Selagi Umno 'masih hidup', pembangkang hanya bermimpi
SHAH ALAM - "Pembangkang sememangnya amat sedar bahawa selagi Umno 'masih hidup', mereka hanya akan bermimpi dan memasang angan-angan untuk menguasai negara ini," tegas Ketua Umno Cheras, Tuan Haji Syed Ali Al-Habshee.
Ujar Syed Ali lagi, sebab itulah, dengan apa cara sekali pun mereka akan cuba dan akan terus melakukan serangan provokasi untuk memburukkan kepimpinan negara terutama membabitkan kedudukan Najib selaku Perdana Menteri dan Presiden Umno.
"Malah agak keterlaluan dan ironisnya, ada pemimpin pembangkang menyalahkan Najib di atas semua perkara dan mala petaka yang berlaku di negara ini termasuk dalam isu kematian di Johor baru-baru ini," katanya petik blog Umno Bahagian Cheras hari ini.
Saman, saman, saman... Jangan tak saman! | SHAHBUDIN HUSIN
Pas dilaporkan mahu menyaman Husam Musa berhubung dakwaannya bahawa parti itu menerima dana RM90 juta daripada Umno melalui transaksi akaun di Affin Bank Bhd.
Timbalan Presiden Pas, Tuan Ibrahim Tuan Man menyifatkan dakwaan Husam itu sebagai fitnah jahat yang merupakan sambungan rantaian apa yang pernah didakwa oleh Sarawak Report sebelum ini.
"Pas akan mengambil tindakan undang-undang terhadap Husam sebagaimana kita ambil tindakan kepada Sarawak Report," kata Tuan Ibrahim lagi.
Dulu ketika Sarawak Report mula-mula menyiarkan dakwaan berkaitan dana RM90 yang diterima Pas itu, Tuan Ibrahim juga yang paling awal membuka mulut dengan menyifatkannya sebagai fitnah, tidak benar dan berniat jahat.
Kali ini, apabila Husam membuat dakwaan dalam ceramahnya di Kelantan beberapa hari lalu berkaitan penyaluran wang itu dilakukan melalui Affin Bank, sekali lagi Tuan Ibrahim juga yang mula-mula bersuara mengenainya.
Kenapa Tuan Ibrahim saja yang paling awal bersuara sedangkan Husam sudah membuat dakwaan itu sejak beberapa hari lalu dalam ceramah yang diadakannya di Kelantan, bahkan videonya juga mudah ditonton melalui internet?
Di mana Tuan Haji Hadi Awang sendiri, Tuan Haji Mohd Amar Nik Abdullah, Tuan Haji Nasaruddin Tantawi atau Tuan Haji Nik Abduh Nik Aziz dalam menafikan dakwaan yang dibuat Husam itu?
Dalam video tersebut, Husam bukan saja mendakwa duit RM90 juta itu disalurkan melalui Affin Bank, malah berjanji untuk mendedahkan lagi maklumat mengenainya menjelang pilihan raya umum akan datang.
"Jadi masa piliha nraya esok-esok kita buat tubiklah (keluarkan maklumat mengenai wang melalui Affin Bank itu) kalau dia (Pas) dengan Umno.
"Kalau dia tidak dengan Umno, Umno yang buat tubik (keluarkan maklumat itu)," kata Husam lagi.
Jika benar apa yang disebut Husam itu, bermakna bukan saja Penasihat Amanah Kelantan itu yang ada maklumat mengenai wang yang didakwa disalurkan kepada Pas melalui Affin Bank, malah ia juga berada dalam genggaman Umno.
Ini sudah bahaya beb...
Tiada lain, hanya satu cara saja untuk Pas membersihkan namanya sekarang ini iaitu segera menyaman Husam. Biar di mahkamah nanti Husam mendedahkan segala bukti-bukti berdasarkan apa yang pernah disebutnya itu.
