Selasa, 1 Ogos 2023
SELANGOR - PERIKATAN GADUH - BEKAS SAMSENG JADI CALON !!!
Barisan calon Perikatan Selangor resipi kekalahan, kata pemimpin Bersatu
PERIKATAN Nasional (PN) gagal memanfaatkan peluang merampas Selangor kerana mengemukakan barisan calon yang tidak mempunyai kredibiliti, kata pemimpin Bersatu.
Anggota Majlis Pimpinan Tertinggi (MPT) Bersatu Dr Muhammad Faiz Na’aman melihat calon khususnya daripada Bersatu tiada kaliber yang sesuai untuk memikat hati pengundi Selangor.
“Calon kita memalukan. Ini barisan calon nak bagi kalah, calon yang diumumkan amat mengejutkan, mengecewakan dan jentera tak tahu nak jual macam mana.
“Watak yang betul-betul tiada kena mengena dengan parti, watak bidan terjun yang dimunculkan tiba-tiba, tiba-tiba jadi ahli kemudian jadi calon secara tiba tiba.
“Tiada rekod pernah tubuh bahagian atau cawangan tiba-tiba jadi calon,” kata Faiz, kepada The Malaysian Insight.
Bersatu bertanding di 31 kerusi DUN Selangor dalam pilihan raya negeri (PRN) kali ini, dengan 10 daripadanya merupakan calon sayap bukan Melayu parti itu.
Komponen PN dari PAS pula bertanding di 17 kerusi manakala Gerakan bertanding di lapan kerusi.
Faiz berkata ada juga individu dari Umno yang tiba-tiba menjadi calon bidan terjun untuk PN seperti Harrison Hassan di DUN Jeram dan Noorazley Yahya bagi DUN Bukit Melawati.
Masing-masing merupakan bekas timbalan ketua Umno bahagian Sungai Buloh dan bekas ketua Pemuda Umno Kuala Selangor.
Selain itu, beliau kecewa dengan individu yang diberi peluang bertanding selepas gagal merebut kerusi pilihan raya dalam pelbagai parti.
“(Ada calon) orang berjawatan dalam Umno tiba-tiba dalam waktu terdekat jadi ahli Bersatu muncul dalam PRN jadi calon PN.
“Ada juga (individu) asalnya ahli Bersatu, keluar ke Pejuang waktu PRU15, berkempen untuk Pejuang, bila Pejuang kalah orang itu masuk Bersatu dan dalam masa terdekat jadi calon PN,” katanya.
Faiz turut kesal kerana Bersatu juga langsung tidak memberikan ruang kepada sayap pemuda parti untuk diletakkan sebagai calon pada PRN kali ini.
“Isu di Selangor tiada wakil daripada sayap Armada tidak ada. Langsung tidak ada. Sebahagian warga Armada kecewa.
“Kita pun tak tahu kenapa letak calon tiada akar umbi, tidak ada pengikut, tak pernah ada aktiviti di kawasan itu. Itu yang menimbulkan kemarahan anggota diperingkat bahagian,” kata Faiz.
Antara calon ditampilkan PN kali ini seorang bekas gengster Muhammad Fazil Mohd Dali atau lebih dikenali sebagai Cik Ton sebagai calon di kerusi di DUN Pandan Indah.
Beliau merupakan pengerusi Pertubuhan Kebajikan ACT Malaysia (ACT), pertubuhan sosial yang banyak melakukan aktiviti mirip gengsterisme sejak ditubuhkan pada 2013.
Mengulas perkembangan itu, Faiz percaya langkah tersebut tidak mendapat sokongan pengundi Melayu di kawasan sasaran.
“Melayu di Selangor bukan konservatif. Ada Melayu liberal, moden dan tak suka imej begitu. Kita nak menang di Selangor kena letak calon boleh diterima semua pihak.
“Tapi sebaliknya kita letak calon yang kononnya ada pengikut. Katalah PN konon popular di kalangan Melayu, kita juga perlukan undi bukan Melayu.
“Kalau letak bekas gengster ingat Cina nak undi? Itu jadi persoalan,” kata Faiz.
Tambahnya, calon yang mempunyai rekod sebagai bekas gengster yang kini bertaubat bukan satu pencapaian yang boleh menarik perhatian pengundi.
