benci , muak, mual, loya dan perasaan  nak menerajang ini telah dirasakan dan dilalui oleh warga Indonesia di zaman Suharto. Perasaan  yang dirasakan oleh warga Malaysia pada ketika ini telah dialami oleh warga Pilipina dizaman Marcos dan Imelda. Warga Mesir juga telah melalui  dan merasakan pekara yang sama dizaman Mubarak.

Jika anak semua bangsa di Malaysia terseksa melihat muka Rosmah jangan  cepat naik darah. Bersabar. Ini kerana perasaan  yang sama telah dialami oleh warga Tunisia. Bayangkan bagaimana anak-anak muda, pelajar dan mahasiswa  di Tunis telah ‘muntah hijau’ bila sahaja mereka mendengar nama First Lady Leila Ben Ali.

Warga Mesir, Pilipina, Indonesia, Tunisia terseksa bertahun-tahun. Tetapi akhirnya sampai juga saat dan ketika dimana penyeksaan mereka tamat. Dan mereka meloncat tinggi merayakan  hari pembebasan.

Gerakan guling Najib ini terbahagi kepada dua kumpulan. Pertama dari luar negara yang berpusat di Amerika. Kedua - kumpulan dari dalam negara - kumpulan rakyat Malaysia sendiri. 

Sejarah dan babak babak akhir membuktikan  bahawa serangan keatas Najib oleh media luar negara belum pernah terjadi saperti yang berlaku sekarang. Dalam bahasa Inggeris - unprecedented - tidak pernah terjadi.

Dalam kes liwat pertama Anwar Ibrahim - tahun 1998 - pun serangan dari media luar tidak seganas yang diajukan keatas Najib. Serangan media luar terhadap Mahathir dalam kes Anwar tidak seampoh  apa yang sedang berlaku kepada Najib.

Pada ketika itu si Anwar ini adalah ‘darling’ kepada media Barat. Darling ini ertinya kekasih lomoi yang dicintai. Pada ketika itu Anwar telah memilihara dan membuat jaringan persahabtan dengan media luar negara dan politikus barat terutama di Amerika. Wajib diingatkan  bahawa Paul Wolfowitz peneraju Perang Iraq ialah kawan baik Anwar.

Sekarang semua berbeza. Serangan media luar negara terhadap  Najib datang bertalu-talu. Sampai nak patah tengkok Najib apabila tunduk membaca kutukan dan serangan ini. Warga Malaysia - anak semua bangsa - wajib sedar serangan ini bukan datang dari media jenis Baca Ria , Kosmo atau  Harian Metro. Serangan ini datang dari media arus perdana yang berwibawa. 

Media-media yang mengutuk Najib ini dibaca dan diyakini oleh warga di Amerika, di Peranchis, Swiss, United Kingdom, German,  Canada mahu pun di Australia. Akhbar yang menyerang Najib ini adalah  bacaan harian dan rujukan untuk  elit politik dan elit ekonomi di Amerika dan di Eropah.

Akhbar saperti Washington Post, Washington Times, The Los Angles Times, The Wall Street Journal , The Guardian, Le Monde, The Times, The Financial Times, The Age, Sydney Morning Herald, The Australian - semua ini akhbar yang bukan kecik anak. Harian ini mempengaruhi  jalan politik, garis budaya dan garis ekonomi bukan hanya untuk Amerika dan Eropah malah untuk dunia kapitalis.

Jangan sesekali terlupa  The New York Times (NYT) adalah akhbar yang pertama  tiga tahun dahulu yang bertanggung jawab meledakan berita rompakan1MDB. Ini sebelum Peguam Negara  Puan Loretta Lynch dari Department of Justice Amerika (DOJ) membuat kenyataan.

The NYT kelihatan saperti kepala untuk  media barat. Apabila NYT mengambil garis maka yang lain akan mengikut.
Bagitu juga dengan stesen tv. Kelihatan jelas stesen tv di Amerika, Eropah dan Australia tidak putus-putus menggambarkan berita berkenaan Najib dan rompakan 1MDB. 

