Jumaat, 8 Ogos 2014

BERJAYA - TAHNIAH





KOMENTAR

tahniah!

syabas!

berjaya!






Kempen boikot menjadi, McDonald's lengang
Salah sebuah premis McDonald's di Shah Alam kelihatan sunyi tanpa kehadiran pelanggan, hari ini. - Foto Sinar Harian Online oleh MUHAMMAD SHAMSUL ABD GHANISHAH ALAM - Kempen boikot McDonald's yang bertebaran beberapa hari lalu di media sosial dan aplikasi mesej nampaknya benar-benar memberi kesan apabila tinjauan mendapati premis makanan segera itu kelihatan lengang pagi tadi.

Sinar Harian Online memilih dua premis di sekitar Shah Alam yang selalunya menjadi tumpuan untuk tinjauan pihak kami pada sebelah pagi tadi.

Hasil pemerhatian hampir setengah jam mendapati tiada sebuah pun kenderaan melalui kaunter pandu lalu McDonald's di salah sebuah premis, sementara suasana di dalam premis pula sunyi tanpa kehadiran pelanggan.

Menyedari kehadiran krew kami, seorang kakitangan premis meminta kerjasama kami supaya tidak membuat sebarang rakaman.

"Bang tak boleh rekod bang," katanya sebelum kami beredar menuju ke sebuah lagi premis McDonald's sekitar Shah Alam.


Sebuah lagi premis McDonald's pilihan kami juga nampaknya menerima nasib sama kesan daripada kempen boikot berkenaan. Mekipun kelihatan beberapa orang pelanggan namun ia tidak 'semeriah' sebelum ini.

Kaunter pandu lalu juga sunyi tanpa kehadiran pelanggan yang dahulunya setia mengunjungi premis makanan segera itu.

Kelihatan seorang kakitangan McDonald's berehat di luar premis kerana kekurangan pelanggan tanpa mengendahkan kehadiran kami.

Walau bagaimanapun ketika kami menghampirinya, dia memberi isyarat enggan ditemubual.

Kempen boikot McDonald's mula menjadi viral Selasa lalu dengan pesanan “Hari Boikot McD Malaysia!!! Bermula 8 Ogos 2014 jam 7 pagi hingga 7 pagi. Boikot McD bermula Jumaat ini sehingga Zionis Israel seratus peratus keluar daripada Palestin

---------

IKUT DAN CONTOHI WARGA DUNGUN





 ..

BUAT BETUL BETUL
klu nk boikot...buat btol2..tumpukan pd seme jgn cuma makanan segera shj...cmna dgn petrol yg d bekalkan oleh shell dan esso yg d bekalkan oleh tokey judi...boikot jugok lerrr... on IKUTI WARGA DUNGUN
Anonymous
on 8/8/14
BOIKOT KERAJAAN SAMA
Yusof Ismail ni bangang ke apa....??? Kerajaan BN ni pun patut diBOIKOT kerana mereka sekutu Israel Zionis. on IKUTI WARGA DUNGUN
Anonymous
on 8/8/14



---------

APA SEBENAR KATA NIK AZIZ





TRANSKRIP RAKAMAN KENYATAAN MURSYIDUL AM 
PAS, TUAN GURU NIK ABDUL AZIZ NIK MAT 
@nikabdulaziz - ISU POLITIK SELANGOR DI DALAM 
SIDANG MEDIA DI KEDIAMAN RASMI MENTERI BESAR 
DI KOTA BHARU, KELANTAN - 7 OGOS 2014

MINIT KE 2:12: “Saya hadir sekejap je, belum sampai keputusan dah keluar, jadi kaedah mesyuarat ni ada jurucakap dia, saya tak boleh jadi jurucakap, ada setiausaha dia, dia setiausaha tu pergi ke rumah saya belum waktu maghrib, lepas pada maghrib dia naik ke rumah saya, terang pada saya keputusannya, saya tak boleh sebutlah hari ni, kena disebut oleh setiausaha mesyuarat, jaga peraturan, tak boleh tiap-tiap orang bercakap saja, walaupun langit terbuka, bumi pun terbuka sekarang ni, tapi kita ada peraturan, ada nizam
.”


