Rabu, 13 Julai 2011
AL- KESAH KITA DAN DIA
SUARA KEADILAN TERBARU
BERSIH DAN KENTUT-KENTIT PANAS
Maka pada pagi yang mulai ini hamba pun pergilah mengambil bulu ayam dan dakwat untuk mencatatkan surah ini agar anak cucu cicit kita nanti tidak akan tertanya-tanya ; agar cucu cicit dan piut kita tahu apa yang telah berlaku pada hari Sabtu 9 Julai 2011 di Kurun Masehi ke 21 ini. Biarlah hamba menjadi Tok Perawi yang saheh membawa kesah dari mulut ke mulut agar menjadi ajaran dan pedoman kepada cucu cicit kita yang akan datang. Yang busuk kita tanamkan hendaknya dan yang bersih kita kesahkan lah hendaknya. Amin.
Wahai anak cucu cicit sekelian; kesahnya bermula dari sini:
Kalau di negeri Arab Palestine telah berlaku Nakba pada 15 Mei 1948 apabila kaum Zionis dari Eropah datang dan menghalau Arab Palestine dari tanah air mereka. Meleleh air mata orang Palestine melihat tanah-tanah mereka dirampas dan diduduki oleh kaum Zionis.
Kesedihan orang Palestine itu kita rasakan sama kerana kita pula di Tanah Melayu ini telah juga mendapat Nakba atau Malapetaka pada 31 Ogos 1957 apabila penjajah British meninggalkan tanah air kita ini kepada gerombolan United Malays National Organisation dan suku sakatnya.
Inilah Malapetaka kita. Inilah Nakba orang Melayu. Inilah Malapetaka dan Nakba yang telah menimpa anak semua bangsa di Malaysia ini. Semenjak Malapetaka ini sampai; hampir setengah kurun yang lampau, orang Melayu telah di bodoh-bodohkan. Orang Melayu telah di gula-gulakan. Orang Melayu telah ditakut-takutkan. Ya ampoon ini lah Malapetaka. Inilah Nakba.
Adalah hendak dijadikan cerita; hamba hanyalah Tok Perawi yang membawa kesah dari mulut tuan yang empunya ceritera. Dapatlah hamba diberitahu bahawa telah ramailah rakyat seluruh negeri ingin berhimpun kepalang peri. Telah terdengar kesah yang amat ngeri tentang orang ditipu ketika mengundi. Diketahui umum seluruh negeri duit dipakai untuk membeli undi. Maka marahlah rakyat seluruh negeri kerana selama ini mereka ditipu dalam pilihanraya setiap kali.
Maka nujum dan pawang pun di panggil datang untuk menetapkan tarikh dan ketika. Memilih saat memilih masa ketika bulan tidak mengambang. Ketika matahari condong ke batang. Ketika panas mula menghilang. Hari hari terus dihitung dan dibilang. Hari yang baik dan bulan yang baik diikat dengan saat dan ketika. Saat itulah saat gumbira. Saat yang hendaknya rakyat seluruh negara akan turun beramai-ramai ke jalan raya agar kita semua dapat bercempera. Hari yang Bersih disalut oleh hati yang Bersih.
Bila berita pecah terbuka. Maka menyingalah Najib mukanya marah mukanya berpuaka. Najib pun lantanglah menjerit bersuara. Ke hulu ke hilir membawa berita. Najib mengarahkan adinda sepupu agar tangkas bersiap sedia kerana rakyat telah berani bangun bergegak gempita.
Maka dirancangkah satu rancangan. Maka disusunlah satu susunan. Maka dikumpulkan lah soldadu upahan. Lalu dipanggil para pemikir. Maka Gerombolan pun bekerja dan berpakat seperti biasalah. Menggunakan cara lama yang telah biasa. Pemikir dan soldadu mendapat upah mendapat imbuhan. Sepakatlah mereka bersatu pendapat. Rakyat yang telah mula berani bangun wajib ditakut-takutkan. Rakyat yang mula sedar ini perlu di bodoh-bodohkan.
