Sabtu, 6 April 2024

HIDUP MODEN MUDAH DI SABOTAJ


HIDUP MODEN

MUDAH DI SABOTAJ

AMIN

KITA HADAPI KEMARAU TAHUN DEPAN ?


KITA HADAPI

KEMARAU 2025 ?

AMIN

JANGAN LOKMAN ADAMKAN TUAN SPEAKER KITA


JANGAN 

LOKMAN ADAMKAN

TUAN SPEAKER KITA

AMIN

BOIKOT KK MART DITERUSKAN !!!



Boikot bukan satu kesalahan jenayah – Noh Omar

TANJONG KARANG – Kempen boikot rangkaian kedai serbaneka KK Mart yang digerakkan Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia, Dr Muhamad Akmal Saleh tidak menyalahi undang-undang negara.

Bekas Ahli Parlimen Tanjong Karang, Noh Omar berkata, Dr Akmal tidak boleh disabitkan dengan mana-mana kesalahan jenayah hanya kerana menganjurkan kempen boikot.

“Dr Akmal cakap suruh boikot KK Mart, saya tak nampak di bawah undang-undang mana tindakan boikot ini menjadi satu kesalahan jenayah.

“Kalau kenyataan kita boikot, kita boikot sana sini, apa salahnya,” katanya pada sidang media di sini, hari ini.

Semalam, Dr Akmal mengesahkan bahawa beliau telah ditahan di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kota Kinabalu pada pagi Jumaat.

Beliau yang baru tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kota Kinabalu (KKIA) dari Kuala Lumpur ditahan walaupun telah dijadualkan untuk memberi keterangan di IPD Dang Wangi pada Sabtu.

Dr Akmal juga bertegas, tidak akan berganjak walau seinci dengan pendiriannya.

Sebelum ini, Pemuda UMNO memberi tempoh dua hari kepada pengurusan KK Super Mart untuk memasang kain rentang di semua 881 cawangan kedai serbaneka itu di seluruh negara bagi memohon maaf atas penjualan stoking tertera kalimah ‘Allah’.

Dr Muhamad Akmal juga dipetik memberi amaran Pemuda UMNO akan memulakan boikot lebih kuat terhadap KK Super Mart sekiranya pengurusan kedai serbaneka itu gagal mematuhi tuntutan pergerakan berkenaan.

Bagaimanapun kata Noh, Dr Akmal hanya boleh diambil tindakan undang-undang sekiranya pengurusan KK Mart mengemukakan notis tuntutan sivil ke atas beliau.

“Kempen boikot ini bukan perkara pertama bahkan sudah jadi perkara biasa

“Kalau Dr Akmal kata boikot KK Mart, kalau orang masuk KK Mart Akmal tak boleh buat apa.

“Kalau siapa masuk aku tunggu depan pintu, masuk aku pukul, itu betul, tak boleh.

“Tapi tuan yang kena boikot itu tak puas hati, samalah, di bawah undang-undang sivil, saman peribadi,” katanya.

Dalam pada itu, Noh secara peribadi menyokong perjuangan dan pendirian Dr Akmal dalam mempertahankan kalimah Allah daripada tindakan penghinaan.

“Seorang pemimpin muda yang tegas dan dia bercakap sama prinsip dengan saya iaitu bab Islam kita kena ketepikan parti, dia perjuangkan kalimah Allah.

“Walaupun saya bukan ahli UMNO, tapi saya kagum dan ucapkan tahniah di atas keberanian Dr Akmal ini.

“Secara peribadi saya kagum, hormat dan menyokong perjuangan Dr Akmal Ketua Pemuda UMNO Malaysia,” katanya.

Sementara itu, Noh turut terkejut dengan penahanan Dr Akmal setibanya beliau di Lapangan Terbang Kota Kinabalu dari Kuala Lumpur, pada Jumaat.

“Kenapa terburu-buru sangat nak tahan dia bila sampai di Kota Kinabalu, atau nak halang supaya dia jangan jumpa Pemuda UMNO di Sabah, itu saya tak tahu dari segi politik.

“Saya tidak mempersoalkan tugas polis, tetapi rakyat akan menilai bagaimana keadilan dalam kita nak beri kepada rakyat,” katanya lagi. – 



INI CONTOH

PEMIMPIN MUDA

YANG  TERAS

AMIN

TERUSKAN BOIKOT

TERUSKAN LAWAN

AMIN

INI KESEDARAN

MELAYU ISLAM

KHALAS

SATU CADANGAN AMAT BIJAK




Ubi kayu

 alternatif beras

 – Johari Abdul


SUNGAI PETANI – Ubi kayu sebagai salah satu sumber karbohidrat dilihat mampu menjadi alternatif terbaik sementara menunggu isu bekalan beras putih tempatan (BPT) selesai,” kata Yang di- Pertua Dewan Rakyat, Johari Abdul.

