Ahad, 7 Mei 2023

KERAJAAN PMX AKAN TUMBANG ?


LAGI BERITA

KERAJAAN AKAN

TUMBANG

KAH KAH KAH

AMIN

AL-FATAH & PLO DAH JADI UMNO



KITA WAJIB

SOKONG

PERJUANGAN

 PALESTIN

AMIN

HARI INI

AL-FATAH & PLO

DAH JADI UMNO

AMIN

UMNO DULU

LAWAN ORANG YG

LAWAN INGERIS

AMIN

HARI INI

AL-FATAH DAH 

JADI  TALIBARUT

ZIONIS SAMA

MACAM UMNO

JADI TALIBARUT

PENJAJAH

AMIN

HASILNYA  RAKYAT 

DISEKSA OLEH

GEROMBOLAN ZIONIS

KHALAS

NASEHAT DARI ZAHID BUKAN LAWAK BERDIRI



PRN: Elak sentuh isu bangkit kemarahan rakyat, kata Zahid

PENGERUSI Barisan Nasional Ahmad Zahid Hamidi menasihatkan mana-mana calon yang akan bertanding pada Pilihan Raya Negeri (PRN) di enam negeri akan datang supaya mengelak daripada menyentuh perkara yang boleh membangkitkan kemarahan rakyat.

Beliau yang juga Presiden Umno itu berkata walaupun calon-calon PRN berkenaan berbeza pendapat dan pandangan politik namun mereka perlu bertindak secara rasional ketika berkempen.

“Begitu juga kerajaan perpaduan, Kerajaan Madani yang dipimpin oleh Anwar Ibrahim (Perdana Menteri). Kita berasakan dengan suara dua per tiga majoriti yang ada di Dewan Rakyat, inilah pertama kalinya selepas Pilihan Raya Umum ke-11, sebuah kerajaan mempunyai dua per tiga majoriti.

“Kita hendaklah mendukung kerajaan ini. Tidak bersetuju tidak apa, kita raikan perbedaan pendapat tetapi bagi saya eloklah kita mencari titik pertemuan bukanlah mencari titik perbezaan,” katanya ketika berucap pada Majlis Sambutan Hari Raya Aidilfitri di Masjid Tuminah Hamidi di Bagan Datuk, malam ini.

Sementara itu, Ahli Parlimen Bagan Datuk itu juga berkata masyarakat tidak seharusnya berpolitik sepanjang masa sebaliknya ‘politiking’ hanya boleh dilakukan apabila tibanya pilihan raya supaya tumpuan boleh diberikan kepada usaha membangunkan negara.

“Selepas daripada itu, kita hendaklah membangunkan tempat kita, membangunkan negeri kita dan rakyat hendaklah bersatu padu supaya kita dapat bersama-sama bukan sahaja untuk memajukan kawasan kita, tetapi keluarga kita keseluruhannya,” katanya.

Beliau yang juga timbalan perdana menteri turut memohon kepada rakyat Perak supaya mengetepikan perbezaan dalam kalangan mereka meyatukan pemikiran dan tindakan serta jangan banyak berpolitik.

“Kami di Bagan Datuk amat menyokong kepimpinan Saarani Mohamad sebagai Menteri Besar Perak dan sokongan ini secara terbuka dan secara berbisik memang kami lakukan secara konsisten,” katanya. – Bernama, 6 Mei, 2023.

WOIT

INI NASEHAT

DARI ZAHID BUKAN

LAWAK BERDIRI

KAH KAH KAH

JANGAN KEMPEN

LAWAN RASUAH

AMIN

JANGAN KEMPEN

LAWAN PENCURI

AMIN

JANGAN TIMBULKAN

ISU HARGA BARANG

NANTI RAKYAT

MENGAMUK

KAH KAH KAH

AMIN

BERITA YANG MANA PALSU ?




Berita palsu dalam talian mampu gugat kestabilan, keselamatan negara

KETIKA negara sedang bergelut dengan wabak Covid-19 pada 2020, sebanyak 1,837 aduan berita palsu berhubung isu vaksin diterima Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC).

