Rabu, 20 Januari 2021

MARI KITA DENGAR PAK CIK BERBUAL DENGAN ATOK

 



MARI KITA DENGAR

PAK CIK BERBUAL 

DENGAN ATOK

2021 TAHUN MELAWAT MALAYSIA

 

INI NAMANYA

TAKDA KERJA

CARI BALA

AMIN



Rayuan Anwar berhubung kesahan pengampunannya didengar 28 Julai

MAHKAMAH Rayuan menetapkan 28 Julai untuk mendengar rayuan Anwar Ibrahim berhubung keputusan Mahkamah Tinggi yang menolak permohonannya untuk membatalkan saman pemula yang difailkan seorang peguam mengenai kesahan pengampunan Anwar berhubung sabitan liwatnya.

Peguam Anwar, J Leela ketika dihubungi mengesahkan perkara tersebut dan berkata tarikh pendengaran itu telah dijadualkan semula pada Julai.

Pengurusan kes rayuan itu yang didengar hari ini di hadapan Timbalan Pendaftar Radzilawatee Abdul Rahman, dijalankan melalui e-Review.

Pendengaran rayuan itu sebelum ini ditetapkan pada 11 Januari tetapi ditangguhkan.

Rayuan Anwar itu akan didengar sekali dengan rayuan Lembaga Pengampunan.

Pada 21 September tahun lepas, Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur menolak permohonan Anwar dan Lembaga Pengampunan untuk membatalkan saman pemula difailkan oleh peguam Mohd Khairul Azam Abdul Aziz yang mempunyai locus standi dalam memulakan saman itu kerana beliau adalah masyarakat umum dan berkelayakan sebagai peguam.

Anwar yang merupakan ahli Parlimen Port Dickson, memfailkan permohonan untuk membatalkan saman pemula itu atas alasan Khairul Azam selaku plaintif tidak mempunyai locus standi atau kedudukan di sisi undang-undang untuk meneruskan tindakan saman tersebut, tuntutan saman plaintif remeh, mengaibkan serta suatu penyalahgunaan proses mahkamah.

Khairul Azam, yang memfailkan saman itu pada 26 Februari tahun lepas, menamakan Lembaga Pengampunan dan Anwar selaku defendan, mendakwa beberapa tindakan tidak berperlembagaan telah diambil bagi memastikan Anwar menerima pengampunan yang membebaskannya dari penjara selepas Pilihan Raya Umum (PRU) Ke-14.

Beliau mendakwa pengampunan penuh yang diberikan kepada Anwar oleh Yang di-Pertuan Agong bercanggah dengan Perkara 42(4) dan (5) Perlembagaan Persekutuan berikutan kuasa pengampunan oleh Yang di-Pertuan Agong hendaklah dilaksanakan atas nasihat Lembaga Pengampunan.

Dakwanya pada ketika itu Lembaga Pengampunan belum dibentuk dengan sempurna berikutan negara baru selesai menjalankan PRU ke-14 pada 9 Mei 2018 dan dalam proses membentuk kerajaan baharu. 

Anwar dihukum penjara lima tahun kerana meliwat pembantu peribadinya Mohd Saiful Bukhari Azlan dan sabitan serta hukuman itu dikekalkan oleh Mahkamah Persekutuan pada 10 Februari 2015. – Bernama, 20 Januari, 2021.

TAHUN 2021

MASIH TAHUN

MELIWAT...OPPS

SILAP

TAHUN MELAWAT

MALAYSIA

KAH KAH KAH



MAKAN GAJI BUTA ?

 



MAKAN GAJI BUTA ?

Ricesaffron@gmail.com commented on 

"BERKHALWAT

 HARI KE 309"

Gaji buta atau gaji rabun Sepajang tahun 2020 seluruh dunia tiada concert open air atau sebarang pertunjukan hiburan terbuka ini sejarah dunia, tapi yg masih di teruskan adalah sarkis pertunjukan ahli parlimen dan org politik wlpun concert sarkis ini tidak kena bayar ticket secara terus tapi kita kena bayar ticket dalam bentuk cukai ,, Di sini lah bermulanya semula sarang covid membiak , cuba tengok muka muka sarkis yg jadi mak bapak pengedar covid yg mahu pilihan raya sabah di adakan,, berapa banyak nyawa hilang berapa banyak duit habis gaji mereka tetap masuk,, 


