Ahad, 1 November 2020

JIKA TRUMP MENANG CHINA AKAN DIASAK



JIKA TRUMP MENANG

CHINA MERAH AKAN

TERUS DIASAK

KOREK DUIT NEGARA

 


KOREK 

DUIT NEGERA

Unknown commented on

 "PARTI ISLAM TOWKAY BALAK"

Lu orang ah, merdeka sampai sekarang sama saja, otak know lembu, semua mahu sapu, bagi jawatan sapu, bagi tempat curik, bagi jadi ketua roman, mana ada ikut yang betul betul, semua kaki selfish, asyik politik sampai linkup korek duit negara, sampai kiamat, sampai masuk kubur, sampai pancut tak habis habis semua nak jawatan pie, 



nak duit usaha kerja lebih, meniaga macam anak anak belaan atok baginda, semua hasil haram kami bawa masuk kubur kah ? Ni pencuri audah jadi ketua, bossku sampai kiamat kamu tak akan ubah, ubah pon kami masih xurik kah kah kah adal melayu asal Island semua halal kah kah

MUHYIDIN TERUS DITEKAN

 


APAKAH

MUHYIDIN 

DAPAT BERTAHAN

AMIN

ATAU TERUS

 KOYAK TERBARAI

AMIN

Umno tetap tolak alasan Muhyiddin untuk isytihar darurat



Pakatan tuntut 6 perkara utama dalam Belanjawan 2021



APAKAH

MUHYIDIN MASIH

ADA NIAT NAK

BERDARURAT

KAH KAH KAH

BERKORBAN MEMUNGUT SAMPAH

 





BERKORBAN

MEMUNGUT SAMPAH

DI PORT DICKSON

Unknown commented on

 "PENYAMUN JADI KETUA"

Gwa masih ingat masa Abam tanding PRK Port Dickson, dia bagi tahu dunia dia tak minat jawatan kabinet kerajaan Pakatan Harapan. Dia nak tumpu buat 'reform' Parlimen. Lepas Penang, Abam ada buat kerja 'reform' Parlimen ke? Tak nampak pun! Inilah kelakuan politikus menjijik. Takda akhlak langsung.

DUA BOND TELAH ARWAH

 


Dari arkib 24/5/2017

Sir Roger Moore, James Bond actor, dies aged 89

Di sekitar lewat 1980an sebuah hotel bertaraf Lima Bintang dibangunkan di Pulau Langkawi.Hotel tersebut yang mempunyai  rekabentuk seni bena Melayu dan menjadi resort istirahat bagi ketua2 kerajaan Commonwealth atau CHOGM.

Beberapa bulan kemudian Hotel tersebut menganjurkan Pro Celebrity Tennis...yang mana pelakon2 Hollywood atau bertaraf dunia di  undang untuk mengambil bahagian. Penghuni2 hotel semasa temasha Tennis itu berlangsung berkesempatan bergambar atau mengambil autograph pujaan bintang 2 filem tersohor.Zaman itu belum ada Selfie.

Ada pun Jenab dan Jusoh laki bini juga menginap di Hotel tersebut kerana mereka telah memenangi Package Tiga Hari Dua Malam semasa Annual Dinner majikan Jusoh.Jenab yang  sering membaca majalah filem lebih arif dari Jusoh yang hanya baca Watan. Ada lah empat lima bintang filem yang Jenab cam tapi tak tahu nama.

Nak jadikan cerita pada pagi buta lagi Jenab  mengejutkan Jusoh:

Jenab: Abang! Abang! Bangun Bang

Jusoh : Apa hal ni Nab. Tidor laa. Awal lagi. Malam buta ni

Jenab : Bang orang sebelah bilek kita tu James Bond dengan isterinya

Jusoh: Mana ada James Bond.Cerita  pilem saja nama James Bond

Jenab :Maksud saya bukan James Bond.Yang berlakon James Bond tu tidur bilek sebelah

Jusoh : Mengarutlah Nab. Mana awak tahu dia  pelakon James Bond?

Jenab : Betul Sumpah Bang. Saya dengar isteri dia meraung raung memanggil  ROGER...MORE!

 ROGER...MORE!

 ROGER...MORE


PARTI ISLAM TOWKAY BALAK

 



PARTI ISLAM

TOWKAY BALAK

Unknown commented on 

"ADA PENONTON ADALAH PAS"

Aku suka logo PAS yang baru. Bukan senang nak lukis kayu balak macam ni. Canggih!