Mengikut orang dalam yang empunya berita semua saluran media telah diberitahu tentang akan munculnya satu berita yang paling baru. Mengikut tuan yang empunya ceritera dikatakan pada suatu malam yang gelap gelita ada seorang Mamat masuk ke pusat kota. Datang membawa bom dan segala bentuk senjata. Adalah mengikut surah ini si Mamat ini bangang lagi lah bodoh bukan kepalang. Datang membawa senjata memakai topeng; mukanay pula disapu arang. Memakai baju dan seluar yang compang lagi camping hinggakan nampak perut terbarai dan bontot tersadai.
Si Mamat ini di surahkan hendak menyimpan semua senjata ini ditempat yang sulit. Bukan di celah kangkang atau didalam parit tetapi ditepi busut disebalah kedai Kentucky tak jauh dari tempat Mat Pet berjual beli. Seantero negara seluruh negeri diberitahu bahaya datang kepalang peri. Senjata menunggu masa dan ketika untuk meletup sendiri. Parang dan bom ini menunggu isyarat untuk terbang melayang layang memenggal leher ibu dan abang.
Tidak cukup dengan kesah bom dan parang di tepi Sogo datang pula kesah seorang Mamat sudah tertangkap. Bukan di rumah dan bukan di kebun. Bukan di Kerinchi bukan di Pandan tapi di Keramat yang jauh tidak jauh dari jalan. Tempat terletak disebelah kuil China. Mengikut kesahnya si Mamat ini sedang berusaha menanamkan parang , bom dan senjata.
Wahai adik abang dan kakak, biar hamba kesahkan lagi ; inilah cara inilah gaya; inilah teknik, inilah strateji untuk menakut-nakutkan rakyat seluruh negeri agar jangan berani turun ke jalan raya. Adalah bom adalah parang dipasang sendiri oleh soldadu upahan. Adalah jelas adalah nyata tidak ada sesiapa turun ke jalan raya Bersih membawa senjata.
Inilah tipu inilah helah. Inilah rupa kerja manusia diwaktu siangnya dia menipu diwaktu malamnya dia menjarah. Biarlah disini hambo memanjangkan surah. Wahai abang abang dan kakak kakak sila lihat sila perhatikan gambar parang dan gambar molotov. Aduhai bodoh lah polis yang makan upah. Aduhai SB yang membeli parang. Ushalah sikit. Bergeaklah sikit.Jangan beli parang dari kedai yang sama. Nampak sangat malas bekerja. Parang ini sepesen sepesol. Serumpun macam baru dibeli borong dari Kedai Aked Mara di Kuala Kangsar.
Tidak cukup dengan ini tipu helah Gerombolan terbonggenglah sudah. Hendak menipu pun kita wajib pandai di sekolah. Tanyalah Lebai Google dari rumah orang sebelah. Nak tahu tentang molotov cocktail carilah surah. Wahai Rosmah hambo nak beritahu, isteri tuan hamba bangang terserlah mengarahkan SB membuat molotov memakai botol plastik yang salah. Kenapalah bangang wahai menteri Hishammuddin Hussein; molotov cocktail perlu botol kaca, botol plastik tempat menyimpan kencing sehingga haring.
Aduhi segala hamba Allah berita yang dirancang oleh Gerombolan semua menjadi berita salah. Kenapalah tidak difikir dan tidak ikut usrah. Kenapa tutup botol plastik semuanya warna merah jambu macam kain tudung Sang Puteri. Apakah otak apakah yang salah. Adalah SB bangang atau tak cukup kena tarbiah. Hambo yang menjadi Tok Perawai kini jadi serba salah – nak menangis pun ada nak tersenyum pun salah.