KAH KAH KAH

lu baca
lu pikir sendiri laaa

KAH KAH KAH



---------

SEMUA MINTA TANGGUH







KOMENTAR

semua minta tangguh
khalid minta tangguh
pas minta tangguh

kenapa?

kerana minggu depan
pengurusan kes anwar
jamin tak akan ditanguh
mungkin dipercepatkan
agar anwar masuk penjara

i rest my case
my lord



PKR bincang masa depan Khalid esok, kata lembaga disiplin

Lembaga Disiplin PKR hari ini tidak dapat mendedahkan keputusan surat yang dikirimkan Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim dan semuanya akan diputuskan dalam mesyuarat Majlis Pimpinan Pusat (MPP) PKR esok.

Pengerusinya, Dr Tan Kee Kwong berkata masa depan Khalid akan dibincangkan bersama pemimpin kanan parti selain ketua cabang juga dijemput memberikan pandangan. "Kita sudah terima (surat Khalid) dan esok kita bincang di MPP. Pandangan kami tidak boleh diberitahu hari ini.

Mesyuarat PAS dipinda lagi ke 17 Ogos, pastikan semua dapat hadir


PAS menangguhkan lagi mesyuaratnya berhubung kedudukan Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim sebagai menteri besar Selangor kepada 17 Ogos depan selepas memutuskan ia ditangguhkan ke 13 Ogos semalam.

Setiausaha Agung PAS Datuk Mustafa Ali berkata, pindaan itu terpaksa dibuat kerana ada dalam anggota yang tidak dapat hadir mesyuarat pada 13 Ogos.



------------

HARI INI HARI BOIKOT MEK DOGAL






KOMENTAR
hari ini
jumaat 8 ogos 2014
kita mula kempen
boikot mek dogal
kempen ini sedang
berjalan diseluruh dunia



 ANAK MUDA
anak muda anak semua bangsa
bertindak dengan kreatif
melakar dinding
melakar internet
dengan cakaran dan luksian
buktikan
politik dan seni
seiring melawan kezaliaman



---------

GERAKAN ANTI ZIONIS MEREBAK



ANAK MUDA 
BANGUN MELAWAN

KOMENTAR


sebenarnya
united malays national organisation
bukan anti-zionis 
bukan anti israel

gaza dan palestine
hanya kempen untuk
dapat undi orang melayu

bila orang melayu islam mula tercabar
bila orang melayu islam naik sheikh
bila orang melayu islam stim
bila orang melayu islam nak bertindak
maka muncul lah kenyatan
kenapa jangan boikot
kenapa tak perlu pulau

walhak di negara kapir laknat
di negara kapir yang makan babi
di negara kapir yang minum arak
gerakan memboikot israel
gerakan memulaukan barangan israel
gerakan memulau akamedia israel
gerakan anti zionis
gerakan anti israel semakin merebak


Rakyat perlu rasional dalam memboikot
KUALA LUMPUR - Rakyat harus rasional dalam tindakan untuk memboikot produk dan jenama yang dikaitkan dengan Israel.
   
Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan  Hasan Malek berkata, tindakan itu akan memberi kesan kepada rantaian perniagaan di negara ini termasuk pembekal dan peniaga tempatan.
   
"Saya menerima pandangan dan menghormati hak mana-mana pihak dan individu yang memboikot, namun mereka juga perlu menilai keuntungan yang diterima syarikat-syarikat tempatan yang menjadi pembekal bahan-bahan mentah dan industri selama ini.


KAH KAH KAH

teruskan beli dedak
dari israel
kalau tidak malek hasan
sekeluarga akan mati 
kebuluran
KAH KAH KAH



MELAWAN ZIONIS DI NEGARA KAPIR LAKNAT YANG MAKAN BABI

Tricycle Theatre refuses to host UK Jewish Film Festival over Israeli sponsorship

