Rabu, 22 Februari 2023

DONGA APO CAKAP ITO



DONGAR BAIK BAIK

APO ITO KATO

AMIN

DONGA JANGAN

TAK DONGA

AMIN


[ 22/02/2023] 
Sapa Ini: 
Buek apo balik kampong
Sawah dah tak ado
Gotah turun hargo
Ramai orang tak kojo
Tak kan nak melopong
Melangok kodai Acong

 Sapa Ini: 
Cerito pun takdo guno
Kito ni jadi mangso
Kojo bagai nak gilo
Orang lain yang kayo

TIPU HELAH NAJIB


Permohonan Najib hanya untuk tangguh bicara SRC International, kata Sithambaram


TINDAKAN peguam bekas perdana menteri Najib Razak yang dipenjarakan untuk meminta penangguhan rayuan akhir SRC International di Mahkamah Persekutuan adalah percubaan untuk menangguhkan prosiding, kata pendakwa ad hoc V. Sithambaram.

Beliau berkata, pihak pembelaan diberi tempoh empat bulan untuk membuat persediaan menghadapi kes itu berikutan permintaan mereka supaya tarikh rayuan ditetapkan mulai 15 Ogos 2022 dan seterusnya.

Sithambaram merujuk kepada permohonan berulang yang dibuat oleh peguam bela Najib yang baru dilantik Hisyam Teh Poh Teik kerana memerlukan masa untuk membuat persediaan bagi kes itu.

“Pembelaan diberi masa empat bulan untuk bersiap sedia. Hisyam juga diberi masa enam hingga lapan minggu untuk membuat persiapan. Jadi, bagaimana dia (Hisyam) boleh masuk dan mengatakan mereka tidak bersedia dan meminta penangguhan?

“Jika tidak diberi, mereka tidak akan berhujah? Ia seperti menahan mahkamah untuk dapatkan tebusan. Siapa yang mengetuai di sini?” katanya di Mahkamah Persekutuan hari ini.

Tahun lalu, Hisyam berkata beliau tiada dalam kedudukan untuk mempertikaikan kes itu kerana memohon lanjutan tiga bulan dan tidak diberi masa yang mencukupi untuk menyemak dokumen.

Sithambaram berkata pasukan pembelaan baharu telah mengambil mudah bahawa Mahkamah Persekutuan akan memberi penangguhan.

“Perlu ada pelan B. Jika mereka (Hisyam) tidak dapat (penangguhan), mereka mesti bersedia untuk berhujah.

“Mereka mengambil mudah bahawa mereka akan mendapat penangguhan. Mereka tidak sepatutnya menganggap penangguhan akan diberikan sebagai hak mereka.

“Tiada sesiapa boleh memberi jaminan seperti itu kepada perayu.”

Sithambaram berkata apabila Hisyam mengambil alih sebagai peguam Najib, pasukan pembelaan mempunyai tarikh baharu, iaitu lapan hingga sembilan minggu sebelum perbicaraan. – 22 Februari, 2023.

WOIT

INI SEMUA

TIPU HELAH

NAJIB NAK

LAMBAT PROSES

PENGHAKIMAN

AMIN

ANAK BUNTING

KENA KOBID

DARAH TINNGI

TELO SAKIT

JUBO BERNANAH

INI SEMUA HELAH

AMIN

AWAS !

ADA RANCANGAN

LICIK NAK 

BEBASKAN

NAJIB & ROSMAH

KHALAS

CONTOH TERBAIK DARI BERSATU


Muhyiddin terima peletakan jawatan Wan Saiful sebagai ketua penerangan parti

MUHYIDDIN Yassin menerima peletakan jawatan Wan Saiful Wan Jan sebagai ketua penerangan Bersatu.

Presiden Bersatu itu berkata beliau bertemu ahli Parlimen Tasek Gelugor dan berkata menerima peletakan jawatan itu bukan kerana Wan Saiful bersalah tetapi kerana mahu menetapkan satu standard.

“Saya berjumpa dengan Wan Saiful awal hari ini dan saya bersetuju menerima peletakan jawatannya.

