Selasa, 26 Jun 2012
MALAM INI JAM 9 DARI RADIO BANGSAR UTAMA
CHE GU BARD
RADIO BANGSAR AKAN MENEMU BUAL CHE GU BARD
pengasas samm - solidariti anak muda malaysia
ketua cabang pkt rembau
radio bangsar akan bertanya
tahap perjungan politik dirinya
tahap kefahaman politik terkini
tahap mobilasasi rakyat
aktivis abu
aktivis anak muda
sila layari radio bangsar utama
radio paling cool di timur terusan suez
radio counter culture numero uno
radio yang memainkan lagu lagu kaum buruh
radio yang memainkan lagu lagu rejimen ke 10 parti komunis malaya
radio punk rock
Labels:
anak muda berani bangun melawan
PELIK TETAPAI BENAR - KENYATAAN YANG PALING MENGEGEERUNKAN
KOMENTAR TUKAR TIUB
malaon ini bersilat lidah lagi
apakah malaon ini ada kepentingan
dalam syarikat ini
kenyataaan akhir ini lebih mengerunkan
cuba baca sekali lagi
baca sekali lagi
baca lagi
jumpa?
"Saya cuma kata bahawa, sebagai seorang saintis nuklear, saya mendapati kadar radiasinya rendah," kata ahli Parlimen PAS itu yang merujuk kepada kenyataannya di Dewan Rakyat minggu lalu.
SOALAN UNTUK KURUN INI
bagaiaman dia tahu radiasinya rendah
bagaimana malaon ini tahu
kerana kilang lynas belum beroperasi
apakah malaon ini dapat melihat
apa yang tidak dapat kita lihat?
ini persoalannya untuk kurun ini!
JANGAN PUTAR BELIT
MP PAS : SAYA TAK TAK LOJI LYANAS SELAMAT - mkini
Ahli Parlimen Hulu Langat Che Rosli Che Mat berkata beliau bosan dengan tindakan penyokong operasi loji nadir bumi Lynas yang menggunakan imejnya untuk kempen berkenaan termasuk dalam kartun, lencana dan kemeja-T.
Katanya, kenyataannya berhubung operasi Lynas itu telah disalah tafsir.
"Saya cuma kata bahawa, sebagai seorang saintis nuklear, saya mendapati kadar radiasinya rendah," kata ahli Parlimen PAS itu yang merujuk kepada kenyataannya di Dewan Rakyat minggu lalu.
Katanya, beliau tidak pernah mengatakan bahawa loji tersebut selamat kerana terdapat perkara lain yang perlu diambil kira, termasuk proses kimia.
Tambahnya, golongan yang menggunakan imejnya dalam bahan kempen pro-Lynas tidak mendapat kebenarannya untuk berbuat demikian.
"Jika mereka teruskan, saya mungkin saman," katanya.
Labels:
anak muda berani bangun melawan
MENUNGGU ZAHID HAMIDI - NOT WAITING FOR GODOT
MENUNGGU KENYATAAN ZAHID HAMIDI
zahid hamidi berkata minggu lalu
hari ini dia akan membuat kenyataan
tentang altantuya
kini jam 12.09 tengah hari
satu negara masih menunggu
seluruh rakyat malaysia menunggu
apa yang ingin diputar oleh zahid hamidi
menunggu zahid hamidi bukan menunggu godot!
KOMENTAR TUKAR TIUB
dari awal lagi tukar tiub
mengatakan bahawa altantuya
bukan penterjemah
cerita penterjemah ini hanya alasan
cerita ini putaran dari media malaysia
kini saheh bahawa jual beli
kapal selam dijalankan dalam bahasa inggeris
jadi soalan untuk kurun ini:
apa peranan altantuya?
APA PERANAN ALTANTUYA?
ALTANTUYA : MOI NON
Furthermore, Altantuya did not speak French so she could not have acted as an English-French interpreter.
He also alluded that he had not met or known Altantuya.