Stesen-stesen tv ini kelihatan amat gumbira dalam usaha mereka memperlekeh Najib. Malah dapat dirasakan bahawa stesen tv ini secara terbuka mahu Najib digulingkan segera.

Tahun lalu stesen Australian Broadcasting Cooperatiion (ABC) telah membuat  dokumentri sepanjang 45 minit tentang keterlibtan Najib dalam  tiga kes pembunuhan - Altantuya, Hussain Najidi dan Kevin Morais. Dokumentri ini jelas menunjukkan Najib sebagai ‘orang jahat’.

Mengikut labon Pak Menteri Said Kerouk media luar negara dan stesen tv  BBC, CNBC, CNN , ABC, SBS - terus menabur fitnah dan tohmah. Stesen tv ini seolah-olah dilihat sedang bersekongkol dengan  Mahathir dan Pakatan Harapan dalam usaha menggulingkan Najib.

Saya amat yakin gerakan guling Najib dari luar negara ini akan berterusan. Kita  baru sahaja diberi tahu  tentang sebuah buku yang akan muncul pada bulan September ini. Akhbar The Wall Street Journal akan mengeluarkan sebuah buku tentang kesah Najib mencuri duit 1MDB.

Seawal bulan March  - portal penerbit buku Amazon.com - telah mengiklan buku bernama - Billion Dolar Whale: The Man Who Fooled Wall Street, Holywood and the World. Buku ini pasti akan meledak heboh sedunia. Pasti laris berjuta naskah. Pasti menjadi Buku Ter Hot di NYT untuk beberapa bulan.

Minah Oprah pasti akan menemubual Tom Wright - penulis buku ini - juga wartawan dari Wall Street Journal.  Bila ini berlaku maka kesah Najib anak beranak dan kawan baiknya -  protoganis utama  yang bernama Jho Low - akan menjadi perbicangan sedunia.

Ketika ini kita wajib berbangga kerana seluruh dunia telah mengenal Malaysia. Malah kita wajib tersenyum puas - walau pun kita bukan pemenang hadiah nobel atau pemenang  Piala Bola Dunia - tapi kita ada  memiliki seorang pencuri sebagai Perdana Menteri. Satu-satunya Perdana Menteri dalam dunia ini yang  terlibat dalam kes curi dan kes bunuh. Berbangglah. Amin.

Dalam buku   yang akan terbit ini pasti ada babak pencurian, penipuan dan pembunuhan. Watak-watak  perempuan genit cun lagi bergetah saperti Paris Hilton  dan Merinda Kerr akan memainkan peranan penting. Ini diselang seli dengan   watak perempuan gemok pendek bermuka bulat lagi tembam bernama Rosmah.

Kesah intan  berlian merah jambu  - anting-anting, rantai dan gelang  akan berselerak disana sini. Dan jangan lupa dengan babak lukisan pelukis  gagalis miskin yang hilang  sebelah telinga. Van Goh  seorang Gagalis  yang cintanya ditolak oleh seorang  Minah di Brixton London akan memainkan peranan latar  untuk menghias rompakan duit 1MDB. Semua ini adalah aji-no moto - yang akan merancakkan jualan buku ini.

Pasti ada babak bagaimana duit curi 1MDB telah digunakan oleh Jho Low untuk merayakan tahun baru  2013 sebanyak dua kali pada hari yang sama.  

Awalnya pesta tahun baru ini dirayakan di Sydney Australia kerana  tahun baru sampai  awal disana. Kemudian semua tamu Jho Low diterbangkan dengan dua buah pesawat Jumbo  ke Los Angles  untuk pesta sambutan tahun baru kali kedua. Bayangkan. Bayangkan. Amin.