UK Jewish Film Festival executive director Judy Ironside
UK Jewish Film Festival executive director Judy Ironside
A major London theatre has refused to host the UK Jewish Film Festival because it is sponsored by the Israeli embassy.
The Tricycle Theatre was scheduled to be the main venue for the UKJFF in November, with 26 films due to be screened there as well as six gala events.
But in a statement issued on Tuesday, UKJFF executive director Judy Ironside said: “The Tricycle told us that they cannot be associated with a festival which in turn is associated with the UK’s Israel embassy”.
The embassy is a long-standing sponsor of the festival, whose programme includes Jewish-themed films from around the world.
  • Boycott Israel - Innovative Minds

    www.inminds.com/boycott-israel.php
    People of good conscience have chosen to boycott israeli products and companies supporting the zionist entity. Their ethical purchasing decision however is ...
  • BOYCOTT ISRAEL PRODUCTS | Boycott Israel Today

    boycottisraeltoday.wordpress.com/boycott-israel/
    Please promote the Boycott of Israeli & Jewish Products made in Israel or made outside of Israel but directly or indirectly support Israel. The easiest way to inform ...
  • Boycotts of Israel - Wikipedia, the free encyclopedia

    en.wikipedia.org/wiki/Boycotts_of_Israel
    Boycotts of Israel are economic and political cultural campaigns or actions that seek a selective or total cutting of ties with the State of IsraelIsraelis or Israeli



  • ---------

    IKUTI WARGA DUNGUN






    IKUTI DAN CONTOHI
    WARGA DUNGUN
    berniat bercakap bertindak



    KOMENTAR

    pandangan ini tepat
    pandangan ini betul
    pandangan ini wajib disokong
    tak perlu heboh
    tak perlu berbuih mulut

    hentikan bantuan
    minyak sawit pada israel
    pulaukan mek dogal
    pulaukan kentaki frried fak

    cakap banyak tak perlu
    lakukan


    Saran kerajaan senaraikan produk Israel, sekutu

    ALOR SETAR - Kerajaan disaran menyenaraikan produk keluaran Israel atau syarikat yang sekutu dengannya agar masyarakat lebih jelas mengenai barangan yang perlu diboikot.

    Presiden Persatuan Pengguna Kedah (Cake),  Yusoff Ismail berkata, ini kerana pengguna masih keliru dan tidak pasti jenama barangan yang perlu diboikot walaupun senarai itu disebarkan secara meluas melalui media sosial berikutan tiada pengesahan dibuat mana-mana pihak.

    “Pengguna tidak yakin adakah maklumat yang disebar itu benar atau palsu. Kerajaan wajar mengambil tanggungjawab itu secara lebih efektif dengan terlibat secara langsung, antaranya senaraikan produk secara rasmi,” katanya.

    Menurutnya, untuk menjayakan kempen boikot itu, semua pihak perlu bekerjasama selain mendedahkan secara jelas produk-produk terlibat.



    ------------

    PANDANGAN PEMBACA




     KIBAR KAN SANG SAKA
    ADA APA PADA JAWATAN
    Khalid Ibrahim dan PAS sudah nampak lupa tujuan asal dalam Pakatan Rakyat ; akibat bangga dan bongkak dengan kepercayaan diri sendiri hingga lupa dari mana asal usul mereka sebelum ini. PAS sendiri gagal mengimplikasi kan ISLAM yang di jaja jual sana sini , sehingga menongkat langit dengan ego nya.

     PAS dan Majlis Syura perlu sedar undi PAS adalah undi belas kesihan rakyat. Sudah jelas pemimpin PAS lemah dan lembab , gagal menjana ekonomi sendiri jauh lagi ekonomi rakyat di Klantan , Kedah dan Terengganu. Amat memalukan Orang Melayu sendiri melihat gelagat PAS yang syok sendiri gila keagamaan bila harta dunia yang se coit pun sudah naik gila. 

    Apa lah sangat Jawatan dalam Kerajaan yang di bayar gaji hasil titik peluh rakyat ???? PAS gagal , hanya pandai ber gaya saja itu pun dengan gaya kos murahan. Sedih lah melihat Tuan Guru Nik Aziz nampak pokok sahaja tetapi gagal melihat hutan dan kekayaan nya. Next !!!! on KESEPAKATAN DAN MUAFAKAT
    Anonymous
    on 8/7/14
    EEE PEROSAK
    Persepsinya kak wan org dah muak dgn politik dewasa ini. Dulu kak wan turun takhta permatang pauh atas alasan nak jaga cucu. Sekarang pulak kak wan nak jadi menter de besaq. Apa turr ? Bagi rakyat biasa macam kami tak ada pilihan kak wan. Yang menjadi rintihan rakyat tidak dipenuhi dan agenda penyatuan PR ni pun masih kabur.