“You ask me if Altantuya was present at these meetings; I say that all Malaysians have perfect English and an interpreter is unnecessary,” was his response to a question by the French police.
KAH KAH KAH
KAH KAH KAH
KAH KAH AKH
woit.... LAPORAN INI MENGATAKAN ALTANTUYA TAK TAHU CAKAP PERANCHIS...kah kah kah..
kah kah akh..JUAL BELI DALAM BAHASA INGGERIS... kah kah kah..
kah kah kah...SOALAN UNTUK KURUN INI.... kah kah kah..
kah kah kah... SIAPA ALTANTUYA?.... kah kah kah..
kah kah kah... JAWABNYA CUKUP SENANG.... kah kah kah..
kah kah kah.... ALTATUYA IALAH AJI NO MOTO UNTUK NAJIB RAZAK... kah kah kah...
woit...AJI NO MOTOm PENYEDAP RASA... KAH KAH KAH....kah kah kah..
kah kah kah.... YES AJI NO MOTO FOR NAJIB RAZAK...THAT's HER ROLE...kah kah kah
Labels:
anak muda berani bangun melawan
TERKINI - DEMONSTRAN PRO HAK MINYAK DI SERANG GENG KATAK
KOMENTAR TUKAR TIUB
waspada keganasan ini akan berterusan
waspada keganasan ini di rancang
waspada keganasan ini akan digunakan lagi
kaum fasis
kaum rasis
kaum nazi
akan menggunakan keganasan
ada atas nama agama
ada atas nama raja
ada atas nama bangsa
ada atas nama negara
ada atas bama kulit
anak anak muda wajib bersedia
anak anak muda wajib sedar
anak anak muda wajib faham
keganasan ini adalah senjata untuk mengancam
untuk menakut-nakutkan
untuk membodoh
akhirnya dunia ini adalah
milik mereka yang berani
DISERANG OLEH GENG KATAK
SUASANA TEGANGNDI HADAPAN SUK - harakah daily
KOTA BHARU: Suasana tegang di hadapan pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri (SUK) di sini pagi ini apabila kumpulan menyokong royalti bertembung dengan Majlis Tindakan Rakyat Kelantan (MTRK).
Kumpulan menyokong tuntutan royalti berpuluh kali ganda daripada MTRK yang diketuai adik Ibrahim Ali.
Seorang penyokong menuntut royalti dicedera di muka dipercayai ditumbuk oleh penyokong Umno.
Ketika pemimpin tuntutan royalti berucap, kumpulan satu lagi memasang kaset dikir barat.
Ramai anggota polis berkawal di situ dan memberitahu kedua-dua pihak mendapat keizinan polis.
Ssementara itu, jalan raya sesak kerana kehadiran orang ramai semakin bertambah.
Semalam, aktivis Gabungan Profesional Tuntut Royalti, Pendaratan Minyak dan Gas ke Negeri Kelantan (Royalti), Jeming Hassan berkata, perhimpunan pihak tertentu dikatakan didalangi Tukar dan Majlis Tindakan Rakyat Kelantan.
“Perhimpunan dianjurkan Royalti (R) mendapat kelulusan polis bagi menyokong titah baginda Sultan mendaratkan gas di Kelantan.
“Sedangkan satu lagi didalangi Tukar dan MTRK yang cuba menyaingi perhimpunan anjuran Royalti. Jadi saya mahu Ulama Muda Umno, Ustaz Fathul Bari menjelaskan perhimpunan yang mana haram,” katanya
Labels:
anak muda berani bangun melawan
TAHUKAH PEMBACA KENAPA NAJIB TUNDUK DENGAN SINGAPURA?
