Khamis, 31 Oktober 2024

PESTA RENDANG


PESTA RENDANG

 JEMPUT DATANG 

ESOK 

DIMUZIUM NEGARA

Unknown commented on 
"TAMASYA RENDANG
 DI MUZIUM NEGARA"

rendang warisan, tapai warisan... wain ni warisan baginda queen.. kah kah kah

DIMANA PURTAN HILANG ?


DIMANA PURTAN

HILANG ?

KAH KAH KAH

AMIN

LELAKI INI TAK RAYAKAN DEEPAVALI



Terkesan genosid di Palestin, tahun kedua Mythreyar berkabung tak raikan Deepavali


M Mythreyar mengimbau kembali kehidupan kanak-kanaknya di pagi Deepavali.

Ibu akan mengelilingi rumah memanggil nama adik-beradiknya seawal jam 5 pagi untuk membuat persiapan sembahyang dan mendapatkan restu ibu. 

Selepas semuanya siap mengenakan pakaian raya, mereka berkumpul di ruang tamu. 

Mythreyar masih ingat saat ibu menitiskan minyak kelapa ke atas kepalanya sebagai restu dari orang paling tua dalam rumah. 

Ia disusuli sembahyang di rumah atau di kuil, dan menyantuni tetamu yang datang ke rumah, khususnya jiran tetangga dan sanak saudara. 

Mythreyar, 46, hidup dengan tradisi itu berdekad lamanya sejak ayahnya masih hidup.

Kini, walaupun sudah kembali bujang, Deepavali tetap menjadi perayaan yang bermakna buat keluarga. 

Bagaimanapun, Mythreyar sudah masuk tahun kedua tidak menyambut Deepavali, kerana dirinya betul-betul terkesan dengan nasib rakyat Palestin yang dibedil dan dibunuh beramai-ramai tanpa henti sejak Oktober tahun lalu, yang sehingga kini membunuh lebih 40,000 orang awam di Gaza.

"Baru-baru ini, ibu saudara kepada sahabat saya memberitahu dia tidak akan menyambut Deepavali kerana berkabung atas kematian anaknya. 

"Bayangkan, kehilangan anak atau saudara terdekat kita pun kita sudah tidak ada upaya dan semangat untuk sambut perayaan. 


"Begitulah saya anggap rakyat di Palestin, mereka seperti saudara saya. Bagaimana saya nak sambut perayaan apabila saudara saya di sana dibunuh beramai-ramai setiap jam, setiap detik?" katanya, sambil menambah mana-mana perayaan dalam dunia adalah satu bentuk sambutan yang diraikan setiap tahun tetapi ianya tidak boleh dibandingkan dengan nilai kemanusiaan dan nyawa seseorang. 

Mythreyar menarik perhatian umum apabila memulakan mogok lapar membantah rancangan Putrajaya meneruskan penjualan saham Malaysia Airports Holdings (MAHB) kepada sebuah firma milik BlackRock, syarikat Amerika Syarikat yang terpalit dengan jenayah perang Israel.

Aktivis masyarakat berasal dari Tanjung Malim, Perak itu menahan lapar selama seminggu atau kira-kira lebih 200 jam, sambil berjemur dan bermalam beralaskan tikar di Dataran Merdeka, bagi menghantar mesejnya kepada ahli politik yang berulang alih ke Parlimen, yang terletak hanya 2km dari situ.

Mythreyar berkata dia masih mendengar sindiran mengenai usahanya, termasuk dari kalangan kenalan rapat.

Mereka mempersoalkan tindakan tidak menyambut Deepavali hanya kerana ingin memperingati perjuangan rakyat Palestin. 

"Genosid dan pembunuhan terhadap rakyat Palestin itu tak tunggu Deepavali, bukan bermakna hari ini sambutan jadi Israel berhenti membunuh.

"Saya meletakkan kemanusiaan lebih tinggi daripada sambutan perayaan setiap tahun," katanya. 

Tetapi Mythreyar berkata dia tidak pernah memaksa ahli keluarganya untuk menuruti kehendaknya, bahkan masih menawarkan diri membantu ibunya membuat persiapan termasuklah mengemas rumah dan menyiapkan juadah Deepavali seperti kari ayam dan kambing. 

"Kari ibu saya ini jika dimakan dengan idli atau thosai di pagi Deepavali, memang sedap." 

Sementara itu, Mythreyar mempunyai jadual padat pada cuti Deepavali kali ini.

Pada hari pertama, dia menemani ibunya di rumah. 