“Nak letak calon pun letaklah yang cerdik. Letak bekas gangster dah insaf, adakah insaf itu satu pencapaian? Lantik dia jadi wakil rakyat, bagi kuasa lagi.
“Dia dah insaf, itu hal dia dengan tuhan, yang saya kisahkan latar belakang dia. (Tapi) kebolehan dia? Adakah dia berpandangan jauh, boleh bawa komuniti lebih maju dan sejahtera?” soalnya.
Turut dipersoalkannya tindakan Bersatu memperturunkan pengikut Pengerusi PN Selangor Mohamed Azmin Ali yang tewas dalam PRU15.
Beliau melihat tindakan itu tidak wajar kerana pengundi Selangor menolak Azmin dan kumpulan kartel yang merupakan pengikut bekas menteri itu dalam PKR.
“Maknanya orang tolak geng melompat ini (dan) puak kartel. Jelas orang Selangor tak boleh terima, tapi dimunculkan balik. Mereka sudah kalah PRU15 tapi bagi bertanding PRN Selangor.
“Watak tak setia tiba-tiba jadi ahli dalam waktu yang cepat terus jadi calon. Memang akar umbi terasa hati. Takkan di bahagian tiada yang layak jadi calon. Nak kena letak watak luar,” katanya.
Selain Azmin yang kalah di Gombak, PN turut mempertaruhkan Dr Afif Bahardin bertanding di kerusi di DUN Taman Medan.
Pengikut Azmin itu selepas tewas Parlimen Shah Alam pada PRU15 dan calon Bukit Antarabangsa Sasha Lyna Abdul Latif, yang kalah di Parlimen Ampang.
Manakala Azmin diletakkan di Hulu Kelang dan Ketua Srikandi Bersatu Rina Mohd Harun bertanding di Batu Tiga, selepas kalah di Parlimen Sepang.
Beliau turut mengakui PN berhadapan tugas sukar untuk mencabar kedudukan Menteri Besar Amirudin Shari dan kerajaan Pakatan Harapan (PH) di Selangor.
Jelasnya, tiada isu besar serta krisis dan isu membabitkan calon yang boleh dimainkan. Ini menjadikan peluang mereka menjadi semakin sukar dan mencetus rasa tidak puas hati, katanya.
“Rasa tak puas hati itu bahaya. PN boleh kalah sebenarnya, tak banyak isu besar yang boleh jadi modal nak hentam menteri besar Selangor.
“Hanya isu biasa, bukan peringkat skandal seperti zaman Khir Toyo dulu. Tidak ada isu besar nak tembak PH atau MB.
Beliau juga kecewa kerana anggota parti dengan latar belakang belakang profesional dan dari kalangan generasi muda dipinggirkan dari terpilih sebagai calon.
“Berapa peratus muka anak muda calon PN Selangor, paling-paling (usia) 40 tahun ke atas?
“Saya dah tujuh tahun dalam Bersatu beri sumbangan semampu boleh sampai kena lokap, saya harapkan pemimpin faham dan memperkasa ahli.
“Tetapi nampaknya hanya sekelompok tertentu dapat perhatian istimewa, orang muda dah rasa Bersatu tidak ada masa depan,” katanya.
Tambahnya, siri pendakwaan mahkamah yang dialami pemimpin Bersatu juga menjejaskan parti sehingga dilihat tidak mampu memperjuang kempen antirasuah.
“Macam mana nak rasa Bersatu bawa pembaharuan? Dan sudah lama juga Bersatu tak menguar-uarkan soal antirasuah. Mungkin kerana pemimpin kena kes, sedangkan itu adalah salah satu asas penubuhan Bersatu.
“(Kita harapkan) Bersatu letak calon dihormati dan berintegriti tetapi kalau inilah percaturannya, Bersatu lebih teruk daripada Umno,” katanya.
Sesetengah penganalisis melihat kepelbagaian calon yang ditampilkan Bersatu dan PN kali ini sebagai strategi untuk menarik perhatian dan sokongan pengundi, khususnya orang Melayu.
Mazlan Ali, penganalisis dari Universiti Teknologi Malaysia memberi contoh tindakan Bersatu menjadikan bekas pemimpin parti lawan sebagai calon mereka.
Beliau melihat, ia antara lain bertujuan memikat hati ahli Umno yang tidak sehaluan dengan pemimpin parti tersebut.
