Selasa, 16 April 2024

ANWAR SAKIT APA ?


JARI TANGAN

NGELEMBONG

AMIN

ANWAR SAKIT APA?

AMIN

APAKAH ISRAEL AKAN BALAS SERANGAN IRAN ?


SUASANA TEGANG

AMIN

DUNIA TUNGGU

APAKAH ISRAEL

AKAN MEMBALAS

AMIN

PROJEK 1 BILLION RINGGIT UNTUK KRONI ?


PROJEK 1BILION $$

PADA KRONI

AMIN

ANWAR PERLU BERI

PENJELASAN

KHALAS

SAPA JANTAN INI ?


Kes tembak KLIA: Hafizul dibawa dengan kawalan ketat ke IPK Selangor

SUBANG – Suspek kes tembak sehingga mencederakan seorang pengawal peribadi di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) Ahad lalu telah dibawa dari Kelantan ke Selangor hari ini.

Suspek Hafizul Harawi, 38, ditahan di Kota Bharu sekitar 3 petang semalam dibawa dengan menggunakan pesawat jenis King Air B300 milik Polis Diraja Malaysia (PDRM).

Pesawat yang membawa suspek yang berpakaian lokap warga ungu dan berpelitup muka mendarat di Pengkalan Udara Pasukan Gerakan Udara PDRM di Subang sekitar 2.05 petang.

Kemudian suspek dengan dikawal ketat oleh hampir 10 anggota polis dari Jabatan Siasatan Jenayah (CID) berpakaian taktikal dan bersenjata telah dibawa keluar dari Balai Ketibaan dan Pelepasan Pengkalan PGU Subang dan dimasukkan ke dalam kereta yang pukul 2.20 petang.

Kereta yang diiringi sekitar empat kenderaan polis pengiring mengikuti kenderaan yang membawa suspek menuju ke Ibu Pejabat Kontinjen Selangor di Shah Alam untuk tindakan siasatan  lanjut.

Ketika dibawa keluar, suspek yang berjalan dalam keadaan menunduk serta tangan bergari di belakang mukanya kelihatan berpeluh.

Turut mengiringi suspek dari Kota Bharu Kelantan dalam pesawat itu adalah Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman,  Mohd Shuhaily Mohd Zain, Timbalan Pengarah Risikan Operasi JSJ Bukit Aman, Deputi Komisioner Fadil Marsus dan Ketua JSJ Kontinjen Selangor,  Baharudin Mat Taib.

Mohd Shuhaily kemudian beredar segera dari pangkalan menaiki Kereta Proton X70 disusuli timbalannya serta Baharudin.

Pesawat itu dipercayai boleh menampung 10 penumpang termasuk juruterbang dan pembantu juruterbang.

Pada pagi tadi, suspek telah direman tujuh hari di Mahkamah Majistret Kota Bharu sebelum diterbangkan ke Lembah Klang untuk tindakan lanjut.

Dalam kejadian 1.20 pagi Ahad lalu, suspek membaling mercun mencederakan awam dan menghampiri isterinya sebelum melepaskan dua das tembakan ke arah isterinya sebelum terkena salah seorang pengawal peribadi yang melindungi mangsa di Balai Ketibaan Terminal 1, KLIA Sepang.

Kemudian suspek telah melarikan diri menggunakan keretanya yang diletakkan di Tingkat 2, Blok C Terminal 1 itu sebelum polis telah menahannya di Kota Bharu. – 

SAPA JANTAN

MISTERI INI ?

AMIN

DALAM YOUTUBE

ADA KLIM DIA

USTAD

AMIN

PASAL APA

DIBERI KAWALAN

SPESIAL ?

