Selasa, 18 April 2023
PEROSAK ALAM DI GAGALKAN
Rayuan DBKL kembalikan projek Taman Rimba Kiara ditolak
MAHKAMAH Persekutuan menolak perintah pembangunan yang diberikan oleh Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) bagi cadangan pembangunan projek kediaman di Taman Rimba Kiara di Taman Tun Dr Ismail (TTDI), Kuala Lumpur.
Panel tiga hakim yang terdiri daripada Hakim Besar Malaya Mohamad Zabidin Mohd Diah, Hakim Mahkamah Persekutuan Nallini Pathmanathan dan Rhodzariah Bujang, dalam keputusan sebulat suara hari ini berkata rayuan yang dikemukakan tiada merit.
Cadangan pembangunan itu yang merangkumi sembilan blok pangsapuri bertingkat, terutamanya lapan blok pangsapuri servis 42-54 tingkat dan satu blok pangsapuri mampu milik 29 tingkat, dengan satu ruang bawah tanah dan tempat letak kereta podium.
Pada 2021, Mahkamah Rayuan menolak perintah pembangunan itu selepas keputusannya memihak kepada semakan kehakiman yang dimohon Persatuan Penduduk TTDI.
Semasa membaca keputusannya, Hakim Nallini berkata perintah pembangunan itu seharusnya diketepikan kerana wujudnya konflik kepentingan, memandangkan datuk Bandar Kuala Lumpur menganggotai lembaga pemegang amanah Yayasan Wilayah Persekutuan (YWP), yang merupakan salah satu daripada empat perayu.
Selain DBKL dan YWP, dua lagi perayu ialah Memang Perkasa Sdn Bhd dan Persatuan Penduduk Perumahan Awam Bukit Kiara.
Hakim Nallini berpendapat bahawa apabila yayasan itu (YWP) memeterai perjanjian usaha sama dengan Memang Perkasa sebelum pemberian hak milik tanah, datuk bandar mengetahui daripada Rancangan Struktur KL 2020 bahawa tanah itu adalah kawasan hijau terbuka untuk kegunaan awam.
Pemberian hak milik tanah kepada YWP bersempena perjanjian usaha sama dengan Memang Perkasa akan melibatkan perubahan guna tanah kepada pembangunan bercampur. Bagaimanapun ia tidak mematuhi Akta Wilayah Persekutuan dari segi variasi atau pindaan kepada Rancangan Struktur KL 2020.
“Sehubungan itu datuk bandar dilihat memainkan tiga peranan iaitu dia adalah sebahagian daripada entiti yang meluluskan pemberian hak milik tanah subjek, datuk bandar adalah sebahagian daripada pemohon kebenaran merancang iaitu YWP kerana ia adalah seorang ahli lembaga pemegang amanah, dan datuk bandar juga merupakan entiti yang mengeluarkan perintah pembangunan pada 13 Julai 2017 yang telah ditolak,” tambahnya.
Hakim Nallini juga berkata proses membuat keputusan di sebalik perintah pembangunan itu adalah cacat kerana ia melanggar keperluan di bawah Akta Wilayah Persekutuan, untuk memaklumkan orang ramai dan membenarkan mereka mengambil bahagian dalam proses perancangan.
“Ini terutamanya dalam rayuan semasa, dengan pihak berkuasa tempatan terpesong dari Rancangan Struktur KL 2020 dalam mengeluarkan perintah pembangunan,” katanya.
“Orang ramai seharusnya tidak perlu dibiarkan menunggu sehingga mereka memfailkan prosiding undang-undang untuk pihak berkuasa memberikan alasan dalam perjalanan prosiding undang-undang. Kami berpendapat bahawa apabila pihak berkuasa awam bertindak demi kepentingan awam, pihak berkuasa itu mempunyai tanggungjawab kepada orang ramai untuk wajib berterus-terang dalam prosiding semakan kehakiman, bagi membuat pendedahan penuh dan adil semua bahan yang berkaitan,” katanya.
Hakim Nallini berkata pihak berkuasa sedemikian mempunyai tugas utama untuk membantu mahkamah dengan mengemukakan semua bahan yang diperlukan bagi membolehkan mahkamah membuat keputusan yang tepat.
Beliau berkata apabila mahkamah mendapati dengan sendiri bahawa terdapat isu berkaitan kes itu yang tidak dibawa kepada perhatiannya, mahkamah tidak boleh dihalang daripada mempertimbangkan dan memutuskan isu berkenaan.