Ketua Bahagian Keselamatan Rangkaian MCMC Harme Mohamed berkata situasi berkenaan mencetuskan panik dalam kalangan orang awam sehingga ada yang hilang kepercayaan terhadap usaha kerajaan membawa keluar rakyat daripada situasi pandemik Covid-19 ketika itu.

“Penyebaran berita palsu dalam talian bukan hanya boleh menyebabkan keadaan panik, ia juga mampu mengganggu gugat kestabilan dan keselamatan negara,” katanya kepada Bernama.

Beliau berkata trend berkaitan berita palsu berterusan dengan sebanyak 143 aduan diterima MCMC dari Januari hingga Februari lepas.

Menurutnya antara berita palsu itu melibatkan tadbir urus kerajaan dengan 37% aduan, kes jenayah seperti skim penipuan dan penyamaran (16%) dan isu kepenggunaan (15%).

Dalam pada itu, mengikut tinjauan Kumpulan Meltwater Malaysia pada tahun lepas, 29.55 juta rakyat Malaysia atau 89.6% melayari Internet selama sembilan jam sehari.

Justeru, bagi menangkis lambakan maklumat palsu dalam talian, semakan terhadap fakta menjadi inisiatif terbaharu bidang kewartawanan di negara ini.

Penyemak fakta di MyCheck Malaysia Fatin Najmi Mohammad Shah berkata semakan fakta atau fact-check adalah evolusi dalam dunia kewartawanan dengan laporan mendalam dihasilkan menggunakan teknik dan alatan (tools) semakan fakta.

“Dalam proses menyemak fakta, input yang kami sertakan dalam laporan bukan hanya berdasarkan kenyataan penafian oleh individu dan organisasi berkaitan semata-mata.

“Tetapi kami juga sertakan maklumat berdasarkan dapatan daripada penyiasatan terperinci yang dibuat. Untuk proses itu, kami perlu menggunakan tools semakan fakta dan mendedahkan kepada orang awam setiap proses yang dibuat,” katanya.

Menurutnya pada tahun lepas, sebanyak 164 laporan semakan fakta dilakukan MyCheck Malaysia membabitkan pelbagai isu seperti kepenggunaan, kesihatan, dasar kerajaan dan politik yang viral di media sosial.

MyCheck Malaysia yang bermula sejak Mac 2020 merupakan inisiatif semakan fakta yang beroperasi secara editorial bebas untuk membanteras maklumat palsu yang tersebar luas di negara ini mengikut piawaian antarabangsa ditetapkan International Fact Checking Network (IFCN).

Selain MyCheck Malaysia, antara organisasi yang menjalankan usaha semakan fakta di Malaysia ialah  AFP Fact Check Asia (Malaysia).

Sementara itu, Prof Madya Dr Masato Kajimoto dari Pusat Pengajian Kewartawanan dan Media, Universiti Hong Kong ketika dihubungi berkata terdapat perbezaan ketara antara pemeriksa fakta dan wartawan kerana peranan wartawan adalah untuk menyampaikan maklumat kepada orang ramai tentang perkara yang mereka tidak tahu, manakala pemeriksaan fakta ialah membetulkan fakta yang sudah diketahui umum.

“Pemeriksa fakta mesti mahir dalam bidang selain daripada menghasilkan laporan komprehensif, seperti menggunakan alat semakan fakta, hebat dalam pemantauan media sosial, dan membuat grafik atau video penjelasan,” tambahnya.

Kajimoto, yang juga ketua pengarang di Asian Network of News and Information Education (Annie) Lab, iaitu sebuah organisasi semakan fakta berasaskan universiti, menegaskan bahawa semakan fakta adalah penting kerana maklumat salah boleh menimbulkan ketakutan, panik dan dalam banyak kes, kemarahan dalam diri individu, mengakibatkan rusuhan, kematian, dan akibat buruk yang lain.

