Rabu, 9 Disember 2020

AWAS - BAHAYA - AMBIL PELAJARAN DARI AMERIKA

 


BAHAYA 

BELAJAR DARI

APA YANG BERLAKU

DI AMERIKA



BALOK BARU WAJIB MUNCUL

 


SATU BLOK 

BARU WAJIB

 MUNCUL

AMIN

INI UNTUK MASA

DEPAN NEGARA

AMIN


Sayap Muda Pejuang sahut gesaan AMANAH dan DAPSY

Sayap Muda Parti Pejuang Tanah Air (Pejuang) menyatakan kesediaan parti itu untuk menyokong segala rundingan dan usaha bagi menubuhkan blok pembangkang yang berpadu sama ada di dalam Dewan Rakyat mahupun dalam menghadapi Pilihan Raya Umum (PRU) akan datang.

Ketuanya, Abu Hafiz Salleh Hudin berkata, Pejuang Muda mengalu-alukan sikap rasional pimpinan muda dalam parti politik yang bertindak sebagai pengimbang antara ketegasan pimpinan utama parti dan realiti akar umbi.

Menurutnya, akar umbi telah menyaksikan bagaimana kepimpinan parti-parti pembangkang gagal menunjukkan kekuatan yang sebenar apabila menolak untuk duduk bersama dalam membuat sesuatu keputusan.

MASALAH 

PAKATAN HARAPAN

HANYA SATU

AMIN

ANWAR IBRAHIM

JADI BEBAN

AMIN

TINGGALKAN ANWAR

MENUJU MARA

 TUJU KEJAYAAN

KHALAS



INI BUKAN POLITIK - INI MENIPU NAMANYA

 


INI BUKAN POLITIK

INI MENIPU NAMANYA

RAMAI TAK SEDAR

Unknown commented on 

"MUDA LAGI BELUM BIJAK 

BACA POLITIK"

muda sangat nak jadi MP pun. di sana takda ke orang yang lebih berumur lebih matang lebih banyak pengalaman tahu selok belok kehidupan rakyat yang boleh dilantik MP? kalau harap pada bijak akademik pintar pidato tak guna juga. orang ramai bukan boleh ambil dua benda tu untuk beli beras bayar duit tol atau isi petrol. ini tak sampai setahun dok jaja kreptorasi penyamun tarbus, alih2 boleh duduk semeja bincang.


buat penat saja dok lawan penyamun tarbus selama ini. lebih baik daripada awal sertai dan sokong tim penyamun dan banduan. sama lah juga dengan parti agama. bertahun-tahun selama nik aziz hidup kena hentam dengan utusan tv3suku kiri kanan depan belakang. lastly duduk semeja sekapal sebelah menyebelah dengan penyamun. utusan tv3suku pun dah tak hentam parti agama ini macam dulu-dulu. 


semua sudah kawtim. adalah lebih baik parti agama ini jadi parti komponen bn seperti mca mic. takda lah penat2 penyokong usung tin milo ke sana ke mari, hadir ceramah sana sini sampai kering anak tekak. masa itu tentunya orang kuat parti agama ini dah merasa CEO di GLC atau duta di timur tengah, jerman dan lain2. akhirnya yang dok menganga air keruh di kelantan ialah penyokong. yang dok tagih duit kwsp penyokong, yang hilang kerja penyokong, yang masih kena bayar tol penyokong, yang kena tanggung harga kereta mahal penyokong. kena tipu sampai ke mati.


MUHYIDDIN KENA TEKAN SAMPAI TAK BERNAFAS

 


TEKAN TEKAN

SAMPAI PUTUS

NAFAS

KAH KAH KAH 

UNDI PERCAYA

 UNDI TAK CAYA

 BUAT BUAT

KAH KAH KAH




Muhyiddin perlu berani dan benarkan undi percaya, kata Mahfuz

PERDANA Menteri Muhyiddin Yassin perlu berani seperti bekas menteri besar Perak Ahmad Faizal Azumu dan membenarkan usul undi tidak percaya di Dewan Rakyat, kata Naib Presiden Amanah Mahfuz Omar.

Mahfuz berkata, apa yang berlaku di Perak adalah proses demokrasi yang termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan.

“Faizal mempunyai satu keberanian. Walaupun beliau tahu akan ada usul undi percaya ke atas beliau memberi laluan supaya speaker boleh menerima usuk tersebut diawalkan.