JENG JENG JENG

PEGAWAI BESAR

DATANG IRING DLM

 KAPAL TERBANG

JENG JENG JENG

BERITA KATA

DULU ADA KES

NGAPA TAK DAKWA

JENG JENG JENG

KHALAS

KITA GUMBIRA BERAYA DIA SEDIH MENDERITA


Nasib malang gelandangan warga emas di tangan pegawai JKM pada Hari Raya ketiga

Nasib malang seorang wanita warga emas dan suaminya yang terpaksa menyambut Ramadan dan Syawal di kaki lima tidak berkesudahan apabila mereka didatangi pegawai Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) selepas tular laporan MalaysiaNow mengenai kisah mereka baru-baru ini.

Minggu lalu, MalaysiaNow menceritakan kisah sedih yang menimpa wanita yang diperkenalkan sebagai Zainab dan suaminya, yang sejak November lalu terpaksa merempat sebagai gelandangan di Kuala Lumpur selepas diusir anaknya sendiri.

Nasib wanita itu, yang nama sebenarnya Zaleha Haron, dan suaminya yang mengalami masalah kemurungan, mendapat perhatian luas, menyebabkan MalaysiaNow tidak putus-putus menerima emel dan panggilan telefon daripada orang ramai yang mahu mendapatkan maklumat lanjut bagi menyalurkan sumbangan.

Bagaimanapun, keprihatinan yang ditunjukkan orang ramai itu jauh berlawanan dengan sikap dua pegawai JKM yang datang berjumpa Zaleha selepas laporan mengenainya dibawa kepada perhatian pihak berkuasa itu.

MalaysiaNow difahamkan pegawai tersebut berjumpa dengan Zaleha selepas arahan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Nancy Shukri.

Bagaimanapun, jauh daripada menolong pasangan itu, dua pegawai itu memaksa pasangan suami isteri itu mengemas barang mereka dan meninggalkan Kuala Lumpur.

Mereka kemudian dibawa menaiki kereta ke Terminal Bas Bersepadu (TBS) di Bandar Tasik Selatan untuk menaiki bas ke Muar, Johor, di mana pasangan itu pernah tinggal satu masa dulu. 

Zaleha bagaimanapun cuba memberitahu dia tidak mempunyai apa-apa hubungan di Muar yang sudah lama ditinggalkannya.

Dia juga enggan pulang ke pangkuan anak dan menantunya yang bertindak mengusirnya di Kulim pada November lalu, peristiwa yang menyebabkan mereka membawa diri ke Kuala Lumpur.

Zaleha cuba menjelaskan kepada pegawai itu keinginannya untuk meneruskan kerja mencuci pinggan mangkuk di sebuah restoran berdekatan dengan kawasan kaki lima yang menjadi tempat tinggal dia dan suaminya.

Rayuan Zaleha itu bagaimanapun tidak diendahkan.

“Mereka datang dan terus bertanya, 'Ini apa ada payung-payung semua dekat sini? Cerita makcik dah jadi viral keluar sana sini, siap menangis konon... menyusahkan orang sahaja.

"'Kenapa nak keluarkan berita cerita makcik ni? Kenapa tidak minta kepada JKM terus?'" kata Zaleha menceritakan apa yang berlaku pada Hari Raya ketiga yang lalu.

Zaleha sebelum ini membuat permohonan kepada JKM untuk menyewa bilik, sebaliknya dia diminta membawa bil air dan elektrik bagi memenuhi syarat kelayakan. 

“Mereka tidak peduli dengan apa yang makcik katakan,” katanya. 

“Kemudian pegawai itu tanya nak dihantar balik ke Kulim kah? Makcik kata tidak mahu sebab tahu anak tidak akan menerima makcik dan pakcik lagi setelah dihalau keluar."

Tanpa menghiraukan penjelasan Zaleha, pegawai itu membawa Zaleha dan suami ke TBS.

Zaleha berkata sepanjang perjalanan ke TBS, telefon bimbitnya dirampas oleh pegawai JKM yang memantau panggilan keluar masuk.

Bagaimanapun, Zaleha berkata dia sudah pun menghubungi seorang kenalannya ketika kedua-dua pegawai membuat kecoh di kaki lima sebelum itu.