Selain itu, Hakim Nallini menegaskan bahawa penduduk TTDI mempunyai alasan dari segi undang-undang untuk menyaman, kerana mereka mempunyai kepentingan yang tulen dalam isu tanah berkenaan.
Hakim berkata adalah menjadi tanggungjawab mahkamah untuk melindungi kepentingan awam apabila tanah yang diperuntukkan untuk ruang awam dialihkan daripada kegunaan awam dan digunakan untuk pemilikan persendirian, dan pengalihan itu juga dilaksanakan tanpa pengetahuan orang ramai.
“Kami mendapati atas alasan yang dinyatakan dalam alasan penuh penghakiman kami, bahawa Akta Wilayah Persekutuan dan Rancangan Struktur KL 2020 telah dilanggar dengan pengeluaran perintah pembangunan yang ditolak itu. Oleh itu ia adalah terbatal dan tidak sah, dan telah diketepikan dengan tindakan yang betul oleh Mahkamah Rayuan,” katanya.
Mahkamah kemudian memerintahkan DBKL membayar kos guaman RM100,000 kepada penduduk, manakala YWP dan Memang Perkasa masing-masing perlu membayar RM80,000 dan RM70,000.
Pada 27 Januari 2021, Mahkamah Rayuan mengetepikan keputusan Mahkamah Tinggi pada 28 November 2018 yang menolak semakan kehakiman yang dibawa oleh penduduk berkenaan untuk membatalkan kebenaran perancangan bersyarat dan perintah pembangunan oleh DBKL.
Penduduk berkenaan memfailkan semakan kehakiman pada 11 Ogos 2017 melalui badan pengurusan Trellises Apartment, Kiara Green Townhouse, Residence Condominium, TTDI Plaza Condominium, The Greens Condominium, selain Persatuan Penduduk TTDI serta empat penduduk dan pemilik rumah di TTDI.
Mereka menamakan DBKL, Yayasan Wilayah, Memang Perkasa dan Persatuan Penduduk Perumahan Awam Bukit Kiara sebagai responden dalam semakan kehakiman itu.
Penduduk berkenaan memohon perintah certiorari bagi membatalkan perintah pembangunan DBKL itu, kerana mendakwa Taman Rimba Kiara seluas 10.08 hektar itu adalah taman awam yang terletak di kawasan TTDI, dan kawasan Bukit Kiara, dan kawasan Green Lung Kuala Lumpur.
Penduduk berkenaan diwakili oleh peguam Gurdial Singh Nijar, manakala B. Thangaraj mewakili DBKL, Cecil Abraham bagi pihak Yayasan Wilayah Persekutuan, Khoo Guat Huat mewakili Memang Perkasa, dan Jayanthi Balaguru mewakili Persatuan Penduduk Perumahan Awam Bukit Kiara.
Menteri Belia dan Sukan Hannah Yeoh yang juga ahli Parlimen Segambut turut hadir prosiding dalam talian hari ini. – Bernama, 18 April 2023.
TAHNIAH
WARGA TTDI
MENGALAHKAN
PEROSAK ALAM
AMIN
CONTOH UNTUK
WARGA KOTA
YANG LAIN
AMIN
JIKA WARGA
BERGERAK BERSATU
RANCANGAN PEROSAK
ALAM DAPAT DI LAWAN
AMIN
KHALAS
BERITA BAIK HARI RAYA
PM umum tol percuma sempena Aidilfitri
PENGGUNA kenderaan akan menikmati pengecualian bayaran tol di semua lebuh raya di negara ini selama empat hari sempena Hari Raya Aidilfitri, kata Perdana Menteri Anwar Ibrahim
Beliau berkata pengecualian bayaran tol adalah dari 19 hingga 21 April dan sekali lagi pada 24 April.
Beliau berkata, pengecualian itu meliputi 33 lebuh raya dan semua kelas kenderaan. – 18 April, 2023.
