Isnin, 25 Januari 2010
MELIHAT KEMBALI SATU DEKAD DAHULU
INI BUKAN GAMBAR ZUL NORDIN - INI GAMBAR YANG BERHORMAT MAT DONKI
PKR WAJIB BUANG ZUL NORDIN
Parti Keadilan Rakyat hanya ada satu pilihan:
lucutkan keahlian Zulkifli Nordin dari menjadi ahli PKR.
Jika Zulkifli Nordin tidak dibuang dari PKR maka ini
implikasinya:
- pemimpin PKR tidak tegas
- pemimpin PKR berdulak dalik
- rakyat kurang yakin dengan pimpinan PKR
- adanya Zulkifli Nordin didalam PKR akan
merosakkan setiakawan antara parti parti
di dalam Pakatan Rakyat.
siapa malaon ini?
malaon adalah saekor baral yang telah
mencelah masuk ke dalam arena politik
ketika anwar ibrahim ditahan. ramai orang silap anggap.
ramai orang menyangka malaoan ini ialah salah seorang
dari pasokan peguam dalam kes anwar ibrahim tahun 1998.
tidak betul. malaoan ini hanya menebeng di mahkamah.
kemudian malaoan ini menjadi pak sibuk. berceramah ke hulu ke hilir.
ceramah ceramah kosong tentang mak yan. saya pernah
menulis pada tahun 2000 tentang ceramah mak yan ini.
ada juga ceramah ceramah tong kosong dari malaoan ini.
contoh nya ceramah tentang kuku jari anwar ibrahim
yang hitam kerna di racun.
ini ceramah bohong.
sebagai saekor peguam yang kurang kes anwar ibrahim telah
membukakan peluang untguk malaoan ini menonjolkan diri
dengan ceramah ceramah seram lagi bodoh lagi tak sekolah.
umum wajib diberitahu malaoan ini pada satu ketika dahulu ialah ahli
parti pas dan ada jawatan di bandar tun razak. tetapi kerana tidak ada kudrat
dan ilmu pengetahuan maka orang pas pun tidak memerlukan malaon
kelas ketiga ini.
pilihanraya yang lalu malaon ini telah menang. tetapi kerana bangang
malaon ini telah melakukan kesilapan dalam hal peraturan pilihanraya.
lalu kes dibawa ke mahkamah. malaoan ini telah berunding. hasil
rundingan - kes telah digugurkan. untuk gantinya malaoan ini wajib
meracau sepanjang masa.
justeru malaon ini contoh terbaik untuk PKR dan PAKATAN
agar dimasa hadapan berhati-hati apabila memilih bakal calon.
nota:
jangan tunggu sehingga malaon ini akan mengeluarkan kenyataan
yang menganggap saiful sebagai gadis suci murni yang punggungnya
masih bergetah dan bercendawan kah kah kah.
DARI ARKIB MALAYSIAKINI
LENTOK MENDENGAR LABON POLITIK
MAK ANWAR BUKAN AGENDA POLITIK!
Hishamuddin Rais
Jul 26, 2001 – Malaysiakini
6:36am
Sesiapa saja yang mempunyai kesedaran sosial yang tinggi pasti telah pernah hadir untuk mendengar ceramah politik. Mereka yang tidak ambil pusing agenda sosio-politik tanah air pasti pernah juga terdengar desas-desus atau cerita mulut tentang kehebatan si polan ini dari parti itu berceramah. Sembang politik seperti ini sering tersebar dari mulut saudara mara atau teman sekerja.
Ceramah hari ini telah menjadi vogue - satu fesyen - yang timbul akibat suasana politik yang mencengkam. Keadaan ini dibantu pula oleh laporan media arus perdana yang tidak objektif dan terlalu berat sebelah. Tanpa mempunyai saluran alternatif, maka ceramah menjadi satu-satu jalan untuk ahli politik dari Barisan Alternatif menyampaikan pandangan politik mereka.