“Mereka sudah mempelbagaikan latar belakang, itu satu cara atau strategi untuk menang.Misalnya dengan kemuka bekas timbalan ketua bahagian Umno Sungai Buloh itu di DUN Jeram.
Itu strategi untuk tarik sokongan ahli Umno. Bukan kerana PN ketandusan calon tetapi strategi kerana Selangor adalah negeri agak mencabar untuk PN menang,” katanya.
Jelasnya, calon sedemikian satu usaha Bersatu mempelbagaikan sokongan terhadap parti itu.
Seorang lagi penganalisis Awang Azman Awang Pawi berpendapat pemilihan calon PN itu menunjukkan gabungan itu ketandusan pemimpin yang layak menjadi calon.
“PN amat perlukan orang luar, daripada Umno atau mana-mana parti lain yang ada sedikit pengalaman untuk dijadikan mereka sebagai calon.
“Ini strategi mereka sebab PN ketandusan calon, walaupun sepatutnya mereka boleh letakkan timbalan ketua bahagian Bersatu atau PAS.
“Sebab pimpinan menengah dan rendah mereka tidak diyakini untuk diletak sebagai calon. Mungkin kurang dikenali dan kontroversi (yang) membolehkan pengundi memberi perhatian,” katanya
Penganalisis Universiti Malaya itu berkata PN juga mengambil kesempatan atas kekecewaan ahli parti lawan yang tidak tercalon dengan menawarkan peluang sebagai calonnya.
“Ini agak mencerminkan situasi yang mana PN mencari calon kecewa kerana tidak dapat bertanding, atau calon dilihat bukan sehaluan dengan hierarki parti mereka.
“Ini diambil kesempatan oleh PN untuk jadikan calon mereka, walaupun bagi PN itu satu strategi, pihak lain pula melihat PN ketandusan calon mereka,” katanya. – 1 Ogos, 2023.
INI BERAT
AMAT BERAT
KAH KAH KAH
BEKAS SAMSENG
JADI CALON
KAH KAH KAH
WOIT
TAPI SAMSENG
DAH INSAF NAK
JADI WAKIL RAKYAT
KAH KAH KAH
BAGI CHAN
LAAA OOOI
KAH KAH KAH
KHALAS
SAPA KENAL MUKA MB KELANTAN ?
Tiada bayangan siapa akan jadi menteri besar Kelantan
PAS Kelantan setakat ini menegaskan tiada bayangan calon yang akan menjadi menteri besar negeri itu, sehingga Pilihan Raya Negeri (PRN) pada 12 Ogos depan selesai.
Timbalan Mursyidul Am PAS yang juga Menteri Besar Kelantan Ahmad Yakob berkata setakat ini, pihaknya menumpu perhatian untuk berdepan pada PRN dan perkara berkenaan akan diputuskan dan disusun dengan terbaik selepas pilihan raya tersebut.
“Buat masa sekarang kita buka kepada rakyat dahulu untuk memilih calon (PRN) dan calon perlu mendapatkan keputusan dahulu (undi), dalam masa beberapa hari (selepas PRN) kita akan umum mereka yang layak.
“Tidak perlu bayangan siapa akan jadi calon, sebab semua layak (untuk jadi Menteri Besar). Exco layak, MB layak dan semua layak, tidak ada yang tak layak,” katanya kepada pemberita ketika ditemui selepas hadir merasmikan Majlis Pelancaran E-Wallet Kelantan Pay di Kota Bharu, hari ini.
Hadir sama, Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Insan, Pendidikan, Pengajian Tinggi, Sains, dan Teknologi negeri Mohamed Fadzli Hassan.
Media sebelum ini melaporkan, Menteri Besar Kelantan Ahmad Yakob, yang mempertahankan kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Pasir Pekan, menyatakan pencalonannya dalam PRN kali ini merupakan kali yang terakhir.
Ahmad berkata pencalonannya sebagai calon DUN Pasir Pekan itu memasuki penggal ketujuh dan sudah tiba masanya memberi laluan kepada calon lain yang lebih muda selepas ini.
Sementara itu, mengulas mengenai E-Wallet Kelantan Pay, Ahmad berkata penggunaan aplikasi itu diwujudkan bagi memudahkan proses dan mempelbagaikan kaedah pembayaran bagi orang awam, dan secara tidak langsung dapat meningkatkan perolehan serta kutipan hasil agensi negeri dan pihak berkuasa tempatan (PBT).