INI BERITA
BAIK
AMIN
TERIMA KASIH
PAKATAN
KHALAS
ORANG POLITIK PUTAR SANA SINI
CAKAP
ORANG POLITIK
PUTAR SANA SINI
KHALAS
Unknown commented on
"JAWAPAN ANWAR PADA MADEY"
Ini cara orang politik cakap, sini pusing sana pusing tapi tak kemudian bukti mana? Sekadar cakap politik tak boleh percaya lah? Kah kah apa pun esok masih ada, apa mahu susah, hidup kena teruskan jugak lah, nak kerja nak cari duit manakala mereka senang lenang bercakap saja modal, bila sampai jawatan idaman terus bercakap lagi kah kah kah
HUJAN PETANG
HUJAN PETANG
JAM 4 .30 ++ HUJAN LEBAT SAMPAI
GURUH BERDENTUM
SESEKALI
KILAT MEMBAWA PETIR
MEMANAH KUAT
PANAS TENGAH HARI
TELAH MEMBAWA HUJAN PETANG
KUASA PANAS TENGAH HARI
MENJANA KUASA LETERIK
NAIK KE UDARA
UNTUK MENJADI KILAT & PETIR
KESIAN PAK CIK MAK CIK
BAZAR RAMADAN
PERNIAGAAN AGAK TERGANGGU
TAPI UNTUK KITA
YANG BERPUASA UDARA SEJUK
AMAT MENYENANGKAN
MALAM INI
SESUDAH HUJAN TURUN
PASTILAH PERNIAGAAN
DI JALAN TAR RANCAK
CUACA SEJUK MEMBANTU
AMAT SELESA UNTUK
MERAYU DAN MENAPAK
DI JALAN TAR
PETANG INI
GUA BERBUKA BUAH NAGA
MENGGA WATER LILY
DAN
KUIH KARIPAP YANG GUA
BELI DARI BAZAR RAMADAN
AHAD LALU
MAKAN MALAM?
TAK PASTI
TAPI MUNGKIN KE BRICKFEILDS
UNTUK MELANGGAN
TOSEH DAN TELUR MATA
WARUNG TOM YAM
YANG SELALU GUA LAWATI
DI BELAKANG YMCA BRICKFEILDS
TELAH DITUTUP
SEMUA DAH PULANG
BALIK KAMPUNG KE PATANI
AMIN
AELAMT BERBUKA
TEATER RASUAH
TEATER RASUAH
AMIN
Unknown commented on
"APAKAH INI WAYANG TAMIL ?"
Kah kah kah wayang atau drama begitu lah berdiri siri, satu pihak mahu ampun ampun selepas didapati bersalah, satu lagi teater siang hari melawan rasuah, mana satu boleh dapat tontotan ramai? Ada beza tak berjuta berbillion trillion? Atau kerana parti lain kaum lain lain beza banyak kah kah kah, apa pun Bossku tetap nombor satu dunia kah kah kah wa caya sama lu lah Bossku
ROSMAH TAK BAYAR HUTANG
Syarikat barang kemas Lubnan saman Rosmah
KUALA LUMPUR – Sebuah syarikat barangan kemas Lubnan yang pernah dikaitkan dengan Rosmah Mansor, Global Royalty Trading SAL difahamkan telah sekali lagi menyaman isteri bekas perdana menteri itu.
Global Royalty telah memfailkan saman RM67.461 juta yang merupakan nilai barangan kemas yang didakwa telah dihantar kepada Rosmah bagi tujuan pameran.
Difahamkan syarikat Lubnan itu sebagai ganti telah memohon kos barang kemas itu pada RM67,461, 027 yang bersamaan dengan AS$14,567, 270.
Sebelum itu pada dalam pernyataan tuntutan yang difailkan pada 26 Jun 2018, Global Royalty, pemborong barang kemas antarabangsa, mendakwa bahawa Rosmah telah lama menjadi pelanggan tetapnya dan bahawa firma itu akan menghantar konsaimen barang kemas kepadanya atas permintaan beliau.
Rosmah kemudian akan menilai atau membeli barang kemas pilihannya yang akan dibayar sendiri olehnya atau melalui pihak ketiga.
Syarikat yang membekalkan barang kemas kepada kerabat diraja serta pelanggan dan ternama dari seluruh dunia itu mendakwa barang kemas yang tidak dipilih biasanya akan dipulangkan dan dalam keadaan tertentu, Rosmah akan meminjam beberapa barang kemas itu dan memulangkannya kepada plaintif.
Syarikat itu mendakwa syarikatnya ia telah menghantar 44 set barang kemas termasuk kalung berlian, anting-anting, cincin, gelang dan tiara, masing-masing bernilai antara AS$124,000 dan AS$925,000 kepada defendan melalui serahan tangan menerusi dua ejennya.
Global Royalty berkata, semasa serahan, Rosmah mengesahkan dan menerima terma dan syarat yang terkandung dalam Memorandum No 926 berkaitan barang kemas tersebut.
