-----------
Khamis, 27 Februari 2014
SIAPA AZMIN ALI - KAH KAH KAH
SIAPA DIA AZMIN ALI?
http://tukartiub.blogspot.com/2014/02/memahami-kajang.html
PKR Siasat Laporan Azmin Saman Suara Keadilan
Oleh ARIFFUDDIN ISHAK
PETALING JAYA: Parti Keadilan Rakyat (PKR) sedang menyiasat desas-desus yang mendakwa Timbalan Presidennya, Mohamed Azmin Ali menyaman lidah rasmi parti itu sendiri - Suara Keadilan kerana menyiarkan laporan berunsur fitnah.
Sehubungan itu PKR menubuhkan jawatankuasa khas yang diketuai Ketua Penerangannya, Dr Muhammad Nur Manuty bagi mendapatkan fakta lengkap mengenai perkara itu.
Bagaimanapun hingga kini Setiausaha Agung PKR, Saifuddin Nasution Ismail masih belum dapat mengesahkan kesahihan maklumat berkenaan.
"Perkara itu dibangkit dalam mesyuarat MPP (Majlis Pimpinan Pusat) yang diadakan di Kajang baru-baru ini mengenai tulisan saudara Hishamuddin Rais di dalam Suara Keadilan yang dikaitkan menyentuh atau bernada serangan terhadap beberapa pemimpin.
"Keputusan MPP ialah menubuhkan sebuah jawatankuasa yang terdiri daripada lima orang untuk kemudiannya berjumpa dengan kumpulan Suara Keadilan bagi mengumpulkan maklumat, latar belakang dan mendengar pandangan mereka," katanya di sini, Rabu.
Jelas Saiduddin, PKR hanya akan bertindak selepas mendapatkan fakta lengkap terhadap siasatan yang sedang dijalankan itu.
"Kalau nanti mereka menemui maklumat seperti surat guaman dan sebagainya ke atas Suara Keadilan, jawatan kuasa itu akan bawa saranan kepada pimpinan pusat.Buat masa ini belum terima.
"Saya dengar begitu (saman Suara Keadilan)...hanya diberitahu melalui SMS. Tapi belum tengok sendiri lagi surat peguam itu," katanya.
Sebelum ini timbul laporan di media bahawa Suara Keadilan diarahkan PKR memberi penjelasan berhubung penyiaran artikel Hishamuddin sebagai kolumnis lidah parti itu yang bertajuk “Khalid dan Azmin” kerana dikatakan memfitnah Azmin.
Artikel itu disiarkan Suara Keadilan bilangan 160 pada 11 Februari lalu.
Artikel tersebut menganalisis dan menerangkan kemelut yang melanda antara Azmin dan Menteri Besar Selangor, Abdul Khalid Ibrahim.
Dalam artikel itu, Hishamuddin menyifatkan Azmin masih mempunyai unsur dan ideologi Umno dan kurang disenangi parti komponen Pakatan Rakyat (PR) lain seperti PAS dan DAP.
http://tukartiub.blogspot.com/2014/02/memahami-kajang.html
MARI KITA BERHENTI SABENTAR
KOMENTAR TUKAR TIUB
ada sesuatu yang tidak kena dalam masyarakat kita
ada sesuatu yang tidak betul dalam masyrakat kita
kita semua bertanggung jawab
kepada apa yang sedang berlaku di hadapan mata kita
kita wajib melihat diri kita sendiri
berhenti sabentar dalam kegelojohan hidup ini
untuk kembali menilai diri
meneliti dan memahami
tanda tanda yang semakin jelas dilihat
tanda tanda bahawa tamadun kita dalam kesakitan
hukuman
tuduhan
undang undang
tidak menjanjikan
satu jalan keluar dari terowong gelap
terowong gelap dari satu sistem ekonomi yang
tidak megutamakan manusia
tetapi mengutamakan untung
Jumpa mayat ‘dikafankan’ tepi jalan
Bukit Mertajam: Mayat seorang lelaki yang dibungkus seperti dikafankan ditemui di tepi Jalan Perusahaan 2 Bukit Minyak, di sini, semalam. »
Bayi ditinggal depan rumah
Butterworth: Seorang bayi lelaki yang masih bertali pusat ditemui ditinggalkan di hadapan sebuah rumah di Taman Inderawasih, Perai di sini, malam kelmarin. »
---------
PEMIKIRAN KRITIKAL
MALAM INI
UNIVERSITI BANGSAR UTAMA
UNIVERSITI BANGSAR UTAMA
KHAMIS 27 FEB 2014
jam 9:00 malam
universiti bangsar utama
dari socrates ke plato
ke aristotle
kini
AL KINDI
STESEN PUNK ROCK
akan membuat liputan langsung
untuk warga yang berada di mana sahaja
layari www.radiobangsarutama.com
--------
DARI TUNGKU DAPOR KE NAJIB BENDUL
OH MAK CIK FELDA
Apa yang saudara TT huraikan
ada kebenaran nya. Saya telah menemui beberapa orang para peneroka FELDA. Dari
cakap cakap mereka maka saya faham mengapa mereka agak sukar untuk berubah,
"Mengapa saya perlu menyokong parti lain? Selama ini saya merupa kan orang
susah, kini telah di beri tanah 10 ekar, rumah dan segala nya. Apa yang di
katakan hutang, saya tidak pernah membayar nya. Semua nya di uruskan oleh pehak
pengurusan. Kalau tak ada duit, senang aja, ambil segunui gula atau pun apa
dari kedai koperasi dan jual di luar.