Keesokannya, dia menuju ke Kuala Lumpur untuk menyertai perhimpunan di luar Kedutaan Jerman bersama aktivis lain, untuk menyuarakan bantahan terhadap penglibatan negara itu dengan membekalkan senjata kepada Israel.

Hidup Mythreyar kini lebih tertumpu kepada usaha memperjuangkan kemanusiaan dan menghentikan peperangan. 

Impiannya cuma satu, untuk melihat dunia yang lebih aman apabila tiada nyawa yang menjadi korban sewenang-wenangnya dan lebih ramai bersuara tentang erti kemanusiaan.  

"Kepada semua yang menyambut Deepavali tahun ini, ambil lah kesempatan untuk bersama keluarga, tetapi jangan lupa untuk utamakan juga kemanusiaan.

"Ketika berkunjung ke kuil untuk sembahyang, jangan lupakan untuk turut sama berdoa demi rakyat Palestin," katanya. 

SALUT DAN

TABIK HORMAT

PADA SOSOK INI

AMIN 

HARAP TAHUN

 DEPAN  BOLEH 

RAYAKAN

 DEEPAVALI

 AMIN

KHALAS

KESEDARN MELAYU - PATANI MERDEKA



Mahkamah Thailand gugur tuduhan pembunuhan beramai-ramai di Tak Bai

BANGKOK: Mahkamah Thailand menggugurkan pertuduhan membunuh 85 individu ke atas tujuh pegawai askar, termasuk bekas pegawai kanan tentera, sekali gus mengakhiri harapan untuk waris dan mangsa yang terselamat menuntut keadilan.

Pertuduhan kes itu digugurkan mahkamah di wilayah selatan Narathiwat semalam, berikutan had masa selama 20 tahun bagi kes 'pembunuhan beramai-ramai Tak Bai' tamat pada Jumaat lalu.

Mahkamah Narathiwat dalam kenyataan semalam, berkata kes itu digugurkan dan tidak boleh dibuka semula memandangkan semua defendan belum pernah ditahan dan dihadapkan ke mahkamah sebelum ini.

Pada 25 Oktober 2004, pasukan keselamatan dilapor melepaskan tembakan ke arah penunjuk perasaan di luar balai polis di bandar Tak Bai, Narathiwat, mengorbankan tujuh mangsa.

Rentetan insiden tembakan itu, 78 orang dilapor mati lemas selepas ditahan dan diletakkan di trak tentera dalam keadaan meniarap dan saling bertindih sambil tangan mereka diikat ke belakang.

Tujuh pegawai termasuk bekas pegawai kanan tentera diletakkan dalam senarai dikehendaki tetapi mereka mengelak daripada ditahan sehingga tempoh had masa tamat.

Biarpun beberapa permohonan maaf dikemukakan kerajaan, selain pampasan diberikan kepada keluarga mangsa pada 2012, namun tiada sebarang pertuduhan dibuat sehingga Ogos lalu.

Insiden itu menjadi lambang kekebalan pihak berkuasa di wilayah selatan Thailand yang majoriti populasinya adalah Muslim dengan konflik antara pasukan kerajaan dan pemberontak pemisah berlarutan beberapa tahun.

Konflik itu mengorbankan lebih 7,000 mangsa sejak Januari 2004 dan terdapat pelbagai dakwaan mengenai salah guna kuasa pasukan keselamatan Thailand.

Namun, tiada seorang pun daripada mereka pernah dipenjarakan atas kesalahan pembunuhan di luar bidang kehakiman atau penyeksaan di wilayah itu.

Waris dan mangsa terselamat mengadakan upacara ulang tahun ke-20 tragedi terbabit Jumaat lalu, bertujuan menuntut keadilan. - AFP

KESEDARAN

MELAYU

AMIN

PATANI BERJUANG

UNTUK MERDEKA

AMIN

TANAH MELAYU

JANGAN JADI

JORDAN

AMIN

KHALAS

NAJIB BUKAN ROSMAH


NAJIB BUKAN

 ROSMAH

KAH KAH KAH

AMIN

KERAJAAN MADANI GAGAL


KERAJAAN 

MADANI GAGAL

AMIN

Unknown commented on 
"NAJIB BEBAS ? 
ADA JANJI DENGAN MAT LEBONG ?"

jangan salahkan melayu dalam kerajaan ada jenis kebangsaan juga. kenapa masih sokong kerajaan korupsi yang gagal ni.. sebab suami dapat kontrak ke ? kah kah kah