KOTA LONDON SUDAH KOSONG



BILA KOBID

SAMPAI LONDON 

JADI KOSONG

TAN CHUA HALANG MAT SABU ?


MADEY BOCOR

MAKLUMAT ADA

ORANG HALANG 

MAT SABU 

BERSAMA MADEY

 TUBUH 

KERAJAAN

 PERPADUAN

AMIN

SAPA ORANG INI?

AMIN

INI MESTI KERJA

ABDUL TIAN CHUA

JENG JENG JENG


Bukan usaha bentuk kerajaan perpaduan, kata Dr Mahathir Mohamad


DR Mahathir Mohamad menafikan beliau terlibat dalam rundingan membentuk kerajaan perpaduan seperti yang didakwa ketika foto pertemuannya dengan beberapa pemimpin tersebar minggu lalu.

Pengasas Parti Pejuang Tanah Air (Pejuang) itu berkata, pertemuan termasuk dengan bekas menterinya Tengku Razaleigh Hamzah hanyalah pertemuan biasa antara “kawan lama”.

“Ini kawan kita. Nak jumpa okay lah. Ku Li (Tengku Razaleigh) dia dulu dalam Kabinet saya. Dia nak jumpa tak kan nak kata tak boleh,” katanya ketika ditemui di Langkawi.

Jelasnya ia pertemuan serupa dengan beberapa tokoh lain termasuk Menteri Agama Zulkifli Mohamad dan bekas menteri pertahanan yang juga presiden Amanah, Mohamad Sabu.


“Saya jumpa Menteri Agama, Dr Zulkifli Mohamad sebab kenal dia dah lama. Dulu dia Mufti Wilayah Persekutuan, jadi memang kenal dengan dia.

“Dia datang kepada saya tunjuk buku-buku yang ditulis berkenaan Covid-19. Mat Sabu ni datang selalu, dia jumpa saya tanya pasal politik, bolehlah,” jelas beliau.

Mahathir menegaskan tiada perbincangan mengenai kerajaan perpaduan dengan pemimpin seperti Mohamad dalam pertemuan itu kerana usaha itu dihalang individu tertentu.

“Tak bincang, tidak ada. Kita tak boleh buat dengan dia. Ada orang tak bagi. Ada orang tak bagi bukan dengan Mat Sabu…Dengan parti dia,” tambah Mahathir.

Beliau bagaimanapun tidak menjelaskan siapakah individu yang dimaksudkannya

Dakwaan mengenai rundingan untuk membentuk kerajaan perpaduan itu tersebar ketika krisis yang melanda pentadbiran kerajaan Perdana Menteri Muhyiddin diketahui umum sejak dua bulan lalu.

Krisis itu memuncak apabila pentadbiran Muhyiddin yang didakwa tidak menguasai majoriti di Dewan Rakyat memohon kepada Yang di-Pertuan Agong untuk mengisytihar darurat.

Susulan itu beberapa keping gambar Dr Mahathir bersama pemimpin-pemimpin itu disebarkan di media sosial melalui kelab penyokongnya, Kelab Che Det pada 29 Oktober.

Dalam kenyataan itu, Kelab Che Det seolah-olah mengaitkan pertemuan tersebut dengan usaha pembentukan kerajaan perpaduan. – 1 November, 2020.


SAPA? SAPA? 

NAK SABOTAJ

KERAJAAN

PERPADUAN

JENG JENG JENG

TIAN CHUA?

SYED SADIK? PUTIN? OBAMA?

DR MASLEE

SAPA SAPA ? 

KAH KAH KAH

MUSTAHIL SAM KETOT

DIA TAK TEMPAH 

 KASUT TINGGI

KAH KAH KAH



DIDUNIA WAJIB DIPENJARA

 



DI DUNIA

WAJIB DIPENJARA

panglimo potaseh commented on

 "DENGAR KAN MAMAT INI"

Kok tak do surgo dan norako yang paling untong adolah sosok mcm Bossku, Bik Mama, Kutti, Totok, Azeez, Shahreezat, Teukiu ..sonang duoboleyh koturunan ateh dunio ..

PENYAMUN JADI KETUA

 


PENYAMUN 

JADI KETUA

AMIN

INILAH KELEMAHAN

HUKUM INGGERIS

AMIN

KALAU HUKUM 

CARA KOREA

DAH LAMA

DALAM PENJARA

AMIN

Najib ketua kelab 

wakil rakyat BN 

di Parlimen

NAJIB Razak dilantik pengerusi Kelab Penyokong Kerajaan Barisan Nasional (BNBBC) menjelang sidang penting Dewan Rakyat bermula esok.

