Khamis, 4 Januari 2024
BERSAMA KE RUMAH PASONG
15 orang akan dipanggil siasatan untuk aksi #Kepung Demi Palestin.
1) Syed Sheikh bin Mustafa, Setiausaha Agung Pertubuhan Kebajikan Rakyat Sejagat (SEJAGAT)
2) Sheikh Khuzaifah Bawazeer, Pemuda AMANAH
3) Sivarajan Arumugam, Setiausaha Agung PSM
4) Amir Hariri Abd Hadi, Setiausaha Agung Parti MUDA
5) Sevan Doraisamy, Pengarah Eksekutif SUARAM
6) Tian Chua, Jurucakap SSP, Bekas AP BATU
7) Senator Hasbie Muda, Ketua Pemuda AMANAH Nasional
8) Hishamuddin Rais, Aktivis Sosial
9) Mike Chong Yew Chuan, Timbalan Ketua Pemuda MCA
10) Danial Al-Rashid Bin Haron Aminar Rashid, Timbalan Ketua Pemuda AMANAH Nasional
11) Asmaalif Abdul Adam, Ketua Pemuda Amanah Wilayah Persekutuan
12) Lestari Yahya, Amk Wilayah Persekutuan / Ketua AMK Cabang BATU
13) Nazirullah Nordin, Naib Ketua Pemuda Amanah Wilayah Persekutuan
14) Syed Sheikh Al-Attas bin Sued Hassan, Presiden Pertubuhan Kebajikan Rakyat Sejagat [SEJAGAT]
15) Dato' Ambiga Sreenevasan, Peguam
Kita akan hadir ke IPD Wangsa Maju (Balai Polis Pudu), jam 10.30 pagi, Jumaat (5 Januari 2024).
Jemput hadir bersolidariti.
ESOK GUA KE RUMAH PASONG
Himpunan Kepung Demi Palestin: 15 individu beri keterangan esok
KUALA LUMPUR – Seramai 15 individu yang terlibat dalam Himpunan Kepung Demi Palestin akan dipanggil memberi keterangan di Ibu Pejabat Daerah (IPD) Wangsa Maju di sini esok.
Perkara berkenaan disahkan oleh Parti Ikatan Demokratik Malaysia (MUDA) hari ini.
Antara yang dipanggil bagi membantu siasatan adalah Jurucakap Sekretariat Solidariti Palesti (SSP), Tian Chua, Setiausaha Agung Parti Sosialis Malaysia (PSM), Sivarajan Arumugam, Ketua Pemuda Parti Amanah Negara (Amanah), Mohd Hasbie Muda, Timbalan Ketua Pemuda MCA, Mike Chong Yew Chuan, aktivis, Hishamuddin Rais dan Datuk Ambiga Sreenevasan.
Kesemuanya dipanggil memberi keterangan pukul 10.30 pagi.
Baru-baru ini, Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Allaudeen Abdul Majid berkata, pihaknya dalam proses mengambil keterangan penganjur piket ‘Aksi Bertindak: Kepung Demi Palestin’ bagi membantu siasatan di bawah Akta Perhimpunan Aman 2012.
Jelas beliau, kertas siasatan akan dilengkapkan sebelum diserahkan kepada pejabat Timbalan Pendakwa Raya untuk tindakan selanjutnya.
Sebagai rekod, himpunan tersebut disertai lebih kurang 48 badan bukan kerajaan (NGO) terdiri daripada organisasi masyarakat, pertubuhan pemuda dan pelajar serta kelompok politik daripada pelbagai spektrum.
Antara NGO yang mengambil bahagian ialah Majlis Perundingan Islam Malaysia, Viva Palestina Malaysia, Yayasan Al Quds Malaysia, Suara Rakyat Malaysia dan Malaysian Women’s Coalition for Al-Quds and Palestine.
