Selasa, 15 November 2022

BENTUK SENI PERJUANGAN



BENTUK SENI

PERJUANGAN

KHALAS

MUHYIDIN TIBAI TAKIYUDDIN


Takiyuddin tiada mandat runding kerajaan gabungan dengan BN, kata Muhyiddin

PERIKATAN Nasional (PN) berhasrat membentuk kerajaan sendiri tanpa perlu bergabung dengan Barisan Nasional (BN) atau Pakatan Harapan (PH), kata pengerusinya Muhyiddin Yassin.

Beliau menafikan kenyataan Setiausaha Agung PAS Takiyuddin Hassan bahawa PN sedia bergabung dengan BN untuk membentuk kerajaan selepas Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15), Sabtu ini.

“Tujuan Perikatan Nasional bertanding dalam PRU15 adalah untuk membentuk kerajaan tanpa perlu bergabung dengan Barisan Nasional atau Pakatan Harapan.

“Saya sebagai Pengerusi Perikatan Nasional tidak pernah memberi mandat kepada Datuk Seri Takiyuddin Hassan, setiausaha agung PAS, untuk berunding dengan Barisan Nasional bagi tujuan membentuk kerajaan selepas PRU15,” katanya, dalam satu kenyataan ringkas.

Muhyiddin juga berharap dengan izin Allah dan sokongan rakyat, PN akan menang jumlah kerusi yang cukup untuk membentuk kerajaan di Putrajaya dan negeri-negeri yang mengadakan pilihan raya hujung minggu ini.

Takiyuddin sebelum itu dipetik media berkata PN yakin dapat membentuk kerajaan hasil gabungan dengan parti lain, terutama BN.

“Saya yakin kita dapat bentuk kerajaan persekutuan sama ada kita sendiri atau gabungan dengan pihak lain termasuk BN,” katanya selepas berceramah di Ketereh, Kelantan malam tadi.

Beliau malah memetik Presiden PAS Abdul Hadi Awang berkata PN dan BN boleh bergabung selepas PRU15, kalau tidak dapat berbuat demikian sebelum pilihan raya.

Takiyuddin juga berkata PN tidak akan bergabung dengan PH walaupun perlu.

“Rujukan pertama kita adalah BN, bagaimanapun sebarang perbincangan belum dibuat sepanjang tempoh berkempen ini namun saya yakin BN akan terima.

“Perbincangan dulu sudah ada, namun ketika kita tidak bersama pun kita ada maklum mungkin kita boleh bersama selepas PRU15,” katanya, dipetik BH Online.

PN diasaskan PAS dan Bersatu yang memegang kuasa dengan BN pimpinan Umno berikutan kejatuhan kerajaan PH pada Februari 2020.

PAS sebelum itu membentuk kerjasama dengan Umno atas nama Muafakat Nasional sejak September 2019. Kerjasama itu lumpuh selepas PAS memilih untuk bersama Bersatu dalam PN.– 15 November, 2022.   

MUHYIDIN 

NAK JADI PM

SEKALI LAGI

KAH KAH KAH

ABAH KAU NAK

MASUK PUTARJAYA

KAH KAH KAH

JELAS MUHYIDIN

LEBIH HEBAT

DARI MAIL BERA

MI SPIK NO INGLIS

KAH KAH KAH

MUHYIDIN JELAS

TAK KOMPROMI

DENGAN PENCURI

AMIN

TANPA MUHYIDIN

NAJIB TAK MASUK

KE PENJARA

AMIN

NASIB ABAH

KURANG BAIK

MASA JADI PM

MAT KOBID

MENGGANAS

KHALAS

KERUSI RAKYAT



‘Kerusi Rakyat’ Karya Hishamuddin Rais Jadi Simbolik Perjuangan Tian Chua Di Batu

PRU15 | Lapan kawasan di parlimen Batu dihiasi dengan hasil seni ‘Kerusi Rakyat’ karya aktivis masyarakat, Hishamuddin Rais.

Calon Bebas, Tian Chua berkata karya tersebut direka khas bagi menyatakan aspirasinya utuh untuk menjaga rakyat di kawasan Batu yang pernah disandangnya selama dua penggal pada tahun 2008-2018.