Kalau saya yang berjaya mencuri  duit 1MDB berbilion bilion dolar - akan juga  membuat pesta tahun baru yang lebih hebat dari  apa yang dibuat oleh China Tembam bernama Jho Low. Saya akan  mengadakan pesta tahun baru di Finland  di mana matahari tak turun-turun selama tiga bulan. Saya akan pastikan semua warga Brickfeild akan diterbangkan ke Finland. Dan tamu kehormat saya pastilah  YB Tontotwi. Saya juga tidak akan lupa akan menjemput bintang filem dari German.   

Pesta hendonis saperti ini tidak ada apa-apa masaalah. Terlalu jauh dari tangan Jakim atau Jais. Tentang belanja. Tidak perlu dirisaukan. Jika putus duit  buka saja kantong 1MDB. Dolar dan  pound akan mencurah keluar. Bayangkan. Amin.
Babak pesta Champagne dan entot mengentot diatas kapal Equnimity akan memeriahkan buku ini. Pasti watak Leornadio Di Caprio dan Martin Scorsese akan muncul. Awas bukan sebagai sebagai pelakon tambahan tapi  sebagai penerima dana dari duit curi 1MDB.

Sesudah buku ini diterbitkan  pasti ada filem menyusul. Pernah dilaporkn sebuah  filem dokumentri tentang 1MDB sedang disunting. 

Lihat dan perhatikan cara kempen gulingkan Najib ini disusun oleh media asing. Semua diatur. Semua disusun  satu persatu. Semua dipastikan akan memberi impak maksima. Semua bertujuan untuk menjerut leher si Najib anak beranak.

Pada tahap ini dikatakan Riza anak Rosmah Mansor dengan suami pertama sedang menyorok di Putrajaya. Pada ketika ini mengikut laporan harian The Australian  si Lanun   rakan curi   Najib yang bernama  Jho Low sedang menginap disebuah  hotel mewah di Shanghai. 

Kenapa di Shanghai ? Kenapa China Merah memilihara  dan memberi perlindungi kepada  Jho Low?  Itu satu babak yang tersendiri. Bagaimana pula gerak kerja rakyat Malaysia untuk menggulingkan Najib? Kita tunggu minggu hadapan. (tt)


NOTA
tulisan ini telah disiarkan
dalam SUARA KEADILAN
sesiapa ingin melanggan 
akhbar mingguan ini
sila pukul talipon
03-92-21-10-45




--------------------------

PERAANG DALAMAN PARTI ISLAM





APA MAKNA

BERITA INI?

MAKNANYA 

NAIK ABOPDDOH

KANTOI MANTOI

Tiada keperluan ambil tindakan terhadap Nik Abduh


KOTA BHARU – Pas menyarankan pihak yang menyebarkan rakaman audio didakwa melibatkan Tuan Haji Nik Mohamad Abduh Nik Abdul Aziz mengemukakan bukti bahawa ia adalah suara anak bekas Mursyidul Am parti Islam itu.

Naib Presidennya, Tuan Haji  Mohd Amar Nik Abdullah berkata, Pas tidak ada keperluan untuk mengambil tindakan lanjut setelah Ahli Parlimen Pasir Mas itu sendiri membuat penafian berhubung perkara tersebut.

Malah tegas Timbalan Menteri Besar Kelantan itu lagi, individu yang bertindak menyebarkan rakaman tersebut perlu membuktikan sama ada ia betul atau sebaliknya


 PENAFIAN LEMBIK

YANG DI TEKAN

BUKAN ABODOH

TAPI YANG

KELUAR RAKAMAN

 MAKNANYA

ADA PERANG

DALAMAN

ABODOH DISERNAG

OLEH  NIK AMAR

KAH KAH KAH



---------------------

BERITA DARI MEKAH








GAGALIS 

BERDOA

DARI MEKAH 










-----------------

RAIS TERUS TIBAI NAJIB






SYABAS 

MAKIN BERANI

TIBAI NAJIB


Pemimpin Umno kini sombong, ‘kaki tak cecah bumi’, kata Rais

PEMIMPIN veteran Umno, Dr Rais Yatim meneruskan kritikannya terhadap parti itu, mengatakan pemimpinnya kini “sombong” dan mudah melenting apabila ditegur.