Tidak cukup dengan ini seantero negeri pun mula di beritahu tentang Jepun akan datang menyerang. Macam Belanda sampai di Melaka. Kereta perisai dibawa keluar. Helikopter berligar liar. Jalan di kawal siang dan malam. Bas di tahan kereta dipereksa. Kad pengenalan wajib ada. Beg di buka kereta di geledah macam anjing mencari dadah. Inilah sahaja satu kaedah untuk menakut-nakut rakyat yang sudah bijak bermadah.
Maka akan tercatitlah dalam sejarah tentang tentera yang akan dibawa keluar. Telah didengar khabar berita bagaimana ada jeneral ada yang mula berkata tugas tentera bukan untuk Gerombolan. Bukan untuk membunuh rakyat orang kampong sanak saudara sahabat dan taulan.
Mengikut tuan yang empunya ceritera apabila Najib diberitahu duduk pekara. Dia pun gelabah tak tentu hala. Kejap nak jumpa Bersih kejap berjanji memberi Stadium Negara. Najib berdolak. Najib berdalik. Perangai tak ubah semacam kera yang tercabut ekor di Tasek Bera.
Hambo sebagai Tok Perawi tidak mahu berlagak sombong.Hambo hanya berniat nak menyambung cerita. Ibu bapa adik dan kakak jangan senyum tapi ketawalah terbahak-bahak. Hambo nak royak kesah kumpulan Perkasa yang bukan main ribut melahak-lahak. Bingar bising macam halilintar membelah busut. Beribu anggota akan dijemput. Untuk membuat onar dan bikin kelam kabut. Rakyat terdengar rakyat lalu rakyat pun menyahut. Semua mula berkata ‘ kami tak takut’.
Auta Perkasa sudah teserlah. Maka geng silat pula masuk mencelah. Ini lagi lawak hinggakan kita ketawa mata terbeliak; jangan menuduh hambo ini Tok Perawai yang berat sebelah. Tapi inilah hakikat cerita yang telah menjadi sejarah kita. Perkasa lesap hilang entah kemana muntah kedarah. Geng silat ramai yang datang tetapi sudah tersalah. Perhimpuann Bersih di Kuala Lumpur tetapi geng silat semua berkumpul di Kuala Pilah. Mereka berzikir dan berzakar. Berkelintau memukau memakai akhirnya ghaib hilang ke negeri entah berentah.
Maka tinggal Pemuda Patriot Berbaju Merah. Hambo diberitahu mereka semua datang kerana makan upah. Apabila tak ramai yang datang berkumpul maka Menantu Ayah menjadi gelabah. Lalu Mat Bangla diberiupah pakai Baju Merah. Tak cukup dengan Mat Bangla i si Patriot menghina diri lagi. Demonstrasi belum lagi selesai mereka semua sudah masuk ke dalam kedai Kentuki.
Kepada cucu cicit yang akan datang zaman berzaman ; marilah kita belajar dari al-kesah ini. Hendaknya kesah ini akan turun temurunlah. Hendaknya disurahkanlah dari mulut ke mulut dari laman ke laman dari blog ke blog dari twitter ke twitter.
Diakhirnya ini hambo sebagai Tok Pewari ingin mengundur diri. Hambo disini merakam sejarah untuk anak segala bangsa. Nakba dan Malapetka tidak akan kita tangisi. Rakyat sudah berani bangun untuk melawan. Dengarlah wahai yang zalim dan wahai yang jahat; kita saentero negara tidak akan lagi takut. Datang lah taufan datang lah Perkasa, datanglah silat datanglah Patriot. Semua ini hanya kentut-kentut hangat. Setelah Malapetaka busuk ini pergi Bersih akan menyusun lagi. Kalau lapan tuntutan tidak apa apa jadi Bersih akan turun ke jalan sekali lagi.(TT)
nota:
tulisan ini telah
disiarkan dalam SUARA KEADILAN
yang terbaru dalam pasaran
sesiapa yang ingin melanggan
akhbar cult minggun ini sila
pukul talipon: 03-22-72-40-45
Labels:
anak muda berani bangun melawan
HAYATI KEMBALI
TERSENYUMLAH!