Sumber BN memberitahu The Malaysian Insight pelantikan bekas perdana menteri memberikannya kedudukan dan peranan utama apabila Dewan Rakyat membahaskan Belanjawan 2021 yang akan dibentang pada 6 November.

“Najib dilantik baru-baru ini menjelang sidang Parlimen supaya beliau boleh mengendalikan wakil rakyat BN di dewan,” kata sumber.

BN mempunyai 43 ahli Parlimen tetapi 20 daripadanya memegang jawatan dalam kerajaan. Baki 23 wakil rakyat BN akan menentukan perbahasan Belanjawan 2021, yang akan mengangkat suara dan tuntutan Umno.

Sebagai ketua BNBBC Najib berperanan menentukan hala tuju perbahasan dengan mengatur pembahas dan perkara yang akan mereka bangkitkan, serta susunan pembahas.

Beliau yang juga ahli Parlimen Pekan dijangka akan memainkan peranan utama kerana perbicaraan kes jenayah yang dihadapinya ditunda ketika Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat berjalan di Kuala Lumpur sehingga sekurang-kurangnya 9 November .

Beliau sedang dibicarakan atas empat tuduhan menggunakan kedudukan untuk menerima rasuah berjumlah RM2.3 bilion dari dana 1Malaysia Development Berhad (1MDB) serta 21 tuduhan pengubahan wang haram. 

Najib sebelum ini didapati bersalah atas tujuh tuduhan pecah amanah, pengubahan wang haram dan salah guna kuasa melibatkan dana SRC International Sdn Bhd. Beliau dijatuhkan hukuman penjara 12 bulan dan denda RM210 juta, dan kini menunggu rayuan sabitan dan hukuman ke atasnya.

Sumber menarik perhatian bahawa pelantikan Najib dibuat ketika hubungan Umno dan Bersatu sedang diuji. Katanya, Najib akan memainkan peranan untuk menyelesaikan pertikaian antara dua parti.

“Beliau berpengalaman, boleh pengaruhi ahli Parlimen,” katanya.

Najib melepaskan semua jawatan dalam BN dan Umno selepas parti kalah Pilihan Raya Umum 2018. Pada Julai tahun lalu, beliau dilantik sebagai penasihat BN.

BN kini dibentuk oleh Umno, MCA, MIC dan PBRS selepas parti-parti lain terutama dari Sabah dan Sarawak meninggalkan gabungan selepas PRU14.

Daripada 43 kerusi di Dewan Rakyat, Umno menduduki 39 kerusi sementara MCA 2 dan MIC dan PBRS masing-masing satu. BN bersekutu dengan Perikatan Nasional untuk membentuk kerajaan baharu selepas percaturan politik yang menjatuhkan kerajaan Pakatan Harapan pada hujung Februari lalu.

Perikatan juga mempunyai kelab penyokongnya sendiri di Dewan Rakyat, yang diketuai Ahli Parlimen Arau Shahidan Kassim, juga dari Umno dan BN. Beliau dibantu Ahli Parlimen Pasir Puteh Dr Nik Muhammad Zawawi Salleh dari PAS.

Sementara itu, untuk urusan di Dewan Rakyat, BN juga mempunyai ketua whip iaitu Ahli Parlimen Bagan Datuk Ahmad Zahid Hamidi yang juga presiden Umno. Ketua whip bagi Perikatan ialah Ahli Parlimen Gombak Mohamed Azmin Ali.

Ketua whip menentukan pendirian wakil rakyat parti dalam penentuan usul atau rang undang-undang.

BN setakat ini kekal sebagai gabungan yang terasing daripada Perikatan, yang membentuk gabungannya sendiri bersama PAS dan dua parti dari Sabah iaitu Parti Maju Sabah (SAPP) dan Parti Solidariti Tanah Airku Rakyat Sabah (Star).

Pada akhir Julai, Ahmad Zahid mengumumkan Umno tidak akan menyertai Perikatan. Sekutunya MIC yang pada mulanya menjadi penaja pendaftaran Perikatan kemudian menarik diri dengan alasan Umno dan BN tidak menyertai parti gabungan baharu itu.

Perikatan diluluskan pendaftarannya oleh Pendaftar Pertubuhan pada awal Ogos. 

Pada masa sama juga ketika itu, Umno dan PAS yang membentuk kerjasama atas nama Muafakat Nasional menjemput Bersatu pimpinan Perdana Menteri Muhyiddin Yassin bersama mereka.