     Walaupun kami tau agenda melupuskan gagasan PR giat diusahakan namun sebagai satu gagasan kepimpinan parti perlu mencari kaedah memenangi hati rakyat. Kini ramai dok merungut PR sendiri pun asyik dok bergaduh atas isu remeh temeh. Macam mana nak jadi pentadbir sebuah negara. Musuh dalam kelambu banyak sangat kak wan oooiiii. 

    Dah tahu eee golongan perosak... masih dijadikan ayam sabung. Entahlah kak wan lama kelamaan rakyat akan menilai mana yang manikam dan yang mana batu. Cuma sedihnya kitatidak dapat membuat perubahan yang sewajarnya. Berhenti kutuk polisi lawan dan cuba mencari kekuatan sendiri. Kalau asyik berceramah tanpa tindakan tiada faedah juga. Jangan on KESEPAKATAN DAN MUAFAKAT
    Publish | Delete | Spam
    Anonymous
    on 8/7/14




    ------------

    KHALID CUNA KELENTONG LAGI






    Aug 3
    SIAPA KHALID IBRAHIM? berapa hutang khalid ibrahim dg bank islam? kenapa hutang khalid dipotong? wajib baca!
    1.  



    DEDAH TERMA PENYELESAIAN BANK ISLAM, JAWAB URUSNIAGA DENGAN ECOWORLD ATAU SAMAN

    Saya sedia maklum tindakan pegawai-pegawai YAB Tan Sri Khalid Ibrahim yang menyerahkan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) satu laporan oleh KEADILAN yang menyenaraikan urusniaga-urusniaga yang menimbulkan keraguan terhadap integriti beliau.

    Urusniaga-urusniaga ini bersabit penyelesaian di luar mahkamah yang dicapai di antara Bank Islam dan YAB Tan Sri Khalid Ibrahim berhubung hutang RM70 juta yang perlu dibayar oleh beliau.

    Saya senaraikan garis masa urusniaga-urusniaga penting yang menjadi asas kepada penyiasatan KEADILAN terhadap integriti beliau iaitu:

    1.      Pada 13 Februari 2014 iaitu 2 minggu selepas Kajang Move diumumkan, pendengaran kes rayuan tuntutan hutang Bank Islam terhadap YAB Tan Sri Khalid Ibrahim di Mahkamah Persekutuan tidak diteruskan dan mahkamah dimaklumkan bahawa kedua-dua pihak sedang merundingkan penyelesaian di luar mahkamah

    2.      Pada 26 Februari 2014, YAB Tan Sri Khalid Ibrahim tiba-tiba mengumumkan bahawa satu MOU penstrukturan air telah ditandatangani di antara Kerajaan Selangor dan Kerajaan Persekutuan

    3.      Pada 19 Mac 2014, Tropicana Corporation Berhad mengumumkan bahawa ia telah menjual 308.72 ekar tanah yang dibelinya dari Kerajaan Selangor (dalam bulan April 2013) kepada Ecoworld Berhad. Ini bermakna sebanyak 308.72 ekar tanah milik Kerajaan Selangor akhirnya dipindahmilik ke syarikat yang dikuasai oleh Tan Sri Rashid Manaf

    4.      Pada 25 Mac 2014, YAB Tan Sri Khalid Ibrahim menandatangani satu lagi MOU dengan Ecoworld Berhad yang menganugerahkan projek pembinaan 2,400 unit rumah pangsa mampu milik di bawah Kerajaan Selangor yang dianggarkan bernilai RM591 juta kepada Ecoworld Berhad

    5.      Pada 31 Mac 2014, Bank Islam dan YAB Tan Sri Khalid Ibrahim memaklumkan kepada mahkamah semasa pengurusan kes bahawa kedua-dua pihak bersetuju untuk tidak meneruskan tindakan undang-undang berikutan penyelesaian di luar mahkamah yang telah dicapai

