Isnin, 27 Januari 2014

GEREJA DI SERANG




Kecam Serangan ke Atas Gereja dan Saranan Menerima Konsensus Nasional

AMK Pulau Pinang mengecam tindakan mereka yang cuba menimbulkan keresahan kaum dan menganggu-gugat keharmonian kaum di negeri Pulau Pinang. Tindakan menaikkan kain rentang hasutan dan melemparkan molotov ke Gereja di Pulau Pinang adalah satu perubatan keji dan wajar dikecam semua pihak.

AMK Pulau Pinang menggesa PDRM dan pihak keselamatan untuk mengambil tindakan tegas dan segera ke atas mereka yang jahat dan tidak bertanggungjawab ini. Tindakan mereka ini bakal menimbulkan huru-hara dan keadaan tidak aman di Pulau Pinang. 

AMK Pulau Pinang juga berharap, setiap lapisan masyarakat, baik Melayu, Cina, India, Islam, Kristin, Buddha, Hindu atau apa saja agama dan etnik - untuk terus kekal tenang dan sama - sama menyeru kepada toleransi dan hormat di antara pelbagai kaum dan agama. 

AMK Pulau Pinang juga akan mula mengerahkan anggota AMK untuk memantau situasi dan turut sama menyebabkan mesej anti-perkauman dan menggesa supaya Kerajaan Pusat Barisan Nasional untuk menimbangkan tawaran Dato' Seri Anwar Ibrahim, Ketua Pembangkang Malaysia dan Ahli Parlimen Permatang Pauh untuk memulakan konsensus nasional demi mengekalkan keamanan negara ini

Dr AFIF BAHARDIN
Ketua AMK Pulau Pinang 


Cubaan bakar gereja: Najib gesa semua pihak bertenang

OLEH EILEEN NG
Putrajaya menggesa semua pihak bertenang bagi mengelakkan isu kaum dan agama terus dimainkan selepas satu cubaan membakar gereja awal hari... SELANJUTNYA






------------

KHALID BAWA MASUK SPRM






KOMENTAR TUKAR TIUB
persolaan hakiki 
yang perlu diterangkan kepada orang ramai
terutama pengudi di selangor ialah

apa penting sangat jadi ahli lembaga pengarah pkns?
ada apa dibelakang ahli lembaga pengarah ini?
ada lubuk apa kalau jadi lembaga pengarah?
ada dapat gaji besar ke?
ada projek besar ke?
ada dapat beri kontrek ke?

kalau tak jadi lembaga pengarah
apakah tidak dapat membantu orang ramai?

semua ini soalan hakiki yang semakin merebak
hasil dari kecoh antara
khalid dan azmin

KUALA LUMPUR:Pertelagahan politik antara Abdul Khalid dengan Azmin tidak membawa kebaikan kepada rakyat Selangor bahkan memberi gambaran negatif terhadap imej politik Pakatan Rakyat.

GAPURA

kah kah kah
nota
kepala bana apa gapura ni?
kah kah kah



-----------

TUKAR TIUB TEPAT LAGI





TUKAR TIUB
telah memecah berita 
makan satay di kajang
berita sah dan tepat

siapa calon pkr?

nanti dan tunggu

jeng jeng jeng



MAKAN SATAY

KAJANG


KAH KAH KAH

KAH KAH KAH


KAH KAH KAH


-----------

MEMECAH BERITA SEDUNIA - WORLD BREAKING NEWS



TUKAR TIUB
SEKALI LAGI
 PECAH BERITA SEDUNIA
WORLD BREAKING NEWS




MAKAN SATAY

KAJANG


KAH KAH KAH

KAH KAH KAH


KAH KAH KAH


--------

TURUN TURUN TURUN





KOMENTAR TUKAR TIUB
jika ttpa di tanda tangani
jika gst di teruskan
maka orang ramai akan turun ke jalan raya


TURUN TURUN
 

Tetap berhimpun jika harga tak turun

BUTTERWORTH - Bantahan aman akan diadakan di lokasi-lokasi terpilih setiap bulan sehingga 1 Mei hadapan sebagai tanda protes selagi harga barang masih tidak turun.

