Selasa, 29 Mei 2012

MALAM INI MAT BUNGA - RAHMAT HARUN DI RADIO BANGSAR UTAMA









MALAM INI JAM 9.00

radio bangsar utama
akan menemu bual mat bunga
mat bunga rahmat harun
baru shaja di halau dari mayamar

layari malam ini
radio bangsar utama


www.radiobangsaruatama.blogspot.com

atau

www.radiobangsarutama.com



MALAM INI JAM 9.00



MALAM INI MAT BUNGA
Aku di Mandalay, bersama empat orang lagi seniman dari Malaysia – meski salah seorang darinya, seniman kelahiran Jerman, warga Amerika hanya berpengkalan di Malaysia. Kami di sini atas kunjungan balas. Pada minggu sebelumnya, lima orang seniman Burma hadir ke Malaysia, melakukan presentasi karya, bengkel dan pertunjukan di tempat awam di Jalan Sultan, Kuala Lumpur.


Acara ini dianjurkan oleh Beyond Pressure (organisasi seni pertunjukan di Yangon) bersama Buka Kolektif (penganjur Buka Festival, KL) dan Findars Art Space (Ruangan Kendalian Seniman Visual) serta disokong oleh Sekeping Tenggiri (KL). Melalui Beyond Pressure, program ini mendapat dana Open Society Institute.


Kami sedang melakukan sebuah projek seni dengan nama Open Relations in a time of transition, suatu program pertukaran kesenian di antara dua buah negara dalam peralihan ini. (http://www.mmail.com.my/story/show-must-go-1)

http://www.radiobangsarutama.blogspot.com/

http://www.radiobangsarutama.blogspot.com/




TERNOW TERKINI - TERBARU




BERITA BARU MASUK

ingatan kepada semua aktivis parti
ingatan kepada pekerja parti

semua lawatan najib ke luar negara
pada bulan jun telah di batalkan

ada pengumuman penting
pada jumaat 1 jun ini

setiap jumaat najib akan
membuat pengumuman


NOTA:
tunku bapa kemerdekaan
razak husein bapa pembangunan
mahathir muhamad bapa kepada mirzan
abdulah badawi bapa ketiduran

dan

najib razak dinobat sebagai bapa pengumuman!
kah kah kah


SATU LAGI KESAH POLIS PENCEN





KOMENTAR TUKAR TIUB


satu lagi kesah polis pencen
sebagai tradisi polis pencen
sah mengikut tradisi polis pencen
lepas pencen baru ada kesedran
lepas pencen baru bnak cakap
lepas pencen baru sedar ada towkay lendir
lepas pencen baru tahu nak beritahu ada along beli politikus
lepas pencen barui timbulkan ajenda baik

masa berkuasa kenapa senyap
masa ada power kenapa tak tangkap
masa jadi polis kenapa tak buat laporan

ini samalah saperti yeop di ipoh
27 tahun bersama gerombolan
bila tak dapt kontrek pasir
tetiba ada kesedaran
tertiba melaung : hidup dap
selama 26 tahun 331 hari tak sedar sedar

fenomena ini dipanggil oleh tukar tiub sebagai
fenomena polis pencen!


MARLON BIN HAJI BRANDO





BEKAS IGP : ADA ORANG POLITIK MARAH REZEKI DISEKAT
- mkini


WAWANCARA Mantan Ketua Polis Negara, Musa Hassan mengesahkan wujud pakatan sulit di antara rangkaian kongsi gelap dan pasukan Polis Di Raja Malaysia.

Dalam temubual eksklusif dengan Malaysiakini, Musa turut mengakui rangkaian sama wujud antara kongsi gelap dan ahli politik tanah air yang disifatkannya berada pada tahap "serius."

Katanya, beliau mula mengambil langkah serius untuk membanteras aktiviti haram seperti judi, pelacuran dan sindiket peminjam wang ketika mula memegang jawatan Ketua Polis Johor.

