Jumaat, 18 Mac 2022

PERANG UKRAINE MASUK HARI E 23

 

PERANG UKRAINE

MASUK KE HARI 23

KHALAS

HIKMAH KOBID

 



Tangguh dahulu PRU15, kata Khairy

PILIHAN Raya Umum ke-15 (PRU15) wajar ditangguhkan kerana boleh merumitkan situasi kesihatan negara yang akan memasuki fasa endemik bermula April, kata Khairy Jamaluddin.

Menteri kesihatan berkata, walaupun akar umbi Umno mendesak PRU15 disegerakan, pilihan raya itu hanya boleh dilaksanakan jika wabak Covid-19 kembali stabil.

“Sebagai menteri kesihatan, saya berpandangan wajar kita tunggu dahulu sehingga keadaan kesihatan awam stabil.

“Lebih baik tangguh dulu perkara yang boleh rumitkan peralihan (fasa endemik). Pilihan raya umum antara perkara boleh tangguh dahulu hingga keadaan kesihatan awam pulih,” katanya.

Tambahnya, Presiden Umno Ahmad Zahid Hamidi juga sendiri akur bahawa keputusan untuk mengadakan pilihan raya umum itu di tangan perdana menteri.

“Semangat presiden betul tadi. Walau dia kata akar umbi Umno kehendaki pilihan raya umum awal, akhirnya dia kata serah kepada perdana menteri,” kata Khairy.

Beliau menambah, kementeriannya sedang meneliti keadaan semasa situasi kesihatan negara memandangkan sempadan negara akan dibuka bermula 1 April depan.

“Kita nak tengok keadaan. Jangkaan kita, pembukaan dibuat dengan selamat (dan) tiada tekanan kepada sistem kesihatan awam tapi kita tak tahu varian baru yang mungkin akan muncul.

“Kita sedang pantau. Omicron ada subvarian, ini perkata yang sedang dipantau,” tambahnya dalam sidang media di Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur. – 18 Mac, 2022.

ADA HIKMAH

MAT KOBID

AMIN

MUHYIDIN 

DI SELAMATKAN

OLEH MAT KOBID

AMIN

SABRI 114

DISELAMATKAN

OLEH MAT KOBID

AMIN

KJ JUGA TERUS

JADI MENTERI

KERANA MAT KOBID

KAH KAH KAH

SEMUA GEMBIRA

DG MAT KOBID

AMIN

NEGARA SELAMAT

DARI MAT KOBID

TAKDA PRU15

AMIN

NAJIB ZAHID

MASUK PENJARA

SELAMAT DARI

MAT KOBID

AMIN

KAH KAH KAH

MANA HILANG DOLAH SANI ?

 



Saifuddin lawan Rafizi rebut jawatan timbalan presiden PKR

SETIAUSAHA Agung PKR Saifuddin Nasution berkemungkinan besar akan bertanding sebagai calon timbalan presiden menentang Rafizi Ramli bagi merebut jawatan nombor dua parti itu, lapor Free Malaysia Today.

Memetik sumber, laporan itu berkata Farhash Wafia Slavador, bekas pembantu Anwar Ibrahim, tidak akan merebut jawatan itu sekiranya Saifuddin bertanding.

“Beliau dilihat akan memberi lebih saingan kepada Rafizi berbanding Farhash” kata sumber dalam laporan itu..

PKR akan mengadakan pemilihan pada Mei ini.

Rafizi mengumumkan beliau akan kembali aktif dalam politik selepas berehat panjang. Awal minggu ini, beliau mengumumkan akan bertanding untuk jawatan timbalan presiden.

Rafizi buat pertama kali bertanding untuk jawatan tersebut pada 2018 tetapi bekas ahli Parlimen Pandan itu tewas kepada timbalan presiden PKR ketika itu, Azmin Ali.

Bagaimanapun, jawatan timbalan presiden parti itu kosong selepas Azmin dipecat susulan “Langkah Sheraton” yang mengakibatkan kerajaan Pakatan Harapan (PH) tumbang pada Februari 2020. – 17 Mac, 2022.

SATU SOSOK

BAIK

AMIN

BIJAK BERUCAP

TERATUR KEMAS

AMIN

SAYANG TAK

PUNYA JARINGAN

AKAR UMBI

AMIN

SAIFUDIN

PILIHAN TERBAIK

ANTARA RAFIZI

SALVADOR 

AMIN

WOIT

MANA HILANG

DOLAH SANI 

DAN NIK NAZMI

KAH KAH KAH

SEDANG 

BUAT PROJEK

PLAN B KE ?

KAH KAH KAH

TO MAT BAKAL PM GANTI SABRI

 



Buat PRU15 segera, jangan biar pembangkang bangkit semula, kata Tok Mat

UMNO akan terkesan jika Pilihan Raya Umum (PRU) ditangguhkan kerana ia akan membuatkan pembangkang ada masa berbaik semula dan menyusun strategi baharu, kata timbalan presiden Mohamad Hasan malam ini. 

Beliau, lebih dikenali sebagai Tok Mat, menggesa PRU diadakan secepat mungkin, menyeru Umno “menyerang” ketika pembangkang dalam keadaan lemah.

“Ini masanya kita pantas memintas saat mereka berpecah dan bertelagah dan pelbagai pilihan raya diadakan ketika pandemik berlangsung dengan berjaya dan teratur.

“Jangan biarkan mereka bersatu semula seperti apa yang mereka buat pada PRU14, di mana Tun M (Dr Mahathir Mohamad dan Anwar Ibrahim) berbaik satu sama lain. Itu akan menyebabkan kita kalah.


“Jadi, sekarang masa yang sesuai untuk kita. Melengahkan PRU akan membuka potensi kebangkitan pembangkang,” kata Tok Mat ketika berucap dalam Majlis Perasmian Perhimpunan Agung Pergerakan Sayap Wanita, Pemuda dan Puteri Umno sempena Perhimpunan Agung Umno (PAU) 2021.

Gesaan timbalan pengerusi Barisan Nasional (BN) itu dibuat selepas gabungannya menang 40 kerusi daripada 56 kerusi DUN pada Pilihan Raya Negeri Johor minggu lepas.

Timbalan Pengerusi Barisan Nasional Mohamad Hasan berkata, tiga pilihan raya negeri selepas pilihan raya umum ke-14 memberi petunjuk yang pembangkang semakin hilang sokongan dan lemah. – Gambar The Malaysian Insight oleh Afif Abd Halim, 16 Mac, 2022.
Timbalan Pengerusi Barisan Nasional Mohamad Hasan berkata, tiga pilihan raya negeri selepas pilihan raya umum ke-14 memberi petunjuk yang pembangkang semakin hilang sokongan dan lemah. – Gambar The Malaysian Insight oleh Afif Abd Halim, 16 Mac, 2022.
Tok Mat berkata, tiga PRN selepas PRU14 memberi petunjuk yang pembangkang semakin hilang sokongan dan lemah.

Katanya PKR, DAP dan Perikatan Nasional (PN) tidak berjaya dalam mana-mana pilihan raya yang diadakan sejak PRU14 sehingga BN dapat meraih kemenangan besar di Melaka dan Johor.

Beliau berkata PKR telah kehilangan semua kerusinya di Melaka dan Sarawak, dan hanya menang satu kerusi di Johor.

“DAP pula hilang banyak kerusi di Melaka dan Sarawak, manakala di Johor menang 10 daripada 14 kerusi.

“PN pula bergantung kepada jentera PAS dan bukan pesaing rapat lagi,” katanya menambah BN boleh menang lebih banyak kerusi jika strategi lebih mantap dibuat.

Dalam pada itu, Tok Mat juga berkata Umno perlu kukuhkan diri sebagai parti dominan di Malaysia, tanpa bergantung kepada parti lain.

Umno perlu memenangi pilihan raya dan kawal kerajaan, katanya. 

“Kita mesti menjadi kuasa politik terkuat. Tidak ada gunanya menjadi parti terbesar di negara ini dengan lebih tiga juta ahli tetapi hanya ada 17 peratus kerusi di Parlimen,” katanya.

Beliau berkata, Umno juga perlu berhenti bergantung kepada parti lain untuk memerintah termasuk bersekutu dengan PAS.

“Berhenti bergantung kepada parti lain untuk memerintah terutamanya PAS, Bersatu dan Pakatan Harapan (PH).

“Kita tidak boleh bergantung kepada ihsan belas orang dan budaya mencari jalan untuk bertahan mesti dibuang. Jangan sekali-kali meminta ihsan belas (politik) daripada orang lain.

“Kita juga harus berhenti memberi belas ihsan politik kepada orang lain, terutama kepada mereka yang meminta peluang tetapi akhirnya menikam kita dari belakang,” katanya.

Mohamad turut mengkritik pemimpin parti terdahulu yang keluar selepas BN kalah dalam PRU14.

“Apabila Umno kalah, mereka beri alasan seperti untuk berehat tetapi sebaliknya melompat atas sebab yang paling menyakitkan.

“Kini Umno diterima semula oleh orang Melayu dan tiba-tiba mereka muncul semula. Mereka hanya oportunis,” katanya. – 16 Mac, 2022.


TO MAT

DAH MULA GIAN

NAK JADI PM

KAH KAH KAH

BILA NAJIB ZAHID

MASUK JIL

TOK MAT MUNCUL

AMIN

 BUKA  KEMBALI

KES HANTAR DUIT

10 JUTA 

KE LONDON

KAH KAH KAH

MASUKKAN

 TOK MAT

KE  DALM

TIM PENJARA

KAH KAH KAH

BIAR TOK MAT

BERSOLIDARITI

DGN ZAHID NAJIB 

KAH KAH KAH

KHALAS

GEROMBOLAN SEDANG BERGADUH

 



Umno berhak tentukan hala tuju parti untuk PRU15, tegas Zahid

PERDANA menteri ada kuasa untuk menentukan pembubaran Parlimen tetapi Umno berhak menentu hala tuju parti, untuk menghadapi pilihan raya umum akan datang, kata presidennya Ahmad Zahid Hamidi.

Dalam ucapannya di Perhimpunan Agung Umno (PAU) 2021 di Kuala Lumpur hari ini, Zahid menegaskan Umno menghormati kuasa perdana menteri yang akan berurusan dengan Yang di-Pertuan Agong untuk memohon pembubaran Parlimen.

“Kita tidak mahu mengganggu urusan itu. Tetapi, Umno sebagai sebuah parti yang bertanggungjawab, kita ada kuasa untuk menentukan arah tuju parti kita sendiri,” katanya.

Zahid memberikan peringatan itu ketika suara desakan dalam parti semakin kuat mendesak Perdana Menteri Ismail Sabri Yaacob untuk segera membubarkan Parlimen dan mengadakan pilihan raya lebih awal.

Suara itu dilaungkan pada perhimpunan tiga sayap Umno – Pemuda, Wanita, dan Puteri – semalam, serta oleh Timbalan Presiden Umno Mohamad Hasan yang merasmikan pembukaannya.

Desakan itu juga lantang selepas Barisan Nasional (BN) menang pilihan raya negeri Melaka dan seterusnya Johor, minggu lalu.

Ismail Sabri bagaimanapun berkata pilihan raya umum tidak boleh diadakan hanya kerana ia didesak oleh pihak tertentu.

Selepas kemenangan besar BN di Johor, Ismail Sabri yang juga naib presiden Umno mengulangi pendiriannya pilihan raya umum hanya boleh diadakan apabila semua pihak bersedia, dan perkara itu akan dibincangkan bersama pihak yang berkenaan. 

Dalam ucapannya Zahid mengingatkan juga keputusan Umno yang mahu PRU15 diadakan terlebih dahulu sebelum pemilihan parti.

Katanya, PAU ini wajar mendengar suara akar umbi yang mahu parti mendapatkan mandat baharu rakyat melalui pilihan raya yang disegerakan.

“Janganlah guruh berdentum dan kilat sabung-menyabung, namun tidak setitis pun hujan jatuh ke bumi.

“Untuk itu, saya mengharapkan agar kita kembali kepada rakyat. Serahkan semula kepada mereka. Berilah mandat baharu kepada Umno,” katanya.

Zahid turut mengingatkan Umno tentang masa yang sesuai untuk pilihan raya.

“Ketika orang sayang kita, sambutlah kasih sayang mereka. Jangan ditagih kasih itu selepas ianya hilang.

“Makin bertangguh, makin melaratlah rakyat, makin rosaklah negara,”

Mandat Parlimen ke-14 dijadual berakhir pada Julai 2023.

Pentadbiran Ismail Sabri yang memeterai persefahaman politik (MoU) dengan Pakatan Harapan juga bersetuju untuk tidak membubarkan Parlimen sebelum akhir Julai ini.

Dalam ucapannya Zahid turut memberi amaran tentang MoU itu, yang dakwanya bertujuan untuk melemahkan Umno. – 18 Mac, 2022.

YANG NAK

MASUK PENJARA

MAHU PRU15

SEKARANG

AMIN

YANG NAK TERUS 

JADI MENTERI

PERDANA MENTERI

MAHU DIADAKAN

PEMILIHAN DULU

AMIN

ADA PEMILIHAN

GENG PENJARA

SEMUA BUNGKUS

AMIN

KALAU PRU15

SEKARANG 

GENG PENJARA

KONTROL SAPA

JADI CALON

KAH KAH KAH

ENTAH ENTAH

NAMA SABRI

TAK NAIK

KAH KAH KAH

TEKANAN DALAM PAU

 


Tiada usul pilihan raya dibincangkan dalam mesyuarat MT Umno, kata Ismail Sabri

MAJLIS Tertinggi (MT) Umno yang bermesyuarat hari ini membincangkan mengenai usul-usul yang akan dibahaskan pada Perhimpunan Agung Umno 2021 (PAU 2021), esok.

Bercakap kepada pemberita selepas Mesyuarat Khas MT yang dipengerusikan Presiden Umno Ahmad Zahid Hamidi, Perdana Menteri Ismail Sabri Yaakob berkata tiada usul berkaitan soal pilihan raya dibincangkan.

“(Mesyuarat hari ini bincang) seperti tahun-tahun dahulu ...usul atau laporan daripada wakil MT ke mesyuarat sayap. Itu sahaja,” kata naib presiden Umno itu kepada pemberita di Kuala Lumpur malam ini.

Mesyuarat yang berlangsung selama dua jam bermula 8.30 malam itu turut dihadiri Timbalan Presiden Mohamad Hasan, dua Naib Presiden iaitu Mohamed Khaled Nordin dan Mahdzir Khalid serta barisan ahli MT.

Perhimpunan Agung Wanita, Pemuda dan Puteri yang dirasmikan Mohamad semalam, ditangguhkan hari ini selepas sehari bersidang. – Bernama, 17 Mac, 2022.



KAH KAH KAH

BETUL KE

BERITA INI

KAH KAH KAH

NAMPAKNYA

GENG PENJARA

GENG MAHKAMAH

TAK KUAT DALAM

MT GEROMBOLAN

KAH KAH KAH

MESTI ADA 

BERI TEKANAN  

MUSTAHIL

KUEH PAU 

TAKDA MASA PAU

KAH KAH KAH

LU INGAT PISANG APA ?

 



LU INGAT 

PISANG APA 

KALAU DAH LOHE

KAH KAH KAH




herman adnan commented on

 "SEGEROMBOLAN ANAK DARA SUNTI MENCARI PISANG"

Pisang Tanduk ko Pisang Emas ?



POLIS CONTOH

 




POLIS  CONTOH

KHALAS

Unknown commented on

 "KITA DALAM SATU

 SISTEM EKONOMI"

Kita Masih ada supercop Ayob Khan. Satu Hari nanti dia Akan tangkap penyamun penyamun ini. In Ayob we trust!

UKRAINE NGAKU KENA KENCING

 



PRESIDEN

UKRAINE NGAKU

KENA KENCING

OLEH NATO

AMIN

NATO : NO ACTION

TALK ONLY

KAH KAH KAH

CONTOH POLITIKUS BIJAK

 



MB Kedah cadang kerajaan benar eksport daun ketum

ALOR SETAR – Kerajaan Persekutuan dicadang agar membenarkan eksport daun ketum bagi memenuhi permintaan tinggi untuk tujuan perubatan oleh syarikat farmasi di luar negara.

Menteri Besar Kedah Muhammad Sanusi Md Nor berkata langkah itu bukan sahaja membantu pengusaha tanaman ketum di negara ini, malah kerajaan juga mendapat hasil menerusi cukai eksport daun itu.

Beliau berkata daun ketum khususnya yang ditanam di Kedah, mendapat permintaan tinggi terutama di negara jiran, Thailand kerana dikatakan gred paling baik untuk tujuan perubatan dan dijadikan pil atau minuman kesihatan.

“Kalau sudah ada teknologi yang baik untuk kesihatan yang diusahakan di negara jiran dan permintaan untuk daun itu tinggi kerana gred daun ketum (yang ditanam) di Thailand lebih rendah, saya rasa kerajaan perlu mengambil manfaat ini untuk menjadi pengeksport,” katanya dalam sidang media di sini, hari ini.

Katanya jika perkara itu dapat dilaksanakan, kerajaan negeri bersedia melantik mana-mana anak syarikatnya untuk membeli dan mengumpul daun ketum serta bertindak sebagai pengeksport tunggal secara sah di Kedah.

Selain itu, Muhammad Sanusi mendakwa langkah membenarkan eksport daun ketum juga akan membantu mengurangkan aktiviti penguatkuasaan dan tangkapan penyeludupan daun ketum di sempadan negara.

“Kita menghabiskan banyak sumber untuk menguatkuasakan larangan eksport daun ketum kerana kita letakkan ketum ini di bawah Akta Racun 1952 dan ada sekatan eksport, maka agensi kita terpaksa bertungkus- lumus mengekang kegiatan penyeludupan ini.

“Yang saya hairan tanam boleh sebab tak salah, tapi petik dan proses tak boleh. Minum tentulah tak boleh, tak bagus minum macam tu, ia kena melalui kaedah saintifik untuk jadi ubat. Jadi saya harap perkara ini diberi perhatian, rugi tanah kita, tanaman kita banyak tapi jadi salah, lebih baik kita benarkan (untuk eksport),” katanya.

Beliau turut mencadangkan agensi berkaitan memikirkan langkah untuk merealisasikan cadangan itu termasuk meminda akta tertentu di Parlimen sekiranya diperlukan. – BERNAMA

INI CONTOH

POLITUKUS TAHU

DIMANA UNDI

AMIN

RAMAI PEKEBUN

DI KEDAH

RAMAI DI PERLIS

TANAM KETUM

AMIN

INI MAKLUMAT

KAJIAN

UNI SAINS PP

AMIN

MEREKA EKSPOT

SECARA HARAM

KE SIAM DAN

 SELALU 

KENA TANGKAP

AMIN

JANGAN SUSAHKAN 

HIDUP PAK TANI

AMIN

MASA DAH TIBA

BEBASKAN KETUM

DARI PENJARA

BAGINDA QUEEN

AKTA RACUN 1952 

AMIN 

KETUM ASLI

TANAH MELAYU 

TERBAIK DLM DUNIA

AMIN

KITA WAJIB 

PATENKAN KETUM

UNTK JADI PASAK

ESKONOMI SAMA

SEPERTI SAWIT

DAN GETAH

AMIN

AWAS 

SAWIT GETAH

BUKAN ASLI

TANAH MELAYU 

AMIN

NANTI AKAN ADA

LADANG KETUM

DI BRAZIL DI INDIA

KITA TERLAMBAT

 FRUS MENONGGENG

KHALAS

JANGAN LUPA 9 APRIL

 




INGAT 9 APRIL

AMIN

LEBIH SPESIAL

DARI SPESIAL

KHALAS

Unknown commented on

 "INGAT APRIL 9"

Sabtu 9 Apr 2022 ada special draw ke?


CONTOH TERBAIK - GAGAL MEMBACA POLITIK

 


CONTOH TERBAIK

PEMIMPIN GAGAL

MEMBACA POLITIK

AMIN

AKIBATNYA

NEGARA HANCUR

KHALAS

BERITA BAIK ?

 

Kemuncak jangkitan Omicron mungkin sudah berlalu, kata pakar

KEMUNCAK gelombang jangkitan Covid-19 varian Omicron mungkin sudah berlalu, dan ia akan dapat ditentukan dalam tempoh dua minggu selepas Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor yang diadakan Sabtu lalu, kata pakar penyakit berjangkit.

Dr Lim Chee Han berkata kes jangkitan baharu yang dilaporkan dalam tempoh dua minggu ini akan menunjukkan jika penularan virus itu menunjukkan trend menurun atau tidak.

Beliau berkata situasi Covid-19 sekarang berbeza berbanding ketika PRN Sabah pada September 2020, di mana aktiviti politik dikatakan punca gelombang baharu jangkitan.

Lim berkata ketika PRN Sabah, Covid-19 masih virus “baharu” yang pernah diuruskan pihak berkuasa; vaksinasi masih belum bermula dan aktiviti kempen dilakukan menyebabkan penularan berlaku.

Bagi PRN Johor yang baru-baru ini diadakan, beliau berkata mungkin tempoh paling teruk pandemik sudah berlalu, di mana kemuncaknya pertengahan Februari, sebelum hari penamaan calon dan permulaan kempen pada 26 Februari.

Pada awal Februari, Menteri Kesihatan Khairy Jamaluddin berkata Malaysia pada masa itu sudah masuk ke gelombang Omicron “sepenuhnya”.

Bekas menteri kesihatan Lee Boon Chye turut bersetuju dengan penilaian Lim, iaitu kemuncak Omicron sudah berlalu.

“Omicron berada di negara ini sejak pertengahan Januari dan kemuncaknya sudah berlalu,” katanya.

Lee berkata protokol semasa, iaitu termasuk ujian saringan kendiri, lebih mudah dan cepat sekarang bagi membolehkan orang ramai melakukan kuarantin kendiri.

Sehubungan itu peluang untuk kes positif menjadi penyebar dan menyebabkan gelombang lain, sudah banyak berkurangan.

Ketika dewan undangan negeri Johor dibubarkan pada Januari bagi memberi laluan PRN diadakan, ramai yang bimbang pilihan raya itu akan menyebabkan gelombang baharu jangkitan Covid-19, seperti yang berlaku pada PRN Sabah.

Sepanjang PRN Johor, 10 calon disahkan positif Covid-19 sebelum hari mengundi.

Pihak berkuasa kesihatan turut mengeluarkan saman terhadap pelanggaran prosedur operasi standard (SOP) Covid-19 sepanjang tempoh pilihan raya itu.

Setakat 3 Mac, Jabatan Kesihatan Johor mengeluarkan 21 saman berkaitan pelanggaran SOP kempen.

Tetapi data Kementerian Kesihatan (KKM) berkenaan data jangkitan harian dilihat menyokong dakwaan yang kemuncak Omicron sudah berlalu.

Kes di Johor tinggi kira-kira sebulan lalu, dengan pada 12 Februari, sebanyak 3,238 kes baharu dilaporkan.

Sejak 5 Mac, trend menurun direkodkan, kekal berada di bawah 3,000 kes setiap hari iaitu antara atas dan bawah 2,000 kes. Jangkitan tertinggi untuk negeri itu sejak 12 Februari ialah pada 9 Mac dengan 2,986 kes baharu.

Lim berkata negara sedang menuju ke arah endemic dan kebanyakan aktiviti ekonomi mula beroperasi semula, di mana pilihan raya bukan satu-satunya punca jangkitan baharu dikesan.

Selagi rakyat dibenarkan menjalankan aktiviti perniagaan dan kehidupan harian seperti biasa, sudah pasti akan ada kes baharu.

“Anda tidak boleh salahkan pilihan raya semata-mata.”

Dr Moy Foong Ming, dari Jabatan Sosial dan Perubatan Pencegahan Universiti Malaya, juga percaya PNR Johor bukan punca penularan.

“Tidak ada khalayak ramai sepanjang kempen. Kalau ada ceramah, kumpulannya kecil berbanding pilihan raya sebelum ini,” katanya.

Beliau berkata kadar vaksinasi yang tinggi di negara ini juga mengurangkan ancaman Covid-19 yang serius bagi kebanyakan individu.

“Kalau ada peningkatan kes sekalipun, kebanyakannya hanya sederhana dan tidak memberi tekanan kepada sistem penjagaan kesihatan negara.”

Sebanyak 22,030 kes baharu dilaporkan di seluruh negara pada Isnin, ia angka terendah sejak 15 Februari. Daripada jumlah itu, 2,419 kes direkodkan di Johor. – 18 Mac, 2022.




 JIKA BETUL

DAN BENAR

KITA JADI SELESA

AMIN

JIKA TIDAK 

MAT KOBID

BAWA KITA

SEMUA MASUK

 TAHUN KE 3

KHALAS