“Setakat ini beberapa agensi negeri dan PBT akan menggunakannya untuk menerima bayaran, termasuk Air Kelantan Sdn Bhd, Majlis Agama Islam Kelantan, Majlis Daerah, Yayasan Islam Kelantan, Perbadanan Perpustakaan Awam Kelantan dan beberapa PBT lain yang dalam proses.
“Dengan adanya aplikasi ini, diharap lebih ramai rakyat Kelantan dapat memanfaatkannya untuk pelbagai tujuan, bukan sahaja bagi bayaran perkhidmatan kerajaan tetapi pembelian secara dalam talian, pembelian di restoran dan sebagainya,” katanya. – Bernama, 1 Ogos, 2023.
WOIT
SATU MALAYSIA
TAK PERNAH
LIHAT MUKA MB
KAH KAH KAH
GANTI YG BARU
PUN RAKYAT
TAK TAHU
KAH KAH KAH
TERSEPAK TEPI
JALAN SAPA PUN
TAK KENAL
KAH KAH KAH
KHALAS
LAGI KES ZAHID
Zahid tak pecat bekas pembantu meskipun menuduhnya cuai, mahkamah diberitahu
Pegawai khas kepada Ahmad Zahid Hamidi hari ini berkata timbalan perdana menteri tidak pernah memecat setiausaha eksekutifnya meskipun menyalahkannya kerana cuai, termasuk dalam penggunaan cop bagi cek Yayasan Akalbudi untuk membayar bil kad kredit peribadinya.
Saksi pembelaan Mohd Kamal Abdullah memberitahu Mahkamah Tinggi yang mendengar kes rasuah Zahid dikaitkan dengan yayasan kebajikan itu bahawa Mejar Mazlina Mazlan @ Ramly, yang merupakan setiausaha eksekutif ketika Zahid mengetuai pelbagai kementerian di bawah pentadbiran Barisan Nasional, terdedah kepada melakukan kesilapan termasuk ketika mengatur jadual harian bosnya.
Antara kecuaian itu, kata Kamal, ialah apabila Mazlina menggunakan cop tandatangan Zahid untuk cek Yayasan Akalbudi, bagi membayar bil kad kredit peribadinya.
Kamal berkata walaupun Zahid menasihati Mazlina supaya lebih cermat, beliau tidak mengambil tindakan menamatkan perkhidmatannya.
Beliau berkata Zahid sebaliknya melantik firma guaman Lewis & Co untuk menguruskan dana Yayasan Akalbudi.
Kamal seterusnya mendakwa Zahid tidak menyedari wang yayasan itu digunakan untuk membayar bil kad kreditnya.
Zahid berdepan 47 pertuduhan: 12 pecah amanah (CBT), lapan rasuah dan 27 pengubahan wang haram membabitkan puluhan juta ringgit milik Yayasan Akalbudi.
Antara pertuduhan CBT ialah beliau didakwa menjelaskan hutang kad kreditnya menggunakan dana Yayasan Akalbudi, melalui 44 keping cek berjumlah kira-kira RM1.3 juta antara Januari 2013 dan Disember 2016.
Tahun lepas, Zahid menyalahkan Mazlina, dengan mengatakan beliau tidak tahu bahawa cek yayasan itu digunakan untuk membayar bil kad kreditnya, dan menuduhnya cuai.
Antara lain, Zahid berkata Mazlina telah membuat pembayaran sama ada tidak mencukupi atau berlebihan untuk bil kad kreditnya.
“Kesalahan yang dibuat oleh Mazlina termasuk membuat bayaran kad kredit secara berlebihan sebanyak RM71,283 sedangkan jumlah yang perlu dibayar adalah RM65,153.32. Selain itu dia (Mazlina) terkurang menjelaskan bil kad kredit dan hanya membayar RM2,600, walhal dia sepatutnya membayar RM64,668.24,” katanya.
Zahid berkata, beliau tidak faham mengapa Mazlina membuat bayaran sedemikian.
“Inilah yang saya tak faham, kenapa bayar lebih dan kadang-kadang bayar kurang, ertinya ini cuai, yang kena saya. Adakah ini satu keadilan?” soal Zahid.