Hutang apa kira kerana semua nya di
uruskan oleh pehak pengurusan. Kalau anak saya nak basikal untuk kesekolah atau
T.V rosak, ambil sahaja di kedai koperasi. Hutang akan di tolak dari hasil
kebun. Tak kan saya nak tinggalkan UMNO yang telah membantu selama ini"
Begitu lah alasan yang di berikan oleh kebanyakan yang saya temui. Walau pun
telah di jelas kan pelbagai penyelewangan tetapi mereka tetap dan ta'at dengan
hujah tersebut. Jadi apa yang harus saya lakukan, on SURAT TERBUKA UNTUK BANI
MELAYU
Publish | Delete | Spam
Saadun Sulaiman
on 2/26/14
DARI TUNGKU DAPOR KE NAJIB BENDUL
Bani Melayu bagaikan telah
disumpahkan oleh kuasa ghaib yang ia tidak mungkin mendapat kepimpinan daripada
mereka yang layak memimpin mereka melainkan dapat Tunku yang pernah mengumumkan
dia adalah PM paling bahagia di dunia sedangkan Malaya ketika itu baru nak
merangkak membangun.
Tun Razak pula betul sangat ghairah dengan projek FELDA
tapi dia hanya meneruskan malah memulakan pecahan kaum melalui DEB; Tun Hussein
Onn terlalu lembit untuk menghasilakan sebarang wawasan, sementara Anak Kutty
Iskandar paling hebat membangunkan kronisme kapitalisme, negara sarat dengan
simbol kaya Dunia pertama tapi majoriti rakyat masih dalam kelompok miskin dan
apa nak diharap dari PM suka tidur,
Pak Lah dan akhir sekali Najib yang
sebenarnya dikawal oleh Rosmah, dia tiada konsep pembangunan integriti negara
dan lembik pula tapi bijak berlagak macam seorang pemimpin hebat bagi Bani
Melayu. Hai nasib malang bagi Bani Melayu bangan. on SURAT TERBUKA UNTUK BANI
MELAYU
UNCLE RAMLI
on 2/26/14
----------
CARA MEMBACA UTUSAN
Anwar buat kesilapan besar
HULU LANGAT 26 Feb. - Ketua Pembangkang, Anwar Ibrahim melakukan kesilapan besar dan menempah kejatuhannya apabila bertanding di Dewan Undangan Negeri (DUN) Kajang sekali gus mengheret rakyat untuk menyelesaikan masalah dalaman Parti Keadilan Rakyat (PKR).
Ketua UMNO Bahagian Hulu Langat, Johan Abdul Aziz berkata, Anwar juga bertindak di luar kebiasaan apabila kelam-kabut berkempen jauh lebih awal daripada hari penamaan calon pada 11 Mac ini.
"Anwar sudah guna pentas ceramah umum, surau, kuil dan gereja. Beliau sudah pergi semua tempat. Saya tengok sudah macam 'desperado' (terdesak).
"Saya rasa, dalam banyak-banyak perancangan Anwar, kali ini adalah perancangan yang silap dan membawa tangga turun kerana saya tengok beliau gelabah sangat seperti tidak pernah kendalikan pilihan raya kecil," katanya dalam sidang akhbar di sini hari ini.
KAH KAH KAH
KAH KAH KAH
KAH KAH KAH
woit..INGAT TAK CARA MEMBACA UTUSAN... kah kah kah..
kah kah... KALAU UTUSAN SERANG ERTINYA KERJA BETUL...kah kah..
kah kah..KALAU UTUSAN TIBAI ERTINYA LANGKAH TEPAT...kah kah
kah kah..KALAU UTUSAN SOKONG ERTING KERJA SALAH... kah kah
kah kah kah.. ELEMENTRY MY DEAR WATSON... kah kah kah
ANWAR DILAWAN
OLEH
AKAR DAN UMBI
kah kah kah
CUKONG JADI AKAR UMBI
INI DIA
PEMIMPIN AKAR UMBI
kah kah kah
‘Pemimpin akar umbi BN’ yakin dapat tewaskan Anwar di Kajang
Menggunakan istilah "pemimpin akar umbi", calon Barisan Nasional (BN) Chew Mei Fun yakin mampu menewaskan Anwar Ibrahim dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Kajang yang akan berlangsung pada 23 Mac.