“Karya ini dilancar hari ini sempena Pilihanraya Umum ke-15. Ia adalah strategi kreatif yang dikemukakan kepada pengundi dari aspek promosikan seni dan budaya kemasyarakatan.

“Rakyat adalah penentu dan pemilik kedudukan politik negara. Idea yang dimaksudkan dalam karya seni ini konsisten dengan iltizam dan cogankata kempen saya, iaitu ‘Kerusi untuk Rakyat ‘ (the People’s Seat). Simboliknya, “kerusi” adalah lambang yang saya tandingi,” katanya dalam pelancaran Kerusi Rakyat pada Isnin.

Menurut Tian lagi, perjuangan beliau kepada masyarakat di Parlimen Batu disampaikan secara simbolik dengan utuhnya asas kerusi ini.

“Permasalahan harian rakyat menjadi keutamaan saya yang dilambangkan dengan tempat duduk dan tempat sandar Kerusi Rakyat.

“Ianya simbolik untuk penyelesaian segera pada permasalahan harian mereka hinggalah semua pihak berpuas hati,” katanya.

Untuk rekod, karya seni yang berukuran tinggi 12 kaki dan lebar 20 kaki dan diperbuat daripada kayu itu dipasang di lapan lokasi berbeza iaitu di Sky Awani Residence; Sentul Pasar; Jalan Ipoh Batu 3; Jalan Ipoh Batu 5; Lotus’s Selayang; Petronas Jalan Kuching; Taman Seri Murni dan Bandar Baru Sentul.

SENI SEMIOTIK

DAN POLITIK

TIDAK ADA

PEMISAH

AMIN

KHALAS

BANJIR SUDAH SAMPAI


Hampir 3,000 mangsa banjir berlindung di 28 PPS di 6 negeri


SERAMAI 2,984 mangsa banjir di enam negeri masih berlindung di 28 pusat pemindahan sementara (PPS), setakat pagi ini.

Di SELANGOR, laman web InfoBencana Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) memaklumkan jumlah mangsa banjir di negeri itu meningkat semula kepada 163 mangsa daripada 46 keluarga pagi ini berbanding 126 mangsa membabitkan 36 keluarga, malam tadi.

Sebanyak tiga pusat pemindahan sementara (PPS) masih beroperasi iaitu Sekolah Kebangsaan (SK) Sungai Sireh; Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Jeram dan Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) Yuk Chih Batang Berjuntai.

DI MELAKA, seramai 66 orang daripada 21 keluarga berada di tiga PPS setakat 8 pagi ini berbanding 51 orang daripada 16 keluarga, pada 8 malam tadi.

Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Melaka dalam kenyataan memaklumkan PPS di pejabat Jawatankuasa Pembangunan dan Penyelarasan Dewan Undangan Negeri (Japerun) Kesidang menempatkan sembilan mangsa dari tiga keluarga dari Melaka Tengah.

PPS Balai Raya Kampung Gadek dan Dewan Japerun Durian Tunggal pula masing-masing menempatkan seramai 12 mangsa daripada enam keluarga serta 45 mangsa daripada 12 keluarga.

Di KELANTAN, portal Info Bencana Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) melaporkan jumlah mangsa banjir kekal seperti malam tadi iaitu 2,124 orang daripada 713 keluarga setakat 9 pagi ini dan ditempatkan di lapan PPS di Pasir Mas.

Sementara itu, mengikut laporan https://publicinfobanjir.water.gov.my/, Sungai Golok di Rantau Panjang, Pasir Mas merekodkan bacaan melepasi paras bahaya dengan bacaan 9.13 meter namun dalam trend menurun berbanding 9.34 meter, malam tadi.

Di KEDAH, seramai 61 penduduk dari daerah Kulim dan Baling dipindahkan ke dua PPS ekoran banjir kilat yang berlaku selepas hujan lebat selama dua jam, malam tadi.

Pegawai Pertahanan Awam Daerah Kulim Kpt (PA) Amirul Aliff Ahmaf berkata seramai 42 mangsa daripada 11 keluarga dipindahkan ke PPS Masjid Sungai Seluang manakala 19 mangsa daripada tujuh keluarga dipindahkan ke PPS Surau Ittifaqih dalam daerah Baling yang dibuka pada 7.30 malam tadi.