“Ia akan berkuat kuasa hari ini,” kata pengerusi Perikatan Nasional itu kepada pemberita di Parlimen hari ini selepas bertemu Wan Saiful.

Terdahulu, Wan Saiful berkata beliau sukarela meletakkan jawatan sebagai ketua penerangan Bersatu berikutan pertuduhan rasuahnya.

Semalam, Wan Saiful meminta dibicarakan atas pertuduhan menerima hampir RM7 juta wang sogokan berhubung program bantuan Jana Wibawa.

Beliau juga didakwa meminta rasuah RM232 juta berhubung program yang sama untuk membantu kontraktor Bumiputera yang terjejas akibat wabak itu.

Kedua-dua pertuduhan itu didakwa mengikut Seksyen 16(a) Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) 2009. Jika sabit kesalahan boleh dihukum penjara sehingga 20 tahun dan denda tidak kurang lima kali ganda nilai suapan atau RM10,000, yang mana lebih tinggi.

Wan Saiful mengaku tidak bersalah terhadap pertuduhan yang dibacakan kepadanya di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur di hadapan Hakim Azura Alwi.

Beliau berkata tidak sabar untuk membuktikan dirinya tidak bersalah di mahkamah. – 22 Februari, 2023.

INI BARU

BETUL

AMIN

INI CONTOH

PARTI POLITIK

MASA DEPAN

AMIN

DIDAKWA 

MAHKAMAH

LETAK JAWATAN

BUKAN GILA

NAK TERUS

BERKUASA

AMIN

TAHNIAH BERSATU

TUNJUK CONTOH

PADA  ZAHID

KHALAS

PROJEK TENGKU ZAFRUL


Pengarah syarikat didakwa minta, terima rasuah RM12.87 juta


PENGARAH syarikat perabot SSH Furniture Sdn Bhd, Teo Wee Cheng mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di Johor Bahru hari ini atas sembilan pertuduhan meminta dan menerima rasuah berjumlah RM12.87 juta berhubung projek Jana Wibawa antara Julai 2021 hingga November tahun lepas.

Bagi dua pertuduhan, Teo, 65, didakwa meminta suapan daripada seorang individu berjumlah RM11.37 juta iaitu 10% daripada harga kontrak bagi tender projek menaik taraf jalan pintasan dari Jalan Sawah Baru ke Tenang Stesen, Segamat bernilai RM39.75 juta dan projek membina jalan dari Kampung Belukar Durian ke Persimpangan Felda Waha, Sedili, Kota Tinggi bernilai RM74 juta.

Perbuatan yang didakwa dilakukan di Pejabat Trimetro Development Sdn Bhd, Jalan Majidi, Muar antara Julai 2021 dan Jun tahun lepas itu, adalah sebagai upah membantu Syarikat Muar Usaha Bakti Sdn Bhd mendapatkan projek itu dan sebagai dorongan untuk bersetuju bahawa Syarikat TS Dynamic Construction Sdn Bhd dilantik sebagai subkontraktor bagi projek tersebut.

Bagi tujuh pertuduhan lagi, bapa empat anak itu didakwa menerima suapan daripada dua individu berjumlah RM1.5 juta sebagai upah membantu Syarikat Muar Usaha Bakti mendapatkan projek menaik taraf jalan pintasan berkenaan dan dorongan untuk bersetuju Syarikat TS Dynamic Construction Sdn Bhd dilantik sebagai subkontraktor bagi membina jalan tersebut.

Kesalahan itu didakwa dilakukan di Pejabat SSH Furniture, Kawasan Perindustrian Pagoh, Muar antara 20 Ogos 2021 hingga 15 November tahun lepas.

Bagi kesemua pertuduhan itu, Teo didakwa mengikut Seksyen 16(a)(A) Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) 2009 dan boleh dihukum di bawah Seksyen 24(1) akta sama yang memperuntukan hukuman penjara maksimum 20 tahun dan denda tidak kurang daripada lima kali ganda jumlah atau nilai suapan atau denda RM10,000 atau mengikut mana-mana yang lebih tinggi, jika sabit kesalahan.