Chew, yang juga naib presiden MCA berazam membantu penduduk di kerusi yang dikosongkan Lee Chin Cheh daripada PKR itu berdasarkan rekod dua penggalnya sebagai ahli Parlimen Petaling Jaya Utara sebelum ini dengan berada bersama penduduk sebanyak dua kali seminggu.
KAH KAH KAH
KAH KAH KAH
KAH KAH KAH
woit...OOOO MAK DATIN... kah kah kah...
kah kah kah.... AKAR DAN UMBI.... kah kah kah..
kah kah kah... BIAR BETUL.... kah kah kah
BERAKAR DAN BERUMBI
SIAPA DIA ZAHID IBRAHIM
KREDIBILITI DAN DATO’ ZAID IBRAHIM
Sejak mengumumkan menjadi
calon PRK Kajang, Dato’ Zaid Ibrahim telah melontarkan pelbagai tuduhan
terhadap KEADILAN dan Dato’ Seri Anwar Ibrahim. Ini termasuklah tuduhan yang
mempersoalkan ketelusan, integriti dan budaya politik yang dibawa KEADILAN.
Kebelakangan ini, Dato’ Zaid
Ibrahim membuat cabaran untuk berdebat pula dengan Dato’ Seri Anwar Ibrahim,
juga atas alasan ketelusan dan integriti.
Saya pada mulanya tidak mahu
memberi maklumbalas tetapi selepas ditanya berkali-kali terutamanya oleh
FreeMalaysiaToday yang ghairah membawa berita ini, saya akhirnya membuat
keputusan untuk melontarkan kembali beberapa perkara berhubung kredibiliti yang
perlu juga dijawab oleh Dato’ Zaid Ibrahim. Jika beliau lantang berkempen atas
platform ketelusan dan integriti serta memberi gambaran beliau ingin
menyelamatkan kerajaan Selangor dari ahli politik yang membawa budaya rasuah
dan campur tangan, maka beliau juga perlu mempunyai rekod yang baik dalam
perkara itu.
Malangnya, keadaannya tidak
sebegitu.
Dalam tempoh pendek lebih
setahun beliau menjadi anggota KEADILAN, beliau jugalah yang tidak segan silu
cuba menggunakan kedudukan di dalam parti untuk mempengaruhi keputusan Kerajaan
Negeri berhubung beberapa projek yang diusahakan oleh rakan atau pihak yang
bersabit dengan beliau.
Sebagai Ketua Eksekutif
Pejabat Penasihat Ekonomi Selangor, saya pernah didatangi sendiri oleh Dato’
Zaid Ibrahim yang meminta supaya kami campur tangan dalam dua projek yang
diusahakan rakan atau pihak yang bersabit dengan beliau.
Projek pertama melibatkan
tanah seluas 26 ekar di Batu/Selayang. Saya dimaklumkan bahawa rakan/rakan
kongsi beliau telah membuat cadangan pembangunan bersama dengan Kumpulan
Hartanah Selangor Berhad (KHSB). Pada 25 Jun 2010, dalam satu email yang saya
sertakan bersama, Dato’ Zaid Ibrahim secara terang-terangan memohon pejabat
saya campur tangan dengan melobi Tan Sri Khalid Ibrahim, Menteri Besar Selangor
untuk meluluskan cadangan yang dibuat oleh rakan atau pihak yang bersabit
dengan beliau itu.
Dato Zaid Ibrahim juga ada
menyebut secara lisan kepada saya untuk membantu mendapatkan tanah PT70 dan
PT71 iaitu dua lot tanah premium di Petaling Jaya juga bagi tujuan untuk
dibangunkan oleh rakan atau pihak yang bersabit dengan beliau.
Saya memaklumkan perkara ini
kepada Dato’ Seri Anwar Ibrahim dan kami bersetuju bahawa adalah tidak menepati
prosedur untuk pejabat kami membenarkan pimpinan parti melobi atau mempengaruhi
keputusan Kerajaan Negeri, terutamanya yang bersabit dengan harta awam.
Oleh itu, pada 13 Julai 2010,
saya membalas email Dato’ Zaid Ibrahim untuk memaklumkan kepada beliau prosedur
yang akan digunapakai oleh pejabat kami dan Kerajaan Negeri dalam menangani
permohonan pembangunan bersama harta Kerajaan Selangor.
Budaya melobi dan menggunakan
kedudukan politik di dalam parti untuk mempengaruhi keputusan kerajaan adalah
budaya Umno/Barisan Nasional yang tidak telus. Budaya ini bertentangan
sepenuhnya dengan hasrat Pakatan Rakyat untuk menghadkan pengaruh politik di
dalam perkara-perkara bersabit dasar dan maklumbalas pelaksanaan dasar.
Keputusan melibatkan harta dan tender diserahkan kepada jawatankuasa yang
dipertanggungjawabkan mengikut prosedur yang termaktub.
.
RAFIZI RAMLI
Pengarah Strategi
26 Februari 2014
---------
Langgan:
Catatan (Atom)