Ini kerana beliau tidak percaya kepada konsep "menggunakan penjenayah untuk mengawal penjenayah lain," seperti digambarkan dalam filem Godfather yang menceritakan hubungan kongsi gelap dan pasukan polis.


layari sekarang untuk musik punk rock:






TERKINI - TER NOW - TER WORLD





LAMAM NAJIB RAZAK KENA HACK



salam tt
ni budak2 dagon force dah hack web najib.. http://mail.1malaysia.com.my/mesej_buat_PM.php

NOTE:
kah kah kah
kah kah kah
kah kah kah



layari radio bangsar utama untuk laporan melawan:








MAHATHIR DI BAWA KE MAHKAMAH









KOMENTAR TUKAR TIUB

lihat dan baca
bagaimana akhbar meloya cuba
putar berita madey di bawa ke mahkamah

apa yang sebenarnya berlaku ialah
madcey jadi saksi kah kah kah

kah kah kah
madey akan gunkan line
...terklupa...kah kah kah..

BARU SATU KES
ini baru satu kes madey terlibat
bayangkan jika pakatan mengambil alih kerajaan
ada berpuluh lagi kes yang madey akan di dakwa

kalau pakatan ambil alih kerajaan
kita kan enjoy the menjoy
melihat madey di heret
ke mahkamah
kah kah kah





MAHATHIR HADIR SESI TEMU BUAL BERSAMA PEGUAM DALAM KES LIONH SIK
- meloya

Mahathir Mohamad hari ini menghadiri sesi temu bual bersama peguam yang mewakili bekas Menteri Pengangkutan, Dr. Ling Liong Sik yang didakwa atas pertuduhan menipu kerajaan Malaysia.

Mahathir tiba di Kompleks Mahkamah Kuala Lumpur pada sebelah pagi sebelum menyertai sesi temu bual tersebut yang berlangsung selama dua jam.

Pada 9 Mac lalu, bekas Presiden MCA itu diperintahkan oleh Mahkamah Tinggi di sini membela diri atas pertuduhan menipu kerajaan Malaysia berhubung pembelian tanah seluas 335.8 hektar milik Kuala Dimensi Sdn. Bhd. (KDSB) di Pulau Indah, Klang.

Hakim Datuk Ahmadi Asnawi membuat keputusan tersebut selepas mendapati wujud kes prima facie yang perlu dijawab oleh Liong Sik, 69, pada akhir kes pendakwaan.


ini berita sebenar:

LAWYERS GRILL MAHATHIR OVER PKFZ - mkini

Mahathir Mohamad was interviewed by lawyers this morning in relation to cheating charges faced by former transport minister Dr Ling Liong Sik over the Port Klang Free Zone (PKFZ) scandal.

Mahathir was interviewed for almost two hours at the Kuala Lumpur Court Complex, said a source close to the case, on the condition of anonymity.

Ling was ordered to enter his defence on March 9 by High Court judge Ahmadi Asnawi as the prosecution had established a prima facie case against the 69-year-old former MCA president, of cheating the federal government in 2002.

His defence team had earlier requested Prime Minister Najib Abdul Razak and his predecessors Mahathir and Abdullah Ahmad Badawi as possible witnesses to prepare for Ling's defence.

HABIS TANAH TERGADAI - TINGGAL KERBAU SAEKOR




HABIS SEMUA HARTA KENA GADAI




BARISAN NASIONAL MEMAJAKKAN TANAH REZAB MELAYU KE PASARAN SAHAM

Perjanjian pajakan tanah di antara Felda Global Ventures Holdings Sdn Bhd (FGV) dan FELDA bertarikh 1 November 2011 memberikan kuasa dan hak milik kepada FGV untuk mengusahakan tanah-tanah yang kini dimiliki oleh FELDA mengikut syarat-syarat perjanjian.

Sejumlah 847,362 ekar tanah yang kini diuruskan oleh Felda Plantations Sdn Bhd terlibat di dalam urusan pajakan ini, yang menjadi syarat utama proses penyenaraian FGV ke Bursa. Tanpa tanah-tanah ini, penyenaraian tersebut akan gagal.

KEADILAN boleh mengesahkan bahawa kami telah mendapat salinan penuh perjanjian dan senarai tanah-tanah yang terlibat. Semakan kami menunjukkan bahawa dari sejumlah 847,362 ekar tanah yang dipajakkan ini, sejumlah 105,382 ekar adalah tanah-tanah yang telah diwartakan sebagai Tanah Rezab Melayu di seluruh negara.