“Sebagai contoh, semasa protes selama berbulan-bulan Hong Kong yang dikenali sebagai Pergerakan Payung pada 2014, pelbagai khabar angin tersebar menerusi Internet, bahan audio-visual yang dimanipulasi, dan bentuk tuntutan tidak berasas yang sering menjadi suapan harian media kepada rakyat.

“Orang ramai mahukan maklumat yang pasti, oleh itu, kita akan cuba mencari sendiri jawapannya, tetapi orang ramai tidak terdedah kepada semakan fakta. Maka, mereka perlu mencari sendiri jawapannya. Natijahnya, mereka tepaksa bergantung kepada sumber-sumber yang boleh dipercayai, yang kadangkala mengelirukan juga,” katanya.

Fatin Najmi dan Kajimoto juga berpendapat penyemak fakta perlu bergerak seiring dengan teknologi kecerdasan buatan (AI) bagi memastikan mereka dapat mengenal pasti corak penyebaran maklumat palsu menerusi AI. – Bernama, 7 Mei 2023.
 

NAJIB TIDAK

 PERNAH MENCURI 

AMIN

LOKMAN ADAM

TIDAK & BUKAN

LOKMAN ADAM

AMIN

ZAHID TIDAK

AMBIL RASUAH

AMIN

ROSMAH BUKAN

MEMBADAK TAPI

  SLIM

CUN BERGETAH

AMIN

APAKAH BERITA 2

SAHIH INI

DIANGGAP

 PALSU ???

KAH KAH KAH

BAGAIMANA  BERITA

BENAR TENTANG

NAJIB DI ZALIMI

AKAN KACAU NEGARA

KAH KAH KAH

KHALAS

SELANGOR & N. SEMBILAN TOLAK KAVADI


Umno Terengganu enggan kempen bagi Pakatan dalam PRN, kata laporan


JENTERA Umno Terengganu enggan bekerja bagi memenangkan calon PKR dan Amanah dalam pilihan raya negeri akan datang, menurut satu laporan.

Malah keadaan bertambah buruk jika parti dalam Pakatan Harapan (PH) menggunakan lambang sendiri untuk bertanding, lapor portal Utusan Malaysia yang memetik sumber pemimpin Umno.

“Ramai yang protes. Keadaan akan jadi lebih tegang jika calon PKR dan Amanah menggunakan logo mereka, (lagi) pula jentera Umno bantu dan kibarkan bendera mereka.

“Itu perkara yang susah untuk diterima oleh jentera di sini,” kata sumber dalam laporan itu seperti dipetik portal tersebut.

Sumber tersebut berkata, penolakan itu juga disebabkan PH tiada sokongan di negeri pantai timur itu.

“Semua orang tahu parti yang kuat di Pantai Timur ini Umno dan PAS sahaja. PH memang tiada dalam rekod dan menang tiada sokongan.

“Ramai jentera Umno yang tidak mahu bekerja untuk calon-calon PKR dan Amanah, itu perkara yang berlaku sekarang ini,” katanya.

Menurut laporan itu lagi, PH Terengganu bakal bertanding di 12 kerusi DUN yang kini dikuasai PAS di negeri itu, antaranya Chukai, Kemasik, Sura, Rantau Abang dan Rhu Rendang.

Turut disenaraikan, Alor Limbat, Bandar, Batu Buruk, Manir, Buluh Gading, Kota Putera dan Jabi.

Kesemua enam negeri yang bakal mengadakan PRN dijangka membubarkan DUN masing-masing dalam dua minggu terakhir Jun.

Menteri besar dan ketua menteri dari enam negeri iaitu Selangor, Pulau Pinang, Negeri Sembilan, Kedah, Terengganu dan Kelantan mencapai kata sepakat untuk mempertimbangkan pembubaran itu.

Pemimpin Amanah di negeri jirannya, Kelantan pada akhir bulan lalu sudahpun menyatakan kesediaan untuk menggunakan lambang BN dalam PRN akan datang.

