Ahad, 19 April 2015

SATU PENCERAHAN








FACE BOOK



Mempersada Pas di pentas perjuangan. Jom sertai wacana ringkas bersama bekas Naib Presiden Pas yg juga bekas Ahli Majlis Syura Ulama Pas, Tuan Guru Hj Ahmad Awang pd 26 April 2015 di Pusat Khidmat Adun, Hulu Klang. Amacam?
 — 





-------

ANAK MUDA BANGUN MELAWAN







#KitaLawan

terus bangun dan lawan



SILA BACA BERITA INI













DAP bukan boleh perintah selain Pulau Pinang

PADANG TERAP - Pas bukan kuda tunggangan atau alat bagi DAP atau PKR kerana kerjasama politik antara komponen itu tidak membawa kerugian kepadanya.  

Timbalan Presidennya, Mohamad Sabu berkata, Pas tidak bimbang kerana DAP tidak boleh menang dan memerintah negeri lain selain Pulau Pinang.

“Kita (Pas) berupaya untuk menang sekurang-kurangnya 10 negeri jikalau PR dijaga sebaik mungkin dengan prinsip dan dasar tidak lari dari perjuangan asal.

“Kalau kita menang di Perlis, Kedah, Kelantan, Terengganu, Pahang, Johor dan Melaka yang menjadi menteri besar ialah Pas. Kenapa kita perlu bimbang,” katanya ketika  merasmikan Mesyuarat Agung Tahunan Pas Kawasan Padang Terap kali ke-40 di Kompleks Pas Kawasan, Kampung Barokas, di sini hari ini.

Beliau yang juga Pesuruhjaya Pas Pulau Pinang berkata, parti itu akan lebih kuat jika bergerak sendirian, tetapi sukar untuk menang dalam pilihan raya.

“Jajahan takluk Pas dari Rantau Panjang hingga Kemaman, hatta Kedah yang Pas paling kuat dalam Malaysia pun, kita hanya berjaya tawan 12 kerusi parlimen pada tahun 1999.

“Pas memerintah Kedah atas sokongan kaum lain yang menyokong PR hasil kerjasama politik PKR dan DAP,” katanya.

Menurutnya, ahli Pas di Pulau Pinang merasakan seolah-olah mereka seperti diperalatkan oleh DAP. Begitu juga di Selangor apabila berasa menjadi alat kepada PKR.

“Tetapi kita belum menang keseluruhan dan tawan Putrajaya. Hanya baru secara rasmi kita menjalinkan kerjasama politik,” katanya
.






--------------

PAKATAN TETAP WUJUD





KOMENTAR
sebenarnya
bukan krisis pas
bukan krisis pakatan
bukan krisis 
antara pas dengan pkr dan dap
ini krisis kepimpinan hadi
kepimpinan yang semakin dipersoalkan








PAS tidak akan 

tinggalkan PR

KOTA BHARU - Pas tidak akan tinggalkan PR. Demikian tegas Setiausaha Agung parti itu,  Mustafa Ali.

Ini kerana insiatif untuk menubuhkan gabungan atau pakatan parti pembangkang adalah daripada Pas, bukan parti-parti lain yang menganggotai PR.

"Jadi, tidak ada sebab untuk Pas meninggalkan apa yang pemimpinnya sendiri usahakan," kata Mustafa.

Menurut beliau, PR yang dahulunya bermula sebagai Barisan Alternatif diwujudkan atas insiatif presiden Pas yang terdahulu,  Fadzil Nor.