NOTA:
anak anak muda
abang abang
kakak kakak
hayati kembali
sejarah yang telah kita lakukan
kita telah berjaya mengubah
lanskap politik negara ini
kita telah menngkantoikan:
gerombolan
perkasa
patriot
mereka cuma hangat hangat tahi katak
hanya kumpulan silat sahaja yang turu 10,000 orang
sayangnya pesilat ini datang dengan menggunkan ilmu ghaib
kita tidak nampak mereka
kah kah kah
SEJARAH YANG TIDAK BOLEH DIPADAMKAN
BINCAT SIAPA INI?
BINCAT SIAPA?
nota:
bincat siapa ini?
dari mana bincat ini datang?
siapa pakai bincat ini?
apa dia bincat?
tak tahu apa dia bincat?
nak tahu apa bincat?
sila tanya orang n9
kah kah kah
kah kah kah
kah kah kah
nota:
kalau dah tahu apa itu bincat
bayangkan betapa bernasib baiknya
orang yang dapat mencium bincat ini
kah kah kah
KEMPEN PAKAI KUNING DI MULAKAN
MULA SABTU INI
BERSIH MINTA RAKYAT PAKAI KUNING SETIAP SABTU -mikini
Jawatankuasa pemandu BERSIH 2.0 mencadangkan rakyat berpakaian kuning setiap Sabtu sebagai sokongan berterusan kepada pergerakan itu yang menuntut lapan perkara bagi pembaharuan pilihan raya di negara ini.
Ketua BERSIH 2.0 Datuk S Ambiga meminta rakyat memakai apa-apa yang kuning pada setiap Sabtu sebagai menunjukkan sokongan mereka kepada tuntutan 62 NGO gabungannya itu.
KUNING SETIAP SABTU – harakah daily
PAS mendakwa pihak polis terlebih dahulu didoktrin soal perkauman berdasarkan corak tangkapan yang dilakukan pada perhimpunan Bersih 2.0 Sabtu lalu.
Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu berkata, media milik Umno BN dari awal lagi memainkan peranan menggambarkan seolah-olah wujud sentimen perkauman di sebalik penganjuran perhimpunan ini.
"Peringatan kepada media, jangan api-apikan soal perkauman, soal kononnya DAP memperalatkan orang itu, orang itu memperalatkan orang ini, dan sebagainya.
NOTA:
sila ambil perhatian
anak anak muda
sila mula menyusun
sila teruskan kempen bersih
sila ikuti laman dan blog
sila ikuti facebook
untuk maklumat terkini
BAKAR MARAH ITU
Labels:
anak muda berani bangun melawan
SIAPA PENAJA FACEBOOK GAN
SIAPA KELUAR DANA BUAT FACEBOOK?
nota:
ini dia facebook gan
siapa di belakang face book ini ?
DESAK NAJIB LETAK JAWATAN DI FACEBOOK BIADAP – berita hairan
Mohd Shafei Apdal berkata kewujudan ‘fan page’ di laman sosial Facebook yang mendesak supaya Najib Razak meletak jawatan adalah tindakan biadab dan tidak bertanggungjawab.
Katanya, tindakan berkenaan adalah antara usaha terbaru sesetengah pihak yang dipercayai didalangi oleh penyokong pakatan pembangkang supaya dapat mempengaruhi orang ramai agar percaya dengan propaganda bahawa rakyat kini sudah tidak lagi mempercayai kepimpinan Perdana Menteri.
“Ini hanya sebagai helah untuk mempengaruhi orang supaya percaya dengan propaganda yang didalangi pakatan pembangkang selepas usaha mereka untuk mencetuskan huru-hara menerusi perhimpunan haram Sabtu lalu, tidak berjaya.