Ketua Amanah Ketereh Che Ibrahim Mohamed dilaporkan berkata, langkah itu memperbesarkan peluang mengalahkan PAS serta Perikatan Nasional (PN) di Kelantan.

Cadangan itu juga atas kesedaran bahawa PH masih belum diterima dengan meluas di kedua-dua negeri itu. – 7 Mei, 2023.

GEROMBOLAN

TOLAK PAKATAN

DI GANU

AMIN

PENYOKONG 

PAKATAN 

DI SELANGOR

DI N. SEMBILAN AKAN

 TOLAK KAVADI

GEROMBOLAN

AMIN

BERAT MEMIKUL

BEBAN PENCURI

BERAT MENGHERET

ROSMAH MANSOR

KAH KAH KAH

KHALAS

SUARA TAIKO ABANG JO



SUARA TAIKO

ABANG JO

AMIN

KHALAS

Unknown commented on 
"KENAPA ABANG JO 
TIDAK BERSUARA ?"
Woit lu baru kenal gps atau macam mana? Sejak zaman Midin, Bera, bila tahun abg Jo yang bersuara Hal begini? Jauh sekali Taib Mahmud..opsss taiko kah? Atau ada taiko-taiko yang lebih taiko? Kehkeh

SABAH SARAWAK KENAL PERANGAI UMNO


SABAH SARAWAK

KENAL BAIK 

KEREENAH

PERANGAI POLITIK

GEROMBOLAN UMNO

KHALAS


Unknown commented on 
"KENAPA ABANG JO
 TIDAK BERSUARA ?"

Sabah Sarawak tahu karenah orang Malaya ini, sejak dulu kekayaan negara dibolot oleh puak puak politik UMNO kuncu sekelian, lihat saja pembangunan jauh ketinggalan kepada Sabah Sarawak sampai air bersih tak ada jalan tak ada, baru sekarang nak heboh bila gerombolon kecundang kah kah kah Laksama Taib Laksana Jo tahu benar perangai puak puak politik Malaya ini kah kah kah jangan kacau harmoni ya v ada di Sabah Sarawak sudah, jangan kan Pak Lebai pun tak boleh masuk kah kah gerombolon masuk Sabah kacau sampai sekarang mereka tahu mereka faham sebab ITU diam diam biarkan budak budak perangai penyamun bergaduh asal jangan kacau kami kah kah kah

BUMIPUTERA ASLI BANGUN MELAWAN


BUMIPUTERA ASLI

BANGUN MELAWAN

KHALAS

ADA PROJEK - BARU DITAHAN SEKARANG ?

 


ADA PROJEK KE?

LEPAS BERTAHUN

CARI TAK JUMPA

KHALAS


Unknown commented on 

"PENCURI DIBAWA PULANG !!!!"

Kah kah tukar sinopsis cerita pulak, bertahun tahun tak jumpa tapi tetiba rajin cari pulak apa sebab? Kah kah ketuk pintu penjara Kajang tahu cerita betul kah kah kah

TUDUH MACAI MENCURI - NAK BEBASKAN NAJIB


AWAS !

NANTI TUDUH

MACAI MENCURI

UNTUK SELAMTKAN

NAJIB NAZAK

KHALAS

Unknown commented on 
"PENCURI 
DIBAWA PULANG !!!!"

Depa ni dah lama dah pun boleh dibawak pulang....dulu atuk nak bawak pulang dah, sekali dia pi letak jawatan, kemudian abahcow pulak, tak nyempat kena sailang pulak ngan umno.. untuk bebaskan Najib atau tidak, itu kita tunggu dan lihat, yang penting abam buat perkara yang wajib dibuat -Bawak balik pencuri walau dimana depa berada. 

PENCURI DIBAWA PULANG !!!!


APAKAH BAWA

PENCURI INI

PULANG KERANA

NAK SELAMATKAN

PENCURI  BERNAMA

NAJIB ?

