Sabtu, 8 Oktober 2022

POLITIKUS SEMUA GILA - DUNIA MUSNAH

 




JIKA POLITIKUS

SEMUA GILA

INI AKAN BERLAKU

AMIN

BAHASA MELAYU BAHASA STRATIJIK UNTUK PERUBAHAN


DARI ARKIB MALAYSIAKINI

Kalaulah saya juga Minah Indonesia

Hishamuddin Rais
Diterbitkan:  Feb 7, 2009 3:59 PM


Dikemaskini: Feb 26, 2009 11:59 AM



Sama ada Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) wujud atau mati, orang awam di negara kita akan terus bercakap dalam Bahasa Melayu.

Manusia di mana-mana pun dalam dunia ini perlu berhubung antara satu dengan yang lain. Bunyi yang keluar dari mulut dan tekak mereka menjadi cara terbaik untuk berhubung. Bunyi ini akan menyampaikan apa yang ada dalam fikrah mereka.

Jutaan tahun dahulu, bunyi-bunyi ini tunggang-langgang sifatnya. Masa dan keperluan untuk berhubung sesama manusia telah mengembangkan bunyi ini dari satu susuk ke satu kumpulan hingga ke satu daerah dan mukim. Kemudian ia menjadi tersusun, bercambah dan berkembang – akhirnya bunyi ini dipanggil bahasa.

Semua ini berlaku tanpa dana daripada Kementerian Pelajaran atau DBP.

Heboh-heboh Bahasa Melayu mula kedengaran kembali di awal tahun ini. Heboh-heboh bahasa dalam negara kita ini macam perangai kelab dangdut: kejap-kejap ada, kadang-kadang hilang. Tetapi selalunya hilang entah ke mana. Macam berniaga buluh kasap, hujung hilang pangkal lesap.

Pernahkah para pembaca terdengar nama Gapena (Gabungan Penulis Nasional), Pena (Persatuan Penulis Nasional) dan beratus-ratus jenis kumpulan yang mengakui bahawa ahli-ahlinya bakal penulis, penulis dan sasterawan?

Sesiapa yang tidak pernah mendengar, tidak mengapa. Kita tidak akan dimarahi oleh menteri dalam negeri Syed Hamid Albar atau disaman oleh Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi).

Nama-nama yang saya tulis di atas itu badan-badan sasterawan Melayu yang "berani" mengakui diri mereka sebagai pewaris, pengembang dan penjaga Bahasa Melayu. Saya cukup sangsi dengan pengakuan badan-badan ini. Telah lama saya perhatikan.

Badan-badan ini lebih banyak dilihat sebagai pembodek kuasa daripada berjuang untuk menegakkan Bahasa Melayu.

Untuk saya, susuk ulung yang trampil dalam mengembangkan Bahasa Melayu pada ketika ialah Minah-minah Indonesia dan bukan badan-badan sasterawan ini.

Cuba perhatikan: Pada ketika ini Minah-minah Indonesia ini berada di setiap pelusuk kota-kota besar di negara kita ini.

Mereka datang ke sini untuk bekerja mencari nafkah. Mereka tidak mengira kerja apa pun - semua sanggup mereka lakukan. Mereka tidak memilih siapa majikan mereka. Mereka tidak menilai apa agama majikan mereka.

Mereka tidak menghiraukan di lubang mana mereka akan bekerja. Inilah sikap dan nilai kaum buruh, kaum proletariat, yang dibawa oleh Minah-minah Indonesia ke sini.

Wajib disedari bukan semua mereka ini Melayu. Ertinya bukan semua bahasa ibunda mereka Bahasa Melayu. Ada Minah Jawa, ada Minah Sulawesi, ada Minah Ambon, ada Minah Madura.

Semua suku kaum ini memiliki bahasa khusus masing-masing – bahasa ibunda mereka tersendiri. Tetapi apabila memburuh dan membanting tulang di negara kita, mereka menggunakan Bahasa Melayu.

Perhatikan apa yang akan terjadi apabila mereka menjadi pembantu rumah di sebuah rumah Tioghua kelas menengah. Minah-minah Indonesia ini tidak mengetahui Bahasa Inggeris.

