Sabtu, 17 September 2022
PANDANGAN JUJUR DARI MAT SABU
Cabaran sukar PRU15 untuk Amanah, Pakatan, kata Mat Sabu
PARTI Amanah dan gabungan Pakatan Harapan (PH) bakal berdepan cabaran amat sukar pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) disebabkan pelbagai masalah dalaman, kata Presiden Amanah Mohamad Sabu.
“Masih ada riak-riak dan gejala-gejala yang amat tidak saya senangi. Ketika berdepan PRU15 ini nanti, saya mahu ahli-ahli bersaing secara terbuka dan sihat, dalam rangka ‘Fastabiqul Khairat’ - atau “Perlumbaan Yang Baik”.
“Tidak wajar ia menjejas kelancaran dan kemajuan parti dan organisasi terutama dalam persiapan pilihan raya nanti,” katanya semasa merasmikan Konvensyen Amanah Nasional 2022 dengan tema Amanah Untuk Malaysia di Seremban hari ini.
Pada sidang media selepas itu Mohamad yang juga Ahli Parlimen Kota Raja itu berkata rundingan agihan kerusi antara parti PH bagi menghadapi Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) dijangka akan diselesaikan hujung bulan ini.
Semalam, Naib Pengerusi PH Salahuddin Ayub berkata kira-kira 70 peratus daripada 52 kerusi yang ditandingi Bersatu pada PRU14 telah selesai dirunding antara parti gabungan PH.
Konvensyen Amanah 2022 yang akan berakhir esok dihadiri oleh lebih 800 perwakilan seluruh negara. – Bernama, 17 September, 2022.
INI PANDNAGAN
JUJUR DARI
PEMIMPIN
BERJIWA BESAR
AMIN
JELAS KEMAH
KOCIK BAWAK
KALAH
AMIN
KEMAH BOSA
BAWAK MONANG
AMIN
KHALAS
HANYA DUA PILIHAN
HANYA DUA
PILIHAN
AMIN
SENANGAKAN
PENGUNDI MEMILIH
AMIN
UNDI
PENGAMAL RASUAH
ATAU UNDI
PELAWAN RASUAH
AMIN
KHALAS
cikminah commented on
"KEMAH KOCIK
TANDA KALAH"
Tambah lagi............. Malaysia bukan United Kingdom atau Amerika Syarikat, di mana hanya DUA KEMAH BESAR, bertarung dan rakyat memihak kpd salah satu. Dan, Pru15 bukan Pru14 yang matlamatnya nak hapuskan KLEPTOKRASI. Pru15 pertarungan untuk menentukan masa depan negara. Jangan susahkan pengundi dengan memberi kami hanya DUA PILIHAN, BN atau PH. Tidak semua orang mahu undi BN, begitu juga bukan semua orang mahu undi PH dengan Anwar Ibrahim sebagai Perdana Menteri. Jika hanya 2 party bertanding dan ramai tidak mahu undi 2 party ini, apa pilihan kami.......? Jangan bunuh demokrasi. The more, the merrier. Kita perlu ada KING MAKER.
ASRUL SANI - SEJARAN 13 MEI DI SUNGAI BULUH
RAKAMAN SEJARAH
13 MEI
AMIN
Asrul Sani commented on "JELEBU PASCA 13 MEI"
Sedikit Pencerahan tentang Kubur 13 Mei Sungai Buloh Aku pernah bela kambing di Kg Melayu Sg Buloh. Bila harga pellet naik zaman Pak Lah jadi PM, aku terpaksa bagi ternakan aku makan daun2......daun sawit terutamanya. Habis seluruh kawasan sekitar Sg Buloh aku jelajahi untuk kutip daun sawit selori sarat setiap hari. Suatu hari aku merayau ke kawasan belakang hospital Sungai Buloh...di situ banyak pohon sawit yang tumbuh meliar di dalam hutan...jika daunnya diambil tiada siapa yang melarang. Bukit Badong nama tempat itu.
Sedang aku terdongak melihat pohon2 pokok sawit yang boleh dipanjat, tetiba aku tersepak sesuatu...lalu aku terlihat batu-batu tak bertanda yang tersusun memanjang berbaris-baris. Aku langsung tak dapat meneka apa ka jadahnya batu-batu itu sehinggalah aku terserempak dengan sebuah perkuburan lama (kubur China sudah pasti) yang pada nisannya tertulis ...... Yap Ah Keong 13.5.1969 Lee Ah Chai 16.5.1969 Chan Kok Tai 14.5.1969 Lim Pek Ngoh 17.5.1969 It took me just a few seconds to realised that they were the victims of May racial clashes and those were Sungai Buloh secret burial sites. Tarikh kematian yang tertanda di nisan mereka adalah di antara 13hb hingga 17hb Mei 1969.