Kenalan wanita itu bersama suaminya terus bergegas ke TBS untuk menghalang pegawai tersebut.

Sejurus di TBS, pertikaman lidah berlaku antara dua pegawai JKM dan kenalannya, yang memarahi mereka kerana merampas telefon bimbit Zaleha.

"Barulah pegawai JKM itu pulangkan telefon makcik," kata Zaleha, yang turut memberitahu mereka ditempatkan di balai pondok sebaik sahaja tiba di TBS.

Zaleha kesal dengan sikap bengis kedua-dua pegawai itu, yang menurutnya turut memberi amaran kepadanya supaya tidak menyebarkan apa yang berlaku terhadapnya. 

Tambahnya, mereka turut mengugut untuk membatalkan status penduduk tetap (PR) suaminya.

“Mereka pesan pada makcik, 'jangan nak keluar cerita apa-apa lagi lepas ni, kalau viral lagi, saya ambil kad pengenalan pakcik  dan saya gunting kad pakcik," kata Zaleha, yang berkata pegawai JKM itu terdiri daripada dua wanita, seorang berbangsa Melayu dan seorang India.

Insiden itu bagaimanapun berakhir dengan pegawai JKM itu bersetuju melepaskan Zaleha dan suaminya.

Mereka kini tinggal sementara di sebuah rumah milik rakannya sehingga menunggu bantuan yang membolehkan mereka menyewa tempat tinggal sendiri. 

“Makcik ingatkan kesedihan ini sudah berakhir. Sudah lah anak sendiri pun halau, JKM pula buat begini.

"Sedih sangat makcik. Hanya Allah sahaja yang tahu,” ujarnya.

Ditanya bagaimana orang ramai boleh menyalurkan sumbangan, Zaleha berkata dia mempunyai akaun Bank Islam tidak ingat nombor akaun tersebut.

MalaysiaNow akan memaklumkan kepada pembaca sebaik sahaja butiran akaun Zaleha diterima.


RAJA ZALIM

RAJA DILAWAN

AMIN

PEGAWAI ZALIM

PEGAWAI 

DI TERAJANG

AMIN

KHALAS

SENYUM PETANG INI


SELOKA PETANG INI

AMIN

AMERIKA BERI AMARAN PADA ISRAEL


Israel diberi amaran fikir teliti sebelum bertindak balas ke atas Iran

WASHINGTON – Presiden Joe Biden telah memberi amaran kepada Perdana Menteri Israel Benjamin Netanyahu untuk “berfikir dengan teliti” tentang risiko peningkatan konflik antara Tehran dan Tel Aviv.

Iran melancarkan serangan dron dan peluru berpandu ke atas Israel lewat malam Sabtu, sebagai tindakan balas terhadap serangan di Damsyik awal bulan ini yang mengorbankan beberapa komander Iran.

Sumber berkata, Biden membuat kenyataan “sangat jelas” kepada Netanyahu semasa perbualan telefon mereka pada lewat Sabtu.

“Matlamat kami adalah untuk mengurangkan konflik serantau. Kami tidak mahu konflik serantau yang lebih luas,” kata seorang pegawai Amerika Syarikat (AS).

Sebagai jawapan kepada soalan sama ada AS akan mengambil bahagian dalam serangan balas Israel selepas serangan semalaman Iran, pegawai itu berkata: “Kami tidak akan membayangkan diri kami mengambil bahagian dalam tindakan sedemikian”.

Seorang pegawai kanan tentera AS berkata, kapal-kapal AS yang berpangkalan di Easter Mediterranean, USS Arleigh Burkey, dan USS Carney, memusnahkan antara empat dan enam peluru berpandu balistik Iran semasa serangan itu.

Menurutnya, pesawat negara itu memintas lebih daripada 70 dron Iran dan peluru berpandu jelajah menuju ke arah Israel, selari dengan komitmen AS terhadap pertahanan Israel.