Mereka wajib berhubung, justeru pastilah Bahasa Melayu yang akan digunakan di antara si Minah dengan majikannya.

Tidak dapat tidak majikannya, yang mungkin selesa dengan Bahasa Inggeris, kini wajib bertutur dalam Bahasa Melayu.

Kehadiran si Minah ini telah memaksa keluarga Tionghua kelas menengah menggunakan Bahasa Melayu. Keadaan ini lebih hebat daripada kempen-kempen penggunaan Bahasa Kebangsaan anjuran kerajaan yang hanya sibuk di poster-poster dan kain-kain rentang.

Biasanya majikan dari kelas menengah memiliki sikap tak ambil endah terhadap Bahasa Melayu. Jadi, apabila si pembantu ini datang, maka untuk pertama kalinya si majikan "terpaksa" mempelajari kembali cara yang betul dan tepat untuk bertutur dalam Bahasa Melayu.

Tidak ada peranan DBP, Kementerian Pelajaran, Teras (Teras Pengupayaan Melayu) atau sasterawan Melayu di sini. Semua pengajaran Bahasa Melayu ini berjalan tanpa paksaan. Semuanya berjalan tanpa akta Parlimen atau riuh-rendah daripada Gapena.

Jika si Minah ini menjadi babu menjaga anak, maka peranan babu ini cukup penting. Si Babu yang mendodoikan anak kecil ini akan lebih banyak berguli dan berjenaka dengan si anak kecil.

Malah jika diambil nisbah masa, waktu si babu bersama anak lebih banyak berbanding dengan waktu si ibu bersama anak. Si babu Minah Indonesia ini pastilah bertutur dalam Bahasa Melayu yang tersusun. Bunyi yang keluar dari tekak dan mulut si babu inilah yang akan sentiasa didengar oleh telinga si anak kecil.

Inilah bukti si babu ini sedang menjadi pengembang Bahasa Melayu tanpa ada laporan huhah huhah dalam Dewan Sastera atau Dewan Masyarakat . Atau laporan daripada Kementerian Pelajaran.

Lihat apa yang sedang terjadi di Hong Kong. Di kota pulau ini, tanpa dirancang, Tagalog menjadi bahasa kedua rakyat di sana.

Ia berlaku kerana hampir semua babu dan pembantu rumah di Hong Kong didatangkan dari Filipina. Tidak dapat tidak anak-anak kecil yang dijagai oleh Minah Filipina ini akan fasih berbahasa Tagalog.

Saya juga sering ke kedai makan dan ke restoran Cina. Saya perhatikan banyak, malah hampir semua, restoran Cina di kota Kuala Lumpur ini mengambil pekerja Minah Indonesia.

Ada yang bertugas di dapur, ada yang membuat minuman dan ramai yang menjadi pelayan tamu. Minah-minah ini tanpa segan-silu bekerja dalam restoran Cina.

Sekali lagi saya perhatikan betapa pentingnya peranan mereka. Kalau Minah ini menjadi pelayan di restoran Cina, sudah pasti para pelanggan Cina yang akan dilayani. Si Minah akan mengambil pesanan. Si Minah akan membersihkan meja. Si Minah akan menyusun tempat duduk. Si Minah ke dapur menghantar pesanan. Beginilah pekerjaan pelayan.

Tetapi ada satu lagi pekerjaan yang saya anggap lebih suci tetapi tidak dapat dinilai dengan ringgit dan dolar – si Minah pelayan di restoran Cina ini penyebar Bahasa Melayu yang ulung.

Saya perhatikan Bahasa Melayu yang dituturkan oleh Minah-minah Indonesia ini cukup teratur. Lenggok dan lagunya bahasa baku.

Si Minah ini tidak pernah akan mengubah telo bunyi yang akan keluar dari mulut dan tekak mereka. Bunyi-bunyi yang dikeluarkan adalah sama – tidak mengira apakah si pelanggan seorang apek berseluar pendek atau seorang taukeh berjaket dan bertali leher.