Mangsa yang dikenali diletakkan nama manakala mayat yang tidak dikenali ditanam di dalam kubur yang dikorek memanjang dan diletakkan batu nisan tidak bertanda. Ironically...ada satu kubur di tengah-tengah nama-nama orang-orang China tersebut yang menarik perhatian saya; Ramli bin Ahmad 14.5.1969 Macam mana Mamat ni boleh sesat tertanam di situ hanya Guru kepada TT , Guru Nanak saja yang tahu. Kalau tak percaya cerita saya dan tak percaya kubur Ramli Ahmad terletak di tengah-tengah perkuburan China, sila ziarah sendiri Bukit Gadong, belakang Spital Sungai Buloh je. Tempat tu dah cerah sekarang.
Dulunya memanglah hutan belantara dan kerajaan sengaja memilih kawasan terpencil itu bagi melupakan tragedi berdarah rusuhan kaum yang pernah melanda negara ini. Jika saya ditanya bagaimana peristiwa 13 Mei boleh terjadi...saya akan berkata kerana Tun Razak dan Dato Harun sengaja membelakangkan arahan Tunku supaya permit tidak diberikan kepada pemuda DAP untuk mengadakan perarakan kemenngan mereka dari Ipoh ke Kuala Lumpur. Tunku dah pesan, tapi Tun Razak dan Dato harun seolah-olah mahu supaya wujud ketegangan kaum agar mereka dapat menyingkirkan Tunku dari kepimpinan negara....kita boleh berdebat isu ini jika mahu..
KEMAH KOCIK KEMAH BOSA
MUDO KO
TUO KO
SUMO SAMO
AMIN
KEMAH KOCIK
AKAN KALAH
KEMAH BOSA
AKAN MONANG
AMIN
KHALAS
cikminah commented on
"KEMAH KOCIK
TANDA KALAH"
MUDA tak perlu jadi kuda kayu pada sesiapa. MUDA ada konsep dan ideologi sendiri, tak sama dengan GTA. Apa guna join kemah besar kalau setakat jadi tukang sorak PKR.....? Berakit-rakit ke hulu, berenang-renang ditepian. Bersakit-sakit dahulu, bersenang-senang kemudian. Lebih baik MUDA dan GTA test the market sendirian. MUDA join PH, hilang sokongan Melayu yg tak percaya kpd DAP & PKR. MUDA join GTA, hilang sokongan pengundi muda bukan Melayu yg benci Melayu. Jadi apa bezanyanya join atau tak join kemah besar...????Menang setakat 4 atau 5 kerusi dah cukup baik bagi MUDA dan GTA yg tidak ada grass root. Jika menang lebih banyak, itu BONOS! Beri pengundi peluang membuat pilihan. Lebih banyak pilihan, lebih baik untuk demokrasi.
INDUSTRI JUAL HAMBA
Imigresen dapati ejen bawa masuk etnik Rohingya turut uruskan kad UNHCR
JABATAN Imigresen Malaysia (JIM) mengesan etnik Rohingya warga Myanmar masuk ke negara ini dengan menggunakan ejen yang turut menguruskan bagi mendapatkan kad Suruhanjaya Tinggi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu bagi Pelarian (UNHCR).
Ketua Pengarah Imigresen Khairul Dzaimee Daud berkata sehubungan itu, perkara itu akan diteliti secara mendalam oleh jawatankuasa di Kementerian Dalam Negeri (KDN) untuk tindakan selanjutnya.
“Saya sempat temu bual beberapa pemegang kad UNHCR warga Rohingya (dalam operasi JIM) semalam dan mereka membuat pengakuan masuk ke Malaysia melalui sempadan-sempadan negara iaitu Kedah dan Kelantan dari Thailand, malah mereka mengaku ia (masuk ke Malaysia) diuruskan oleh ejen-ejen.
“Malah mereka juga mengaku ejen-ejen terbabit menguruskan perjalanan ke pejabat UNHCR di Kuala Lumpur untuk proses mendapatkan kad itu, perkara ini akan diteliti secara lebih mendalam oleh jawatankuasa di KDN.
“Mereka (etnik Rohingya) bukan beli (kad UNHCR) tapi mereka bayar kepada ejen antara RM5,000 hingga RM7,000 seorang dan ejen itu akan bawa ke pejabat UNHCR, pemahaman mereka kad itu dibeli tapi sebenarnya mereka membayar kepada ejen-ejen yang terlibat dalam menguruskan kemasukan mereka,” katanya kepada pemberita selepas operasi JIM di sebuah tapak projek perumahan di Kubang Menerong, di Tasek Gelugor, awal pagi tadi.