Dalam pada itu, laman web rasmi Public InfoBanjir, Jabatan Pengairan dan Saliran melaporkan Sungai Padang Terap di Kampung Kubu, Padang Terap telah mencatatkan bacaan 13.14 meter dan melebihi tahap bahaya (13.02m) dengan trend menaik setakat 8 pagi ini.

Di JOHOR, empat daerah masih terjejas dengan banjir kilat iaitu Tangkak, Kluang, Segamat dan Pontian, yang menyaksikan peningkatan mangsa kepada 335 orang setakat 8 pagi ini berbanding 318 orang, malam tadi.

Jawatankuasa Pengurusan Bencana Daerah (JPBD) dalam kenyataan memaklumkan kesemua mangsa yang terdiri daripada 85 keluarga itu ditempatkan di enam pusat pemindahan sementara dan cuaca di beberapa daerah turut dilaporkan mendung termasuk Muar, Johor Bahru dan Kluang.

Di PERAK, seramai 235 mangsa banjir masih berada di enam PPS di seluruh negeri sejak pagi tadi, dengan terdapat dua PPS baharu dibuka di Perak Tengah selepas daerah itu dilanda banjir akibat limpahan air Sungai Perak.

PPS baharu itu ialah melibatkan Surau Nurul Jannah Kampung Parit Enam Layang-Layang Kiri dan PPS Sekolah Kebangsaan (SK) Simpang Tiga, Parit. – Bernama, 15 November, 2022.

WOIT

INI MENGUNDI

DALAM BANJIR

AMIN

INI YG DIMINTA

OLEH ZAHID

AMIN

ZAHID HARAP

PENGUNDI TAK

RAMAI TURUN

AMIN

BILA TAK RAMAI

BN MENANG BESAR

KHALAS

DEMI KEBENARAN SEBAR PENCERAHAN


DEMI 

KEBENARAN

SEBAR 

PENCERAHAN

KHALAS

Unknown commented on 
"RAFIZI AKAN DISAMAN"

bro tt..rafizi ni politikus..ramai rakyat marah dgn politikus.lu sendiri ckp kita tidak bole serahkan masa depan diri kpd politikus.tapi gua pelik dgn lu bila lu dijemput utk berckp mengenai politik malaysia.ana kunfius bro..ada yg kata rafizi ni angkuh,blum jd kerajaan dah angkuh dgn wartawan MalaysiaNOW..MalaysiaNOW plak lidah pengarang Azmin ali pengkhianat..azmin ali pun politikus, artikal lu disiarkan dimedia politikus..adusss

AGONG BERTITAH



Keputusan pelantikan PM dalam masa terdekat, titah Agong

YANG di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah bertitah baginda akan membuat keputusan mengenai pelantikan perdana menteri tidak lama lagi.

Baginda yang menemui media hari ini di luar Istana Negara menggesa orang ramai supaya bertenang dan menerima keputusan yang dibuat.

“Saya baru balik, nak tengok siapa ada majoriti. Saya tidak boleh mendedahkan apa-apa kerana saya belum melihat apa-apa lagi. Kena bersabar.

“Terima keputusan rakyat, wakil rakyat dan juga keputusan Agong.

“Perlu rasional, kita perlu bergerak ke hadapan. Kita harus maju untuk negara tercinta.

“Biarlah saya buat keputusan dalam masa terdekat,” titah baginda kepada pemberita apabila tarikh akhir untuk mengemukakan nama bagi jawatan perdana menteri yang ditetapkan oleh pihak Istana sudah tamat pada pukul 2 petang.

Agong memberikan Perikatan Nasional, Pakatan Harapan dan BN untuk mengemukakan sokongan dan pilihan mereka untuk calon perdana menteri.

Pada Sabtu PH memenangi 82 kerusi Parlimen diikuti Perikatan Nasional (PN) dengan 73 dan Barisan Nasional dengan 30.

Ini mengakibatkan Parlimen tergantung kerana kedua-dua pakatan tidak mencapai majoriti mudah 112 kerusi untuk membentuk kerajaan Persekutuan baharu. – 22 November, 2022.