Malah daripada pemerhatian saya, Bahasa Melayu yang dituturkan oleh Minah-minah ini lebih baik susunan ayatnya daripada pertuturan kelam bin kabut dan lintang bin pukang yang terhambur dari tekak para pengacara televisyen dan radio kita.

Saya pendukung penggunaan Bahasa Melayu. Saya bukan pembodek bahasa – apabila ada kempen-kempen Bahasa Kebangsaan dijalankan, maka saya tidak akan "menonjol-nonjol" untuk masuk ke "bingkai" untuk berdiri di sebelah menteri.

Saya tidak akan memakai baju batik berlengan panjang untuk membaca-baca sajak yang saya sendiri pun tidak memahami hujung pangkal. Untuk saya, semua ini kerja bodoh.

Bahasa Melayu, untuk saya, bukan Bahasa Kebangsaan. Saya tidak memiliki nilai "kebangsaan". Bahasa Melayu milik anak semua bangsa. Bahasa Melayu adalah bunyi-bunyi dari tekak dan mulut untuk tujuan kita berhubung antara satu sama lain.

Bunyi-bunyi ini wujud untuk kita berhubung, mengenal, menyambung nilai dan menyambung sejarah kita.

Bahasa Melayu, untuk saya, "bahasa strategik untuk perubahan". Saya mengamal, menyebar dan mencanangkan Bahasa Melayu bukan kerana saya Melayu tetapi kerana saya yakin hanya penggunaan Bahasa Melayu ini sahaja yang akan dapat menolak terbuka apa sahaja bentuk perubahan yang diinginkan di negara kita ini.

Kalau sesiapa yakin tentang peranan Bahasa Melayu sebagai bahasa strategik untuk perubahan, maka mereka wajib memiliki nilai-nilai seperti Minah-minah Indonesia yang sedang memburuh dalam negara kita sekarang.

Saya cukup menghormati Minah-minah Indonesia ini – untuk saya - merekalah pejuang Bahasa Melayu yang tulen.

Meremang bulu tengkuk, dan besar kemungkinan saya juga akan muntah, jika saya disabitkan dengan gerakan Bahasa Kebangsaan. Saya lebih berbesar hati dan berbangga jika saya juga dapat dianggap sebagai Minah Indonesia. (TT)

BAHASA UNTUK

PERUBAHAN

AMIN

BAHASA MELAYU BAHASA STRATIJIK

 


BAHASA MELAYU

BAHASA STRATIJIK

UNTUK BAWA

PERUBAHAN

AMIN

Unknown commented on 

"KETUANAN MELAYU

 GENG CURI DUIT"

Malaysiakini anti bahasa inggeris, nak baca bahasa inggeris kena bayor, nak baca bahasa Melayu free saja supaya cerdik pandai kena bayar, yang malas bekerja untung lah senang dapat bantuan demi bantuan, sebab itu ekonomi gostan saja, kita galak orang malas, biar susah miskin janji dapat bantuan, demi bantuan yang kaya raya dapat cukai manakala yang super super kaya tak Bayor income tax pun macam Bossku dan sekeluarga nya sewaktu sekali, ramai lagi VIP pun tak Bayor cukai kah kah yang miskin papa kedana kena tahan passport kena tahan cukai denda dan macam macam, yang super kaya tak berani income tax kacau pun, nasib oh nasib labu

JHO LOW MASIH SENARI MERAH INTERPOL

 




Polis nafi Jho Low dikeluarkan daripada senarai notis merah Interpol


KUALA LUMPUR – Polis Diraja Malaysia (PDRM) menafikan dakwaan kononnya Ketua Polis Negara,  Acryl Sani Abdullah Sani menyatakan bahawa ahli perniagaan dalam buruan, Low Taek Jho atau Jho Low dikeluarkan daripada senarai notis merah Polis Antarabangsa (INTERPOL) sebagai helah untuk individu terbabit kembali ke Malaysia.

Setiausaha Polis Malaysia,  Noorsiah Mohd Saaduddin, berkata dakwaan yang dimuat naik di akaun Twitter @the borneoghost itu merupakan berita palsu yang tidak bertanggungjawab dengan tujuan untuk mewujudkan kegusaran masyarakat.