“Ini merupakan kejantanan sebenar seorang pemimpin politik yang mempnyai keberanian yang tinggi untuk berhadapan dengan kelompok yang cuba untuk menjatuhkannya, kata Mahfuz pada sesi Insight Talk.

Minggu lalu, Faizal kalah dalam undi usul percaya di Dewan Undangan Negeri (DUN) Perak dan meletakkan jawatan sebagai menteri besar.

48 wakil rakyat daripada 59 kerusi DUN mengundi tidak menyokongnya manakala 10 lagi menyokong dan satu berkecuali.

Usul undi percaya terhadap Faizal yang merupakan Adun Chenderiang dibawa oleh Adun Pengkalan Baharu dari Umno, Abdul Manaf Hashim bulan lalu.

Yang Dipertua Dewan Rakyat Azhar Azizan Harun semalam berkata beliau tiada kuasa untuk memberi keutamaan kepada usul keyakinan untuk menguji sokongan terhadap Perdana Menteri Muhyiddin Yassin.

Azhar berkata beliau tidak terikat dengan sebarang tindakan speaker DUN ketika ditanya mengapa tidak mencontohi Speaker DUN Perak Mohamad Zahir Abdul Khalid yang membenarkan usul percaya terhadap menteri besar dibentangkan Jumaat lalu.

Sejak Mei, Pakatan Harapan memfailkan usul undi tidak percaya terhadap Muhyiddin di Parlimen.

Azhar sebelum ini juga berkata, beliau tidak dapat menaikkan usul dalam aturan mesyuarat kerana urusan kerajaan perlu didahulukan.

Mahfuz berkata, keterbukaan Faizal dan keberaniannya patut dicontohi oleh Muhyiddin.

“Faizal bersetuju dengan undian usul undi percaya (dan tewas). Beliau menerimanya dengan hati terbuka,” katanya.

“Faizal telah mencetuskan diri dia untuk menjadi motivator kepada Tan Sri Muhyiddin untuk juga menunjukkan kejantanannya sebagai perdana menteri bagi memberikan laluan kepada usul tidak percaya yang telah tersenarai dalam order paper di peringkat Parlimen.”

Tambah naib presiden Amanah itu, mana-mana menteri boleh mendapat izin daripada perdana menteri untuk memberikan laluan diawalkan usul undi tidak percaya.

“Rakyat menanti pendirian Muhyiddin sebagai perdana menteri.

“Sekiranya tiada bermakna akan menjadi satu pertanyaan apakah benar perdana menteri ini tidak punya kejantanan.”

Mahfuz berkata Muhyiddin perlu diuji dengan undi usul percaya bagi melihat sama ada beliau masih ada sokongan ahli Parlimen. 

“Kami mahu speaker memberi laluan kepada undi tidak percaya.

“Itu sebabnya penting untuk menteri berdiri dan meminta usul itu.”

Oktober lalu, bekas perdana menteri Dr Mahathir Mohamad dari parti Pejuang turut mengemukakan usul tidak percaya terhadap Muhyiddin dan menyatakan beliau sudah hilang keyakinan dewan. 

Ini merupakan usul kedua bekas perdana menteri itu selepas usul pertamanya pada Mei tidak mendapat perhatian di Dewan Rakyat. 

Ahli Parlimen pembangkang berkata usul mereka sepatutnya dibenarkan di bawah Peraturan Mesyuarat seksyen 26 (10) dibaca bersama seksyen 27(3). 

Bagaimanapun, usaha Dr Mahathir untuk membawa usul undi tidak percaya terhadap Muhyiddin ditolak dua kali dan diletakkan di senarai hujung aturan mesyuarat. – 9 Disember, 2020. 