Pada 2021, pihak pendakwaan memberitahu Mahkamah Tinggi bahawa kira-kira RM17.9 juta daripada Yayasan Akalbudi telah dikeluarkan oleh Zahid, sambil menambah bahawa dana itu antara lain memudahkan anak perempuannya untuk membida bagi membeli sebuah hotel butik di Bali, Indonesia.
Pihak pendakwaan juga mencabar dakwaan Zahid bahawa Mazlina mempunyai kawalan penuh ke atas buku cek itu, dan berkata beliau secara sedar memilih untuk menggunakan dana Yayasan Akalbudi bagi membayar pembayaran kad kredit peribadinya, polisi insurans motor dan cukai jalan serta tidak menggunakan akaun bank peribadinya sendiri.
“Mejar Mazlina Mazlan dalam kenyataannya menyebut cek terbabit disediakan atas arahan dan pengetahuan tertuduh,” kata Timbalan Pendakwa Raya Raja Rozela Raja Toran memberitahu perbicaraan pada Oktober 2021.
Sementara itu, Kamal hari ini berkata Zahid turut menyumbang wangnya sendiri kepada yayasan itu.
Kamal bagaimanapun berkata beliau tidak mempunyai butiran mengenai perkara ini.
WOIT
INI KES MANA?
KAH KAH KAH
ZAHID ADA
BERAPA KES ?
KAH KAH KAH
YG 47 TUDUHAN
MINTA DI LUPUS
AMIN
YANG INI KES VISA PEDAKWA RAYU
AMIN
KHALAS
TEWRKINI TER NOWW TER HOTT
Barisan calon Perikatan Selangor resipi kekalahan, kata pemimpin Bersatu
HOT HOT HOT
TERKINI TER NOWW
TER HOTT
Barisan calon Perikatan Selangor resipi kekalahan, kata pemimpin Bersatu
KES LIWAT ANWAR
KESS LIWAT
ANWAR
KHALAS
Unknown commented on
"ANWAR DAN SANUSI !!!"
Sanusi dah jadi Papagomo Lobai Berkopiah Putih kilang propaganda untuk Atok dan Liwat Fixer Atok, Bapok Tua Khairuddin Abu Hassan, Pengerusi Proklamasi Melayu Atok. Sanusi menghadap mereka sebelum ini. Mereka berdua senyum meleret bila Sanusi ratib Liwat Anwar dipentas ceramah. Yg sekor lagi Lobai, Razman repeat benda sama kena saman fitnah RM 5 juta terus mintak maaf memfitnah Anwar. Sanusi kena saman fitnah RM 10 juta. Utk Saman fitnah yg sama, Papagomo kena bayar RM 1 juta dan KJ kena bayar RM200K.
YB TEMUI PENGUNDI
YB WAJIB BUAT
JADUAL TEMUI
PENGUNDI
KHALAS
Unknown commented on
"LEPAS KEMPEN SEMUA ILANG"
KAHKAHKAH ..... Biasa-biasa la tu... semuanya pandai beretorik.
Tapi kalau saya jadi YB dan menang saya akan buat yang luarbiasa patut lebih perlu wat iaitu dengan membuka opis di lorong jalan di semua taman perumahan, bandar dan pekan dalam kawasan saya mengikut jadual, macam jadual lori sampah datang mengutip sampah di setiap kawasan perumahan. Kerajaan Madani patut lebih perlu wat sebab cara ini sebahagian dari ciri madani. Gerenti saya akan jadi YB popular dalam memberi perkhidmatan kepada semua pengundi kawasan saya.
YB-YB semua, ramai pengundi malas nak naik masuk opis jumpa korang untuk mengadu hal tau tak, guna akai sikit la kalau benar dan melunaskan janji korang masa kempen nak menolong rakyat. Tak wat korang masuk NERAKA tau !! KAHKAHKAH
PAKAT BUAT BOM
Suspek kes penemuan bom pada kereta Siti Kasim ada kepakaran buat bom – Polis
KUALA LUMPUR – Bahan letupan termampat (IED) yang ditemui di bawah kereta peguam dan aktivis sosial Siti Kasim adalah bom yang suisnya ditutup, kata Ketua Polis Kuala Lumpur Mohd Shuhaily Mohd Zain.