Jika dapat menunjukkan bukti, maka di pihak yang benarlah Husam, manakala jika sebaliknya, bersihlah pula nama Pas.
Tetapi, ia mesti dimulakan dengan Pas terlebih dahulu menyaman Husam. Kalau tidak berani atau berlengah-lengah mengambil tindakan saman terhadap Husam, keyakinan ramai ialah mungkin benar Pas ada menerima wang daripada Najib atau Umno sebagaimana yang didakwa itu.
Seperti kes saman Pas terhadap Sarawak Report, setelah sekian lama iaitu sejak Ogos 2016 portal tersebut menyiarkan berita berkaitan dana RM90 juta itu, notis tuntutan meminta maaf dan menarik balik artikel sebaliknya hanya dihantar kepada editornya, Claire Brown pada 13 Disember yang lalu.
Meskipun diberi tempoh seminggu untuk memberi respon dan Sarawak Report tidak mengendahkan notis tuntutan itu yang bermakna ia sedia berjumpa di mahkamah, malangnya sehingga menjelang pertengahan Februari 2017 sekarang ini, masih juga tiada khabar berita mengenai saman tersebut.
Maka, di mana-mana orang mula bertanya, Pas mahu saman atau tidak sebenarnya?
Kenapa mengambil masa begitu lama dan bertangguh lagi sedangkan alasan sambutan Krismas di London yang dikatakan berlarutan sehingga pertengahan Januari yang menyebabkan urusan saman tertunda sebelum ini sudah pun lama berlalu?
Janganlah pula dalam mahu menyaman Husam ini, Pas mengambil masa yang begitu lama juga seperti mana yang dilakukannya kepada Sarawak Report itu.
Pas kali ini hanya ada satu pilihan terhadap Husam jika benar ia tidak pernah menerima wang RM90 juta itu. Saman, saman, saman dan jangan tak saman!
Jika tidak, seperti mana yang disebut Husam, kalau bukan beliau, Umno yang akan mendedahkannya menjelang pilihan raya nanti.
Mula mula lawat Batu Caves lah... Kalau juta orang tawaf terus tenang hati , cuba lah lawat Batu Caves dan tawaf tuh exercise saja Sana ada banyak orang boleh jumpa bagi idea idea bernas macam mana nak hidup di bawah naungan kuasa dunia ke tiga....
Lepas tuh pergi Gua Tempurung kat Ipoh nun... tengok orang jalan ke hulu ke hilir bawak kepala tempurung kosong.... Kala dah tempurung kosong , Orang UTAN pun layak jadi ketua manusia Boleh biat renungan juga...
bukan senang nak jadi Orang UTAN di kalangan bahalol bahalol bilyon dan jutaan. Mungkin lepas tuh boleh buka KURSUS ikat SERBAN bagi Orang UTAN....
NatGeo Channel akan datang sama CNN buat TT jadi Anthony BORDAIN AL JELEBU pulak. Semua mungkin kalau masih ada nyawa lagi. on DILARANG KELUAR NEGARA - MINTA BANTUAN
NOH OMAR DAN UMNO GAGAL POHON MAAF KEPADA RAKYAT SELANGOR
Telah pon seminggu berlalu prilaku biadap Tuan Haji Jamal Yunos membawa Van Jenazah dan Keranda untuk berdemo dihadapan Bangunan Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor(SUK). Dan masih tiada satu pun permohonan maaf dari mana-mana pemimpin Umno, hatta dari Tuan Haji Noh Omar sekalipun. Seolah-oleh mereka menyekutui prilaku biadap dan sumbang yang dibawa oleh Jamal.
Adakah semua pemimpin Umno Selangor sudah hilang nilai moral dan kesiuman bila Jamal berprilaku demikian? Malahan tindakan Noh Omar yang mempertahankan Jamal sebelum ini dilihat begitu mendukacitakan. Umum mengetahui Jamal adalah Ketua Umno Sungai Besar. Semua pemimpin Umno Selangor membisu dan kelu walaupun sudah seminggu insiden ini berlaku.