HATI BERDEBAR

KITA BERSABAR

INI NAMANYA

KEBIASAAN BARU

AMIN

OUR NEW 

NORMAL

KHALAS

BELI WATIKAH


TAK SEKOLAH

TAPI KAYA

BOLEH BELI

WATIKAH

KHALAS

Awaiting moderation
Unknown commented on
 "INDIA TAK SEKOLAH"
kj lawan india tak sekolah tapi ada duit?? gua mcm pernah dgr je ayat ni.lu cite pasal samy vellu ke? ghafar baba ke?pendekar mabuk todi pasir salak ke??jgn lupa bro, PH yg umumkan calon dulu..kalo betul hero oxford, boleh je tanding dgn rafizi atau anwar..lagi hero lagi lawan zahid hamidi jd calon bebas..hang kata hang terreer...g mampos la dgn parti..tgk mcm shahidan kasim..dibuang bn ,dikutip pn..kj pun boleh buat apa? kata menantu abah ada telur oxford.

NEGARA KAYA PUNCA MALAPETAKA CUACA



MALAPETAKA

CUACA PUNCA

NEGARA KAYA

AMIN

KINI DIBAYAR

OLEH WARGA MISKIN

KHALAS

FORUM ANTIFA - BANGUN LAWAN FASISMA



FAHAMAN

RASIS & FASIS

SEDANG 

BERKEMBANG

AMIN

DUNIA KEMBALI

KE ERA 1930'AN

AMIN

KERAJAAN

PUAK KANAN

MUNCUL DI ITALI

MUNCUL DI ISREAL 

MUNCUL DI POLAND

AMIN

SATUKAN TENAGA

LAWAN FASISMA

AMIN



FORUM ANTIFA

DALAM TALIAN

KHAMIS 17/11/2022

JAM 9.00 MALAM

AMIN


SERBAN DAN PORNO


SERBAN

DAN PORNO

KAH KAH KAH

AMIN

Unknown commented on
 "CONTOH ISLAM TERBAIK"

Take beer haram..take pussy halal..sendiri pikiaq laaaa...kat india melambak org cam nie...berlagak acting macam holy moly...padahal atai serban semua porno duit pussy..

CERAMAH DI BATU


CERAMAH

ESOK MALAM

DI BATU

KHALAS



CIA JUMPA KGB DI ISTANBUL


CIA JUMPA KGB

DI ISTANBUL

AMIN

APA PROJEK

SEDANG DIRANCANG

KHALAS

PELURU AMERIKA DAH HABIS


AMERIKA

KEHABISAN PELURU

AMIN

SEMUA BAGI PADA

UKRAINE

KHALAS

HALANG TIM BANDUAN KEMBALI BERKUASA



Pengundi Putrajaya bimbang kerajaan ‘kluster mahkamah’ ditubuhkan selepas PRU15


Kurang seminggu tempoh kempen bagi calon-calon Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15), segelintir pengundi di Putrajaya berasa bimbang sekiranya kerajaan yang dibentuk selepas 19 November bakal diketuai oleh gabungan yang terdiri daripada pemimpin "kluster mahkamah."

Ini kerana, pengundi di bandar penjawat awam itu tidak lagi mahu menjadi mangsa akibat kerakusan pemimpin yang menyalahgunakan dana wang rakyat seperti yang berlaku dalam kes 1MDB melibatkan bekas perdana menteri Najib Razak yang kini menjalani hukuman 12 tahun penjara.

Seorang kakitangan kerajaan yang ditemui di perkarangan luar sebuah bangunan kementerian menahan sebak menceritakan kisahnya dipanggil untuk memberikan keterangan ringkas kepada pihak berkuasa berhubung salah guna kuasa pemimpin atasan.

Lebih menyedihkan, apabila dia menjadi tempat luahan perasaan pegawai atasan yang perlu ulang alik ke mahkamah menjadi salah seorang saksi bagi perbicaraan kes-kes pemimpin “kluster mahkamah”.

"Saya hanya dipanggil soal siasat di Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) hanya sekali dan selesai kemukakan dokumen diperlukan.