“Polis mengesahkan bahan letupan itu sempurna sifatnya sebagai bom. Ada suis, suisnya itu ‘off’ ketika kejadian itu dan sekiranya mahu aktifkan perlu dilakukan secara manual,” katanya pada sidang media di Ibu Pejabat Kontinjen Kuala Lumpur hari ini.
Beliau berkata siasatan polis juga mendapati bom itu dihasilkan oleh orang yang mempunyai kepakaran membuat bom buatan sendiri dan dipercayai mempunyai asas pengetahuan dalam bidang elektronik bagi membuat penyambungan litar pada IED berkenaan.
“Orang bertanggungjawab memasang bom ini, dia mempunyai ilmu dalam pembuatan circuit (litar) dan bahan letupan. Mengenai siasatan, kita masih cari petunjuk,” katanya.
Katanya berdasarkan laporan pakar, antara komponen yang terdapat dalam bahan letupan itu adalah diesel, mercun, bateri, litar, wayar dan suis.
“Laporan Unit Pemusnah Bom Makmal Forensik, Cheras juga mendapati semua komponen yang ditemui adalah IED dan ia dikategorikan low explosive,” katanya.
Mohd Shuhaily berkata polis merakam 13 keterangan saksi bagi membantu siasatan kes itu, yang terdiri daripada anggota polis, mangsa serta rakannya, mekanik, penasihat bengkel, pemilik bengkel, pengawal keselamatan mahkamah, Orang Asli dan anggota Jabatan Sukarelawan.- BERNAMA
WOW
SUDAH ADA
PAKAR BUAT BOM
AMIN
BELAJAR DARI
INTERNET
AMIN
KITA JUGA WAJIB
ADA PAKAR SIASAT
YANG CEKAP & BIJAK
AMIN
PAKAR BUAT BOM
AKAN DILAWAN
PAKAR SIASAT
KHALAS
MAMAT STONE BALING BATU
Suspek baling batu di Ibu Pejabat PAS didapati positif dadah, kata polis
Polis mengesahkan lelaki yang ditahan semalam bagi membantu siasatan kejadian khianat di Ibu Pejabat PAS Pusat, Jalan Raja Laut di Kuala Lumpur berada di bawah pengaruh dadah.
Ketua Polis Kuala Lumpur Mohd Shuhaily Mohd Zain berkata saringan yang dijalankan semasa tangkapan di Jalan Lorong Haji Taib 1, Chow Kit di Kuala Lumpur, mendapati lelaki terbabit positif dadah jenis methamphetamine.
"Apabila ditanya kenapa suspek berbuat demikian, kita pun tidak tahu sama ada dia dalam keadaan sedar atau tidak mengatakan dia tidak suka PAS dan disebabkan keadaannya itu dia bertindak membaling batu itu.
Kami reman suspek hari ini untuk siasatan lanjut. Kes disiasat di bawah Seksyen 427 Kanun Keseksaan atas kesalahan khianat," katanya pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kuala Lumpur, di sini hari ini.
Semalam, polis menahan seorang lelaki berumur 36 tahun yang disyaki terlibat membaling batu ke arah Ibu Pejabat PAS Pusat Sabtu lepas, sehingga mengakibatkan dinding kaca pejabat itu pecah.
Penganggur yang ditahan di Lorong Tiong Nam, Chow Kit pada pukul 10 malam itu mempunyai 16 rekod jenayah termasuk sembilan rekod kesalahan dadah.
Sabtu lepas, PAS membuat laporan polis selepas dinding kaca di Ibu Pejabat PAS Pusat dibaling dengan batu oleh seorang lelaki, beberapa jam sebelum bermula proses penamaan calon bagi Pilihan Raya Negeri (PRN) di enam negeri.
KAH KAH KAH
INI KES MAMAT
STONE
BALING BATU
KAH KAH KAH
BUKAN KES
PROVOKASI
MUSIM KEMPEN
MENGUNDI
KHALAS
MIC SUDAH BELOT
MIC arah ahli tidak bantu calon Pakatan, dedah sumber
MIC dipercayai menasihati kepimpinan negeri untuk tidak membantu calon Pakatan Harapan untuk pilihan raya negeri 12 Ogos ini, kata sumber yang mengetahui perkara itu.
Sumber berkata keputusan itu dicapai dalam mesyuarat Jawatankuasa Kerja Pusat (CWC) MIC yang meminta kepimpinan dan ahli parti untuk menyokong calon Barisan Nasional sahaja.