Peserta mula bermalam di kawasan berdekatan Kedutaan Amerika Syarikat (AS) pada 26 hingga malam 31 Disember lalu.
Turut hadir pada malam penutup dan memberikan ucapan, bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad, Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan, Mohamad Sabu dan Menteri Menteri Sumber Asli dan Kelestarian Alam, Nik Nazmi Nik Ahmad.-
ESOK
GUA AKAN
KE RUMAH PASONG
AMIN
KHALAS
DUIT LEBIH MENARIK DARI BIDADARI
Syarikat disyaki seleweng wang zakat disiasat PDRM
KUALA LUMPUR – Polis Diraja Malaysia Malaysia (PDRM) sedang menyiasat sebuah syarikat dilantik sebagai ejen kutipan zakat Majlis Agama Islam Dan Adat Melayu Perak (MAIPk) selepas disyaki menyeleweng kutipan zakat membabitkan wang berjumlah RM9.62 juta.
Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) Bukit Aman, Datuk Seri Ramli Mohamed Yoosuf berkata, siasatan telah dijalankan selepas syarikat terbabit dipercayai gagal mendepositkan kutipan zakat itu bermula bulan Mac hingga September 2023.
“Kes tersebut antara empat kes jenayah pecah amanah berkait kutipan zakat yang diterima JSJK pada tahun lepas.
“Mengikut pecahan, dua kes direkodkan di Selangor diikuti Terengganu dan Perak masing-masing satu kes,” katanya dalam sidang media di sini hari ini.
Tambah Ramli, kes di Perak mencatatkan nilai kerugian tertinggi iaitu iaitu RM9.6 juta atau spesifik RM9,629,682.00 selepas disyaki telah gagal mendepositkan wang kutipan zakat yang dipertanggungjawabkan.
Kes berkenaan sedang disiasat di bawah Seksyen 409 Kanun Keseksaan.
“Polis masih meneruskan siasatan kami dan terdapat beberapa individu yang telah dipanggil bantu siasatan kes dan ada individu lagi yang akan dipanggil dalam masa terdekat,” ujarnya.
Beliau turut memberi amaran amaran keras kepada pelaku-pelaku jenayah bahawa tindakan tegas selaras dengan peruntukan undang-undang akan diambil bagi memastikan jenayah sebegini tidak berulang.
Jelasnya lagi, kes tersebut amat mendukacitakan apabila wang zakat juga turut diseleweng oleh individu-individu yang diamanahkan untuk mengutip wang tersebut.
“Perkara ini tidak sewajarnya berlaku kerana zakat merupakan satu daripada lima rukun Islam yang menjadi pegangan setiap muslimin dan muslimat di negara ini.
“Sewajarnya, wang kutipan zakat diuruskan dengan baik dan penuh amanah agar ianya dapat dimanfaatkan sesuai dengan kehendak agama,” tegasnya . –
KAH KAH KAH
KAH KAH KAH
DUIT ZAKAT PUN
KENA SONGLAP
KAH KAH KAH
TERBUKTI DUIT
LEBIH MENARIK
DARI BIDADARI
KAH KAH KAH
PAK LEBAI PUN
PUN KAKI LIPAT
AMIN
KHALAS
ISLAM TERGUGAT ?
Pemuda Pas gesa pihak berkuasa siasat Koo Ham
KUALA LUMPUR – Pemuda Pas menggesa pihak berkuasa membuka kertas siasatan terhadap Ahli Parlimen Beruas, Datuk Ngeh Koo Ham berikutan kenyataannya yang didakwa menyinggung sensitiviti umat Islam baru-baru ini.
Pengarah Pilihan Raya Pemuda Pas, Mohamed Sukri Omar berkata, ratusan laporan polis telah dibuat di seluruh negara atas keceloparan Ahli Jawatankuasa Kerja Pusat (CEC) DAP itu.