Terdahulu pada hari Ahad, Keselamatan Negara White House menegaskan AS tidak mahu memanjangkan konflik serantau. – Agensi

BIDEN BUKAN

TAK MAHU PERANG

TAPI TAKUT KALAH

KERUSI PRESIDEN

AMIN

RAKYAT AMERIKA 

KINI ANTI ISRAEL

SOKONG GENCATAN

SENJATA

AMIN

TRUMP TUNGGU

PELUANG NAK

TIBAI BIDEN

KHALAS

GENG HIV KE BALAI


SKMM panggil Chegubard, Papagomo dan Salim rakam percakapan esok

KUALA LUMPUR – Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) memanggil pemilik akaun media sosial, Badrul Hisham Shaharin (Chegubard), Mohamad Salim Iskandar (Salim Iskandar) dan Wan Muhammad Azri Wan Deris (Papagomo) untuk rakaman percakapan esok.

Rakaman percakapan untuk Chegubard dan Salim Iskandar akan
dijalankan di Ibu Pejabat SKMM di Cyberjaya manakala untuk Papagomo pula di Balai Polis Setapak.

Rakaman percakapan itu susulan aduan berkenaan kandungan
yang dimuat naik menerusi laman media sosial yang disyaki melanggar peruntukan di bawah Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 [Akta 588].

Kes disiasat di bawah Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 yang memperuntukkan hukuman denda maksimum RM50,000 atau penjara sehingga satu tahun atau kedua-duanya sekali jika sabit kesalahan.

“Orang ramai diingatkan agar tidak menyalahgunakan perkhidmatan rangkaian dan perkhidmatan aplikasi dalam talian untuk menyebarkan sebarang kandungan tidak sahih atau palsu,” kata SKMM dalam satu kenyataan hari ini. –


WOIT

INI PASAL APA

BAWA KE BALAI?

KAH KAH KAH

SEBAB SEBAR

BERITA ANWAR

BENGKAK 

NGELEMBONG

KAKI & MATA

KERANA HIV ?

KAH KAH KAH

KHALAS

BOM MELEDAK - 4 SOLDADU ZIONIS CEDERA


BOM MELEDAK

4 SOLDADU ZIONIS

CEDERA

AMIN

HUJAN PETANG


HUJAN PETANG

HARI PANAS
GURUH SAMPAI
DARI JAUH DENTAM DENTUM
GURUH DI DENGAR
CUACA BERUBAH
LANGIT MENGHITAM
KINI JAM 4.15 HUJAN LEBAT TURUN

MALAM INI JADI NYAMAN
DAN SELESA
AMIN

IRAN BERJAYA LINTASI TEMBOK BESI


JANGAN

 SILAP BACA

IRAN DUGA & 

BERJAYA

TEMBUSI BENTENG

PAYUNG BESI

KHALAS

panglimo potaseh commented on 
SATELAH DI SERANG
 APAKAH ISRAEL AKAN MEMBALAS ?"

Israel serang konsulat Iran dapat bunuh 2 ekor General Strategi Perang Iran. Iran serang Israel dapat bunuh brape orang .. tapi Presiden Iran sgt puas hati dgn serangan itu. Apa sudah jadi nih .. mcm cerita "The Twilight Zone" je.

PENYAKIT BIRI-BIRI


PENYAKIT

BIRI-BIRI

KHALAS

Anak mat lela gila commented on
 "ANWAR BUKAN KENA HIV"

Anwar kena penyakit "biri-biri" kot sebab terlebih makan ubi kayu. Kalau kurang percaya..tanya doktor pakar di Jerman tu.

INGAT MENGINGATI


KITA INGAT

MENGINGATI

AMIN



SOSOK BAIK KITA TEMUI DIMANA MANA


SOSOK BAIK KITA

TEMUI 

DIMANA MANA

AMIN

SOSOK BAIK LEBIH

RAMAI DARI 

SOSOK JAHAT

AMIN

GBERSEDIA !!! PERANG DUNIA KE3 AKAN SAMPAI




Jika Israel serang lagi, tindak balas dibuat ‘dalam beberapa saat’ – Iran

TEHRAN – Sebarang tindakan ketenteraan baharu oleh Israel terhadap Iran akan mendapat tindak balas “dalam beberapa saat”, tegas Timbalan Menteri Luar Negeri bagi Hal Ehwal Politik Tehran.