Ini di panggil gaji apa. Buta atau rabun? Penjawat awam pun hampir sama makan gaji rabun belum buta lagi,, cikgu cikgu pun hampir dekat dengan buta,, ,, mereka semua ni kalau nak mampus mampus lah nak cuti ke nak tidur ke nak pesta cuti nak hari hari rehat depan hp ke tapi mereka ni kena pasti kan our delivery system kena tepat pada masa bukan gaji dia kena tepat Tak malu ke pd rakyat yg mcm nak mampus kerja bayar cukai, kerajaan harus potong kemudahan org politik dan penjawat awam civil servant,, cuepacs tak malu ke KSN tak malu ke,, pernah ke CUEPACS dan KSN minta maaf pd rakyat Malaysia bila ramai civil servant dan org politik di tangkap SPRM,, tak malu ke pelabur lari kerana delivery system kita teruk ,,,,

KEBENARAN DITERIMA WALAU PUN DARI MUSUH

 


KEBENARAN

 DITERIMA

WALAU PUN

DARI MUSUH

Unknown commented on

 "AWAS - BAHAYA BARU

 DARI LEMBAH SILICON"

Hisham, America Uncovered adalah alat propaganda Falun Gong. Falun Gong adalah organisasi kult, macam Ayah Pin (Malaysia), Aum Shinrikyo (Jepun), True Way (Taiwan). Berasas orang Cina dan dibiayai dana Amerika sebagai kumpulan anti-Cina (konsep macam Taliban dan IS). Falun Gong juga disyaki terlibat dalam rusuhan Capitol Hill pada 6 Januari. Was was Hisham. Jangan terpedaya.

YB ISLAM PUN TAK SOKONG

 

WOIT

PAK LEBAI

YB ISLAM PUN

TAK SOKONG

KAH KAH KAH




Tak semua ahli Parlimen Umno sokong RUU355, kata Hadi

TIDAK semua pemimpin dalam Umno menyokong usaha meminda Akta Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah) 1965 (Akta 355), kata Presiden PAS Abdul Hadi Awang.

Rang undang-undang itu yang digelar RUU 355 ditolak kalangan pemimpin Umno berkenaan menyebabkan PAS gagal mendapatkan majoriti mudah di Dewan Rakyat untuk pemindaan, katanya.

Perkara itu menyebabkan RUU 355 terpaksa ditangguhkan semula, katanya sewaktu bercakap dalam satu forum dalam talian hari ini.

“Jadi nak meluluskan undang-undang ini perlu majoriti mudah dalam perlembagaan. Malangnya dalam Umno tak cukup, tak semua dalam Umno sokong.

“Bila tak cukup kita cuma dapat bacaan kali kedua saja.

“Kita dah berjaya bincang dengan Umno dan Umno setuju sokong RUU ini tapi bila sampai nak  undi tak cukup jadi terpaksa dihentikan, tangguh,” katanya.

Tambahnya, biarpun kini PAS menjadi sebahagian dalam kerajaan, usaha membawa RUU355 terpaksa ditangguh sehingga darurat selesai.

Beliau berkata demikian apabila ditanya mengenai usaha PAS bersama kerajaan baharu untuk melaksanakan semula usaha meminda akta tersebut.

Hadi mencadangkan RUU kontoversi itu di Dewan Rakyat buat pertama kali pada 26 Mei 2016 dan mengemukakannya semula pada November 2016.

Seterusnya, beliau membentangkan cadangan pindaan akta kontroversi itu melalui usul persendirian sebagai ahli Parlimen Marang di Dewan Rakyat pada April 2017.

Usaha meminta akta tersebut antara lain mendapat tentangan MCA yang kini menjadi antara parti dalam kerajaan Perikatan Nasional bersama PAS.

Siri perhimpunan yang digerakkan menyokong RUU355 bersama Umno kemudian menjadi titik tolak kerjasama kedua-dua parti itu yang membawa kepada penubuhan Muafakat Nasional.

Usul pindaan itu bertujuan menaikkan hukuman maksimum penjara kepada 30 tahun, denda tidak melebihi RM100,000 dan 100 sebatan.

Peruntukan Akta 355 pada masa ini hanya membenarkan Mahkamah Syariah menjatuhkan hukuman maksimum tiga tahun penjara, denda RM5,000 dan enam sebatan.

PAS kini menerima kritikan kerana masih gagal meminda undang-undang tersebut walaupun berjaya menguasai Putrajaya sejak Februari lalu dengan menyertai gabungan itu.

Pada November lalu, timbalan menteri undang-undang dari PAS, Ahmad Marzuk Shaary memberitahu Dewan Rakyat, pindaan itu akan dibuat di peringkat negeri terlebih dahulu.

Katanya, akan dibentangkan di negeri-negeri awal tahun ini sebelum dibentang di Parlimen semula. 19 Januari, 2021.

