SAHUR AKHIR
PAGI INI
sahur terakhir
direstoran tikus
bagusnya nya direstoran ini
kita boleh jadi vegeterian
sayuran banyak
ulaman banyak
sambalan banyak
dulu tikus banyak
sekarang tak ada lagi
tapi namanya masih restoran tikus
PAGI INI JUGA
semua sudah di susun
baju melayu
kain sarong
baju basahan
baju raya
mercun
bunga api
dan dan dan
JAI DAN EZI
dua ekor ini saperti tahun tahun lalu
akan balik kampong juga
curvey tahun ini tinggal seorang
kerana siti dan mami sudah lari
sepang dan gate aakn temakn kan curvey
PETANG INI
perjalanan ke kampong
pasti kesibukan dah selesai
akan singgah di titi
untuk makan malam
MALAM INI
malam ini
akan kerja keras
bersihkan lampu pelita
bersihkan gelas tahun lalu
minyak dan sumbu telah dibeli
hari raya tanpa lampu pelita
hari raya tanpa mercun
hari raya tanpa lemang
harau raya tanpa rendang
hari raya tanpa tapai
adalah hari raya yang gagal
INI CURVEY
RAYAKAN DENGAN TAPAI
ini adalah minuman terbaik
dari budaya melayu
dari zaman berzaman tapai beras
telah dihidangkan di hari kebesaran
bertapailah kamu
sebelum kamu di chivas regalkan
kah kah kah
BERBUKA PETANG INI
tak tahu lagi
tak pasti lagi
tapi malam tadi beli manggis 4 kilo
manggis masih murah
membeli manggis mengambil masa
belek belek
picit picit
kalau hitam sangat pasti keras
kalau puteh sangat belum marah
darah darah ikan bagus untuk disimpan
yang kecil manis ranum
yang besar susah nak jumpa
selamat berbuka puasa
SILA KLIK IKLAN INI
----------