Keadaan ini bertambah merosot dengan pengharaman beberapa majalah dan akhbar (Detik, Eksklusif dan Al-Wasilah) yang dilihat memberikan laporan yang agak seimbang tehadap pandangan parti pembangkang.
Justeru, ceramah telah diasosiasikan sebagai satu kerja politik BA. Hampir setiap malam ada saja ceramah pakatan pembangkang itu, sama ada ceramah kecil atau besar yang sedang berjalan di pelbagai ceruk kampung dan bandar.
Ceramah kini menjadi satu aktiviti politik popular kepada penyokong pembangkang. Kerana popular dan dihadiri oleh ramai orang, maka politikus yang suka duduk di pentas ceramah mungkin boleh terkhayal apabila melihat ribuan rakyat. Lalu ditafsirkan bahawa ceramah yang mereka sampaikan seolah-olah menjadi satu kerja politik yang begitu penting.
Ceramah memberi makna: mendengar seseorang yang lebih berilmu pengetahuan memberikan syarahan. Si pendengar hanyalah mendengar dan menerima ucapan yang dihamburkan sebagai fakta dan ilmu. Tidak ada konsep soal-jawab dalam sesi ceramah.
Tidak ada perdebatan untuk meluruskan kesinambungan ilmu. Pendengar hanya wajib bertakbir atau melaungkan slogan re-for-ma-si. Dan jika semangat telah dibakar oleh retorik penceramah, maka si pendengar boleh bangun menggenggam tangan untuk menumbuk angin.
Mendengar ceramah untuk kali pertama agak mengkagumkan terutama apabila melihat kebolehan beberapa penceramah yang mengeluarkan retorik yang disadur dengan lawak jenaka. Tepuk sorak dan hilai tawa ribuan pendengar mungkin boleh melahirkan mimpi kepada pendengar bahawa bulan hadapan, besar kemungkinan Malaysia akan beralih kerajaan.
Ceramah BA kosong
Sesiapa yang sempat mendengar lebih banyak ceramah akan dapat melihat agenda politik dan isi ceramah yang dibawakan oleh penceramah BA hari ini kelihatan kosong. Walau seharusnya penceramah itu manusia-manusia yang lebih berilmu pengetahuan daripada si pendengar yang duduk di padang, sayangnya isi ucapan mereka selalunya tidak mempunyai bernas.
Kemungkinan pendengar mendapat ilmu pengetahuan tentang arus gerak politik semasa amat minimum. Apa yang sering didengar hanyalah labunan anekdot dan gosip politik yang dicampur- aduk dengan retorik ugama. Gosip tentang Anwar Ibrahim, tentang anu si Azizan, Umi Hafilda, kebodohan hakim, kegilaan kuasa Mahathir dan, dan, dan... Semua ini hanyalah gebang politik di warung yang telah dinaikkan taraf oleh si penceramah untuk ditafsirkan sebagai "agenda politik
semasa."
Si penceramah sama seperti sesetengah khatib pada hari Jumaat, selalu memberi khutbah dan nasihat berjela-jela kepada orang yang telah sedar. Majoriti pendengar ceramah memang telah bersetuju dan menyokong perjuangan pihak pembangkang. Kerana itu mereka hadir untuk meramaikan ceramah.
Sayangnya, kehadiran pendengar ceramah yang telah mempunyai sedikit kesedaran politik ini tidak pula dimanafaatkan dengan sebaik yang mungkin. Seharusnya ceramah dijadikan satu medan untuk mendidik rakyat dengan asas ilmu politik: Membincangkan konsep, struktur dan analisa politik semasa; politik dalam negara atau arena antarabangsa.
Konsep-konsep seperti MSC (koridor raya multimedia), globalisasi, WTO (Pertubuhan Perdagangan Dunia) atau IMF (Dana Kewangan Antarabangsa) seharusnya dapat diterangkan kepada orang ramai. Medan ceramah seharusnya digunakan untuk mendemokrasikan ilmu pengetahuan.