Jelas beliau, rakyat di negara ini perlu berani melakukan perubahan untuk tidak terus bergantung kepada nasi sebagai sumber karbohidrat.

“Kalau beras menjadi isu, apa tujuan beras kita makan…tujuan untuk dapatkan karbohidrat. Saya merasakan ada tak alternatif lain sementara kita nak selesaikan isu beras.

“Contoh saya pernah berbincang dengan beberapa Ahli Parlimen Sarawak, Sarawak tanam ubi kayu yang digunakan sebagai supplement (makanan tambahan), sebab ubi kayu ini khasiatnya hebat dibandingkan dengan gula yang ada dalam beras, ubi kayu jauh lebih rendah.

“Saya ada bincang, kalau kita dapat perkenalkan makanan suplemen menggantikan beras..buatlah ubi kayu macam mana pun, sudah tentu, di Sarawak saya difahamkan amat berjaya,” katanya lapor Harian Metro.

Beliau berkata demikian selepas meninjau Program Jualan Termurah Madani di Bandar Perdana di sini, hari ini.

Hadir sama Ketua Task Force Pemantauan (Kluster Makanan) Majlis Tindakan Sara Hidup Negara (NACCOL),  Syed Abu Hussin Hafiz Syed Abdul Fasal.

Mengulas lanjut Johari berkata, langkah itu juga boleh menjadi antara jalan keluar daripada kepompong yang sedia ada termasuk tidak membiarkan isu beras mengawal keadaan rakyat di negara ini.

“Rakyat di negara ini mempunyai potensi yang besar untuk menghasilkan sumber makanan sendiri bagi mengurangkan kebergantungan kepada bekalan makanan import.

“Jadi saya rasa sudah sampai masanya kerajaan negeri dan pihak berkuasa tempatan (PBT) membuka pintu untuk rakyat mengusahakan tanah terbiar, menanam pelbagai sumber makanan seperti sayur-sayuran.

“Apabila penawaran banyak sudah tentu harga akan turun, kita harus ada keberanian untuk mencuba, kadang-kadang kebergantungan kita kepada makanan dari luar negara ini amat hebat, kira-kira setahun lalu kita import dalam bajet hampir RM60 bilion…ini satu jumlah yang besar..tetapi baru-baru ini di Perak, terbukti kita boleh tanam bawang,” katanya. – 

CADANGAN BIJAK

AMAT BIJAK

AMIN

INILAH CONTOH

PEMIMPIN YANG

FIKRAH BEKUALITI

AMIN

DALAM 100 TAHUN

SESEKALI KITA

BERTEMU

AMIN

CADANGAN INI

WAJIB DISOKONG

DAN MASANYA

DAH TIBA KITA

MAKAN UBI

AMIN

KHALAS

HAPUSKAN AKTA HASUTAN


Pendirian Dr Akmal bukan menghasut – MADPET


KUALA LUMPUR – Badan bukan Kerajaan Rakyat Malaysia Menentang Hukuman Mati dan Penyeksaan(MADPET) terkejut dengan penggunaan Akta Hasutan dan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 terhadap Ketua Pemuda UMNO, Dr Akmal Saleh.

Jurucakap badan bukan kerajaan, Charles Hector Fernandez mendakwa, Dr Akmal tidak melakukan kesalahan dalam membangkitkan isu stoking tertera kalimah Allah kerana beliau menyatakan pendapatnya yang mana hak itu dijamin dalam Perkara 8(1)(a) Perlembagaan Persekutuan yang mengatakan bahawa ‘…setiap warganegara mempunyai hak untuk kebebasan bersuara dan bersuara…’

Menurutnya, Artikel 19 Deklarasi Hak Asasi Manusia Sejagat (UDHR) juga menyatakan ‘Setiap orang mempunyai hak untuk kebebasan berpendapat dan bersuara; hak ini termasuk kebebasan untuk memegang pendapat tanpa campur tangan dan untuk mencari, menerima dan menyampaikan maklumat dan idea melalui mana-mana media dan tanpa mengira sempadan.

Kebebasan bersuara dan bersuara ini adalah hak penting dalam mana-mana demokrasi.

Walaupun kenyataan atau pendapat seseorang itu bertentangan dengan pendirian kerajaan hari ini, atau pandangan majoriti penduduk, hak individu ini mesti sentiasa dihormati dan tidak dihalang.