Pengarah Strategi PKR, Rafizi Ramli berkata, bantahan itu akan berterusan selagi Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) tidak dihapuskan dan harga barangan keperluan rakyat tidak diturunkan.

“Satu perhimpunan besar-besaran akan dibuat di ibu negara pada 1 Mei dan semua rakyat diminta turun berikan sokongan bagi memastikan suara kita didengari pemimpin.

“Perhimpunan ini tidak ada kena mengena dengan peristiwa 13 Mei seperti yang didakwa sesetengah pihak, malah berjalan lancar dengan kerjasama semua pihak,” katanya ketika menghadiri Himpunan Turun 2.0 di hadapan pintu masuk pusat beli-belah Sunway Carnival, semalam.

ANAK ANAK MUDA

BERSEDIA

KE JALAN RAYA

1 MEI 2014

------------

MENDAFTAR KULIAH FALSAFAH








DAFTAR 

SEKARANG



kelasfalsafah@gmail.com

TIAP KHAMIS 
kelas bermula jam 9:00 malam
khamis 6 febuari 2014
di universiti bangsar utama
52c jalan kemuja
bangsar utama
belakang stesen lrt bangsar


LUAR KUALA LUMPUR
sila layari
radio bangsar utama
untuk mendengar kuliah

-----------

TAKADA DUIT DALAM BANK






SISTEM EKONOMI KAPITALIS 
SEDANG NAZAK

sekali lagi krisis ekonomi muncul

berita terkini
hsbc 
bank beribu pejabat di london
kini tidak  ada duit
hsbc  melarang pelanggan 
bawa keluar duit
ini sedang berlaku di uk
ini sedang berlaku di new york

kuala lumpur?
siapa ada akoun sila keluarkan duit
sebelum bank ini lingkup

di china pekara sama sedang belaku
bank negara china
beri arahan bank bank
 agar hentikan keluar duit


HSBC Bank 

on Verge of Collapse:

 Second Major 

Banking Crash Imminent

ars are growing that HSBC bank is insolvent, after the Bank refused cash withdrawals and has an $80bn blackhole in their balance sheet.  Today, China itself has suspended cash transfers amid fears that it is not just HSBC but the Chinese state that has run out of cash.
A variety of sources including ForbesMax Keiser, and FXstreet (Forex) have are reporting a Bank of China announcement suspending all cash transfers for the next several days.  The Forbes report states:
“The People’s Bank of China , the central bank, has just ordered commercial banks to halt cash transfers.
In short, there will be a three-day suspension of domestic renminbi transfers.  There will also be a suspension, spanning nine calendar days, of conversions of renminbi to foreign currency.
This from the Telegraph:
Forensic Asia on Tuesday began its coverage of Britain’s largest banking group with a ‘sell’ recommendation, warning the lender had between $63.6bn (£38.7bn) and $92.3bn of “questionable assets” on its balance sheet, ranging from loan loss reserves and accrued interest to deferred tax assets, defined benefit pension schemes and opaque Level 3 assets.
----------

NAJIB DISERANG PEMUDA PERKASA






KOMENTAR TUKAR TIUB
persoalan hakiki 
adakah najib akan selamat
kelihatan serangan
datang bertalu talu

nafas najib semakin sesak
najib  sedang bernafas dalam lumpur


Najib lemah, gagal pertahan kalimah Allah, kata Pemuda Perkasa

Sayap pemuda Pertubuhan Pribumi Perkasa Kebangsaan (Perkasa) menyelar Perdana Menteri Najib Razak yang dilihat "membisu" terhadap isu penggunaan kalimah Allah oleh bukan Islam.
Ketua Wira Perkasa Irwan Fahmi Ideris  dalam blog miliknya berkata, Najib dilihat "tidak bijak" menangani isu berkenaan apabila gagal mempertahankan kalimah yang dianggap sebagai eksklusif kepada umat Islam di negara ini.
"Kita dapat melihat kepimpinan negara amat lemah sehinggakan tidak dapat mempertahankan kalimah ini lalu menjualnya kepada agama lain pada April 2011,” kata Irwan merujuk kepada penyelesaian 10 perkara yang ditawarkan Putrajaya dengan membenarkan penggunaan kalimah Allah dalam Al-Kitab dan upacara keagamaan lain menjelang pilihan raya negeri Sarawak.

