Jumaat, 6 Februari 2009
PENGUMUMAN DI RAJA
ADA LAH HENDAKNYA DI MAKLUMKAN BAHAWA TELAH DI BERI TAHU
KEPADA SEMUA RAKYAT PERAK HAMBA JELATA SIDA DAN KHUNSA
BAHAWA PADA JUMAAT 10 SAFAR 1430 HIJRAH BERSAMAAN 6 FEBRUARI 2009
PADA JAM 6.43 PETANG LAMAN WEB RESMI DYMM SULAN PERAK AZLAN SHAH TELAH MANGAKT.
HENDAKNYA BERKABUNGLAH SEMUA RAKYAT PERAK SELAMA 44 HARI 44 MALAM
DENGAN MEMAKAI SEBELAH SETOKIN.
( Dari Pemegang Chap, Chop dan Mohor )
KERAJAAN PERAK BARU ‘HARAM’ NIK AZIZ –harakah daily
Mursyidul Am PAS menyifatkan kerajaan baru Perak yang bakal diketuai Dato' Dr Zambry Abdul Kadir (BN - Pangkor) sebagai sebuah kerajaan haram.
Tuan Guru Dato' Nik Abdul Aziz Nik Mat berkata, apa yang dimaksudkan haram kerana Umno 'menculik' wakil rakyat Pakatan Rakyat sehingga mereka hilang beberapa hari tanpa dapat dikesan.
"Kemudian apabila keluar dari persembunyian tiba-tiba mereka menyatakan sokongan kepada Barisan Nasional. Tentunya mereka diberi sesuatu sehingga sanggup meninggalkan rakan-rakan dalam Pakatan Rakyat.
PAKATAN RAKYAT CABAR LANTIKAN MAMAK BENDAHARA
Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata Datuk Seri Mohamad Nizar Jamaluddin "tidak derhaka" dan menteri besar Pakatan Rakyat itu hanya mengikut undang-undang tubuh negeri.
Gabungan pembangkang, tambahnya, menubuhkan panel peguam untuk mengkaji kesahihan pelantikan menteri besar baru Perak, Datuk Dr Zambry Abd Kadir.
Beliau juga menjelaskan, Pakatan Rakyat akan terus menerangkan kepada orang ramai apa yang sedang terjadi di negeri itu dan menggesa para penyokongnya membantah secara aman.
MENANG SECUPAK RUGI SEGANTANG - Zulkifli Sulung Malaysian Insider
FEB 6 — Ketika para pemimpin Barisan Nasional (BN) yang diketuai Datuk Seri Najib Razak berkonvoi ke Istana Bukit Chandan di Kuala Kangsar, polis melepaskan berpuluh-puluh das tembakan gas pemedih mata bagi menyuraikan mereka yang berkumpul di perkarangan masjid Ubudiah.
Kesannya, orang ramai lari bertempiaran setelah gas pemedih mata berkepul-kepul asapnya di sekitar masjid Ubudiah yang. Kebanyakan mereka lari dan berlindung di dalam masjid yang terkenal itu.
Ada antara mereka melawan kembali dengan membalingkan botol air mineral dan batu ke arah polis. Mereka yang dikejar lari bertempiaran tetapi selepas itu mereka berkumpul kembali.
Sambil mengawal penunjuk perasaan, polis juga terpaksa mengawal lalulintas bagi membolehkan konvoi Najib melepasi beribu-ribu kenderaan yang berada di atas jalan raya menuju istana.
SEMBILAN WARGA DI TAHAN DI KUALA KANGSAR
Polis Perak mengesahkan kira-kira sejam lalu bahawa sembilan penunjuk perasaan berjaya ditahan.
Lebih kurang 3,000 penyokong Pakatan Rakyat bersurai setelah betempur dengan Fru.