Respons terhadap kebebasan bersuara ini mestilah dibuat bentuk menyangkal, dan bukannya penangkapan, penahanan atau pendakwaan melainkan jika ia melanggar undang-undang tertentu.

Begitu juga dengan seruan untuk memboikot pertubuhan tertentu atau produk tertentu adalah hak untuk dihormati.

Malah, Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) telah mengenakan sekatan ekonomi dan juga ‘boikot’ terhadap negara-negara yang mereka percaya telah melakukan kesalahan.

Sesebuah negara boleh mengenakan sekatan atau ‘boikot’ sedemikian.

“Di Malaysia, kita telah menghalang kemasukan produk, dan juga kapal/pesawat dari Israel selaras dengan pendirian kuat Malaysia terhadap Israel atas ketidakadilan yang berlaku kepada rakyat Palestin.

“Boikot adalah alat rakyat sebagai satu bentuk protes terhadap syarikat dan mereka yang berada dalam rantaian bekalan mereka sebagai protes terhadap pencabulan hak asasi manusia dan/atau ketidakadilan yang dilakukan terhadap pekerja, komuniti atau alam sekitar.

AKTA HASUTAN

INI KARUT

AMIN

MENHASUT BUKAN

SATU KESALAHAN

AMIN

USTAD DI U TUBE

HASUT UNTUK

BUAT KEBAJIKAN

AMIN

IKLAN JUGA

MENGHASUT

KENAPA TAK

TANGKAP IKLAN

AMIN

KHALAS

BUDAK SEKOLAH CONTOHI GURU

 

BUDAK SEKOLAH

CONTOHI GURU

AMIN

Unknown commented on 

"GADUH - 1 LAWAN 20 !!!"

Aduhai, orang melaka lagi!! Tapi jangan salahkan budak2 ni. Dia orang cuma ikut style atau tata kelola pemimpin dia orang. No fear no surrender juga mula2 tu. Bila masuk balai, tulur pun hilang. Bebudak lagi kah kah

IMAM ONLINE DENGAN ALLAH - LU NAK CAKAP APAQ A?


IMAM ONLINE

DENGAN ALLAH 

AMIN 

LU NAK

 CAKAP APA?

AMIN

JANGAN SEBAR FITNAH


JANGAN SEBAR

FITNAH

AMIN



IRAN AKAN BERTINDAK DALAM 48 JAM


IRAN AKAN

BERTINDAK DALAM

MASA 48 JAM

KHALAS

INGATAN UNTUK KITA SEMUA



Tolong jangan buang sampah di Lebuhraya Lingkaran Tengah Utama

KUANTAN: Perbadanan Pengurusan Sisa Pepejal dan Pembersihan Awam (SWCorp) Pahang meminta pengguna jalan raya yang melalui Lebuhraya Lingkaran Tengah Utama (LTU) supaya tidak membuang sampah ketika singgah berehat di tepi lebuh raya itu.

Pengarahnya, Sharudin Hamid berkata perbuatan itu boleh mengundang risiko kepada pengguna jalan raya terutama penunggang motosikal apabila sampah terutama tin minuman bertaburan di jalan raya.

Ketiadaan kemudahan hentian rehat dan rawat (R&R) di LTU bukannya alasan untuk melakukan perbuatan terbabit kerana ia memberikan gambaran tidak baik mengenai sikap segelintir pengguna jalan raya.

"Perbuatan membuang sampah tidak sepatutnya berlaku jika sikap dan disiplin diri ada terutama untuk memastikan sepanjang LTU itu bebas daripada sampah.

"Sepatutnya sampah yang ingin dibuang itu disimpan dalam kenderaan dengan menyediakan plastik atau tong sampah kecil dan apabila tiba di destinasi yang mempunyai kemudahan tong sampah, boleh membuangnya," katanya dihubungi hari ini.

Beliau berkata, SWCorp menerima aduan sampah yang dibuang di lebuh raya itu dan mengharapkan kejadian seperti itu tidak berlaku lagi.

Katanya, papan tanda peringatan akan dipasang untuk memastikan pengguna jalan raya tidak buang sampah sesuka hati.

"SWCorpd bersama beberapa pihak termasuk Jabatan kerja Raya, Roadare dan pihak berkuasa tempatan (PBT) berusaha untuk mencari jalan penyelesaian memberi kesedaran kepada pengguna jalan raya supaya tidak membuang sampah," katanya.

