Sabtu, 7 Oktober 2023
TABEK TUAN !!!
Mohd. Shuhaily beri amaran polis henti bersekongkol dengan sindiket
KUALA LUMPUR – Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman, Mohd. Shuhaily Mohd. Zain memberi amaran keras terhadap pegawai bawahannya supaya berhenti bersekongkol dengan sindiket jenayah.
Mohd. Shuhaily berkata, sama ada pegawai terbabit berubah atau akan dipindahkan.
Amaran itu dikeluarkan kerana akan wujud situasi seorang pegawai sanggup membunuh antara satu sama lain disebabkan wang.
“Perkara ini berlaku disebabkan tiada penyeliaan di bawah (peringkat kontinjen dan daerah) untuk memantau dan melihat cara hidup pegawai dan anggota bawahan mereka.
“Seorang sarjan boleh memiliki Alphard, Vellfire, Mercedes? Apakah pegawai atasan bertanya, ada buat pengisytiharan harta? Benda itu semua sudah ada dalam arahan,” katanya dalam Majlis Amanat Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah di Universiti Sains Malaysia, Pulau Pinang, semalam.
Majlis itu dihadiri oleh Ketua-Ketua Jabatan Siasatan Jenayah (KJSJ) Kontinjen, Ketua-Ketua Bahagian Siasatan Jenayah Daerah (KBSJD) seluruh Malaysia.
Ucapan Mohd Shuhaily tular di media sosial hari ini.
Mohd. Shuhaily berkata, beliau menyedari terdapat penyelewengan yang dilakukan oleh kalangan pegawai dan anggota polis.
“Sebab itu ada antara pegawai dan anggota di bawah penyeliaan anda buat benda merapu-rapu, sebab apa, sebab bosnya sendiri tak ambil port (tak ambil peduli). Bukan setakat tak ambil tahu malah bos pun sama.
“Pergi beli kereta mewah berdua, kau ambil nombor ini, aku ambil nombor ini. Pergi dengan sarjan. Ada tak berlaku? Senyap. Sebab ini memang berlaku dalam pasukan,” katanya.
Beliau memberi amaran kepada semua 130 KBSJD yang gagal menjalankan tugas mengikut arahan pasukan PDRM.
Katanya, pegawai terbabit bukan sahaja akan dipindahkan tetapi juga satu notis cadangan dikeluarkan agar tiada kenaikan pangkat diberikan.
“Ini sebab mereka tidak layak diberi tanggungjawab menyelia orang lain dengan pangkat lebih tinggi sedangkan dengan pangkat sedia ada pun anda gagal,” katanya.
Menurut Mohd. Suhaily, jawatan yang disandangnya bukan menjadikan dirinya lebih mulia atau lebih pandai tetapi akan digunakan untuk melaksanakan amanah yang Allah berikan.-
TABEK TUAN
INI PERTAMA
KALI PEGAWAI
BESAR PDRM
AKUI
ADA ANGGOTA PRDM
KERJASAMA DGN
ORANG JAHAT
AMIN
SELALU KITA
DENGAR POLIS
KAUTIM DGN
TOWKAY LENDIR
TOWKAY DADAH
KONGSI GELAP
AMIN
SEKARANG BETUL
PENDAPAT RAKYAT
KHALAS
DAH LOHE NAK KETAT
Nurul Izzah gesa rapatkan jurang jantina
WOIT
LU JANGAN
PIKIR KOK TU
KAH KAH KAH
BUKAN
DAH LOHE
NAK KETAT
KAH KAH KAH
JENTINA NI
JANTAN BETINA
KAH KAH KAH
KHALAS
MALAYSIA DI SERANG JEREBU
4 kawasan rekod IPU tidak sihat
EMPAT kawasan di Johor dan satu di Negeri Sembilan mencatat bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU) tidak sihat setakat 4 petang ini, berbanding hanya tiga kawasan di Johor, 9 pagi tadi.