KAH KAH KAH
KAH KAH KAH
KAH KAH KAH
woit… MACAM MANA JADI BIADAP?.... kah kah kah..
kah kah kah…INI SAMALAH MACAM GEROMBOLAN KEDAH MINTA MUNKEEE NI LETAK JAWATAN…. kah kah kah..
woit…. BIADAP APA?....kah kah kah…
kah kah kah….TAK KAN MAT MONGOL NAK DUDUK DISITU SAMPAI MATI…. kah kah kah..
kah kah kah…HABIS LAH DUIT NEGARA….ANAK NAK BERANCUK PUN PAKAI DUIT KSERAJAAN…. kah kah kah….
NOTA:
apa dia GAN?
bukan senapang?
bukan sepetol
GAN ialah gerakan anti najib
kah kah kah
nota:
kenapa munkee ini tak selidik dalam dalami?
tidak kah munkee ini ada otak?
tidak kah munkee ini boleh berfikir?
siapa untung jika mat mongol berambus?
jawabnya ialah malikul sembab
kah kah kah
ATAU
munkee ini pun satu tim dengan sembab
dengan mengeluarkan berita ini lebih
ramai laghi akan masuk ke dalam facebook ini
kah kah kah
Labels:
anak muda berani bangun melawan
MEMASANG LUKAH DI TEPI JALAN
NASIB KITA BAIK
UMNO PAHANG TUBUH BADAN KHAS TANGKIS TOHMAHAN PEMBANGKANG - meloya
KUANTAN 12 Julai - UMNO Negeri Pahang menubuhkan satu badan khas yang berperanan untuk menangkis segala tohmahan dan dakwaan tidak berasas yang dibuat pakatan pembangkang di setiap pelusuk negeri itu.
Adnan Yaakob berkata, badan khas itu akan dianggotai oleh ahli-ahli UMNO Pahang akan bergerak ke setiap lokasi di mana pihak pembangkang akan turun untuk berceramah atau berkempen kepada rakyat.
"Badan khas ini akan menangkis apa saja bentuk penipuan atau tohmahan yang dibuat oleh mereka di mana kita akan perbetulkan balik apa yang mereka dakwa tidak betul itu kerana kita sedia maklum mereka pandai putar belit fakta dan sebagainya," katanya.
Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas merasmikan Seminar Inovasi Wacana Pahang Siri 2011 di sini hari ini yang dihadiri barisan exco kerajaan negeri, ketua-ketua jabatan kerajaan dan agensi dan pakar-pakar industri.
Adnan berkata, badan khas itu akan mula bergerak pada September dan penubuhan badan itu amat penting bagi memastikan rakyat tidak tertipu dengan muslihat pembangkang. – Tiewnama
KAH KAH KAH
KAH KAH KAH
KAH KAH KAH
woit… APA SUDAH JADI DENGAN MELOYA… RTM … TV3…..... kah kah kah…
kah kah kah…. KENAPA TAK BOLEH LAWAN PROPGANDA PAKATAN?.... kah kah kah..
woit…APA MAKNANYA BERITA INI?..... kah kah kah..
kah kah kah… INI BERITA NAK CARI PROJEK NAMA NYA…kah kah kah…
kah kah kah….MESTI ADA MALOAN YANG BERI CADANGAN BUAT LAMAN….BUAT BLOG… kah kah kah…
kah kah kah…. SATU FACE BOOK BOLEH DIBAYAR BERJUTA JUTA RINGGIT… kah kah kah
kah kah kah…. NAK LAWAN PAKATAN…. SEMUA PASANG LUKAH UNTUK MASYUUUK…. kah kah kah…
nota:
malaysia bernasib baik
kerana orang ramai tidak lagi
percaya kepada media gerombolan
bayangkan kalau orang ramai percaya kepada media gerombolan
pasti susah nak buat propaganda
nota:
mari kita nasehatkan media gerombolan
teruskan lagi
tibai pakatan lagi
kah kah kah
Labels:
BERANI MELAWAN BERANI MENANG
INI MUNKEEE CAKAP BETUL
MUNKEE KETAWA LAGI
BERSIH BERJAYA RANAP IMEJ NWGARA SEKELIP MATA - meloya
KUALA LUMPUR 12 Julai - Perhimpunan haram anjuran Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (Bersih) Sabtu lalu ternyata berjaya meranapkan imej negara di mata dunia dengan sekelip mata biarpun usaha untuk membina nama baik itu dibuat sejak sekian lama.