Mungkin ada yang berpendapat bahawa konsep dan falsafah politik terlalu tinggi untuk difahami oleh orang ramai. Sikap seperti ini terlalu "patronising" dan memperlekehkan keupayaan orang ramai untuk berfikir dan menganalisa sesuatu secara analitis dan sistematik. Hakikatnya semua manusia mempunyai keupayaan yang sama untuk berfikir. Keupayaan berfikir bertahap-tahap mengikut ilmu, pembacaan dan pengalaman.
Memang diakui, beberapa konsep ini mungkin kompleks, besar dan asing. Di sinilah peranan sebenar seseorang penceramah - untuk menghuraikan satu konsep yang kompleks ini agar dapat difahami, dihayati dan dirasakan oleh pendengar. Seorang buruh yang datang di tempat ceramah pasti mahu mendengar dengan jelas tentang peranan dan akibat-akibat yang dibawa oleh IMF, WTO atau proses globalisasi, sekurang-kurangnya terhadap dirinya dan anak-anaknya.
Ceramah gaji buruh
Tidak mungkin dengan penjelasan yang rapi seorang peneroka Felda akan gagal untuk memahami impak IMF terhadap harga kelapa sawit. Atau seorang pekerja kilang di Sungai Way, jika diberikan ceramah yang jelas dan dibantu oleh selebaran (sehelai risalah bersaiz A4) pasti memahami bagaimana keterbukaan ekonomi akan mempengaruhi tangga gaji mereka.
Konsep seperti penswastaan, hak asasi, hak keistemewaan Melayu, kenaikan harga minyak adalah antara berpuluh-puluh agenda politik yang masih menunggu penghuraian dan penerangan yang jelas dari penceramah.
Anekdot tentang rawatan hospital Mak Yan (panggilan untuk ibu Anwar) bukan satu analisa politik. Analisa politik ialah tentang bagaimana ribuan Mak Yan yang tinggal di kampung-kampung telah gagal untuk mendapat rawatan percuma yang terbaik kerana hospital telah diswastakan.
Sama ada Anwar boleh dilawati sebulan sekali atau setiap hari bukan agenda politik. Apa yang harus diterangkan dalam ceramah ialah hak-hak asasi ribuan banduan atau mempersoalkan kosep penahanan itu sendiri.
Adakah para banduan ini mungkin berpeluang untuk belajar memperbaiki diri mereka semasa di dalam penjara? Apakah ada khutub-khanah yang lengkap dalam sistem penjara kita? Bolehkah seseorang banduan belajar ke tahap ijazah apabila di dalam tahanan? Semua ini adalah konsep dan persoalan yang wajib dibukakan kepada pendengaran orang ramai.
Telah sampai masanya, penceramah BA memberikan ilmu pengetahun kepada para pendengar. Jika tidak "gosip politik" yang mereka hamburkan tidak jauh kelasnya dengan berita-berita yang disampikan oleh Utusan Malaysia, akhbar yang sering dikritik. Penceramah tidak seharusnya memperbodoh-bodohkan pendengar. Tugas ini sering dijalankan oleh RTM dan Utusan Melayu dengan baik sekali!
Jangan dijadikan ceramah sebagai satu pesta - keluar malam sekeluarga - sambil berhibur, makan-makan, duduk-duduk, mendengar seloroh, lawak dan gosip politik. Atau untuk melayan "ceramah junkies" - individu yang gian ceramah - yang berbondong-bondong dari satu ceramah ke yang lain untuk mendapat "fixing."