WOIT

PAK LEBAI

TAK DAPAT

BANTU RAKYAT

TAK MENGAPA

AMIN

JANGAN SUSAHKAN 

ORANG RAMAI

PAKSA HIDUP

CARA TOK ARAB

AMIN

INI BUMI TROPIKAL

AMIN

ARAB SUKU

MELAYU SUKU

KAH KAH KAH

MASUK KUBUR

BUKAN  BERSAMA

KHALAS



DUA DUA KE MAHKAMAH

 


DUA DUA 

KE MAHKAMAH

Unknown commented on 

"ZAHID BUAT SILAP"

Aik. Siapa nak Lepas kes mahkamah? Zahid ke Anwar? Betullah Anwar ckp ko ni penglibur Lara

KITA WAJIB SEBAR PENCERAHAN

 


LAGI BANYAK

PENCERAHAN

DIPERLUKAN

panglimo potaseh commented on

 "INI HASIL 

PILIHAN RAYA KAPITALIS"

Masalah kita ..masalah politik Melayu ..pengundi Melayu semacam kerbau dewasa yang di cucuk idong ..kerbau tu semakin sasa, pencucuknye semakin merereput. Apa boleh buat bila kerbau tu dah anggap puncucuk idung tu bagi pelindung pada nye. Bini Rosmah, Zahid Totok, Kutti Kerala adalah pelindung dan pejuang Melayu

BERSAMA KITA SEBAR PENCERAHAN




BERSAMA

KITA SEBAR

PENCERAHAN

Unknown commented on

 "INI HASIL 

PILIHAN RAYA KAPITALIS"

Soalan tepat! Mengapa 30 juta rakyat Malaysia masih mengharap politikus kluster-kluster ini memimpin negara? Baik lantik kanak-kanak tadika, pasti lebih cekap memimpin dan mentadbir ... shhhh! jangan bagi tahu politikus yang gemar anak ikan ya, berahi nanti.

YA AMPOON YA MAULANA

 


YA AMPOON

YA MAULANA

Unknown commented on

 "TOLAK AGUNG DERHAKA"

Yaa Ampuuun.Makan tanggung Berak Cangkung.

TEPOK BANTAL

 



TEPOK BANTAL

Awaiting moderation

panglimo potaseh commented on 

"MUSTAHIL TAK FAHAM - 

SULTAN MELAKA 

TAK AKAN LANTIK ANWAR"

Abam akan sumpah dgn tepok bantal ..kalau malam ni ana jadi PM isok sebelum kotey ana berkokok ente akan jadi Sultan Off Malacca ..ha tu dia ..kahkahkah

SILA JUMPA SALVADOR

 


SILA JUMPA

SALVADOR  CARI

SAMPAI JUMPA

Amier The Hero commented on 

"TAK SABAR NAK DENGAR"

TT.. tolong laa, den merayu kek tt - tolong bgtu nuar jebong bahawa den menyampah nengok dio. Den menyampah dgn perilaku dio, camni ko nak jadi perdano mentoghi? Apo² pasal dio pun mmg den bonci la haih.

AWAS - BAHAYA BARU DARI LEMBAH SILICON

 


AWAS BAHAYA

BARU DARI 

LEMBAH SILICON

OLD COMPTON STREET

 


OLD COMPTON

STREET LONDON


Tahun 1987 -  aku dalam peralihan – pindah dari Brixton College untuk masuk ke PCL - Polytechnic of Central London.  Di Brixton College aku belajar Asas Seni – Arts Foundation. Aku berpindah  untuk menyambung belajar ilmu filem di Polytechnic of Central London.

Aku juga dalam peralihan tempat tinggal dari 34 Birnam Road North London pindah ke  44 Newmill House   Devas Street Bromley-by-Bow East London.

Rumah pindah. Sekolah pindah. Tempat aku cari makan pun  pindah -  dari Camden Town ke Soho West End.

Arwah nenek aku ada menerangkan : kalau kita pindah randah rumah lebih dari tujuh kali ini tanda kita nak papa. 

Pandangan nenek aku ini  lahir dari budaya  Melayu asli. Arwah  Datuk Sidek peneroka asal membuka Kampong Tengah.  Tok Sidek  membuat sawah, membuat kebun, menanam  kelapa, tanam pokok buah-buahan –  mustahil Tok Sidek  akan pindah.

Sampai ke hari ini  tanah di Kampung Tengah itu menjadi tanah pusaka milik keluarga kami. Cucu cicit Tok Sidek sudah  pindah randah. Kampung asal kami sudah menjadi  kampung tinggal. Sawah pun dah menjadi belukar.

Walau pun aku berada dalam kota kosmopolitan London – budaya   Sakai Biduanda aku masih tebal melekat. Setiap kali aku pindah rumah aku teringat kata-kata arwah nenek aku ini. 

Bila aku hendak pindah dari Finsbury Park ke Bromley-by-Bow  aku mula mengira berapa kali aku sudah pindah sesampai aku  ke kota  London. Ah ! Belum sampai tujuh kali. Aku tersenyum kerana aku masih dalam lingkungan selamat belum menuju papa.