Sementara itu, Khairul Dzaimee berkata dalam serbuan itu, pihaknya memeriksa 36 warga asing yang bekerja di tapak pembinaan berkenaan sebelum menahan 25 orang termasuk seorang wanita kerana tiada dokumen perjalanan diri, tinggal lebih masa dan dokumen yang meragukan.
Katanya mereka yang ditahan dalam operasi bermula pukul 11.15 malam tadi itu terdiri daripada 10 lelaki Bangladesh, lapan lelaki Indonesia, lima lelaki dan seorang wanita Myanmar serta seorang lelaki Nepal.
“Semua warga asing itu dibawa ke depoh tahanan untuk siasatan lebih lanjut kerana terdapat dalam kalangan mereka menggunakan dokumen meragukan khususnya pemegang kad UNHCR yang disyaki tidak tulen,” katanya.
Beliau berkata operasi yang dijalankan itu merupakan yang ke-261 dijayakan oleh JIM Pulau Pinang sepanjang tahun ini dan seramai 193 warga asing bersama 32 majikan ditahan kerana pelbagai kesalahan imigresen dalam tempoh tersebut.
“Walaupun jumlah pendatang tanpa izin yang ditahan dalam operasi itu tidak ramai berbanding jumlah operasi dijalankan, jumlah kompaun yang dikenakan terhadap majikan serta warga asing lebih RM2.5 juta,” katanya. – Bernama, 17 September, 2022.
n
INI INDUSTRI
JUAL HAMBA
ABDI JENIS BARU
AMIN
PERNIAGAAN
AMAT LUMAYAN
AMIN
WAJIB DITANGANI
SEKARANG
AMIN
DALAM MASA
TERDEKAT BILA
MALAPETAKA
CUACA SAMPAI
MAKIN RAMAI
NAK MELOROH
MASUK
AMIN
TERUTAMA DARI
CHINA MERAH
AMIN
KHALAS
KATAK BARU DARI UK
KATAK BARU
DARI UK ..OPPS...
ULU KELANTAN
AMIN
KHALAS
Jigit commented on
"ZAID IBRAHIM
BUAT SATU PUSINGAN"
Zaid ni dah pecah rekod lompat katak braheng Pasir Mas ni...beliau patut ditabalkan sebagai raja katak yang baru...
DR PORNTHIP PAKAT PATOLOGI
DR PORNTHIP
PAKAR PATOLOGI
AMIN
KHALAS
Awaiting moderation
Nazrio commented on
"TIGA SOALAN UNTUK
TENGKU MAIMON"
Dr Pornthip pakar patologi dari Thailand bukan peguam dia pakar yg kena soaL jawab dengan peguam. kenapa bongoK sgt umnQ ni the bekos
Unknown commented on
"OBAMA MENALIPON"
TT, ubat generic adalah ubat yang copyright dah luput! Maksudnya ia boleh dikeluarkan oleh mana-mana pengilang ubat dan tidak didominasi lagi oleh 1 syarikat sahaja. Untuk Amerika Syarikat, undang-undang paten hanyalah selama 17 tahun sahaja. Itulah bezanya ubat generic dan ubat yang masih mempunyai copyright. Hanya yang bodoh dan bengong serta tidak belajar sains akan mengatakan ubat Najib telah ditukar.