“Siasatan dijalankan oleh Unit Siasatan Jenayah Terkelas, Bahagian Pendakwaan / Undang-undang (D5), Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman di bawah Seksyen 500 Kanun Keseksaan (fitnah) dan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 (penggunaan tidak wajar kemudahan rangkaian atau perkhidmatan rangkaian),” katanya dalam kenyataan malam ini.

Beliau turut menasihatkan masyarakat agar menjadi pengguna media sosial yang bijak dan tidak menyalahgunakan platform itu untuk menyebarkan berita tidak benar sehingga boleh menggugat ketenteraman dan keselamatan awam.
— BERNAMA

JHO LOW

KINI DIPILIHARA

OLEH

CHINA MERAH

AMIN

CHINA MERAH

MASIH SIMPAN

HARAPAN NAJIB

AKAN KEMBALI

BERKUASA

AMIN

 CHINA TEMBAM

ADALAH AJEN

CHINA MERAH 

UNTUK JADIKAN

TANAH MELAYU

PROVINSI

DUSUN DURIAN

CHINA MERAH

AMIN

KHALAS

BIDEN AKAN BOM SEMUA PAIP GAS RUSIA

 



BIDEN AKAN

BOM SEMUA 

PAIP GAS RUSIA

AMIN

YANG BERKUASA CUKONG

 


SEBENARNYA

YANG BERKUASA

DALAM NEGARA INI

IALAH CUKONG

AMIN

CUKONG TAJA

PARTI POLITIK

AMIN

UNTUK BALASAN

CUKONG

DAPAT PROJEK

DAPAT KONTREK

KURANG CUKAI 

AMIN

PAK CIK & MAK CIK

 FELDA DAN

ORANG KAMPUNG

HANYA JADI 

PELAKON TAMBAHAN

DALAM SANDIWARA

PILIHANRAYA

AMIN

Unknown commented on

 "CUKONG NAJIB"

Majority developer ada backing orang politik, sebab ITU mereka suka hati buat apa pun, semua boleh digelap gelitakan atas nama pembangunan, senang cerita mereka support orang politik untuk keuntungan mereka sambil ITU cukong menaja money money ini semua, ITU lah berlaku, tapi rakyat semakin cerdik, semakin nampak belakang tibai tirai musuh kita semua orang politik, mereka ini sepatut bantu rakyat tapi mereka bantu cukong jadi lebih kaya demi kaya sendiri Amin, kah kah kah kalau Masih tak nampak orang curi curi satu Malaysia alamat nak kiamat lah orang Kita ini amin

DANA GENTING UNTUK PRU


DI MAKLUMKAN

CASINO GENTING

TAK BAYAR CUKAI

AMIN




SEKARANG BARU

KITA FAHAM

KENAPA  ADA

KITA DENGAR

KHABAR ANGIN

BUKAN 

ANGIN KENTUT

BAHAWA GENTING

BERI DANA UNTUK

PARTI

 KETUANAN MELAYU 

BILA ADA 

PILIHANRAYA

KAH KAH KAH

UNTUK PARTI ISLAM

INI HALAL TALBUN

MIRTUN KUNTUM

FULUSDIKOM

KERANA

BUKAN  DAGING 

BABI

ATAU AIR TIMAH

 KAH KAH KAH

KHALAS


AMERIKA JUAL DEMOKRASI - PAK LEBAI JUAL BIDADARI



AMERIKA JUAL

DEMOKRASI

AMIN

PAK LEBAI 

JUAL BIDADARI

AMIN

KHALAS

Unknown commented on 
"AWAS !
 PERANG NUKLEAR"

Amerika ini perosak dunia, konon nak jadi polis dunia, tapi belakang rumah dia pun tak betul, nak perbetul satu dunia kah kah kah, sini perang sana perang mereka jual senjata jual semua nak bagi hancur negara orang, rumah mereka pun tak elok kah kah kah sama lah orang Kita nak semua patuhi ajara agama kerana anggap terbaik tapi lupa cermin diri sampai seluar terlondeh pun tak nampak kah kah tuckbeer satu bottle

UKRAINE MINTA AMERIKA BOM RUSIA



UKRAINE MINTA

AMERIKA GUNA

BOM NUKLEAR

SERANG RUSIA

AMIN

JANGAN GUNA RAJA



Tarik sokongan kepada PM, itu bab lain – Hamzah


SHAH ALAM – Tindakan 12 barisan menteri Perikatan Nasional (PN) mengutus surat kepada Yang di-Pertuan Agong bagi menyatakan pendirian mengenai Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15) tidak ada kaitan dengan sokongan terhadap perdana menteri.