PAKATAN RAKYAT MESYUARAT
Mesyuarat beberapa pemimpin kanan Pakatan Rakyat di pejabat Datuk Seri Anwar Ibrahim di Petaling Jaya berlangsung selepas jam 4 petang tadi.
Naib pengerusi DAP Dr Tan Seng Giaw, setiausaha agung PAS Datuk Kamaruddin Jaffar kelihatan bersama beberapa lagi pemimpin gabungan tiga parti itu.
Membincangkan tindakan seterusnya.
KUALA KANGSAR - JUMAAT PETANG
LAPORAN MALAYSIA KINI
Polis tembak gas sekali lagi, lebih banyak
Feb 6, 09 12:05pm
kemaskini 3.01pm Polis pencegah rusuhan mengejar orang ramai di jalan depan Masjid Ubudiah, Kuala Kangsar. Mereka berlari tidak tentu arah dalam keadaan asap tebal gas pemedih mata.
Beberapa orang penyokong kelihatan membaling objek seperti kayu ke arah polis.
kemaskini 2.58pm Perkumpulan orang ramai mula berundur ke dalam kawasan perkarangan Masjid Ubudiah, Kuala Kangsar sekali lagi selepas polis melepaskan gas pemedih mata bagi kali kedua.
Jumlah mereka dianggarkan 3,000 orang. Lebih banyak gas pemedih mata dilepaskan, termasuk ke arah tempat letak kereta masjid.
kemaskini 2.50pm Polis mengarahkan orang ramai bersurai. Penyokong Pakatan Rakyat kini berada di tepi jalan. Gas pemedih mata dilepaskan sekali lagi.
KUALA KANGSAR - EPOOOH ! TERKINI
LAPORAN DARI KUALA KANGAR
FRU TELAH MENYERANG DI KAWASAN MASJID UBUDIAH.
GAS PEMEDIH MATA TELAH DI TEMBAKAN KEPADA WARGA
PERAK.
BERASAK- ASAK KERETA KE KUALA KANGSAR
Laporan dari Kuala Kangsar.
Jalan dari Lebuh Raya hendak menuju ke Kuala Kangsar
semakin padat.
Bandar Kolej Melayu Kuala Kangsar ini sedang di penuhi
oleh warga Perak yang ingin sama BERJUMAAT dengan MB Perak.
EPPOOH - IPOOOOH - IPOH - JUMAAT 6HB FEB 2009
Sidang akhbar MB Perak telah di gangu gugat
di Pejabat Kerajaan.
Polis dan SUK telah datang menggangu.
Tuan Speaker akan memanggil satu persidangan khas
untuk menentukan siapa yang sebenarnya menguasai Dewan.
Surat telah dihantar kepada Sultan untuk
menangguh Sumpah Saiful.
Perkarangan di kawal kerana warga Ipoh mula berkumpul.
NYALAKAN LAMPU KERETA DI SIANG HARI – JUMAAT 6HB FEBUARI
Semua penyokong PAKATAN RAKYAT diminta memasang dan menyalakan
lampu kereta bermula jam 12.00 tengah hari Jumaat 6hb Februari 2009.
Warga Perak terutama dari Ipoh dan Kuala Kangsar yang
memberi cadangan ini. Justeru semua perlu menyokong.
Kempen ini dilakukan di seluruh negara.
Nyalakanlah lampu kereta di mana sahaja berada.
Jika terelihat ada lampu yang terpasang di jalan sebelahan
sila bunyikan hon tanda setiakawan.
Sila sampaikan berita ini melalui pesanan ringkas ke semua kawan-kawan.
Hantarkan berita ini sebaik sahaja berita ini telah dibaca.
JUMAAT 6HB FEBUARI 2009 – MENTERI BESAR BERJUMAAT DI KUALA KANGSAR
Semua warga di jemput untuk turun ke Kuala Kangsar esok.
Tempat yang di tuju ialah Masjid Ubudiah Bukit Chandan.