“Meskipun permohonan maaf telah dibuat, ia tidak dilihat ikhlas dan boleh dipersoalkan memandangkan ini bukanlah kali pertama Koo Ham serta pemimpin DAP yang lain mengeluarkan kenyataan yang sengaja menyentuh hal sensitiviti umat Islam.
“Siri-siri tindakan oleh pemimpin DAP ini secara jelas cuba memperlekehkan kedudukan Perkara 3(1) yang meletakkan Islam sebagai agama Persekutuan serta realiti demografi negara yang merupakan terdiri daripada majoriti umat Islam,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.
Pada 28 Disember lalu, FMT melaporkan, Koo Ham mencadangkan pakar perundangan bukan Islam dilantik dalam Jawatankuasa Khas Mengkaji Kompetensi Dewan Undangan Negeri (DUN) Untuk Menggubal Undang-Undang Islam.
Keesokannya, Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah mengingatkan rakyat khususnya mereka yang bukan beragama Islam agar menghormati dan tidak mencampuri urusan berkaitan hal ehwal agama Islam di negara ini.
Koo Ham telah membuat permohonan maaf menerusi satu kenyataan pada 31 Disember lalu.
Mohamed Sukri turut mempersoalkan pendirian sebenar DAP berhubung isu tersebut memandangkan respon kepimpinan parti tersebut terhadap kekhilafan Koo Ham disifatkan amat lemah.
Sehubungan itu, beliau yang juga Ketua Pemuda Pas Selangor menegaskan, DAP perlu membuat permohonan maaf secara rasmi atas keceluparan pemimpin-pemimpinnya menyinggung sensitiviti umat Islam.
“DAP perlu mengambil tindakan disiplin terhadap Koo Ham sebagai tanda parti itu serius menyatakan pendirian bahawa kenyataan Koo Haam itu adalah atas kapasiti peribadinya sahaja,” jelasnya.
Mohamed Sukri turut mendesak Koo Ham meletakkan jawatan sebagai Ahli Parlimen Beruas kerana didakwa bersikap biadab terhadap institusi diraja yang bertanggunjawab atas hal ehwal agama Islam di negara ini. –
WOIT
UMAT ISLAM NI
SENSITIF SANGAT
KAH KAH KAH
SIKIT SIKIT
TERGURIS HATI
KAH KAH KAH
ISLAM TERGUGAT
ISLAM DI HINA
KAH KAH KAH
TAK SUKA CINA
TAK SUKA DAP
CAKAP BETUL 2
KERNA CINA
KONTROL EKONOMI
AMIN
SEKARANG DAP
KONTROL POLITIK
AMIN
KHALAS
RIBUT PULAK SAMPAI
MetMalaysia keluar amaran ribut hingga 7 malam ini
KUALA LUMPUR – Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengeluarkan amaran ribut petir, hujan lebat dan angin kencang di beberapa negeri hingga 7 malam ini.
MetMalaysia dalam kenyataan dikeluarkan pukul 3.30 petang memaklumkan, negeri yang terlibat ialah Perak (Hilir Perak), Selangor (Sabak Bernam, Kuala Selangor, Klang, Petaling, Kuala Langat dan Sepang), Wilayah Persekutuan Putrajaya serta Negeri Sembilan (Port Dickson).
Selain itu, Sarawak pula di Samarahan (Simunjan), Sri Aman (Sri Aman), Betong, Sarikei, Sibu (Sibu dan Selangau), Mukah, Bintulu dan Miri (Subis) dan Sabah: Pantai Barat (Ranau) dan Sandakan (Tongod, Telupid, Beluran dan Sandakan) turut dijangka keadaan cuaca yang sama.
Menurut MetMalaysia, amaran dikeluarkan apabila terdapat tanda-tanda menunjukkan ribut petir dengan intensiti hujan melebihi 20 mm/jam yang hampir atau dijangka berlaku melebihi sejam.
