Ahad, 5 November 2023
NAJIB BELUM BAYAR CUKAI
Penyokong Bossku mahu Najib-Muhyiddin kembali 'bersatu'
KUALA LUMPUR: Penyokong Najib atau dikenali sebagai ‘Bossku’ meletakkan harapan agar banduan bekas Perdana Menteri itu dan Muhyiddin Yassin membuka lembaran baharu, dan bergerak bersama demi negara serta rakyat.
Presiden Pertubuhan Jalinan Perpaduan Negara Malaysia, Syed Muhammad Imran Syed Abdul Aziz berpandangan, Malaysia akan lebih hebat jika dua bekas pemimpin nombor satu negara itu, bersatu ketika rakyat sedang berdepan masalah ekonomi dan kos sara hidup.
Beliau menyuarakan perkara itu selepas Muhyiddin, yang juga Pengerusi Perikatan Nasional (PN) mendoakan kesembuhan Najib yang kini sedang dirawat di Hospital Kuala Lumpur (HKL) akibat COVID-19, semalam.
"Negara akan menjadi lebih hebat jika dua figura ini bergabung.
KAH KAH KAH
WOIT SEBELUM
CAMPUR POLITIK
BEBAS DULU
AMIN
KEMUDIAN BAYAR
CUKAI 1 BILION RM
LEBIH KALAU
TAK JADI BANGKAP
KAH KAH KAH
KHALAS
PKR PARTI JENIS GAPO ?
Liberal International keluarkan nama, logo PKR
NAMA dan logo PKR sudah dikeluarkan daripada laman sesawang Liberal International, sebuah organisasi berdaftar yang berpangkalan di London.
Semakan terkini di laman sesawang organisasi itu mendapati nama dan logo PKR yang sebelum ini tersenarai bersama beberapa parti atau pertubuhan lain bagi negara Asia sudah tiada.
Setakat jam 3.40 petang ini, hanya tujuh parti atau pertubuhan membabitkan Asia masih berada dalam senarai di laman sesawang Liberal International.
Semalam, Ketua Penerangan PKR Fahmi Fadzil berkata beliau berhubung dengan pihak Liberal International untuk meminta supaya nama dan logo parti itu dikeluarkan daripada laman sesawang organisasi berkenaan. Bernama, 5 November, 2023.
WOIT PKR
BUKAN PARTI
LIBERAL
AMIN
BUKAN PARTI
MELAYU
AMIN
NASIONALIS BUKAN
SOSIALIS BUKAN
KAH KAH KAH
SEKULAR BUKAN
ISLAM PUN BUKAN
KAH KAH KAH
JENIS GAPO
PARTI PKR INI
JENG JENG JENG
KHALAS
HARGA AYAM MULA NAIK
Kementerian giat pantau harga ayam
KEMENTERIAN Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) melipatgandakan dan memperkasakan pemantauan untuk memastikan bekalan ayam mencukupi dan dijual dengan harga berpatutan khususnya di Sabah, Sarawak dan Labuan.
Pemangku Menterinya Armizan Mohd Ali berkata sehubungan itu, kementerian telah menjalankan beberapa pendekatan serta-merta bagi memantau isu harga ayam susulan penamatan subsidi dan kawalan harga yang berkuat kuasa Rabu lepas.
“Langkah itu ialah meneruskan aspek pemantauan dan penguatkuasaan dengan mengguna pakai Akta Kawalan Harga dan Antipencatutan 2011, selain mempertimbangkan penggunaan Akta Persaingan 2010 jika perlu. Seterusnya, kementerian akan melaksanakan mitigasi bersasar mengikut kawasan memandangkan ada tempat tertentu yang kita lihat mempunyai isu.
“Kementerian juga akan meneruskan program intervensi khususnya di kawasan yang terdapat isu penawaran harga ayam melebihi RM9.40 sekilogram yang pernah ditetapkan sebelum ini khususnya di Sabah, Sarawak dan Labuan yang sememangnya harga ayam lebih mahal dijual di kawasan berkenaan,” katanya.
Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas meninjau Program Jualan Rahmah (PJR) Sabah, Sarawak dan Labuan di Klias dekat Beaufort hari ini.
Armizan berkata KPDN juga akan menambah jumlah pelaksanaan PJR di Sabah, Sarawak dan Labuan bagi bulan ini dan Disember.
“KPDN akan memastikan penawaran bekalan ayam ditambah dengan harga jualan Rahmah pada kadar diskaun antara 10 hingga 30 peratus. Pendekatan ini diambil sebagai satu daripada strategi intervensi untuk membolehkan rakyat berpendapatan rendah dan sederhana mendapat akses kepada bekalan jualan ayam pada harga yang berpatutan.
