DENGAR LAGU INI DULU - KEKASIH DAN CINTA

KOMENTAR TUKAR TIUB
jika kita tidak hendak mendapat demam malaria
kita memakai kelambu
kita guna ubat nyamuk
kita asapkan rumah
kenapa susah sangat untuk menerima hakikat
untuk menghindarkan bayi dari mati bergelempangan
sarkot, kondom, stokin, baju hujan, topi peranchis adalah jawapan
kenapa tidak mahu terima hakikat
bahawa entot itu seronok
tetapi jika salah entot
akan membawa masalah
jika mengentot tanpa kondom
besar kemungkinan bayi akan muncul
dalam perut anak gadis
jika mereka belum nikah
jika mereka belum jadi suami isteri
masalah akan muncul
jawapan bukan bila bayi lahir
bayi dibunuh
bayi dibuang
jawabnya sebelum hujan sediakan payung!
BERSARKOT SEBELUM MENYELAM

MENGAKU CAMPAK BAYI DARI TINGKAT DUA FLET – berita hairan
KUALA LUMPUR: Seorang remaja perempuan dipenjara 12 tahun dan didenda RM5,000 oleh Mahkamah Sesyen Selayang, dekat sini, semalam selepas mengaku bersalah menyebabkan kematian anaknya yang baru lahir dengan mencampak bayi perempuan itu dari tingkat dua rumahnya, Oktober tahun lalu.
Hakim Maziah Joary Mohd Tajudin memerintahkan Nor Atika Kamarolzaman, 19, menjalani hukuman bermula dari tarikh dia didakwa kali pertama di mahkamah iaitu pada 12 Januari lalu.

Mahkamah turut memerintahkan wanita berkenaan dipenjara lima bulan lagi, sekiranya dia gagal membayar denda yang dikenakan itu.
Nor Atika dituduh melakukan kesalahan itu terhadap bayinya di alamat B7-2 Taman Selayang Segar 2, antara jam 3.30 pagi dan 7.15 pagi 3 Oktober lalu.
Pertuduhan adalah mengikut Seksyen Seksyen 309A Kanun Keseksaan dan boleh dihukum mengikut Seksyen 309B akta sama yang membawa hukuman penjara sehingga 20 tahun dan juga denda.
Pendakwaan dilakukan Timbalan Pendakwa Raya Rohaiza Hamzah manakala Nor Atika tidak diwakili peguam. – TIEWNAMA

BAYI BARU LAHIR DIJUMPAI DI TEPI BANGUNAN DI TAWAU - berita hairan
TAWAU: Seorang bayi perempuan yang baru dilahirkan dijumpai di tepi bangunan milik sebuah syarikat swasta di Jalan Tanjung Batu, awal pagi tadi.
Ketua Polis Daerah Tawau, Asisten Komisioner Ibrahim Chin, berkata bayi yang dibungkus menggunakan kain batik dan ditinggalkan di tepi bangunan berkenaan dijumpai seorang pengawal keselamatan yang sedang bertugas kira-kira jam 5.05 pagi.
"Ketika mendekati bungkusan itu, dia mendengar suara tangisan bayi lalu terus menghubungi polis," katanya kepada pemberita di sini, hari ini.
Katanya, bayi yang cukup sifat berkenaan kini ditempatkan sementara di Hospital Tawau untuk tujuan pemantauan.

Beliau meminta pengusaha klinik yang didatangi wanita yang baru melahirkan bayi dan orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai bayi itu supaya menghubungi Rakan Cop di talian 089-772121 atau terus kepada Inspektor Nur Intan Jamri, di talian 019-8416591.
Kes berkenaan disiasat mengikut Seksyen 317 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara maksimum tujuh tahun atau denda atau kedua-duanya sekali. -TIEWNAMA