KAH KAH KAH
woit
nak tinggal macam mana
apa akan jadi
dengan dajah deen
apa akan jadi
dengan mat serban
ilang gaji di selangor
kah kah kah

APA PUNYA TUUR




-----------

TURUN TURUN 1 JUTA 1 MEI





TURUN TURUN

1 JUTA 1 MEI


SERANGAN MAHATHIR BERTERUSAN





KOMENTAR
apa yang sedang berlaku ini 
amat menarik
amat baik untuk pakatan
amat menguntungkan pakatan

barah ini sedang menular
lagi lama  perang ini
lagi terhakis sokongan orang ramai

mahathir melancarkan perang 
ini perang jangka panjang
mahathir menyerang
najib bertahan
dalam semua sejarah perang
yang bertahan akan lungkup

Mubarak sedia jadi orang tengah antara

Mahathir, Najib

Majlis Bekas Wakil Rakyat Malaysia (Mubarak) bersedia menjadi orang tengah bagi mencari penyelesaian berhubung kemelut antara Pe Najib Razak dan bekas perdana menteri Mahathir Mohamad.
Presidennya  Abdul Aziz Abdul Rahman berkata, penyelesaian segera perlu dilakukan agar ia tidak membuka ruang kepada Pembangkang untuk menyerang Kerajaan Persekutuan dan Umno
- See more at: http://www.themalaysianinsider.com/bahasa/article/mubarak-sedia-jadi-orang-tengah-antara-mahathir-najib#sthash.jA7Tnu61.dpuf


KAH KAH KAH

woit
murabak ni apa?
MURABAK ini tak sedar
mahathir nak tendang najib
bukan nak gaduh
tendang & gaduh ada beza
woit
mahathir nak PM baru
sedang risik ku li
sedang risik pkr
murabak ni tak faham ke

UDAH KOYAK RABAK



----------------

HARGA BARANG SEMAKIN NAIK






HARGA SUDAH NAIK
woit semalam aku pi beli susu anak... bulan mac harga susu rm 15.50... aku tau sebab selalu beli utk 600 gm...semalam terkejut beruk harga susu sama sekarang rm 16.50...naik sehinggit dah...

yang aku tau najib dan geng tak layak memerintah negara... semua puak nie perlu masuk jamban saja berak kat muka...hancur negara ini dibawa sebelum zaman perintah british...kah kah kah on PEMINAT OHHH PEMINAT
Publish | Delete | Spam
Anonymous
on 4/18/15


NOTA
tunjukkan kemarahan
turun ramai ramai
1 juta 1 mei ini



---------------------

GULINGKAN NAJIB YANG NAZAK





KOMENTAR

keadaan semakin mendesak
orang ramai semakin benci
mahu najib & rosmah undur



PENIPUAN DIBONGKAR






FACE BOOK


Brim bukan saja berasal daripada GST tapi juga KWSP
— with Jefrey JohnAqueira LocastoAmylya Francisand 36 others.



Like · Comment · Share
  • Leo Ryian Dah lama tau ini....kwsp pun pernah kena pinjam utk bayar br1m......jadi pihak kwsp nak buat helah utk naikkan umur pengeluaran kepada 60 thn...bangkai gajah tidak boleh tutup dgn nyiru.!






-----------------

PELIK DAN BENAR





Umno Kedah sokong PM, MB
Badan Perhubungan Umno Kedah hari ini menyatakan sokongan penuh dan tidak berbelah bahagi kepada kepimpin Najib Razak yang juga Presiden Umno dan Menteri Besar Mukhriz  Mahathir.


 - See more at: http://www.themalaysianinsider.com/bahasa/article/umno-kedah-sokong-pm-mb#sthash.YNoYE1CQ.dpuf
KAH KAH KAH

woit
ini pelik
ini amat ganjil
ini macam 
akan makan babi
kalau sembelih
kah kah kah

APA PUNYA TUUR


-------------

COOL DAN LAWAN



Kayuhan protes berbasikal Kita Lawan


Peserta protes berbasikal Kita Lawan mula berkumpul berdekatan dengan Dataran Merdeka untuk memulakan kayuan.

Pada jam 4.30 petang ini, kira-kira 15 peserta kelihatan berada di situ bersama-sama dengan basikal masing-masing.