“Pelaksanaan pendekatan ini akan ditumpukan di kawasan-kawasan yang dilaporkan mempunyai isu penjualan harga yang agak tinggi di pasaran setempat. Pendekatan ini juga adalah sejajar dengan usaha untuk menangani sebarang isu berbangkit berkaitan kadar harga ayam,” katanya.
Beliau berkata penetapan harga kawalan sementara ayam super sebelum 1 Nov 2023 bagi negeri Sabah melibatkan dua harga iaitu RM12/kg bagi Pantai Barat dan RM12.30/kg di Pantai Timur.
“Di Sarawak, penetapan harga kawalan sementara ayam super sebelum ini adalah berbeza mengikut zon dengan kadar antara RM10.80/kg hingga RM13.90/kg. Sementara itu, harga kawalan ayam super bagi Labuan ialah RM12.30/kg.
“Dengan penamatan langkah penetapan harga kawalan sementara, KPDN telah melaksanakan pemantauan harian di pelbagai premis di seluruh negara. Bagi Sabah, hasil pemantauan mendapati harga ayam super di pasaran adalah antara RM11.49/kg hingga RM13.90/kg.
“Di Sarawak pula harganya dalam lingkungan RM8.90/kg hingga RM18.90/kg, manakala di Labuan antara RM9/kg hingga RM13.90/kg,” katanya. – Bernama, 5 November, 2023.
HARGA AYAM
DI SABAH
DI SARAWAK
MULA NAIK
AMIN
DI PASAR
CHOW KIT
KELMARIN MASIH
9 RM SEKILO
AMIN
SAPA KACAU ORANG ASLI
Dedah nama pengacau, kata Orang Asli kepada KP Jakoa
KETUA Pengarah Jabatan Kemajuan Orang Asli (Jakoa) Sapiah Nor berdepan kritikan kumpulan Orang Asli selepas beliau menuduh ada kumpulan yang diupah untuk menimbulkan kekacauan.
Sapiah sebelum ini dilaporkan Utusan Malaysia yang beberapa kumpulan NGO mewakili komuniti itu memberitahunya yang mereka diupah untuk membuat kacau berkaitan isu Tanah Orang Asli.
Sapiah bagaimanapun tidak menamakan kumpulan tersebut, berkata yang perkara itu timbul selepas pertemuan antara Jakoa dan kumpulan NGO Orang Asli.
Beliu turut mendakwa yang ada pihak tertentu mahu melihat Orang Asli terus hidup dalam persekitaran tidak membangun.
Jaringan Kampung Orang Asli Semenanjung Malaysia bagaimanapun menafikan dakwaan Sapiah, berkata mereka “terkejut” dengan dakwaan dibuat ketua pengarah itu.
“Pengakuan yang dibuat oleh tokoh yang KP katakan itu, bukan sahaja tidak betul tetapi telah memperlekehkan perjuangan NGO-NGO Orang Asli selama ini dan juga memberi maksud bahawa NGO-NGO Orang Asli adalah bodoh dan boleh dipergunakan oleh pihak lain untuk kepentingan mereka sendiri dengan mudah,” kata Pengerusi Tijah Yok Chopil dalam satu kenyataan.
Tijah turut menggesa Sapiah mendedahkan nama kumpulan dan pemimpin yang terlibat dalam dakwaannya itu.
“Kami berharap KP bersedia untuk bertanggungjawab atas semua kenyataan tersebut dan Ikhlas menjernihkan keadaan.” – 5 November, 2023.
YANG ROMPAK
TANAH
ORANG ASLI
TAK DITUDUH
PENGACAU
AMIN
WAT IS
DE BEKOS
AMIN
MASYUUUK KE
JENG JENG JENG
KHALAS
BANJIR DAH SAMPAIDI SELANGOR
200 penduduk Semenyih, Bangi dipindahkan akibat banjir
KIRA-KIRA 200 penduduk di Taman Semenyih Indah dan Kampung Bangi Lama, Selangor dipindahkan selepas rumah mereka terjejas banjir, awal pagi tadi.
Penolong Pengarah Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor Ahmad Mukhlis Mukhtar berkata operasi memindahkan mangsa bermula 4.30 pagi selepas pihaknya menerima panggilan kecemasan daripada MERS999.
Beliau berkata sebanyak 14 rumah di Taman Semenyih Indah membabitkan 50 orang dinaiki air setinggi 1.5 meter dan trend air semakin menurun.
“Di Kampung Bangi Lama, pasukan bomba membantu memindahkan kira-kira 50 mangsa daripada 10 keluarga selepas 10 kediaman dinaiki air hingga paras pinggang… trend air semakin meningkat,” katanya dalam kenyataan hari ini.