Syarikat itu mendakwa Rosmah melalui surat bertarikh 22 Mei mengesahkan dan mengakui menerima barang kemas itu tetapi menyatakan kesemua barang kemas itu tidak lagi dalam penjagaannya kerana telah dirampas dan ia kini berada di bawah jagaan pihak berkuasa Malaysia.
Firma itu mendakwa sepanjang masa material, plaintif adalah pemilik barang kemas tersebut dan pemilikan itu tidak pernah dipindahkan kepada defendan.
Manakala Rosmah pula dalam pernyataan pembelaannya menafikan membeli mana-mana 44 unit barang kemas dan berkata barang kemas itu dihantar kepada beliau untuk dilihat atas sifat beliau sebagai isteri perdana menteri atas kehendak dan kerelaan syarikat itu sendiri dan tanpa sebarang obligasi untuk beliau membelinya. –
WOIT
BUKAN SAJA
MEMBADAK
TERIMA DUIT
RASUAH
AMIN
TENGOK BARANG
TAK MAHU
PULANGKAN
AMIN
NAK REMBAT
FREE
AMIN
SAMAN SEKARANG
AMBIL DUIT
SEKARANG
AMIN
DAH MASUK JIL
SUSAH NAK KLIM
KHALAS
PUAD ZAKARSI TIBAI LIM KIT SIANG
‘Lim Kit Siang ubah cerita
Semalam Lim Kit Siang ubah cerita. Dia yakin Najib tidak mampu kembalikan kegemilangan UMNO. Sehari sebelum itu dia dakwa Kerajaan Perpaduan akan runtuh jika Najib diampunkan.
Dia suka Najib dipenjarakan. Dia eksploit isu kleptokrasi tetapi membisu kes rasuah banglo anaknya. Dia gembira anaknya lepas kerana Tommy Thomas buang kes.
Buku memoir Tommy Thomas dedah perlantikannya sebagai Peguam Negara atas usaha dan percaturan Lim Kit Siang.
Maka apa yang dihairankan dengan hipokrasi Lim Kit Siang. Padanya biarlah Najib masuk penjara asalkan anaknya bebas.
Menurutnya UMNO tidak boleh bangkit kerana tidak belajar kesilapan lalu. DAP yang tidak belajar kesilapan lalu. DAP bersekongkol dengan Kerajaan Tun M yang gagal tunai janji termasuk memerangi rasuah.
Kini seorang Menteri DAP disiasat oleh SPRM. Dua pegawanya ditahan kerana rasuah. Baru lima bulan jadi Menteri. Kenapa Kit Siang dan DAP membisu?
Baru lima bulan sudah buat hal. Itu yang akan meruntuhkan kerajaan Perpaduan. UMNO tetap belajar dari kesilapan lama Sebab itu UMNO mengalahkan DAP di PRK Cameroon Highland.
.
Oleh Mohd Puad Zarkashi
KAH KAH KAH
TIBAI JANGAN
TAK TIBAI
KAH KAH KAH
KHALAS
CURI 1 TIN MILO MASUK JAIL - NAJIB BEBAS
CURI BILION $$
BEBAS TAPI
CURI 1 TIN MILO
TERUS MASUK JIL
KHALAS
Unknown commented on
"UMNO MULA TIBAI DAP"
Rakyat bawah sini satu saja, mahu cari makan, mahu gaji, mahu rumah, simple saja keperluan rakyat, atas kayangan lain pulak niat mereka, satu nak tibai billion satu tibai beratus juta mana satu kena? Kah kah curi susu anak curi Milo satu paket masuk terus tak ada jamin, tak ada tangguh tak ada ampun langsung kah kah kah masih tak faham? Kah kah kah
ZAMAN INTERNET JANGAN MAIN POLITIK LUAR TABII
ZAMAN INTERNET
JANGAN
MAIN POLITIK
LUAR TABII
KHALAS
Unknown commented on
"DAP PIKUL KAVADI
BERNAMA UMNO"