Menurut laman sesawang Sistem Pengurusan Indeks Pencemaran Udara Malaysia (APIMS), Jabatan Alam Sekitar, bacaan IPU tertinggi dicatat di Johor adalah di Larkin iaitu 160 diikuti Pasir Gudang (156), Batu Pahat (153) dan Kota Tinggi (123), manakala Nilai, Negeri Sembilan (105).
Pagi tadi, Larkin mencatatkan bacaan IPU 156 diikuti Pasir Gudang (152) dan Batu Pahat (122).
IPU berskala antara 0-50 dikategorikan sebagai sihat, 51-100 (sederhana), 101-200 (tidak sihat), 201-300 (sangat tidak sihat) dan 300 ke atas (berbahaya).
Data IPU itu dikeluarkan setiap jam, berdasarkan 68 stesen pengawasan kualiti udara di seluruh negara. – Bernama, 7 Oktober, 2023.
JEREBU BUAT
KERENAH LAGI
AMIN
APAKAH KALI INI
YANG MEMBAKAR
IALAH SYARIKAT
MALAYSIA ?
AMIN
BOLEH SAMAN
ATAU TIDAK
KHALAS
SELAMAT TINGGAL TALIBAN
Proses kira undi PRK Pelangai bermula
PROSES pengundian bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Pelangai yang bermula 8 pagi selesai selepas semua pusat mengundi ditutup pada 6 petang.
Semua peti undi dari sembilan pusat pengundian melibatkan 30 saluran akan dibawa ke Pusat Penjumlahan Rasmi Undi di Dewan Orang Ramai Felda Kemasul di Bentong sebelum keputusan rasmi diumum, yang dijangka pada 9 malam ini.
Setakat 4 petang, sejumlah 69 peratus telah keluar mengundi pada PRK itu, menurut Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR).
Seramai 16,456 pengundi layak menunaikan tanggungjawab masing-masing termasuk 36 anggota polis dan tiga Pengundi Tidak Hadir Luar Negara.
Bagaimanapun, tiada pusat mengundi awal dibuka walaupun tarikhnya ditetapkan pada 3 Okt selepas SPR mengeluarkan 73 kertas undi kepada yang layak mengundi secara pos pada PRK itu.
PRK Pelangai menyaksikan saingan tiga penjuru antara calon Barisan Nasional Amizar Abu Adam, calon Perikatan Nasional Kasim Samat dan calon Bebas Haslihemly DM Zulhasli yang menggunakan simbol kereta. – Bernama, 7 Oktober, 2023.
SELAMAT TINGGAL
TALIBAN
AMIN
SEMUA LAWATAN BERJAYA
PM Anwar sifatkan lawatan ke UAE berjaya
DALAM SEJARAH
BELUM PERNAH
ADA LAWATAN PM
KE LUAR NEGARA
GAGAL
AMIN
SEMUA BERJAYA
WALAU PUN ADA
YANG BAWA
ANAK BINI
BESAN MENANTU
IKUT SAMA
KHALAS
SPRM JANGAN MAIN SANDIWARA
SPRM siasat peguam berkait pemulihan aset 1MDB
SURUHANJAYA Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) sedang menyiasat pembabitan beberapa individu didakwa terbabit rasuah dan pengubahan wang haram ketika usaha pemulihan aset 1Malaysia Development Bhd (1MDB) oleh kerajaan, lapor media.
Bernama memetik sumber SPRM melaporkan siasatan kes itu turut membabitkan seorang peguam.
“Seorang daripada mereka merupakan peguam didakwa menerima sejumlah wang yang dikatakan dilaburkan di dalam sebuah syarikat pelaburan tidak berlesen yang pernah diambil tindakan oleh Bank Negara Malaysia pada 2021,” sumber itu dipetik sebagai berkata.
Menurut sumber itu lagi, peguam berkenaan juga sebelum ini dikatakan telah dilantik oleh 1MDB bagi menyelesaikan isu aset 1MDB dengan syarikat luar negara.
Katanya, pegawai SPRM telah hadir ke firma guaman itu semalam bagi mendapatkan dokumen berkaitan penyiasatan.
