PRESIDEN TRUMP BUAT LAWAK
Memahami politik ini bukan satu yang sukar. Pertama kita wajib tahu ‘cui bono’ – siapa untung dari babak -babak politik. Kedua kita wajib sedar bahawa dalam politik semua dirancang. Babak politik adalah babak yang dirancang. Politik sama saperti mementaskan sandiwara atau buat filem – semua dirancang. Dibelakang filem ada pengarah. Dibelakang politik ada dalang.
Minggu lalu Presiden Trump dalang Rumah Puteh oops silap… bukan dalang tapi pelakon utama Rumah Puteh telah membuat buat lawak. Ini bukan lawak politik genre Washington DC. Ini bukan lawak Amerika. Ini lawak bertaraf global. Satu dunia wajib ketawa. Kah kah kah.
Latarbelakang lawak ini bermula pada 12 Mei 2019 apabila dilaporkan berlaku ledakan keatas empat buah kapal pembawa minyak. Dua milik Saudi, 1 milik Norway dan 1 lagi milik Arab Bersatu.
Amerika atas arahan Commader in Chief – Presiden Trump telah menghantar kapal terbang pengebom B-52 dan Kapal Perang ke arah Telok Parsi. Wajib disedari disekitar Telok Parsi, dalam negara Arab Telok terdapat banyak pengkalan tentera darat , laut dan udara milik Amerika. Malah pengkalan bala tentera Amerika berselirat dalam negara-negara Arab hingga ke Israel.
Sebagai jawapan kepada ledakan empat buah kapal minyak ini Amerika dilaporkan akan menghantar 120,000 soldadu ke Timur Tengah. Penghantaran ini masih dalam perancangan.
Kenyataan Trump dari Rumah Puteh ini menjadikan suasana di Timur Tengah tegang. Malah dunia juga mula merasa gelisah. Timbul persolan apakah Amerika akan menyerang Iran.
Suasana tegang ini sengaja disusun. Suhunya sengaja dinaikkan dibawah Trump. Ketika Obama di Rumah Puteh telah dibuat satu perjanjian yang dipanggil Joint Comprehensive Plan of Action (JCPOA). Perjanjian P5+1 – adalah diantra Iran dengan lima negara – China, Peranchis, Rusia, United Kingdom, Amerika + German dan Kesatuan Eropah.
Perjanjian JCPOA berjangka panjang. Iran akan dibantu dan dibenarkan untuk mendirikan tenaga nuclear untuk menjana kuasa leterik. Iran tidak dibenarkan membuat senjata nuclear. Iran bersetuju tidak akan membuat bom nuclear. JCPOA ditanda tangan pada 14 Julai 2015. Hingga ke hari ini – ketika tulisan ini digarap - Iran masih mematuhi semua penjanjian. Ini diakui oleh negara Kesatuan Eropah. Laporan intel dari badan risik Amerika sendiri mengakui yang Iran mematuhi semua perjanjian. Khalas.
Pada 13 Oktober 2017 – Presiden baru Amerika Donald Trump telah membakul sampahkan JCPOA. Trump menuduh Obama menjual dan menggadaikan kepentingan Amerika kepada Iran. Justeru Trump terus memberi tekanan kepada Iran. Sekatan ekonomi oleh Amerika diperketatkan. Negara-negara dilarang membeli minyak mentah dari Iran. Sesiapa melanggar akan menerima akibat yang sama dari Amerika. Ekonomi Iran menjadi porak peranda.
Expot utama Iran ialah minyak. Dilaporkan Iran hilang pasaran minyak mentah sebanyak 1 juta tong sehari. Akibatnya amat berat kepada ekonomi Iran.
Sayugia diingati bahawa 20 -30 peratus minyak mentah yang diguna pakai dalam dunia semuanya melintasi Selat Hormuz. Minyak yang melintasi Selat Hormuz datang dari Negara Telok dan Iran. Negara China, India, Jepun dan Kesatuan Eropah membeli minyak dari Iran. Justeru Selat Hormuz menjadi lubang pernafasan sistem ekonomi kapitalis dunia yang memerlukan bahan bakar minyak.
Amerika mahu menutup semua pengaliran minyak Iran. Ini untuk memastikan rejim Iran jatuh. Ini satu lagi projek ‘regime change’ atau ‘ tukar kerajaan’ yang sedang dijalankan oleh kuasa Zionis -Anglo-Amerika.
Kepala taik dan batu api projek menyerang Iran ini dikepalai oleh Saudi dan Isreal.
Isreal tidak mahu Iran menjadi gagah hingga dapat menyerang Isreal. Lihat bagaimana Iraq – yang memiliki kudrat untuk melawan Israel berjaya dimusnahkan. Kini yang menjadi sasaran Isreal ialah Iran. Iran dilihat satu kuasa besar yang boleh menundukkan Israel.