Untuk warga London pindah tempat tinggal  dari  alamat North London ke East London ini menunjukan kemerosatan dalam taraf hidup.  North London – London Utara terutama di wilayah Islington – adalah wilayah paling ‘trendy  dan chic’ dalam kota London.   

Rumah lama aku di Birnam Road  Finsbury Park hanya satu stesen dari Highbury Islington. Ini daerah perkampungan   Mamat dan Minah  Yuppies. 

Minah Feshen, Mamat Media, Mamat TV ,  Mamat dan Minah kaki glamour semua akan mencari tempat tinggal di North London.  Anak muda yang nak jadi ‘rock star ‘ pun perlu alamat di North London.

Sewa bilik, sewa rumah atau flet agak mahal berbanding dari wilayah yang lain.

Awas !  Bukan murah nak jadi trendy dan chic. Jika tak ada modal jangan cuba-cuba. Koyak poket terkehel bahu memikul hutang. Amin.

‘  Wow Isham... you’re from North London...so cool..’ Ini kata kata rakan sekolah  aku di Brixton College.  Kawan aku yang bercakap ini  tak tahu aku duduk ‘free’  bekerja sebagai ‘baby sitter’. 

Entah apa yang cool di London Utara  pada ketika itu aku pun masih belum lagi arif. Aku pendatang baru  - masih  tahap berudu di London. Berudu yang pindah dari Wavre Belgium ke London.

Tapi aku agak  arif tentang Bromley-By- Bow  kampung baru aku. Aku faham maknanya bila aku pindah dari Finsbury Park  North London ke  Bromley By Bow  di wilayah East End London. 

Wilayah East End saperti :  daerah  Whitechapel , Stratford , Bow, Bethnel Green  dan  Bromley adalah wilayah yang dianggap  miskin di London.   

Dari segi sejarah kota London wilayah East End  tempat kesampaian para imigran.  Di wilayah ini ada dua pasar besar  – pasar ikan Billinggate dan pasar daging Smithfield. 

Di East End juga tempat pelabuhan – Dockland. Di  perlabuhan  ini bermulnya kuasa laut imperial Inggeris mengeledah , menjarah dan menjajah dunia. Dari Dockland inilah kapal-kapal lanun Inggeris yang mendapat restu  Raja dan Baginda  Queen memulakan pelayaran  untuk menjarah dunia.

Di awal  kurun 1800  para Yahudi dari Eropah Timur   yang dibantai oleh warga asal Poland, Belanda, Ukraine  dan Rusia telah berbondong-bondong melarikan diri berhijrah ke Whitechapel East End.

Pada tahun 1971 – perang berlaku antara Pakistan Timur dengan Pakistan Barat.  Pada 17 April 1971 Pakistan Timur menjadi Bangladesh – sebuah negara  baru muncul bebas dan merdeka.  Akibat dari perang ini   berbondong-bondong  warga Bangla menjadi orang pelarian masuk ke East London. 

Pendatang baru – Yahudi dan  Bangla ini  semuanya mahu mencari kehidupan baru. Hidup yang lebih baik dari negara asal usul mereka. 

Imigran awal - para Yahudi  akhirnya berjaya kini pindah ke London Utara – ke Golders Green – wilayah kelas menengah. Manakala Bangla masih warga dominan  di East London terutama di wilayah Tower Hamlet. Kini wilayah telah menjadi Bangla Town. 

Ketika aku sampai, East End masih lagi dilihat sebagai wilayah perkampunagn kaum pekerja, kaum buruh dan para imigran.

Wajib aku nyatakan disini East End ini adalah  tempat  ‘daerah rumah merah atau red light district’ untuk kota London. Red light district adalah konsep  sopan yang  digunakan untuk  menggantikan ‘sarang lonte’ atau ‘ rumah pelacur ‘. 

Lampu merah yang terpasang di jendela menandakan kepada bakal pelanggan bahawa dalam rumah ini  ada  penjualan ‘ daging segar’. 

Konsep dan frasa rumah merah ini bermula di perlabuhan Amsterdam 500 tahun  dahulu.  Di pelabuhan Amsterdam para kelasi Belanda mencari nikmat daging hidup sebelum belayar jauh ke Jawa atau ke Surinam.  Kelasi yang pulang dari pelayaran sebelum bertemu isteri akan lebih awal bertemu kekasih lama di rumah merah.

Ini watak pelabuhan di mana sahaja dalam dunia ini. Whitechapel juga tak  jauh dari pelabuhan Dockland. Hakikatnya dimana ada kapal berlabuh disana kita akan temu perniagaan daging segar. Lagi miskin wilayah itu lagi rancak perniagaan daging segar.