Mempermainkan van jenazah dan keranda dengan niat mempersendakan adalah sesuatu yang diluar norma ketatasusilaan masyarakat bertamadun. Oleh kerana tiada seorang pon pemimpin Umno tampil membidas Jamal, apatah lagi memohon maaf. Saya menganggap Umno Selangor sebagai meraikan kebiadapan.
Oleh sebab itu saya meminta seluruh rakyat Selangor untuk menolak terus semua calon dari Umno yang bertanding di Selangor kerana mereka gagal mengawal kebiadapan ahli mereka.
1. Setelah saban minggu, semenjak dari awal operasi tim DJKL kami sering menghadapi masalah logistic untuk urusan-urasan mingguan DJKL. Kini kami merasakan keperluan untuk kami memiliki pengangkutan sendiri bagi melicinkan lagi urusan mingguan DJKL.
2. Banyak program-program lain yang sedang berjalan dan sedang dirancang. Antaranya seperti projek kelas tuisyen bersama anak masyarakat temuan di SK Bukit Lanjan iaitu kelas Jati, yang turut memerlukan bantuan pengangkutan untuk menggerakkan sukarelawan & melincinkan operasi kelas Tuisyen
3. Dari 11 februari hingga 30 April 2017. Durasi 79 hari kempen. Kami mensasarkan Van second hand (Jenama Hiace) dengan anggaran jumlah RM 50k untuk dikumpul.
4. Setiap sumbangan untuk setiap pakej akan disertakan cenderamata seperti yang tertera dalam poster. Sumbangan-sumbangan ini akan diserahkan dalam tempoh sebulan selepas tamat tempoh kempen. (Anggaran hingga hujung Mei / awal Jun)
5. Transaksi hendaklah dilakukan melalui akaun bank rasmi DJKL –
CIMB: SPKL collective
Akaun: 800 172 7849
6. Emailkan bukti transaksi (resit) ke editorial.djkl@gmail.com berserta details NAMA PENUH, NO TELEFON, ALAMAT SURAT MENYURAT atau details ini boleh diisi di Google Forms #danaBakti
7. Anda juga boleh membuat pendanaan terus dengan cara berjumpa kami setiap ahad dari jam 2 petang hingga 7 malam di Bangsar atau di Jalan Panggung. Menyumbang pada hari itu & terus boleh bantu sumbang tenaga.
8. Jika ada sebarang pertanyaan mengenai kempen ini boleh hubungi number tak rasmi kami – 0197982869 (sidikin) atau 0192671285 (ezzuandi) atau email ke editorial.djkl@gmail.com
9. Banyak yang sedang dirancang, banyak yang sedang diatur. Van ini akan menjadi sebahagian dari gerak kerja utama kami nanti. Sokongan dari anak semua bangsa amat kami harapkan!
KAD Diskaun Siswa 1Malaysia (KADS1M Debit) yang diperkenalkan kerajaan mulai tahun ini mencetus pertikaian dalam kalangan pelajar universiti.
Mulai 16 Februari lalu, semua pelajar Institut Pengajian Tinggi (IPT) wajib memohon secara online untuk mendapatkan KADS1M bagi menggantikan baucar buku 1Malaysia.
Kad debit pelajar ini berjumlah RM250 hanya boleh digunakan untuk membeli bahan ilmiah sahaja di kedai buku yang terpilih.
Bagaimana pun, kalangan pelajar mempertikaikan bayaran tahunan sebanyak RM5 dikenakan oleh Bank Rakyat, bank yang mengendalikan kad debit pelajar ini, terhadap setiap pemohon.
Dengan 1.2 juta pelajar IPT yang memohon kad debit berkenaan, Bank Rakyat dipercayai akan memperoleh hasil bayaran RM6 juta setahun.