Hakim Ahmad Kamal Arifin Ismail membenarkan tertuduh diikat jamin RM500,000 bagi kesemua pertuduhan dengan seorang penjamin warga tempatan dan pasport diserahkan kepada mahkamah.

Mahkamah menetapkan 17 Mei depan untuk sebutan semula kes dan serahan dokumen.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pengarah II, Bahagian Perundangan dan Pendakwaan SPRM, Ahmad Akram Gharib, manakala tertuduh diwakili peguam Cains Tan. – Bernama, 22 Februari, 2023.

WOIT

ABAH KATA

PROJEK WIBAWA

IDEA ZAFRUL NAK 

BANTU SYARIKAT

BUMIPUTERA

AMIN

ZAFRUL MENTERI

KEEWANGAN

JENG JENG JENG

YANG KENA DAKWA

IKAN BILIS

BILA NAK DAKWA

JDERUNG

AMIN

KHALAS

APAKAH SUDAH ADA JANJI ?


Hasil siasatan berkaitan Hakim Mohd Nazlan didedah dalam Parlimen?

KUALA LUMPUR – Ada kemungkinan dapatan siasatan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) terhadap Hakim Mahkamah Rayuan, Mohd Nazlan Ghazali akan didedahkan di Parlimen.

Menurut sumber FMT, SPRM dikatakan sudah menyerahkan jawapan kepada persoalan dikemukakan oleh dua ahli Parlimen yang menggesa dapatan hasil siasatan itu didedahkan dalam Parlimen sebelum ini.

Kata sumber itu, kemungkinan Menteri Undang-Undang dan Reformasi Institusi,  Azalina Othman akan mendedahkannya dalam Dewan Rakyat dalam sehari dua ini.

Pada Mei tahun lepas, SPRM mengesahkan kertas siasatan mengenai kes membabitkan Mohd Nazlan sudah diserahkan kepada pihak Jabatan Peguam Negara untuk tindakan lanjut.

SPRM melalui kenyataan berkata, kertas siasatan itu diserahkan pada 18 Mei lalu selepas pihaknya melengkapkan siasatan mengenai dakwaan sumber kekayaan yang tidak dijelaskan membabitkan Mohd Nazlan.

SPRM sebelum ini dilapor membuka kertas siasatan terhadap Mohd Nazlan, yang mana Ketua Pesuruhjaya,  Azam Baki berkata siasatan itu adalah prosedur biasa selepas pihaknya menerima laporan secara rasmi.

Ia susulan Mohd Nazlan membuat laporan polis menafikan tuduhan dibuat penulis blog, Raja Petra Kamarudin mengenai dakwaan ada sejumlah wang yang tak dapat ditentukan punca dalam akaunnya.

Kenyataan Pejabat Ketua Pendaftar Mahkamah Persekutuan Malaysia Istana Kehakiman Putrajaya pula berkata, artikel ditulis oleh Raja Petra bertajuk Judge Mohd Nazlan being investigated for unexplained RM1 million in his bank account yang disiarkan di sebuah portal adalah palsu dan tidak berasas.

WOIT

APAKAH INI

SEBAHAGIAN

DARI PROJEK

MENGOLAH

PERSETUJUAN

UNTUK BEBASKAN

NAJIB

AMIN

PASAL APA 

KES MAHKAMAH

DI BAWA 

KE PARLIMEN

AMIN

PROJEK INI

SENGAJA NAK

LIBATKAN PARLIEMN

NAK TUNJUK

SEMUA ADIL

WALHAL MUNGKIN

DAH ADA

JANJI JANJI

YANG TELAH 

DIBUAT 

JENG JENG JENG

KHALAS

PENCURI TAK NGAAKU MENCURI



PENCURI TAK

PERNAH MENGAKU

MENCURI

AMIN

POLITIKUS RASUAH

TAK PERNAH

MENGAKU RASUAH

KHALAS

Unknown commented on
 "TAK MENGAKU SALAH"