INI PERANGAI

HODOH KITA

SESAMA KITA

AMIN

UBAH PERANGAI

JADI LEBIH

BERTANGGONG

JAWAB ATAS

MASYARAKAT

AMIN

UBAH SIKAP

JADI MACAM

PERANGAI KAPIR

DI LONDON ATAU

DI SWEDEN

AMIN

TAK PERLU ADA

BIDADARI

AMIN

TAK PERLU TAKUT

API NERAKA 

UNTUK JADI BERSIH

KHALAS

ISRAEL MENUJU KEHANCURAN


ISREAL MENUJU

KEHANCURAN

AMIN

MEK DONAL TERUS DIBOIKOT


McDonalds beli semula francais di Israel

NEW YORK – Rangkaian makanan segera, McDonald’s membeli semula setiap satu daripada 225 restoran francaisnya di Israel.

Gergasi makanan segera itu berkata, pihaknya telah mencapai perjanjian dengan francais Israel Alonyal yang telah menjalankan perniagaan lebih 30 tahun di negara itu.

McDonald’s menambah dalam kenyataan bahawa ia “tetap komited kepada pasaran Israel dan untuk memastikan pekerja dan pengalaman pelanggan yang positif dalam pasaran pada masa hadapan”.

Menurut CNN, gergasi makanan segera itu bagaimanapun enggan mendedahkan syarat perjanjian dengan Alonya.

Ketua Pegawai Eksekutif dan pemilik Alonyal, Omri Padan dilaporkan berkata; “Selama lebih 30 tahun, Alonyal Limited berbangga untuk membawa Gerbang Emas ke Israel dan berkhidmat kepada masyarakat kita.

” Alonyal menggaji lebih 5,000 orang di seluruh restoran McDonald’s di negara ini.” katanya.

McDonald’s telah dilanda gelombang boikot terutama di negara dan kawasan yang mempunyai komuniti Islam yang besar selepas membekalkan makanan kepada tentera Israel yang melakukan pembunuhan beramai-ramai di Gaza.

Negara-negara majoriti Islam seperti Kuwait, Malaysia dan Pakistan mengeluarkan telah kenyataan menjauhkan diri mereka daripada firma itu kerana dianggap menyokong Israel.

Pada bulan Januari, Ketua Pegawai Eksekutif McDonalds Chris Kempczinski berkata, syarikat itu mengalami “impak perniagaan yang bermakna” di Timur Tengah kerana perang antara Israel dan Hamas.

Rantaian makanan global mengakui serangan Israel ke atas Gaza telah “mempengaruhi secara bermakna” prestasinya dengan perniagaan di Perancis, Indonesia dan Malaysia terjejas dan perdagangannya di Timur Tengah terjejas paling teruk.

Ketua eksekutif Chris Kempczinski menyalahkan tindak balas terhadap “maklumat yang salah” tetapi ia mencapai garis akhir dan syarikat itu terlepas sasaran jualan suku tahunan pertamanya dalam hampir empat tahun.

Semasa pembentangan pendapatan terbaharunya pada Februari, McDonald’s mengulangi mesej itu dan berkata, konflik itu mungkin akan terus membebankan perniagaannya.

Syarikat itu bergantung pada beribu-ribu perniagaan bebas untuk memiliki dan mengendalikan kebanyakan lebih daripada 40,000 kedainya di seluruh dunia. Kira-kira 5% terletak di Timur Tengah.

“Di setiap negara tempat kami beroperasi, termasuk di negara Islam, McDonald’s dengan bangganya diwakili oleh pengendali pemilik tempatan,” kata Encik Kempczinski pada masa itu.

“Selagi perang ini berterusan… kami tidak menjangkakan untuk melihat sebarang peningkatan yang ketara [dalam pasaran ini],” tambah bos McDonald’s itu.

Syarikat itu berharap dengan mengambil semula perniagaan Israel ia dapat memulihkan reputasinya di Timur Tengah dan memenuhi sasaran jualan utamanya sekali lagi.

Israel dilaporkan telah membunuh lebih 33,000 penduduk Gaza dalam tempoh enam bulan sejak melakukan serangan pada Oktober tahun lalu.- Agensi

MEK DONAL

BANGGA BERI

BURGER FREE

PADA

SOLDADU ISRAEL

AMIN

TERUS BOIKOT

MEK DONAL

KHALAS

DIMANA OTAK PURTAN MOHD AZALINA


PURTAN 

MOHD AZALINA

OTAK LU DIMANA?

KAH KAH KAH

AMIN

UNITED FRONT - MUSUH BERSAMA


MUSUH KEPADA

MUSUH KITA

ADALAH KAWAN

AMIN

Unknown commented on 
"PENJARAKAN TERUS NAJIB"

Apa tak gila Malingsia tengok saje Mr. Cuntfuse TT.