Selain itu, Ahmad Mukhlis berkata 100 mangsa di Kampung Bangi Lama berpindah sendiri ke tempat selamat.
Menurutnya setakat ini semua mangsa dipindahkan ke Balai Raya Majlis Pengurusan Komuniti Kampung (MPKK) Kampung Bangi dan Tadika Perpaduan Taman Bangi Ria. – Bernama, 5 November, 2023.
SIAP SEDIA
BANJIR DAH
SAMPAI
KE SELANGOR
KHALAS
NAJIB DI BEBAS ?
NAJIB BEBAS ?
PELIK TETAPI BENAR
MEMANG PELIK
TUP TUP
TERTIBA
NAJIB DISERANG KOBID
JENG JENG JENG
BETUL KE ?
JENG JENG JENG
BILA KOBID MAKIN KURANG
TERTIBA NAJIB DI SERANG KOBID
JENG JENG JENG
APAKAH INI HELAH
NAK DUDUK DI HOSPITAL
BUKAN DALAM PENJARA KAJANG
SAJE TANYA
KERANA DALAM HOSPITAL
SENANG ORANG BUKAN PEGUAM
DATANG MELAWAT
JENG JENG JENG
SENANG NAK BINCANG
HAL NAK BEBAS
JENG JENG JENG
KHALAS
NILAI KEMANUSIAAN
NILAI
KEMANUSIAAN
KHALAS
Unknown commented on
"MEYAHUDIKAN PALESTIN"
Kah kah kah pandai bijak, kalau nilai kemanusiaan dilihat dari kaca mata bangsa agama memang cetek, tapi nilai kemanusiaan secara keseluruhannya tiada, apabila berlaku penindasan kecurangan kepada umat manusia tanpa mengira latarbelakang agama laterbelakang bangsa maka itulah nilai kemanusiaan sebenarnya, retorik kerana serumpun kerana sebangsa kerana seagama hanya lah modalnya semata-mata, tak lebih tak kurang, ya lah semuanya dari pandangan otak kepala masing-masing, selalunya manusia susah berfikir logiknya, apa bila musuh menyerang kita tindak balas, adakah musuh sajalah sengajanya mendatangkan kemudaratan? Kalau kita sendiri menjadi musuh kepada umat manusia? Kah kah kah
DUIT PETRONAS DISAPU LANUN
DUIT PETRONAS
DISAPU LANUN
KHALAS
panglimo potaseh commented on
"PANTAU BUKAN SABSIDI"
Pantau pukiomak kau .. tak abih-abih nak monipu rakyat. Kan ko tahun lopeh Petronas jo dah pungut RM470 biliyun, mano poey duit tu. Cubo kau bagikan 470 biliyun tu dgn 5 juta isirumah kito, borapo satu koluargo dapek .. ni tak duit Petronas dah di sapu oleh Kotuo2 Lanon .. rakyat di suruh montodarah tikus utk ganti ayam .. cilako botol Malaya ni .. Kutti ckp kok ini berterusan dlm 10 tahun Malaya eieelek .
HARGA AYAM
HARGA AYAM
PAGI AHAD YANG SANTAI
HOKKIEN BASAH SEGAR
MATA HARI BELUM KELUAR
KL & KL SENTRAL BERKABUS
HUJAN PETANG KELMARIN
HARGA AYAM TIDAK NAIK
KELMARIN GUA DI CHOW KIT
HARGA MASIH 9 RINGGIT SEKILO
TELOR MASIH 17 RINGGIT SEPAPAN
BILA GUA TANYA PADA
TUAN EMPUNYA GERAI AYAM
DIA BERKATA :
MASIH 9 RINGGIT LAGI
DIA MENUNJUK PADA
TANDA HARGA TERPASANG
DI LAMBAKAN AYAM
AMIN
GUA RASA HARI INI
AKAN PANAS
PETANG HUJAN
MALAM ENAK
BRO
SENYUM
SAMBUT AHAD
YANG SANTAI
ALMARI KACA MENYIMPAN NENAS
HANTAR KE PASAR DI TANJUNG MALIM
CUACA SEHARI SEMAKIN PANAS
INI NAMANYA PERUBAHAN IKLIM
TANJUNG MALIM BANDAR BERUSIA
TEMBIKAR PECAH DI TEPI KEBUN
IKLIM BERUBAH KERANA MANUSIA
MEMBAKAR PETROL KELUAR KARBON
LAKUKAN SEKARANG
LAKUKAN HARI INI
SELAMAT BERCUTI
Langgan:
Catatan (Atom)