Rata-rata mereka memakai baju warna hitam dengan tulisan merah di depan berbunyi "kita lawan sampai menang".

Turut kelihatan dua kereta peronda polis di seberang Dataran Merdeka untuk memantau keadaan.

Manakala sekitar 10 anggota polis beruniform kelihatan sedang memerhatikan keadaan dari jauh.

Kira-kira jam 4.35 petang, para peserta protes itu kelihatan sedang memakai helmet masing-masing untuk memulakan kayuan.

Turut menyertai kayuan tersebut ialah anak perempuan Datuk Seri Anwar Ibrahim, Nurul Nuha, yang memakai helmet bertulisan 'Kita Lawan'

Ketika ditemui Malaysiakini, Nurul Nuha berkata, kayuhan basikal itu merupakan salah satu cara menunjukkan protes Kita Lawan.

Menurut, beliau menyokong penuh kayuan basikal pada hari ini.

Sementara itu, dua anggota polis. termasuk seorang berpangkat inspektor, kelihatan menghampiri kumpulan tersebut dan bertanya kenapa mereka berada di situ.

Sekretariat Kita Lawan berkata mereka berada di situ untuk melakukan 'exercise'.

Apabila ditanya anggota polis tersebut ke mana hendak pergi, mereka menjawab 'tak tahu nak pergi mana'.

Sementara itu, pengarah strategi Angkatan Muda Keadilan, Akmal Nasir berkata mereka akan berhenti di Sogo dan KLCC sebelum berpatah balik ke dataran.
Menurutnya, protes tersebut adalah untuk anak muda, supaya cukai ke atas aktiviti sukan dan barangan sukan dihapuskan.

Mereka memulakan kayuan sekitar jam 5 petang dalam kumpulan seramai kira-kira 20 orang.

Malaysiakini menemui inspektor berkenaan untuk bertanya sama ada kumpulan itu melakukan sebarang kesalahan berada di situ.

Beliau menjawab ia bukan satu kesalahan tetapi beliau cuma khuatir sekira mereka tidak memakai peralatan keselamatan diri ketika berbasikal seperti helmet.

"Tak jadi kesalahan untuk berbasikal beramai-ramai," katanya.

Bagaimanapun, mereka tidak jadi berhenti di Sogo kerana hujan rintik dan meneruskan kayuhan memasuki Jalan Raja Laut menuju ke KLCC.

Dari KLCC mereka menuju ke Bukit Bintang dan berhenti di depan sebuah hotel di sebelah Pavilion, sambil menyanyikan 'buruh tani', rasa sayang, serta melaungkan berulang-ulang slogan 'Tolak GST' dan 'Hidup Rakyat'.

Mereka berhenti berhampiran depan hotel selama 15 minit, dan kelihatan ada yang pergi membeli minuman.

Selepas itu mereka meneruskan kayuhan menghala ke arah Puduraya, sambil mengayuh basikal, mereka melaungkan slogan 'Tolak GST' dan 'Hidup Rakyat'.

Dari Puduraya mereka menghala ke stesen KTM Kuala Lumpur dan tiba semula di dataran Merdeka kira-kira jam 6.20 petang.

Mereka berhenti dan berhimpun di tempat awal tadi sambil menyanyi lagi 'Kita Lawan" bertepuk tangan menandakan kayuhan sudah tamat.

Mereka turut mengibarkan sepanduk berwarna hitam dengan bertulisan 'Kayuh bantah GST, #Kitalawan'.

Sementara, Akmal memberitahu pemberita bahawa kayuhan Kita Lawan merancang untuk mengadakan aktiviti kayuhan basikal di Pahang dan Pulau Pinang minggu depan, masing-masing sempena pilihan raya kecil Rompin dan Permatang Pauh.

Peserta kayuhan sejauh 13km petang ini bersurai secara aman pada kira-kira jam 6.35 petang.

-------------