KAH KAH KAH
KAH KAH KAH
KAH KAH KAH


woit.... LAGI MAT KANG KONG KENA TIBAI... kah kah kah..

kah kah kah...LAGI MAT KANG KONG KENA TEKAN.... kah kah kah...


------------

SATU PENCERAHAN





BANI KETUANAN MELAYU 
DAH PANDAI BERDEMO
PECAH UNTUK PERENTAH
saya percaya semua kita tau siapa yang akan menguntungkan diri dengan isu kalimah allah nie, isu ini sengaja dimainkan demi politik, tiada sebab lain, harapan agar pas akan menjauhi dap, melayu akan memusuhi kristian, cina, india. real politik sini ialah kepincangan yang sedang berlaku dalam Negara, tadbir urus yang lemah, pemimpin yang bodoh dan bangang, ekonomi yang merundum, kos sara hidup yang semakin meningkat, semua ini ditenggelamkan dengan isu-isu sensasi yang sengaja ditimbulkan

ini lah cara mentadbir Malaysia dengan berkesan, cuba sedaya upaya agar semua kaum tidak bersatu, pecah perintah perlu diteruskan untuk kekalkan kuasa hagemoni yang selama ini memerintah, kalau ada penganut bergaduh, bermusuh dan berbunuhan tidak menjadi kerugian asal kuasa politik terus dikekalkan, jadi sedarlah wahai bani yang berada di bumi ini, segala harta dirompak depan mata dibiarkan, bergaduh pasal isu yang mungkin dianggap penting, tapi percayalah Tuhan tahu menjaga diri dan tak perlukan on KONSENSUS NASIONAL
Publish | Delete | Spam
Anonymous

on 1/27/14

---------

NASI PANGGUNG KELMARIN







 NASI PANGGUNG KELMARIN
 

Jalan Panggung semalam penuh sesak,
sesak dengan anak muda, 
sesak dengan warga tanpa rumah,
dari seluruh pelusuk tanah malaya,
datang bertemu, meraikan bersama
makanan itu keperluan semua

Menu dan para penyumbang hari ini:-
Tim Dapur Jalanan - Pasta Ikan 
Tim Kolej Berjaya - Onde - Onde, Dadih
Tim Syed Syahir - Roti Canai // Air Mineral
Tim Politeknik Nilai - Roti
Tim Waris design Lab - Pinggan // cawan
Kak Yatt & Famili - Buah Appple // Snack
Aisyah Awek Cun - Buah Limau 
Pyanhabib the towkey air
Para penyumbang tenaga; yang sibuk, buat sibuk, buat ramai, buat meriah :-
Ikhwan the master chef, Faz, Nabilah, Asyraf, Fateha dan kawan2 
Fiz, Hussin dan kawan - kawan dari Berjaya Kolej
Haziq dan mamat2 hensem dan awek2 cun dan pensyarah2 dari politeknik Nilai 
Kawan-kawan dari Waris Design Lab
Hazman, Zarif,dan awek2 cun dari MSU Ohana
Melati & mamat- mamat cool dari geng kotak
dan kawan-kawan yang bersama meraikan Dapur Jalanan hari ini!

TERIMA KASIH SEMUA
Jangan segan2 nak datang 
jumpa semua minggu hadapan
Minggu hadapan berTema: MERAH
bersempena Tahun Baru Cina
Gong Xi Fa Cai! Happy Chinese New Year!

Untuk makluman semua:
bermula Februari nnt (2 Februari 2014) Dapur Jalanan akan berdapur di jalan panggung bermula jam 5.30 ptg.  



maklumat info, sila cari dan tekan like Facebook page DapurJalanan KualaLumpur dan follow twitter: dapurjalananKL 

yang mahu menyumbang boleh masuk ke akaun dapur jalanan
   1479-0000917-05-1
 spkl collective

- Untuk yang ingin sama-sama potong bawang, potong atau sumbang makanan atau apa-apa nak disumbang boleh tekan number dibawah
  Pakwan = 013-4315356  atau Hadikhalid = 012-6648873

Dapur Jalanan Kuala Lumpur
 *Makanan Adalah Hak Anak Semua Bangsa*
26 Januari 2014

GONG HEE FATT CHAI 
Note
Baju kuning group dari politeknik Nilai (40orang)
Baju hitam group "waris design Lab" dari UITM


------------

DOK ROK CHETONG - GAPO?




