Sabtu, 13 Mac 2010

PETANG SABTU




KAMI YANG DI SINI


janganlah rasanya untuk menjadi anggkuh
dengan kuasa dan wang ringgit
dengan mahligai dan istana
dengan pangat segala derajat

hanya satu ingatan:

tika kau sedang naik ke atas
lihat lah kiri dan kanan
kau tegor dan kau sapalah kami di bawah ini
kerana bila kau turun nanti
kau akan temui kami sekali lagi




TAK SANGKA - SANGKA NASIONALIS JUAL NAGKA



INI PUN BESAR



CUKUP BESAR


IBRAHIM PERNAH JADI PENGARAH SYARIKAT VINCENT TAN - malaysiakini

Pengerusi Pertubuhan Pribumi Perkasa (PERKASA), Ibrahim hanya mentertawakan tuduhan yang mempersoalkan kewibawaannya sebagai aktivis Melayu ekoran kaitannya dengan jutaan Cina, Vincent Tan.

Tuduhan itu tersebar di internet empat hari selepas beliau mengecam tokoh-tokoh korporat Cina, termasuk Tan Sri Vincent Tan, yang digelarnya 'tauke' dan "mendominasi" ekonomi dan seterusnya menyebabkan berlaku ketidakstabilan politik dan sosial.

Bagaimanapun, tersebar laporan di internet yang menunjukkan hubungan Ibrahim dengan syarikat Dunham-Bush Malaysia, yang pernah dimiliki Tan.


KAH KAH KAH

KAH KAH KAH

KAH KAH KAH


kah kah kah.... HIDUP PERJUANGAN MELAYU..... kah kah kah



MODEL ? MODEL APA NI ?



INI PUN MODEL JUGA - MODEL UNTUK BUMIPUTERA




MODEL EKONOMI BARU BELUM SERTAKAN LINDUNGAN BUMIPUTERA -malaysianinsider

Model ekonomi baru masih belum menyertakan sebarang rangka kerja untuk melindungi kepentingan ekonomi orang Melayu, kata Menteri Kewangan II i Husni Hanadzlah hari ini.

Sehubungan itu jelas Husni , ranka kerja sedemikian hanya akan dimasukkan selepas model ekonomi baru ini dikemukakan kepada Majlis Penasihat Ekonomi Kebangsaan (NEAC) untuk diletakkan input.

“Sebenarnya tiada formula untuk inisiatif untuk melindungi pembangunman ekonomi Melayu dalam model ekonomi baru,” kata beliau di sini hari ini.

“Rangka kerja model ekonomi baru akan diberikan kepada NEAC dan ia akan dipamerkan supaya setiap orang, setiap kaum dan sektor boleh memberikan input mereka,” kata beliau lagi.

Husni berkata kerajaan masih melihat pada aspek “pertumbuhan berasaskan ekuiti” bermakna tidak akan mengabaikan kepentingan mana-mana kaum khususnya Bumiputera.


PEMBENTUKAN MEB AMBIL KITA KEPENTINGAN SEMUA KAUM KATA HUSNI - mStar

Kerajaan memberi jaminan bahawa kepentingan semua kaum di negara ini akan diambil kira dalam pembentukan model ekonomi baru (MEB).

Menteri Kewangan Kedua Ahmad Husni Hanadzlah berkata kerajaan akan mengambil kira semua pandangan pelbagai kaum dan peserta industri mengenai hala tuju ekonomi dalam model baharu itu.

"Kita masih lagi melihat pembangunan negara berlandaskan keperluan setiap bangsa di negara ini dan kita tidak akan mengabaikan mana-mana kaum dalam pembangunan negara," katanya kepada pemberita selepas majlis pelancaran akaun simpanan kanak-kanak Mumtaz EONCAP Islamic Bank di sini hari ini.

Beliau berkata demikian bagi mengulas kebimbangan beberapa pertubuhan bukan kerajaan (NGO) mengenai kehilangan kepentingan bumiputera dalam model ekonomi baru itu.


MODEL EKONOMI BARI AMBIL KIRA PANDANGAN SEMUA RAKYAT – melayau

Pelaksanaan model ekonomi baru akan mengambil kira pandangan semua rakyat, kata Menteri Kewangan Kedua, Ahmad Husni Hanadzlah di sini hari ini. – Utusan

nota:
perhatikan satu berita yang sama
tapi di olah sedemikian rupa.
mana yang betul?
mana yang akan akan di jadi rujukan
mana yang cuba putar alam
dan mana yang cuba tipu Melayu kah kah kah





YANG INI BETUL




TIDAK BENAR GST DIBATALKAN, KATA HUSNI
– malaysian insider

Kabinet semalam hanya membincangkan aspek-aspek Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST), terutamanya pemahaman orang ramai tentang sistem cukai yang dicadangkan dan pelaksanaannya, kata Menteri Kewangan Kedua, Ahmad Husni Hanadzlah.