Dalam jawapan balas dalam surat terbukanya, Rais mengingatkan Annuar beliau merupakan individu yang menegur dan tidak berkecil hati sekiranya “ditegur dan dihempas pulas”.

“Sebenarnya semua hal yang di bangkitkan itu sudahpun saya sampaikan kepada Perdana Menteri Najib Razak dan Timbalan Perdana Menteri Ahmad Zahid Hamidi melalui saluran hormat, iaitu:

• Kenapa Jho Low (Low Taek Jho) harus disiasat demi maruah negara. Dia tak boleh lebih tinggi daripada Malaysia dan Umno. Perlakuan tutup buku sebelum disiasat tidak sejajar dengan Rukunegara dan semangat Perlembagaan.

• Jawapan kepada semua ungkitan antarabangsa dan domestik tentang 1MDB mesti dihurai dengan jelas.

• Rang Undang-undang Antiberita Tak Benar boleh jadi senjata makan tuan kemudian kerana dibuat secara tergesa-gesa tanpa penelitian mendalam darihal implikasi konflik hak dan perundangan. Bila sudah tak berkuasa nanti (barang dijauhi Allah), baru tahu langit dan bumi tinggi-rendah!

• Keutamaan keutuhan undang-undang wajib dipertahankan

• Budaya Tinggi dalam parti dan kerajaan wajib diberi penegasan utama.

• Perjuangan anti-rasuah mesti atas asas Perkara 8 Perlembagaan Persekutuan – patut dan adil kesaksamaannya,” katanya.

Rais dan Rafidah sebelum ini lantang mengkritik pentadbiran Najib terutamanya selepas kapal mewah The Equanimity yang dikaitkan dengan Jho Low dan skandal rasuah 1Malaysia Development Berhad (1MDB) dirampas pihak berkuasa Indonesia atas permintaan Jabatan Kehakiman (DoJ) Amerika Syarikat.



 RAIS RAFIDAH

KINI BERSAMA

RAKYAT

BERKEMPEN

TANGKAP

JHO LOW

SABTU 14/04/18

JAM 2 PETANG

DI SOGO14/4/18

-----------------

TURUN TURUN TURUN









Warga emas berarak tolak penipuan persempadanan pilihan raya

Terik matahari tidak mematahkan semangat Pak Amjal untuk turut berarak membantah penipuan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) hari ini.

Berusia 82 tahun, pemilik Restoran Amjal di Jalan Pantai Baharu dekat Universiti Malaya (UM) ini tekad membantah persempadanan semula kawasan pilihan raya yang tidak adil.

Datuk kepada lebih 22 cucu ini dengan nama sebenarnya, Jalaluddin Ab Manap antara kira-kira 1,000 peserta yang menyertai unjuk rasa di Jalan Parlimen ketika pembubaran sidang Dewan Rakyat semakin hampir.

“Persempadanan semula ini hanya muslihat untuk menyekat kemenangan Pakatan Harapan (PH). Rakyat kena faham dalam soal perjuangan usaha mesti berterusan. Ada ruang begini, turunlah ke jalan raya.

“Kita dah tahu tidak boleh bersekongkol dengan kebatilan. Jadi, tugas kitalah untuk memperjuangkan yang hak mengikut cara masing-masing. Jangan jadi macam Pas,” tegasnya ketika ditemui semasa perarakan.

Dr Mahathir Mohamad ketika menyampaikan pidatonya dalam himpunan Bersih menolak persempadanan semula kawasan pilihan raya yang diadakan di hadapan bangunan Parlimen hari ini.

Menurutnya, Ahli Parlimen sepatutnya bangkit menentang tindakan Perdana Menteri membentangkan laporan persempadanan semula untuk kawasan pilihan raya di Semenanjung tengah hari itu.

“Kalau jadi Ahli Parlimen hadirlah persidangan dan bangkitlah berbahas bertegang urat dengan BN di Dewan Rakyat.