 

NASIB BAIK

ADA MAT KOBID

KALAU TAK

MUHYIDDIN

SENAK TERHIMPIT

KAH KAH KAH



BERITA BAIK UNTUK WARGA KELANTAN -

 


UMNO LEBIH

BAIK DARI PAS

AMIN

UMNO JANJIKAN

HAL DUNIA

AMIN

PAS JANJIKAN

HAL LEPAS MATI

AMIN

AIR PAIP TAK KARAT

DIPERLUKAN

 SEKARANG

AMIN 

KERETA MERCEDES 

DAPAT BUKAN

 LEPAS MATI 

AMIN 

DUIT BALAK DAPAT SEKARANG 

BUKAN LEPAS MATI

  AMIN 

LEPAS MATI 

ABIS CERITA

AMIN



Umno Kelantan sedia lawan PAS jika ketepikan Muafakat Nasional

UMNO Kelantan bersedia untuk meletakkan calonnya di semua kawasan di negeri itu dalam pilihan raya umum akan datang jika PAS mengetepikan Muafakat Nasional, kata setiausaha Umno Kelantan.

Umno Kelantan merujuk kepada laporan Harakah yang memetik Timbalan Mursyidul Am PAS Ahmad Yakob yang mendakwa parti Islam itu mahukan Bersatu sebagai rakan dalam gabungan.

“Merujuk kepada kenyataan berita Menteri Besar Kelantan dalam HarakahDaily dan MalaysiaKini yang diterbitkan pada 2 Disember 2020, Umno Kelantan kurang jelas sama ada PAS masih ingin meneruskan Muafakat Nasional atau sebaliknya.

“Umno Kelantan komited dan istiqamah kepada piagam Muafakat Nasional yang telah termeterai di peringkat kebangsaan bersama PAS dan bersetuju sebagai agenda penyatuan Ummah.

“Sekiranya PAS lebih cenderung untuk mengetepikan Muafakat Nasional yang telah disepakati, Umno dan BN Kelantan bersiap sedia untuk meletakkan calon di semua kawasan pilihan raya DUN & Parlimen PRU15,” kata kenyataan itu.

Sebelum ini, Ahmad yang juga Menteri Besar Kelantan berkata perjuangan politik Melayu perlukan Bersatu.

Tambahnya gabungan itu tidak perlu terhad kepada Umno dan PAS sahaja.

“Bagi saya, lebih besar lebih baik. Satu berkas lidi, kalau dah besar banyak guna, lebih kuat,” katanya.

Ujar Ahmad lagi, perbalahan antara parti-parti Melayu hanya akan merosakkan bangsa Melayu.

Pada Februari, Bersatu meninggalkan Pakatan Harapan untuk membentuk kerajaan bersama Umno dan PAS serta parti komponen Barisan Nasional.

Bersatu ditubuhkan pada 2016 dan diterajui oleh bekas perdana menteri Dr Mahathir Mohamad. – 7 Disember, 2020.


WARGA KELANTAN

DIBERI PILIHAN

KAH KAH KAH

 PILIH AIR BERSIH SEKARANG

ATAU DAPAT 

AIR PAIP BERSIH 

LEPAS MATI 

AMIN

PILIH JANGAN

TAK PILIH

KAH KAH KAHAMIN



KHALWAT HRI KE BERAPA - GUA SILAP KE?

 




KHALWAT HARI

KE BERAPA?

GUA SILAP KE?

Unknown commented on

 "BERKHALWAT KE 266"

Khalwat ke 267

RASUAH DAN BUDAYA RASUAH

 




RASUAH DAN

BUDAYA RASUAH

Unknown commented on

 "PEGAWAI TERLIBAT RASUAH - 

TAKUT BOSS"

Kepala negara pon rasuah, kepala negeri pon rasuah, adakah afrika congo atau orang kita ? Kepala busuk dari ekor betul kan, yang tangkap ekor, kepala lepas lepas sebab tu making menjadi, ada jugak kepala kuat bising anti rasuah, tapi macam politikus wayang sama, kah kah belakang jumpa cukong mancing ikan, main golf, main basikal kah kah tak payah wayang drama semua tabu semua sedar kah kah

NAJIB DAN ALTANTUYA


NAJIB DAN

 ALTANTUYA

Unknown commented on

 "KES ALTANTUYA BOCOR"

Kena bontoti Kena khianati Kena tipu Kena main depan belakang Kena bom Kena bunuh Tapi masih tak aman Lawatan ke Mongolia Ingat anak pon dah lupa Kah kah

GENTEL BIJI

 

GENTEL BIJI

Unknown commented on

"TONGKAT DAN TASBIH"

Aku pun kerap juga gentel biji. Hanya erangan yg keluar. Tiada juga makrifat apa pun. Harap kau juga begitu. Hanya gentel biji yang hidup jangan sesekali gentel biji mati.