KOMENTAR TUKAR TIUB
pergi melawat sambil belajar
ada salah satu cara bagaimana
menteri united malays national organisation
rembat duit negara

justeru anak muda wajib
memberi jawapan yang tepat
kepada kerja jahat ini

kerana dunia ini akhirnya adalah milik
anak muda

KUALA LUMPUR: Menteri Besar Terengganu, Ahmad Said perlu menjelaskan siapakah menanggung perbelanjaan dan tujuan lawatan ke Antartika.

“Kita minta dia tampil berikan penjelasan. Berapakah belanja, siapa sponsor, apakah tujuan lawatan itu?

“Adakah lawatan ke Antartika boleh menyebabkan harga barang turun dan jadi murah,” ujar Pengerusi Pimpinan PKR Terengganu, Azan Ismail dipetikKeadilanDaily.

Pada 15 Januari lepas, media melaporkan Ahmad mengetuai lawatan ke Antartika selama 15 hari anjuran Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi melalui inisiatif Yayasan Diraja Sultan Mizan (YDSM).

Orang ramai dinasihat pakai baju tebal

Kota Bharu: Orang ramai dinasihatkan memakai pakaian tebal berikutan fenomena perubahan cuaca kepada sejuk terutama sekitar jajahan Kuala Krai di negeri ini. »

KUALA LUMPUR: Isu lawatan Menteri Besar Terengganu ke benua Antartika memasuki episod baru apabila Yayasan DiRaja Sultan Mizan (YDSM), 24 Januari lalu menafikan ia menganjurkan lawatan Datuk Seri Ahmad Said ke Antartika.

  • Lawat Antartika: YDSM nafi, mana penjelasan MB T’ganu

    27-01-2014 HARAKAHDAILY
    Lawat Antartika: YDSM nafi, mana penjelasan MB T’ganuKUALA LUMPUR: Penafian Yayasan Diraja Sultan Mizan (YDSM) penglibatan mereka dengan lawatan Menteri Besar Terengganu ke Antartika sebagaimana dilaporkan media sangat menarik perhatian rakyat negeri itu.


KAH KAH KAH

KAH KAH KAH

KANG   KONG
-----------

BUDAYA DEMO DI SANA SINI










LAGI DI TEGAH
LAGI RAMAI YANG TURUN


Protes 'kandar sayur' di PP hari ini

Orang ramai pelbagai kaum hari ini berkumpul di Sunway Carnival Mall, Pulau Pinang bagi menyatakan bantahan terhadap kenaikan harga barang dan kos sara hidup
KAH KAH KAH
KAH KAH KAH
KAH KAH KAH

woit...LAGI B UGHAH... LAGI  MELAWAN... kah kah kah

KAH KAH KAH

ANAK MUDA BANGUN MELAWAN

-------------

KONSENSUS NASIONAL





PERUTUSAN KHAS UNTUK RAKYAT MALAYSIA
26 JANUARI 2014, SUNWAY HOTEL
 
KE ARAH SEBUAH KONSENSUS NASIONAL
 
1. Lebih empat bulan sudah berlalu sejak kita menyambut Hari Merdeka dan Hari Malaysia. Namun menyambut hari-hari bersejarah ini kurang maknanya jika kita tidak mengamati kerangka lebih besar bagi negara kita di kala ini.
 
2. Perlu saya tekankan betapa pentingnya kerangka lebih besar ini.
 
3. Inilah sebabnya saya mengambil peluang untuk memberikan satu perutusan bukan sahaja untuk kalian yang hadir di majlis ini, tetapi untuk seluruh rakyat Malaysia di dalam dan juga di luar negara.
 