Ketua Pesuruhjaya SPRM Azam Baki hari ini mengesahkan agensi antirasuah sedang menyiasat seorang peguam yang terlibat dalam usaha kerajaan untuk mendapatkan semula aset 1MDB.
Beliau dipetik Malaysiakini sebagai berkata peguam itu merupakan salah seorang daripada beberapa individu yang disiasat mengikut Akta SPRM 2009 dan Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil Daripada Haram 2001.
Azam bagaimanapun tidak menamakan peguam yang sedang disiasat itu.
Beliau dalam pada itu menegaskan kehadiran pegawai SPRM ke premis milik peguam terbabit semalam tidak menyalahi mana-mana akta yang berkuat kuasa kerana pihaknya mematuhi peraturan serta menyedari privasi antara peguam terbabit dengan klien. – 7 Oktober, 2023.
INI BUKAN
TEATER NAK
BEBASKAN NAJIB ?
AMIN
SAJE TANYA
JANGAN MARAH
NANTI MALAON
NI DAPAT DNAA
PULAK
KAH KAH KAH
KHALAS
INI CONTOH BERITA PALSU - FAKE NEWS
Harga makanan naik, sewa dan gaji minimum faktor pengusaha rugi
PENGUSAHA industri makanan mendakwa harga makanan yang melambung tinggi, kenaikan sewa dan gaji minimum baharu menyebabkan mereka mengalami kerugian.
Daripada pemilik restoran, pengusaha gerai di kedai kopi dan pusat membeli-belah hingga kepada penjaja di tepi jalan, kebanyakannya berkata perniagaan semakin sukar untuk bertahan dan mereka mungkin terpaksa tutup kedai kerana beroperasi dengan margin keuntungan yang kecil.
“Kami tidak banyak untung, jadi tiada sebab untuk terus berniaga,” kata mereka.
Ketua unit aduan Persekutuan Selangor dan Persatuan Penjaja Kuala Lumpur, Boon Kok Choon, memberitahu The Malaysian Insight keadaan semasa juga menyukarkan peniaga baharu menceburi bidang perniagaan.
“Jika pendatang baru ini tidak menjana jumlah perniagaan yang diperlukan, maka mereka akan menghadapi kesukaran kerana tidak dapat menampung kos.
“Akhirnya, perniagaan menjadi tidak mampan dan mereka akan terpaksa berhenti,” kata Boon.
Beliau berkata jika harga makanan terus melambung tinggi, lebih ramai pengusaha makanan terpaksa gulung tikar.
Bagi menggambarkan keadaan secara grafik, Boon berkata pada masa lalu apabila terdapat gerai kosong di kopitiam, penjual baharu boleh ditemui dalam masa beberapa hari.
“Sekarang, walaupun tuan kedai menawarkan dua bulan sewa percuma, masih tiada yang mahu.”
Boon berkata ramai dalam industri berasa terperangkap.
“Mereka tidak boleh menaikkan harga menu terlalu mendadak kerana ia akan menyebabkan pelanggan tetap menjauh,” katanya.
“Menaikkan secara minimum supaya tidak menimbulkan kemarahan pengguna, mereka mungkin tidak dapat menjalankan perniagaan kerana tidak akan mendapat sebarang keuntungan. Itulah cabaran yang mereka hadapi.”
Boon berharap kerajaan akan mengambil langkah perlu untuk mengawal harga makanan, mencadangkan Putrajaya mempertimbangkan untuk mengurangkan cukai import ke atas makanan.
Pengerusi Persatuan Penjaja dan Peniaga Kecil Selangor dan Kuala Lumpur Tan Luan Huat menyuarakan sentimen Boon, menggesa Putrajaya menangani “harga yang melonjak” secepat mungkin.
Timbalan Presiden Persatuan Peniaga Kopi, Restoran dan Bar Johor Baru Yong Wa Kong berkata industri itu mungkin perlu melalui transformasi untuk terus hidup.
