\
KOMENTAR
apa yang dinyatakan
oleh muhyddin yassin
amat betul dan tepat
yang salah
yang mencuri
yang membunuh
yang merompak
akan didakwa
ini hanya teori
dalam negara dunia ketiga
dalam malaysia semua ini
hampeh tinggal teori
hakikatnya:
peguam negara
boleh diberhentikan
pengarah sprm
boleh dicutikan
ketua polis
boleh ditukar ganti
saksi boleh dihilangkan
kalau degil dijimatkan
kerana itu
wajib ke jalan raya
sebelum ke pilihan raya
Muhyiddin: Orang jahat kena tangkap, tak boleh biar
Bekas timbalan perdana menteri Muhyiddin Yassin berkata, Malaysia mengamalkan kedaulatan undang-undang dan akan menghukum sesiapa sahaja yang melakukan kesalahan.
Justeru itu, beliau berkata, hasil siasatan 1MDB sepatutnya didedahkan untuk mengetahui siapa yang bersalah berhubung dakwaan skandal kewangan tersebut.
Sehubungan itu, katanya, sesiapa yang didapati bersalah tidak akan terlepas daripada hukuman yang termaktub dalam undang-undang.
"Macam 1MDB, SPRM (Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia) dah siasat, Bank Negara dah siasat, polis dah siasat, peguam negara sepatutnya dah selesai (siasat).
“Kalau semua dah siasat kita tengok siapa salah.
"Kalau ada orang yang salah, beritahu (sama ada) orang itu salah atau tak. Kalau dia salah mesti ada penjara, hukuman. Malaysia negara yang ikut kedaulatan undang-undang.
"Kalau curi wang pun kena tangkap, curi ayam pun kena tangkap. Semua orang buat jahat kena tangkap. Tak boleh biar," katanya sambil mendapat tepukan kira-kira 100 orang hadirin.
Timbalan presiden Umno itu berkata demikian dalam majlis perjumpaan bersama masyarakat Cina di Parlimen Pagoh hari ini.
KAH KAH KAH
woit
tok ezi
tok veli ezi
bik tok bik ezi
you do lah
kah kah kah
BUATLAH
--------------