4. Yang saya maksudkan dengan 'seluruh rakyat Malaysia' adalah keseluruhan keluarga anak Malaysia - tanpa mengira kaum, agama, kumpulan budaya mahupun bahasa ibunda; tidak kira sama ada anda menetap di Semenanjung atau di Sabah dan Sarawak; dan tanpa mengira pendirian politik.
 
5. Tidak kira sama ada anda bersama Pakatan Rakyat atau Barisan Nasional, atau anda tidak bersama kedua-duanya, atau anda bebas ataupun menjauhi politik, saya tujukan perutusan ini kepada seluruh warga Malaysia.
 
6. Perutusan ini dilakar dengan penuh rasa cinta terhadap nusa dan bangsa, tanpa rasa benci terhadap sesiapa. Ianya dikarang dengan nawaitu penuh harapan, dan bukannya  dipenuhi dendam kemusnahan. Ianya dikarang agar semua termasuk diri saya sendiri akan membawa intipatinya pulang dan disebarkan kepada keluarga, jiran tetangga, sahabat handai, dan sanak saudara agar kita sebagai satu umat akan dapat maju ke hadapan.
 
7. Di awal kalam saya ada menyebut tentang menyambut Hari Merdeka dan Hari Malaysia dan bagaimana untuk memaknai hari-hari bersejarah itu. Pertama sekali, ianya merupakan sambutan hak-hak kita sebagai warga negara seperti yang termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan, sebuah dokumen kenegaraan yang dipersetujui bersama oleh pimpinan negara di kala kita merdeka.
 
8. Perlembagaan ini bukan hanya kata-kata. Ia adalah sebuah dokumen berdaulat yang dizahirkan daripada satu persetujuan di kalangan para pemimpin yang mewakili pelbagai komuniti yang tinggal di tanah air tercinta ini.
 
9. Ia menjamin hak kita kepada kehidupan dan kebebasan, kepada kebebasan bersuara, berhimpun dan berkesatuan. Ia menegaskan kesaksamaan rakyat di bawah naugan undang-undang dan menjamin kebebasan beragama.
 
10. Prinsip-prinsip ini wajib dihormati semua komuniti, sama ada mereka dari kalangan majoriti mahupun minoriti. Prinsip-prinsip ini wajib disanjung tinggi ahli-ahli politik dalam percakapan dan perilaku sama ada mereka berkuasa mahupun di kalangan pembangkang. Semua kumpulan masyarakat sivil, badan-badan bukan kerajaan, dan semua organ-organ negara wajib mematuhi hak-hak di dalam perlembagaan ini.
 
11. Identiti Malaysia sebagai sebuah negara berbilang kaum cukup terikat dengan keeratan silaturrahim di kalangan semua kaum yang tinggal di bumi tercinta ini. Jika keutuhan silaturrahim ini tercalar, maka identiti kita sebagai warga Malaysia juga bakal terhapus.
 
12. Maka, selepas 56 tahun merdeka pertalian silaturrahim ini bukan sahaja wujud malah bertambah kukuh dan erat. Namun, mutakhir ini, beberapa keadaan dan kejadian telah mengakibatkan silaturrahim ini, yang merupakan tiang seri identiti kita, semakin renggang.
 
13. Malah kejadian-kejadian ini seperti semakin menjadi-jadi hingga kelihatan seperti mampu menggugat perpaduan. Walaupun perpaduan di kalangan kita belum lagi musnah, bak kata pepatah, mencegah lebih baik daripada mengubati.
 
14. Kita tidak boleh leka. Ini kerana kita sedang menyaksikan tindakan beberapa pihak yang sedang berusaha sedaya upaya untuk membawa negara ke ambang kemusnahan.
 
15. Kita sebenarnya belum menyaksikan usaha sebegini rupa semenjak kejadian-kejadian yang berlaku sebelum tercetusnya tragedi 13 Mei 1969. Suara-suara kebencian dan kemarahan, suara-suara berprasangka buruk dan penuh syak wasangka, dan suara-suara kemusnahan dan kebobrokan yang cuba menghancur-leburkan keharmonian, kerjasama dan persefahaman yang telah kita bina dari runtuhan tragedi ini.
 