Memang lah mana ada pencuri mengaku salah, kalau ciri tepung susu milo memang lah mengaku masuk 6 bulan, yang curi besar besar memang kena aniaya fitnah semua alasan standby ada kah kah kah ini Malaysia dramatik politik dramatik sosial dramatik semua kah kah kah

VAKSIN PFIZER SATU SCAM

 




SAPA AMBIL

VAKSIN PFIZER

WAJIB JAGA JAGA

KHALAS

NAK KELUARKAN DUIT KWSP


NAK KELUARKAN

DUIT KWSP

AMIN






ULANG TAHUN KE 6 KEMATIAN JAI - AL-FATIHAH







DARI ARKIB 21/2/2017

TERIMA KASEH


KEPADA


YANG MEMBERI


UCAPAKAN 


TAKZIAH 


MELALUI


SMS & TWEET


SEMOGA KITA


SEMUA TERUS


MENJADI INSAN


YANG BAIK 


INSAN JUJUR


DI BUMI INI

Jai selamat dikebumikan 
dibawah pokok mangga 
dihadapan pokok limau kasturi 
di Batu 2 1/2 Kampong Chenor
Jelebu.

Ini kampong yang dibuka 
oleh Datuk saya
pelarian politik
dari Chenor Pahang
justeru nama yang sama

Di Kampong Chenor ini
dirumah pesaka ini 
 setiap tahun 
Jai dan Ezi 
pulang berhari raya.


INILAH SAYA

INILAH ANIS ADIK SAYA

INILAH DIKIN

INILAH BEN KERINCHI

INILAH MILAH TETANGGA

JAI ATAS BANTAL

JAI DISELIMUT

EZI DIATAS MAKAM 
BATU NISAN SEMENTARA
SELAMAT JALAN DARI EZI

MASUK SYURGA
tak ape isham, kau pun akan join dia xlama lagi. sekarang ni semua boleh masuk syurga sng2 je... gabungkan sekali pakej valet doa, milo zamzam, dan undilah pas. maka syurgalah tempat kau. on AL-FATIHAH UNTUK JAI
hashim
on 2/20/17


UNTUK EZI
Not Easy For Ezi on AL-FATIHAH UNTUK JAI
DinPalatArau
on 2/20/17

SELAMATKAN
allah selamatkan tt on AL-FATIHAH UNTUK JAI
Khairil Mesri
on 2/20/17

SEMUA MASUK SYURGA
Makhluk bernama binatang semua akan masuk syurga walaupun anjing dan babi yg paling digeli dan dijijik umat Islam, lebih2 lagi umat melayu malasyia....Tapi makhluk bernama manusia wpun tunggang tunggit siang malam,jubah dari subuh sampai ke tghmlm.....

Dahi hitam, kepala lutut terseliuh kerana sujud...Itu bukan penyebabnya nak masuk syurga....Dosa kt Allah wpun sebyk gunung uhud,asalkan bertaubat... Insya'allah, Allah akan ampunkan....Makan duit aka rembat duit rakyat wpun 1 Sen tapi rakyat tak izinkan....

Ulama no 1 dunia pun takdpt nak tolong doakan agar diampunkan dosa, tiap mlm buat majlis tahlil sehingga 20 tahun pun....Dosa itu tetap kekal.... on AL-FATIHAH UNTUK JAI
Publish | Delete | Spam
Anonymous
on 2/20/17

SELAMAT TINGGAL
Selamat Tinggal Jai Jai wajar di nobat Darjah Datuk Seri Posthamous sebagai jasa tak GEPAU sepanjang hidup nya di tanah air ini on AL-FATIHAH UNTUK JAI
Anonymous
on 2/20/17

BERLANGSUNGKAWA
Belasungkawa Jai..jgn lupa ...GIGIT dulu kaki pencuri harta rakyat sebelum kau masuk pintu syurga... gigit kuat2....amin. on AL-FATIHAH UNTUK JAI
DIDI KOTA BELUD
on 2/20/17



-----------------

SATU L;AGI KES RASUAH BERSATU


NOW SHOWING

ADAM RADLAN

NEXT CHANGE

SAPA? SAPA?