Menteri Besar dan pemimpin Pakatan Rakyat akan berada sama di Kuala Kangsar.
MB Perak akan bersembayang Jumaat di Masjid Ubudiah Bukit Chandan Kuala Kangsar.
Semua ahli Dewan Undangan Pakatan Rakyat akan memboikot Sumpah Saiful.
Penyokong Pakatan Rakyat akan berkumpul di Bukit Chandan Kuala Kangsar
untuk menyatakan rasa TIDAK puas hari atas
tingkah laku rampasan kuasa yang dilakukan Najib Razak.
Selamat Berjumaat di Bukit Chandan.
MENTERI BESAR PERAK – JUMAAT 6HB FEBUARI 2009
Menteri Besar Perak Nizar Jamaluddin akan terus menjalankan
tugasnya seperti biasa.
Beliau akan ke pejabat. Dan besar kemungkinan Menteri Besar
akan meminta Tuan Speaker untuk memanggil Dewan Undangan Perak
bersidang.
Dato Seri Haji Muhammad Nizar Jamaluddin masih lagi Menteri Besar Perak
mengikut hukum dan perlembagaan Perak.
SURAT MENTERI BESAR KEPADA SULTAN PERAK
5 Februari 2009
Mengadap Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Sultan Azlan Shah Muhibbuddin Shah ibni Almarhum Sultan Yussuf Izzuddin Shah Ghafarullahu-Lah
Paduka Sultan Negeri Perak Darul Ridzuan
Yang bersemayam di atas takhta Kerajaan Negeri Perak Darul Ridzuan dengan beberapa amat kebesaran dan kemuliaannya.
Assalamualaikum
Ampun Tuanku,
Dengan hormat dan takzimnya patik merafa'kan sembah dan berdoa kehadrat Allah Subhanahu Wata'ala, mudah-mudahan Duli Yang Maha Mulia Tuanku sentiasa berada dalam keadaan selamat dan kesejahteraan.
Ampun Tuanku,
MERAFA' SEMBAH MEMAKLUMKAN PERKEMBANGAN TERKINI DEWAN UNDANGAN NEGERI PERAK DARUL RIDZUAN
Warkah yang tidak sepertinya ini sebagai pengganti diri patik untuk menyembahkan kepada Duli Yang Maha Mulia Tuanku mengenai isu kedudukan terkini Dewan Undangan Negeri Perak Darul Ridzuan.
Patik merafa' sembah menjunjung kasih di atas perkenan Duli Yang Maha Mulia Tuanku pada pagi ini. Patik memohon izin untuk menyembahkan beberapa perkara:
1. Artikel XVI(6) Undang-undang Perlembagaan Negeri Perak menyatakan bahawa "If the Menteri Besar ceases to command the confidence of the majority of the Legislative Assembly, then, unless at his request His Royal Highness dissolves the Legislative Assembly, he shall tender the resignation of the Executive Council". Ini bermakna sokongan Menteri Besar itu perlu diputuskan oleh Persidangan Dewan Undangan Negeri.
2. Jumlah Ahli Dewan Undangan Negeri Pakatan Rakyat dan Barisan Nasional adalah sama iaitu 28 orang. Adalah kurang tepat andaian Barisan Nasional mempunyai majoriti. YB Yang DiPertua Dewan Undangan Negeri Perak telah memutuskan bahawa ADUN bagi kawasan Behrang, Changkat Jering dan Jelapang bukan lagi ADUN. YB Yang DiPertua Dewan Undangan Negeri Perak dan Kerajaan Negeri Perak juga telah memfailkan satu permohonan untuk satu perisytiharan bahawa ketiga-tiga ADUN berkenaan bukannya ADUN untuk kawasan-kawasan tersebut di Mahkamah Tinggi pada pagi ini. Sewajarnya kita menunggu keputusan Mahkamah dalam kes tersebut.
