TUAN HAJI
KAKI PUTAR
DIN AYAM
BANGUN MELAWAN
Zaharudin tanya 4 soalan tentang audio ‘Ana Tahu’
Setelah sekian lama membisu ekoran penyebaran audio yang didakwa milik suara AJK Pas Pusat, Tuan Haji Nik Mohamad Abduh , menantu Presiden Pas, Tuan Haji Zaharudin Mohamad yang dikaitkan juga dalam isu ini mula memberikan reaksinya.
Tanpa mengesah atau menafikan kesahihan audio itu, Tuan Haji Zaharudin mahu penyokong Pas bertanya empat soalan kepada penyebarnya.
“Kena tanya penyebar tu jika betul rakaman tu, maka di mana ia berlaku?” soal Tuan Haji Zaharudin.
Audio itu dikatakan dirakam ketika Tuan Haji Zaharudin dan rakan-rakannya bertemu Tuan Haji Nik Abduh bagi mendapatkan penjelasan berhubung dengan isu Pas menerima duit Umno.
Dalam reaksi kali ini juga, Tuan Haji Zaharudin mahu penyokong Pas bertanya, “Bila?” pertamuan itu diadakan dan “Siapa yang hadir?
Beliau juga bertanya, “Mana suara saya?” selepas dikatakan beliau hadir ke majlis pertemuan sehingga terhasilnya audio itu.
Tuan Haji Zaharudin memberikan respon kepada tulisan Asoka San yang menulis, “Kini diorang mainkan isu rakaman audio ustaz Tuan Haji Nik Abduh dikatakan dan keluar result awal…katanya memang sah suara Tuan Haji Nik Abduh..moga kita tetap kekal istiqamah.”
Dalam audio itu, Tuan Haji Nik Abduh dikatakan mengaku beliau sendiri menerima duit dari Umno.
Bukan setakat Setiausaha Politik Presiden Pas, Tuan Haji Ahmad Shamsuri Mokhtar sahaja yang menerima RM2 juta semasa pilihan raya negeri Sarawak, tetapi kebanyakan pemimpin dalam Pas, termasuk Presiden Pas, Tuan Haji Abdul Hadi Awang juga menerima duit dari Umno.
Namun hampir kesemua pemimpin Pas menafikannya dengan menganggap audio itu bukan suara Tuan Haji Nik Abduh melainkan AJK Pas Pusat Tuan Haji Azman Ibrahim yang mendakwa Umno mengkhianati Pas selepas memberi duit kepada Pas.
DIN AYAM
MENANTU
EDI WANG
MARAH KERNA
NIK ABODOH
TAK KONGSI
DEDAK
KAH KAH KAH
----------------------