KAH KAH KAH

KHALAS

SAJAK DAN BUKU TERLARANG


SAJAK DAN BUKU TERLARANG


Buku The Essential Left  yang dipinjamkan oleh Syed Husin kepada aku menjadi kitab pertama yang aku baca tentang sosialisma.  Agak susah juga untuk aku memahami apa yang telah digarap oleh Marx, Engles, Lenin dan Mao dalam buku ini.

Aku pernah mendengar nama Marx. Karl Marx ( 1818-1883) ini dikatakan pemikir, penulis  dan pencetus idea sosialis dan komunis. Ketika aku  melamar untuk menjadi ahli Kelab Sosialis Universiti Malaya aku tidak faham apa bezanya sosialis dengan komunis.

Pada tahun 1971 di Malaysia aku tahu ada Parti Sosialis Rakyat Malaya (PSRM). Ada Parti Komunis Malaya (PKM ) di bawah pimpinan Chin Peng. PKM bergerak dalam hutan kerana diharamkan bergerak secara terbuka. 

Manakala   nama Lenin ( 1870-1924 )  aku terbaca bahawa sosok ini adalah pemimpin politik dari  Rusia. Lenin telah lama mati.

Nama Mao Zedong ( 1893-1976) ini selalu aku dengar. Sosok ini adalah pemimpin politik dari China. Dia masih hidup ketika aku masuk UM.

 Apa yang menarik untuk aku tentang Mao ialah potongan rambut dan fesyen kolar baju yang dipakai oleh Mao. 

Aku langsung tidak tahu  siapa pula sosok yang bernama Engles (1820-1895).  Pengetahuan aku amat-amat terbatas. Pembacaan aku tentang falsafah atau teori ekonomi  atau teori politik amat cetek.

Asas pembacaan aku dalam Bahasa Melayu.

Justeru, aku selalu terfikir alangkah baiknya jika buku-buku keilmuan progresif seperti ini ada dalam Bahasa Melayu. Atau ditulis dengan lenggok bahasa yang lebih demokratik  dan tidak memerlukan aku membuka  kamus.

Diantara nama-nama ini nama Mao Zedong  yang paling  selalu aku dengar. Ini kerana dia pemimpin negara China yang tidak jauh dari Malaysia.  Juga di Malaysia ada ramai warga berketurunan  China.

Malah aku pernah terbaca  berita tentang  mata-mata menggeledah sebuah rumah orang politik di sebuah Kampung Baru China   dan ditemui buku karya Mao Zedung.  

Buku dan tulisan Mao dianggap subversif. Pemilik buku ini dicap anti-nasional. Aku juga  tak faham makna anti-nasional. 

Apakah kerana dia China maka dia dicap anti-nasional. Perkataan anti  aku faham maknanya tidak suka kepada sesuatu.  Apakah anti-nasional ini bermakna anti- Melayu. Tak suka  kepada Melayu.

Sebenarnya aku juga  tidak faham apa makna subversif. Pemahaman aku ialah kumpulan subversif ini adalah kumpulan yang melawan. 

Anti-nasional  dan subversif adalah dua  perkataan politik paling pop ketika aku masuk universiti. Untuk anak muda perkataan paling pop ketika itu  ialah kartus dan berdengung.

Aku mentakrif membaca buku atau kitab subversif bermakna membaca buku dan kitab melawan.

Melawan amat menarik untuk aku. Aku dari kecil memang suka melawan. Melawan dan mempersoalkan apa yang wujud. Aku suka bertanya kenapa dan mengapa. Aku  nak tahu hal itu dan hal ini. 

Contohnya dari  kecil aku agak skeptis  dengan  hantu. Takut ada tapi aku mahu bukti tentang wujudnya hantu. 

‘ Adik nak tengok hantu...’ Aku membahasakan diri aku Adik ketika aku membesar.  Dari kecil lagi aku mahu melihat hantu sama seperti aku dapat melihat pokok pisang.

Jadi bila aku terbaca wujudnya  buku atau tulisan terlarang ini menaikkan berahi aku  untuk mencari dan membaca apa yang terlarang ini.