"Tetapi pegawai atasan saya ada yang turun naik mahkamah, gambarnya diletakkan dalam surat khabar dalam media di internet.

"Seolah-olah kami ini yang salah sedangkan kami penjawat awam yang bekerja untuk jaga negara.

"Saya merayu kepada pengundi Putrajaya, janganlah ulang lagi peristiwa lalu. Kita tak boleh jadi mangsa sekali lagi," katanya kepada MalaysiaNow dengan syarat tidak dinamakan.

Sebelum ini, beberapa pegawai tinggi dan kakitangan kerajaan terutamanya dari Kementerian Kewangan dipanggil ke Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur dalam perbicaraan membabitkan Najib yang dituduh melakukan kesalahan terhadap RM2.28 bilion dana milik syarikat pelaburan 1MDB.

Kira-kira lebih 40 saksi dipanggil bagi memberikan keterangan sepanjang perbicaraan tersebut.

Tinjauan MalaysiaNow ke wilayah pentadbiran negara itu mendapati suasana kempen yang sangat unik dan berbeza berbanding kawasan lain di seluruh negara.

Calon-calon yang bertanding lazimnya mendekati pengundi di merata tempat seperti di pasar, kedai kopi, pusat membeli belah ataupun di taman perumahan.

Bagaimanapun, suasana di Putrajaya pula menyaksikan aktiviti berkempen sangat aktif dalam waktu bekerja.

Calon-calon akan menemui pengundi di kompleks kementerian selain melawat pusat komuniti setempat seperti surau, dewan serbaguna dan majlis perkahwinan.

Pada pilihan raya kali ini, kerusi P125 Putrajaya melakar sejarah dengan merekodkan pencalonan terbanyak sejak 18 tahun lalu.

Mereka ialah penyandang kerusi, selama empat penggal, Tengku Adnan Tengku Mansor (BN), Menteri Kanan Pendidikan Radzi Jidin (PN), bekas pensyarah Noraishah Mydin Abdul Aziz (PH) Mohd Rosli Ramli (Pejuang) dan dua calon bebas.

Dalam pada itu, sekumpulan pengundi di awal usia 30-an ketika ditemui di bazar jualan berdekatan Kementerian Komunikasi dan Multimedia berkata naratif faktor memilih calon pada PRU15 kali ini ini sudah berubah tidak seperti yang digunakan pada PRU14 lalu.

Kata mereka, sebelum ini manifesto menjadi sebab utama untuk membuang undi.

Bagaimanapun, pengundi-pengundi Putrajaya melihat kepada faktor siapakah calon perdana menteri yang dinamakan oleh setiap gabungan politik.  

"Sekarang dah tersebar gosip kata satu undi untuk Ku Nan seperti satu undi untuk Zahid Hamidi jadi PM.

"Kami takut kalau gosip tu betul," kata mereka kepada MalaysiaNow.

Ini kerana, mereka tidak mahu lagi nama kakitangan awam terjejas akibat kes rasuah.

"Kalau Pakatan Harapan pula kami takut banyak pula yang kena pecat lagi-lagi KSU.

"Kami nak kerajaan yang lindung pekerjanya bukan ajak bergaduh," kata mereka merujuk kepada kenyataan pemimpin Bersatu Mohamed Azmin Ali bahawa selepas pembentukan kerajaan pada 2018, PH bertindak mahu menukarkan lapan orang ketua setiausaha (KSU) kementerian.

Kira-kira seramai lebih 42,000 pengundi di Putrajaya akan membuang undi pada Sabtu ini, satu kali ganda jumlah pengundi berbanding PRU14 dengan jumlah pengundi sekitar 23,000 orang. 

I

AGENDA

HALANG PENCURI

KEMBALI 

BERKUASA

WAJIB JADI

AGENDA INDUK

BUKAN AGENDA

GILA

NAK JADI PM

KHALAS

ANWAR TAK SERNAG ZAHID



Anwar elak kritik Zahid ketika berkempen di Bagan Datuk

Anwar Ibrahim kelihatan menyelar setiap musuh politiknya dalam satu pentas ceramahnya di Bagan Datuk, daripada Muhyiddin Yassin hingga Dr Mahathir Mohamad ketika baki kempen Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) tinggal beberapa hari sahaja lagi.