“Kita sebagai rakyat biasa ini, berarak beginilah cara kita untuk memberitahu kerajaan jangan sewenang-wenangnya memperbodoh rakyat,” ujarnya lagi.

Laungan slogan ‘tolak laporan’ dan ‘tangkap penyamun kedengaran sepanjang perarakan dari kawasan Tugu Negara menuju ke bangunan Parlimen sebelum dihalang barisan polis kira-kira 200 meter dari pintu pagar Parlimen.

Terdahulu mereka yang sebahagiannya berpakaian BERSIH berhimpun di lokasi Tugu Negara mulai pukul 8 pagi tadi dengan mendengar siri ceramah daripada BERSIH, pimpinan PH dan aktivis badan bukan kerajaan (NGO).

Kemuncak ceramah Pengerusi PH, Dr Mahathir Mohamad dengan kawalan keselamatan ramai anggota polis.

Peserta dengan turut membawa sepanduk kemudiannya mengiringi delegasi BERSIH untuk menyerahkan memorandum bantahan kepada Speaker Dewan Rakyat bagi mengelak laporan SPR dibahaskan memandangkan kes bantahan masih berjalan di mahkamah.



---------------------

DEMO BERSIH






 SABTU 14/4/18 

ini terbaik bro..kita turun jalan raya sebelum pilihanraya..awas..jangan jadi macam minah dan mat bangang yang diri sendiri taktahu nak makan apa tapi halang orang lain untuk makan..
SAMBUNG  DEMO

BERSIH 

bro..hangat kan lagi bersih ..hangatkan lagi rakyat..kita turun bersih sebelum pilihanraya..tak sia2 beli buku tptj anda..yg dibuku jadi nyata.. on TURUN KE JALAN RAYA
Publish | Delete | Spam
Anonymous
on 3/28/18





-----------------------

SABTU DI SOGO






SABTU

SOGO


satu dunia hentam najib, dari negara eropah, sampai negara asean..ini terbaik..mari kita sama2 hentam dan penjarakan jho low..kita gasak sampai terbarai..bila lawan dah lemah, kita pijak sampai mati..waima ulama penasihat pencuri pun kita humban dalam syurga taik..sial punya najib.. on CILAKA AKHBAR SIAM
Publish | Delete | Spam
Anonymous
on 3/28/18




--------------

TURUN DEMO TANGKAP JHO LOW




 DEMO TANGKAP 
kpd ahli2 patriot, tentera dan polis pencen yg anti najib, warga felda yg dijual, jgn lupa turun bersih..jangan asyik memncarut dikedai kopi je tp abuk pun tarak..kpd patriot yg mahir TTS, sila la turun skali berdepan dgn pedekar2 merah dari jamal jamban atau geng2 ali tinju..

JHO LOW

takyah asyik buat sidang media je..kalo yg kurang upaya pun bole turun, inikan pula yg dilatih tubi pertahan negara..jgn cakap isham rais tak payung.. on BERSEDIA - TANGKAP JHO LOH.
Publish | Delete | Spam
Anonymous
on 3/28/18


----------------

Rabu, 28 Mac 2018

BERSEDIA - TANGKAP JHO LOH.








SEDIA

BERSEDIA

KE JALAN RAYA 

SABTU 14/4/18 

SOGO

JAM 2 PETANG





TURUN KE JALAN RAYA





TIPU


KITA TURUN

KE JALAN RAYA

SEBELUM

PILIHANRAYA




KITA

LAWAN




----------------------

LAGI TIPU






TIPU
bro..gua ingat pesan lu..ketawa la sebelum ketawa diharamkan..nampaknya rakyat jelata yg gelakan 1mdb maka rakyat akan diautakan dgn akta azalina..err akta sajat ke atau jantan? on 
AKTA PALSU YANG PALSU
Publish | Delete | Spam
Anonymous
at 7:13 PM




-----------------

TIPU TIPU TIPU





SATU

PENIPUAN

Usul persempadanan semula diluluskan



TIPU

TIPU

TIPU


-----------------