Pada 20 Oktober, Umno dan PAS mengumumkan mereka bersetuju mendaftarkan Muafakat Nasional sebagai gabungan rasmi. Kenyataan bersama kedua-dua parti tidak menyebut status Bersatu dalam Muafakat Nasional.

Umno dua minggu lalu mencetuskan tanda tanya mengenai kedudukannya dalam kerajaan apabila membuat tuntutan kepada Perikatan sebagai ganti sokongan.

Majlis Tertinggi Umno yang bermesyuarat dua kali minggu lalu bagaimanapun kemudian menegaskan parti kekal mendukung kerajaan Muhyiddin.

Ia bagaimanapun mahu pilihan raya umum diadakan selepas penularan Covid-19 reda. – 1 November, 2020.


DAH JATUH HUKUM 

DAH BUKTI SALAH

DALAM RAYUAN

MASIH BOLEH 

JADI 

KETUA PENYAMUN

AMIN

WAJIB ADA  

UNDANG UNDANG

BARU DIGUBAL

AMIN

SAPA ADA TUDUHAN

MAHKAMAH

ATAU TELAH 

JATUH HUKUM 

WAJIB BERHENTI

DARI JADI YB

AMIN




RAIS YATIM MERACAU

 



RAIS YATIM

MERACU

Nazrio commented on

 "AL-FATIHAH"

Rais yatiM tu bising sangat sebab apa.? Dia betuL betuL anaK yatiM piatu ker .? Menyamar jer ker.? Adat meLayu Laa. .. raja2 meLayu Laa.. raja2 isLam Laaa.. Mana pejuang2 raja2 isLam.? Mana bisnis man saLesman igama jurujuaL bangsa semua semuanya tengah bisnis ugama ke hapaL skrip covid naingting

BOND PERTAMA

 



BOND PERTAMA

panglimo potaseh commented on 

"AL-FATIHAH"

James Bon yg pirtama ..di watakkan sbg hero yang lebih mancot2 drp tembak2. Nasib baik org Klawang lobey suka adegan tembak2 ..kok tak KUYOP-KEPEH satu pangong?.

NAJIB KETUA KELAB

 



INI KELAB APA?

Najib ketua kelab wakil rakyat BN di Parlimen


INI KELAB

PENAYUM KE

KELAB PENCURI

SAJE TANYA

JANGAN MARAH

KAH KAH KAH

MAKIN HURU HARA



MAKIN HURU HARA

Unknown commented on

 "DENGAN SYARAT"

Mana tak makin huru hara dibuatnya... Kalau songel kat luar dah dia meratib, berzikir, berazan, mengamuk nak jadi PM nak jadi PM....maka dia dalam cabinet akan lagi galak gila dia nak jadi PM nak jadi PM.....mahu nya di ketuk pintu pejabat PM selang setengah jam berulang ulang....sawan gila semakin teruk nak jadi PM.... Woi bagi tahu dalam dunia nih mana ada laki bini mantan TPM siap si laki mantan banduan lagi!

BERSETIA KAWAN DENGAN GULUNGAN TERTINDAS

 




BERSETIA KAWAN

DENGAN GULUNGAN

TERTINDAS

Unknown commented on 

"KOBID MAKIN MEREBAK DARI CHINA MERAH"

TT, bijakla sikit. Kalau nak cari tuan, jangan pilih Ayah Pin China. Kalau nak makan pau, jangan pilih kedai yang bekal daging mahkluk pelik. Kan dah beritahu 'China Focus' alat Falun Gong menyebar cerita palsu tentang orang China. Hati-hati reputasi TT disapu lantai.

MADEY BOCOR MAKLUMAT

 


JENG JENG JENG

APA NI?

Bukan usaha bentuk kerajaan perpaduan, kata Dr Mahathir Mohamad


APA MAKLUMAT

MADEY BOCOR

JENG JENG JENG

ADA PENONTON ADALAH PAS

 





ADA PENONTON

ADALAH PAS

Unknown commented on 

"APA BEZA MACRON DENGAN HADI"

woit tt.lu pakar ikonomi pun tak bley faham ka? Ada supply ada la demand.hal2 yg ada bwh langit gitu la.takda penonton takda pas la keh keh keh

KES ANWAR DIAMPON

 



KES ANWAR

DIAMPON

cikminah commented on 

"LANGKAH BAIK"

Ikut Perlembagaan Sultan, Gabenor dan Perdana Menteri tidak boleh di saman dan dibicarakan di mahkamah. Peguam yg saman Agong ni, tak baca bulu Perlembagaan ke....? 



