KOMENTAR TUKAR TIUB
ini adalah peluang baik
bayangkan kalau 40,000 inidapat dihasut untuk membenci united malays national organisation
bayangkan kalau 40,000 ini dapat dikumpulkan bayangkan kalau 40,000 ini berdemomenuntut hak merekamampoos united malays national organisation
KONSERT 8 TUNTUTAN SABTU 13 OKTOBER
40,000 SSWAZAH IPT MASIH MENCARI PEKERJAAN - mstar
KUALA LUMPUR: Seramai 40,000 siswazah Institut Pengajian Tinggi (IPT) seluruh negara masih mencari pekerjaan berdasarkan Kajian Pengesanan Graduan 2011 yang dilaksanakan Kementerian Pengajian Tinggi KPT.
Timbalan Ketua Setiausaha (Pengurusan) KPT, Omar Abd Rahman berkata angka itu melibatkan siswazah yang gagal mendapat pekerjaan tetap meskipun selepas enam bulan tamat pengajian.
"Setiap tahun, kita buat kajian ini dan tahun lalu, menunjukkan peratusan graduan yang masih belum bekerja ialah 21 peratus terdiri daripada IPTA dan 27 peratus IPTS.Manakala, 28 peratus daripada Politeknik dan 35 peratus Kolej Komuniti," katanya.Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas majlis pelancaran Karnival Pembelajaran Sepanjang Hayat Peringkat Nasional (My3L) di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) di sini, Sabtu.
Bagaimanapun, menurut beliau terdapat segelintir siswazah ditawarkan pekerjaan secara sambilan memandangkan belum terdapat kekosongan jawatan tetap yang sesuai dengan kelulusan mereka.