"Ini belum termasuk lagi baki minimum RM10 yang wajib disimpan dalam akaun masing-masing, sekali gus membolehkan Bank Rakyat mempunyai aliran wang tunai sebanyak RM12 juta.
"Apabila ditambahkan dengan bayaran permohonan sebanyak RM6 juta, Bank Rakyat sekurang-kurangnya sudah memperoleh RM18 juta setahun.
"Kesemua wang ini adalah daripada pelajar IPT, " kata seorang ketua hal ehwal pelajar dari sebuah IPTS kepada China Press.
Kesian TT tak dapat keluar negara tapi Makhluk Asing begitu mudah masuk ke Malaysia.contoh salah sorang Dalang Pembunuh Jong Nam senang senang masuk Malaysia atas alasan bekerja dengan syarikat tempatan tapi tak pernah Masuk Bertugas dan tak diberikan Gaji.
Apa Pihak Immegresen Malaysia buat.tu baru sorang yang beribu ribu masuk dengan alasan yang sama alahai Negara ku Malaysia jadi Hub Penjenayah Penyamun berlonggok. on DILARANG KELUAR NEGARA - MINTA BANTUAN
KUALA LUMPUR: Aktivis politik Hishamuddin Rais dihalang daripada keluar negara ketika mahu menaiki pesawat ke Korea Selatan di Lapangan Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) malam tadi.
Menurut Hishamuddin, beliau ditahan di pintu imigresen sewaktu mahu menaiki pesawat ke Seoul menggunakan penerbangan Malaysia Airlines (MAS).
"Saya mahu kerajaan menjelaskam sebab saya tidak dibenarkan ke luar negeri," katanya melalui satu kenyataan media.
Menurut Hishamuddin, beliau dijemput ke Korea Selatan melalui Forum Asia dari People Solidarity for Participatory Democracy (PSPD) Korea.
Katanya, tujuan jemputan ini adalah untuk menjadi pemerhati kepada satu Perhimpunan Rakyat yang terdiri daripada pekerja buruh, NGO, pelajar, seniman dan para demokrat Korea Selatan.
KUALA LUMPUR: Malaysians who discredit or ridicule the Government in whatever way can be barred from travelling overseas for three years.
Those who disparage the Government while abroad will also be barred from travelling abroad again for three years upon their return.
A source said that the Immigration Department had enforced this ruling several months ago in a move to safeguard the country’s image.
“Anyone who runs down the Government or ‘memburukkan kerajaan’ in any manner will be barred from going abroad.
“Only the Immigration Department director-general will be authorised to look into their appeals,” he said, adding that the department would act once there was a request from enforcement agencies such as the police.
Immigration director general Tuan Haji Sakib Kusmi, in an email reply to The Star, confirmed the existence of such a provision, adding that the ownership of a Malaysian international passport was a privilege and not a right.
“The Malaysian international passport is a travel document issued by the Government under the aegis of the Yang DiPertuan Agong.
“So, the Government has the discretion to either issue, defer or revoke the travel document,” he said.
Sakib could not provide statistics on the number of Malaysians who have been barred from leaving the country for discrediting or ridiculing the Government.
Dapatkan Buku Terbaru Hisham, hubungi 012-664-8873 Hadi
BUKU TERKINI
KEGANASAN, PENIPUAN & INTERNET (hegemoni media daulah pecah) Edisi/Cetakan Kedua
Rampaian tulisan-tulisan Hishamuddin Rais dari Malaysia Kini, Oriental Daily, Malaysia-Today, Suara Keadilan
Lima bulan dari Mei hingga Oktober 2008. Tersenarai 10 buku non-fiksyen tempatan. TERLARIS di toko buku MPH. Masih lagi TOP TEN BEST SELLER hingga kini
Buku boleh didapati di semua kedai-kedai buku Kinokuya, Borders, MPH, Popular Book Store, RiceCooker Annex Central Market atau datang ke Bau Bau Cafe Central Market