NAK KALAH KEMAH KOCIK
NAK MONANG
KEMAH BOSA
AMIN
NAK KALAH
KEMAH KOCIK
AMIN
KHALAS
Unknown commented on
"JANGAN SUSAHKAN PENGUNDI"
Ada botoi jugak tu hudbenseman,,, berpuluh tahun umngok pegang kuasa dengan kuatnya....mengasi sampai lingkup hinggalah lahir musikbat najibosskur....tengtiba tokdey nak insap pulak nak jadi baik pulak.....engko la tandas yang melahirkan tayiktayik nih semoa...ada bagusss kita kasi dorang susah tanpa majoriti besau. Kahkahkah
Unknown commented on
"JANGAN SUSAHKAN PENGUNDI"
Zaman sekarang orang pandai, pengundi muda ramai, tak payah sibuk bukan jenama cap jari lagi, semua pandai pakai online , maka lagi ramai lagi lingkup, lebih pilihanraya lebih pilihan, tak siapa berani main main, why Bee kalau berminat kena telus, jenama cap lama Kasi buang, orang tua atok buang jugak, menyusahkan saja kah kah
RAWAT DI HOSPITAL TAIPING
RAWAT
HOSPITAL TAIPING
AMIN
ADA PELAWAT
AMAT JARANG
AMIN
KELUARGA HANYA
DATANG SEKALI
AMIN
PUNAT HAJI HADI AL-KAWAHLI
HANYA ADA
PUNAT
HAJI HADI
AL-KAWAHLI
AMIN
KHALAS
Unknown commented on
"AL-KAWAHLI
BERCAKAP BENAR"
Cerita 90 juta apa kesudahan? Memang lah Pakatan susah, susah nak bagi juta, susah nak bagi Audi, susah nak bagi Wellfire, susah nak bagi projek, kah kah kah mesti semua kafir, semua musuh Islang, musuh ular, musuh ustaz musuh semua lah, sebab puak ini susah cari makan, modal apa lagi ada ? Nak ekonomi langsung tak layak, nak pendidikan langsung hanyut, nak bercakap Inggeris kawe demo boleh lah, apa lagi ada? Modal lain ada nak maju rakyat, nak maju negara ada idea idea kah kah kah hanyut ke laut lah woit
CERAMAH MORAL AHLI DEWAN ULAMAK PAS
DENGAR
BAIK BAIK
AHLI DEWAN
ULAMAK PAS
BERCERAMAH
TENTANG MORAL
KAH KAH KAH
AMIN
PELACUR GIAN KOTE ..OPS... GIAN KUASA
Nur Jazlan dakwa beberapa pemimpin Umno cuba bentuk gabungan baharu
NUR Jazlan Mohamad mendakwa beberapa pemimpin Umno bekerjasama dengan PAS bagi mewujudkan pakatan baharu antara Barisan Nasional, Perikatan Nasional dan Gabungan Parti Sarawak (GPS) selepas Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15).
Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan Umno Johor itu berkata kumpulan ini cuba melemahkan Umno dari dalam dengan cuba mempengaruhi kepimpinan Umno dan BN supaya menerima PN sebagai rakan politik pada masa depan.
“Mereka juga sanggup terima katak politik bekas Umno daripada Bersatu dan cuba buat taktik ‘reverse takeover’ BN.
“Tindakan mereka ini terutamanya malaun dalam Umno ini jelas membelakangkan parti di mana gerakan usaha sama merentasi sempadan hingga ke Borneo dipercayai dilakukan secara gelap dan demi kepentingan kuasa serta peribadi saja,” katanya dalam catatan di Facebook hari ini.
Nur Jazlan berkata Gabungan Parti Sarawak (GPS) tidak berminat dengan gabungan tersebut kerana mereka bijak dan tahu gabungan pintu belakang seperti itu tidak akan mewujudkan kerajaan yang stabil.
“Saya dengar GPS pun tolak dan tak setuju dengan pinangan tak masuk akal (mereka)... Saya rasa rakyat Sarawak gembira dengan lebuh raya Pan-Borneo… Rakyat tidak perlukan gabungan ‘Trans PN-BN-Borneo’ kerana mereka gembira dengan Pentadbiran GPS,” katanya dalam catatan itu.
Beliau berkata langkah kumpulan dalam Umno bersama PAS ini menunjukkan mereka sanggup mengkhianati perjuangan parti mereka sendiri untuk mengekalkan kuasa, jawatan dan gelaran mereka di Putrajaya.
Bekas ahli Parlimen Pulai itu berkata kumpulan ini mengambil langkah ini kerana mereka menyedari kedudukan mereka goyah.
Beliau berkata dalam beberapa minggu kebelakangan ini, beberapa pemimpin PAS secara terbuka mengisytiharkan mereka mengadakan perbincangan tidak rasmi dengan pemimpin Umno.
“Sejak seminggu dua ini saya tengok macam-macam polemik mengenai Muafakat Nasional yang timbul. Kebanyakan datang daripada pemimpin PAS yang masih tak dapat terima kenyataan mereka sudah diceraikan talak tiga oleh Umno.
“Saban hari mereka meroyan dan merapu bukan-bukan. Cipta macam-macam cerita pasal MN ini sehingga sanggup heret pemimpin Umno lain sekali dalam cerita penuh sadis mereka itu.
“Jadi saya nasihatkan PAS, sudah-sudalah berlakon macam merekalah jadi mangsa politik. Allah tidak akan mendengar doa mereka kerana mereka tidak ikhlas,” katanya. – 16 September, 2022.
GEROMBOLAN
DALAM BAHAYA
KAH KAH KAH
PELACUR BUKA
RUMAH LONTE
BARU & KUMPUL PELANGGAN BARU
KAH KAH KAH
SABRI DENGAN
PELACUR ATAU
DENGAN SAPA?