Justeru kaum Zionis sedang berkerjasama dengan kaum Wahabi untuk memusnahkan Iran. Zionis dan Wahabi melalui jaringan lobi telah berjaya melobi para dalang Amerika untuk menjadikan Iran sebagai musuh.
Iran kini dicap dan digambarkan sebagai pembawa malapetka kepada Timur Tengah. Walhal - satu dunia tahu tentang perancangan Wahabi dan Zionisi ini. Yang tidak tahu peranan jahat Tok Arab Saudi hanya para lebai-lebai kampong, lebai pondok dan Mat Kati dari Batu Kikir. Untuk mereka Tok Arab itu semuanya baik jujur warak sebagai cucu cicit nabi.
Arab Saudi gentar berhadapan dengan dasar politik dalaman dan dasar luar Iran. Dalam negara Iran jelas menjalankan dasar anti kaum feudal. Islam yang anti raja dan anti feudal ini amat-amat ditakuti oleh Bani Saud. Sikap anti raja ini akan mempengaruhi warga Saudi malah pengaruh anti raja ini akan merebak ke semua Negara Teluk, negara Arab Islam termasuk ke Berunai dan Malaysia. Ini menakutkan semua jaringan kaum feudal. Amin
Dasar luar Iran pula jelas menentang Zionis Israel dan imperilalis Amerika. Iran satu satunya negara Dunia Ketiga bersama Cuba, Korea Utara dan Venezuela yang berani bangun bersuara menentang kuasa imperial Amerika. Ini menakutkan Saudi kerana rejim Saud tahu tanpa bantuan dan sokongan Amerika dalam masa 2 minggu Tok Arab Saudi akan lungkup.
Tup tup pada 13 Jun 2019 dua buah kapal pembawa minyak mentah meledak lagi. Kali ini betul-betul ketika melintasi Selat Hormuz. Kapal ini satu milik Norway dan satu milik Jepun. Yang menjadi pelik lagi menghairankan ialah ketika ledakan ini berlaku Perdana Menteri Jepun Shinzo Abe sedang membuat lawatan resmi di Tehran.
Pelik bertambah pelik – Shinzo Abe ini datang ke Tehran dengan tujuan melamar Presiden Hasan Rowhani untuk dijemput berbincang dengan Trump.
Suasana tegang bertambah tegang. Pada 20 Jun 2019 – berita meledak – sebuah drone milik Amerika ditembak jatuh oleh Pasukan Revolusi Iran. Drone berharga 110 juta dolar jenis RQ-4A- Global Hawks ini bertugas sebagai pengingtip dari udara. Drone ini sedang mengintip wilayah Iran. Dum. Jatuh ditembak. Khalas.
Dunia menunggu apakah jawapan Trump dan Amerika.
Pada 21 Jun 2019 – media dunia melaporkan bagaimana Presiden Trump telah memanggil pulang satu gerombolan kapal terbang pengebom Amerika yang telah naik ke udara menuju Iran.
Kapal terang pengebom ini dipanggil pulang ke pengekalan kerana Presiden Trump berasa amat bersalah jika Iran dibom maka akan gugur 150 warga Iran yang tidak berdosa. Trump tidak sanggup melihat mayat bergelimpangan. Air mata kaldai Trump mencurah masuk ke cawan teh.
Apabila berita Trump membatalkan serang terhadap Iran ini diketahui dunia maka satu dunia ketawa. Lawak Trump kali ini betul-betul menjadi. Kah kah kah.
Dunia mula bertanya - apakah Trump telah menjadi wali? Apakah Trump telah mula ke gereja ? Apakah soldadu Amerika dibawah Commader Trump telah bertaubat tidak mahu membunuh lagi?
Lawak Trump ini makin menjadi-jadi apabila NGO – Anti-War – Ngo menentag perang - mengeluarkan data tentang kematian dalam perang. Dilaporkan – jumlah kematian warga Iraq hingga ke hari ini ialah 1,455,590 . Laporan resmi kerajaan menunjukkan jumlah soldadu Amerika yang gugur di Iraq ialah 4,801. Manakala jumlah soldadu antarabangsa yang gugur menyokong Amerika di Afghanistan ialah 3.487.
Berjuta mati berbanding dengan 150 warga Iran yang akan gugur kerana tindak balas menjatuhkan drone Amerika. Dunia terus bertanya kenapa Trump membuat lawak.. opps.. membuat kenyataan membatalkan serangan terhadap Iran?