“Sekarang, bukan sahaja kos makanan yang naik dan memberi banyak masalah kepada kita. Gaji pekerja juga.
“Perbelanjaan keseluruhan kami meningkat dengan ketara. Jika kita terus berpegang pada cara semasa menjalankan perniagaan dan menaikkan harga secawan kopi beberapa sen dengan harapan terus bertahan, ia tidak akan menyelesaikan masalah.
“Transformasi perniagaan adalah satu-satunya cara untuk terus hidup,” katanya sambil menunjuk kepada pembukaan “jenis baharu” kedai kopi dan kafe.
Yong berkata cawangan baharu ini, kebanyakannya bergaya dengan konsep tema, “membolehkan mereka menetapkan harga lebih tinggi” pada menu berbanding kopitiam lama.
“Hanya dengan melabur untuk mengubah kopitiam datuk mereka menjadi kedai bergaya yang menarik minat pelanggan baharu, mereka boleh berharap untuk bertahan
Yong berkata kopitiam tradisional sudah ketinggalan.
“Jumlah mereka akan berkurangan secara beransur-ansur kerana mereka akan mendapati ia amat mencabar untuk terus beroperasi dalam menghadapi trend baharu di kedai kopi,” tambahnya. – 7 Oktober, 2023.
KOMEN
WOIT
INI BERITA PALSU
INI FAKE NEWS
AMIN
WOIT
FAHMI FADIL
SILA HANTAR
KERETA POLIS
KE PEJABAT
PERSATUAN
PENIAGA RUNCIT
AMIN
DAKWA BERI
YANG LAIN JANGAN
BUAT BERITA PALSU
NAK BURUK KAN
KERAJAN MADANI
ANWAR IBRAHIM
KAH KAH KAH
KHALAS
KEKAL NI APA ?
Ringgit dijangka kekal lemah minggu depan
RINGGIT dijangka kekal lemah minggu depan, dijangka diniagakan antara RM4.71-RM4.73 berbanding dolar AS minggu depan.
Ketua Ekonomi dan Kewangan Sosial Bank Muamalat Malaysia Bhd Mohd Afzanizam Abdul Rashid berkata ringgit secara amnya berada pada kecenderungan yang lebih lemah minggu ini apabila data terus menunjukkan ekonomi Amerika Syarikat (AS) dalam kedudukan kukuh.
“Ini akan menyokong nilai dolar AS. Melangkah ke hadapan, ringgit akan terus kekal lemah kerana pembelian dolar AS akan meningkat kerana Kadar Dana Persekutuan AS dijangka kekal tinggi untuk tempoh lebih lama,” katanya kepada Bernama.
Beliau berkata tumpuan pasaran tempatan minggu depan ialah pembentangan Belanjawan 2024.
Pada asas Jumaat ke Jumaat, ringgit melemah berbanding dolar AS kepada 4.7115/7155 daripada 4.6930/6970 yang direkodkan dalam minggu sebelumnya.
Sementara itu, ringgit diniagakan bercampur-campur berbanding mata wang utama lain.
Ia menokok berbanding euro kepada 4.9720/9763 daripada 4.9802/9845, susut berbanding yen Jepun kepada 3.1612/1641 daripada 3.1482/1511, melonjak berbanding pound Britain kepada 5.7494/7543 daripada 5.7522/7571 sebelumnya.
Ringgit juga diniagakan bercampur-campur berbanding mata wang Asean.
Unit tempatan naik berbanding baht Thailand kepada 12.7200/7367 daripada 12.8808/8964 dan menambah berbanding rupiah Indonesia kepada 301.7/302.1 daripada 303.5/303.9, Jumaat lepas.
Sementara itu, ringgit merosot berbanding dolar Singapura kepada 3.4458/4493 daripada 3.4457/4489 dan rendah berbanding peso Filipina kepada 8.32/8.33 daripada 8.29/8.30. – Bernama, 7 Oktober, 2023.
WOIT
KEKAL NI APA?