Ampun Tuanku,
Atas alasan di atas dan berdasarkan prinsip demokrasi dan Raja Berperlembagaan Patik dengan ini merafa' sembah memohon agar Dewan Undangan Negeri dibubarkan bagi membolehkan rakyat memilih semula kerajaan yang dikehendaki mereka.
Ampun Tuanku,
Patik dengan ini merafa' sembah bahawa pimpinan Pakatan Rakyat sebulat suara meminta Patik untuk tidak meletak jawatan sehingga krisis perlembagaan ini diputuskan oleh Mahkamah atau Dewan Undangan Negeri Perak.
Ampun Tuanku,
Patik akhiri warkah yang tidak sepertinya ini dengan sekalung penghargaan ke atas keprihatinan dan pertimbangan Duli Yang Maha Mulia Tuanku. Mudah-mudahan Allah Subhanahu Wata'ala melanjutkan usia Duli Yang Maha Mulia Tuanku dan seluruh kerabat Tuanku dan semoga sentiasa berada di dalam kesejahteraan dan kebahagiaan yang berkekalan.
Amin Ya Rabbal 'Alamin
Ampun Tuanku,
Patik dengan segala hormat takzimnya;
Bagi pihak Ahli-ahli Dewan Undangan Negeri Pakatan Rakyat
YAB Dato' Seri Ir Haji Mohammad Nizar bin Jamaluddin
Menteri Besar Perak Darul Ridzuan
MOGOK MOGOK MOGOK
PUTRAJAYA: Hampir 1,000 pemandu limosin berpangkalan di Terminal Penerbangan Tambang Murah (LCCT), Sepang, dekat sini semalam melancarkan mogok berikutan tidak puas hati dengan tindakan pihak berkuasa yang didakwa sering mengganggu operasi mereka.
Difahamkan, mogok bermula jam 2 petang di pekarangan terminal itu menyebabkan ribuan penumpang yang mendarat, terkandas kerana tidak dapat menggunakan perkhidmatan pengangkutan awam terbabit.
Seorang penumpang penerbangan AirAsia yang enggan namanya disiarkan, berkata pesawat dinaikinya yang dijadualkan mendarat di LCCT terpaksa mengubah lokasi pendaratan ke Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) dipercayai mempunyai kaitan dengan mogok terbabit.
kah kah kah… kah kah kah … 1000 MOGOK…. APASAL NI… kah kah kah….
woit…. MOGOK IALAH PETANDA AWAL EKONOMI DALAM KRISIS.. kah kah kah…
woit…. MOGOK IALAH CARA KAUM BURUH MELAWAN TOWKAY… kah kah kah…
woit... BURUH MOGOK BILA DIA KENA BULLY .... kah kah kah
woit… OUR ECONOMY HAS PROBLEMS…. kah kah kah
kah kah kah… OUR FANDUMENTALS IS STRONG…. kah kah kah..
woit.... MUNKEE MANA YANG CAKAP NI.... kah kah kah
Labels:
ziana zain
EeeeePOOOOOh !! ipoh!!! IPOH PERAK
PEHIMPUNAN SELESAI DENGAN AMAN
DARI JAM 10.00 MALAM TADI HINGGA 12.00 SELURUH KOTA EEEPOH
TELAH BINGAR.
SEMUA KERETA MEMBUNYIKAN HON TANPA HENTI-HENTI.
INI TANDA SOKONGAN KEPADA KERAJAAN PAKATAN RAKYAT
ESOK PARA PENYOKONG PAKATAN RAKYAT AKAN KE MASJID BUKIT
CHANDAN.
MENTERI BESAR AKAN BEKERJA SEPERI BIASA ESOK.
TIDAK ADA SEORANG PUN YANG AKAN DATANG MENJENGOK
SAIFUL ANGKAT SUMPAH.......ooops..... (salah) TIDAK DIKETAHUI MAMAK MANA YANG ANGKAT
SAMPAH APA ESOK.
Langgan:
Catatan (Atom)