Di Universiti Malaya (UM) ada gedung perpustakaan yang amat besar dengan ribuan koleksi buku untuk jadi rujukan kepada mahasiswa.

Gedung buku ini terletak di hadapan Dataran Sastera.  Berjalan ke gedung ini wajib  melintasi  Sudut Pidato yang didirikan  di bawah pokok kayu tak sampai 50 meter dari pintu kaca bangunan perpustakaan. 

Setiap pelajar dikenakan sekali bayaran 50 RM – duit cagaran – jika kami terhilang atau tidak memulangkan buku dari perpustakaan maka duit ini akan lupus.

Lepas berijazah boleh klim kembali duit 50 RM  ini.

Dalam gedung buku ini ada buku yang di takrif sebagai  ‘ red spot’. Ini adalah  buku yang ramai mahu meminjam. Jumlah buku terhad. Justeru siapa dulu dia dapat.  Peminjam buku red spot  ini memerlukan giliran. 

Manakala peminjam buku terbuka  yang diambil dari rak buku tidak memerlukan giliran. Boleh meminjam untuk seminggu atau dua minggu.

Aku juga di fahamkan dalam gedung buku ini ada buku dan kitab terlarang. Kitab dan buku  yang dianggap subversif oleh kerajaan.

Sosok mana  yang mentafsir buku itu atau buku ini subversif aku tidak tahu.

Dari legenda  dan mitos yang aku dengar dari para senior  bahawa dalam gedung buku UM ada Das Kapital. Buku yang kali pertama di cetak pada tahun 1867- telah melebihi seratus tahun.

Das Kapital ini sebuah buku yang telah lama aku dengar namanya. Malah ketika aku di sekolah menengah lagi aku telah diberitahu bahawa Das Kapital ini sama tarafnya seperti kitab Injil  untuk penganut Kristian atau Quran untuk penganut Islam. 

Das Kapital ini untuk penganut fahaman komunis.

Untuk aku kitab Das Kapital ini tidak memberahikan aku berbanding dengan Buku Merah Mao. 

Aku ada terbaca dalam Utusan tentang Buku Merah Mao. Pelajar di negara China  berdemo dan membawa Buku Merah Mao ketika menggerakkan Revolusi Kebudayaan – Cultural Revolution pada tahun 1966. Apa makna dan kenapa bawa buku ini aku tidak mengerti. 

Bila aku baca berita Revolusi Kebudayaan aku bertanya pada diri sendiri apakah agaknya isi Buku Merah ini hinggakan di puja oleh anak muda di China.

Malah pada tahun 1968 aku terbaca dalam akhbar Inggeris Strait Times tentang pelajar dan mahasiswa di Paris menunjukan perasaan. Mereka juga membawa  gambar Mao. Malah dilaporkan Buku Merah Mao juga jadi rujukan mahasiswa di Paris.

Untuk aku berita seperti ini tertanam dalam  ingatan  aku.

Kenapa ada buku di larang ?  Ini menaikkan syahwat aku untuk membaca. Untuk aku yang terlarang itu pasti menarik. Pasti ada rahsia tersimpan didalamnya. Jika tidak kenapa buku itu di larang untuk di baca.

Dalam masa yang sama aku juga di fahamkan buku-buku terlarang ini boleh dibaca jika ianya hendak dijadikan bahan rujukan.   Ini kerana  kami pelajar universiti – dari menara gading,

Buku-buku terlarang ini untuk rujukan pelajar yang menyediakan tesis pasca sarjana muda  atau tesis Phd.  Pelajar tahun satu seperti aku tidak  ada peluang.

Hakikatnya hendak membaca buku dan kitab ini walau pun untuk tujuan  rujukan bukan mudah. Ianya  memerlukan syarat. Ini maklumat yang aku dengar dari para senior di Kolej Ke Lima.

Syarat Pertama : Pensyarah wajib mencadangkan nama buku ini.

Ke Dua : Wajib mendapat kebenaran dari Kementerian Dalam Negeri (KDN).

Syarat dari KDN ini pada hemat aku amat berat.