KHALAS

NGO LARANG RAKYAT SEHAT DAN BERDUIT



Segera warta ketum sebagai dadah berbahaya, gesa MASAC

MAJLIS Penyalahgunaan Bahan Malaysia (MASAC) hari ini menyeru kerajaan segera menggazetkan ketum sebagai sejenis dadah di bawah jadual Akta Dadah Berbahaya (ADB) sebelum hujung tahun ini.

Setiausaha Agung MASAC Raja Azizan Suhaimi berkata langkah drastik menangani gejala ketagihan air ketum tersebut adalah bagi mengelakkan berlakunya lambakan penagih dadah ‘ekspres’  yang lahir daripada pengambilan bahan itu yang kini semakin menular dalam kalangan masyarakat.

“Sudah sampai waktunya permasalahan pengambilan ketum ini tidak dilihat enteng oleh semua pihak kerana ia ibarat api dalam sekam yang akan ‘membakar negara’ dari dalam secara diam-diam dan amat perlu ketum ini digazetkan sebagai sejenis dadah,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Raja Azizan berkata sebagai langkah intervensi awal sebelum ketum diwartakan di bawah ADB, Pusat Pemulihan Dadah Persendirian (PPDP) di seluruh negara boleh digerakkan untuk mendaftar penagih ketum sebagai in house patient atau out patient bagi mendapatkan rawatan secara one-off tanpa hukuman atau rekod jenayah dengan menggunakan dana kerajaan.

Katanya, badan bukan kerajaan (NGO) berkait dadah yang tiada kemudahan PPDP pula boleh disediakan dana bagi mengadakan program ceramah dan penyaluran maklumat kepada mereka yang belum terlibat atau baru sahaja mula ‘berjinak’ dengan pengambilan air ketum.

“MASAC mengharapkan sekiranya ada dana daripada kerajaan untuk NGO membantu gerakan antiketum ini, biarlah ia datang dari Kementerian Kesihatan (KKM) untuk dua tahun pertama ini sebelum pewartaan ketum sebagai dadah berbahaya.

“NGO berkait dadah ini dapat menggunakan dana, kemudahan, kepakaran perubatan KKM sebagai usaha awal menyelesaikan permasalahan yang semakin meruncing dalam masyarakat,” katanya.

Sementara itu, dalam kenyataan berasingan beliau berkata MASAC menyokong penuh usaha Jabatan Penjara Malaysia menjadikan Pendekatan Pemulihan Dalam Komuniti sebagai pilihan utama mengurangkan jenayah berulang terutamanya bagi kesalahan melibatkan kes penyalahgunaan dadah serta penjual dadah kecil-kecilan menjelang 2030.

Menurutnya, langkah tersebut bukan sahaja dapat menyelesaikan isu kesesakan dalam penjara tetapi juga membantu mengatasi masalah penagihan dadah berulang secara kos efektif serta mengajak lebih ramai penagih mendapatkan rawatan secara sukarela.

“Ketagihan dadah adalah penyakit otak kronik yang mudah berulang dan berpanjangan dan kerana itu KKM perlu dilibatkan secara serius dalam merawat penagih dadah untuk mengubah persepsi masyarakat yang ketika ini melihat golongan pesalah dadah ini sebagai penjenayah dan menjadi punca utama mereka kembali ke kancah penagihan.

“Perintah untuk menjalani pemulihan komuniti boleh dikeluarkan mahkamah bagi mereka yang terlibat dengan dadah untuk taat mengikuti pemulihan dan sebarang keingkaran atau lari dari pemulihan boleh diteruskan dengan hukuman di penjara yang lebih berat,” katanya. – Bernama, 6 Mei, 2023.



WOIT

KAH KAH KAH

SATU LAGI

NGO PAK LEBAI

MAHU JAGA

KESIHANTAN KITA

KAH KAH KAH

MEK DONAL RACUN

KENTAKI FRIED FAK

RACUN

AIR KARBONAT

RACUN

AMIN

TAPI PUAK NI

SENYAP ATK

KOMEN

AMIN

POKOK ASLI

DARI BUMI DILAWAN

KAH KAH KAH

INI LANGKAH

ANTI KESEHATAN

ANTI PAK TANI

ANTI SUMBER

EKONOMI MELAYU

KHALAS

KENAPA ABANG JO TIDAK BERSUARA ?