16. Saya menggesa seluruh rakyat Malaysia untuk bangkit dan bersuara. Biarlah suara-suara rakyat yang penuh rasa hormat dan mahabbah, suara-suara yang penuh timbang rasa dan kepercayaan, suara-suara perpaduan dan integrasi mengalahkan suara-suara sumbang yang penuh kebencian, dendam kesumat, perbalahan dan kemusnahan.
 
17. Kita perlu mengubah halatuju kita dari arah polarisasi yang menjadi-jadi menuju arah penyepaduan yang lebih jitu. Kita perlu hentikan semangat perkauman yang keterlaluan, hentikan budaya menghasut persengketaan dan kebencian terhadap penganut agama, dan merapatkan silaturrahim sesama kita di dalam semangat perpaduan.
 
18. Para pemimpin dari kedua-dua belah pihak perlu mengenepikan isu kepartian dan menunjukkan semangat kepimpinan sejati untuk meleraikan ketegangan ini dan berusaha memperbaiki keadaan.
 
Konsensus nasional
 
19. Maka telah tiba waktunya untuk kita semua mencapai satu konsensus nasional terhadap isu-isu yang teramat penting ini yang mendatangkan impak terhadap identiti kita sebagai sebuah bangsa dan negara.
 
20. Dengan memegang kukuh pada semangat perlembagaan, semua pihak perlu berhenti mempersoal kedudukan utama agama Islam sebagai agama bagi Persekutuan.
 
21. Dalam menegaskan kedudukan Islam dan mengakui bahawa orang Islam merupakan majoriti penduduk di negara ini, kita mesti menolak tanggapan bahawa Islam sedang terancam. Kita mesti menolak tanggapan bahawa wujudnya satu konspirasi jahat untuk merubah status Islam sebagai agama bagi Persekutuan kepada satu agama yang lain.
 
22. Pada masa yang sama kita perlu memperakui hak-hak yang termaktub dalam perlembagaan terpakai buat semua agama lain di tanah air kita. Kita adalah sebuah negara yang mempunyai pelbagai komuniti agama. Dari sudut ini, penganut agama Buddha, Taoisme, Kristian, Hindu, Sikh dan penganut-penganut agama etnik lain perlu diberi kebebasan untuk mengamalkan agama mereka sebagaimana yang mereka pilih.
 
23. Dalam menuju konsensus ini, marilah kita memberi tumpuan kepada perkara-perkara yang amat mustahak untuk negara kita maju ke hadapan.
 
24. Marilah kita bekerjasama untuk mengatasi masalah-masalah dalam isu tadbir urus, ketelusan dan kebertanggungjawapan. Tidak kira di peringkat Pusat mahupun di negeri-negeri, marilah kita menetapkan iltizam untuk menghapuskan barah rasuah yang menghantui kita.
 
25. Masalah kenaikan harga barang tidak mengenal batas kepartian. Oleh itu, marilah kita berganding bahu untuk meningkatkan kebajikan rakyat dan mencari jalan penyelesaian yang tidak terus mendatangkan beban.
 
26. Daripada kita mengutuk isu-isu keselamatan negara berdasarkan khayalan kita, marilah kita membantu pasukan polis untuk membanteras jenayah dan dengan langsungnya membuatkan tempat tinggal kita, sekolah-sekolah kita, malah pusat-pusat membeli belah kita lebih selamat.
 
27. Adalah menjadi tanggungjawab moral kita, khusus di kalangan kita yang telah dipilih untuk mewakili rakyat, untuk melangkaui batas kepartian dan berganjak menuju suatu konsensus nasional demi membawa Malaysia ke hadapan.
 
28. Tugas kita terhadap negara, yang jelas lebih mustahak dari tugas kita terhadap parti, memaksa kita memikul cabaran ini. Kita mesti mengukuhkan azam dan mengumpul keseluruhan kekuatan moral kita demi memastikan kejayaan bersama.
 
Terima kasih.
 
ANWAR IBRAHIM
KETUA PEMBANGKANG PARLIMEN MALAYSIA






--------------