“Kita tidak kata batal. Kabinet membincangkan dengan terperinci pelaksanaannya dari segi kefahaman rakyat dan setakat mana mereka bersedia. Kita tidak mahu menghadapi masalah kemudian nanti, yang mungkin menyusahkan rakyat,” katanya apabila diminta mengulas spekulasi yang mengatakan pelaksanaan cukai itu dibatalkan.

“Tiada kata putus,” katanya.

KAH KAH KAH..

woit... MALAON INI CAKAP BETUL... kah kah kah..

kah kah kah... MALAON INI TAK BOHONG.... kah kah kah

kah kah kah... FASAL SEBAT DUIT RAKYAT... MEMANG TAK MUNGKIR JANJI....kah kah kah..



MALIKUL NAK MENIPU LAGI



GAMBAR DEMO NATRAH TAHUN 1950 - MELAYU SUDAH ADA BUDAYA DEMO MELAWAN BRITISH



ISU NATRAH TIDAK SATUKAN RAKYAT MELAYU – harakah daily

SHAH ALAM, 12 Mac: Merujuk pada sejarah Natrah yang meletus pada 1950 lalu, Ahli Parlimen Shah Alam, Khalid Samad menegaskan bahawa umat Melayu tidak pernah bersatu seperti yang didakwa Muhyiddin Yassin sebelum ini.

"Dalam isu Natrah sekalipun, orang Melayu tidak pernah bersatu," kata beliau petang tadi di Pusat Khidmat Masyarakat Ahli Parlimen, di sini.

Menurut beliau, orang-orang Melayu dari Umno didapati tidak bersama rakyat berbangsa Melayu dalam mempertahankan akidah gadis juvana terbabit, walaupun parti perkauman Melayu itu ditubuhkan sejak 1946.

Sebaliknya, sejarah Natrah menurut beliau menyaksikan rakyat Melayu bersatu atas beberapa pertubuhan berhaluan kiri seperti Kesatuan Melayu Muda (KMM), Angkatan Pemuda Insaf (API) dan Angkatan Wanita Sedar (AWAS).

"Waktu isu Natrah berlaku pada tahun 1950, Umno diam membisu, yang ke depan adalah API, KMM (dan) AWAS," jelasnya.

Tidak cukup dengan itu, beliau berkata, Dr. Burhanuddin al-Helmi, iaitu salah seorang pemimpin KMM yang kemudiannya menyertai PAS turut dipenjarakan di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) kerana dilihat mengepalai beberapa siri demontrasi dan mogok di Malaya dan Singapura.

"Yang ditahan adalah Dr. Burhanuddin al-Helmi yang ditahan oleh penjajah (dan) pemimpin Umno tidak ada yang ke depan.

"Maka, (dakwaan Muhyiddin) itu mitos dan kata orang Melayu bersatu bersama Umno juga adalah tidak benar," jelasnnya.

Dalam pada itu, beliau berkata, cita-cita PAS sejak 1951 dulu adalah mengajak semua rakyat pelbagai kaum bersatu padu atas nama keadilan Islam.

"Atas dasar Islam yang dipegang PAS, kita bukan nak rakyat berpecahk-pecah, kita nak semua rakyat berbilang kaum bersatu atas keadilan sosial yang diperkenalkan Islam," katanya.

Pun begitu, beliau berkata, PAS tidak perlu bersatu dengan Umno kerana parti perkauman Melayu itu cenderung pada kezaliman sejak era penjajahan lagi.

Sehubungan itu, beliau seolah-olah menganggap dasar perjuangan Melayu oleh Umno lebih hina dari dasar 'keadilan sosial' yang diperjuangkan oleh PKR dan DAP dalam Pakatan Rakyat.

"Dasar perjuangan Umno lebih hina dari parti-parti politik yang lain, bersama kami (dalam Pakatan Rakyat) kerana parti-parti ini memperjuangkan keadilan sosial," jelasnya.

nota:

ini lah bukti sejarah
ini adalah perjuangan anti kolonial
ini adalah perjuangan rakyat menentang british

gerombolan hanya alat british
tak berani cakap apa
sekarang baru sibuk sibuk nak berpadu padu
sekarang baru sibuk sibuk nak perpaduang

cukuplah
fakta boleh ditemui
fatka boleh didapati
zaman gerombolan menopoli berita dan maklumat
sudah lama berkahir
rakyat sudah ada lebai google kah kah kah