“Amaran ribut petir adalah amaran jangka pendek yang sah dalam tempoh tidak melebihi enam jam untuk satu-satu keluaran,” ujarnya dalam kenyataan yang sama. –
AWAS
BERJAGA JAGA
AMIN
AGENDA PROVOKASI ISRAEL
AGENDA ISRAEL
AGAR IRAN
MENYERANG
BALAS
AMIN
MAKA
AMERIKA AKAN
SERANG IRAN
KHALAS
PENCURI KAYA SEWA PEGUAM
PENCURI KAYA
BOLEH SEWA
PEGUAM
AMIN
"SANDIWARA TANGKAP MADEY !!!"
Dari zaman dulu cerita sama, tapi sampai sekarang tak tangkap pun? Orang banyak duit ini memang payah tangkap macam duduk condo mewah lah, yang tepi jalan yang susah cari makan, yang parking kereta tepi jalan wow laju saja tangkap sita angkut semua kah kah kah
LEBAI KIT SIANG AJEN PARTI PAS
LEBAI KIT SIANG
AJEN PARTI PAS
KHALAS
Unknown commented on
"FATWA LEBAI KIT SIANG"
gua fikir, elok lu jadikan lim kit siang sebagai agen megolah persetujuan agar anwar dijatuhkan..sosok kit siang ini sesuai utk lu jadikan alat..gua yakin, kalo PAS memerintah, lu pun tak suka kalo dilarang minum tiger beer di kedai china merah..
KERETA BEZZA BARU BELI 8 JAM DAH ROSAK
Bezza dibeli tak sampai lapan jam rosak, disaran buat pinjaman baru
KUALA LUMPUR – Seorang pembeli kereta Perodua Bezza mendakwa kenderaan yang dibelinya pada 17 Oktober lalu rosak tidak sampai lapan jam selepas dibeli.
Lebih malang menurut Nagakanni Subramaniam, kereta tersebut bukan sahaja tidak boleh dibaiki tetapi juga tidak boleh ditukar dengan yang baharu.
Dalam perkongsian di laman Facebook beliau hari ini, Nagakanni berkata, selain terpaksa membayar ansuran bulanan sebanyak RM537, pihak penjual hanya boleh memberikan kereta baharu jika dia membuat pinjaman semula.
Bagaimanapun beliau menolak saranan yang dibuat oleh jurujual terbabit kerana dia terpaksa menanggung hutang lama.
“8 Disember 2023: Customer Service beritahu bahawa final proposal belum dipersetujui dan Perodua sedang selidik kesilapan dalaman. Atau kata lain, mereka belum boleh bagi black and white approval untuk tukar kereta saya dengan kereta baru.
“02 Januari 2024 (hari ini): Masih belum ada apa-apa jawapan (secara black and white) daripada Perodua walaupun dah lebih dua bulan. Tapi saya masih kena bayar loan setiap bulan.
“Saya harap sangat kawan-kawan Facebook dapat share posting ini supaya Perodua dapat selesaikan isu ini. Saya hanya lawan untuk pertahan hak saya. Perodua. Perodua Harapan Terang Motor Segamat,” kata beliau.
Mengikut kronologi, Nagakanni berkata, beliau membawa pulang kereta berkenaan pada pukul 11 pagi 17 Oktober dan ketika mahu menggunakan kenderaan tersebut pada pukul 7.40 malam keretanya tidak dapat dihidupkan.
Katanya, kereta tersebut kemudian ditunda ke Pusat Servis Perodua Segamat pada 18 Oktober dan dimaklumkan enjin kenderaan tersebut telah rosak.
Berikutan itu beliau telah membuat permintaan supaya kereta berkenaan ditukar dengan kenderaan baharu dan dia telah diminta untuk menunggu sehingga satu bulan bagi memproses permohonan tersebut.
“9 November 2023 Encik Sufian customer sales executive dari HQ Perodua call saya. Dia kata, menurut penyiasatan awal, enjin kereta saya rosak sebab ada benda asing seperti gula. Dia kata material tersebut tak digunakan oleh Perodua.