TT marah nak penjarakan Najib kerana bersalah kleprokrasi.

Isham Jalil nak bebaskan Najib sebab tak bersalah kleprokrasi.

Tetapi TT BFF dengan Isham Jalil sebab sama2 nak guling PMX.

Ini yang gila, TT cuntfuse sebab tak kenal kawan atau lawan.

TT nak guling PMX tapi nak penjarakan Najib mesti tak boleh on dengan Isham Jalil kang.

TT cuntfuse, balik main dengan anjing2.

BACA QURAN BERLAGU TAK FAHAM


BACA QURAN

BERLAGU 

TAK FAHAM

AMIN

panglimo potaseh commented on
 "GADUH - 1 LAWAN 20 !!!"

Pukol2 samo sindiri ni musti bebudak Melayu punyo kojo yg hari2 ngaji igama. Di ajar usTaT buat baek dapat upah masok syurge, takdo yg pochumo somuo kojo Tuhan bagi upah .. semua mende kono ado upah. 

Molayu baco kitab bukan utk di pahamkan isi nyo tapi untuk bolagu-lagu dgn suara di songaukan .. tu lah dio Molayu bangsa ku .. kahkahkah

PENGGANAS YAHUDI


PENGGANAS

YAHUDI


SABTU 6 APRIL 2024
RAYA MINGGU DEPAN
SELASA KE RABU
ATAU KAMIS ?

KEMARIN GUA LIHAT KLIP VIDEO
SATU DAERAH DI JOGJAKARTA
DAH SAMBUT AWAL
HARI RAYA
WOW

KITA MASIH HEBOH
DENGAN BERITA JANTAN
PENGGANAS YAHUDI
DAH RAMAI  KENA TANGKAP
HAMPIR 16 ORANG DI TAHAN
UNTUK SOAL SIASAT

APA KES INI ?
YAHUDI INI NAK APA?
SAPA JARINGAN YAHUDI INI ?
MACAM MANA PDRM TERBAU
KEMASUKKAN YAHUDI INI ?
APA NAMA HOTEL DI AMPANG ?
JENG JENG JENG

ENAM PUCUL SEPETOL
DAN 200 PELURU
NAK PERANG DENGAN SAPA ?

BILA NAK DI BAWA
KE MAHKAMAH
SATU MALAYSIA MENUNGGU

SAP NANTI PEGUAM
YAHUDI?
JENG JENG JENG
AMIN

AMERIKA
DI TIMUR UTARA
GEMPA 4.8 SKALA BERLAKU
TAK SEBURUK TAIWAN

AUSTRALIA
WILAYAH SYDNEY
HUJAN  RIBUT DAN BANJIR MELANDA
HUJAN LEBAT DI RAMAL
BERTERUSAN

INDIA
AKUI AJEN RISIK
MASUK KE PAKISTAN
TEMBAK BUNUH
MUSUH INDIA YANG
MENYOROK DI PAKISTAN

HOKKIEN
PAGI INI CERAH 
MATA HARI DAH KELUAR
KERETA BERSUSUN
PALING RAMAI TAHUN INI
ADA BERATUS KERETA
KELUARGA DATANG
ZIARAH MAKAM

MERCUN MELETUP SANA SINI
KERTAS SEMBAHYANG
DI BAKAR
ASAP BERKEPUL MENJADKAN
HOKKIEN BERJEREBU

HA HA
SEKOR KENG KENG
BERSUARA KUAT
TEPI LERENG BUKIT
MURAI JUGA BERKICAU
DARI BELUKAR TEPI FLET
SUARA MEMBUKA
PAGI MENJADI INDAH

HARI INI AKAN PANAS
GUA NAK KE CHOW KIT
MINGGU AKHIR KE PASAR
SEBELUM RAYA
NAK BELI BUAH
DAN MAKANAN EZI DAN TAK TAK

BRO
SENYUM
SAMBUT SABTU
DENGAN SENYUMAN

BRO 
MEMILIKI BANYAK BARANG
TAK MOLEH SAMA SEPERTI
TAK MEMILIKI APA APA

BRO
LU BELI APA 
YANG LU PERLU
BUKAN APA  YANG LU LIHAT

BRO
AP YANG LU LAKUKAN
SEKARANG AKAN JADI INGATAN
BERKEKALAN
UNTUK MASA DEPAN
AMIN

LAKUKAN SEKARANG
LAKUKAN HARI INI

SELAMAT BERPUASA