SOKONG
SETUJU
SOKONG
TAHNIAH
Lagi bukti Hang Tuah wujud, bukan sekadar mitos
KUALA LUMPUR 4 Dis. – Surat tulisan Laksamana Hang Tuah kepada Maharaja Ryukyu di Jepun pada abad ke-15 yang ditemui dalam dokumen rasmi Rekidai Hoan membuktikan tokoh itu wujud dan bukan sekadar mitos semata-mata.
Menurut Profesor di Jabatan Bahasa Melayu, Fakulti Bahasa Moden dan Komunikasi Universiti Putra Malaysia (UPM), Prof. Emeritus Dr. Hashim Musa, surat itu ditulis oleh Hang Tuah bagi pihak Sultan Melaka, Sultan Alauddin Riayat Shah.
Katanya, beliau mendapati surat yang bertarikh 11 April 1480 itu melalui kajian yang telah dilakukannya bersama Pensyarah Kanan fakulti itu, Dr. Rohaidah Kamaruddin di Ryukyu atau kini dikenali sebagai Okinawa baru-baru ini.
“Dokumen Rekidai Hoan itu dalam bahasa Cina yang diterjemahkan ke dalam bahasa Inggeris oleh Atushu Kobata dan Mitsugi Matsada diterbitkan pada 1969. Ini bukti terbaharu dalam bentuk primer tentang kewujudan Hang Tuah,” katanya.
Beliau berkata demikian dalam program Wacana Manuskrip Melayu - Hang Tuah: Daripada Mitos Kepada Fakta Sejarah anjuran Perpustakaan Negara Malaysia dan Persatuan Sejarah Malaysia di Wisma Sejarah di sini hari ini.
Selain dicatat dalam sejarah Jepun, Hashim turut menemui catatan yang pernah ditulis oleh Ketua Armada Portugis iaitu Alfonso de Albuquerque tentang Hang Tuah yang menambahkan lagi fakta sejarah bukti kewujudan pahlawan itu.
“Alfonso de Albuquerque dalam satu catatannya ada menyebut Hang Tuah berada di Temasik (Singapura) ketika beliau mengetuai armada Portugis menawan Melaka pada tahun 1511. Ketika itu Hang Tuah telah pun berusia 80 tahun,” ujarnya.
Berdasarkan kajiannya bersama Rohaidah, beliau telah menghasilkan sebuah buku bertajuk Hang Tuah: Catatan Okinawa yang dilancarkan di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) 26 November lalu bagi membongkar serta membuktikan kewujudan Hang Tuah.
Menurut Hashim, buku itu dan kajian yang telah dijalankannya selama ini adalah bagi mencari kebenaran sekali gus mengangkat Hang Tuah sebagai ikon orang Melayu yang telah banyak berjasa kepada sejarah serta tamadun bangsa tersebut.
“Menafikan kewujudan Hang Tuah bermakna menghapuskan satu ikon unggul dalam memori bangsa Melayu. Hang Tuah yang memiliki sifat keperwiraan, keberanian, kecekalan, kesetiaan, kebaktian dan kebijaksanaan wajar terus dihargai,” katanya.
Sementara itu, Rohaidah berazam akan terus mencari bukti tentang kewujudan Hang Tuah dalam sejarah negara-negara seperti China, Turki, India dan Kemboja yang pernah menjalin hubungan diplomatik dengan kerajaan Kesultanan Melayu Melaka.
Sambil menegaskan, nama Hang Tuah turut mekar dalam pelbagai lipatan sejarah negara-negara lain yang belum dibongkar termasuklah seperti yang pernah diungkapkan oleh pelukis tersohor, Leonardo da Vinci yang hidup sezaman dengan Hang Tuah.
“Saya mendapat maklumat ada catatan da Vinci yang antara lain menyebut ‘saya melukis gambar kenderaan ke bulan selepas berjumpa dengan orang kaya Melaka’. Saya sedang mengkaji catatan itu yang mungkin merujuk kepada Hang Tuah,” ujarnya.
KAH KAH KAH
woit
dah buat kajian molek
dah papar bukti saheh
tahniah kerana berjaya
tapi lepas ini
kenapa jual negara ini
pada pemodal TPPA?
pasal apa jual harta negara
pada orang lain
hang tuah tak marah ke?
hang jebat mesti marah
kah kah kah
HANG BODEK
---------