“Masalahnya, saya pun tak bawa apa-apa makanan atau gula dalam tempoh 8 jam tu, apatah lagi nak usik enjin.
“15 November 2023 Encik Sufian kata saya kena buat loan baru dulu untuk kereta baru. Saya kata saya boleh buat hanya lepas dia settlekan loan lama saya dulu. Sebab sehingga hari ni, saya masih bayar loan kereta tu,” jelasnya.
Dalam perkongsian berkenaan, Nagakanni turut memaparkan dua laporan polis yang dibuat pada 18 dan 19 Oktober 2023.-
Nagakanni Subramaniam bersama kereta
yang baru dibelinya
AWAS !!!
KAH KAH KAH
MALAYSAI BOLEH
OPPS....
PRODUA BOLEH
KAH KAH KAH
KHALAS
NEGARA ARAB & ISLAM TAK BERANI
ICJ dengar kes genosid ke atas Israel minggu depan
KES genosid di Gaza yang didakwa dilakukan oleh Israel akan dibentangkan oleh Afrika Selatan di Mahkamah Keadilan Antarabangsa (ICJ), di The Hague minggu depan, menurut seorang pegawai Kementerian Luar.
Kes itu dijadual didengar pada 11 dan 12 Januari, lapor Anadolu.
“Kami akan berada di Mahkamah ICJ pada 11 Januari. Kami akan membentangkan kes mengenai pandangan kami yang berasaskan bukti, termasuk niat khusus jenayah genosid, berdasarkan kenyataan-kenyataan para pemimpin,” menurut Zane Dangor, ketua pengarah Kementerian Luar kepada penyiar nasional SABC pada lewat Selasa.
Afrika Selatan yang menyokong perjuangan Palestin sejak beberapa dekad lepas, memulakan prosiding di ICJ bulan lepas memohon mahkamah antarabangsa itu menyiasat jenayah genosid yang didakwa dilakukan oleh Israel di Gaza, dan memutuskan segera bahawa Israel melanggar Konvensyen Genosid 1948.
Negara itu juga memohon mahkamah memutuskan supaya Israel segera menghentikan tindakan keganasannya.
Sementara itu, jurucakap kerajaan Israel pada Selasa berkata pihaknya akan hadir di hadapan ICJ untuk membantah tuduhan genosid oleh Afrika Selatan itu.
Agensi Anadolu baru-baru ini menerbitkan sebuah buku berjudul The Evidence, yang mengandungi visual yang mendedahkan dakwaan tindakan jenayah oleh Israel di Gaza.
Afrika Selatan menggunakan bukti foto itu di ICJ sebagai bukti kesnya.
Jumlah kematian akibat serangan Israel di Gaza sejak 7 Oktober, kini melebihi 22,000, dengan lebih separuh daripadanya terdiri daripada wanita dan kanak-kanak.
Kebanyakan penduduk wilayah itu yang berjumlah lebih 2.2 juta, hidup dalam kepungan dan pengeboman berterusan, hilang kediaman dan kekurangan bekalan makanan. – Bernama, 4 Januari, 2024.
BUKAN NEGARA
ARAB YANG BAWA
PENDAKWAAN
AMIN
BUKAN NEGARA
ISLAM YG BAWA
PENDAKWAAN
AMIN
YANG BAWA
NEGARA KAPIR
LAKNAT
MAKAN BABI
MAIN BONTOT
KAH KAH KAH
NEGARA ARAB
NEGARA ISLAM
HANYA SIBUK
HALAL HARAM
KAH KAH KAH
KHALAS
BANJIR BERTERUSAN
Amaran hujan lebat berterusan tahap buruk di Johor hingga Ahad
JABATAN Meteorologi (MetMalaysia) mengeluarkan amaran hujan lebat berterusan tahap buruk di beberapa kawasan di Johor bermula hari ini hingga Ahad.