Aku pindah ke Bromley By Bow kerana   seorang Minah dari  Malaysia  mahu aku mengambil alih fletnya. Flet ini milik Majlis Bandaran Tower Hamlet. Sewanya   22 pound seminggu.  Minah  ini telah menjadi penduduk tetap  di United Kingdom.  Dia  bekerja sebagai  jururawat.   Jururawat yang bernam See Mee ini berasal dari Perak. See Mee mahu bertukar angin dengan kehidupan baru – dia berpindah ke Australia.  Bila See Mee  memberikan aku kunci fletnya - kecil tapak tangan  beg  kosong aku tadahkan. Amin.

Inilah sejarahnya kenapa aku menjadi warga Bromley- by- Bow di East End. 

Selain dari See Mee yang meninggalkan aku fletnya - aku  juga tidak akan melupakan Anna gadis cun bergetah dari Singapura. Anna yang aku temui  ketika dia sedang  menjaja beg kulit di atas jambatan di Camden Lock. 

‘ You need a job... nak jadi waiter... pergi ke Desaru di Old Compton Street  Soho... jumpa Freedy... dia Pilipina... katakan Anna yang hantar.... tell Freedy you are  my friend....’  Kata-kata Anna yang hingga  ke hari ini tidak akan aku lupakan.

Anna juga mengubah hidup aku.  

Aku ingat lagi petang Rabu itu aku sampai ke Old Compton Road untuk mencari Restoran Desaru. Awalnya – aku  sebagai berudu di London aku tak tahu bahawa Old Compton ini dalam wilayah Soho.  Aku juga tidak tahu bahawa Soho ini dalam wilayah West End.  

Aku menolak pintu gelas  Restoran Desaru. Kosong.  Ada seorang budak India duduk seorang diri di bucu meja belakang. Aku memberanikan hati dan bertanya.

‘ I’ m looking for Freedy...’

‘ Not here...  six oclock.. come..’ 

Aku wajib membunuh satu jam. Lalu aku ngelencong ke China Town yang tidak  jauh dari Desaru dan tak juga jauh dari Leicester Square. Sambil berjalan sambil aku mengenal cam jalan jalan  dan bangunan sekeliling. Ini wilayah baru aku. Jika aku bekerja sebagai pelayan  disini  maka aku wajib tahu semua arah  dan semua lorong.

Kurang lebih satu jam aku muncul kembali ke Desaru. Dua anak muda China berseluar hitam berbaju putih kelihatan duduk di meja belakang. Mereka sedang  menggulung napkin. Seorang anak muda China dalam bar membersih gelas

‘ Yes...  restaurant not open yet... we open at  six...’  Suara lelaki Melayu pertengahan umur muncul dari belakang aku.

‘ I’m looking for  Mister Freedy...’

‘  Why ? ‘

‘ Anna from Camden Town ask me to meet him... for a  job..’

‘ Really... you’re her boyfrend?  Where is Anna now...’

‘ Camden..’ Aku menjawab sambil menggeleng kepala menafikan aku pernah berkasih dengan Anna. Jantan itu ketawa dan menghulur tangan. Kami bersalaman.

Ah! Jantan  yang aku anggap Melayu itu adalah Freedy – lelaki Pilipina yang wajib  aku temui mengikut arahan Anna.  Freedy ialah manager Desaru.

‘ So... can you start this weekend.... black trouser white  white shirt... 11.00 in the morning... full time...ok ? Soo  .. Ah Tan  will teach you...and  Shah ... Our bar man is Mister Chee.. don’t be late be on time....’ Freedy menunjukkan aku kepada tiga orang pelayan yang sedang  menggulung  napkin.

Sabtu sampai. Cuti musim panas  1987 sebelum ke PCL aku memulakan kerja di 50 Desaru Restoran Old Compton Street London.  Kerja  pelayan restoran aku yang pertama. 

Sebulan aku di Desaru aku bukan lagi berudu. Aku  telah menjalar menjadi katak. Aku sudah pandai  meloncat. 

Aku cukup  selesa dan bangga bekerja  di Desaru di Old Compton Street. Mengapa tidak. Aku kini berada betul betul  ditengah tengah wilayah Soho.  

Ha! Akhirnya aku  sampai  ke Soho. Dari zaman sekolah menengah lagi aku telah mendengar nama Soho. Soho dan sex. Sex dan Soho. Ini sahaja yang aku dengar. Dari majalah yang aku baca.  Buku komik yang aku lihat. Majalah   ‘porn’ yang aku curi tengok  – nama Soho akan aku temui.

Satu malam ketika pelanggan kurang  aku memerhati   keluar melintasi dinding gelas  Desaru. Terletak berhadapan dengan  Desaru ialah  Compton – sebuah pub. Dari dinding  gelas Desaru aku  ternampak  pertujukan  - live show -  purtan – perempuan  jantan. Dengan penuh make up purtan  akan menari dan bertandak di atas pentas. 