DALAM SPRM MACAM MANA ?

 




DALAM SPRM

MACAM MANA?

Unknown commented on 
"BERI MAKLUMAT RASUAH - 
MAHKAMAH BEBASKAN"
Sprm pon sama manusia jugak, teringin jugak pakai kondo vellfite nak tidok hotel mewah, ketat sendat di Bali, last last buat lupa, maklumat apa perlu lagi ??? Yang masuk lokap keluar TV senyap menyap sahaja kah kah sudah kow tim kah ???

RASUAH ADA BUDAYANYA

 


RASUAH 

ADA BUDAYA

Unknown commented on 

"BERI MAKLUMAT RASUAH - 

MAHKAMAH BEBASKAN"

KALAU SENYAP SILAP SILAP HARI RAYA DAPAT DUIT RAYA ya memang itu lah jalan yang mudah. buat senyap boleh dapat duit lebih selamat cover bos cepat pula naik pangkat. bila balik kampung boleh megah konon dia kerja kerajaan gaji pangkat besar. lama kelamaan kenyang selesa dengan duit haram anak pun membesar dengan salah asohan tak jadi orang.


DENGAR 

BAIK BAIK

APA KAK NI CAKAP

KAKAK NI 

ORANG BAIK

TERIMA KASIH

RONALD REAGAN

JANGAN FITNAH PEMIMPIN ISLAM

 

JANGAN FITNAH

PEMIMPIN ISLAM

Unknown commented on

 "AZILAH KATA NAJIB 

BERI ARAHAN BUNUH"

Engkau dengki najib ramai perinatal, sekali tip top ribu like, ribu komen dalam face book, dia kata plot jatuh, fitnah, aib maki hamun semua pakai plot sama, selqgi tak kena tangkap tak salah, sudah kena tangkap kata fitnah, harta satu billion cash dari mana??? Mongoliq kah kah kab

HALAL HARAM UNTUK YANG MISKIN

 



HALAL HARAM

UNTUK YG MISKIN

YANG KAYA 

SEMUA HALAL

Unknown commented on

 "SIMPAN ISLAM 

DALAM PETI BESI - 

BEDAL GULAI BABI 

SEKAWAH OKAY"

Halal haram untuk orang miskin, tak duit ikut sop haram health yang ada duit pakai law sop lain ada paham ? Simple saja pak arab pon sama kah kah

MUDA LAGI BELUM BIJAK BACA POLITIK

 



MASIH MUDA

BELUM BIJAK

BACA POLITIK

Unknown commented on 

"APA BERLAKU DI JOHOR"

Si Saddiq dulu hari2 meratib kleptokrasi..last2 gi jumpa Najib bapak kleptokrasi jugak..hampeh

BERITA BAIK UNTUK AIR PAIP KELANTAN

 



BERITA BAIK

UNTUK AIR PAIP

KELANTAN

AMIN

Umno Kelantan sedia

 lawan PAS jika 

ketepikan 

Muafakat Nasional


INI JUGA 

BERITA BAIK

UNTUK SELURUH

NAGARA

AMIN

JANJI ANWAR




JANJI ANWAR

Unknown commented on

 "USUL PERCAYA 

PADA MUHYIDDIN ?"

Usul dulu tukang pegang kerusi PH jaga janji 7 hari....kemudian baling kerusi kat dia dapat kerusi janji tak tepati.....songel gila nak jadi PM tapi tak ada secebis quality DNA untuk jadi PM! Atau jalan seiring parliament usul sembab no confidence songel kena tarik kerusi...apa boleh buat 2 birds with one stone!

AHLI POLITIK HARAMJADAH

 


Arymanchino commented on

 "RAKYAT MARAH TENGKU 

FRAUD BEBAS"

Aku dah kata semua ahli politik sama haramjadah..Rakyat dah xblh nak serah leher kita pd semua melaon ni.PRU15 masa rakyat bertindak.Mari kita semua humban mereka dlm longkang..