KAH KAH KAH
AMIN
ZAID IBRAHIM BUAT SATU PUSINGAN
Zaid Ibrahim kembali bersama Umno
ZAID Ibrahim menyertai semula Umno kerana mahu melakukan reformasi ke atas parti itu dari dalam, lapor The Star.
Peguam kanan itu mengemukakan permohonannya pada 27 Ogos di Pusat Dagangan Dunia di Kuala Lumpur.
“Saya ingin melihat Umno lebih berfikiran reformasi dan lebih terbuka kepada pembaharuan di mana ia mesti dilakukan dari ‘dalam’,” katanya dipetik portal berita itu.
Zaid mula menyertai Umno pada 2000 di mana beliau bertanding dan memenangi kerusi Parlimen Kota Bharu ketika Pilihan Raya Umum 2004.
Zaid juga berkata rakan-rakannya memberitahu agak sukar untuk membuat perubahan dalam Umno jika ia datang dari “luar”.
“Akhirnya, saya rasa lebih baik saya bersama Umno walaupun reformasi itu mungkin mengambil masa yang lama.
Zaid meletak jawatan daripada kabinet bekas perdana menteri Abdullah Ahmad Badawi pada 2008 untuk membantah penahanan Akta Keselamatan Dalam Negeri.
Beliau menyertai PKR pada tahun berikutnya, sebelum meletak jawatan pada 2012 di tengah-tengah perbalahan parti.
Zaid kemudiannya menubuhkan Parti Kesejahteraan Insan Tanah Air (Kita) pada 2010 tetapi meletak jawatan sebagai ketuanya pada 2012.
Selepas Kita, Zaid menyertai DAP pada 2017 tetapi ia hanya bertahan selama kira-kira tiga tahun, dan beliau meninggalkan parti politik keempatnya pada 2020.
Pada Julai lalu, Zaid juga dilantik bekas perdana menteri Najib Razak untuk mewakilinya pada rayuan di Mahkamah Persekutuan dalam kes SRC International Sdn Bhd.
Bagaimanapun, hanya beberapa hari sebelum Najib dipenjarakan, dia memecat firma guaman Zaid untuk mewakilinya. – 16 September, 2022.
MEMANG
SUKAR NAK
DAPAT MODAL
BERKUDA
KALAU BUKAN
YB GEROMBOLAN
KAH KAH KAH
NAK LUMBA
KUDA PUN PERLU
MODAL
KAH KAH KAH
TAHNIAH ZAID
TELAH BUAT
SATU PUSINGAN
AMIN
DARI
GEROMBOLAN
KE PKR
KE KITA
KE DAP
KE NGO
KEMBALI KE
GEROMBOLAN
KAH KAH KAH
AMIN
MINTA JO LOW BUAT PENJARA
MINTA JO LOW
BUAT PENJARA
AMIN
NAJIB SAKIT
KERANA TAK
MAIN GOLF
AMIN
KHALAS
Unknown commented on
"MULA DENGAN UBAT SENDIRI"
Minta Jo Lo bina satu penjara untuk VIP, dengan semua kemudahan hotel, hospital, shopping macam Dubai, senang lah VIP ini duduk, makan minum restoran five start lah, siap gym bagi sihat, padang golf pun boleh untuk senaman, bukan suka suka relax nak sihat nak bagi habis tempoh penjara, boleh tak mohon China Hijau ini buat ??? Saja tanya jangan marah ya kah kah kah
Unknown commented on
"MULA DENGAN UBAT SENDIRI"
Kak MAH menangis kenang suami, Kak MAH sembahyang supaya suami selamat, paling sedih tak ada orang nak BULI dah, can i advice you something Darling dah tak ada, kena nasihat diri, buat persiapan sebab songlap duit projek solar untuk sekolah, betapa susah orang Sarawak di pendalaman, tiada air bersih, tiada elektrik semua hilang karenah curian bertahun, sampai jalan tak ada di pendalaman pun mereka sokong yang dikasihi yang disanjungi sebab pemimpin mereka pun sama pencuri jugak kah kah kah tapi ingat lah semua pencuri perasuah ini berleluasa sebab apa???
Salah kita jugak, salah undi mereka, asyik nak benda free, bukan mereka bagi free pun, mereka curik billion sedekah juta masih untung Ba kata orang Sabah kah kah kah jadi ingat ingat lah nama pemimpin pun bukan boleh percaya sudah, mereka dikelaskan pencuri perasuah bertauliah hebat, pelakon amin kah kah kah
Langgan:
Catatan (Atom)