Atau ceramah memang sengaja dibenarkan musuh politik BA kerana mereka sedar konsep ceramah yang berlaku hari ini tidak berkesan sebagai kerja politik? Jika ceramah-ceramah ini berkesan sebagai kerja politik, pasti ia telah lama diharamkan.(TT)
nota:
tulisan ini keluar ini malaysiakini pada 26 Julai 2001.
saya menulis ini kerana dua minggu
sebelum ini saya telah mendengar zul nordin
berceramah di markas tarbiah pas di taman melewar gombak.
hati saya diasak untuk menulis tentang cermah ini.
ertinya tulisan juga memiliki sejarahnya sendiri,
isi ceramah yang saya dengar hanyalah
tentang arwah mak yan yang pada
ketika itu dalam hospital dan anaknya anwar
dalam penjara. bukan salah bercakap hal ini.
apa yang salah sepanjang ceramah ini sahaja yang
diucapkan.
bukan susah untuk mengenal kaki kelentong ini.
dari tahun 2001 saya telah nampak bentuk dan
keupayaan fikrah zul nordin.
nota: terima kaseh kepada johan yang dapat
mencari kembali tulisan saya ini untuk kita
baca kembali.
Labels:
altantuya gadis cun mongolia
BILA SAEKOR EEE MEMBUKA MULUT – LALAT MASUK
SAJA BAGI GAMBAR TULISAN MAT SALEH - BIAR MALAOAN TAK BOLEH BACA
MEDIA MASIH PERLU KAWALAN - melayau
Media massa di negara ini masih perlukan kawalan bagi menghalang penyiaran laporan-laporan yang boleh memberi imej buruk terhadap kerajaan sehingga menjejaskan keharmonian dipupuk selama ini.
Zainuddin Maidin berkata, ini kerana penyiaran laporan seumpama itu boleh mempengaruhi rakyat terutama menerusi media elektronik yang membawa kesan cukup besar.
"Tidak semua perkara boleh, media massa masih perlukan kawalan supaya laporan-laporan yang berkaitan keburukan atau kelemahan kerajaan tidak disiarkan sehingga memberi kesan kepada rakyat," kata beliau.
KAH KAH KAH…
woit… ADA LAGI TAK YANG TAHAP DI BAWAH KANG KONG… kah kah kah..
woit… BUKAN SAJA BODEK… MENIPU PULAK… kah kah kah..
woit…. INI BETUL BETUL EEE TAK SEKOLAH…kah kah kah…
kah kah kah… MACAM MANA MALAOAN EEE BOLEH JADI MENTERI?... kah kah kah..
kah kah kah… BUKAN SAJA MI SPIK MI NO INGLISI… kah kah kah…
woit… MALAON INI TAK TAHU APA YANG DICAKAP…kah kah kah..
kah kah kah… KEBURUKAN DAN KELEMAHAN KERAJAAN TAK BOLEH RAKYAT TAHU?.... kah kah kah…
woit… TAK NAK BAGI TAHU MACAM MANA?... kah kah kah..
woit… ADA BERPULUH PULUH LAMAN WEB… kah kah kah..
woit… ADA BERJUTA BLOG YANG AKAN MEMBOCOR BERITA… kah kah kah..
nota:
kalau malaoan ee ini terus di melayau
pasti melayau tutup kedai
tak ada siapa nak beli
semua laporan menipu
laporan number ekor pun tepat kah kah kah
TANAH UNTUK PENGGARAP
AWAS ! SILA PASTIKAN ADA GERAN - NANTI DIREMBAT GEROMBOLAN
KERAJAAN SELANGOR BERI GERAN TANAH KEPADA 6,000 KELUARGA DI IJOK - malaysiaininsider
Khalid Ibrahim announced today that the state government will launch a major project to help residents of Ijok and Kuala Selangor to obtain land grants.
The Ijok assemblyman said that his office will soon release a schedule for the 6,000 families who start receiving land grants beginning this month.
“At the end of the year, more than 90 per cent of the land grant problems in Kuala Selangor will be resolved.
“Many excuses were given back then. They (Barisan Nasional) had more than 50 years but the problems (land grants) were still not resolved but it took us only 30 months to solve the issue,” he told reporters here.