Jeng jeng jeng. Jawabnya senang sahaja Amerika takut. Trump hanya gertak gertak. Iran tak berganjak. Iran bukan Iraq. Iran memiliki soldadu yang telah diduga berperang selama 10 tahun dengan tentera Saddam.
Penduduk Iran seramai lebih dari 80 juta tidak berpecah-pecah saperti di Iraq. Budaya dan tamadun Parsi kuno pernah menjadi empire menyerang Greek. Idealoji Shia yang anti feudal dan anti imperialis sama saperti idealoji Marxist-Leninist yang digunakan oleh Vietnam untuk mengalahkan Amerika. Idealoji ini bertahan lama. Amin.
Gertak Trump ini sebenarnya ada tujuan. Trump ingin bertanding sekali lagi untuk masuk ke Rumah Puteh. Dengan melaungkan dan memukul gendang perang terhadap Iran, Trump dilihat sebagai calon Presiden yang layak untuk dipilih sekali lagi. Trump mewakili sentiment Amerika berkulit puteh yag selama ini merasa terpinggir.
Gertak Trump ini juga bertujuan untuk membawa Presiden Rowhani ke meja perundingan.
Trump mahu dilihat duduk sameja dengan musuh ketat. Ini cantic untuk BBC. Indah Untuk CNN. Molek untuk New York Times. Bayangkan tajuk berita – Dua musuh duduk sameja. Two sworn enemy.Tak percaya?
Lihat berita dunia Ahad 30 Jun 2019 yang lalu. Satu dunia melihat Trump bersalaman dengan musuh ketat Kim Jung On dari Korea Utara. Ini namanya wayang. Ini namnya sandiwara. Ini namanya politik. Pelakon utama di Rumah Puteh sedang mengikut arahan Pak Dalang.
Bagaimana jika Trump betul betul akan menyerang Iran?
Saya ucapkan - aah lan was ah lan. Most welcome. Silakan. Saya mengalu-alukan Presiden Trump untuk melanggar Iran. Bomlah Iran kalau berani. Bom sekarang.
Pada 27 Disember 2011 – Al-Arabiya News telah melaporkan kenyataan Ali Rahimi Timbalan Presiden Iran pada ketika itu. Beliau berkata …’ If sanction are adopted against Iranian oil, not a drop of oil will pass through the Straight of Hormuz.’
Ini dasar Iran sewal tahun 2011. Terlalu ramai yang lupa dan lepa akan dasar Iran ini. Iran tidak akan membenar minyak dari negara mana pun melintasi Selat Hormuz. Jika minyak Iran tak keluar maka semua minyak tidak akan keluar.
Untuk membuktikan kenyatan ini kapal pembawa minyak telah meledak. Masih tidak percaya ke? Drone ditembak jatuh. Masih tak percaya? Sila serang Iran sekarang. Amin.
Saya menyokong dan menggalakkan Amerika dan Trump menyerang Iran. Sikap saya ini cukup jelas. Jika Iran diserang harga minyak akan meledak naik. Malah ada yang meramalkan harga akan naik ke tahap 1,000 dolar satu tong. Ini baik untuk Malaysia sebuah negara pengeluar minyak. Petronas akan ketawa membawa dompet ke bank.
Kedua – perang ini pasti akan melimpah ke Saudi. Di selatan Saudi Perang Yaman sedang masuk tahun ke empat. Bila Amerika menyerang Iran pasti ianya akan memberi nafas kepada gerakan anti Saudi dan anti Wahabi di Yaman.
Ketiga – bila rejim Saud tumpas maknanya Israel juga akan tumpas. Ini maknanya pengaruh Amerika akan berkurangan di Timur Tengah. Dua batu api – Israel dan Saudi wajib dibenamkam sama dalam perang ini.
Keempat – bila perang merebak ke Saudi maka ini tanda hari hari akhir Bani Saud. Bila Bani Saud tumpas maka para Wahabi juga akan ketandusan fulus. Maka akan berkurangan penjual agama saperti Zakar Naik opps..... Zakir Naik ke hulu ke hilir menjual lebong Tok Arab.
Kelima- bila Amerika sibuk di Timur Tengah maka negara lain di Amerika Latin saperti Cuba dan Venuezeula akan bernafas kembali. Sejarah dua dekad dahulu telah membuktikan apabila Amerika ‘gila’ di Timur Tengah – negara di Latin Amerika mengambil langkah kiri.
President Trump yang dihormati,
Sila jangan gertak gertak. Sila jangan buat lawak. Serang Iran sekarang agar dunia kapitalis akan huru hara. Dalam huru hara ini dunia baru dapat dimunculkan sama saperti salepas perang dunia ke dua dahulu.
Tetapi jika Tuan Presiden menggunakan bom nuclear maka – kalah jadi abu menang jadi arang. Wassalam. (TT)
-----------