Namun ada satu nama yang terlepas daripada ucapan presiden PKR yang berapi-api itu. 

Ahmad Zahid Hamidi, presiden Umno yang bakal mempertahankan kerusinya di Bagan Datuk. 

Anwar lebih berminat menyelar apa yang disifatkan ketirisan semasa pentadbiran Muhyiddin semasa pandemik melanda dunia pada 2020, namun tidak sekalipun menyentuh kes rasuah membabitkan Zahid.

Anwar yang bertanding di Tambun turut cuba meredakan spekulasi persefahaman sulit yang disebut-sebut antara beliau dan presiden Umno itu. 

"Kita hantar panglima (Shamsul Iskandar) untuk lawan Zahid. Orang kata Anwar ada rundingan dengan anak muridnya. Saya kawan semua, tiada musuh peribadi.

"Najib Razak masukkan saya dalam penjara saya tak ungkit, cuma nasib dia kurang baik dia masuk (penjara). Karma." katanya ketika berkempen di kubu kuat Zahid hari ini. 

Calon PH, Shamsul Iskandar ditugaskan merampas kerusi Zahid di Bagan Datuk.

Zahid, yang baru-baru ini dilepaskan dan dibebaskan berhubung pertuduhan rasuah visa luar negara, namun masih berdepan 47 pertuduhan membabitkan salah guna wang Yayasan Akalbudi.

Intonasinya lebih garang ketika menyelar Pesuruhjaya PAS Perak, Razman Zakaria. 

Sambil membangkitkan semangat penyokong, beliau berulang kali memanggil Razman sebagai bodoh.

Razman sebelum ini mendakwa Anwar akan menghalalkan perkahwinan sejenis sementara DAP akan membawa agenda komunis sekiranya menang pada PRU15. 

Abdul Hadi Awang, presiden PAS tidak terlepas daripada mulut Anwar. 

Bekas sekutunya itu disifatkan Anwar sebagai penunggang agama. 

"Saya berkempen dengan Nik Omar. Dia beritahu ayahnya (Nik Aziz) tidak putus mendoakan saya jadi perdana menteri. 

“Yusuf Qardhawi, ulama nombor satu dunia, bos Hadi sokong Anwar jadi perdana menteri," katanya. 

ANWAR TIDAK

SERANG ZAHID

KHALAS

TAPI BUAT CERITA

NIK AZIZ  & QARDAWI

YANG DAH ARWAH

MAHU ANWAR 

JADI PM

KAH KAH KAH

SUSAH NAK

TANYA SOSOK

YANG DAH MATI

KAH KAH KAH

KHALAS

SURUHANJAYA PENIPU RAKYAT


SURUHAN JAYA

PENIPU RAKYAT

KAH KAH KAH

KHALAS

Unknown commented on 
"KEMPEN POLITIK 
MAKIN HANGAT"

tipu pilihanraya turun jalan raya..bro, lu ingat buku ni?gua fikir SPR sedang menyusun rapi utk mengalahkan PH.ada pengundi pos yg dah selesai mengundi hari ini, ada yg dibayar rm300 utk undi.walhal pengundi awal adalah 15NOv. namun ada pengundi pos luar negara yg akan terima kertas undi selepas hari mengundi.mana SPR pada saat ini? mana prof undang2 UM azmi sharom? apakah azmi akan bertindak seperti azhar haron.gua jangka azmi akan berhujah seperti azhar haron yakni bertindak mengikut undang2 yg dibuat oleh MP parlimen.


 Namun di parlimen pun ada azhar harun yg banyak kali menidakkan persoalan2 yg dibangkitkan mengenai sistem SPR.Gua jangka SPR akan tuding jari sana sini.hakikatnya hanya la utk dilihat profesional dgn mengikut garis undang2 yg diputuskan ahli parlimen..PH akan ditewaskan oleh SPR dan JPN.dah zaman 2022, zaman thumb print tp ada masalah dgn IC lama.teknologi berkembang sehingga green packet dpt projek dari kj kkm,namun masih lg menggunakan pemikiran sama.gua yakin PH akan kalah disbkan SPR..