The Malaysian Insight melihat mesej yang dihantar kepada kepimpinan negeri yang dikongsi oleh sumber.
“Ke hadapan pengerusi negeri, dinasihatkan seperti mana keputusan CWC, parti kita hanya menyokong dan bekerja untuk calon BN pada pilihan raya negeri.
“Disebabkan itu, adalah dinasihatkan pengerusi bahagian masing-masing untuk mematuhi keputusan CWC can mengelak sebarang aktiviti yang mungkin bercanggah dengan keputusan tersebut,” tulis mesej itu.
MIC adalah salah satu parti komponen BN yang membentuk Kerajaan Perpaduan diterajui PH.
Bagaimanapun, kecurigaan timbul apabila pemimpin akar umbinya tidak hadir pada hari penamaan calon melibatkan calon PH semalam.
Ini berlaku walaupun BN dan PH menggambarkan kerjasama mereka sebagai “gabungan perpaduan” pada pilihan raya negeri kali ini.
MIC juga memutuskan untuk tidak meletakkan calon pada PRN kali ini tetapi menegaskan ia bukan tindakan boikot.
Malah Timbalan Presiden MIC M Saravanan menekan yang jentera parti akan menyokong sepenuhnya dan membantu kempen calon Umno.
Setiausaha Agung MIC R.T. Rajasekaran ketika dihubungi tidak mengesahkan kesahihan mesej itu tetapi menegaskan pendirian parti.
“Ya. Saya rasa yang (menyokong hanya calon BN) sudah diputuskan,” katanya menambah yang ahli parti hanya akan berkempen dan membantu calon BN.
Sebelum ini, bekas Adun Ijok K.R.Parthiban menegaskan penglibatannya dalam satu majlis Perikatan Nasional di Tanjong Karang tidak salah kerana BN tidak meletakkan calon untuk kerusi DUN Permatang, Selangor itu.
“Mesej kepada ahli MIC daripada kepimpinan jelas iaitu untuk menyokong calon BN,” katanya kepada The Malaysian Insight.
“Tentang tolong parti lain, ia kekal tanda tanya. Jadi untuk kerusi negeri (Permatang) di Parlimen Tanjung Karang, ia ditandingi PKR.
“Kami menderita teruk dahulu kerana penyokong PKR. Saya tak boleh bayangkan kita pegang bendera (PH atau PKR), duduk di khemah mereka atau bekerja bersama.
“Jika saya lawan BN, saya khianati BN. Tetapi di sini adalah calon PKR,” katanya.
Pengundian PRN Kedah, Pulau Pinang, Selangor, Kelantan, Terengganu dan Negeri Sembilan akan diadakan pada 12 Ogos. PH meletakkan 138 calon sementara BN pula 108 calon. – 30 Julai, 2023.
MIC BELOT
BOLEH DIFAHAMI
AMIN
LUKA LAMA
BERDARAH
KEMBALI
AMIN
DULU LAWAN
SEKARANG PUN
LAWAN
KHALAS
SAPA BUAT DUIT JUAL NEGARA ?
SAPA BUAT DUIT
JUAL NEGARA ?
AMIN
KHALAS
Unknown commented on
"BERAPA JUTA WARGA.CHINA MERAH DAH LESAP DI TANAH MELAYU"
Siapa rasuah? Pegawai Imigresen, agen atau orang yang nak masuk dalam negara? Siapa bertanggungjawab jaga negara? Diberi gaji setiap bulan melaksana tanggungjawab? Siapa cui bono? Siapa rugi? Masalah kita bila ambil tindakan terus bising bising silap DAP kalau ada orang rasuah kah kah kah
LEPAS KEMPEN SEMUA ILANG
LEPAS KEMPEN
WHY BE ILANG
KAH KAH KAH
AMIN
Unknown commented on
"PEMUDA PN TAK FAHAM POLITIK"
Ada satu ketika dulu ada TV skrin besar jalan jalan sekitar semua tempat, pakai treler, tapi tengok tv masa kempen saja, lepas kempen TV hilang treler hilang bendera hilang, sama lah nanti habis saja pilihanraya semua akan hilang, Why Bee hilangkan diri lupa diri kah kah kah biasa lah Melayu mudah lupa oopss Malaysia mudah lupa kah kah kah
Langgan:
Catatan (Atom)