Siapa kerusi Parlimen lagi banyak? Simple punya soalan? Kah kah kah siapa hilang sokongan kaum sendiri? Cina sudah sokong DAP sudah beberapa kali pilihanraya, dulu mereka sokong MCA dan PGRM, selepas 2008 semua sudah sokong DAP kah kah kah jangan putar belit, jangan tukar skrip wayang lah woit, sekejap sini sekejap sana, yang hilang undi Melayu siapa? Melayu tidak pernah undi DAP pun, mereka undi parti Melayu sahaja lah woit, jangan dok mimpi siang hari kah kah kah Fuad jadi juru cakap siapa sekarang? Dia Ahli Parlimen tak? Kah kah kerusi pun tinggal 30 ITU pun berapa cabang sudah ada? Semua sokong Bapak Presiden, nak tipu biar pandai sikit, zaman internet susah tipu macam cara Mahathir Mohammad lah kah kah kah sekejap komunis sekejap Yahudi akhirnya semua curi orang sendiri kah kah kah
JAWAPAN ANWAR PADA MADEY
ANWAR JAWAB
DI MAHKAMAH
SELASA 18/4/2023
KELAMRIN 17/4/2023
ANWAR JANJI AKAN KELUARKAN
BUKTI MADEY RASUAH
DAN SALAH GUNA KUASA
JENG JENG JENG
SATU MALAYSIA
MELOPONG MENUNGGU
KAH KAH KAH
ANWAR TAK KEMUKA
BUKTI
HANYA SURAT PEGUAM
DI HANTAR PADA PEGUAM MADEY
ANWAR AKAN JAWAB DI MAHKAMAH
KAH KAH KAH
JENG JENG JENG
SUDAN
MASUK HARI KETIGA PERANG SAUDARA
BANYAK ORANG BIASA MATI
ASKAR RESMI LAWAN
ASKAR WATANIAH
BOM SANA
BEDIL SINI
BELUM DI LIHAT JALAN
SELESAI
NIGERIA
SATU UBAT BARU
LAWAN MALARIA
SEDANG DIPAKAI
NEGARA PERTAMA GUNA
IALAH GHANA
INI UBAT LAWAN DEMAM MALARIA
BUATAN ENGLAND
KITA DI MALAYSIA
NANTI DAN TUNGGU
UBAT INI PASTI
AKAN SAMPAI
UKRAINE
BANDAR BAKHMUT
DI LAPOR JATUH KE TANGAN RUSIA
TAPI SOLDADU UKRAINE
MASIH CUBA BERTAHAN
PELURU UNTUK ASKAR UKRAINE
MAKAIN KURANG
MUSIM PANAS AKAN SAMPAI
RUSIA AKAN MENYERANG
AMIN
HOKKIEN
PAGI INI LEMBAB
BERKABUS
KL & KL SENTRAL
BERKABUS TEBAL
MATA HARI DAH MUNCUL
TAPI KELIHATAN MERAH
CAHAYA DI LINDUNGI
AWAL TEBAL
TAPI
WOW
PAGI INI JANTAN BERKOKOK
DARI DUA WILAYAH
HOW WOW BERLAGU
DARI ATAS BUKIT
GAGAK BERLIGAR
SAMBIL MENDAYU DAYU
TIONG SEPERTI BIASA
BERCEKAK MEMBUAT
PAGI JADI BISING
TAPI
PAGI INI
MILIK MURAI
BERKICAUMERDU DAN NYARING
ENTAH SAEKOR ATAU DUA EKOR
BERSUARA
DARI BELAKANG POKOK ARA
BILA MUARI BERSUARA
PAGI MENJADI INDAH
TAK TAK DAN EZI
BERLARI GEMBIRA
AMIN
BRO
SENYUM
KITA SAMBUT
SELASA YANG INDAH
BRO
KALAU LU DI EJEK
JADIKAN IANYA
MINYAK UNTUK MEMBAKAR
SEMANGAT
BRO
JANGAN MATI MATIAN
MENGEJAR SESUATU
YANG TAK DAPAT DIBAWA MATI
BRO
HAPUSKAN DENDAM
BERSIHKAN HATI
LURUSKAN NIAT
BRO
HATI KADANG KADANG LEMAH
TAPI LU JANGAN
NGAKU KALAH
AKAN ADA ANUGERAH TERINDAH
PADA SESIAPA TAK NGAKU KALAH
BRO
JALANI HIDUP INI
DENGAN SEDERHANA
KERANA HIDUP INI
HANYA SEMENTARA
BRO
UNTUK MENUTUP LUKA
LU KETAWA SENDIRI
BRO
ANAK KECIL TEGAK MENENGKAR
KENA SEPAK LARI MENGERNG
SEJAK KECIL. BANYAAK BELAJAR
SUPAYA KELAK MENJADI ORANG
BRO
ANGIN BARAT OMBAKNYA BESAR
MAHU KE LAUT BERHATI HATI
INGIN SELAMAT BANYAK BELAJAR
ILMU DITUNTUT PENCERAHAN DIRI
AMIN
LAKUKAN SEKARANG
LAKUKAN HARI INI
SELAMAT BERPUASA
Langgan:
Catatan (Atom)