Dalam kes 'Pengampunan Anwar Ibrahim', peguam tak saman Agong tapi menyaman keputusan yg dibuat tidak ikut procedure. Jadi, perbicaraan nanti, bertumpu kpd ikut atau tak ikut procedure pengampunan yg dah ditetapkan SOPnya.

BERKHALWAT HARI KE 229

 






KHALWAT KE 229

HARI INI AHAD 1/11/2020

KITA MASUK KE HARI 229
BERKHALWAT

GAWAT KOBID
GAWAT EKONOMI
GAWAT POLITIKUS

ADA POLITIKUS
GILA  KUASA
NAK JADI 
PERDANA MENTERI

KERAJAAN PAKATAN HARAPAN
DAH RUNTUK
GENG MAHKAMAH
DAN
GENG  BANDUAN
SEDANG BERUSAHA
NAK RUNTUHKAN 
KERAJAAN YANG ADA

AWAS
PROJEK INI AKAN DISAILANG
DENGAN STRATIJI
KERAJAAN PERPADUN
BUKAN KERAJAAN BANDUAN
AMIN

PAGI INI
HUJAN LEBAT
GUA BERGERAK KE HOKKIEN
TAPI HUJAN TURUN MENCURAH
TAK TAK DAN EZI
TAK SELESA  
LALU MUNDAR MANDIR
DALAM KAWASAN FLET

AWAL PAGI
TERDENGAR
BUNYI TOK HENG BERLAGU
KUAT DAN GARAU
TOK HENG MEMANGGIL HUJAN
KINI HUJAN DATANG
TOK HENG SENYAP GUMBIRA
MANDI MANDA
BUAT ANAK DALAM LOPAK AIR

HIDUP INI
TAK PERLU JADI SEMPURNA
UNTUK KITA JADI BAHAGIA

JANGAN PUTUS ASA
MUKJIZAT  SAMPAI TIAP HARI
PERCAYALAH

TIDAK SEMUA
ORANG YANG KITA SAYANGI
AKAN   TETAP DENGAN KITA
TAK SEMUA 
ORANG YANG KITA PERCAYAI
 AKAN TERUS SETIA

KADANGKALA
BIARKAN IANYA BERLALU
DAN LIHAT
APA JADI

TANAMLAH AKAR
KETIKA BERKASIH
BIARKAN 
IANYA BERCAMBAH

HATI YANG BAIK  AKAN 
MENJADIKAN KITA
SOSOK CANTIK KACAK BERSERI
DALAM ALAM INI
WALAU PUN KITA HODOH

 KALAU 
KITA BERCAKAP DENGAN  BAIK 
KEPADA POKOK BUNGA
INI  AKAN
MEMBANTU BUNGA ITU
 HIDUP SEGAR
BAYANGKAN
KALAU KITA BERCAKAP BAIK
DENGAN  MANUSIA

BILA KITA PENUH PERCAYA
TANPA WAS WAS
PADA SATU ORANG
KITA  MUNGKIN BERJAYA 
DAPAT  SATU SOSOK
 SEPANJANG HIDUP
ATAU
KITA MENDAPAT
SATU PELAJARAN
DALAM HIDUP

KAWAN YANG JUJUR
ADALAH KAWAN
YANG AKAN MEMPERTAHAN
KITA
KETIKA KITA TIDAK BERSAMA

APA YANG DATANG
BIARKAN DATANG
APA YANG TINGGAL 
BIARKAN TINGGAI
APA YANG PERGI
BIARKAN PERGI

JANGAN BENARKAN
SESIAPA  MEMIJAK KITA
DALAM HIDUP
JANGAN  BENARKAN
SESIAPA MENILAI KITA
JANGAN BENARKAN SESIAPA
MENGGANGU KETENTERAM  KITA

JANGAN GILA NAK JADI ORANG LAIN
JADI DIRI SENDIRI 
USAHA KUAT
 ORANG YANG   SERASI
DENGAN KITA 
AKAN DATANG MENETAP
DENGAN KITA

TAK ADA SATU PUN
SOSOK DALAM DUNIA
INI AKAN
SETIASA BERADA
DISAMPING KITA
JUSTERU
BELAJAR HIDUP 
 BERSENDIRIAN

MASANYA HARI INI
KETIKA NYA SEKARANG
AMIN

NOTA
DILUAR BALKONI
HUJAN MASIH LEBAT

SELAMAT BERKHALWAT