Oh la la  kata Orang Peanchis – baru  aku sedar  pub Compton ialah untuk ‘Lelaki Gembira – Gay Pub.  

Kerana pelanggan masih belum ramai mata aku memerhati rapi ke  Pub Compton aku ternampak  disebelahnya bilik kecil.  Aku tersenyum. Aku ketawa sendirian.  Kilat dan petir memanah ingatan aku.

Presto! Aku kenal bilik  kecil ini.  Ingatan aku menjadi segar. Mustahil aku akan melupakan sejarah aku dengan bilik kecil ini. Tidak aku sangka - aku dan bilik kecil ini bertemu kembali.

Ingatan aku kembali ketika  aku menumpang di rumah Din Wahab pelajar  School of Feshen London.   Bersama Din Wahab ialah Azahar yang juga belajar ilmu feshen jahit menjahit. Azahar ini agak kecil dan rendah.  Pernah satu kali tuan empunya pub  memaksa Azahar keluar kerana disangka kanak-kanak. 

Satu petang Din Wahab telah  menalipon  kampung. Dia mendapat tahu berita  buruk. Nenek kepada Azahar telah meninggal dunia. Keluarga Azahar meminta Din Wahab menyampaikan  berita  sedih ini kepada  Azahar.

Din Wahab memberi tahu aku berita ini. Din Wahab tahu bahawa Azahar amat rapat dengan neneknya. Bagaimana nak memecahkan berita sedih ini  kepada Azahar.

Jeng, Jeng, Jeng. 

‘ Mari kita belanja dia...makan kat China  Town... lepas itu kita  bagi tahu... ‘ Cadangan Din Wahab.

‘ Nak belanja apa..’ Aku pun hilang akal.

Petang itu kami bertiga keluar ke China Town. Aku dan Din Wahab   menyimpan niat mahu menjamu  Azahar makan di restoran. Tetiba kami tersesat. Kami sampai ke wilayah  yang belum penah kami lalu.

Aku ternampak iklan – Peep Show – wow ertinya  kami tersesat  ke Soho. Aku berbisik pada Din Wahab dia mengangguk kepala.

‘ Azahar... kau pernah tengok perempuan telanjang.. bukan adik kecik kau...’ Aku selamba bertanya.  

Azahar menggelengkan kepala.

‘Kau pernah tengok bulu  buret Mat Saleh... ‘ Aku bertanya sambil tersenyum.

Azahar dan Din wahab terbarai ketawa.

‘ Dalam bilik kecil ini kalau kau masukan duit ...tingkap   akan terbuka... dalamnya ada Minah  Salleh telanjang... lagi banyak kau masuk duit lagi lama kau tengok dia telanjang...’ Aku berlagak sebagai taiko yang tahu semua perkara.

‘ Nak  masuk... aku belanja....’ Sambil aku membuka dompet untuk meyakinkan Azahar.

Azahar mengangguk.  Dia masuk ke bilik kecil seluas dua kabin talipon.  Tapi ada masalah. Azahar pendek.  Kepalanya tak sampai ke pintu gelas untuk mengintai. Maka Din Wabah datang membantu. Satu kaki  Azahar  berdiri di atas  tangan Din Wahab dan satu lagi menekan ke dinding bilik. Sampai juga kepala Azahar ke  pintu kaca untuk mengintai  Minah Salleh telanjang .

Aku di luar memerhati.  Aku risau kalau polis datang. Kami akan dituduh membawa kanak-kanak menonton ‘peep show’  melihat perempuan telanjang.

Empat kali aku masukan duit siling – jumlah empat pound pond. Ertinya Azahar sempat melihat Minah tu bogel menari nari selama 4 minit. 

‘ Bulu... dia merah ke  itam...’ Din Wahab bertanya,

‘ Perang....’  Azahar menjawab. 

‘ Macam dalam gambar ke...’ Din Wahab bertanya.

Aku tak perlu memberi pandangan.

Sekarang aku  dalam Desaru  menjadi pelayan. Bilik kecil dimana  Din Wahab mengangkat  Azahar mengintai Minah Mat Saleh telanjang  betul  dihadapan  tempat aku bekerja. Di sebelahnya ialah Compton - Gay Pub tempat purtan – perempuan jantan – membuat pertujunkan setiap malam.

Semuannya berlaku dengan tidak dirancang.  Ini bkan karma. Ini perjalanan hidup. Bak kata sajak Usman Awang – dewasalah hati seorang lelaki. Lelaki ini bukan lagi berudu. Aku dah mula hidup liar di Soho.