KOMENTAR TUKAR TIUB
tukar tiub mengalu-alukan
tindakan perkasa ini
ini satu tindakan yang bijak bistari
najib razak baru sahaja
cuba berbaik-baik dengan orang china
najib sedang bodek orang china
tetiba braheng bersuara
tetiba braheng sabotaj
tetiba braheng main ajenda anti singapura
ajenda anti singapura ini ajenda lama
ini ajenda khusus untuk kepong orang melayu
dulu dap ini dituduh ajen lee kuan yew
apa yang dilakukan oleh braheng
pasti membantu pkr
pasti undi china akan terus ke pakatan rakyat
NOTA:
sebodoh bodoh braheng
ada juga gunanya
apa yang dilakukan oleh braheng
ini akan membawa undi china
masuk ke dalam pakatan
kah kah ka
NAJIB TAK BERANI BUAT APA APA
PERKASA BERDEMO DESAK SINGAPURA TARIK BALIK DIPLOMAT - mkini
Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (PERKASA) hari ini mengadakan satu perhimpunan di hadapan Suruhanjaya Tinggi Republik Singapura di Kuala Lumpur untuk mendesak supaya negara itu supaya menarik balik tiga orang diplomatnya.
Presiden NGO tersebut Ibrahim Ali berkata, PERKASA membantah kehadiran diplomat berkenaan yang didakwa terlibat dalam perhimpunan BERSIH 3.0 pada 28 April lalu.
Katanya, kehadiran diplomat berkenaan "memberi persepsi bahawa Singapura ingin campur tangan dalam urusan Malaysia".
Singapura juga perlu meminta maaf atas atas tindakan berkenaan yang dibimbangi akan memberi kesan negatif kepada hubungan Malaysia-Singapura, katanya lagi dalam memorandum yang diserahkan ke kedutaan berkenaan.
KAH KAH KAH
KAH KAH KAH
KAH KAH KAH
woit...MEMANG BIJAK BRAHENG SABOTAJ MAT MONGOL... kah kah kah..
kah kah kah... INI MESTI ARAHAN MADEY.... kah kah kah..
kah kah kah...BIJAK MADEY SABOTAJ MAT MONGOL.... kah kah kah...
kah kah kah...SEKALI TEMBAK TERUS KURUS BAIK MAMA.... kah kah kah
kah kah kah... NAJIB TIDAK AKAN BUAT APA APA.... kah kah kah..
kah kah kah... TAHUKAN KENAPA?.... kah kah kah
NOTA:
sila teka kenapa
najib tak akan
lakukan apa apa?
kah kah kah
Labels:
anak muda berani bangun melawan
PROGRAM MELAWAN DISANA SINI
MALAM INI DI DEWAN CHINA
FORUM ANCAMAN SENYAP SOSMA
26 JUN 2012 (SELASA)
8.30 Malam
AUDITORIUM TINGKAT 1, KLSCAH
Semua dijemput hadir
Akta Kesalahan Keselamatan (langkah-langkah Khas) yang telah diluluskan oleh Dewan Negara mengundang kerisauan banyak pihak. Pelbagai persoalan timbul terutamanya daripada kumpulan pejuang hak asasi yang menganggap akta baru ini sebagai satu lagi pencabulan terhadap hak asasi manusia. Disebalik perspektif itu, terdapat juga pihak yang mempertahankan Undang-undang baru ini sebagai suatu perkara yang perlu memandangkan ISA telah dimansuhkan. Kumpulan Pro SOSMA ini juga berpandangan bahawa jika dibandingkan dengan ISA, SOSMA adalah lebih baik dan sesuai dengan pembangunan semasa rakyat Malaysia.
Persoalan seperti Apakah SOSMA sama seperti ISA, mengapa perlu ada SOSMA, bagaimana SOSMA berfungsi dan Apakah SOSMA berisiko untuk disalah guna, merupakan soalan popular yang berlegar dalam persepsi masyarakat. Oleh itu forum ini diadakan bagi memberi pendedahan awal kepada masyarakat awam dan juga aktivis gerakan sivil mengenai latar belakang SOSMA dan implikasinya terhadap sistem sosial masyarakat Malaysia.