PROJEK BEBAS NAJIB MASIH BERJALAN



PROJEK BEBAS

NAJIB MASIH

BERJALAN

AMIN

Unknown commented on
 "BABAK MOHONG
 SUDAH SAMPAI !!!"

saya terima permohonan maaf Najib saya tak terlibat keputusan lepas bebas DNAA 47kes prima facie mahkamah tak putus kan tapi pendakwaan kibar bendera asing merah oops silap kibar bendera putih kahkahkah

PAGI INI


PAGI INI

KHAMIS 32 0KTOBER 2024
HARI INI HARI DEEPAVALI
HARI PERAYAAN PENGANUT HINDU
MERAYAKAN KEMENANGAN CAHAYA
MENUMPAS KEGELAPAN

HAHA HAHA
KEMARIN MALAM
ADUH KESIAN TAK TAK & EZI
TAKUT KERANA BUNYI MERCUN
BILA TENGAH MALAM SAMPAI
KEDENGARAN MERCUN
DI SANA SINI

DI LE CHATEAU JUGA
ADA YANG BERMAIN MERCUN
KUAT DAN BERDENTUM DENTAM
BUNGA API JUGA
TERPERCIK DI SANA SINI

INILAH MALAYSIA
RAYA CHINA MAIN MERCUN
RAYA MELAYU MAIN MERCUN
RAYA HINDU MAIN MERCUN
TAHUN BARU MAIN MERCUN
KENDURI KAHWIN MAIN MERCUN

MARILAH KITA SESAMA
MERAYAKAN APA SAJA AGAMA
APA SAJA PERAYAAN
YANG MEMBAWA HATI GUMBIRA

WOW
KALAU HARI INI ADA JEMPUTAN
RUMAH TERBUKA
AH LAN WA SAH LAN
ADA BEER ADA WINE ADA WHISKY
ADA TEH ADA KOPI
ADA KUIH ADA MAKAN
NIKMATI HIDUP
YANG HANYA SEKALI
AMIN

AMERIKA
58 JUTA DAH BUANG UNDI
DIKATANKAN KAMALA
LEBIH BERJAYA DI 2 NEGERI
BERBANDING TRUMP
INI PUNGUTAN SUARA

SEPANYOL
95 MATI KERANA HUJAN LEBAT
BERBELAS BELAS
MASIH HILANG HANYUT
TANAH RUNTUH
KERETA DI BAWA AIR
INI BERLAKU DI WILAYAH VALENCIA

LIBANON
PM LIBANON
BERHARAP GENCATAN SENJATA
DAPAT DI LAKUKAN
DENGAN SEGERA

PBB
SU AGONG PBB
ANTONIO GUTERESS
MEMINTA DUNIA BERTIDAK
MENGHENTIKAN ISRAEL
MELAKUKAN PEMBERSIHAN
ETNIK

HOKKIEN
PAGI INI KETIKA GUA  TUTUP PINTU
DAH DENGAR SUARA MURAI
DI TEPI PAGAR
KUAT DAN MERDU
DI TEMPAT YANG SAMA
GUA FIKIR INI PASTI ADA
RUMAH MURAI INI DISANA

MASUK KE HOKKIEN
CERAH SEGAR KERING
MATA HAFRI DAH MUNCUL
CAHAYA LEMBUT
KL & KL SENTRAL BERKABUS NIPIS
REBAS PETANG KEMARIN

SUARA TERKUKUR
LAWAN BERLAWAN
DARI BUKIT KIRI
LAWAN BUKIT KANAN

HA HA
SAEKOR GAGAK
DUDUK SEORNAG DIRI
ATAS  POKOK MATI

PAGI INI
HANYA SAEKOR PUPPY 
BUAT BISING
GUA BAWA MASUK
MAKANAN UNTUK WARGA LIAR
KAKI AYAM DAN LEBIHAH AYAM
DARI MASAKAN ACI SEBELAH RUMAH
AMIN

BRO
SENYUM
SENYUM DI PAGI
KHAMIS

BRO
RAYAKAN HARI INI
UNTUK JADI INGATAN
TAHUN HADAPAN

BRO
LU JADI DIRI LU SENDIRI
JANGAN PEDULI
ORANG SUKA ATAU TIDAK
MEREKA TAK BAYAR
BILL TOP UP LU

BRO
DETIK DETIK INDAH INI
AKAN LU INGATI
JIKA LU NIKMATINYA
AMIN

LAKUKAN SEKARANG
LAKUKAN HARI INI

SELAMAT BERDEEPAVALI

SELAMAT MENYAMBUT DEEPAVALI


SELAMAT

MENYAMBUT

DEEPAVALI