EPILOK 1

Pada tahun 2014 aku membawa teater Bilik Sulit ke United Kingdom. Di London aku menjadi pemandu pelancung. 

Satu petang aku bawa Adam Adly, Hijrah dan Aiman Hakim  ke Old Compton Street dan Soho.  Aku tunjukan pada mereka tempat aku  pernah menjadi pelayan.

Kemudian aku bawa mereka ke lorong kecil yang dulunya  kelab Madam Jojo. Tertiba aku ternampak  Hakim dan Hijrah diperangkap oleh Minah Salleh yang mengajak mereka masuk ke bilik kecil.

‘ Jangan masuk bilik tu....’ Aku meluang kuat dari jauh.  Aku mahu Hakim dan Hijrah berundur dari Minah Saleh ini.  Aku tahu apa yang akan berlaku dalam bilik basement itu. Ini Soho aku amat kenal baik daerah ini.  

EPiLOK 2

Desaru sudah tutup. Kini sebuah Cafe.  Pub Compton masih rancak. Bilik kecil – peep  show - disebelah Compton telah menjadi kedai Fish and Chip. 

Azahar pernah aku temui di Gombak. Ketika itu dia membantu Din Wahab dalam  perniagaan jahit menjahit.  (TT)


TULISAN INI JUGA
DISIARKAN
 DI PORTAL MALAYSIANOW
https://www.malaysianow.com/wacana/2021/01/20/rumah-merah-di-soho/





KITA JAGA KITA

 


KITA JAGA KITA

Unknown commented on 

"SERANGAN KOBID 

SEMAKIN BIJAK"

Bukan begitu! Gomen mmg nak tutop mcm dulu tu. Tapi Gomen kesian kat rakyat kat sarikat kat peniaga jugak sian kat Gomen sendiri..kurang masyuuuk. Jadik! Kite² ni la yg perlu ingat! Usahlah melilau tak pasal². Sokong yg baik

PESANAN DARI ATOK CHOMSKY

 


PESANAN DARI

ATOK CHOMSKY

Unknown commented on 

"HUBAYA HUBAYA - 

MARI KITA DENGAR 

APA ATOK INI CAKAP"

Ingatkan atok ini mahu mengingatkan manusia supaya jangan terlalu tamak dengan kehidupan.sudah cukup hidup dan lepas itu mati, masakan ada lagi kehidupan menikmati kehidupan senang lenang di syurga selepas hidup ditindas didunia.

INI HASIL PILIHAN RAYA KAPITALIS

 


INI HASIL 

PILIHAN RAYA

SISTEM KAPITALIS

Unknown commented on

 "ANWAR TAKDA KERJA

 CARI MASALAH"

Adakah malaysia kegersangan pemimpin berwibawa? pemimpin kalangan kluster perompak, kluster sontot, kluster pengkhianat sheraton, lain lagi kluster penonggang bangsa dan agama.apa lagi kluster pemimpin yang boleh diharap???

Kalau mahu jadi pemimpin bukanlah jadi seorang pemimpin yang boleh berbuat apa saja kepada undang² dan rakyat tapi jadilah pemimpin yang boleh mengubah undang² dan keperluan sendiri untuk kebaikan rakyat

PANDANGAN TAK SALAH



PANDANGAN

 TAK SALAH

Unknown commented on 

"MARI MENGENAL

 DARURAT"

Muhyiddin tak cukup korum, Anwar pun belum tentu cukup korum, Nak tak nak kena ada pilihanraya. Virus covid masih berkeliaran. Rakyat dah cukup susah. Setiap hari mengharap dapat bantuan. bukan malas. tapi pilihan terakhir. Jalan terbaik darurat dahulu. Muhyiddin selamat, rakyat selamat. Tim banduan dan Mahkamah pun selamat. SELAMAT JALAN.

PASAR BORONG TUTUP

 


AWAS


Pasar Borong Kuala Lumpur ditutup 4 hari kerana Covid-19 

PASAR Borong Kuala Lumpur di Selayang akan ditutup selama empat hari bermula Khamis selepas lebih 100 kes positif Covid-19 dikesan dan dijangka akan meningkat, kata peniaga. 

Terdapat lebih 2,000 peniaga dan pekerja di pasar berkenaan dan pihak berkuasa kini menunggu keputusan ujian lebih 1,000 daripada mereka yang disaring sejak dua hari lalu. 

Keadaan adalah teruk dan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur sudah maklumkan kepada kami pasar akan ditutup, kata peniaga kepada The Malaysian Insight.

Ini susulan daripada pengumuman yang dibuat oleh kerajaan bahawa seluruh negara kecuali Sarawak akan dikenakan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) berikutan lonjakan kes Covid-19 di seluruh negara. 