Kali pertama aku masuk ke gedung buku UM ini ialah  ketika Minggu Orientasi. Ini tempat wajib dilawati oleh pendatang baru. Kali pertama masuk aku hanya berlegar dari tingkat ke tingkat tanpa meminjam buku.

Mata aku terbuka dan mulut melopong apabila melihat jumlah buku yang banyak. Beratus kali lebih besar dari perpustakaan di SMUJ mahu pun di MCKK.

Ketika Kelab Sosialis mengadakan jamuan teh untuk ahli  baru aku sempat  bertemu dengan Usman Awang ( 1929-2001) dan Latif Mohidin.

‘ Cuba tengok pada dinding masuk library.... ada sajak  khas ... sajak ini diminta khas oleh Beda Lim...dia penjaga library....bayaran pun agak lumayan...’ Usman menerangkan pada aku tentang sajaknya yang ada dalam perpustakaan UM.

Dengan maklumat ini aku masuk ke gedung buku untuk mencari sajak Tongkat. Bila aku sampai di pintu masuk mata aku liar mencari.  

Betul ! Aku ternampak  di  dinding masuk ada sajak Tongkat  yang ditulis dengan huruf tembaga.  Aku rasa ramai juga tidak menyedari wujudnya sajak ini. Hendak membacanya  perlu mendongak ke atas.

Siswa siswi yang masuk ke gedung  bukan masuk ke muzium atau galeri seni. Mata mereka tidak tercari-cari. Hati dan matanya hanya tertumpu pada buku bukan pada  dinding. Mereka tidak akan mendongak mencari-cari di siling. Justeru ramai pelajar tidak sedar akan wujudnya sajak ini.

Aku mendongak dan membaca sajak Tongkat :

Perpustakaan tercinta ini
Pelabuhan kebudayaan peradaban zaman
Gedung akal laut bicara manusia
Mutiara pendeta tasik pujangga
Kota kebenaran penaung kebebasan
ucap suara
Dari ruang ini bersinar keagungan pemikiran
Menghayati teluk liku zaman demi zaman
Tanpa prasangka apa tanpa batas benua
Kekal bersama angin yang mengusapi
Abadi bersama langit yang memayungi
Dikeramatkan untuk anda menghidup segala
Di perpustakaan tercinta ini

Ini sajak Tongkat. Aku merasa bangga bukan sahaja telah membaca sajak-sajak Usman Awang malah telah bertemu dengan sasterawan itu sendiri.

Sajak Tongkat ini amat dalam maknanya. Dalam sajak ini Tongkat sedar bahawa buku dan perpustakaan bukan hanya  gedung ilmu. Malah universiti itu adalah juga gedung kebebasan ucap bicara.

Cukup bersejarah : Tongkat menulis sajak tentang kebebasan ucap bicara.  Sajak ini tergantung dalam gedung buku.  

Tidak sampai 50 meter dari sajak ini ialah Sudut Pidato Universiti.  Sudut Pidato ini dari apa yang aku baca adalah tempat  kebebasan ucap bicara seperti dalam sajak Tongkat.

Ketika aku Budak Koleq di MCKK aku telah membaca tentang demo pelajar yang bermula dari  Sudut Pidato ini. 

Kini aku telah dua bulan menjadi mahasiswa. Beberapa buah buku telah dan sedang dibaca. Aku telah  melamar untuk menjadi ahli Kelab Sosialis. Apa yang aku tunggu ialah aksi.

Aku mahu melihat demo dan tunjuk perasan seperti yang berlaku di Paris pada tahun 1968.  Seperti gambar pelajar dan  anak muda yang aku lihat dalam majalah Life, Time dan Newsweek. 

Atau yang belaku di hadapan Rumah Putih  di mana aku lihat  gambar anak muda pelajar dan mahasiswa yang berambut panjang  berdemo menentang Perang Vietnam. 

Aku menunggu aksi. Amin. (TT)


TULISAN INI DISIARKAN JUGA
DALAM PORTAL MALAYSIA NOW.COM
https://www.malaysianow.com/my/opinion/2023/02/22/sajak-dan-buku-terlarang