Bercakap kepada TV kerajaan, Ali Bagheri Kani, yang juga Ketua Perunding Iran dalam rundingan nuklear berkata, jika Israel membuat satu lagi “kesilapan”, tindak balas akan sangat pantas.

“Sekiranya berlaku kesilapan lagi, mereka mesti menjangkan akan tindak balas yang lebih pantas dan kuat,” tegasnya sambil menambah ia bukan dalam beberapa hari atau jam tetapi dalam beberapa saat.

Kenyataannya dibuat di tengah-tengah spekulasi sengit bahawa Israel sedang bersiap sedia untuk bertindak balas terhadap serangan Iran pada Sabtu lalu.

Dalam serangan itu, Iran melepaskan ratusan dron dan peluru berpandu, menandakan serangan langsung pertama ke atas Israel.

Tindakan ketenteraan Iran adalah sebagai membalas dendam atas serangan 1 April ke atas perkarangan diplomatiknya di ibu negara Syria Damsyik yang membunuh tujuh pegawai tentera Iran, termasuk dua komander berpangkat tinggi Kor Pengawal Revolusi Islam (IRGC) untuk Syria dan Lubnan.

Kani menyebut serangan Israel sebagai “kesilapan strategik,” yang katanya “memberikan kesahihan untuk ujian serius terhadap keupayaan ketenteraan dan pertahanan Iran.

“Jika ada rasional dalam rejim zionis, mereka tidak seharusnya mengulangi kesilapan mereka dengan kesilapan lain,” katanya merujuk kepada Israel.

Terdahulu pada hari Isnin, Menteri Luar Iran Hossein Amir-Abdollahian berkata Tehran tidak mahu meningkatkan ketegangan, tetapi jika Israel melakukan serangan lain, tindak balas Iran akan menjadi “lebih pantas, lebih kuat dan meluas.”

Beliau membuat kenyataan itu dalam panggilan telefon dengan rakan sejawatannya dari Britain, David Cameron, sambil menambah bahawa krisis di Asia Barat “berpunca daripada peranan yang merosakkan” Israel, kata kenyataan Kementerian Luar.

Jurucakap Menteri Luar Iran, Nasser Kanaani, ketika berucap pada akhbar mingguannya pada pagi Isnin berkata, serangan Iran ke atas Israel adalah “perlu dan sesuai” dan ditujukan kepada sasaran tentera.

Beliau berkata, tindakan ketenteraan itu menjadi perlu selepas “kekurangan tindakan” oleh Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu dan juga disebabkan “tingkah laku tidak bertanggungjawab” yang ditunjukkan oleh Amerika Syarikat, Britain dan Perancis. – Agensi

BERSEDIA

INI TANDA TANDA

PERANG DUNIA

KE3 AKAN SAMPAI

AMIN

DUNIA MAKIN

KACAU

AMIN

PERANG DI UKRAINE

PERANG DI GAZA

PERANG DI LEBANON

PERANG DI  YAMAN

PERANG DI SUDAN

PERANG DI IRAN

JENG JENG JENG

APAKAH 

BOM NUKLEAR

AKAN MELEDAK ?

KHALAS



Suspek kes tembak KLIA, direman esok di Kelantan – Bukit Aman

KOTA BHARU – Suspek yang melepaskan tembakan di Balai Ketibaan Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) Terminal 1, awal pagi semalam, akan direman esok di Mahkamah Kota Bharu.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, Datuk Seri Mohd Shuhaily Mohd Zain berkata, ketika ini, polis sedang menyoal siasat dan mengumpul maklumat daripada suspek.

