KITA BERHIMPUN DI STADIUM KELANA JAYA
BERSIH ROCKS
KENYATAAN AKHBAR
8 OKTOBER 2012:
JANGAN JADI HIPOKRIT!
HENTIKAN KERJASAMA KETENTERAAN DENGAN AS!
Parti Sosialis Malaysia (PSM) mengutuk sekeras-kerasnya tindakan kerajaan BN membenarkan kapal perang Amerika Syarikat (AS) berlabuh di tanah perairan negara kita. Tindakan ini hanya akan memperkukuhkan militarisasi di rantau ini dan menggugat kedaulatan negara kita.
Tindakan BN cukup hipokrit kerana di dalam negara, kerajaan BN meningkatkan usaha untuk memburu Suaram dengan pelbagai tomahan berkenaan dengan penerimaan dana luar negera. Tetapi di sudut yang lain pula, kerajaan dengan tangan terbuka menerima lawatan mesin perang AS ke negara kita.
Sebelum ini, banyak kali kapal perang AS pernah melawat Malaysia dan media suruhan UMNO-BN yang kononnya bersemangat “patriotik” tidak pernah mengkritik aktiviti sebegini akan menjejaskan kedaulatan negara kita.
USS George Washington, sebuah kapal induk pesawat udara, dilengkapi senjata nuklear sedang melakukan lawatan selama lima hari di Pelabuhan Klang, dengan tujuan kononnya “mempromosikan kerjasama dan hubungan dua hala antara AS dan Malaysia”. Kapal induk pesawat udara ini pernah terlibat dalam beberapa operasi ketenteraan bertujuan untuk melaksanakan agenda imperialis AS dan melindungi kepentingan kapitalisme global yang diketuai oleh AS. Operasi-operasi tersebut termasuklah pengeboman Iraq pada Disember 1998, “Operation Enduring Freedom” yang mewujudkan keganasan yang serius di banyak negara dan juga operasi di Teluk Parsi. Aktiviti hubungan awam semasa lawatan kapal perang AS di Malaysia hanyalah usaha tentera AS untuk menghiasi imej tentera AS.
Dengan membenarkan tentera AS memasuki kawasan laut dan tanah Malaysia, dan juga mewujudkan kerjasama ketenteraan yang rapat, hanya akan membantu untuk memperkuatkan usaha imperialis yang diketuai oleh AS untuk menguasai rantau Asia secara politik-ekonomi, demi mempertahankan usaha kapitalis global yang menjana keuntungan daripada penderitaan rakyat 99%.
Maka, PSM dengan sekeras-kerasnya mengutuk tindakan terdesak kerajaan Najib mengadakan hubungan ketenteraan dengan AS dan menyeru::
· Kerajaan Malaysia tidak membenarkan sebarang kapal perang AS berlabuh atau mengadakan sebarang aktiviti di tanahair kita.
· Kerajaan Malaysia menghentikan segala kerjasama dengan AS
· Kerajaan Malaysia menghentikan rundingan TPP, FTA dengan AS
- Kerajaan AS menutup semua bekalan tentera luar negaranya di seluruh dunia
KITA BERHIMPUN STADIUM KELANA JAYA
BERSIH ROCKS