Setiausaha Agung PN  Hamzah Zainudin berkata, surat bagi meminta pertimbangan Yang di-Pertuan Agong agar PRU-15 tidak diadakan tahun ini merupakan satu keputusan bersama oleh kepimpinan parti itu.

WOIT

MUNKEE

JANGAN 

BERGANTUNG

PD JUBAH AGONG

AMIN

NAK LAWAN ZAHID

TAK PERLU GUNA

RAJA

KAH KAH KAH

AMIN

MAKIN PAYAH PENGUNDI MEMILIH


Zuraida ganti Larry Sng sebagai Presiden PBM

KUALA LUMPUR – Mesyuarat Majlis Tertinggi Parti Bangsa Malaysia (PBM) yang bermesyuarat semalam sebulat suara bersetuju mengangkat  Zuraida Kamaruddin sebagai sebagai Presiden parti bagi menggantikan  Larry Sng.

Setiausaha Agungnya, Nor Hizwan Ahmad berkata, pada mesyuarat itu Majlis Tertinggi telah meneliti dan menjalankan proses yang wajar serta bersesuaian dengan garis panduan perlembagaan parti bagi memilih Zuraida yang merupakan Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi untuk mengisi jawatan tertinggi parti tersebut.

BERAPA BANYAK

PARTI DLM PRU15

KAH KAH KAH

SEMUA NAK

BAGI PENGUNDI

PENING KEPALA

SUSAH NAK PILIH

KAH KAH KAH

KHALAS

DARURAT SELESAI - PRK ATAU PRU ?


Darurat di Batu Sapi, Gerik, Bugaya batal

YANG di-Pertuan Agong membatalkan semua proklamasi darurat di tiga kawasan pilihan raya – Parlimen Batu Sapi dan Gerik serta DUN Bugaya – yang diisytiharkan dua tahun lalu, menurut warta kerajaan.

Proklamasi itu, yang diisytiharkan susulan penularan pandemik Covid-19, sebelum ini menangguhkan pelaksanaan pilihan raya kecil di tiga kawasan pilihan raya yang kosong selepas kematian wakil rakyatnya.

Selain proklamasi darurat, Yang di-Pertuan Agong juga membatalkan ordinan darurat yang berkuat kuasa di tiga kawasan pilihan raya itu.

Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah mewartakan masing-masing tiga perintah pembatalan proklamasi darurat dan ordinan darurat itu di Istana Negara, semalam, dan diterbitkan di laman web Jabatan Peguam Negara.

Berdasarkan warta itu, Yang di-Pertuan Agong berpuas hati bahawa keperluan untuk perintah darurat di semua kawasan itu telah berakhir dan perlu dibatalkan.

Proklamasi darurat diisytiharkan bagi kawasan pilihan raya Parlimen Batu Sapi pada 18 November 2020, selepas kerusi itu kosong susulan kematian ahli parlimennya VK Liew (Warisan) pada 2 Oktober 2020.

Proklamasi darurat bagi kawasan pilihan raya Parlimen Gerik dan DUN Bugaya pula dibuat pada 12 Disember 2020.

Kerusi Parlimen Gerik kosong selepas wakilnya Hasbullah Osman (Barisan Nasional) meninggal dunia pada November 2020.

Kerusi DUN Bugaya juga kosong pada November 2020 selepas kematian wakilnya Manis Muka Mohd Darah (Warisan).

DARURAT SELESAI

APAKAH SPR

AKAN ADAKAN

PRK ? PRU15 ?

AMIN

INI TANDA PRU

AKAN BERLAKU

TAHUN INI

KAH KAH KAH

AMIN