ANTARA
PANTEK MAKKAU
DENGAN
BURIT MAKKAU
MANA LEBIH
LUCAH?
SAJE TANYA
SEBELUM
MASUK SAHOR
Penjara 4 bulan kerana kartun menghina Najib?
Darul Kartun betul!
Hari ini mahkamah Majestrit Petaling Jaya menjatuhkan hukuman 4 bulan penjara ke atas Mohamad Hamizan Ghazali kerana mengaibkan Perdana Menteri. Dia dituduh memuat naik lukisan kartun yang dikatakan mengandungi perkataan lucah terhadap Perdana Menteri dalam facebook. Dia dituduh mengikut Seksyen 233(1)(a)(ii) Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.
Pendirian:
1. Kata-kata kesat dan lucah dalam facebook adalah perkara biasa (walau saya tidak setuju). Ia hanya satu kesalahan moral dan bukan kesalahan jenayah.
2. Jika kerajaan menganggap ianya satu jenayah, kenapa yang ditangkap dan didakwa ialah mereka yang mengaibkan Najib saja? Sedangkan mereka yang mengaibkan lawan politik atau pengkritik Najib bebas tanpa tangkapan atau tuduhan?
3. Ia diburukkan lagi dengan kewujudan hakim-hakim tanpa "common sense" yang hanya membaca buku tapi tanpa hati nurani.
4. Kerajaan Najib sekarang sudah sangat tergugat sehingga apa saja akan dianggap mengancam. Orang baling belon ditangkap, orang lukis kartun disekat, dan buku-buku semakin banyak diharamkan. Memang negara ini Darul Kartun!
5. Perdana Menteri yang kuat tidak akan memperdulikan hal-hal remeh seperti ini.
Zunar
17 Nov 2017
-----------------