MetMalaysia dalam kenyataan memaklumkan amaran itu melibatkan Segamat, Kluang, Mersing, Kulai, Kota Tinggi dan Johor Bahru
Jabatan itu turut mengeluarkan amaran hujan berterusan tahap waspada yang diramal berlaku sehingga Ahad melibatkan Kuantan, Pekan dan Rompin di Pahang serta Johor (Batu Pahat dan Pontian).
Sementara itu, laporan terkini situasi bencana di seluruh negara yang dikeluarkan Pusat Kawalan Bencana Negara Agensi Pengurusan Bencana Negara (Nadma) memaklumkan, berdasar tinjauan di Stesen Telemetri Jabatan Pengairan dan Saliran, dua sungai masih berada pada paras bahaya pagi ini iaitu Sungai Arau, Perlis dengan trend meningkat dan Sungai Kelantan di Pasir Mas, Kelantan yang menunjukkan trend menurun.
Menurut Nadma, 19 jalan ditutup akibat banjir, cerun runtuh dan kerosakan antaranya Jalan Durian Mentangau di Dungun, Terengganu; Jalan Sungai Sam ke Dabong di Jeli, Kelantan; Jalan Raya Timur Barat (JRTB) Kupang-Gerik-Jeli di Hulu Perak, Perak dan Jalan Kota Tinggi-Kluang di Johor. – Bernama, 4 Januari, 2024.
MUSIM BANJIR
MUSIM HUJAN
TENGKUJUH
BERTERUSAN
AMIN
BARISAN BERSATU - ADA MUSUH YANG LEBIH BESAR
UNITED FRONT
BERSATU DGN
MUSUH KERANA
ADA MUSUH YG
LEBIH BESAR
KHALAS
Unknown commented on
"KEDUTAAN SIMBO NEGARA"
takyah kecoh dgn demo di ampang bro..lihat je sekarang ni, pendemo dari ITM ibrahim ali sekrang jadi ibrahim katak, isham rais jd perakam sejarah langkah sheraton yg diatur oleh mahatir madey anak kutty, hj hadi memali dan dr samsuri mb ganu darul gaza..pastu lu lari cari suaku london,
lu cerita mengenai bulu ari2 perang, balik malaysia je lu jd terpaling melayu tapi anti raja sedangkan london ada baginda queen, lu kerja dgn BBC..madey dulu ISA kan demo, kini jutawan ISA yakni isham rais berdemo dgn bapak ISA malaysia..lidah tak bertulang, gigi pun palsu..
YANG KAYA BEBAS YANG MISKIN KENA JIL
ORANG KAYA
CURI BILION BILION
KES BEBAS
AMIN
ORANG MISKIN CURI
SATU TIN SUSU
KENA DUA TAHUN
KHALAS
Unknown commented on
"APAKAH INI KEADILAN ?"
gwa tidak arif ilmu hukum seperti ambiga atau kak lat
cuma gwa nak bertanya tidak kah kita boleh buat perbandingan antara hukuman orang kaya dengan orang biasa dan miskin papa kedana?
orang kaya kena 12tahun pun gila nak minta bebas. orang miskin curi milo takda upaya nak minta bebas.
malaysia boleh!