KAH KAH KAH
BUKANKAH KITA
ADA MENTERI
KEWANGAN BARU
JENG JENG JENG
KITA DAH LANTIK
RAJA BOMOH
UNTUK SELESAI
MASALAH EKONOMI
KAH KAH KAH
KHALAS
AGAMA TAK PERLU ORANG TENGAH
AGAMA
TAK PERLU
ORANG TENGAH
AMIN
Unknown commented on
"JANGAN SUSAHKAN ORANG ASLI"
Kah kah kah.... Nabi Muhammad tak dak kad pengenalan. Nabi Muhammad kira Islam tak? Kah kah kah.... Vila agama tohan dirompak manusia beginilah jadinya... Asalnya antara diri dan tohan. Sekarang dah ada orang tengah...
TANGKAP AZAM BAKI
TANGKAP
AZAM BAKI
KAH KAH KAH
KHALAS
Unknown commented on
"SERBU JANGAN TAK SERBU !!!"
Hmmm...ini negara sprm kawal..mana janji mat formula kata nak tangkap boss sprm...bro tt..mungkin dajal dah nak Keluar kot..
HARI INI
HARI INI
SABTU 7 OKTOBER 2023
HARI INI
HARI MENGUNDI
DI PRK PELANGAI
LEPAS JAM 8 SEMUA
TUTUP KITAB
KAH KAH KAH
GUA RAMAL
MELAYU PENCURI
AKAN MENANG
MELAYU ISLAM SOKONGAN
BERAMBAH
HEBOH HAL BERAS
HEBOH HAL GULA
HEBOH HAL BARANG MAKANAN
HARGA NAIK
TUDUH MENUDUH
INI ISU DUNIA
WAJIB CARI JALAN SELESAI
BUKAN TIBAI MENIBAI
AMIN
AMERIKA
TRUMP CADANG AHLI
KONGRES REPUBLIKAN
GARIS KANAN TEGAR
UNTUK JADI TUAN SPEAKER
YANG BARU
PERANCHIS
KAH KAH KAH
KOTA PARIS KENA SERANG
KAH KAH KAH
DALAM PANGGUNG
DALAM METRO
DALAM BAS
DALAM KATIL BILIK HOTEL
BANYAK KEPINDING
KAH KAH KAH
PERANCHIS DI SERANG
KEPINDING
NAMA LAINNYA PIJAT PIJAT
KAH KAH KAH
PAKISTAN
LANGAKAH TEGAS
KERAJAAN AKAN HALAU
1.7 JUTA AFGHANIS
YANG DUDUK HARAM DI PAKISTAN
INI KERANA MEREKA
DI SYAKI TERLIBAT
MENGEBOM DI SANA SINI
KAH KAH KAH
DULU PAKISTAN JUGA
YANG WUJUDKAN TALIBAN
HOKKIEN
PAGI INI CERAH SEGAR BASAH
HUJAN LEBAT PETANG KELMARIN
WOW
ABANG KAWASAN MARAH
TAK TAK DAN EZI
MELINTAS KAWASAN MEREKA
ENAM EKOR DATANG MENYERANG
NASIB BAIK TAK JADI PERANG
HARI INI
GUA RASA AKAN PANAS
DAN HUJAN PETANG
GUA NAK KE CHOW KIT
RUTIN MINGGUAN GUA
NAK TENGOK
BUAH MANGGIS
BUAK RAMBUTAN
BUAH DUKONG GANU
ADA LAGI TIDAK
HARGA MURAH
3 KG 10 RINGGIT
AMIN
BRO
SENYUM
KITA SAMBUT SABTU
DENGAN SENYUMAN
BRO
LAKUKAN LAH
APA SAJE
ASALKAN YANG BAIK
BRO
JANGAN MALAS MEMBACA
JIKA MALAS KENA TIPU
BRO
AWAS
JANGAN CEPAT NAK JADI KAYA
NANTI KENA SCAM
AMIN
LAKUKAN SEKARANG
LAKUKAN HARI INI
SELAMAT BERCUTI
Langgan:
Catatan (Atom)