Mukhriz Mahathir berkata, walaupun kejadian itu berlaku dalam tempoh satu hari, tetapi kesannya berpanjangan kerana setiap kejadian buruk yang berlaku amat mudah meresapi pemikiran masyarakat.
Bagaimanapun, katanya, usaha untuk memperbaiki imej negara dan memulihkan kembali persepsi masyarakat antarabangsa segera dibuat walaupun diketahui ia agak sukar dan memakan masa agak lama.
KAH KAH KAH
KAH KAH KAH
KAH KAH KAH
nota:
satu kenyataan yang jujur
satu kenyataan yang ikhlas
inilah yang di rancanang
ini lah kejayaan bersih
sedih
sedih
hanya anak panddy kutty
yang berani bercakap benar
yang lain semua kaki bodek
kah kah kah
Labels:
BERANI MELAWAN BERANI MENANG
YA AMPOOOON
GEROMBOLAN PUN SAMA
nota:
amat jelas lembaga makan free
ini tidak diminati oleh orang ramai
makan tanggung
berak cangkong
kah kah kah
PUTERA AZAMUDDIN MOHON BONDANYA DIPENJARAKAN - meloya
KUALA LUMPUR 12 Julai - Mahkamah Tinggi di sini memberi kebenaran kepada Putera Azamuddin Shah Abdul Shah, anak saudara Sultan Selangor, memfailkan permohonan komital untuk memenjarakan bondanya sendiri kerana didakwa mengingkari perintah mahkamah.
Kebenaran itu diberikan pada 23 Jun lepas dan permohonan itu sepatutnya didengar hari ini di hadapan Hakim Amelia Tee Hong Geok Abdullah.
Peguam Datuk Rajan Navaratnam yang mewakili Putera Azamuddin Shah memberitahu pemberita bahawa hakim menetapkan 26 Julai ini untuk perbicaraan kes itu disebabkan peguam yang mewakili, Tengku Putri Arafiah ibni Almarhum Sultan Salahuddin Abdul Aziz yang merupakan adinda Sultan Selangor, tidak hadir ke mahkamah.
Pada 8 Jun lepas, Putera Azamuddin Shah memohon perintah komital itu kerana bondanya itu gagal menandatangani dan mematuhi perjanjian jual beli saham syarikat Sunshine Fleet Sdn Bhd berjumlah RM2 juta.
Mengikut notis usul, Putera Azamuddin Shah berkata, mahkamah telah membenarkan permohonannya untuk perintah pelaksanaan spesifik pada 19 April lalu dan bondanya dikehendaki menandatangani dan mematuhi perjanjian jual beli saham itu dalam tempoh lima hari selepas itu.
Bagaimanapun, beliau mendakwa bondanya sehingga kini dengan sengaja tidak berbuat demikian dan ia jelas mengingkari perintah mahkamah.
Afidavit sokongan Putera Azamuddin Shah menyatakan bahawa bondanya telah bersetuju untuk membeli kesemua 100,000 unit saham miliknya dalam syarikat Sunshine Fleet Sdn Bhd. – Tiewnama
NOTA:
ini berita baik untuk menjadi ingatan kepada manusia melayu
lihatlah
bacahlah
dan ketawalah
lihat bagaimana raja gopal hidup anak beranak
ini lah contoh terbaik
tentang raja gopal
hairan dan takjub
macam mana raja raja gopal ini
disamgkut pautkan dengan islam
perangai raja raja gopal
amat jelas tak sangkut paut dengan islam
harap harap orang melayu akan sedar
tentang lembaga makan free ini
kah kah kah
NOTA:
mana kaki rogol amah?
kenapa tak ajar raja gopal tentang budi dan bahasa?
kah kah kah
Labels:
anak muda berani bangun melawan
Langgan:
Catatan (Atom)