Untuk maklumat lanjut, sila hubungi Syukri di talian 03 - 7784 3525 atau emelkan ke righttotrial@suaram.net
SATU LAGI DI DEWAN CHINA
JEMPUTAN KE FORUM "ARTIS BERPOLITIK: SEKADAR GLAMOR ATAU KERANA PRINSIP?"
Susulan fenomena selebriti dan artis tanah air yang kini dilihat giat menyertai kegiatan politik, Akademi Pak Sako mengambil inisiatif memanjangkan wacana berkaitan perkembangan ini dan akan menganjurkan forum khas yang bertemakan "Artis Berpolitik: Sekadar Glamor Atau Kerana Prinsip?". Butiran program adalah seperti berikut:
Tarikh : 28 Jun 2012
Masa : 8.30 malam – 10.30 malam
Tempat : Dewan Perhimpunan Cina Kuala Lumpur – Selangor (KLSCAH)
Ahli panel :
Hasmi Hashim
(Juara AJL26, penulis lirik lagu Awan Nano dan aktivis KEADILAN)
Zed Zaidi
(Pelakon, Presiden SENIMAN dan anggota UMNO)
Hairie Othman
(Pelakon utama filem 'Leftenan Adnan', aktivis PAS)
Sehubungan dengan itu, pihak kami menjemput dan mengalu-alukan kehadiran saudara/saudari ke majlis ini serta memohon kerjasama saudara/saudari untuk memajukan jemputan ini seluasnya.
JUMAAT KULIM KEDAH
Labels:
anak muda berani bangun melawan
SATU LAGI SKANDAL TUAN HAJI LEBAI EXPRESS
TUAN HAJI LEBAI EXPRESS
SKANDAL KONTRAK PEMBINAAN PROJEK TAMBAHAN SISTEM LRT AMPANG MELIBATKAN DATO’ SERI NAJIB TUN RAZAK
Saya merujuk kepada satu laporan yang disiarkan oleh Business Times bertarikh 22 Jun 2012 yang menyebut sumber-sumber yang rapat dengan Syarikat Prasarana Negara Berhad (Prasarana) mengesahkan sebuah konsortium yang diketuai oleh George Kent akan dianugerahkan kontrak bernilai RM960 juta. Kontrak tersebut adalah bagi kerja-kerja projek tambahan sistem LRT Ampang (“The Engineering, Procurement, Construction, Testing and Commissiong of System Works for the Ampang Line Extension Project”).
KEADILAN mendapat maklumat yang rapat dengan kerajaan bahawa Dato’ Seri Najib Tun Razak sendiri campur tangan di dalam hal ini untuk memastikan kontrak tersebut dianugerahkan kepada George Kent, sedangkan beliau pernah berjanji untuk berlaku telus dan memastikan semua kontrak besar dijalankan secara tender terbuka.
KEADILAN dimaklumkan bahawa laporan Business Times itu dibuat selepas Dato’ Seri Najib Tun Razak mengumumkan sendiri kepada pimpinan kerajaan hasrat beliau menganugerahkan projek tersebut kepada George Kent.
Walau bagaimana pun, campur tangan beliau itu tidak disenangi oleh pengurusan Prasarana kerana bertentangan dengan penilaian bidaan yang telah dijalankan oleh Prasarana sebelum itu.
KEADILAN boleh mendedahkan bahawa George Kent bukanlah konsortium yang telah terpilih bagi projek tersebut setelah melalui proses tender terbuka yang dijalankan oleh Prasarana. Ini disahkan oleh surat bertarikh 12 Disember 2011 dari Dato’ Shahril Mokhtar, Pengarah Urusan Kumpulan Prasarana kepada Kementerian Kewangan Malaysia memaklumkan bahawa Konsortium PDA telah dipilih sebagai kontraktor terbaik bagi projek tersebut.
Dato’ Shahril Mokhtar telah menulis kepada Dato’ Seri Najib Tun Razak sendiri untuk mendapatkan kelulusan mengeluarkan Surat Tuju Terima kepada Konsortium PDA.