KAH KAH KAH…
woit.... PADAN MUKA GEROMBOLAN…. kah kah kah..
woit… AKHIRNYA RAKYAT DAPAT TANAH… kah kah kah..
kah kah kah… LIMA PULUH TAHUN TERBENGKALAI… SELESAI DALAM MASA 30 BULAN … kah kah kah..
nota:
kenapa gerombolan tidak memberikan geran tanah
selama 50 tahun ?
inilah kerja gerombolan. inilah taktik gerombolan.
geran ini dijadikan alat untuk pau orang kampong.
tiap kalai pilihanraya akan dijanjikan geran tanah.
tak percaya?
tanya mak cik dan pak cik felda.
berapa ramai yang dapat geran. geran digunakan untuk
mengikat peneroka. kalau undi pakatan tak dapat geran.
padan muka. diperak beratus ribu warga yang dapat geran tanah.
di selangor dan kedah pun sama. tsk penting warga undi pakatan
atau tidak. yang penting warga dapat tanah. kalau dapat tanah
mereka bebas merdeka. rakyat yang bebas merdeka pasti tidak
akan mengundi gerombolan kah kah kah.
SATU LAGI PERCUBAAN HENDAK MENIPU
PETA SEJELAS INI PUN NAK TIPU LAGI
KELANTAN TOLAK TAWARAN ANGGOTAI PANEL ROYALTI MINYAK - melayau
Kerajaan Kelantan menolak sebarang pelawaan daripada Kerajaan Pusat untuk menganggotai jawatankuasa perundingan wang ihsan yang bakal dibentuk tidak lama lagi, kata Menteri Besar, Nik Abdul Aziz Nik Mat.
Nik Aziz berkata, beliau juga tidak akan memenuhi jemputan, malah tidak akan membenarkan mana-mana wakil daripada kerajaan negeri menduduki jawatankuasa itu.
"Kalau hendak beri wang ihsan, tak perlu berundinglah, saya tidak akan menerima wang ihsan itu.
"Saya tidak akan pergi sekiranya dijemput (menyertai jawatankuasa itu) dan menolak 100 peratus jemputan jawatankuasa perundingan itu,” katanya kepada pemberita di kediaman rasmi Menteri Besar di JKR 10 di sini, hari ini. - Bernam
KAH KAH KAH…
woit… MENIPU LAGI…. kah kah kah..
woit… INI GEROMBOLAN NAK REMBAT HAK RAKYAT KELANTAN… kah kah kah..
kah kah kah… KUNUN… NAK BODEK… kah kah kah..
kah kah kah…KUNUN…. NAK BINCANG… kah kah kah..
woit…MENIPU INI NAK DIALIH NAMA JUGA KE?... MACAM SPR ALIH UNDI POS KEPADA UNDI AWAL…. kah kah kah..
HANTU IKANG
HANTU YANG INI MEMANG BANYAK
PONTIANAK MENGAMUK DI KUALA IBAI KERAJAAN NEGERI CAMPURTANGAN - mStar
Cerita mengenai pontianak mengamuk dan berkeliaran di sebuah kampung di Kuala Ibai sehingga mencetuskan satu fenomena seram memaksa kerajaan negeri campurtangan dengan berkata pembangunan negeri itu akan terbantut sekiranya rakyat asyik bercakap mengenai hantu.
Timbalan Pengerusi Penerangan dan Agama Negeri, Muhammad Ramli Nuh ketika berkata demikian menegaskan, kepercayaan karut seperti itu tidak akan membawa rakyat Terengganu ke hadapan.
KAH KAH KAH…
woit… INI SALAH HANTU… kah kah kah
woit… INI BUKAN PONTIANAK MENGAMUK …kah kah kah…
woit… YANG MENGAMUK HANTU MINYAK…. kah kah kah
kah kah kah…HANTU BANGUNAN RUNTUH… kah kah kah..
kah kah kah… HANTU MASJID RETAK… kah kah kah ..
kah kah kah… DAN HANTU PROJEK… kah kah kah..
nota:
di terangganu hanya ada satu hantu yang tak ada
hantu ini tak berani datang kerana badan terlalu berat
nak tahu nama hantu ini?
hantu kopek kah kah kah
Langgan:
Catatan (Atom)