UNDI PERCAYA UNTUK MUHYIDIN

 


UNDI PERCAYA

UNTUK MUHYIDIN

AMIN

Muhyiddin perlu berani

 dan benarkan undi percaya,

 kata Mahfuz



DULU MADEY

ADA UNDI PERCAYA

KAH KAH KAH

BERKHALWAT KE 266

 



KHALWAT KE 266

RABU 8/12/2020

KITA MASUK KE HARI 266 
BERKHALWAT

PERAK MASIH TERGANTUNG
KOBID MASIH MENYERANG
EKONOMI TERUS MERUNDUM

DIKATAKAN VEKSIN
TELAH DITEMUI

AWAS
SEBAIK SAJA SECARA AFDAL
VEKSIN DI TEMUI
TERBUKTI  DAN DIYAKINI
MAKA DUNIA 
AKAN MENGGELEGAK

BILA VEKSIN SAMPAI
MAKA SEMUA SUBSIDI
SEMUA BANTUAN
SEMUA PENANGGUHAN
SEMUA YANG  DIGANTUNG
AKAN TAMAT

TIGA BULAN KEMUDIAN
SESUDAH VEKSIN SAMPAI
KITA AKAN LIHAT
DUNIA MENGGELODAK
MASALAH TERTAMPUNG
TERBUKA TERBARAI
AMIN

PAGI INI
MATAHARI DAH KELUAR
TAPI KUALA LUMPUR BERJEREBU
UNGGAS DAN CENGEKRIK
BERLAGU
TAKDA APA YANG SPESIAL
TAPI TERDENGAR KEMBALI
SUARA PIPIT
WALAU PUN LALANG
BELUM MENINGGI

EZI DAN TAK TAK
SAPERTI BIASA
BERLARI MENCARI TUPAI

BRO
SIMPAN PERASAAN ITU
PADA SOSOK 
YANG KITA SAYANGI

BRO
JANGAN FIKIR BANYAK SANGAT
HINGGA BERAT KEPALA

PEMBOHONGAN YANG AMAT KECIL
AKAN MERUNTUHKAN
KEPERCAYAAN YANG BESAR

BRO
KALAU LU BACA INI
MAKNANYA LU
JADI BESI BERANI
LU WAJIB BERGUMBIRA

KITA AKAN SAMPAI KESANA
 JIKA WAJIB KE SANA
RELAX SANTAI 
TENANG DAN  SABAR

BRO
LEPAS BACA INI
BANGUN DAN PERGI
TENGOK CERMIN MUKA
ORANG DALAM CERMIN ITU
AKAN MEMBAWA BAHAGIA

DENDAM YANG PALING AFDAL
IALAH TIDAK MENDENDAM
TERUS BERJALAN BERGUMBIRA 
DAN LUPAKAN

SILAP YANG LEPAS
CIK GU KITA

JANGAN PERCAYA PADA NASIB
JANGAN PERCAYA PADA NUMBO
YAKINI KERJA KUAT

BRO
JANGAN RISAU 
APA ORANG LAIN KATA
TENTANG KITA
MAMAT TU TAKDA KERJA LAIN
CARI SALAH ORANG SAJE
SEPATUTNYA
DIA SELESAI MASALAH
DIRI  SENDIRI DULU

WILAYAH SELAMAT
MEMANG INDAH
TAPI TAKADA APA BARU
YANG AKAN TUMBUH

SOSOK YANG JUJUR
BUKAN BODOH
DIA MENYANGKA
SEMUA ORANG BAIK HATI
 MACAM DIA

BRO
KALAU ADA PELUANG
NAK BUAT ORANG GUMBIRA
BUATLAAA
RAMAI SOSOK
YANG SEDIH DALAM SENYAP
BILA KITA BAWA GUMBIRA
PADA MEREKA
ITU YANG MEREKA TUNGGU

KITA PULANGKAN KEMBALI
KEBAIKKAN PADA SOSOK
YANG PADA SATU MASA
DULU MENJAGA KITA
DENGAN BAIK

BRO
KEHIDUPAN HARI ESOK
LEBIH PENTING 
DARI  KEHIDUPAN
YANG TELAH KITA TINGGALKAN

BRO
JANGAN SUSAHKAN
DIRI SENDIRI

BRO
KALAU KITA BERANI
MENGUCAPKAN 
SELAMAT TINGGAL
MAKA HIDUP INI AKAN
AKAN UCAP HELLO PADA KITA

BRO
KATAKAN APA YANG BENAR
JANGAN TAKUT KEBENARAN
AMIN

LALUKAN HARI INI
LAKUKAN SEKARANG

SELAMAT BERKHALWAT