Perkembangan terbaru seperti yang dilaporkan oleh Business Times mengesahkan bahawa Dato’ Seri Najib Tun Razak bertindak menukar keputusan Prasarana dan menolak proses tender terbuka dalam projek mega yang melibat berbilion wang rakyat.
Ini mengesahkan persepsi masyarakat bahawa berlaku campur tangan dan penyelewengan yang serius melibatkan anugerah projek-projek awam di bawah pentadbiran Dato’ Seri Najib Tun Razak, walaupun beliau sering melaungkan janji untuk berlaku telus dan adil.
KEADILAN akan melakukan pendedahan setiap dua hari bermula hari ini mengenai skandal ini yang bakal menguji komitmen Dato’ Seri Najib Tun Razak kepada usaha membanteras rasuah dan penyelewengan.
Pendedahan-pendedahan ini adalah juga balasan dari saya kerana tindakan jijik Umno di bawah kepimpinan beliau memutar belitkan keputusan saya menarik diri dari Kerajaan Selangor untuk menumpukan perhatian merancang strategi pilihanraya KEADILAN.
Saya betul-betul menasihati Dato’ Seri Najib Tun Razak supaya menangani skandal ini dengan baik demi menjaga imej pentadbiran beliau.
MOHD RAFIZI RAMLI
PENGARAH STRATEGI KEADILAN
25 JUN 2012
Labels:
anak muda berani bangun melawan
BILA MAT MONGOL CAKAP HAL ISLAM - CHUA SOI LEK MASUK ISLAM
TUAN HAJI LEBAI EXPRESS
PERTAHAN AJARAN ISLAM: NAJIB - meloya
KUALA LUMPUR 25 Jun - Kerajaan berikrar akan mempertahan kesucian agama Islam dan memastikan budaya songsang seperti amalan lesbian, gay, biseksual dan transgender (LGBT) tidak mendapat tempat di negara ini.
Pada masa yang sama, Najib Razak menegaskan, sebarang pemikiran menyeleweng seperti fahaman liberalisme dan pluralisme yang kini diperjuang pihak tertentu juga akan ditentang.
Katanya, dalam usaha kerajaan mentransformasi Malaysia menjadi sebuah negara Islam moden yang maju dan berpendapatan tinggi, tiada sebarang kompromi berhubung soal akidah, ibadah, muamalat dan akhlak.
"Kita akan pastikan sebarang budaya songsang seperti perilaku LGBT serta sebarang pemikiran menyeleweng seperti fahaman liberalisme dan pluralisme tidak akan mendapat sebarang tempat di negara ini," katanya.
KAH KAH KAH
KAH KAH KAH
KAH KAH KAH
woit.... INI KES BERAT.... kah kah kah...
kah kah kah....BILA MAT MONGOL CAKAP HAL AGAMA.... ZAINA ZAIN JADI USTAZAH... kah kah kah..
kah kah kah...BILA MAT MONGOL CAKAP HAL AGAMA... HAKIM DI PARIS MASUK ISLAM... kah kah kah..
kah kah kah...BILA MAT MONGOL CAKAP HAL AGAMA... BEG BIRKIN NAIK HARGA...kah kah kah..
kah kah kah...BILA MAT MONGOL CAKAP HAL AGAMA.... VINCENT TAN AKAN KE UMRAH...kah kah kah..
kah kah kah...BILA MAT MONGOL CAKAP HAL AGAMA.... CINCIN JACOB NAIK HARGA... kah kah kah..
kah kah kah.... BILA MAT MONGOL CAKAP HAL AGAMA...BIK MAMA JADI SLIM... kah kah kah...
NOTA:
hanya satu pertanyaan
sudah kah di temui
anak menantu yang sedang
dicari oleh polis new york?
Labels:
altantuya gadis cun mongolia
Langgan:
Catatan (Atom)