Sebelum ini hanya Selangor, Pulau Pinang, Wilayah Persekutuan (Kuala Lumpur, Putrajaya dan Labuan), Melaka, Johor dan Sabah dikenakan PKP bermula 13 Januari hingga 26 Januari.

Bagaimanapun Menteri Kanan Ismail Sabri Yaakob semalam berkata Pahang, Negeri Sembilan, Kedah, Terengganu, Perak dan Perlis akan dikenakan PKP bermula 22 Januari hingga 4 Februari 

Pemborong sayur memberitahu The Malaysian Insight dengan penutupan pasar borong Kuala Lumpur, harga sayur dijangka akan meningkat walaupun harga sedia ada sudah pun tinggi berikutan musim tengkujuh. 

Presiden Persatuan Pemborong Sayur Kuala Lumpur Wong Keng Fatt memberitahu The Malaysian Insight beliau tidak yakin dengan situasi dalam masa terdekat ini.

Beliau berkata penutupan hanya tiga hari namun secara umumnya perniagaan ditutup pada Ahad, menjadikan penutupan pasar berkenaan selama empat hari. 

Setakat ini, keputusan ujian saringan 1,000 orang dari pasar berkenaan sudah dikeluarkan, manakala 1,000 lagi masih menunggu keputusan. 

Sebelum ini, tiga kes dikenal pasti dalam kalangan peniaga sayur-sayuran. Semalam 27 kes baharu dikesan menjadikan jumlah keseluruhan 30 kes dalam kalangan peniaga sayur dan pekerja mereka.

Wong berkata 60% hingga 70% daripada bekalan pembekal sayu akan terjejas kerana penutupan ini. Pelanggan enggan menyimpan sayuran kerana ia tidak tahan lama. 

“Tiada siapa akan menyimpannya kerana sayur tidak boleh disimpan lama. Biasanya saya akan membelinya hari ini dan menjualnya esok jika tidak ia akan rosak.”

Berdasarkan pengalamannya ketika pasar ditutup pada Mei tahun lalu, pasar raya dan pasar raya besar tempatan akan mengubah harga mereka. 

“Mungkin pasar atau pasar raya akan menguasai jualan sayur-sayuran, tapi harganya pasti akan meningkat.”

Wong berkata harga sayuran ketika ini sudah pun mahal kerana musim hujan dan banjir beriktan musim tengkujuh. 

“Oleh kerana musim hujan, jumlah sayuran kami agak terhad, 30% hingga 40% kurang daripada biasa.  

“Kebanyakannya sudah mencatatkan harga tinggi kerana musim hujan sejak November tahun lalu.

“Banjir awal bulan ini menyebabkan harga sayur naik, jadi harga sayuran kini tinggi.”

Presiden Persatuan Pemborong Buah-buahan Kuala Lumpur, Chin Nyuk Moi berkata keputusan ujian saringan Covid-19 peniaga buah-buahan masih belum dikeluarkan. Ia dijangka akan dikeluarkan tengah hari ini.

Pemborong buah-buahan masih belum menerima pesanan tambahan dari pelanggan kerana kebanyakan mereka masih tunggu dan lihat. 

Chin bagaimanapun tidak yakin harga buah akan naik kerana musim ini tidak dekat dengan Tahun Baharu Cina. 

Sementara itu pemborong makanan laut mengesahkan penutupan perniagaan mereka sehingga Jumaat selepas 87 peniaga dan pekerja disahkan positif virus berkenaan. 

Hingga mereka pemborong terbabit tidak tahu dari mana mereka dijangkiti virus itu. 

Pada April tahun lalu, kawasan perumahan berhampiran pasar berkenaan dikenakan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) selepas kluster dikesan dalam kalangan pekerja asing. 
 
Kawasan sekitar pasar berkenaan dihuni oleh pekerja asing dan pelarian. – 20 Januari, 2021.

KITA

JAGA

KITA

SATU DUA JUTA KIRA HALAL

 


SATU DUA

JUTA KITA HALAL

hamim commented on 

"DURHAKA NI APA ?"

TT, cuba tanya Annuar tu, semenjak dia jadi politikus ada tak dia ambil apa yang bukan hak dia, apakah selama ini setiap satu sen yang dia terima ada cap halal JAKIM? Jika dia tak berani jawab, bagi tau dia tak usahlah nak sembang dan berlagak baik, alim, jujur, amanah.....piiirrrah

DERHAKA UMNO

 


DERHAKA UMNO

panglimo potaseh commented on 

"TOLAK AGUNG DERHAKA"

Las las UMNO durhaka dengan Agong ..durhaka UMNO tak sama dgn durhaka Jebat ..durhaka UMNO ada kaitan dgn Sg.Buloh ..durhaka UMNO sebab mereka rasa mereka LOBEY KAYO dari YAM Agong ..ampun tuanku ..