Ini menimbulkan persoalan serius mengenai status tanah-tanah ini kerana tindakan memajakkan tanah-tanah ini kepada FGV boleh melanggar matlamat pewartaan Tanah Rezab Melayu. Kedudukan FGV selepas ini tidaklah boleh dikira sebagai sebuah syarikat yang berstatus Bumiputra kerana jumlah pegangan saham Bumiputra tidak dapat disahkan. Setakat ini, peneroka Felda hanya diperuntukkan 2.5% dari jumlah pegangan saham sementara kakitangan Felda pula hanyalah 3%. Selebihnya melibatkan badan-badan lain yang dijemput masuk oleh Tan Sri Isa Samad, termasuklah Louis Dreyfus sebuah syarikat antarabangsa yang dikuasai keluarga Yahudi terkenal dari Perancis.

Oleh yang demikian, Dato’ Seri Najib Tun Razak dan Tan Sri Isa Samad wajar menjelaskan kepada rakyat kenapakah tanah-tanah berstatus rezab Melayu ini turut dipajakkan ke FGV yang disenaraikan di pasaran saham? Apakah jaminan bahawa tanah-tanah ini akhirnya tidak bertukar tangan atau pembangunannya tidak bertentangan dengan semangat pewartaan Tanah Rezab Melayu yang digubal hampir 100 tahun yang lalu?

KEADILAN juga menyeru supaya setiap Kerajaan Negeri di Semenanjung yang terbabit menolak sebarang usaha untuk membatalkan status Tanah Rezab Melayu yang melibatkan tanah 105,382 ekar ini.

Kami menunggu maklumbalas Dato’ Seri Najib Tun Razak dan Tan Sri Isa Samad sebelum memberikan lebih banyak maklumat mengenai Tanah Rezab Melayu seluas 105,382 ekar ini.

MOHD RAFIZI RAMLI
PENGARAH STRATEGI KEADILAN
28 MEI 2012


DEMO DEPAN RUMAH NAJIB PULAK




SEMUA LARI MENYAMAR TAKUT BINI














TUNAIKAN 4 EKAR TANAH,
KELUHAN PENDUDUK LADANG BUKIT JALIL


Salam Perjuangan,

Penduduk Ladang Bukit Jalil telah menyerahkan surat kepada Pejabat Perdana Menteri hari ini untuk mendapat satu penyelesaian kepada masalah perumahan mereka.

Penduduk akan hadir ke Pejabat YAB Perdana Menteri pada 30hb Mei, pukul 11 pagi untuk mendapatkan satu kata putus berkenaan tuntutan mereka dan untuk berjumpa dengan YAB Perdana Menteri secara peribadi.

Mereka berazam untuk berada di Pejababt YAB Perdana Menteri pada 30hb Mei dan tidak akan berganjak dari pejabat YAB sehingga ianya masalah ini diselesaikan.

Penduduk Ladang Bukit menjemput semua ke Pejabat PM pada 30hb Mei 2012, 11 pagi dihadapan pejabat PM untuk memberikan sokongan kepada mereka. Selain sokongan solidariti, penduduk juga memerlukan bantuan daripada rakan-rakan untuk memberikan sumbangan dari segi khemah, makanan, dan minuman selama mereka Occupy pejabat PM.

Kami amat berharap sokongan yang padu akan diberikan kepada penduduk ladang Bukit Jalil yang telah menyumbang tenaga dan jiwa raga mereka untuk pembangunan negara ini.

Untuk sebarang maklumat lanjut dan untuk memberikan sumbangan sila hubungi Bala di 019 2166205 or Madhavi at 012 6045807.

Sekian. Terima Kasih

Dikeluarkan oleh,
Nalini
Sekretariat JERIT



sila layari radio bangsar utama:






KEMPEN BOIKOT SEKINCHAN IKAN BAKAR DI TERUS KAN





SEMUA PAKAT BOIKOT




DARI FABEBOOK ZUNAR
Cawangan Kota Damansara dah tutup. Teruskan boikot hingga semua cawangan tutup dan dia terpaksa "kais pagi makan tayar Ferrari, kais petang makan tayar Lamborghini."








DARI FACEBOOK RAZALI ABDUL GHAFAR

melayu kaya tipu melayu miskin,melayu ada dato tipu melayu rakyat biasa,melayu ada kereta mewah tipu melayu pakai keta buruk,melayu baik gan sang penguasa buli melayu yg tak ada kuasa.... abis nak sokong lagi ker.


layari sekarang: