UCAPAN
SIDANG PENGARANG
PENULIS DAN TEKNIKAL
SESAMA KITA BAWA PENCERAHAN
AWAS
KITA
JAGA
KITA
Muhyiddin tak perlu
layan
nasihat ‘banduan’ Najib,
kata Dr Mahathir
Dr Mahathir Mohamad menggesa Perdana Menteri Muhyiddin Yassin agar tidak perlu menerima nasihat daripada Najib Razak yang digelarnya sebagai “banduan”.
Ahli Parlimen Langkawi itu berkata ini kerana Najib yang sudah dijatuhkan hukuman bersalah atas pertuduhan rasuah mempunyai rekod yang buruk dalam menguruskan hal ehwal kewangan negara.
“Kalau kita terima nasihat orang ini, hasilnya kita tahulah apa yang berlaku,” kata bekas perdana menteri itu seperti dilaporkan The Malaysian Insight.
“Najib seorang banduan. Tidak pernah dalam sejarah negara kita seorang banduan menasihat kerajaan bagaimana hendak memerintah negara. Dia pula bukan ada latar belakang yang baik.
“Semasa pemerintahan Najiblah yang negara ini dirosak sehingga menyeluruh… hutang yang besar, pentadbiran yang terlibat dengan rasuah dan sebagainya.”
Pada 28 Julai lalu, Mahkamah Tinggi mensabitkan Najib atas tujuh tuduhan jenayah bersabit dana RM42 juta dari bekas anak syarikat 1Malaysia Development Berhad (1MDB), SRC International Sdn Bhd.
Pengerusi Kelab Penyokong Barisan Nasional (BNBBC) itu dijatuhkan hukuman penjara 12 tahun dan denda RM210 juta bagi satu tuduhan salah guna kuasa.
Najib juga dihukum penjara 10 tahun atas tiga kesalahan pecah amanah dan 10 tahun lagi untuk tiga tuduhan pengubahan wang haram.
Hakim Mohd Nazlan Mohd Ghazali memerintahkan hukuman penjara berjalan serentak, yang bagaimanapun ditangguhkan sementara rayuan Najib didengar.
Rayuan ahli Parlimen Pekan itu ditetapkan selama 15 hari bermula 15 Februari tahun depan.
Dalam wawancara bersama portal itu Mahathir berkata, Parlimen Malaysia sudah tercemar apabila Najib yang disabitkan tuduhan jenayah tetapi belum menjalani hukuman penjara, dibenarkan berbahas dan menasihati kerajaan mengenai Belanjawan 2021.
Selasa lepas, Najib berucap di Dewan Rakyat membahaskan Belanjawan 2021 sebagai jurucakap utama ahli Parlimen BN selepas baru-baru ini dilantik sebagai pengerusi BNBBC.
Mahathir berkata, apa yang berlaku itu salah daripada segi moral, biarpun mungkin dibenarkan dari segi undang-undang kerana Najib sedang menunggu rayuan.
“Di mana-mana juga dalam dunia ini kita tidak dapat seorang banduan yang dihukum dan dikenakan hukuman penjara, datang ke Dewan (Parlimen) dan menasihat kerajaan. Ini luar biasa.
“Cuma Malaysia saja yang boleh berbangga bahawa banduan pun nasihat kerajaan. Ini menunjukkan kerajaan ini tidak cekap sehingga banduan pun boleh tegur.
“Inilah yang menjadikan Dewan kita tercemar kerana perbuatan ini,” katanya seperti dilaporkan The Malaysian Insight.
Semalam semasa membahaskan Belanjawan 2021, Mahathir meluahkan kehairanannya bagaimana ada “banduan” boleh berucap di Dewan Rakyat tetapi perbicaraan di mahkamah dihentikan, untuk membendung penularan Covid-19.
Ucapan Najib yang seolah-olah menggambarkan beliau tidak bersalah menyebabkan Maria Chin Abdullah (PKR-Petaling Jaya) memprotes dengan meninggalkan Dewan Rakyat pada Selasa.
Tindakan Maria itu disambut dengan kemarahan Pemuda PKR yang menggelarkan bekas pengerusi Bersih 2.0 itu sebagai “bodoh” dan “bebal“.
Veteran DAP Lim Kit Siang pula berkata Najib langsung menunjukkan sikap tidak bertanggungjawab terhadap kesan skandal 1MDB kepada ekonomi dan menyebabkan negara terpaksa menanggung beban hutang daripada jenayahnya.
Bagaimanapun, ucapan Najib di Dewan Rakyat pada Selasa mendapat pujian daripada Naib Presiden PKR Chang Lih Kang.
“Quote of the day: Rakyat minta KWSP, dapat PKPB! @NajibRazak,” tulis ahli Parlimen Tanjong Malim itu di Twitter.
Dr Mahathir hairan
mengapa ‘banduan’ boleh
berucap di Parlimen
AWAS
Unknown commented on
"PRK SOKONG NAJIB KERANA ANWAR GILA NAK JADI PM"
Penulis,Kita lantik saja MP DAP jadi pm sebab semua MP yang mewakili kaum bumiputra hampa cakap semua bermasalah intergerti.Mengapakah dari zaman sultan melaka,zaman penjajah hingga sekarang pemimpin melayu dianggap petualang.Renung-renung sikit la!
Unknown replied to a comment on
"NAJIB REMBAT DUIT KWAP"
Untuk makluman Najib tak curi duit tapi pelaburan IMDB pembangunan tun Razak Excheng kat KL itu fakta dosa besar buat tuduhan cuba telitilah keterangan nya di mahkamah
panglimo potaseh commented on
"UNDI HANTU PUN ADA DI AMERIKA"
Uncle Sam pun dah pandai main hantu ..gwa picaya lepas ni Biden akan datang ke nigara kita untuk melihat teknologi minyak chenuwa, tangkal, air doa ..parang terbang ..ada sapa2 tahu Bomoh Malaya atau Datok Doktor Alfadil UsTaT Haji Fadilah AMN PjK ada kat mana skrg ..
yeop_sepet commented on
"ANWAR SEBAGAI PERDANA MENTERI"
Bahaya anwar nie,bawak penyakit ramai dah jangkit. Tak cukup ubat giler kt tanjung rambutan camni. Eloknya yg udah jangkit penykit anwarisiphillis nie hnto kuarantin kt pulau mana2,gilligan island pun ok.
Unknown commented on
"ANWAR SEBAGAI PERDANA MENTERI"
TT, ingat tak masa dulu, ada pencuri buat ucapan, "I help you, you help me?" tak? Betul ke pencuri sekarang akan bagi sokongan "tanpa syarat" kepada Anwar? Betul ke, Anwar tak janji apa-apa? Dua-dua politikus, kemungkinan tak terbatas. Masa PRU, Anwar masih rengkok dalam penjara. Rakyat tak undi Anwar. Rakyat undi perubahan. Perubahan masa tu tak ada Anwar. Nak jadi perdana menteri, tunjuk kebolehan memimpin dulu. Kini, rakyat hanya nampak kebodohan, tak ada kebolehan.
Bersatu buat laporan polis
dakwa artikel portal
berita fitnah PM
Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) hari ini membuat laporan polis terhadap sebuah portal media yang didakwa menyiarkan artikel berunsur fitnah terhadap Perdana Menteri Muhyiddin Yassin.
Ketua Penerangan Bersatu Wan Saiful Wan Jan berkata terdapat satu perenggan dalam artikel bertajuk ‘Saman Agong Satu Tragedi Negara’ yang disiarkan pada 7 November lepas itu memberi tanggapan dan menimbulkan kekeliruan rakyat terhadap kepimpinan Muhyiddin sebagai Perdana Menteri dan Presiden Bersatu
TULISAN INI TELAH DITARIK BALIK OLEH EDITOR MALAYSIA DATELINE.COM
cikminah commented on
"NAJIB BUKAN PENCURI"
KAHKAHKAHKAH.....kau elok masuk Maharaja Lawak. Lawak berdiri kau tentang Najib tak curi duit, berbuktikan fakta 1MDB dan Tun Razak Exchange, memang WORLD CLASS!!!!!
Lepas ni, buat pulak lawak on 5 Lori harta samunan yg dirampas mahkamah. Mesti bergegar satu dewan! HAHAHAHAHA..... Lima lori harta samunan tu, Rosmah nak buat niaga on line!
capt salai commented on
"BERKHALWAT HARI K 241"
Yang monang menulih sejarah.. Yang kalah tulih la puisi dgn kato kato semangat kahkahkah Mcm kau tt geng gagalis
cikminah commented on
"ANWAR SEBAGAI PERDANA MENTERI"
Ya ke rakyat undi Anwar Pru14 dulu untuk jadi Perdana Menteri....??? Kau ni mesti lupa makan ubat sebab tu berhalunasi benda yg bukan-bukan. Jangan terperasan la, nanti jadi DONALD TRUMP, masih nak terus jadi Presiden walhal dah sah, dia tak dapat nombor. 254 to 214 jauh bezanya antara undi Biden dengan undi Trump. Sama macam Anwarla. He never gets the number.
Unknown commented on
"JANGAN SALAH BACA"
TT tengah frust menongeng.. sebab pembawa sial dia Trump kalah.... terima je hakikat Trump dah kalah.. make peace with yourself agar tenang selepas ini. sia2 je cubaan kau nak sekolah kan orang melaysia...what the fuck la lu bro.