Fadillah jamin GPS pastikan kerajaan pimpinan Anwar stabil

GABUNGAN Parti Sarawak (GPS) mahu terus memberi tumpuan kepada kestabilan kerajaan perpaduan demi membangunkan ekonomi dan rakyat Malaysia seperti yang dititah Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah.

Timbalan perdana menteri yang juga Ketua Whip GPS Fadillah Yusof berkata kerajaan perpaduan stabil dan kuat, serta ini dibuktikan menerusi sokongan 148 ahli Parlimen selain Belanjawan 2023 yang telah diluluskan di Dewan Rakyat pada April lepas.

“Bagi GPS, itu (kestabilan kerajaan) fokus kita dan kita tak mahu berpolitik lagi, kerana sekarang ini (adalah) masanya untuk membangun dan memulihkan ekonomi negara demi rakyat,” katanya pada sidang media selepas Majlis Ramah Tamah Aidilfitri 2023 anjuran Masjid Bintangor dan Haji Taha (MBHT) di Kuching malam ini.

Beliau mengulas kenyataan Perdana Menteri Anwar Ibrahim hari ini yang yakin Kerajaan Perpaduan akan kekal sehingga pilihan raya umum akan datang. – Bernama, 5 Mei 2023.

BERITA INI BAWA

 TIGA PERKARA

AMIN

PERTAMA BERITA

INI SAHKAN

KERAJAAN INI

TIDAK SETABIL

AMIN

 KEDUA

KUNCI STABIL

DITANGAN SARAWAK

AMIN

KETIGA INI

HANYA KENYATAAN

FADILLAH BUKAN

ABANG JO

AMIN

TAIKO BESAR

DI SARAWAK IALAH

ABANG JO

AMIN

GODFATHER IALAH

TAIB MAHMUD

AMIN

KENAPA TAIKO

DAN GODFATHER

TIDAK BERSUARA ?

KHALAS


BERHENTI 24 JAM DARI OPIS PMX



Ketua pasukan komunikasi Perdana Menteri ‘berhenti’ 24 jam?
KUALA LUMPUR – Pengarah Bahagian Media dan Komunikasi Strategik Perdana Menteri, Datuk Wan Nurzila Abd Rahman, dikatakan telah tamat perkhidmatan dengan notis 24 jam semalam.

Menurut sumber, Wan Nurzila ‘diberhentikan’ berikutan krisis antara beberapa fraksi komunikasi dalam kalangan jentera Perdana Menteri dan kegagalan kempen Malaysia Madani.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim kini berhadapan pel,bagai kritikan rakyat berikutan kekeliruan dasar dan pendekatan yang tidak meyakin dala  melaksanakan polisi untuk negara.

Selain itu, krisis antara PMO dan Jabatan Komunikasi Komuniti (J-KOM) dikatakan antara punca utama penamatan tugas Wan Nurzila. PMO dan J-KOM dilihat mempunyai hala tuju berbeza menyebabkan imej kerajaan kian lemah.

Sejak beberapa hari lalu, Ketua Pengarah J-KOM,  Datuk Dr Mohammad Agus Yusoff, terpaksa tampil mempertahankan dirinya bukan ‘cybertrooper’ (tentera maya).

Manakala dalam lingkungan politik Perdana Menteri, Mohammad Agus dikatakan mempunyai masalah dengan Setiausaha Politik Perdana Menteri, Shamsul Iskandar dan Nurul Izzah Anwar.

Bagaimanapun sehingga berita ini ditulis, SuaraTV masih belum mendapat pengesahan dari Pejabat Perdana Menteri atau mana-mana sumber kerajaan mengenai berita ini.

WAT IS

DE BIKOS

KAH KAH KAH

PASAI APA

LETAK JAWATAN

KAH KAH KAH

INI TAK MADANI

INI DI LUAR TABII

KAH KAH KAH

KHALAS