KE RUMAH PASONG
KE RUMAH
PASONG
ORANG MELAYU AMAT BIJAK
MENGGUNAKAN BAHASA
INI CARA MELAYU
LAWAN PENJAJAH
PADA ZAMAN 50'AN 60'AN
BALAI POLIS DI PANGGIL
RUMAH PASONG
POLIS DI PANGGIL
MATA MATA
INI BERMULA DARI
ZAMAN INGGERIS
DUA KONSEP INI TEPAT
PALING TEPAT MATA MATA
SAMPAI HARI INI
KONSEP ITU MASIH JELAS
DI GUNA PAKAI
BILA LU BACA TULISAN INI
GUA DAH BERGERAK
KE RUAMH PASUNG
UNTUK DI SOAL SIASAT
OLEH MATA MATA
KES AKSI KEPONG
DEMI PALESTIN
SERAMAI 15 KAMI
DI PANGGIL UNTUK
DI TANYA PASAL AKSI KAMI
GUA RASA BANGGA
KERANA DARI ZAMAN SISWA
GUA DAH TERLIBAT
DALAM PERJUANGAN PALESTIN
MALAH
GUA DAH GI DUA KALI
KE LEBANON UNTUK BERSETIA KAWAN
KALI PERTAMA ANGKAT SENJATA
KALI KE DUA ANGKAT PEN
NANTI GUA STORY
AMIN
DUBAI CHALO
DUBAI CHALO
KHAMIS 4 JANUARI 2024
HEBOH PASAI DUBAI
TAK ABIS ABIS LAGI
PROJEK NAK TUMBANGKAN
KERAJAAN MADANON
MASIH BERJALAN
MASA GUA
PENDATANG HARAM DI PAKISTAN
PADA TAHUN TUJUH PULUHAN
DULU ADA DRAMA TV PAKISTAN
BERNAMA DUBAI CHALO
ATAU PERGI KE PAKISTAN
INI KESAH ISTERI DAN ANAK ANAK
YANG DI TINGGALKAN OLEH
AYAH YANG PERGI KE DUBAI
UNTUK BEKERJA
DRAMA INI HEBOH
HINGGA SEKARANG GUA INGAT
MALAH LANGKAH DUBAI
INI DAH JADI DUBAI CHALO
KAH KAH KAH
AMIN
IRAN
LEDAKAN BOM
DI MAKAM PAHLAWAN
LEBIH SERATUS GUGUR
IRAN KATA INI KERJA
ISRAEL DAN AMERIKA
LEBANON
MASIH BERKABUNG
KEMATIAN PEMIMPIN HAMAS
DARI SERANGAN ISREAL
JEPUN
TSUNAMAI TAK BERLAKU
GEMPA BUMI BAWA
BANYAK KEMUSNAHAN
AMERIKA
DOKUMEN TENTANG
JEFFREY ESPSTEIN KELUAR
JENG JENG JENG
SENARAI GENG SHAHIDAN
YANG BERBAIK DENGAN
BAPAK AYAM INI DIUMUM
AMERIKA
TRUMPS MINTA
MAHKAMAH TINGGI AMERIKA
MENGENEPIKAN LARANGAN
COLORADO YANG HALANG
TRUMP DARI BERTANDING
PRU 2024
JENG JENG JENG
HOKKIEN
PAGI INI CERAH SEGAR BASAH
ADA LOPAK AIR DI JALAN
HUJAN LEBAT PETANG KELMARIN
TAPI TAK LAMA
MATA HARI DAH KELUAR
KL & KL SENTRAL BERKABUS NIPIS
SUARA TERRKUKUR
SIMPONI CENGERIK KURENG
KERANA RUMPUT SEDANG DI MESIN
GUA YAKIN
AHRI INI AKAN PANAS
KETIKA GUA MENGETIK INI
TAK TAK SEDANG BERJEMOUR
DI BALKONI
BRO
KITA SAMBUT KHAMIS
DENGAN SENYUMAN
TANAM PADI IKUT PLAN
JAGA BENIH DARI KUMBANG
PROJEK HADI MASIH BERJALAN
SANUSI KATA AKAN TUMBANG
KEBUN DURIAN MILIK PAK AJAN
KEBUN LURAH PENUH LALANG
PERIKATAN NAK JADI KERAJAAN
HIDUP SUSAH ENJOI DI LARANG
LAKUKAN SEKARANG
LAKUKAN HARI INI
SELAMAT BERKHAMIS
Langgan:
Catatan (Atom)