“Hari ini kita akan proses dulu (soal siasat) suspek yang kita tahan tadi dan dia berada dalam keadaan sihat.

“Setelah polis selesai kumpul semua maklumat ke atas suspek, barulah kami akan buat sidang media pada 9 pagi esok di sini (Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kelantan),” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita di perkarangan IPK Kelantan hari ini, selepas menerima taklimat berhubung kes itu.

Hari ini, Ketua Polis Negara,  Razarudin Husain mengesahkan suspek terlibat dengan kejadian tersebut telah ditahan pada kira-kira 3 petang tadi, di satu lokasi di Kota Bharu, Kelantan.

Dalam kejadian kira-kira 1.30 pagi semalam, seorang lelaki melepaskan dua das tembakan dengan satu daripadanya terkena pengawal peribadi kepada isterinya. Pengawal peribadi berkenaan sedang dirawat di sebuah hospital, dalam keadaan stabil.

Polis sebelum ini berusaha mengesan Hafizul Harawi, 38, bagi membantu siasatan kes berkenaan. – Bernama

WOIT

INI KES APA?

AMIN

DARI LAPORAN

MEDIA KITA

BACA MAMAT NI 

ADA ADA REKOD

JENAYAH TAPI

TAK KENA DAKWA

JENG JENG JENG

WAT IS

DE BEKOS ?

KHALAS

DUNIA MENUJU HURU HARA



Israel ikrar balas serangan Iran

NEVATIM AIRBASE – Ketua Staf Angkatan Pertahanan Israel (IDF) Lt. Jeneral Herzi Halevi memberi amaran pada hari Isnin serangan Iran ke atas negara itu “akan disambut dengan tindak balas”.

Komen itu dibuat ketika dia bertemu tentera di Pangkalan Udara Nevatim di selatan Israel di mana empat peluru berpandu balistik Iran mengenai sasaran di kawasan itu dalam serangan lewat malam Sabtu.

“Iran mahu menjejaskan keupayaan strategik negara Israel — itu adalah sesuatu yang tidak pernah berlaku sebelum ini. Kami bersedia untuk operasi ‘Perisai Besi’,” katanya seperti dilaporkan The Times of Israel.

Dalam kenyataan video bahasa Inggeris yang berasingan, Halevi berkata, serangan itu telah “mewujudkan peluang baharu untuk kerjasama di Timur Tengah” dan “Iran akan menghadapi akibat daripada tindakannya”.

“Pada hujung minggu lalu, Iran melancarkan serangan besar-besaran ke atas Israel. Lebih 350 peluru berpandu balistik, peluru berpandu jelajah, dron bersenjata, dan roket ditembak dari tanah Iran – serta Iraq, Yaman dan Lubnan – ke arah Israel,” katanya.

“Merentasi langit Timur Tengah — satu gabungan telah diaktifkan untuk menentang serangan ini, menandakan permulaan Operasi IDF: ‘Iron Shield,’” sambung Halevi.

Menurut IDF, serangan Iran termasuk 170 dron, 120 peluru berpandu balistic dan 30 peluru berpandu missiles dengan 99% daripadanya dipintas oleh pertahanan udara Israel.

Iran telah berikrar membalas dendam atas serangan Israel ke atas konsulatnya di Damsyik pada 1 April yang membunuh tujuh pegawai Pengawal Revolusi termasuk dua komander kanan.-



JIKA ISRAEL

MELAWAN MAKA

PERANG AKAN

MEREBAK

AMIN

HIZBOLLAH HOUTI

ISLAMIK JIHAD

TERUS MENYERANG

AMIN

PALESTIN DI JORDAN

DI TEBING BARAT

AKAN ANGKAT

SENJATA

AMIN

AMERIKA EROPAH

& UK MASUK SAMA

AMIN

TIMUR TENGAH

TERBAKAR

EKONOMI DUNIA

KACAU BILAU

AMIN

RUSIA CHINA

BANTU IRAN

AMIN

INI PERANG

DUNIA KE 3

KHALAS