    6.      Pada 23 April 2014, Bank Islam memfailkan circular resolution kepada pemegang saham sebagai sebahagian dari peraturan Bursa Malaysia. Ia turut menyenaraikan perjalanan kes tuntutan baki hutang dari YAB Tan Sri Khalid Ibrahim. Circular resolution itu turut mengesahkan bahawa Bank Islam telah bersetuju menggugurkan tuntutan saman baki hutang dari YAB Tan Sri Khalid Ibrahim walaupun “peguam Bank Islam berpendapat Bank Islam mempunyai kes yang kuat terhadap lawan”

    Setiausaha Politik YAB Tan Sri Khalid Ibrahim sendiri mengakui bahawa Menteri Besar berjumpa dengan Tan Sri Rashid Manaf beberapa kali untuk merundingkan penyelesaian kes hutang beliau. Tan Sri Rashid Manaf adalah bekas peguam Tun Daim Zainuddin dan seorang tokoh korporat yang menguasai Ecoworld dan diketahu rapat dengan Barisan Nasional.

    Oleh yang demikian, adalah menjadi tanggungjawab KEADILAN untuk mengarahkan YAB Tan Sri Khalid menjelaskan:

    1.      Kenapa hutang beliau berjumlah RM70 juta diselesaikan secara tiba-tiba?
    2.      Kenaapa beliau merundingkan penyelesaian ini dengan Tan Sri Rashid Manaf?
    3.      Kenapa Tan Sri Rashid Manaf melalui syarikatnya mendapat manfaat beratus juta ringgit melalui urusniaga tanah dan kontrak pembinaan dari Kerajaan Selangor?

    Sehingga kini, YAB Tan Sri Khalid Ibrahim mengelak dari memberi penjelasan secara telus kepada pimpinan parti lalu meningkatkan lagi keraguan terhadap integriti beliau.

    Oleh sebab itulah, saya tidak hairan beliau menghantar laporan KEADILAN kepada SPRM kerana beliau sendiri tahu sukar untuk SPRM mengambil sebarang tindakan terhadap beliau. Rakyat juga tidak akan lupa bahawa dalam kes penyelewengan dana NFC pun, SPRM dari awal-awal lagi mengumumkan bahawa ia bukan rasuah dan Dato’ Seri Shahrizat Jalil tidak bersalah.

    Tindakan YAB Tan Sri Khalid Ibrahim cuba menggunakan SPRM untuk membersihkan namanya samalah seperti SPRM mengumumkan tiada sebarang penyelewengan berlaku di dalam kes NFC. Apabila fakta mula difahami rakyat, majoriti rakyat Malaysia tidak percaya pun dengan kenyataan SPRM bahawa tiada unsur penyelewengan di dalam kes NFC.

    Sebab itu, bagi saya cara terbaik untuk YAB Tan Sri Khalid Ibrahim membersihkan nama beliau dan mematikan sebarang keraguan terhadap integriti beliau adalah dengan cara berikut:

    1.      Dedahkan secara terbuka terma-terma perjanjian beliau dengan Bank Islam yang membolehkan beliau tidak perlu membayar hutang sebanyak RM70 juta secara tiba-tiba
    2.      Menjelaskan kenapa syarikat yang dikuasai oleh Tan Sri Rashid Manaf mendapat manfaat beratus juta ringgit dari Kerajaan Negeri dalam tempoh sebulan selepas hutang beliau diselesaikan dengan Bank Islam dengan rundingan melalui Tan Sri Rashid Manaf

    Jika pun beliau tidak bersedia untuk mendedahkan terma-terma perjanjian dengan Bank Islam, sepatutnya beliau failkan saman fitnah terhadap saya di dalam mahkamah sebelum membuat laporan kepada SPRM.

    Sehingga kini, beliau tidak mengambil sebarang tindakan mahkamah terhadap saya atau Dato’ Saifuddin Nasution Ismail. Saya percaya ini kerana beliau tidak mahu memberi keterangan bersumpah di mahkamah mengenai perjanjian rahsia beliau dengan Bank Islam.

    Jika beliau tidak ada apa-apa yang disembunyikan, maka beliau sewajarnya mendedahkannya atau menyaman saya di mahkamah sebelum berakhirnya hari Jumaat esok.

      
    RAFIZI RAMLI
    Ahli Parlimen Pandan
    Pengarah Strategi

    7 Ogos 2014


    Kalau TV3, Utusan, RTM sokong Khalid, bermakna Khalid jahat
    Tweet text


    ---------